CERPEN : I HATE YOU, ENCIK SADO !!!
PART 1
“ Fika … tempat apa kau bawak aku ni ?” Soal Sofia
Humaira. Kakinya setia melangkah mengekori sahabat baiknya, Syafikah.
“ Kau ikut jelah, Ira …” Fika bersuara. Kaki melangkah
kedalam gim tersebut. Tempat pun nampak exclusive semacam je … Ira
memandang si receptionist yang setia tersenyum.
“ Cik, boleh saya bantu?” Soal si receptionist
yang bertag nama Kamelia itu.
“ Saya nak daftar di sini.” Kata Fika. Tangannya masih
mengenggam tangan Ira.
“ Under pakej yang mana satu, cik?” Kamelia
menunjukkan pakej yang di sediakan.
“ Yang ini. Saya nak trainer dia sekali.
Perempuan.” Fika memberitahu. Pakej pelajar di pilihnya. Kamelia mencatat
sebelum menelefon seseorang.
“ Boleh diskaun tak, dik?” Soal Fika. Mahu taknya, kos
ahli untuk 6 months dah cecah seribu lebih. Belum campur kos ambil trainer
lagi …
“ Boleh … Nanti, kak bincang dengan boss. Kawan
kak ni tak nak join ke?” Soal Kamelia.
“ Saya ? Tak naklah. Saya dah ada kelas lain …” Jawab
Ira. Matanya menangkap seraut wajah yang amat di kenalinya. Jejaka tersebut
tersenyum manis kepadanya. Tetapi Ira sekadar menjeling. Menyampah …
“ Itu, boss saya. Boss !! Ada customer baru.”
Laung pekerja tersebut sambil melambai bossnya. Jejaka tersebut mendekati Ira
dan Fika.
“ Awak boss tempat ni ke?” Soal Fika. Terkejut dengan
penampilan si jejaka yang mendekati mereka. Handsome macam model iklan
Nivea tu, cuma kulit je tak berapa nak putih … Sado pulak tu. Lain pula reaksi
Ira, dia sekadar memandang ke arah lain. Tak tertarik pun …
“ Ye saya. Cik ?” Ahmad Benz Fareeq berkata. Senyuman
di maniskan lagi, maklumlah rezeki sudah sampai ...
“ Panggil saya Fika, je … Ni, kawan saya Ira.”
Syafikah memperkenalkan Humaira. Terpaksalah Humaira berpaling dan memandang si
jejaka tersebut.
“ Boss, kakak ni nak ambik trainer sekali.
Perempuan.” Khabar pekerjanya Kamelia.
“ Jom, Cik Fika. Kita berbincang di sana.” Fareeq
menunjukkan meja yang di sediakan untuk pelanggannya. Fika tersenyum manis, dia
mendahului langkahnya ke tempat tersebut. Fareeq membiarkan Ira melepasinya
sebelum dia berjalan beriringan bersama Ira.
“ Ehh .. Kenapa dekat sangat ni ? Pergilah sana.”
Humaira berkata perlahan, takut di dengari rakannya.
“ Biarlah …bukannya dosa pun …” Fareeq turut berbicara
dengan nada perlahan. Humaira yang tidak selesa dengan sikap Fareeq itu,
berlari anak sedikit supaya dia jalan seiring Fika. Fareeq tersenyum sambil
menggelengkan kepalanya.
“ Malu lagilah tu … Ni, tak boleh jadi. Nikah dah 2
bulan, habuk pun takde. Kena fikir strategi baru ni …” Kata hati Fareeq. Takkan
nak tengok saja? Bini sikit punya cun …
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Handsome kan mamat tadi ?” Tutur Fika. Hampir
tersedak Ira di buatnya. Sudahlah dia baru meneguk minumannya.
“ Kau ni minum pun gelojoh …” Fika bersuara lagi
sambil menghulurkan tisu kepada rakannya.
“ Mamat tu kau kata handsome ? Kau dah buta ke?
Kau tak tengok ke kulit dia dah serupa gula merah. Lainlah kalau putih macam
Izue Islam ke? Boleh juga nak cakap terfall in love ..”
“ Aku tahulah taste kau kulit yang putih-putih.
Tapi serious, abang sado tadi macho makin segak dengan kulit hero Malaya
tu. Sweet je aku tengok …” Kata Fika sambil mencedok chocolate moltennya.
Ira mencebik.
“ Tak habis-habis puji mamat tu. Geram aku. Mama
dengan papa pun sama suka sangat dengan mamat ketul bata tu …” Ira berkata
dalam hatinya.
“ Banyaklah kau punya macho … Takkan dah jatuh cinta
kot ?” Perli Ira. Fika tersenyum. Yang pasti hatinya sukakan abang sado tadi.
“ Suka jugak. Tapi kan Ira, tadi aku tengok abang sado
tu asyik pandang kau je … Aku rasa dia suka kau.” Fika berkata.
“ Jangan merepek. Aku tak suka sado-sado. Aku suka
yang kurus tinggi macam Valentino Rossi. Kalau kau nak kau ambiklah …” Ira
bersuara tanpa pandang sekeliling. Fareeq yang kebetulan berada di situ
terdengar bicara tersebut.
“ Ya Allah … Kau ni … Apasal teruk sangat taste
kau. Mamat sekeping papan juga kau berkenan. Tak logik betul. Cik Ira … zaman
sekarang semua orang suka yang macam Aaron Aziz.” Bebel Fika.
“ Biarlah, taste aku. Cepatlah makan, nanti aku
nak balik takde teksi pulak?” Ira mengelap mulutnya.
“ Aku hantar kau.” Fika berkata sebelum menyisip
minumannya.
“ Ehh … tak payah susah-susah. Kakak sepupu aku tak
suka orang singgah rumah.”
“ Takpe aku hantar kau tepi jalan je. Bukannya nak
singgah rumah pun …”
“ Tak payah. Aku bukannya apa, Fika … Kakak sepupu aku
tu jaga standard sikit. Pantang kalau nampak aku tumpang kereta kawan
yang tak branded. Dia siap pesan dengan aku, kalau nak tumpang kawan
pastikan kawan tu naik kereta brand Toyota. Tu brand paling
lekeh.” Ira terpaksa kelentong sahabatnya itu. Maklumlah nak selamatkan diri …
“ Kereknya kakak sepupu kau tu …” Fika mencebik.
Manusia macam ni pun wujud ke …
“ Nasib kaulah Fika … Sorry terpaksa tipu. Aku
nak selamatkan diri je … Nanti tak pasal-pasal kau tahu aku dah kahwin …” Kata Ira di dalam hatinya. Fika meneruskan
suapan terakhirnya sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Patutlah tak tergoda dengan aku. Rupa-rupanya taste
dia berbeza sekali dengan apa yang aku ada. First, dia suka orang kulit
putih macam dia. Tapi aku kulit coklat. Second, dia suka orang tinggi.
Tu aku ada, tinggi apa aku ni … Third, dia suka yang kurus macam Rossi
tu. Yang tu memang kontra habis dengan aku. Mana boleh kurus, tak sesuai kot
dengan title pemilik gim … Pasal putih mungkin boleh usaha, sebabnya ada
produk putihkan kulit. Apa susah aku beli je dekat Go Shop, Aura White Man
Advance 3x lebih putih …” Gumam Fareeq sambil tersenyum lebar. Buat iklanlah
pulak …
“ Sanggup pula dia offer aku dekat kawan baik
dia. Tengoklah nanti … abang akan pastikan Ira jatuh cinta dengan abang … Misi
pertama, here we go …” Fareeq tersenyum lagi sambil menatap gambar
persandingannya bersama Ira. Bingkai gambar tersebut di cium sebelum di
letakkan kembali ke tempatnya. Dapat cium gambar pun jadilah …
“ You … buka pintu ni ..” Laung Ira dari luar sambil
mengetuk pintu bilik Fareeq.
“ Sekejap.”
“ Hah … Kenapa ketuk bilik abang malam-malam ni?
Datang nak menyerah diri ke ? Abang on je …” Kata Fareeq dengan senyuman
nakal. Ira kegeraman, jelingan di berikan.
“ Hish … kenapa otak tu advanced sangat? Tu tak
dengar ke bunyi bell? You ada pesan apa-apa ke?” Soal Ira. Fareeq
mengerutkan dahinya. Setahunya dia tidak membuat apa-apa pesanan. Takkanlah
posmen kot … Dah malam ni …
“ Sapa ?” Fareeq berjalan ke jendela. Gerangan yang
menekan loceng di intainya melalui tingkap biliknya. Ira turut berbuat
demikian.
“ Kak Alia !!” Suara mereka bergabung. Terkejut dengan
kehadiran Alia.
“ Macam mana ni …” Ira gelabah. Tangan Fareeq di
tariknya.
“ Itulah, dulu abang suruh sebilik tak nak. Takde privacy
lah, itulah, inilah …” Bebel Fareeq. Ira memuncungkan bibirnya.
“ Pergi letak beg tu dalam bilik Ira. Nasib baik abang
beringat, kalau tak, kantoilah kita …”
“ Beg apa ni ?” Soal Ira. Fareeq sudah pun menapak
turun anak tangga. Sudah lama tetamu mereka itu berembun.
