mawar putih

mawar putih

Thursday 26 September 2013

CERPEN : AKU , KAU , NIGHT MARKET ....



CERPEN : AKU , KAU , NIGHT MARKET …..

“ Along , tolong iron baju Melayu adik boleh , tak ?” Pinta Zaire Danish .
“ Suruhlah , Mak Kiah . Along busy ni ….” Zaira Danisha memberi alasan .
“ Alah , along ni … Mak Kiah kan dah balik kampung . Esokkan raya …”
“ Along ada kerjalah sayang ….” Jawab Isha . Dia tekun menyemak laporan pemasaran yang akan di hantarnya melalui emel .
“ Ingat dia sorang busy ? Aku pun busy jugak , nak ambil SPM lagi …” Omel Danish di dalam hati .
“ Along … kalau adik tahu … adik rela ikut papa dan mama balik kampung . Kita kesiankan dia sorang – sorang dekat sini , dia pula nak tolong iron baju pun tak boleh ….” Danish mula mengungkit .
“ Adik nak pergi mana dengan baju Melayu segala ?” Isha memandang wajah adiknya , kerjanya sudah berjaya di emelkan .
“ Along , adik nak pergi sembahyanglah ….”
“ Sembahyang ? Pakai t-shirt sudahlah …” Isha kembali memerhatikan laptopnya . Harap –harap ketua jabatan telah menerima emelnya , tadi .
“ Along !! Geramnya ... Esok raya , mestilah nak pakai baju raya . Along dah lupa ? Lepas sembahyang kita terus balik kampung .” Danish menghempaskan tubuhnya di atas katil Isha . Terpinga – pinga Isha di buatnya .
“ Ehh.. kejap , Dani cakap apa ?” Isha yang menirap tadi , segera duduk bersila di atas katil . Dia memandang wajah Danish yang masih kelihatan seperti keanak - anakkan , walaupun sudah berusia 17 tahun .
“ Balik kampung …” Jawab Danish . Ipad kakaknya di capai .
“ Bukan . Sebelum tu ….”
“ Esok raya ….” Danish malas hendak menjawab lagi . Ni mesti kes alongnya terlupa esok hari raya . Workaholic ….
“ Ya Allah … Along terlupa …” Isha menampar perlahan dahinya .
“ Itulah along … kerja memanjang sampaikan tak ingat apa – apa . Agaknya kalau takde public holiday . Along kerja 24/7 …. Kenapa along tak kerja dengan papa je ? Kalau adik , dah lama adik kerja dengan papa . Boleh cuti selalu . Pergi lewat , balik awal . Best …. ”
“ Budak ni nak melingkup syarikat ke apa ?” Isha berkata di dalam hati .
“ Ok , mama junior … Sudahlah membebelnya … Nanti along ironkan . Tapi … adik kena temankan along pergi somewhere ? Please …”
“ Mana ?” Danish bertanya .
Night market . Along tak beli lagi baju raya …..” Tutur Isha sambil tersengih . Nasib baik teringat kata rakan sekerjanya yang membeli – belah di sana tempoh hari . Dari baju hingga ke kuih raya semua ada di jual di sana .
“ Manusia macam ni pun wujud . Haish … Jomlah .” Danish mengeluh .
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Along … jangan nak mengada – ngada pula .. Pilih ajalah …” Marah Danish . Bosan dengan sikap Isha . Sudah beberapa kedai di masuki mereka tapi satu pun tidak ada yang berkenan di hati alongnya .
“ Along mana biasa beli macam ni …. Orang ramai … Dahlah tu , takde tempat salin pula ..” Omel Isha . Terpaksa berhimpit – himpit , nak jalan pun susah . Selalunya dia beli di butik je… Tahun ni sibuk sangat sampaikan terlupa membuat tempahan . Menyesal pun ada , sebab tak endahkan cakap mamanya tempoh hari .
“ Pengajaran buat along terchenta . Sediakan payung sebelum hujan .” Danish tertawa kecil melihat kakaknya itu . Isha menjeling .
“ Mai , Kak Long … Mai !! 2 pasang seratus … Murah – murah !!” Teriak satu suara . Danish menoleh . Dia kenal suara itu . Tersenyum lebar Danish apabila melihat raut wajah pemuda tersebut .
“ Abang  Fairuz !!” Laung Danish . Isha turut melihat adiknya yang telah menuju ke gerai tersebut .
“ Ehh… kenapa Dani pergi tegur mamat tu pulak ? Spoil betul …” Isha terpaksa mengikut jejak adiknya . Takut terpisah pula nanti …
“ Dani !! Buat apa kat sini ?” Soal Fairuz sambil mengerling ke arah Isha .
“ Biar benar , budak berlagak nak mampos ni mai pasar malam … Aku mimpi ka ?” Desis hati Fairuz . Tubuhnya di peluk Dani .
“ Dani teman along . Along nak beli baju raya .” Jawab Dani .
“ Cik Zaira Danisha ? Pasar malam ? Miracle ….” Sindir Fairuz .
“ Dani , jom . Along nak tengok baju dekat sana . Baju kat sini fesyen lama .” Isha mahu melangkah pergi , lagi lama lagi mengelegak darahnya . Menyampah dengan mamat perasan bagus ini …
“ Along , beli kat sini saja . Dani tak nak jalan dah . Penat .” Danish berpeluk tubuh di hadapan gerai itu . Isha mencebik . Terpaksa …
“ Silakan masuk Cik Isha ….” Pelawa Fairuz .
“ Hish … tepilah sikit . Dahla sempit , ingat badan kau kecil ke ?” Isha menolak tubuh Fairuz.
“ Dia buat pulak dah ... Along cukuplah bermusuhnya dengan Abang Fairuz tu … Orang tua – tua cakap , jangan benci nanti benci bertukar jadi sayang .” Danish berkata sebelum meneguk air mineral sejuk di tangannya . Dahaga …
“ Betul , Dani . Abang sokong ….” Fairuz bersuara . Di ekorinya langkah Isha . Isha buat tak tahu je … Dia sibuk memilih baju kurung di hadapannya .
“ Nah , baju ni . Ambil saiz kecil .” Isha menolak baju tersebut ke dada Fairuz . Geram ..
“ Ni pun dah saiz S . Budak ni pakai saiz apa ?” Desis hati Fairuz .
“ Ehh .. kau ingat aku husband kau ke ? Mana aku tahu kau pakai saiz apa ?” Tutur Fairuz . Matanya memandang Isha  , tajam .
“ Cakap je lah yang kau tak pandai jual baju . Tak kan tak boleh guna common sense . Kalau dekat tangan kau saiz S , kecil dari saiz S mestilah saiz XS . Itu pun tak boleh fikir ? Belajar je tinggi …” Sindir Isha .
“ Kau ?” Fairuz menahan rasa hatinya yang panas dengan sikap sombong Isha itu .
