mawar putih

mawar putih

Monday 30 December 2013

CERPEN : BAIK, BOSS... (PART 7)



CERPEN : BAIK, BOSS ....
PART 7
Mummy , Khal kenalkan . Ini Fatin , isteri Khal . Ini pula Khalish Farhan , anak arwah Kak Khaira Zahnita . Khal minta maaf , daddy . Khal tak dapat bawa kakak balik , Allah lebih sayangkan dia …” Sayu suara Khalish berbicara . Matanya berkaca .
What ? Is it true , Khal ?” Encik Anderson bertanya . Khalish hanya mengangguk lemah .
My lovely princess , Khaira …” Ucap daddynya sambil berjujuran air mata .
So , kau lah adik si perampas puteri aku ? Khal , suruh perempuan ni keluar dari rumah mummy . Bawa sekali budak ni , tak ingin mummy ada keturunan dari family perampas tu … Lagipun mummy dah ada calon yang lebih sesuai dari perempuan ni . Mummy pasti Catherine dapat bahagiakan Khal . Tinggalkan perempuan ni .” Kata Puan Fareeda sambil memandang Fatin atas bawah . Bibirnya di juihkan menggambarkan ketidaksempurnaan diri Fatin bergandingan dengan puteranya . Fatin menundukkan pandangannya .
“ Apa ni mummy ? Dulu mummy halang cinta Kak Za , sekarang mummy halang cinta Khal pula . Khal tak kan kahwin dengan Catherine . Muktamad . Fatin , jom kita balik .” Kata Khalish sambil mengenggam tangan isterinya . Dia mahu berlalu dari situ .
“ Khal jangan jadi anak derhaka . Sekarang Khal pilih , mummy atau perempuan ni ?” Puan Fareeda tersenyum sinis , dia tahu Khal akan memilihnya . Dia memandang tajam anak mata Fatin , seolah-olah menyatakan kemenangannya . Khalish mengeluh .
“ Khal sayang mummy . Tapi … Khal tetap pilih Fatin . Fatin tanggungjawab Khal sekarang . Mummy masih ada daddy but Fatin takde sesiapa selain Khal . Khal minta maaf mummy . Khal tetap anak mummy sampai bila-bila . Khal harap mummy dapat terima keputusan Khal . Khal pergi dulu daddy …” Khalish berbicara . Tubuh Encik Anderson di peluknya .
“ Kalau itu keputusan Khal , pergilah dari sini . Jangan sesekali balik sini lagi . Mummy tak sudi selagi Khal dengan perempuan ni .” Kata Puan Fareeda sebelum melangkah mendaki anak tangga ke biliknya .
Daddy sentiasa doakan yang terbaik untuk anak- anak daddy . Jaga cucu daddy baik-baik . Pasal mummy kamu let me handle it . Lama-lama sejuklah tu …” Bisik Encik Anderson di telinga Khalish . Pelukan di leraikan . Pandangannya di alihkan kepada Khalish Farhan .
“ Khal …sini . Be a good boy and remember atuk sentiasa sayangkan Khal .” Encik Anderson mendukung Khalish Farhan sambil mencium pipi gebu milik cucunya . Fatin sebak melihat detik perpisahan tersebut . Kasihan Khal terpaksa berpisah dengan atuk yang baru di kenalinya .
“ Fatin , jangan ambil hati dengan kata-kata mummy kamu . Kalau Khal buli kamu , telefon daddy . Biar daddy brainwash dia …” Kata Encik Anderson dengan senyuman manis . Sayu hatinya terpaksa melihat Fatin berdepan dengan kerenah isterinya . Fatin membalas senyuman bapa mertuanya itu walaupun hatinya terguris .
“ Baik , daddy .” Jawab Fatin .
“ Papa … Khal lapar …” Khalish Farhan berkata . Khalish Zackry memandang wajah anak saudaranya dengan senyuman . Asyik makan je . Patutlah tembam si Khal ni ....
Daddy , kami minta diri dulu . Nak bawa Khal pergi makan .” Tutur Khalish Zackry .