“ Beg kecemasan … Ambil wallet dengan phone
abang sekali. Charger jangan lupa. Lepas tu tutup lampu, kunci pintu
bilik tu …” Pesan Fareeq yang telah pun sampai ke bawah. Ira hanya menurut.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Apasal lambat sangat ?” Soal Alia dengan beg besar
di sisinya. Fareeq menutup kembali pintu pagar rumahnya menggunakan alat
kawalan jauh. Senyuman di ukirkan kepada kakak kandungnya itu.
“ Akak salah timing. Along lupa ke kitaorang ni
pengantin baru …” Selamba badak je jawapan si Fareeq. Alia menampar bahu adiknya. Cakap tak tapis … Ira
yang baru menapak ke bawah sudah merah mukanya menahan malu.
“ Hah … Ira sihat?” Soal Alia yang masih berdiri di
pintu hadapan.
“ Sihat, Along. Meh, masuk Along.”
“ Wanginya rumah korang …” Tegur Alia. Fareeq membawa
bagasi kakaknya ke dalam rumah. Pintu di tutup, siap kunci lagi.
“ Besarnya beg. Ni mesti baru balik merantau ni …”
Desis hati Fareeq. Tag bagasi di beleknya. Tokyo …
“ Biasa je, Along. Ira guna Ambi Pur je …”
“ Ira ok duduk sini? Reeq buli Ira tak?” Soal kakak
ipar Ira.
“ Ira ok, Along. Abang Reeq baik dengan Ira.” Jawab
Ira. Tiba-tiba je suaminya itu menyendeng di sebelahnya siap pegang tangan
lagi. Tersenyum-senyum … Miang .. Hairan Alia di buatnya. Rimas plus
meluat pulak menegok tingkah laku adik kesayangannya ini.
“ Kau apahal Reeq? Macam kucing jantan nak mengawan
je. Pergilah bancuh air ke, apa ke? Menyampah aku tengok kau senyum macam tu.
Macam orang GS je …” Alia berkata. Hah , ambik!! Sekali si perantau ni buka
mulut , pedih kot …
“ Biarlah, isteri Reeq kot …” Fareeq berbicara sebelum
berlalu ke dapur.
“ Hah … menjawab, menjawab. Akak debik baru tahu …”
“ Ira jangan terkejut pulak. Akak memang macam ni, brutal
sikit. Maklumlah perantau … Self defence nombor satu . Pasal Reeq, kalau
dia mengada-ngada dengan Ira cakap je dengan akak. Biar akak basuh dia sikit …”
Kata Alia dengan senyuman manis.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Along memang macam tu, ekh?” Soal Ira yang mengiring
ke kiri. Fareeq segera mengiring ke kanan. Wajah Ira memenuhi pandangannya.
“ Along ? Hemm … Along tu, tak suka terikat. Semenjak
tunangnya buat hal dulu. Along tak macam dulu. Sifat lembut dia macam dah
hilang, yang ada sekarang sikap dia ala-ala minah tomboy. Papa dengan mama pun
tak tahu nak buat apa. Nak tegur lebih-lebih, risau dia lari tak balik rumah
dah …” Cerita Fareeq. Bantal peluk di tepuknya.
“ Along tak kerja ke?” Ira bertanya lagi.
“ Kerja. Kerja sendiri. Empat bulan kerja. Dua bulan off.
Pergi melancong.” Jawab Fareeq. Tanpa dia sedari tangannya mengelus rambut Ira.
“ Kerja apa tu ? Ada on off pulak …” Ira
tertawa kecil. Dia terasa ada tangan yang bermain-main dengan rambutnya. Tetapi
dia buat derk je … Selesa pulak begitu. Rasa nak terlelap je ..
“ Along tu, pereka hiasan dalaman. Sebab tu kalau 2
bulan off pun dia mampu. Apa lagi, panjang kakilah jawapnya … Jenuh mama
membebel. Mangsanya abanglah … Siap suruh kahwin lagi. Nasib baiklah wife
abang ni cute …” Tutur Fareeq sendirian. Ira sudah pun terlelap. Fareeq
memandang wajah Ira.
“ Patutlah senyap. Tidur rupanya. Membazir je aku cerita
panjang lebar …” Fareeq tersenyum sambil membetulkan comforter di tubuh
Ira. Lampu tidur di tutupnya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ira … tunggu.” Laung Adam. Dia berlari mendekati Ira
dan Fika. Cap di betulkan.
“ Kau apahal Adam?” Soal Fika. Ira buat tak tahu je,
siap bermesej sambil tersenyum-senyum lagi. Dah gaya orang bercinta pulak,
padahal mesej dengan kakak ipar je …
“ Ira kenapa bagi bunga tu dekat orang lain ? Ira tak
suka abang ke?” Soal Adam lagi.
“ I’m sorry, Mr Adam. Saya tak berminat dengan
anda. Lagipun saya dah berpunya.” Ira menayangkan sebentuk cincin berlian
miliknya. Mas kahwin masa nikah dulu …
“ Tipu. Abang tak percaya. Ira sengajakan kata begitu.
Sebab Ira taknak abang ngorat Ira, betulkan?” Adam ingin mencapai tangan Ira
tetapi Ira lebih pantas mengelak. Dia berdiri di belakang Fika yang sedikit
berisi.
“ Saya memang dah berpunya. Encik Adam pergilah ngorat
orang lain, saya memang tak berminat.” Ira dah gelabah. Apasal wujud orang yang
tak faham bahasa ni … Rimas. Semenjak dia di semester pertama lagi Adam ni mula
masuk line. Tahulah senior …
“ Abang dah berubah. Abang bukan playboy lagi.
Abang betul-betul suka Ira. Kalau Ira tak percaya abang bawa rombongan
meminang, ye …” Adam masih merayu Ira. Fika terkejut mulutnya di tekup dengan
telapak tangan.
“ Ini kes buaya dah bersara ni. Hebat sungguh kau Ira without
gedik-gedik pun boleh tawan sang buaya jadian …” Desis hati Fika. Matanya
melirik Ira di belakang. Ira seakan-akan faham isyarat Fika itu lantas menampar
bahu kawannya.
“ No!! Awak tak faham ke? Saya cakap saya dah
berpunya. Saya cintakan orang lain. Faham?” Ira menahan marahnya. Rasa dah
berkuap kepala ni, sudahlah tengahari. Berdiri pulak di tempat parking,
dengan tudung lilit-lilit lagi. Berpeluh …
“ Ok, fine. Kenalkan abang dengan jejaka
pilihan Ira tu. Sekarang.” Adam menghembus nafasnya dengan kuat.
“ Sekarang ? Mana boleh, dia kerja.” Kata Ira. Mati
nak cari siapa? Hanya wajah encik suami yang terlayar di fikirannya tika ini.
“ Nak ke dia tolong aku ? Lepas aku jual mahal
dengannya?” Desis hati Ira. Runsing …
“ Kalau dia sayangkan Ira, serious dengan Ira,
mesti dia boleh tinggalkan kerja dia sekejap. Lagipun sekarang waktu lunch.
Call dia sekarang.” Arah Adam. Sedikit sebanyak pengalaman sebagai player
menbantunya untuk menangani masalah sebegini. Manalah tahu, Ira tipu je …
“ Kena telefon Reeq ke? Aku mana ada boyfriend.
Lagipun Reeq kan suami aku, esok-esok aku kena jatuh cinta dengan dia jugak.
Takkan nak berpisah pulak? Mahu papa dengan mama tak mengaku anak nanti. Tak
mahu aku jadi anak derhaka…” Omel hati Ira.
“ Hah !! Kenapa bisu? Ira takde boyfriend kan ?
Ira sengaja tipu abang kan?” Soal Adam.
“ Betul saya dah berpunya. Sekejap saya call.”
Kata Ira. Tangan Fika di tariknya, berteduh di bawah parking motor yang
berbumbung. Lama lagi mendidihlah otaknya …
“ Kasi aku nombor gim kau tu.” Pinta Ira. Padahal
boleh je call terus tuan empunya badan …
“ Nak buat apa?” Soal Fika, bingung.
“ Aku nak minta tolong abang sado kau … Kalau dia jadi
boyfriend jadian aku, rasanya baru Adam berputus asa.” Jawab Ira.
“ Amboi !! Hari tu cakap tak suka encik sado …” Perli
Fika. Telefonnya di keluarkan, nombor telefon di tunjukkan kepada Ira.
“ Terpaksa. Kau juga yang cakap abang sado kau tu perfect,
full package …” Ira mendail nombor pejabat suaminya. Ira meletakkan jari
telunjuknya di bibir apabila talian di jawab. Dia menjauhi Fika. Fika mencebik.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 2
“ Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan boss awak?”
“ Boss? Encik Benz ke?” Soal gadis berbangsa cina itu.
Pelat …
“ Yup.” Jawab Ira. Berlagak pulak si Reeq ni, suruh
pekerja panggil Benz. Perasan nak jadi omputihlah tu …
“ Encik Benz tak nak di ganggu. Dia ada client VVIP…”
Jawab gadis cina tersebut.
“ Just call him, please … Cakap wife dia
telefon. Urgent …” Kata Ira.
“ Wife? Encik Benz tak kahwin lagilah …” Gadis
cina itu menjawab. Ira sudah pun kegeraman. Ada juga yang kena sound,
kejap lagi. Sabarlah wahai hati …
“ Get him, now. You nak saya beranak
sorang-sorang ke ?” Nada Ira sedikit tinggi. Geram …
“ Beranak ? Encik Benz !! Wife you nak beranak
!!” Laung gadis cina tersebut.