“ Apa ? Kau ingat aku takut dengan kau ?” Isha bercekak pinggang .
“ Woi … sudahlah . Kalau nak bergaduh laki – bini , balik rumahlah … Aku nak meniaga ni…” Kata rakan kongsi Fairuz , mamat sekeping A.K.A Shahrul .
“ Minta maaf , kak . Isteri saya ni datang bulan sebab tu garang macam singa . Pilihlah , kak .. Jangan malu – malu …” Fairuz meminta maaf apabila pelangannya memandang drama tak berbayar mereka tadi . Shahrul menghulurkan saiz XS kepada Fairuz .
“ Nah . Saiz yang kau minta . Ni paling kecil . Kalau nak kecil lagi , kau pakai je baju adik…” Fairuz berkata sebelum tertawa kecil . Isha menjeling . Huluran itu di sambut lalu diletakkan di bahunya .
“ Itu tak lain tak bukan tengah fikir benda yang bukan – bukanlah tu …” Omel Isha di dalam hati sebelum bersuara .
“ Aku nak saiz yang sama untuk 2 design ni .” Isha menuding jari ke arah baju kurung berwarna maroon dan hijau muda .
“ Rul ! Kau cari saiz XS untuk design 402 dengan 305 . Maam besar nak …” Laung Fairuz .
“ Gila kedekut . Bilik salin pun takde . Mangkuk , aku nak try dekat mana ?” Tanya Isha dengan perasaan marah . Sudahlah panas …
“ Kau nak try aku ? Kau ingat aku ni apa ? Bagi free pun aku tak hinginlah …” Jawab Fairuz .
“ Kau ni apahal ? Otak tu dah karat sangat gamaknya ? Aku nak try bajulah , biol …” Isha bersuara sebelum menendang betis Fairuz . Fairuz menggosok betisnya yang sengal . Ganas ...
“ Pakai jelah kat sini . Double ..” Shahrul berkata . Dia menghulurkan 2 pasang baju tadi kepada Fairuz sebelum berlalu .
“ Nah . Kau tunggu sini .” Arah Isha . Beg tangannya di sangkutkan ke leher Fairuz . Baju kurung cotton dengan jahitan manik di sarungnya membelakangi Fairuz .
How do I looks ?” Tanya Isha setelah berhadapan dengan Fairuz . Matanya mencari – cari cermin . Fairuz tergamam .
“ Ayunya dia …” Kata hati Fairuz .
“ Ehh … kedai kau takde cermin ke ?” Isha bersuara . Tersedar Fairuz dari lamunannya .
“ Tengok kat sini je …” Fairuz mengeluarkan ipadnya . Isha mencebik . Dia mengayakan baju tersebut . Setelah berpuas hati dengan saiz itu dia bersuara .
“ Aku nak tiga – tiga sekali .” Fairuz ingin berlalu tetapi Isha bersuara semula .
“ Kau nak ke mana ?”
“ Bungkuslah ….” Jawab Fairuz . Bercakap dengan makhluk ni buat aku lapar je …
“ Kejap lagi . Sini .” Arah Isha . Fairuz masih tak berganjak .
“ Ehh… sinilah .” Isha menarik beg tangannya . Tubuh Fairuz terdorong ke arahnya . 
“ Kau nak apa ?” Fairuz berdiri di depan Isha . Isha menyelak sedikit baju kurung tersebut .
“ Kau tarik baju kejap . Aku nak buka baju kurung ni . Nanti terselak pulak …” Isha bersuara sambil memegang tangan Fairuz lalu di halakan ke pinggangnya . Fairuz menarik hujung t-shirt Isha ke bawah . Sungguh dekat kedudukan mereka . Ritma jantung Fairuz kian lari temponya . Fairuz memalingkan wajahnya. Dugaan ….
Thanks …” Ucap Isha setelah selesai mencuba baju tersebut . Fairuz di tinggalkannya . Kelibat Dani di cari Isha . Fairuz pula pergi membungkus pakaian tersebut .
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nah .” Fairuz menghulurkan beg kertas kepada Isha .
“ Berapa ?” Tanya Isha .
“ Tiga ratus enam puluh .” Kata Fairuz . Isha mengeluarkan 4 helai not RM 100 .
Keep the change . Jom , Dani . Kita pergi makan dulu . Along laparlah …”
“ Cantik … Abang Fairuz , join jom …” Pelawa Danish .
“ Boleh juga . Abang pun lapar ni …” Jawab Fairuz .
“ Woi !! Belikan aku char kuey teow satu .” Pesan Shahrul .
“ Ok .” Danish tolong jawabkan untuk Fairuz .
                         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Along … cepatlah …” Danish mengesa Isha . Dia telah pun duduk di seat belakang .
“ Kejap . Along nak kunci pintu . Beg along , dah masukkan ke ?” Tutur Isha .
“ Dah , Cik Isha …” Jawab Fairuz di tempat duduk pemandu . Isha menapak ke kereta apabila selesai mengunci pintu rumah .
“ Kau ni boleh drive ke ? Semalam kau balik pukul berapa ?”
Almost 3 am . Jangan risau aku boleh drive lah . Kalau setakat nak balik Brinchang , no hal punya .” Fairuz berkata . Isha mencebik . Berlagak …
“ Kau keluar sekarang . Aku drive . Kau pergi tidur , nanti aku letih aku kejutkan kau .” Arah Isha . Fairuz akur , sememangnya dia mengantuk . Fairuz mengubah tempat duduk .
   Sepanjang perjalanan , Isha memasang radio . Hilang juga rasa bosannya . Nak di ajak berbual , kedua – duanya sudah berlabuh . Sesekali pandangannya menyapa seraut wajah di sebelahnya , Fairuz Zafran . Seorang jejaka yang telah menjadi sahabatnya dari kecil . Mereka rapat seperti abang dan adik sejak Fairuz berusia 10 tahun lagi . Papanya , Dato Dzulhairi telah menjaga Fairuz sejak kematian abah Fairuz yang juga merupakan pemandu papanya .
   Pelajaran Fairuz juga di tanggung papanya hingga ke menara gading . Fairuz merupakan graduan lulusan sarjana dari Universiti Birmingham sama sepertinya cuma kursus mereka yang berbeza . Fairuz mengambil kursus pengurusan manakala Isha mengambil kursus pemasaran . Pada mulanya Isha mahu ke universiti yang lain tetapi di tegah papanya atas soal keselamatan . Jadi semasa dia baru menjejakkan kaki ke sana , Fairuz telah di semester akhir . Maka , papanya menyuruh Fairuz menyambung pengajian ke peringkat master .  
