BAB
15
Adrian bangun dari katil , jam menunjukkan
pukul tujuh pagi . Hatinya resah apabila teringatkan Adrianna , dia ingin
berjumpa Adrianna segera .
“
Aku bimbangkan syarikat atau Anna ?” hatinya menyoal .
Dia tidak ada jawapannya sekarang . Hatinya
keliru . Setelah selesai mandi Adrian turun ke ruang tamu. Kelihatan Adrianna
dan Encik Bellardo sedang menjamu selera .
“ Have a seat , Eddy ,”
arah Encik Bellardo . Adrian memerhati isterinya . Wajah Adrianna kelihatan
letih .
“
Macam tak cukup tidur je ,” desis hati
Adrian .
Adrianna menyendukkan nasi goreng ke pinggan
Adrian . Kemudian dia menuang cappuccino ke dalam cawan . Tiada segaris
senyuman di lemparkan buat Adrian . Reaksi Adrianna membuatkan Adrian serba
salah . Adrian mula memikirkan yang bukan – bukan .
“
Kenapa aku rasa bersalah ? Kenapa muka dia macam tak rela ja layan orang tua tu
? Tapi dia yang setuju nak tolong pujuk semalam . Mungkin Anna tak suka …..
Kejamnya aku ………. Sorry Anna I
terpaksa gunakan you , ini semua demi masa depan syarikat ,” omel hati Adrian .
“ Enjoy your meal , Eddy . Sofia
cook these . Malaysian dish , I guess ?” kata Encik Bellardo .
“ By the way Eddy , I talked to my
daughter last night and she’s willing to help you .”
“ Thanks a lot Mr Bellardo ,”
ucap Adrian sambil tersenyum .
“ Don’t thanks me . Thanks Sofia ,
all this because of her ,” Encik Bellardo berkata .
“ Thanks Sofia ,” Adrian
mengucapkan terima kasih dengan hati yang resah di pagut rasa bersalah .
“
Welcome ,” ringkas jawab Adrianna .
“
Anna , I tak akan sia – siakan you ,” hati Adrian berbicara sendirian . Matanya
masih merenung Adrianna . Adrianna yang menyedari renungan Adrian bersuara
sebelum papanya terlihat perlakuan Adrian itu .
“
Makanlah .”
Mereka bertiga menjamu selera sambil
berbincang tentang tugasan yang bakal di jalankan di Switzerland hari ini .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Setibanya
mereka di Switzerland , mereka melawat
tempat penggambaran untuk promosi yang akan digunakan syarikat bagi
meningkatkan keuntungan . Seperti yang dirancang oleh Encik Bellardo dan
jurufoto , model yang harus di gunakan untuk penggambaran ini tidak datang.
Sebenarnya Encik Bellardo ingin mengambil gambar perkahwinan Adrianna dan
Adrian.
Adrianna dan Adrian hanya bersetuju untuk
menjadi pengganti model tersebut disebabkan banyak lagi perkara yang harus di
selesaikan mereka . Mereka di bawa ke bilik persalinan . Beberapa minit
kemudian Adrianna muncul , Adrian terpaku melihat Adrianna .
“
Cantiknya ,” desis hatinya.
Adrianna pelik melihat reaksi Adrian . Dia
memerhati dirinya . Gaun pengantin yang disarung ke tubuhnya tidak menjolok
mata pun , labuh lagi . Cuma agak terdedah di bahagian bahunya . Adrianna panik
apabila Adrian mula mendekatinya . Kini jarak antara mereka hanya beberapa inci
. Adrian merenung mata Adrianna , Adrianna membalas renungan Adrian . Mata
berbicara . Lamunan terhenti apabila seseorang berdehem .
“ Ehemm . Both of you ready ?” tanya
jurufoto .
“ Yes ,”
jawab mereka serentak .
Penggambaran di jalankan , pelbagai pose di berikan Adrianna dan Adrian .
Penggambaran berlatar belakang keindahan gunung – ganang dan ladang bunga
menyerlahkan lagi penampilan mereka . Encik Bellardo amat gembira melihat kedua
– dua anak dan menantunya . Dia berharap ini adalah keputusan yang tepat dia
lakukan .
Selama tiga hari penggambaran di jalankan di
beberapa buah tempat seperti Austria , Paris dan Rome . Pakej dua minggu yang
di tawarkan syarikat mereka termasuklah penginapan hotel , makan malam serta
mengambil gambar perkahwinan di Austria , Paris , Rome , Switzerland dan London
. Setelah selesai segala keperluan promosi , Adrian menumpukan perhatian kepada
system pengurusan syarikatnya pula dengan bimbingan Encik Bellardo .
Hubungan Adrian dan Adrianna semakin erat ,
Adrianna banyak menyumbangkan idea dalam pengiklanan tempoh hari . Adrian kagum
dengan kebolehan Adrianna . Semakin dia
mengenali Adrianna, semakin terhakis tanggapan negatifnya terhadap Adrianna .
Tetapi Adrian masih belum mengetahui bahawa Adrianna adalah anak kepada Encik
Bellardo .
No comments:
Post a Comment