“ Aduh, yang pergi jerit kenapa ? Buat malu saja …” Desis
hati Ira.
“ Hah !!!” Ira menepuk dahinya. Dari corong telefon
dia terdengar suaminya terjerit.
++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana Ira ?” Soal Fareeq. Fika baru sampai di gimnya.
“ Dia dah tunggu di Kenny Rogers. Baik Abang Fareeq
pergi cepat. Adam tu macam suka sangat je dengan Ira. Abang Fareeq tolonglah
apa yang patut. Kesian Ira … Saya pun rimas dengan Adam tu …” Kata Fika.
“ Ira berdua dengan Adam ke?” Soal Fareeq lagi.
Cemburu …
“ Aah … dia ikut kami dari tadi lagi …” Jawab Fika.
Fareeq melangkah laju.
“ Amboi !! Lajunya … Abang sado ni pun dah tangkap
cintan dengan si Ira ke ?” Fika menggeleng sebelum melambai trainernya
yang setia menanti.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang dah lama sampai ?” Soal Fareeq. Ciuman di
dahi hadiahkannya. Ira hanya mampu tersenyum. Tangan Fareeq di ciumnya. Entah
mengapa pun dia tidak tahu … Automatik …
“ Baru je … dalam 5 minit. Abang … kenalkan. Ni, Adam.
Budak laki yang selalu kacau Ira dekat kampus.” Kata Ira tanpa berselindung.
“ Aku Benz, suami Ira. Kenapa kau kacau isteri aku?”
Soal Fareeq sambil melabuhkan duduknya di sebelah Ira.
“ Betul ke kau ni suami Ira? Apasal tua sangat ? Aku
tak percaya. Kau abang dia,ekh …” Adam ketawa kecil. Fareeq mengeluh dengan senyuman
kecil.
“ Kau tak nampak ke? Ni apa?” Fareeq menunjukkan
cincin perak di jari manisnya.
“ Setakat cincin bro, baik tak payah. Bersepah
dekat pasar malam …” Adam berkata. Fareeq mengepal penumbuknya.
“ Aku debik jugak budak mentah ni …” Desis hati Fareeq.
Ira yang ternampak genggaman suaminya itu segera memegang tangan Fareeq. Fareeq
memaut bahu Ira.
“ Kami suami isteri. Sayang keluarkan kad nikah kita.”
Fareeq bersuara. Ira cepat-cepat mencari pursenya di dalam handbag.
Sekeping kad di keluarkan.
“ Nah. Kau beleklah betul-betul.” Kata Fareeq lagi.
Minuman isterinya di teguk. Haus pula tiba-tiba. Adam terkejut. Betul Ira sudah
berpunya, isteri orang lagi …
“ Kenapa Ira kahwin dengan orang tua ?” Soal Adam yang
masih tidak berpuas hati.
“ Dah jodoh kitaorang.
Saya dah nikah. Saya sayang suami saya.” Kata Ira. Fareeq terkaku. Dia
memandang wajah isterinya. Lama.
“ Biar betul … Ira sayang aku?” Desis hati Fareeq. Ira
tersenyum manis. Jari-jemarinya mengelus tangan suaminya.
“ Tapi dia tua lebih 10 tahun dari Ira. Nanti dia dah
kerepot siapa yang nak jaga Ira? Leave him, be with me please …” Adam
masih tidak mahu mengalah. Yelah … hati dah suka, susah nak buang perasaan
sayang tu …
“ Kau nak makan penumbuk ke ? Aku ni suami dia,
terang-terang aku depan kau sekarang. Boleh pulak rayu isteri aku …” Marah
Fareeq dengan nada di perlahankan. Tak mahulah orang lain tengok drama mereka …
“ Encik Adam. Dengar sini, ye. Saya tak nak awak ganggu
saya lagi. If you really love me, let me be with my husband. I’m happy with
him. Lagipun kitaorang nak jadi parents dah …” Perlahan saja tutur
Ira di hujung ayatnya itu. Sekali lagi Fareeq memandang Ira. Tergamam seketika
dengan ayat tadi.
“ Awak mengandung, Ira ?” Soal Adam. Jelas terpancar
kekecewaan di wajahnya. Ira sekadar
mengangguk. Nak bersuara takut pula, pakcik sebelah menyoalnya kembali. Fareeq
mempamerkan wajah yang kebingungan.
“ Mengandung? Anak siapa? Jangan-jangan aku jadi pak
sanggup …” Desis hati Fareeq. Baru hatinya nak berbunga bila Ira cakap sayang
tadi. Tapi hampeh …
“ Tahniah. Saya janji, saya tak kan ganggu awak lagi.”
Kata Adam sebelum melangkah pergi. Ira menarik nafas lega setelah kelibat Adam
tidak kelihatan lagi. Dia bersandar di kerusi. Fareeq masih memerhatinya.
“ Apa semua ni Ira ? Mengandung ? Anak …” Kata-kata
Fareeq terputus apabila satu suara menyapa gegendang telinga mereka.
“ Mengandung? Ira mengandung ke ?” Soal Alia dengan
nada teruja. Kebetulan dia ternampak adiknya berdating di sini, apalagi
dia singgahlah. Alih-alih pasangan dua sejoli ini ada berita gembira.
“ Hah !! Along buat apa kat sini?” Soal Ira.
“ Along ganggu ke?”
“ Takdelah. Kitaorang lunch je kat sini …”
Jawab Ira. Wajah Fareeq sudah lain macam. Habis air Ira di teguknya. Panas …
“ Ira mengandung ?” Soal Alia lagi. Ira memandang
wajah Alia, kemudian wajah Fareeq pula di pandangnya. Suaminya itu, memandang
tajam.
“ Aduh … nak jawab apa ni …” Omel hati Ira. Kemudian
dia tersenyum.
“ Janganlah malu, dengan akak je pun … Tahniah.” Ucap
Alia. Bahu Fareeq di tepuknya. Ira menelan liur, takut Fareeq melenting. Tetapi
lain yang di buat Fareeq, dia turut tersenyum manis. Hairan Ira di buatnya.
Mungkin ini cara orang dewasa berfikir … telah Ira.
“ Jom balik. Akak tak sabar nak design bilik baby
…” Ajak Alia. Tangan mereka di paut Alia. Teruja …
“ Masak aku …” Desis hati Ira. Bibir hanya mampu mengukirkan
senyuman.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ You …” Panggil Ira. Fareeq tidak menjawab, masih marah
dengan isterinya itu. Masuk ni, dah 12 kali Ira memanggilnya sejak petang tadi
setelah kejadian Adam itu. Buntu Ira di buatnya. Teruk juga orang laki merajuk.
Jenuh nak pujuk …
“ Kena ambil tindakan drastik ni … Aci tak kalau aku
tiru drama Korea ? Bedal jelah …” Omel hati Ira. Lantas tubuh Fareeq di peluk
dari belakang. Terkejut Fareeq. Nasib baik tak terlepas Iphone
miliknya …
“ Abang … Ira minta maaf. Ira terpaksa cakap macam tu.
I want him to leave. Ira tak tahu dah nak cakap apa? Sebab tu Ira cakap
begitu. Abang maafkanlah Ira, ye …” Tutur Ira dengan nada memujuk.
“ Ira tak mengandung?” Soal Fareeq. Tubuh Ira di
pusing supaya mengadapnya.
“ Takkan nak mengandung pulak? Kita kan tak pernah …”
Ayat Ira mati di situ apabila Fareeq mula tersengih-sengih. Wajah Ira
serta-merta memerah, dia menundukkan wajahnya.
“ Tak pernah apa?” Usik Fareeq.
“ Abang ni kan, jahat. Sudahlah, Ira nak turun tengok movie
dengan Along.” Kata Ira sambil melangkah. Tetapi langkahnya terhenti di muka
pintu.
“ Along macam mana?” Soal Ira. Baru teringat dengan
khabar petang tadi.
“ Ira settle lah sendiri. Pandai sangat …”
Jawab Fareeq.
“ Abang … Ira nak minta pendapat pun tak boleh …” Ira
bernada manja. Siap jeling lagi.
“ Betul nak dengar pendapat abang ?” Fareeq menarik
tangan Ira ke birai katil. Mereka duduk di situ. Fareeq tersenyum.
“ Pendapat abang … First, terus terang je
dengan Along, yang Ira tak mengandung.” Kata Fareeq. Ira memandang wajah
Fareeq.
“ Cadangan lain?”
“ Second ? Betul Ira nak dengar cadangan lain
?” Fareeq bertanya. Ira sekadar mengangguk.
“ Kita buat jelah baby … Semua orang gembira …”
Selamba je tutur Fareeq. Ira menjeling lantas satu cubitan di hinggap di peha
kanan Fareeq.
“ Gatal …” Kata Ira sebelum menapak ke muka pintu.
Pintu di buka dan langkah di teruskan ke bawah. Nampaknya terpaksalah
berterus-terang ….
++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ira … Dah turun pun bakal mama ni … Ira, mama nak cakap. Akak dah cakap dengan mama yang Ira
mengandung. Mama happy sangat. Maklumlah cucu pertama …” Cerita Alia.
“ Along dah cakap dengan mama?” Soal Fareeq yang
berada di belakang Ira.
“ Bila masa pakcik ni ada kat sini?” Desis hati Ira.
Wajah Fareeq di pandangnya. Telefon di sambutnya.
