mawar putih

mawar putih

Tuesday, 10 January 2012

JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 10


BAB 10
   Adrianna merenung raut wajah papanya yang sibuk meneliti dokumen – dokumen syarikat . Sudah lama dia tidak melihat wajah itu , kali terakhir dia bertemu papanya enam bulan lepas. Teringat Adrianna pada perjumpaan kali pertama dengan papanya ketika usianya baru mencecah lapan belas tahun . Dia tersenyum lebar sambil mendekati papanya . Papanya turut tersenyum . Malam itu , Adrianna dan papanya makan malam diluar . Pada mulanya Adrianna menolak tetapi papanya telah menempah meja . Adrianna tidak sampai hati mengecewakan papanya .
   Setiba mereka di restoren banyak yang memerhati ,mungkin kerana papanya usahawan yang berjaya,” tebak Adrianna . Mereka di dekati pengurus restoren .
“ Buonasera ,signor Bellardo ,” sapa pengurus restoren sambil tersenyum ,pandangannya dialihkan kepada Adrianna .
“ Buonasera . Questa è mia principessa , Sofia ?” Encik Bellardo memperkenalkan  Adrianna . Adrianna tersenyum .
   Menu dihulurkan kepada Adrianna dan papanya . Beberapa minit kemudian seorang pelayan datang mengambil pesanan .
“ Un bistecca alla fiorentina e una aragosta ,” Encik Bellardo memesan steak dan udang kara .
“ Per me , un risotto alla marinara ,” Adrianna memesan nasi dengan makanan laut .
“ Da bere cosa prendono ?” tanya pelayan tersebut sambil menunggu pesanan untuk minuman .
“ Due limonata ,” Encik Bellardo memesan dua lemonade .
   Setelah beberapa minit menunggu akhirnya pesanan mereka tiba . Adrianna dan papanya menikmati hidangan sambil berbicara tentang perniagaan .Adrianna berjanji akan membantu papanya . Akhirnya mereka pulang setelah sejam mereka disitu .

No comments:

Post a Comment