NOVEL : ALAMAK !! SUAMIKU ‘STUDENT’ KU
BAB
1
Haikal melangkah laju ke rumahnya , angin
yang bertiup lembut mencengkam kulitnya tambahan pula kedinginan musim sejuk
yang belum berakhir . Terketar – ketar jarinya membuka pintu rumah sewanya ,
suis lampu di petik . Kelibat rakannya tidak kelihatan , dia melangkah ke
biliknya . Haikal menggelengkan kepalanya .
“
Woi Is , membuta ja kerja hang . Bangunlah !!” tempelak Haikal .
“
Ala Kal , kelas aku lewat lagi la . Bagilah chance
aku landing dulu .” Iskandar bersuara
.
“
Banyak cantik muka hang . Hang ni lupa ka buat – buat lupa ?”
“
Lupa apanya , betul la kelas aku petang nanti .”
“
Cik Abang Is …… you ada appointment
dengan kaunselor setengah jam dari sekarang .” Haikal berbicara ala – ala
lelaki lembut .
“
What !!!”
“
Ye , Abang Is …..” Haikal mengangguk .
“
Kal , stop it . Geli aku dengar .”
Iskandar segera bersiap , dia hampir terlupa nasib baik kawannya Haikal memperingatinya .
“
Woi , tak mandi ka ?”
“
Tak sempat , nanti ‘buah hati’ aku ternanti – nanti pula .” Iskandar berseloroh sambil
tersenyum .
“
Harapkan muka ja handsome tapi segan mandi . Hang ni betui ka ada affair dengan kaunselor kita tu?” tanya Haikal .
“
Kenapa jealous ke ?”
“
Aku nak jealous ? Takdak makna .
Lainlah hang nak ngorat tunang aku .”
“
Sayang sangatlah kat Watie dia tu .” Iskandar mengusik .
“
Sapa tak sayang tunang oi ……” Haikal tersenyum .
“
Dahlah aku gerak dulu . Kalau layan hang sampai bila pun tak habis .” Iskandar
mengatur langkah ke universitinya . Terukir sebuah senyuman di bibirnya ,
telatah rakannya itu mengusik hatinya .
Dia mengenali Haikal sejak setahun yang lalu
semasa pendaftaran pelajar berlangsung . Haikal berasal dari utara tanah air ,
walaupun berlainan loghat Haikal seorang
yang baik . Pada mulanya memang sukar untuk dia memahami percakapan Haikal
tetapi lama kelamaan dia pula yang terikut cara percakapan rakannya itu .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Setibanya Iskandar di hadapan bilik
kaunselornya dia menarik nafas , jam di
tangan menunjukkan pukul 11. 10 pagi . Dia telah terlewat selama 10 minit . Dia
mengetuk pintu bilik kaunselornya .
TOK ! TOK ! TOK !!
“
Come in .” Iskandar memulas tombol
pintu , dia meloloskan diri ke dalam pejabat kaunselornya . Pintu ditutup , ini
kali kedua dia masuk ke bilik tersebut .
“
Selamat pagi Cik ,” sapa Iskandar .
“
Assalamualaikum ,” Syifa memberi salam dan senyuman manis .
“
Err … Waalaikumussalam ,” Iskandar membalas senyuman .
“
Sila duduk .”
“
Terima kasih .” Iskandar duduk berhadapan dengan kaunselornya .
“
Is , awak nak minum ke ?” tanya Syifa .
“
Err ….tak yah susah – susah Cik . Saya dah sarapan tadi ,” bohong Iskandar .
“
Tak susah pun ‘3 in 1’ je . Lagipun
panjang lagi perbincangan kita ni .”
“
Cik dah ada solution ke pasal kes saya ni ?”
“
Kalau saya cakap ada macam mana ?” Syifa mengangkat keningnya . Dia meletakan
satu mug hot chocolate di depan Iskandar .
“
Betul ke , Cik ?” riak wajah Iskandar kelihatan ceria .