“ Assalamualaikum, mama … Sihat. Mama sihat ?” Tutur
Ira. Perbualan di teruskan.
Setelah 5
minit bersembang dengan mertuanya, Ira memberikan kembali telefon kakak
iparnya. Dia duduk di sebelah Fareeq. Wajahnya sedikit masam, apa tidaknya rasa
bersalah menguasai diri. Fareeq mengenggam tangan isterinya. Dia tahu Ira
seorang yang tidak suka sakitkan hati orang tua. Kalau tak, takdelah Ira setuju
nak nikah dengannya dulu …
“ Jom, naik.” Ajak Fareeq. Dia bingkas bangun sebelum
Ira membuat drama air mata. Ira amat sensitif dengan orang tua.
“ Amboi !! Dah dapat baby pun nak tidur awal
ke? Baru pukul 9.30 …” Perli Alia. Matanya setia pada skrin tv. Fareeq
kegeraman, bantal kecil di baling kepada kakaknya. Mulut …
“ Suka hati Reeq lah …” Jawab Fareeq. Tangan Ira di tarik
supaya mengekori langkahnya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … Ira …” Sebak Ira seketika. Rasa bersalah
sangat dah bagi harapan pada orang tua.
“ Abang tahu. Sekarang Ira nak buat apa?” Soal Fareeq.
Sejadah di sidainya. Telekung di buka Ira sebelum di sangkutkan.
“ Selain option nombor dua tu, abang ada solution
lain ke?” Soal Ira. Dia duduk bersandar pada kepala katil.
“ Jujur abang cakap, abang takde cadangan lain.” Tulus
jawapan Fareeq.
“ Huh … Ira tak sedia …” Tutur Ira sambil bermain
dengan jarinya sendiri.
“ Take your time. Ira …” Panggil Fareeq yang
baru melabuhkan punggungnya di atas tilam.
“ Hemm …”
“ Ira nak abang plan kan ke? Abang belajar bio
dulu …” Soal Fareeq. Bantal ditepuknya.
“ Tak payah. Ira pun belajar bio dulu ..” Kata Ira.
“ Then, should I make you fall in love with me
?” Fareeq memandang mata Ira. Ira mengalihkan pandangannya, malu …
“ As you wish …” Jawab Ira perlahan. Fareeq
tersenyum. Mission dah sedia nak di launchkan. Hehe …
“ Nak yang macam Valentino Rossi, ye … Tunggu
Valentino Rossi versi Melayu datang …” Desis hati Fareeq dengan senyuman lebar
terukir di bibirnya.
“ Kenapa tersengih-sengih?” Soal Ira. Itu takde kerja
lainlah tu, nak mengusik orang je …
“ Abang tengah fikir strategi nak pikat hati sayang …”
Meleret je tutur Fareeq. Ira cepat-cepat baring dengan selimut menutupi
badannya. Seram …
“ Hormon miang dah datanglah tu …” Omel hati Ira.
“ Tahu takut …. Itu baru tukar ton suara. Kalau lebih
… jadi patung isteri aku ni …” Desis hati Fareeq. Dia tersenyum lagi. Doa nak
makbul dah ….
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 3
Perhubungan
Ira dan Fareeq semakin erat, hampir sebulan juga Fareeq memikatnya. Selepas itu
mereka hidup seperti suami isteri yang lain. Mungkin rezeki mereka awal, kini
Ira sedang mengandung. Kandungannya baru mencecah bulan yang ketiga. Itupun
setelah 2 bulan mereka merancang. Nasib baik lekat …
“ Kau ni kenapa? Makan beria-ria sangat …” Tegur Fika.
Gerun dia lihat kawannya makan.
“ Aku laparlah …” Jawab Ira setelah meneguk
minumannya.
“ Kau tak takut ke badan kau naik?” Soal Fika.
“ Biar jelah …” Ira masih merahsiakan perkahwinannya
dengan Fareeq dari pengetahuan Fika.
“ Senang hati nampak, sejak couple dengan abang
sado … Kau tak takut ke dia cari lain …” Perli Fika.
“ Takkan punya, sebab dia sayang aku … Lagipun aku
jadi macam ni sebab dialah …” Kata Ira. Fika berhenti menyuapkan makanan, sudu
di letakkan kembali.
“ Maksud kau? Wait, kau ….” Ayat tersebut tidak
di tuturkan Fika. Dia membuat isyarat tangan. Tanda mengandung. Ira mengangguk.
“Kenapa kau bodoh sangat ? Kenapa kau bagi? Haram tahu
… Kesian baby dalam perut tu, dia tak berdosa. Korang yang berakal ni
kenapa ikut hati …” Fika menggelengkan kepalanya. Takkanlah kawannya ini buta
kerna cinta?
“ Cik Fira. Jaga mulut kau … Haram kalau tak nikah
lagi. Tapi kes aku ni, takde masalah. Kami dah nikah …” Ira berkata dengan
tenang.
“ Kau? Nikah? Dengan siapa?”
“ Boss gim kaulah. Siapa lagi …” Kata Ira.
“ You owe me an explaination, Cik Ira. Wait, not
Cik but Puan.” Tutur Fika. Dia tersenyum.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Wah !! cerita macam dalam novel …. Kahwin paksa rela
…” Perli Fika. Ira menampar lengan sahabatnya itu.
“ Perlahanlah sikit …” Ira berkata. Takut menganggu
pelajar yang lain di study room ni …
“ Romantik tak abang sado kau tu …” Soal Fika.
“ Bab tu mana boleh cerita …” Wajah Ira mula memerah.
Teringat masa Fareeq memikatnya dahulu. Dah macam romeo …
“ Jealous aku. Patutlah masa aku ajak kau ke
gim, kau tak nak. Nak cover line lah tu …Dah berapa lama korang nikah?”
“ Dah lama, nak masuk 9 bulan dah …” Ira berbicara.
“ Lamanya … Kalau bukan pasal baby, kau mesti
rahsiakan lagi hubungan kau kan Ira?” Perli Fika. Ira hanya tersengih seperti
mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … abang nak kasi tahu ni …” Ujar Fareeq.
Tubuhnya di sandarkan di kepala katil.
“ Apa?” Soal Ira yang selesai menyisir rambutnya. Kaki
melangkah ke birai katil.
“ Abang … abang … Huh …..” Keluhan di lepaskan. Fareeq
rasa tidak selesa. Perlukah dia berterus-terang dengan isterinya atau diamkan
saja? Hatinya berbelah-bagi.
“ Abang ni nak cakap apa sebenarnya?” Soal Ira lagi
sambil bersandar di kepala katil.
“ Actually … Wait, abang nak Ira janji
dulu Ira akan bertenang. Ira jangan marahkan abang, ye?” Rayu Fareeq. Tangan
isterinya di genggam.
“ Abang cakap jelah, jangan takutkan Ira …” Ira sudah
gundah-gulana. Apa tidaknya fikirannya sedang memikirkan perkara yang
bukan-bukan. Manalah tahu suaminya ini nak cakap terjatuh hati dengan perempuan
lain ke ….
“ Dekat gim abang, ada seorang pompuan ni. Dia confess
dia cintakan abang.” Kata Fareeq dengan berat hati. Ira pula menarik tangannya yang
di genggam suaminya. Hatinya mula terasa pedih, sebak mula menguasai diri. Suaminya
menduakannya ke …
“ Sayang …. Listen to me first. Remember, abang cintakan sayang till my last breath.”
Bahu Ira di paut Fareeq. Takut isterinya itu melarikan diri pula.
“ Abang tak cintakan dia not even sayang atau
seangkatan dengannya. Tak pernah terdetik pun di hati abang nak jatuh cinta.
Tapi abang risau …” Fareeq berhenti berkata apabila Ira mencelah.
“ Kenapa risau pulak? Sepatutnya abang suka … Ke abang
risau tak dapat kawal diri? ” Perli Ira dengan jelingan tajam. Fareeq
tersenyum, hidung mancung isterinya di tarik. Cemburulah tu …
“ Abang tak dapat kawal diri dengan sayang je …”
Fareeq bersuara manja. Pipi isterinya di cium. Geram … Ira mengalihkan
pandangannya ke sisi, kononya tak suka di cium Fareeq. Fareeq tersenyum lagi,
comel sungguh isterinya tika ini. Masa marah pun cantik, rasa nak peluk
ketat-ketat. Tambahan lagi, sejak mengandung ni makin tembam pula pipi
isterinya ini. Parah sungguh penyakit angau Fareeq …
“ Back to my story. Abang risau sebab dia tu,
semakin hari semakin mengedik dekat abang. Sampaikan staff pun perasan.
Abang pun suarakan dekat Raz, Raz cadangkan suruh beritahu sayang. Sebabnya
semua cara abang dah guna untuk cast her away but, dia macam obsess
je… Mana abang pergi kat situ dia menempel, sikit-sikit nak sentuh abang.