   Zaman kanak – kanak tidak sama dengan zaman remaja . Hubungannya dan Fairuz mulai renggang bermula dengan satu tragedi semasa mereka di sekolah menengah . Isha di serang oleh teman wanita Fairuz kerana cemburu . Keakraban mereka di salah – ertikan . Isha mempertahankan dirinya , dia menampar pipi teman wanita abang angkatnya itu . Balik aje ke rumah , mereka bertengkar hebat . Fairuz menuduh Isha sengaja mahu merosakkan hubungan mereka berdua . Luluh hati Isha mendengarnya .
   Rentetan kejadian tersebut membawa kepada permusuhan mereka . Fairuz langsung tidak mempertahankan dirinya apabila ada gosip liar memburukkan dirinya . Ketika itu dia baru di tingkatan 3 , manakala Fairuz telah berada di tingkatan 5 . Dirinya di tuduh sebagai perempuan terdesak sehinggakan abang angkat sendiri pun nak try . Sungguh malu , terasa mahu berpindah sahaja . Jadi , dia berusaha hingga berjaya menempatkan dirinya di MRSM . Semenjak itu , tiap kali bertembung mereka akan bertengkar .
“ Dani , bangun ….  Solat Zohor . Nah , kunci . Nanti tunggu along di sini .” Isha menapak ke surau hentian rehat . Dani memisatkan matanya , kelibat Fairuz yang sedang terlentok di pandangnya .
“ Abang Fairuz , bangun kita solat dulu …”Dani mengejutkan Fairuz . Bahu Fairuz di goncangnya . Fairuz memandang sekeliling .
“ Dah sampai ke ?”
“ Kita dekat RNR lah Abang Fairuz … Jom , solat dulu .” Tutur Dani .
“ Jom .” Jawab Fairuz . Mereka keluar dari kereta . Setelah mengunci kereta , Dani memberikan kunci tersebut kepada Fairuz .
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …” Dani memberi salam .
“ Waalaikumusalam . Orang jauh dah sampai . Mari masuk …” Pelawa Nek Piah .
“ Nek … rindunya ….” Isha memeluk neneknya setelah mencium pipi neneknya itu . Fairuz pula sibuk mengangkat bagasi mereka .
“ Pukul berapa bertolak tadi ?” Soal Dato Dzulhairi .
“ Lepas sembahyang raya . Dalam pukul 9 jugaklah …” Jawab Fairuz .
“ Mama , laparlah …” Dani bersuara .
“ Jom kita makan .” Kata Datin Maisarah .
“ Zaf , jom makan dulu . Beg tu , kemudian pun boleh angkat …” Dato Dzulhairi memanggil Fairuz .
“ Sekejap , papa .” Jawab Fairuz . Dia meletakkan bagasi tersebut berdekatan tangga sebelum menapak ke meja makan .
    Usai makan mereka menuju ke bilik masing – masing . Dani berkongsi bilik dengan Fairuz manakala Isha pula memilih bilik yang bertentangan dengan bilik adiknya itu . Dia sedikit tidak berpuas hati apabila Dani mahukan bilik yang mempunyai bathtub . Kebiasaannya Isha yang menghuni bilik tersebut , nampaknya tahun ini dia terpaksa mengalah . Mereka solat Maghrib berjemaah di surau pada malam itu .
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Isha … mama , nenek , adik dengan papa nak ke rumah Tok Sani . Cucunya nak akad nikah petang ni . Isha nak ikut ke tak ?” Tanya Datin Maisarah yang ayu berbaju kurung .
“ Malaslah , mama …” Jawab Isha yang sedang menuruni anak tangga .
“ Tak takut ke tinggal sorang – sorang ? Rumah jiran jauh…” Datin Maisarah sekadar mengusik anaknya .
“ Mama , sengajakan ? Nak suruh Isha ikut . Isha tak sukalah .. Orang ramai , nanti kasut Isha hilang lagi ….” Isha memberi alasan . Padahal dia tidak suka bersesak .
“ Biar jelah dia kat sini … Lagipun , Zaf dekat rumah kawan – kawan dia . Orang muda , kalau dah jumpa kawan , tak ingat rumah . Silap – silap tidur rumah kawan . Takdelah orang nak pandang serong…” Nek Piah menyokong . Isha tersenyum . Cantik …
“ Mak , Mai , dah siap ke ? Eloklah kita bertolak sekarang …” Laung Dato Dzulhairi di halaman rumah .
“ Jaga diri baik – baik . Mama pergi dulu . Lepas Isyak kami pulang .” Datin Maisarah mencium pipi anaknya itu sebelum melangkah keluar .
Bye semua . Take care …” Ucap Isha di muka pintu . Isha melambai mereka hingga kereta papanya hilang dari pandangan matanya . Dia menutup pintu dan menguncinya .
                                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Boringnya …” Isha mengeluh setelah sejam menonton tv . Punat off di tekannya .
“ Nak buat apa ni …” Desis hati Isha .
“ Mandilah . Berendam pun bagus juga ….” Omel Isha sebelum menapak ke biliknya .
   Setelah pintu biliknya di kuak , dia mencari perkakas mandiannya . Dia mahu berendam di dalam bathtub . Tumpang adiknya tiada di bilik , bolehlah dia mandi di bilik tersebut . Gel aroma terapi berbau cherry di keluarkannya dari beg . Dia menapak ke bilik bertentangan dengan hanya berkemban , tombol pintu di pulas . Nasib baik tak kunci , dapatlah dia berendam . Isha tersenyum , sudah lama dia tidak memanjakan dirinya . Bolehlah dia menenangkan mindanya ….
                                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sunyi je rumah … Mana semua orang ?” Desis hati Fairuz . Hairan dia melihat kereta papanya tiada di halaman . Telefonnya di periksa . Ada mesej dari Dani .
++ Abang Fairuz , kitaorang pergi majlis akad nikah cucu Tok Sani .++
“ Jadi , rumah ni aku yang punya ….” Fairuz tertawa di halaman rumah . Dia menapak ke muka pintu . Kunci di keluarkan sebelum membuka pintu rumah . Dia melangkah masuk , pintu di kuncinya kembali . Punggung di labuhkan di atas sofa .
“ Aduh … letihnya …” Keluh Fairuz . Betisnya di urut perlahan . Jam dinding di kerlingnya .
“ Kalau landing , jawabnya terlepas Maghrib ni … Baik aku mandi dulu …” Kata Fairuz . Dia menapak ke tingkat atas . Kaki melangkah laju menuju ke biliknya . Tombol pintu di pulas .
“ Rindunya dekat kau , katil … Tidur sedap ni …” Fairuz berkata . Tubuhnya di baringkan di atas tilam empuk tersebut . Matanya di tutup .
No , Zaf . Bangun . Jangan ikut syaitan . Nak Maghrib dah ni …” Desis hatinya . Fairuz segera bangun . Dia melucutkan pakaiannya . Dengan hanya bertuala , bilik air di terjahnya . Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat kelibat Isha di dalam bathtub . Tergamam seketika menyaksikan keindahan di depan matanya . Isha terjerit akibat terkejut melihat tubuh Fairuz yang hanya bertuala itu .
