mawar putih

mawar putih

Tuesday, 3 January 2012

JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 5


BAB 5
“ Aku terima nikahnya ADRIANNA THALIA SOFIA BELLARDO BINTI ABDULLAH dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai ,” dengan sekali lafaz Adrian sah bergelar suami .
   Adrianna masih tidak percaya yang dia kini sudah bergelar isteri . Isteri kepada MUHAMMAD ADRIAN EDWARD HARRIS BRANSON BIN MUHAMMAD AARON MIKAEL BRANSON. Itu pun diketahuinya semasa ingin menuruni tandatangan pada borang nikah sebelum akad . Adrianna tersentak apabila disapa oleh Adrian .
“ Anna , let’s go , dah selesai .”
“ Nak pergi mana ?” tanya Adrianna .
“ Bilik !!! I ngantuk sangat ni ,” sahut Adrian bersahaja .
             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Dalam perjalanan pulang ke Resort, deringan telefon Adrian memecah kesunyian di dalam kereta . Adrian menjawab panggilan sahabat baiknya itu . Agak lama perbualan mereka , Adrianna tidak dapat meneka butiran perbualan tersebut kerana Adrian hanya membisu dengan riak wajah yang marah . Setelah sampai di bilik Adrian memandang Adrianna tajam .
“ You yang rancang semua ni kan ? Tell me siapa yang upah you ?? You ingat dengan kes ini you boleh jatuhkan  maruah keluarga I , business I ?? Kikis harta I ?? Jangan mimpilah I tak kan bagi you sesen pun !
   Adrian melepaskan kemarahan terhadap Adrianna . Belum sempat Adrianna bersuara , Adrian memecah kesunyian .
“ Perempuan macam you ni takde maruah ! Suka perangkap orang berada , you ingat kawin dengan orang kaya boleh naikkan status you . Kalau dah low class , low class juga !!! Atau you memang teringin nak kawin dengan I , yalah I kan handsome ‘english looks’ , cucu Tan Sri , pewaris tunggal syarikat perkapalan ,” kata Adrian dengan nada yang romantik sambil mendekati Adrianna .
“ Hey !! What the hell are you doing ??” Adrianna mengundurkan diri ke belakang sedikit .
“ What do you think I’m doing ?? Kan you teringin kat I , tak kan tak sudi kot ,” Adrian merenung tajam Adrianna .
“ Behave yourself Adrian , jangan sampai I gunakan kekerasan ,” Adrianna menengking .
“ Uuu , takutnya I , tapi I nak you malam ni jugak ,” Adrian menarik lengan Adrianna .
   Terkejut dengan tindakan Adrian , Adrianna terus menumbuk pipi dan perut Adrian . Adrian terus melepaskan pegangannya , kini tangannya memegang perut sambil terduduk .
“ Cepatnya dia bertindak , siapa dia sebenarnya?” desis hati Adrian sambil memandang kearah Adrianna.
“ Serve you right ,” kata Adrianna sambil duduk di sofa .
“ Now you listen to me , I tak suka orang cakap pasal status ! Don’t you dare to talk about status again . And one more thing jangan buat macam tadi lagi , kalau tak , you memang cari nahas !!!” Adrianna membentak sambil menudingkan jarinya ke arah Adrian .
“ Siapa you sebenarnya ?” Adrian bertanya sambil mengusap perutnya .
“ Siapa I tak penting , tapi apa yang you cakap tadi takde kena mengena dengan I . I’m not a person like that and I won’t be like that !!” ucap Adrianna laju sambil mencapai beg plastik dan tuala kecil .

No comments:

Post a Comment