Paling abang takut bila abang masuk changing room, biasalah mesti
berpeluh bila workout. Mestilah nak mandi. Sudah je mandi, tiba-tiba je
dia muncul. Nasib baik hari tu ada Raz dengan Hairi. Kalau tak mesti abang
ternoda …” Fareeq bercerita sambil membuat aksi geli-geleman seolah-olah
perkara tersebut baru berlaku. Ira tersenyum dengan aksi suaminya itu. Tawanya
di tahan. Macam orang takutkan lipas …
“ Kenapa sayang senyum?” Soal Fareeq. Boleh pula dia
senyum, orang tengah meluahkan masalah ni … Punyalah runsing … Alih-alih dia
senyum lagi … Terhambur juga tawa yang di tahan Ira. Ira ketawa bagai nak rak
sepertinya sedang menonton Maharaja Lawak Mega …
“ Ketawa pulak?” Fareeq melepaskan rangkulan. Nak
merajuklah … Orang tengah sedih, isteri buat tak tahu je …. Tiba-tiba Ira
menekan perutnya.
“ Abang, sakit …” Kata Ira perlahan. Terasa perutnya
kejang. Allah marahkannya ke? Sebab ketawakan Fareeq atau suaminya itu terasa
hati dengannya?
“ Sayang … janganlah main-main …” Kata Fareeq. Namun,
dia tahu Ira tidak bergurau dengannya. Air mata mula menitis menuruni pipi
isterinya. Lantas, dia turut menekapkan telapak tangannya pada perut Ira.
“ Sakit ….” Ira mula teresak-esak. Fareeq menarik
tubuh Ira ke dalam dakapannya supaya lebih selesa. Ira bersandar pada dada
suaminya, Fareeq mengeratkan pautan pada pinggang isterinya. Hampir saja hidung
Ira terbenam di leher Fareeq.
“ Sayang mengiring. Abang usap perlahan-lahan. Itulah,
lain kali beringat. Janganlah lasak sangat, kesian baby. Baby
mogoklah tu, mami ganggu dia tidur …” Bebel Fareeq. Perut Ira diusap lembut.
Dia tersenyum, tak sangka Allah akan kurniakan zuriatnya secepat ini. Maklumlah
mereka baru berbaik …
“ Abang, Ira minta maaf gelakkan abang … Ira just
tak tahan bila abang buat aksi geli-geleman tu …” Luah Ira.
“ Sayang … abang tak marah pun. Cuma terasa sikit bila
sayang gelak macam tu. Ingatkan sayang tak sayangkan abang …” Fareeq mencium
dahi Ira.
“ Kalau tak sayang takdelah Ira kasi baby dekat
abang. Abang … pasal cerita abang tadi, Ira rasa kita kena cerita dengan Along.
Abang jangan risau, Ira sentiasa dengan abang. Kita boleh hadapi perkara ni.
Ira takkan mengalah bila libatkan hal kita bersama.” Ira bersuara. Wajahnya di
dongakkan, jari-jemarinya mengelus pipi Fareeq.
“ Isteri aku ni semakin matang …” Kata hati Fareeq.
Bangga dengan isterinya.
“ Love you, sayang …” Ucap Fareeq sebelum
mengucup bibir isterinya itu. Sesaat, dua … Fareeq melepaskan tautan bibirnya.
Ira menyembunyikan wajahnya. Malu …
“ Sayang tak cakap pun cintakan abang …” Usik Fareeq.
Isterinya ini masih malu meski pun mereka telah lama bergelar suami isteri.
“ Love you too …” Perlahan ucap Ira. Dia
menyembunyikan wajahnya di leher Fareeq.
“ Sayang … sayang … Pandang sini … Sayang …” Usik
Fareeq lagi. Ira yang kegeraman dengan penyakit miang suaminya itu, mengigit
perlahan leher Fareeq yang berada di depannya tika itu. Terjerit kecil Fareeq
dibuatnya. Ira menjauh. Dia membetulkan tubuhnya sebelum mengiring membelakangi
Fareeq. Selimut di tariknya.
“ Sayang main kasar.” Ujar Fareeq sambil mengusap
bekas gigitan Ira tadi. Takde kesan pun..
“ Tutup lampu tu, Ira nak tidur …” Ira berkata dengan
senyuman masih menghiasi bibirnya. Padan muka, asyik nak mengusik orang je …
“ Dahlah tadi gigit orang, bukannya nak tolong gosok.
Nak tidur pulak, siap suruh tutup lampu lagi ….” Rajuk Fareeq. Lampu ditutup
setelah berbaring. Nak bermanjalah tu … Padahal tak sakit pun …
“ Sorry, abang … Meh sini nak ubatkan.” Ira
berpaling ke arah Fareeq. Leher suaminya di usap beberapa kali sebelum
meniupnya. Fareeq menelan liur.
“ Dah ok ke?” Soal Ira.
“ Ni bukan ok, terlebih sudah …” Kata hati Fareeq. Niat
di hati nak dapatkan perhatian isteri tapi … si isteri terswitch on getaran
di hati pulak … Huh … gawat ni … Keluhan di lepaskan.
“ Sayang … esok kelas pukul 11 kan?” Soal Fareeq. Dia
mengiring ke kiri, wajah Ira memenuhi pandangannya.
“ Hemm …” Jawab Ira, malas. Mengantuk ni …
“ Sayang …” Meleret je … panggilan Fareeq itu. Ira
memandang Fareeq. Pandangan mereka bersatu. Mata Ira terus segar apabila
mendengar panggilan tersebut, tak jadi mengantuk. Dia faham isyarat suaminya
itu, siap tersenyum miang lagi. Fareeq menarik tubuh isterinya sebelum dahi Ira
di kucup lama. Ira memejamkan matanya.
“ Ya Allah, aku sayangkan suamiku. Peliharalah
hubungan kami ini. Aku cintakan Valentino Rossi version sado ni …” Akui Ira di
dalam hati. Sungguh dia bahagia sekarang.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 4
“ Fareeq !!!” Jerit Alia. Fareeq yang mendengar suara
kakaknya itu segera terjaga. Terkejut dia dengan kehadiran si dia yang melutut
di sisinya. Tangan Fareeq dengan automatik menolak tubuh wanita tersebut. Dia
bingkas duduk di sofa itu. Wanita yang terjatuh itu tidak di pedulikan. Matanya
menikam wajah Ira di belakang Alia.
“ Sayang … abang tak tahu pun bila pompuan ni masuk.
Abang tidur tadi, sakit kepala …” Adu Fareeq. Yelah, takut isterinya salah
faham. Padahal, Ira dah tahu pun. Suaminya itu telah menghantar sms
tadi. Katanya sakit kepala … Ketika itu, dia tengah shopping dengan Alia
di tingkat bawah. Niat di hati nak lunch bersama encik hubby
sebab itulah mereka menapak ke atas. Nak surprisekan si Fareeq kononnya …
Alih-alih ada orang nak ambil kesempatan. Patutlah berdebar-debar jantungnya
tadi …
“ Awak isteri Benz ke? Teruknya taste you Benz
… Hebat lagi I dari dia. Setakat budak sekolah macam ni pun you hadap.
Apa yang dia ada? Entah nak layan you pun tak pandai …” Sindir perempuan rambut
karat tadi. Bajunya di betulkan, siap tarik leher baju yang sedia luas itu kebawah lagi. Nak menunjuk lurah dendamnya
lah tu …
“ Aku punya lagi cantiklah …” Sempat lagi otak Ira
membandingkan dalam situasi ini.
“ So, youlah perempuan murah tu …” Alia
bersuara apabila Ira tidak mengeluarkan kata-kata. Bimbang juga kalau adik
iparnya termakan hasutan syaitan ketika melihat aksi tak senonoh perempuan tadi
yang seakan-akan nak mencium bibir adiknya itu.
“ Sayang …” Fareeq bangun dari sofa yang dia baring
tadi. Dia menghampiri Ira. Risau dengan penerimaan Ira.
“ Nanti sekejap, kau pompuan. Ni laki aku, mengata aku
tak pandai layan ye … Aku nak tengok juling tak mata kau kejap lagi …” Desis
hati Ira. Geram …
“ Abang … Ira faham. Ira percayakan abang …”
“ Tapi … Abang tak salah … Abang …” Fareeq kalut. Kata
isterinya tadi tidak dapat di tangkap maksudnya. Yelah, dah risau tahap gaban …
Ira tersenyum. Comel pula suaminya gabra begini. Lantas, leher Fareeq di
rangkul sebelum bibir seksi suaminya di jamah. Sesaat, dua saat, tiga saat …
Fareeq membalas kucupan tersebut. Terbuntang mata mereka di situ. Kelat muka
perempuan gedik tersebut. Alia mengalih pandangan, dia sembunyi senyum.
“ Padan muka kau pompuan … pergi cabar orang muda.
Darah panas beb … Makan dalamlah kau ….” Kata hati Alia siap senyum tepi lagi.
Mana taknya, muka pompuan pengacau tu dah serupa jeruk …
“ Sayang minum coffee ke?” Soal Fareeq. Pipi
Ira di usapnya lembut.
“ Tak. Ira just minum a sip je, mocha
Along tadi.” Jawab Ira. Dia tahu suaminya risau akan pemakanannya lebih-lebih
lagi sejak berbadan dua ni … Macam-macam pantang larang nak kena ikut … Kalau
tak mulalah encik hubby membebel …
“ Korang sudah-sudah le, bercintanya …. Nanti sambung
kat rumah. Kita in the middle of problems sekarang. So, focus please
…” Alia bersuara.
“ Ehem … macam yang Along nampak tadi, dia yang terkam
Reeq. Reeq …” Kata-kata Fareeq putus apabila Fika muncul di muka pintu bersama
sahabatnya, Mira.