   Fairuz segera menutup kembali pintu tersebut . Dada kirinya di pegang untuk menenangkan jantungnya yang mengepam laju . Isha pula bingkas bangun dan segera memakai tuala . Rambut pun tak sempat di keringkan . Salahnya , dia leka berada di situ . Sudah hampir sejam dia berendam di dalam tub. Nasib baik , banyak buih . Kalau tak free showlah tadi .
“ Ya Allah …dugaan apakah ini ?” Hati Fairuz berkata . Sudahlah tadi dia di usik rakan – rakannya . Siap cakap dia dan Isha sesuai bersama . Bila dia menafikan , rakannya menyuruhnya melihat Isha dari persepsi lain . Adakah ini persepsinya ?
No . This is not right . Isha bukan wanita idaman aku .” Omel hati Fairuz , sedikit berbolak – balik setelah melihat keadaan Isha tadi . Dia harus menguatkan hatinya .
“ Nak keluar ke tak ?” Desis hati Isha . Dia malu mahu keluar begini . Sudahlah tualanya singkat .
“ Woi !! Cepatlah . Aku nak mandi , nak solat .” Laung Fairuz dari luar setelah dia dapat mengawal ritma jantungnya . Isha memejamkan mata . Dia terpaksa keluar dari situ . Dengan selamba dia keluar dari bilik air . Wajah Fairuz langsung tidak di lihatnya . Dia mahu segera ke biliknya . Namun langkahnya di sekat .
“ Kenapa kau ada kat sini ? Setahu aku bilik kau kat depan sana …” Tutur Fairuz . Sengaja dia mahu memancing marah Isha supaya berkurangan sedikit getar hatinya . Mahu tak getar . Sudahlah cantik , wangi , seksi pulak tu … 
“ Aku minta maaf . Aku tumpang mandi je …” Kata Isha . Pandangannya masih di tundukkan, malu mahu menatap tubuh Fairuz yang terdedah itu .
“ Cakap jelah , kau datang sini nak menyerah diri …” Fairuz berkata sebelum tangannya memegang bahu Isha . Terkejut Isha di buatnya .
“ Ehh … apa kau ni ? Lepaslah ...” Isha menepis tangan Fairuz . Fairuz menurunkan tangannya dari bahu Isha .
“ Habis kau buat apa kat bilik aku ?” Matanya meliar memerhatikan tubuh di depannya .
“ Seksi juga budak ni … Walaupun kulit dia ala – ala JLO .. Ya Allah , kuatkan iman aku …” Desis hatinya . Pandangannya di alihkan .
“ Kan tadi aku dah cakap . Aku tumpang mandi , bilik aku takde tub . Mana aku tahu tiba – tiba je kau muncul …” Isha mempertahan dirinya . Hatinya membara . Orang cakap baik – baik , di balasnya kasar . Bikin panas je ….
“ Ok , aku assume kau tak sengaja . Tapi … lain kali aku jumpa kau macam ni , jangan harap aku kasi kau keluar . Faham …” Fairuz sengaja menggertak Isha . Isha memandang tajam Fairuz , sebelum melangkah ke biliknya .
    Usai solat Isyak , Isha mengurungkan dirinya di dalam bilik . Dia malu mahu berdepan dengan Fairuz . Isha duduk di atas katil sambil membelek ipadnya . Tiba – tiba perutnya berbunyi . Lapar … Terpaksalah dia turun ke dapur . Semasa turun , dia terlihat kelibat Fairuz di ruang tamu yang sedang menonton tv . Kakinya melangkah ke dapur , sebungkus maggi di keluarkan dari kabinet . Dia membuka bungkusan tersebut .
“ Kau buatkan aku satu . Aku pun lapar ni …” Fairuz berkata . Terkejut Isha dibuatnya . Tiba– tiba je berdiri di sebelahnya .
“ Kau cacat ke ?” Isha bertanya . Fairuz menggeleng .
“ Dah , tu …buatlah sendiri .” Malas Isha mahu melayan kerenah Si Fairuz .
“ Kalau aku tahu masak , dah lama aku buat . Masalahnya , aku tak tahu … Baik kau masak . Kalau tak , aku kasi tahu papa yang kau masuk bilik aku . Kau sengaja nak goda aku …” Ugut Fairuz . Isha mencebik . Geram …
“ Hishh …” Isha merengus .
KRING !! KRING !! KRING !! ( telefon rumah berbunyi )
Hello , papa .”
Hello , Zaf . Nasib baik kamu dah balik . Risau papa , tinggalkan Isha sorang – sorang dekat sana . Ni , papa nak cakap . Malam ni papa tak balik . Kami bermalam kat sini . Kereta rosak pula . Kamu jaga Isha elok – elok . Nampak hari macam nak hujan je …” Dato Dzulhairi berkata – kata . Risau dengan keadaan Isha yang fobia dengan dentuman guruh .
“ Papa jangan risau . Zaf ada .”
“ Baiklah . Papa letak dulu . Assalamualaikum .”
“ Waalaikumusalam .” Fairuz mematikan talian .
“ Siapa ?” Tanya Isha . 2 mangkuk maggi kari di letakkan di atas meja .
“ Papa .” Jawab Fairuz . Volume tv di naikkan supaya mengatasi bunyi hujan .  
“ Papa dah sampai mana ?” Isha meniup maggi tersebut sebelum mengunyahnya .
“ Depa tak balik malam ni . Kereta rosak .” Tutur Fairuz dalam loghat utara .
“ Hah…” Isha hampir tersedak mendengar bicara Fairuz itu .
“ Tak balik . Kau ni kenapa ? Sound trouble ?”  Fairuz menjeling sekilas .
“ Jadi , tinggal kita berdua je ?”
“ Ha .. kita berdua . Tutup mulut kau , aku nak layan movie pun susah .” Fairuz menjawab , matanya leka menonton filem Rambo di kaca tv . Isha terdiam .
   Usai makan , Isha membasuh mangkuk tersebut . Dia ingin segera mengurung diri di dalam bilik . Bahaya berdua dengan mamat perasan bagus tu . Sudahlah tadi Fairuz melihat dirinya sampaikan tak berkelip biji mata . Isha menapak ke anak tangga . Tiba – tiba bekalan elektrik terputus . Suasana menjadi gelap – gelita . Terkejut dengan keadaan tersebut , Isha terjerit kuat .
“ Kau dekat mana ?” Fairuz bertanya . Iphonenya di tekan untuk mengeluarkan cahaya .
“ Dekat tangga .”
“ Tunggu situ . Aku datang .” Fairuz mendekati Isha . Tangan Isha di genggamnya . Isha mengekori langkah Fairuz .
“ Kita cari torchlight dulu .” Arah Fairuz . Mereka ke dapur . Laci di tarik sebelum mencari lampu suluh . Akhirnya mereka terjumpa lampu suluh setelah menyelongkar 3 laci .