BERSAMBUNG .....

Monday 18 November 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( LAST PART )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 24 ( LAST PART )
“ Para tetamu yang di hormati . Kita ada persembahan live . Jadi , tanpa membuang masa , saya memperkenalkan dua orang jejaka yang segak bergaya . Pasti para gadis teruja melihat mereka yang macho tetapi harap maklum mereka sudah berpunya . Jangan marah … Di persilakan penantin lelaki dan adik iparnya menyampaikan sebuah lagu untuk isteri mereka yang bertajuk …” Celoteh MC majlis persandingan Tareeq dan Rin . Bergema dewan tersebut dengan gelak tawa para tetamu .
“ Baik-baik sayang .” Kata mereka berdua serentak . Senyuman tidak lekang di bibir Tareeq dan Fitri . Rin dan Tia membalas senyuman suami mereka . Nak bajet romantiklah tu … Nyanyi segala …
 Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin
Arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu
Sayang...
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku Sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu

   Usai menyanyikan lagu tersebut mereka mencium dahi isteri masing-masing sebelum menghadiahkan sejambak bunga mawar serta sekotak coklat buat Rin dan Tia . Tia yang terharu dengan tindakan suaminya memeluk Fitri serta memberikan ciuman di pipi suaminya itu . Fitri tunduk mencium perut isterinya yang memboyot , maklumlah dah masuk bulan yang ketujuh . Berjalan pun macam angkasawan dah …. Semoga keluarga mereka sentiasa di cucuri rahmatNYA . AMIN .
                                                                  -TAMAT-

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 23 )


MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 23
“ Sayang …. Bangunlah , abang datang ni ….” Rayu Fitri . Wajah Tia di usapnya . Sejurus menerima panggilan daripada papanya , dia terus bergegas ke hospital dengan uniform belum bertukar . Risau dengan keadaan Tia , sampaikan dia tidak boleh memandu . Mujur sahabatnya ada untuk menghulurkan bantuan .
“ Iz … pergi balik rehat dulu . Nanti Tia sedar , abang telefon Iz …” Arah Tareeq . Kesian pula melihat wajah Fitri yang kelihatan tidak bermaya .
“ Betul cakap Tareeq tu , Iz… Papa nak kamu balik , rehatkan badan . Lagipun doktor kata keadaan Tia baik-baik saja . Cuma dia keletihan sikit . Kamu janganlah risau , ramai dekat sini boleh tolong tengokkan Tia .” Kata Dato Hassan sambil menepuk bahu anaknya .
“ Iz tak percaya yang Tia sihat , papa … Kalau sihat kenapa sampai masuk hospital ? Papa rahsiakan sesuatu dengan Iz , ke ?” Fitri bertanya . Pandangannya masih leka menilik seraut wajah isterinya yang sedang tidur . Pipi Tia di usap lembut .
“ Iz … daddy nak kamu balik berehat . Kalau kamu sakit bagaimana kamu nak uruskan Tia dengan anak-anak kamu nanti ? Daddy nak anak dan cucu-cucu daddy sentiasa sihat . At least kamu rehatlah 2-3 jam .” Encik Zahari bersuara .
“ Cucu-cucu ?” Fitri menyoal . Semua mata tertumpu kepadanya . Ehh … isteri sendiri mengandung twins pun tak tahu ?...
“ Ye lah , tak kan itu pun kamu tak tahu ? Bukan ke hari tu kamu pergi check-up dengan Tia?” Soal Datin Farah . Fitri tersengih . Kantoi sudah .
“ Fitri tak pergi pun dengan Tia . Tak sempat …” Jujur jawapan Fitri . Datin Farah melepuk belakang anaknya . Apa punya suami tak mengambil berat langsung keadaan isterinya . Inilah sikap orang lelaki . Geram dengan perbuatan anaknya Datin Farah melepuk Fitri sekali lagi .
“ Tareeq yang temankan Tia , last 3 days . Iz tolong cover kawan dia that day sebab last minutes diaorang called . Tadi pagi Tia mengadu pening-pening , Tareeq pun bawa dia ke klinik . Doktor cakap nothing serious , biasalah orang mengandung . Then , masa kitaorang nak pergi breakfast . Erin si ex-girlfriend Iz called . Cakap dia dengan Iz ada dekat hotel . Apa lagi , kita orang serbulah hotel tu ….” Jelas Tareeq . Fitri terpinga-pinga .
“ Erin ?” Fitri bertanya . Pandangannya di arah kepada abang iparnya .
Ex- girlfriend kamu tu gila gamaknya . Nasib baik isteri kamu ni polis , ada asas self defence  Kalau tak Erin tu dah jual Tia kat Dato boroi tu …” Dato Hassan membebel . Geram dengan sikap anaknya yang suka beramah-mesra tak kira orang . Nak berkawan pun kenalah siasat latar belakang mereka dahulu . Ini tidak main borong je semua , asalkan cantik dan bergaya .
“ Jual ? Dato boroi ?” Fitri bingung .
“ Dato Farid . He wants Tia to serve him . Abang tak tahulah how Tia lawan dia sebab masa abang sampai Tia dah manage si boroi tu … A few minutes lepas polis sampai , Tia sakit perut. Dia nangis lepas tu unconscious . Nasib baik abang sempat peluk Tia ….” Tareeq bercerita kepada semua . Fitri kelu . Dia tidak menjangka Erin akan bertindak sedemikian rupa . Kesian isterinya itu . Dahi Tia di kucupnya lama .
Is my wife and my babies alright ?” Fitri bertanya lagi . Kali ini perut Tia di usap lembut .
They are in good condition , Iz . Mummy dah jumpa doktor tadi . Badan Tia lemah sedikit saja sebab babies absorb her nutrient . Lepas ni Tia kena consume more vitamins for her and babies . Iz jangan risau , biasalah kalau mengandung kembar . Memang kena jaga pemakanan.” Jawab Puan Talena .
“ Alhamdulillah , kembar . Lepas ni riuhlah rumah kita . Lena , kakak Lena pun ada anak kembar kan ?” Datin Farah bertanya . Puan Talena hanya menganggukkan kepalanya .
Mummy ada anak saudara kembar ke ?” Soal Fitri . Dia belum habis menelaah susur galur keluarga isterinya . Malu pun ada apabila semua mata memandangnya .
“ Ya Allah budak ni …. Tak kan itu pun tak tahu ? Dah berbulan tinggal bersama pun masih tak ambil pusing. Jangan-jangan kembar mummy kamu pun kamu tak tahu ?” Datin Farah membuat andaian . Matanya mencerlung ke arah Fitri .
Mummy ada kembar ke ? Siapa ? Iz tak tahu pun .” Fitri terkejut . Datin Farah menghampiri Fitri , dia mencubit lengan anaknya itu .
“ Aduh , mama … sakit …” Fitri mengosok lengannya yang mula kelihatan merah . Mereka yang lain hanya tersenyum .
“ Apa nak jadi dengan kamu ni ? Orang lain pun sibuk juga , tapi takdelah sampaikan ibu mertua ada kembar pun tak tahu ? Malukan mama je , semua kamu tak tahu . Habis apa yang kamu tahu ?” Datin Farah memarahi Fitri . Fitri cuba mengelak di cubit lagi .
“ Buat anak …” Fitri menjawab dengan selamba sebelum melangkah menuju ke pintu keluar . Dia mahu menunaikan solat di surau . Sengaja dia berkata demikian supaya mamanya kegeraman .
“ Abang , tengok anak abang ni tak tahu malu ….” Datin Farah mengomel . Dato Hassan dan Encik Zahari hanya tersenyum . Wajah isteri mereka memerah . Malu dek ucapan Fitri tadi . Terdengar pintu bilik di kuak semula .
“ Abang , Iz nak pergi solat hajat . Abang nak ikut ?” Fitri menyoal . Sebenarnya dia malu apabila di perhatikan dengan uniform sebegitu . Macam tak pernah tengok orang je …
“ Jom , abang temankan .” Tareeq melangkah keluar .