“ Abang Fareeq, Fika ada bawa kawan. Fika dapat
komisen tak?” Soal Fika teruja. Terkejut dia apabila melihat ramai orang di
dalam pejabat suami rakannya itu. Nampak macam serius je …
“ Ira, aku salah timing ke? Aku bawa Mira
tunggu kat luar dulu.” Kata Fika. Dia mahu melangkah keluar bilik tersebut.
“ Ehh … mama muda buat apa kat sini? Mama muda pun
ahli gim ni ke?” Soal Mira apabila dia ternampak kelibat isteri keempat papanya
itu setelah Fika beralih tempat tadi.
“ Mira kenal ke perempuan ni?” Soal Alia. Mira
mengangguk. Alia kenal anak rakan papanya itu.
“ Mama muda, isteri papa nombor 4. Umur 30 tahun. Diploma
Marketing from Segi. Anak last dalam family. Kak Alia nak
tahu? Sebab mama muda lah, umi Mira lari ke Perak. Papa tipu umi. Umi tahu pun after
a year papa kahwin. Habis semua isteri papa marahkan papa sebab papa cakap
banyak kerja, rupanya kerja dengan mama muda. Umi, ibu dengan mami boikot papa 2
months. ” Jawab Mira. Siap segala details lagi. Alia tersenyum.
“ Ligat juga papa si Mira ni. Isteri 4 orang kot …”
Desis hati Fika.
“ Isteri orang rupanya? Ada hati nak goda laki aku. Kejap
kau, tahulah aku nak kenakan kau. Apa kau ingat aku budak sekolah …” Kata hati
Ira. Geram dengan niat perempuan rambut karat tu masih belum reda.
“ You isteri Uncle Jamal? Kecilnya dunia …”
Fareeq tersenyum sinis. Bertambah gelisah si rambut karat itu.
“ Mira, aku nak kau telefon papa kau. Suruh dia datang
sini. Cakap isteri muda dia buat hal.” Arah Ira. Kakinya di angkat sedikit,
terasa kejang pula betisnya. Fareeq yang perasan keadaan isterinya lantas
mengambil kerusinya untuk Ira.
“ Apahal Ira?” Soal Mira sambil mencari telefonnya di
dalam beg tangan. Telefon Samsung S5 di keluarkannya.
“ Mama muda kau buat hal dengan suami aku. Dia nak
goda hubby aku ni … Nasib baik aku dengan Along cepat sampai. Kalau tak
di rogolnya hubby aku ni …” Ira bersuara. Matanya menjeling suaminya di
sebalik meja. Fareeq menjegilkan mata sambil membawa kerusi untuk Ira. Ada pula
perempuan rogol lelaki ….
“ Sayang …” Fareeq menegur.
“ Ada ke perempuan rogol laki?” Fika berfikir. Siap
memandang ke atas siling lagi. Mira pula menelefon papanya. Alia mengekori Mira
ke luar dari pejabat tersebut. Fareeq pula menutup pintu pejabatnya. Takut
pesalahnya lolos pula.
“ Benz lepaskan aku, please …” Rayu si gedik .
Namanya Kat …
“ Kuasa untuk lepaskan kau bukan kat tangan aku. Tapi
kat tangan suami kau, merangkap uncle yang aku kenal sejak kecil lagi.
Dah berapa lama kau buat kerja ni? Aku percaya ni bukan hal pertama yang kau
cipta. Dah berapa banyak mangsa sebelum aku? Tak cukup ke dengan apa yang uncle
bagi?” Riak wajah Fareeq berubah. Jelas terpancar kemarahan di wajahnya.
Ira menelan liur takut dengan suara Fareeq sudah bertukar ton. Ira menggamit
Fika supaya berdiri di sebelahnya.
“ Lepaskan aku, please …” Rayu Kat lagi.
“ No. Aku cukup pantang perempuan curang.
Lagipun, aku kenal Uncle Jamal. Aku tak boleh biarkan perkara ni. Sebabnya aku
kenal isteri-isteri uncle yang lain. Semuanya baik-baik kecuali kau.”
Fareeq bersuara lagi. Sempat wajah isterinya di kerling. Tangan Ira di lihat
sedang mengurut betisnya.
“ Fika, duduk di sofa. Jaga dia, jangan kasi lolos.”
Arah Fareeq sambil melangkah ke mejanya sebelum kerusi di tarik mendekati
isterinya. Fika pula sudah duduk di sisi Kat.
“ You tak
faham? I perlukan …” Kat masih nak bersuara. Geram dengan perhatian yang di
berikan Fareeq terhadap Ira. Fareeq menjegilkan matanya. Terus kata-kata Kat
terputus.
“ Aku tak peduli apa yang kau perlukan. Kau ada suami.
Bincanglah dengan dia …” Sindir Fareeq.
“ Agaknya begini kot si Kat ni menagih simpati dengan
lelaki lain …” Omel hati Ira.
“ Lenguh ke?” Soal Fareeq. Ira mengangguk. Kaki Ira
diangkat ke ribanya kemudian betis isterinya itu di urut perlahan. Fika
tersenyum. Ira pula yang malu dengan Fika. Mana taknya, encik suami buat
selamba badak je buat sesi memanjakan dirinya …
“ Sweetnya … Aku pun nak cari Encik Sado
jugaklah … Susah-susah sangat, aku suruh Abang Fareeq tolong rekomenkan.” Desis
hati Fika. Siap telentok lagi di bahu Kat. Terpinga-pinga Kat di buatnya. Wajah
Kat dalam tanda tanya. Tak lama … sebabnya Mira dengan Alia masuk ke dalam
pejabat dengan beberapa orang termasuklah Uncle Jamal. Kat menelan liurnya
apabila terpandangkan wajah kelat Dato Jamal yang makin memerah menahan amarah.
++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 5
“ Papa nak Reeq berhenti jaga gim tu.” Arah Dato
Bahari. Terkejut Fareeq di buatnya. Nasib baik dah selesai makan.
“ Papa … Reeq sayangkan gim tu …” Fareeq bersuara.
Giliran Ira pula yang terkejut. Amboi!! Lembutnya bahasa. Suami aku ni bermanja
dengan papa ke?
“ Papa dah buat offer letter untuk Reeq. Minggu
depan masuk kerja as GM assistance . Papa nak Reeq belajar dari bawah.”
Datin Adawiyah hanya tersenyum mendengar arahan suaminya. Muka Fareeq pula usah
cerita, dah mencuka.
“ Habis gim Reeq macam mana? Takkan nak tutup pula? Customers
dah banyak …” Luah Fareeq. Alia turut tersenyum siap tumbs up lagi.
Fareeq menjeling kakaknya itu.
“ Pasal tu papa dah uruskan. Nanti si Umar anak
makngah kamu yang uruskan. Biar dia jadi keras sikit. Makngah kamu minta tolong
papa suruh keraskan balik anak lelakinya tu. Dah serupa obor-obor kata makngah
kamu.” Tutur Dato Bahari. Alia pula sudah tergelak kuat bila papanya meliuk
lentokkan tangan. Dah serupa Usup Wilcha dalam gambar Kak Limah tu …
“ Tapi papa …” Fareeq masih tidak berpuas hati.
“ Sayang mama … listen to your papa. Lagipun,
kamu dah nak jadi bapa orang. Kamu bukannya bujang lagi macam dulu-dulu. Mama
nak kamu lebih bertanggungjawab. Ingat !! kamu dah berdua nak masuk bertiga
sudah. Esok-esok dah berempat, berlima lagi …” Datin Adawiyah pula bersuara.
“ Mama …” Fareeq seperti merengek pula.
“ Reeq … Kamu tak kesian ke dengan Ira? Emosi dia
boleh terganggu kalau kamu masih berdegil nak uruskan gim tu. Hari tu, di goda
isteri muda Uncle Jamal. Esok-esok di ganggu perempuan tak senonoh mana lagi … Kamu
nak Ira terbeban ke? Dah lah isteri kamu ni masih belajar.” Datin Adawiyah
mengusap lengan Fareeq. Nak menenangkan anaknya kot ..
“ Betul kata mama kamu tu. Papa nak kamu bersedia
gantikan papa. Papa nak bersara. Papa nak pergi honeymoon dengan mama kamu
pulak. Untung-untung kamu dapat adik …” Kata Dato Bahari. Datin Adawiyah
menampar lengan suaminya itu. Ada ke patut di usiknya orang di depan menantu …
“ Apa papa merepek ni? Ada dah 50 tahun, mana boleh
beranak dah …” Perlahan tutur Datin Adawiyah. Malu dengan Ira . Alia tertawa
lagi.
“ Gelakkan mama pula. Patutnya kita kahwinkan Alia ni.
Boleh juga tambah cucu …” Tambah Datin Adawiyah lagi.
“ Mama …” Alia bersuara. Dia tidak suka bila soal
kahwin di bangkitkan. Memori lama masih menghantuinya.
“ Pasal tu, Reeq dah ada calonnya. Reeq rasa Along
mesti setuju.” Celah Fareeq.
“ Siapa?” Soal Alia serentak dengan mama dan papanya.
Teruja …
“ Senior Reeq masa kat Cardiff dulu. Reeq jumpa dia
balik masa nak jemput Ira kat U. Bujang, tak kahwin lagi. Along mesti kenal
satu batch dengan along dulu. Tapi course je lain. Dia ambik engineering.