“ Ikut aku . Kita cari kotak fius .”
“ Kau jalanlah perlahan sikit . Aku tak nampak .” Isha bersuara . Fairuz memperlahankan langkahnya . Mereka menuju ke basement .
   Kotak fius di periksa Fairuz . Namun masih tidak berfungsi , mungkin seluruh kawasan itu terputus bekalan elektrik . Guruh berdentum , kilat sabung menyabung . Isha semakin menggigil . Dia memang fobia dengan bunyi tersebut , ekoran kejadian di asramanya dahulu .
“ Kau kenapa ?” Fairuz sengaja menyoal begitu . Padahal dia tahu akan fobia Isha itu .
“ Aku takut .” Jawab Isha . Lengan Fairuz di peluknya erat .
“ Janganlah peluk kuat sangat … Aku ni lelaki sejati , tahu .. Menggugat iman betul , dahlah wangi … Tak boleh jadi ni … Ada juga yang kena makan nanti …” Desis hati Fairuz . Hidungnya terhidu bau harum rambut Isha . Dia mesti berbuat sesuatu sebelum sabarnya hilang .
“ Jom , aku hantar kau ke bilik .” Fairuz menapak ke atas . Isha mengekorinya , rapat . Pintu bilik di kuak . Mereka melangkah ke dalam bilik Isha . Fairuz melepaskan genggamannya .  
“ Kau teman aku kejap . At least sampai aku tertidur . Aku takut …” Pinta Isha . Dia duduk di birai katil . Serba – salah Fairuz di buatnya . Akhirnya Fairuz bersetuju . Dia mengangguk .
“ Kau pejamlah mata dulu , baru boleh tidur . Aku ada kat sini , main games .” Fairuz bersuara . Dia bersandar di kepala katil sambil bermain games di Ipadnya . Isha berbaring membelakangi Fairuz sebelum memejamkan matanya .
   Hampir saja Isha terlelap , dentuman guruh yang kuat menggegarkan bumi . Kilat pula membelah alam . Dengan spontan Isha memeluk lengan Fairuz erat . Dia terkejut . Akibat cahaya kilat tadi , mereka ternampak sebatang pokok tumbang di seberang jalan . Tidak jauh dari perkarangan banglo lama itu . Fairuz ingin bangun , dia mahu menarik tirai tingkap tersebut . Langkahnya di halang Isha .
“ Aku nak tutup tirai , kejap .” Tutur Fairuz . Dia melangkah apabila pautan di lengannya di lepaskan Isha . Sekali lagi dentuman kedengaran , Isha menutup telinganya . Dia menangis teresak – esak . Fairuz mendekati Isha , tangan Isha yang menekup telinga di tariknya . Fairuz mengenggam jari – jemari itu .
Stop crying , aku ada …” Lembut tutur Fairuz . Isha memandangnya sebelum memeluk tubuh Fairuz . Wajahnya di benamkan ke dada Fairuz , sendunya masih kedengaran . Fairuz mengusap lembut rambut Isha supaya lebih tenang .
   Fairuz tidak sampai hati hendak membiarkan Isha bersendirian dengan keadaan begitu . Dia tahu Isha amat fobia dengan dentuman guruh serta kilat . Lagipun Isha pernah merawatnya ketika di Birmingham dulu . Ketika itu dia terlibat dalam kemalangan , kakinya patah . Isha bertungkus lumus menjaganya selama 2 bulan . Walaupun mereka masih bermusuhan tetapi sifat kemanusian tetap ada . Kalaulah dia mempunyai kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya, sudah tentu perkara ini tidak menjadi rumit sebegini . Raut wajah Isha di perhatikannya dengan penuh kasih sayang . Dahi Isha di kucupnya , lama . Sungguh dia terlalu sayangkan gadis ini . Gadis yang mengajarnya erti cinta . Kali ini pipi Isha menjadi sasarannya .
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana orang dalam rumah ni ?” Dani bersuara . Tubuhnya di hempaskan di atas sofa .
“ Tidur lagi lah tu … Dani , pergi kejutkan Abang Fairuz kamu . Entah sembahyang ke tak budak tu …” Omel Nek Piah .
“ Kejutkan along kamu sekali .” Arah Datin Maisarah sebelum menapak ke dapur untuk membancuh minuman . Nasib baik mereka singgah dahulu di pekan , membeli sarapan .
“ Baik , mama …” Dani melangkah ke atas .
“ Teruk juga ribut semalam . Pokok tumbang seberang jalan sana .” Ujar Dato Dzulhairi . Kerusi di tariknya , dia duduk di meja makan menanti sarapan di hidangkan .
“ Besar ke pokoknya , abang ?” Tanya Datin Maisarah .
“ Besarlah juga … Mana Dani ?”
“ Kejutkan budak berdua tu …” Nek Piah berkata .
“ Ehh … tak bangun lagi ? Dah pukul 9 ni …” Tutur Dato Dzulhairi .
“ Mana Abang Fairuz ni ? Dalam bilik air pun takde … Dia tidur rumah kawannya kot ? ”  Dani membuat tanggapan . Dia menuju ke bilik alongnya pula . Tombol pintu di pulas . Terlopong dia melihat 2 tubuh yang amat di kenalinya sedang nyenyak tidur , berpelukkan lagi . Pintu bilik di tutupnya kembali . Dia turun ke dapur .
“ Papa , mama … I think you should see this …” Kata Dani .
“ Apa ?” Soal papanya .
“ Lebih baik , papa tengok sendiri …” Tutur Dani . Dia menapak semula ke atas . Dato Dzulhairi mengekorinya . Datin Maisarah serta Nek Piah turut serta . Setibanya mereka di tingkat atas , Dani memulas tombol pintu bilik alongnya . Dia memberi laluan kepada yang lebih tua . Tak sanggup dia mahu menatap keadaan mereka lagi .
“ Astagfirullah …” Dato Dzulhairi menghampiri pasangan tersebut . Datin Maisarah dan Nek Piah turut berbuat demikian . Malu dia mahu menatap kedua – dua makhluk di depannya . Kedua – duanya masih tidak berkutik , masih nyenyak tidur . Isha tidur berbantalkan dada Fairuz , manakala Fairuz pula memeluk erat Isha . Nek Piah menggelengkan kepala , Datin Maisarah pula menitiskan air mata .
“ Bangun !! Bangun !! Kamu sedar tak apa yang kamu dah buat ?!!” Marah Dato Dzulhairi . Dek suara yang lantang itu , Fairuz tersedar dari tidurnya . Isha juga begitu . Mereka memisatkan mata sebelum melihat wajah – wajah di hadapan mereka satu – persatu .