BERSAMBUNG ....

Tuesday 12 November 2013

CERPEN : BAIK , BOSS ...(PART 6)


CERPEN : BAIK , BOSS ...
PART 6
“ Pak Ngah , Khal betul – betul cintakan Fatin . Khal janji tak akan sia – siakan dia …” Tutur Khalish . Dato Fahim mengeluh . Keputusan Khalish kali ini bakal mendatangkan kemarahan kakaknya , Fareeda .
“ Kamu dah kahwin . Pak Ngah suka kamu dengan Fatin , tapi kenapa kamu tergesa – gesa menikah ? Kamu dah membelakangkan mummy kamu . Pak Ngah tak nak pisang berbuah dua kali ….” Dato Fahim bersuara . Dia tahu perangai kakaknya yang mementingkan status . Kesian Fatin terpaksa berdepan dengan kerenah kakak sulungnya nanti .
“ Khal akan berdepan dengan mummy . Lagipun ada perkara yang mummy perlu tahu . Minggu depan Khal akan bawa mereka ke Dublin jumpa mummy .” Terang Khalish Zackry kepada Dato Fahim .
“ Pasal Khalish Farhan ?” Soal Dato Fahim . Khalish mengangguk .
“ Hemm … pak ngah harap mummy kamu dapat terima si Khal tu .”
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … buat apa dekat luar tu ?” Sapa Fatin .
“ Takde apa . Teringatkan arwah kakak Za . Abang tak sangka dia pergi dulu ….” Nada Khalish berubah menjadi sayu .
“ Abang … Allah lebih sayangkan mereka . Kita doakan mereka aman di sana .” Fatin berkata sambil meraih tangan suaminya itu . Khalish lantas menarik Fatin ke dalam pelukannya . Sebak menguasai diri . Jikalau dia bertindak pantas mungkin dia dapat bersua dengan satu-satunya kakak kandungnya serta abang iparnya .
“ Sayang … kita jumpa mummy , nak ? Abang nak kenalkan sayang dengan Khal .” Pinta Khalish . Fatin memandang suaminya .
“ Tapi … how if mummy tak terima kami berdua ? Fatin takut sejarah lama berulang lagi ..” Fatin menyuarakan ke bimbangannya .
“ Sayang … mummy mesti terima . Khal tu bukan orang lain pun , cucunya juga .”
“ Tapi …” Fatin ragu dengan penerimaan ibu mertuanya nanti .
Don’t worry , abang ada …” Khalish berkata sebelum menutup pintu balkoni tersebut .
“ Bila kita nak melawat mummy ? Fatin nak draw cuti …” Kata Fatin selepas duduk di birai katil . Khalish turut berbuat demikian .
Maybe next week ? Nanti abang confirmkan lain . Sekarang kita tidur dulu , esok ada meeting antara jabatan .” Khalish membaringkan tubuhnya sebelum menutup lampu tidur .
                                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Pak Ngah , Khal ingat minggu depan nak melawat mummy . Jadi , Khal nak minta cuti seminggu sekali dengan Fatin . Boleh tak , pak ngah ?” Khalish bertanya .
“ Baguslah begitu . Restu orang tua penting dalam rumahtangga . Pak Ngah doakan yang terbaik untuk kamu berdua . Pasal cuti bila-bila pun Pak Ngah boleh approve …”
“ Terima kasih , Pak Ngah . Mungkin hari Rabu minggu depan kami berangkat .” Khalish tersenyum .
“ Kamu bawa tak si comel , Khal tu ?” Tanya Dato Fahim .
“ Mestilah bawa Pak Ngah . Khal ingat nak kenalkan dengan mummy .”
“ Eloklah , biar mummy kamu sejuk hati sikit tengok si Khal tu …”
“ Harap-harap begitulah , Pak Ngah .”
“ Dah pukul 1 . Jom , teman pak ngah lunch . Ajak Fatin sekali .” Pelawa Dato Fahim setelah melihat angka di jam tangannya .
“ Baik , pak ngah …” Khalish menjawab .

BERSAMBUNG .....