Siap tanya pasal along lagi. Korek punya korek, dia pun cerita. Dia dah lama
minat along. Along je tak nampak. Mana nak nampak, bila dah mabuk cinta dengan
Jeff playboy tu …” Perli Fareeq. Alia waktu bercinta sangat agresif,
sampaikan ugut mama dengan papa suruh setuju dengan pilihan hatinya. Kalau tak,
nak kahwin lari. Alih-alih si tunang buat hal. Frust menonggenglah jawabnya
…
“ Dr Tengku ke?” Soal Ira. Dia tebak je, sebabnya dah
banyak kali si suami bertemu dengan pensyarah tersebut. Fareeq mengangguk. Alia
membulatkan matanya.
“ Tengku Asfar Kasyaf ? Si nerdy tu ?” Alia
menyoal. Fareeq hanya tersenyum.
++++++++++++++++++++++++++++++
Alia gelisah
apabila terkenangkan peristiwa seminggu yang lalu. Buat pertama kalinya dia
bersua muka dengan si peminat rahsianya. Si nerdy yang menaruh hati
padanya dalam diam. Hampir saja dia malukan dirinya sendiri. Apa tidaknya
tertenung anak teruna orang. Nasib baiklah ada Ira yang mencuitnya. Kalau parents
si nerdy tu nampak mahu di rejectnya aku. Yang gelabahnya, dah
sampai tahap giga sebab inilah. Hari ini merupakan majlis pertunangannya dengan
si nerdy. Minggu depan pula majlis nikahnya. Cepatkan ? Mahunya tidak,
si nerdy cakap dah lama dia tunggu tuan puterinya. Papa pula setuju je,
katanya takut si bunga expired … Apalah papa ni, ingat orang makanan tin
ke? Si nerdy tak menjawab pun, dia tersenyum memanjang …
“ Along !! Ira cakap dia berangan pulak? Family
doktor dah sampai …” Laung Ira dari muka pintu.
“ Hah !!” Giliran Alia pula terpekik.
“ Keluarga bakal mertua along dah sampai. Mama suruh
turun.” Ulang Ira. Dia mahu lekas turun. Sejak jadi mak buyung ni, asyik nak
melekat je dengan encik hubby. Rasa tak tenteram kalau Fareeq takde di
sisinya.
“ Kejap.” Jawab Alia. Tangannya membetulkan baju di
tubuh sambil penampilannya di tilik pada cermin tersebut.
“ Korang, nanti iring along turun bawah. Suruh along
duduk atas pelamin tu, korang duduk kiri kanan step pertama. Step
kedua kosongkan.” Ira bersuara lagi.
“ Baik, Kak Ira. Ju dengan Hani bawakan along nanti.”
Jawab Juwita. Nasib baik ada budak berdua tu, anak makngah. Adik-adik si Umar …
Nak harapkannya? Naik tangga ni pun dah semput …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum … Awak cuti bila?” Soal si nerdy di
talian. Sejak jadi tunangan orang ni, asyik tersenyum je ….
“ Waalaikumusalam … Saya dah cuti pun. Mama kata
banyak benda nak buat.” Jawab Alia malu-malu. Kenapalah aku malu dengan si nerdy
ni … Dulu dengan Jeff poyo tu, tak pula nak malu bagai ….
“ Ye ? Abang nak bawa awak ke butik. Mami suruh fitting
baju akad.”
“ Mami ada beritahu. Bila tu? Sebab Alia ada appointment.”
Kata Alia. Berdebar je rasa … Mesti si nerdy tengah senyum yang boleh
menggugat iman ni … Sempat Alia berangan.
“ Pukul 2 petang esok abang jemput Alia. Appointment
apa?” Soal Kasyaf.
“ Tak penting pun. Mama suruh Alia pergi spa. Kata
mama biar berseri atas pelamin …” Tulus jawapan Alia kepada tunangnya.
“ Untuk abang lah tu …” Ucap Kasyaf. Alia terasa
wajahnya membahang. Pandai pula si nerdy mengusiknya. Alia membisu.
“ Alia … abang happy sangat. Tak sabar abang
nak jadi suami sayang. Berbaloi penantian abang selama ni. Alia tahu, lepas
mami suarakan hasratnya nak abang kahwin. Abang gelisah, nasib baik abang tak
suruh mami tolong carikan. Malam tu, abang solat istikharah buat sekian kalinya.
Jawapannya still sayang. Abang asyik ternampak senyum sayang. Muka tak
nampak pulak. Tapi … abang tahu tu, senyum sayang. Esoknya, abang pergi main
campus ada kelas. Tup-tup terjumpa Fareeq. Sayang … berapa hari lagi ye,
hari kita ? Rasa sesak je dada abang ni…” Luah Kasyaf. Alia tergamam.
“ Dia panggil aku apa? Sayang ? Kenapa lain sangat
bunyinya? Kenapa hati aku rasa something?” Desis hati Alia. Air matanya
menitis.
“ Sabarlah, abang. Just few days lagi je …”
Tanpa sedar Alia memanggil Kasyaf dengan panggilan abang. Kasyaf di hujung
talian tersenyum manis. Rasa berbunga je hatinya …
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 6
“ Abang … nak ais krim.” Pinta Ira. Kepala yang di
sandarkan pada bahu suaminya di angkat. Wajah Fareeq di tenungnya. Senyuman
manis di ukirkan. Tiba-tiba je teringin nak makan aiskrim. Fareeq menutup suis
tv. Filem Lucy yang di tayangkan masih berbaki setengah.
“ Nak pergi sekarang ke?” Soal Fareeq. Pipi Ira
diusapnya. Geram … Semakin tembam pula pipi isterinya ini.
“ Hemm … Boleh ke?” Soal Ira.
“ Jom. Abang nak banana split. Huh … sedap tu
…” Tiba-tiba je fikiran Fareeq terbayangkan keenakan aiskrim yang di makan
bersama pisang. Emm… heaven …
“ Gambar tadi?” Soal Ira. Tadi punyalah khusyuk
suaminya menonton filem tersebut. Sampaikan telefon berbunyi pun taknak
diangkat. Ira menjadi mangsa. Jadi operator tak berbayar …
“ Biar jelah. Nanti ada ulangan.” Kata Fareeq. Tangan
Ira di tariknya ke bilik. Nak bersiap ke destinasilah tu …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ehh … Aunty Has, Aunty Jun, Aunty Farah. Mizan pun
ada.” Sapa Fareeq. Kebetulan mereka terserempak isteri-isteri Uncle Jamal di
situ.
“ Fareeq dengan Ira buat apa kat sini?” Soal Aunty
Jun. Isteri kedua Uncle Jamal.
“ Kami nak makan aiskrim …” Jawab Fareeq dengan
senyuman.
“ Reeq … joinlah kami.” Pelawa Mizan. Anak
ketiga Uncle Jamal. Abang si Mira.
“ Boleh ke? Reeq dengan Ira tak ganggu ke?” Soal
Fareeq lagi.
“ Mana ada ganggu. Aunty tengah berbincang pasal
majlis Mizan next month. Lagipun kamu bukannya orang lain, dah macam
keluarga pun.” Kata Aunty Has. Kerusi di tarik ke belakang sedikit untuk Ira.
Mizan beralih kerusi untuk memberi Fareeq tempatnya.
“ Terima kasih, aunty.” Ucap Ira. Kemudian dia
mencuit Fareeq, mengisyaratkan agar suaminya memesan aiskrim mereka. Tak sabar
nak makan aiskrim. Tambahan pula pelanggan di hujung penjuru kedai tersebut tengah
asyik menyuapkan banana split. Terliur kot … Fareeq memanggil pelayan
untuk membuat pesanan.
“ Amboi !! Tak menyempat kamu ni ? Ada berita baik ke
?” Soal Aunty Has setelah pelayan tersebut berlalu. Seronok tengok gelagat
pasangan di depannya ini. Sweet …
“ Mengidam aunty.” Jawab Fareeq dengan senyuman.
Mizan menepuk bahunya. Isyarat tahniah …
“ Dah berapa bulan?” Soal Aunty Farah.
“ Nak masuk 4 bulan dah.” Jawab Ira.
“ Mama kamu nak dapat cucu dah. Aunty ni habuk pun tak
nampak. Nak harapkan Khairul dengan Haris? Kerja je diaorang nampak …” Luah Aunty
Has. Anak kembarnya itu hanya tahu berkerja saja. Nak bersosial? Hemm … jauh
sekali. Mengorat? Lagilah tak. Tengok perempuan sekali lalu je. Kadang-kadang
dia musykil dengan anak-anaknya. Normal ke anak kembarnya itu? Umur dah nak
masuk 40 tahun. Tak teringin nak bina masjid ke?
“ Alah … Aunty Has. Nanti diaorang kahwinlah. Lagipun
Mizan kan dah nak kahwin. Sampai masanya aunty dapat cuculah. Manalah
tahu Mizan kasi cucu triplet dekat aunty …” Fareeq bersuara.
Belakang Mizan di tepuknya perlahan. Mizan hanya tersenyum.
“ Yalah, umi … Nanti Mizan kasi triplet dengan
umi. Umi jaga satu. Ibu jaga satu. Mami jaga satu.” Pujuk Mizan. Wajah uminya
di pandang. Dia mengerti dilema uminya.
“ Kakak kamu nak menikahnya bila?” Soal Aunty Jun.
“ Mama tak jemput lagi ke?” Soal Fareeq. Aunty Farah
mengeleng.