“ Apa kamu berdua dah buat ? Papa percayakan kamu berdua , tapi ini balasan kamu dengan papa …” Suara Dato Dzulhairi semakin kendur . Marah bagai nak rak pun tak guna , nasi dah jadi bubur …
“ Buat ?” Masing – masing bertanya di dalam hati . Mereka berpandangan seketika , sebelum mengerti akan situasi yang sedang mereka hadapi sekarang .
“ Papa … Isha …” Belum sempat Isha menghabiskan ayatnya , papanya telah bersuara .
“ Papa nak kamu berdua nikah .” Putus Dato Dzulhairi .
“ Tapi , papa …” Giliran Fairuz pula bersuara .
“ Zaf , papa nak Zaf bertanggungjawab ke atas Isha . Anggaplah sebagai balasan atas budi yang papa taburkan buat Zaf . Ambillah Isha sebagai isteri kamu …” Sayu tutur Dato Dzulhairi .
“ Papa … Isha …” Isha masih tidak percaya dengan apa yang berlaku .
“ Zaf akan bertanggungjawab , papa .” Kata Fairuz . Ayat yang ingin keluar dari mulut Isha , mati . Bicara Fairuz tadi , seperti mengesahkan perkara tersebut benar – benar terjadi . Isha keliru . Betulkah mereka sudah melaluinya ?
“ Bersihkan diri dulu . Nanti kita sarapan …” Tutur Dato Dzulhairi sebelum menapak keluar dari bilik tersebut .
                               +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Muhammad Fairuz Zafran .” Isha bersuara setelah mereka berdiam diri buat seketika . Mungkin masing – masing memikirkan masa depan mereka .
“ Ada apa ?” Jawab Fairuz , perlahan . Mereka masih berada di atas katil .
Did we done that ?” Tanya Isha . Dia masih tidak percaya yang mereka telah bersama .
“ Maafkan abang .” Tutur Fairuz . Dia mengenggam jari – jemari Isha . Perlahan – lahan air mata Isha tumpah . Fairuz mengesatnya lalu tubuh Isha di peluknya .
We gonna fix this together .” Bisik Fairuz di telinga Isha . Dahi Isha di kucupnya .
                                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aku terima nikahnya Nur Zaira Danisha dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai .” Lafaz Fairuz . Dato Dzulhairi sendiri telah mengakad nikahnya , tadi . Itulah yang lebih afdal di lakukan sebagai bapa kepada pengantin perempuan .
“ Sah . Sah . Sah .” Ucap para hadirin yang hadir ke majlis akad nikah mereka . Doa di baca sejurus kemudian . Kini , mereka telah sah bergelar suami isteri .
   Takdir telah menyatukan mereka bersama . Walaupun mereka selalu bermusuhan suatu ketika dahulu . Raya kali ini memang merubah kehidupan mereka berdua . Pergi dengan status single tetapi pulang dengan status yang berbeza . Mereka akur . Sudah hampir sebulan mereka bernikah . Lamunan Fairuz terhenti , deringan telefon bimbitnya menyapa pendengaran . Nama yang tertera di telefonnya di lihat sebelum di jawab .
“ Assalamualaikum , mama .”
“ Waalaikumusalam . Zaf , mama rasa Zaf patut balik sekarang . Isha ni , dari tadi lagi asyik muntah je … Risau mama . Zaf balik , ye … Bawa Isha ke klinik .” Datin Maisarah memberitahu menantunya . Risau dia dengan keadaan anaknya itu .
  Mama jangan risau . Kejap lagi Zaf sampai .” Tutur Fairuz , sebelum mematikan talian . Semenjak mereka bernikah , inilah kali pertama Isha di serang demam . Laju kakinya melangkah ke pintu lif . Lif berdeting , Fairuz memboloskan dirinya ke dalam .
“ Nak kemana ni , Zaf ?” Tegur Dato Dzulhairi . Di sisinya kelihatan Dato Rahim . Mungkin mereka mahu berbincang tentang kerjasama mereka untuk projek di Kuantan .
“ Zaf nak balik rumah , papa . Isha muntah teruk . Tadi mama called . Zaf nak bawa Isha ke klinik .” Fairuz bersuara . Terpancar riak risau di wajahnya .
“ Tahniah , Dzul . Nampaknya kali ni baru you jadi datuk betul – betul . Well done young man.” Dato Rahim berjabat tangan dengan Dato Dzulhairi serta Fairuz . Terpinga – pinga Fairuz di buatnya . Senyum ajalah ….
                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Doktor , isteri saya mengandung ke ?” Tanya Fairuz .
“ Maafkan saya , Encik Fairuz . Isteri encik hanya mengalami keracunan makanan . Mungkin belum rezeki encik dan isteri . Encik boleh cuba lagi next time . Nanti saya bagi vitamin .” Ujar Doktor Khatijah dengan senyuman . Isha hanya memerhatikan wajah suaminya yang mengharap benar dia mengandung .
“ Terima kasih , doktor .” Ucap Fairuz .
“ Jangan lupa ambil ubat di kaunter .” Pesan doktor tersebut . Fairuz mengangguk sebelum memapah Isha keluar dari bilik rawatan tersebut . Kini , mereka menunggu giliran untuk mengambil ubat . 3 minit kemudian nama Isha di panggil . Mereka menuju ke kaunter .
“ Abang Fairuz , ekh ? Saya Kamariah , adik angkat Kak Balkis . Awek abang dulu ….”
“ Owh ..” Malas Fairuz ingin beramah mesra .
“ Jadi inilah perempuan yang rampas abang dari Kak Balkis … Berjaya juga kau , ye ?” Kamariah senyum sinis .
“ Bagi jelah ubat tu .” Fairuz berkata .
“ Ini ubat tahan muntah dengan demam , makan 3 kali sehari selepas makan . Antibiotik habiskan . Ini pula vitamin subur . Makan 1 biji sehari . Ini abang punya , ni kau punya .” Kamariah memberikan bungkusan ubat itu kepada Fairuz .
“ Abang Fairuz , belum tentu perempuan ni boleh mengandung . Jadi , saya sarankan abang ambil jelah Kak Balkis balik . Entah berapa banyak yang dia dah buang , sampaikan tak boleh mengandung …” Tajam kata – kata Kamariah itu . Sakit rasa hati Isha . Dia meninggalkan Fairuz , langkahnya menuju ke kereta .
“ Kama !! Kau jangan kurang ajar . Aku lebih kenal siapa isteri aku . Baik kau tanya baik – baik Kak Balkis kau tu , sebab apa aku tinggalkan dia .” Kata Fairuz sebelum berlalu .
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … makan dulu . Taknak makan banyak , makan sikit . Nanti perut kosong . Meh , abang suapkan .” Fairuz memujuk Isha untuk menjamah sedikit makanan . Isha menggeleng .
“ Sayang … janganlah macam ni …” Pujuk Fairuz lagi .
“ Abang . Abang percaya ke cakap Kama tu ?” Soal Isha .