“
Yup . Tapi complicated sikit . Kiranya both
of us akan dapat kebaikannya , bak kata orang business ‘win win
situation’ .”
“
Kita ? Kenapa Cik pun terlibat ?”
“
Sebelum saya terangkan dengan terperinci . Awak kena janji yang perkara ini
hanya kita berdua je yang tahu . Tiada orang ketiga . Awak boleh tolak cadangan
saya kalau awak tak sanggup . Ok ?” Syifa memandang Iskandar sambil berpeluk
tubuh .
“
Saya janji . Boleh Cik terangkan sekarang ?”
“
Ok , tapi jangan mencelah semasa saya bercakap . Perkara ini serious bukan main – main , dah banyak
kali saya pertimbangkan kebaikan dan keburukannya serta risiko yang terpaksa
kita ambil . Awak dah bersedia ?”
“
Dah ,” jawab Iskandar dengan yakin walaupun hatinya tidak tenang memikirkan
apakah penyelesaian yang akan diutarakan oleh kaunselornya .
Syifa melepaskan keluhan , betapa malunya
dia hendak menyatakan perkara tersebut . Tetapi dia benar – benar terdesak ,
perkara ini tidak boleh ditangguhkan lagi jika tidak meranalah hidupnya .
“
Kita KAWIN .” Syifa bersuara tegas bagaikan seorang inspektor polis tetapi di
dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa malunya dia .
“
Hah …” Iskandar terkejut .
“
YA ALLAH AKU KENA JADI PAK SANGGUP KA ?” desis hatinya .
“
Cik ….” Belum sempat Iskandar bertanya lanjut , Syifa bersuara .
“
Now listen to me.” Syifa menceritakan
masalahnya kepada Iskandar . Dia menerangkan perancangannya dengan teliti .
Mereka berbincang hampir 30 minit .
“
Sebelum awak buat keputusan , saya nak awak pertimbangkan betul – betul .”
Syifa bersuara .
“
Cik , saya dah buat keputusan . Kita KAWIN . Lagipun saya tak rugi apa – apa .”
Iskandar bersetuju .
“
Kalau itu keputusan awak , next week
kita nikah . Di sebabkan awak setuju , saya bagi allowance € 500 every month
.”
“
Alhamdulillah . Terima kasih Cik . Banyaknya duit Cik ? Dahlah tolong saya
bayar yuran pengajian sekarang ada lagi tambahan .” Iskandar berseloroh .
“
Tak banyak pun . Kalau nak tampung kita berdua lebih dari cukup saya rasa .”
Syifa menguntumkan senyuman .
“
Kalau begitu saya pun nak jadi lecturer
.”
“
Baguslah , belajar betul – betul . Nanti saya boleh tengok – tengokkan awak study , lagipun saya masih study lagi .”
“
Cik , masih study ?”
“
Aah … saya dapat tawaran buat PhD , university tawarkan .” Iskandar mengangguk
faham .
“
Cik , saya ada request .”
“
Apa dia ?”
“
Saya rasa formal sangat panggilan kita . Kita tukar , boleh ?”
“
Ok . Awak boleh panggil saya Syifa . Saya panggil awak Is , takkan nak panggil
abang pula kan ,” Syifa ketawa kecil .
“
Apa salahnya , kita kan dah nak kawin .” Iskandar mengusik .
“
Is , awak pun tahu saya tua dari awak . Kalau setahun dua tak lah janggal
sangat , tapi saya ni tua 4 tahun dari awak . I’m 25 and you pula baru 21 .” Wajah Syifa mencuka .
“
Saya tahu . Tapi Syifa tak nampak tua pun . Seriously
.” Iskandar bersuara .
“
Dahlah . Awak takde kelas ke ? Nanti apa – apa hal I give you a call , mesej ke ….”
“
Ok , see you later .” Iskandar bangun
dan menapak keluar dari bilik kaunselornya .
“
Bye .” Syifa tersenyum .
No comments:
Post a Comment