“ Kalau begitu saya jemputlah, bagi pihak mama dengan
papa. Semua jemput datang hari Jumaat malam. Akad nikah Kak Alia pukul 9 malam
lepas Isyak.” Kata Fareeq.
“ Jumaat minggu ni ke?” Soal Aunty Has.
“ Hemm … keluarga pengantin laki nak cepatkan. Bulan
depan baru bersanding.” Jawab Fareeq lagi.
“ Cepatnya. Baru hari Sabtu lepas Alia bertunang.
Minggu ni nak nikah dah.” Mizan bersuara.
“ Mana tak cepatnya … Family Tengku Ahmad nak
Kak Alia join diaorang pergi umrah. Lagipun Kak Alia bukannya muda lagi
nak masuk 35 tahun dah …” Fareeq memberi laluan kepada pelayan untuk meletakkan
mangkuk yang berisi aiskrim itu. Semangkuk aiskrim coklat yang di penuhi
strawberi, kacang badam dan sos coklat di suakan kepada Ira. Bersinar mata
isterinya itu. Siap tersenyum manis lagi si Ira.
“ Aunty semua, Mizan, jemput makan.” Pelawa Fareeq.
Ira pula telah mencedok aiskrimnya setelah membaca doa.
“ Sedap pula aunty tengok Ira makan. Aunty pun
nak jugalah. Kak Has nak tak?” Soal Aunty Farah.
“ Boleh juga. Jun share dengan akak. Takut
kolestrol naik pulak.” Kata Aunty Has.
“ Kejap Mizan pesankan. Mami nak yang serupa dengan
Ira ke? Umi dengan ibu macam biasa?” Soal Mizan. Mereka bertiga mengangguk.
Melalui
cerita isteri-isteri Uncle Jamal dulu. Papa Mira telah menceraikan mama mudanya
si Kat tu … Rupa-rupanya Aunty Has, Jun and Farah dah upah penyiasat
untuk siasat kegiatan luar madu mereka itu. Ternyata madu mereka itu telah
menduakan Uncle Jamal. Patutlah ada khabar-khabar angin bertiup. Jadi, sebagai
langkah keselamatan mereka telah mengupah penyiasat persendirian. Kata Aunty
Has untuk menjaga air muka keluarga mereka..
++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 7
Pejam celik,
pejam celik Ira telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Alhamdulilah
… semuanya sihat. Anak perempuan mereka memiliki kombinasi raut wajahnya dan
Fareeq. Mata bulat, hidung mancung, pipi tembam, rambut lebat cuma kulit je
ikut daddynya … Tapi taklah secoklat daddynya … Sedap mata
memandang. Fareeq punyalah happy. Asyik sebut anak daddy, anak daddy
… Kadang-kadang cemburu pula Ira di buatnya.
“ Comelnya cucu mama. Sara … Sara …” Panggil Datin
Adawiyah. Mama Ira, Datin Hanani tersenyum. Masing-masing teruja dengan
kehadiran cucu pertama keluarga itu. Tubuh si kecil di angkatnya.
“ Berapa kilo masa Ira lahirkan Sara?” Soal Datin
Adawiyah. Maklumlah dia ketika itu berada di tanah suci mengerjakan haji
bersama suaminya. Cepat pula menantunya melahirkan si Sara. Kalau di ikutkan
jangkaan, Ira di jangkakan melahirkan Sara selepas mereka pulang dari tanah
suci. Mungkin cucunya ini tak sabar melihat dunia. Kini, usia Sarah telah
mencecah 13 hari.
“ Kecil je, mama. Baru 2.5 kilo. Tapi sekarang dah 3.3
kilo. Cepat sungguh membesar, sekejap-sekejap Ira kena susukan Sara.” Kata Ira.
“ Patutlah berasa je mama pegang. Kalau ikut daddynya,
4 bulan dah tumbuh gigi. Badan usah cerita, tembam amat. Ketul-ketul …” Cerita
Datin Adawiyah. Pipi Sara di ciumnya.
“ Samalah dengan Ira, Kak Ada. Masa 6 bulan, gebu
amat. Sampaikan makan air celah-celah pelipat. Masa tu, Nani guna petua mak.
Mak kata letak tepung ubi. Nasib baik berkesan.” Datin Hanani bersuara.
“ Nani tak guna krim?” Soal Datin Adawiyah.
“ Guna, Kak Ada. Tapi tak berkesan, kulit si Ira ni
sensitif.” Kata Datin Hanani lagi. Ira membetulkan duduknya. Segan berbaring di
hadapan ibu mertuanya ini. Datin Adawiyah mencium wajah Sara bertalu-talu. Sara
yang kerimasan mula merengek. Tangisan mula kedengaran.
“ Sara sayang … Nenek cium sikit saja. Sayang …” Tutur
Datin Adawiyah. Memujuk cucunya. Tiba-tiba muncul kelibat Fareeq di muka pintu.
“ Mama cubit anak Reeq ke?” Fareeq bersuara. Sara di
pangkuan mamanya di ambil.
“ Amboi !! Sepantas kilat dia datang bila dengar Sara
menangis. Tapi bila kita panggil responnya lambat. Abang pilih kasih …” Desis
hati Ira. Wajah Fareeq di jelingnya. Fareeq menjuihkan bibirnya. Faham jelingan
yang di hantar isterinya.
“ Mana ada, mama cium je … Kan Sara sayang …” Panggil
Datin Adawiyah lagi.
“ Anak daddy … Senyap sayang, nenek cium je …
Sara …” Pujuk Fareeq. Tetapi Sara masih menangis. Gelabah Fareeq di buatnya.
“ Sayang … Sara nangis ni.” Fareeq mendekati Ira.
Tubuh si kecil beralih tangan. Ira memerhatikan anak sulung mereka. Macam
Fareeq. Mata coklat tu berkaca-kaca.
“ Sara Aisyah … anak mami. Nak susu, ekh?” Ira
bersuara sambil jarinya di bawakan ke bibir si kecil. Bibir Sara mengikut
gerakan jari Ira. Ira tersenyum. Fareeq telah pun duduk di sebelah Ira. Ira
menyusukan anaknya. Fareeq menepuk perlahan peha anaknya. Dodoilah kononnya …
“ Sayang … thanks.” Pipi Ira di ciumnya. Rambut
Ira yang terjuntai ke depan di bawa ke belakang telinga. Wajah isterinya di
tilik sebelum ciuman di daratkan ke bibir Ira. Terlupa mereka akan kehadiran
mama-mama mereka.
“ Jomlah, Kak Ada. Kita minum di bawah. Mami dengan daddy
Sara nak bermanja tu …” Perli Datin Hanani. Terkejut Ira dengan kata mamanya
itu. Tautan di lepaskan. Memerah wajah Ira di landa malu. Suaminya punya pasal
lah ni … Peha Fareeq di tamparnya. Malu … Mama-mama mereka terlihat aksi tak
senonoh anak menantu …
“ Reeq, jangan nak lebih-lebih. Ira tengah pantang.
Kamu pun kena pantang. Ingat !!” Pesan Datin Adawiyah sebelum menutup pintu
bilik Ira.
“ Dulu bangkang sangat keputusan aku nak jodohkan dia
dengan Ira. Alih-alih lekat pun. Bercinta sampai naik geli-geleman menegoknya.
Asyik berkepit 24/7 …” Perli Datin Adawiyah di dalam hati. Dia bersyukur
rumahtangga anak-anaknya bahagia …
“ Abang lah ni … Kan mama dah nampak …” Ira membulatkan
matanya.
“ Takde apa yang nak di malukan. Bukannya kita tak
pakai baju. Kalau tak pakai baju sekali pun, mama takkan malu punya.
Diaorangkan orang lama, banyak pengalaman …” Selamba je, jawapan si suami. Ira
mencubit lengan Fareeq. Gatal …
Tersenyum Ira
dibuatnya. Dulu, encik sado inilah yang di bencinya. Bukannya benci yang
membawa dendam tapi benci ala-ala sayang. Yang akhirnya, membuatkannya jatuh
cinta berkali-kali dengan encik hubbynya ini. Kalau dulu asyik sebut I
hate you, tapi sekarang I LOVE YOU, ENCIK SADO !!! sentiasa meniti
di bibirnya. Sungguh dia bahagia dengan pilihan ibu bapanya ini. Sekarang dia
pula yang biol macam si suami. Asyik tersenyum je …
“ Sayang ni kenapa senyum sorang-sorang?” Soal Fareeq.
“ I love you …” Ucap Ira. Pipi suaminya di
cium.
“ I love you too …” Balas Fareeq. Pipi Ira di ciumnya. Mereka berdua tersenyum manis.
Dah serupa orang tersuntik serum happy … Tegang je pipi, asyik tersenyum
…
-TAMAT-
Assalamualaikum ... Harap semua suka. Enjoy reading ... full version. Keep commenting ... :)
ReplyDeleteBesttttt....swettt...loving couple...
ReplyDeleteBesttttttt...so sweet fareeq dgn ira :))
ReplyDeletehehe best tengok kesegalan Fareeq. Txs for the update...
ReplyDeleteSo sweet... tq buat cerpen yang best best....
ReplyDeleteSo sweet... tq buat cerpen yang best best....
ReplyDeletebest.sweet je =)
ReplyDeleteCair laaaaaa.. Hihi
ReplyDeleteCair laaaaaa.. Hihi
ReplyDeleteBest2...sweeet sangat2. ...:)
ReplyDelete