“ Jadi , inilah yang buat sayang abang jauh hati ….” Fairuz tersenyum lebar .
Let me tell you a secret .” Fairuz membuka cerita lama mereka berdua . Isha hanya mendengar . Sekali – sekala dia bertanya . Fairuz masih tersenyum . Dia bercerita bagaimana dia boleh jatuh cinta kepada Isha serta perasaannya kini . Isha turut tersenyum apabila Fairuz mengucup dahinya .
“ Jadi , abang dah lama cintakan Isha ?” Fairuz tersenyum sambil mengangguk . Sebuah ciuman mendarat di pipi kanan isterinya . Isha membalas senyuman itu .
“ Abang … pasal baby …”
“ Dah jangan cakap lagi . Pasal tu , abang yang bersalah . Mana nak dapatnya , kalau buat pun sekali je …” Suara Fairuz di rendahkan . Isha menjeling . Sejak peristiwa itu , Isha jual mahal. Tiada langsung peluang Fairuz ingin mendekatinya .
“ Abang suka ke , kalau dapat baby awal ?” Isha bertanya . Tangan Fairuz di genggamnya . Ada kemajuan nampaknya . Fairuz menguak rambut isterinya yang terjuntai , ke belakang .
“ Mestilah suka .” Jawab Fairuz . Senyumannya semakin melebar .
                               ++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … Sayang …” Panggil Fairuz . Dia tersenyum apabila Isha melihatnya .
“ Abang cakap betul – betul . Abang dah tahu ke ? Abang baru tahu ?” Soal Isha .
“ Baru tahu . Jadi , selama ini kita tak teraccidentlah ….” Jawab Fairuz , dia tersenyum lebar .
“ Hishh … dah tahu , tanya pula ? Sengaja nak malukan Isha , kan ?” Omel Isha .
“ Mana ada …” Selamba Fairuz berkata sebelum mencium bibir isterinya .
“ Abang !! Isha tak kira . Kejap lagi , abang ambil cadar ni pergi basuh .”
“ Baik , maam . Malu dengan mamalah tu …” Usik Fairuz . Isha menjeling , satu cubitan hinggap di lengan suaminya itu .
                            ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Morning , mama …” Sapa Isha . Dia mencium pipi Datin Maisarah .
“ Pagi . Duduk , makan dulu . Hari ini mama masak nasi lemak . Makan banyak sikit , hari ni hari pertama kamu kerja dengan papa .” Pelawa Datin Maisarah .
“ Amboi , nasi lemak tu … Papa suruh mama masak ke ?” Soal Isha .
“ Bukan papa , tapi suami kamu … Zaf cakap dengan mama semalam , dia teringin nak makan nasi lemak . Sebab tu mama buatkan .” Datin Maisarah menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan sebelum menghulurkannya kepada Isha .
“ Emm … sedapnya bau ..” Tegur Fairuz yang baru tiba di meja makan bersama Dato Dzulhairi .
“ Makan , Zaf . Mama buat banyak , nak bawa bekal pun boleh .” Tutur Datin Maisarah sambil menuang minuman buat suaminya . Isha pula asyik menyuapkan nasi tersebut ke dalam mulutnya . Fairuz menelan liur , terliur melihat isterinya yang sedang menjamu selera .
“ Hah .. Zaf , kenapa tak makan lagi ?” Tegur Dato Dzulhairi . Fairuz tersenyum . Dia menyuapkan nasi tersebut selepas membaca bismillah .
“ Sedap , mama . Mama memang terbaik …” Fairuz menaikkan ibu jarinya . Thumbs up . Setelah 3 kali suapan , Fairuz berasa tidak selesa . Perutnya terasa sebu , tiba – tiba tekaknya berasa loya . Fairuz bingkas bangun ke sinki dapur , dia muntah di sana . Isha mengekorinya .
“ Abang , kenapa ni ?” Tanya Isha , lembut . Dia mengusap belakang suaminya itu .
“ Entah … perut abang macam tak boleh terima nasi lemak tu …” Fairuz berkata setelah dia mengelap bibirnya . Mereka menapak semula ke meja makan .
“ Abang tak boleh makan benda berlemak pagi – pagi kot ….” Isha meneka . Dari dulu hingga sekarang dia masih tidak boleh minum kopi pada waktu pagi kerana perutnya akan berasa sakit .
“ Mungkin .” Jawab Fairuz .
“ Sudah , meh sini pinggan nasi abang tu , biar Isha habiskan . Nah , abang makan roti bakar ni …” Isha menghulurkan 3 keping roti bakar kepada suaminya .
“ Zaf ok ke  ?” Soal Datin Maisarah . Risau …
“ Ok , mama … Dah tua kot , darah tak kuat .” Fairuz berseloroh .
“ Bukan tua , tapi kamu dah jarang exercise .” Tutur Dato Dzulhairi .
“ Kerja banyaklah , papa .” Fairuz memberi alasan . Wajah Isha di kerlingnya . Isha buat tak tahu saja , dia sibuk makan .
“ Mama , nak roti tu 2 keping .” Pinta Isha .
“ Ehh … kamu ni dari tadi tak berhenti makan . Selalunya , nak makan pun susah . Diet …” Kata Datin Maisarah tetapi tangannya masih menghulurkan roti tersebut kepada puterinya .
“ Laparlah , mama …” Jawab Isha , perlahan .
“ Makan cepat . Kita ada mensyuarat dengan staff . Lepas tu , nak introduce si Isha ni lagi …” Dato Dzulhairi berkata sebelum menghirup minumannya . 
“ Baik , boss .” Jawab Isha . Sekadar ingin mengusik papanya .
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ini anak saya Nur Zaira Danisha . Harap kamu semua beri kerjasama .” Dato Dzulhairi meperkenalkan Isha kepada semua kakitangannya .
“ Selamat datang , Cik Danisha .” Ucap salah seorang kakitangan .
“ Terima kasih . But do address me , Puan Zaira . Saya dah kahwin dengan manager kamu ...” Tegur Isha . Fairuz yang tadi kelihatan tak bermaya terus segar bugar . Dia tersenyum .
“ Sayang juga isteri aku dekat aku . Tak payahlah aku risau dia kerja kat sini . Nasib baik dia mengaku dah kahwin . Kalau tak makan hati jugaklah tengok orang mengorat bini aku.” Desis hati Fairuz . Dari tadi lagi dia perhatikan beberapa orang staff lelaki memandang Isha dengan pandangan berminat .
“ Lah …Encik Fairuz dah kahwin ke ? Saya ingatkan , solo lagi …” Tutur seorang kakitangan ala – ala sotong , dengan liuk- lentoknya . Isha hampir ketawa tapi di tahannya .
Handsome sangat ke laki aku ni ? Sampaikan spesis sotong pun suka …” Omel Isha di dalam hati . Dia memandang Fairuz dengan pandangan mengusik . Fairuz menjeling .
“ Lupa saya . Next month , saya jemput semua makan kenduri majlis kahwin anak menantu saya . Tunggu saya edarkan kad . Now , semua boleh sambung kerja .” Dato Dzulhairi memberi arahan . Semua staff kembali ke ruangan mereka menyambung kerja . Fairuz dan Isha mengekori papa mereka .
“ Ni , pejabat Isha . Buat kerja betul – betul . Time kerja buat kerja , jangan nak flirt pula dengan suami kamu ni ….” Usik Dato Dzulhairi .
“ Mana ada ….” Jawab Isha , dia malu . Ini semua gara – gara Fairuz yang mintak di cium selepas mensyuarat tadi . Papanya telah melihat kemesraan mereka . Manalah dia tahu bilik papanya yang bercermin itu boleh melihat aktiviti di bilik mensyuarat .
“ Manalah tahu … bilik kamu dengan Zaf kan dekat je … Berdepan pula tu ….” Usik papanya lagi . Isha terasa pipinya mula membahang , malu dek usikan papanya itu .
“ Uk … Uk …” Fairuz menutup mulutnya . Nafas di lepaskan setelah di mengusap dadanya .
“ Kamu ni kenapa pula ?” Tanya Dato Dzulhairi .
“ Busuklah bilik ni … bau cat … Uk .. Uk ..” Fairuz berlari ke biliknya sambil menekup mulut . Terpinga – pinga Isha dan papa dibuatnya . Isha melangkah ke pejabat Fairuz , papanya mengekori dari belakang .
“ Uwek … Uwek …” Fairuz muntah di bilik air di dalam pejabatnya .
“ Abang ….” Panggil Isha . Dato Dzulhairi tersenyum , mungkin benar firasat hatinya kali ini.
“ Isha , kamu bawa Zaf ke klinik . Nanti jumpa dekat rumah . Hari ini kamu cuti , jaga Zaf .” Arah Dato Dzulhairi kepada puterinya .
“ Tapi papa ... hari ni Zaf ada meeting dengan klien dari Jepun .” Fairuz memberitahu .
“ Papa handle . Jangan lupa pergi check –up , manalah tahu kamu kena buatan sendiri …” Kata Dato Dzulhairi dengan senyuman sebelum menapak keluar dari bilik menantunya itu . Isha tersenyum setelah dapat memproses maksud papanya .
“ Buatan sendiri ?” Fairuz bertanya . Wajah Isha di pandangnya . Dia kurang mengerti dengan maksud papanya itu .
“ Jom , Isha drive .” Kata Isha , pandangannya di alihkan . Malu mahu menatap anak mata suaminya . Mereka menapak ke parking lot .
                                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Apa maksud papa , tadi ? Sayang faham ?” Soal Fairuz . Dia meloloskan diri ke dalam kereta . Isha memandu kereta tersebut .
“ Tak .” Jawab Isha . Dia berbohong . Kereta mereka meluncur laju menuju ke destinasi .
   Beberapa minit kemudian mereka tiba di perkarangan hospital swasta itu . Sengaja Isha memilih hospital , malas mahu ke klinik . Lagipun hospital tersebut terletak berdekatan dengan rumah mereka . Masuk saja ke lobi hospital , Isha menyuruh Fairuz duduk di kerusi . Isha pula menguruskan pendaftaran mereka . Fairuz hanya memerhatikan Isha yang sedang berbual dengan staff tersebut .
“ Puan nak saya rujuk O&G ?” Tanya kakitangan tersebut .
“ Boleh ke ?”
“ Boleh . Nanti saya cakap pasal suami puan dengan doktor .”
“ Kak , saya nak doktor perempuan . Bukan apa . Suami saya tu , kuat cemburu …” Isha tersenyum . Staff itu turut tersenyum . Dia menelefon ke bilik Doktor Zanariah .
“ Baik , doktor .” Staff tersebut mematikan talian .
“ Jom , puan . Doktor tengah tunggu …”
“ Sekejap , saya panggil suami saya .” Isha melambai Fairuz , Fairuz bangun mengekori isterinya . Pintu bilik Doktor Zanariah di kuak .
Doctor , your patient is here .” Kata staff tersebut sebelum meletakkan kad di meja doktor tersebut .
Thanks , Tini . Sila duduk , puan , encik .” Pelawa Doktor Zanariah .
“ Siapa yang sakit ?”
“ Suami saya . Asyik muntah dari pagi tadi .” Jawab Isha .
“ Encik ke sini , saya periksa . Puan , buang urine dalam bekas ni .” Arah Doktor Zanariah dengan seyuman . Isha mengambil bekas tersebut dan berlalu .
“ Kenapa isteri saya , doktor ?” Fairuz kehairanan .
“ Saya nak periksa isteri encik juga . Takut penyakit encik berjangkit … Ok , sekarang tarik nafas .” Kata Doktor Zanariah .
                                 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama , papa , nek and Dani . Kami nak bagi tahu , next year kitaorang nak dapat babies …” Ujar Fairuz dengan senyuman lebar . Jari – jemari Isha di genggamnya .
Babies ?” Dani bertanya dahulu .
Twins .” Jawab Fairuz .
“ Tahniah , abang , along . Nek … Dani bakal jadi paksu . Yahoo …” Dani bersorak .
“ Alhamdulillah . Dah berapa bulan kamu mengandung Isha ?” Soal Nek Piah . Patutlah dia terasa ingin menjenguk anak cucunya di sini . Rupa – rupanya ada berita gembira .
“ Baru 3 minggu , nek .” Isha menjawab .
“ Abang , kita dah nak jadi atuk dengan nenek . Kembar pulak tu … Seronoknya …” Ucap Dantin Maisarah yang krlihatan teruja .
“ Abang dah agak . Beria – ria si Zaf ni muntah kat office , tadi .”
“ Abang , esok Mai nak call interior designer . Mai nak diaorang design bilik babies .”
“ Tahniah , Zaf . Lepas ni , kena pandai bahagikan masa . Jangan bagi Isha bawa balik kerja di rumah , kalau tak … jawabnya tidur lewatlah cucu – cucu papa tu ..” Nasihat papanya .
“ Baik , papa .” 
“ Betul tu , abang . Along , kalau kerja tak ingat dunia .” Dani mengusik kakaknya .
   Isha mencebik , mereka sekeluarga tertawa . Akhirnya , berjaya juga hasrat mereka ingin melihat Fairuz dan Isha bersatu . Sudah lama mereka merancang ingin menyatukan keduanya. Tidak di sangka kejadian lalu mempercepatkan rancangan mereka . Takdir seolah – olah merestui hajat mereka . Walaupun mereka agak terkejut dengan kejadian tersebut . Dato Dzulhairi tersenyum begitu juga ibunya , Nek Piah . Mereka memohon agar keluarga mereka sentiasa di rahmati Allah S.W.T .
                                                                  -TAMAT-