mawar putih

mawar putih

Saturday 30 June 2012

CERPEN : BESTFRIEND ATAU SUAMI ?


CERPEN : BESTFRIEND ATAU SUAMI ?

“ Ku Izz … would you marry me ?”
“ Esha … are you serious . Tapi kenapa sekarang ?”
“ Izz … aku takut apa yang jadi last night berulang lagi . Kau takpe lah , kau kan lelaki . Aku ni perempuan , if anythings happened aku yang tanggung .”
“ Esha … bukannya kau tak kenal aku , kita dah berkawan dari MRSM lagi . Kau pun tahu aku dah bertunang sebelum kita berangkat ke bumi Jerman ni . About last night , its beyond my control . I’m sorry.”
So , your answer is no . Ok , then . I hope you can live alone .” Esha memandang Ku Izz tajam sambil berpeluk tubuh .
What that’s means Esha ?” Tengku Izz Ferhan memegang bahu sahabat baiknya .
“ Aku nak pindah . Stay dengan Misha and the gang .”
No . Aku tak benarkan . Kau pun tahu life Misha macam mana , mengalahkan ‘mat saleh’ . Lagipun dah lama kita tinggal bersama , bukannya sehari dua tapi dah masuk 3 tahun . Kalau kau takde , sapa nak masak untuk aku , dengar masalah aku , teman aku …” pujuk Ku Izz sambil meraih jari jemari runcing milik Alesha Farzana .
“  Aku dah besar Izz , aku boleh jaga diri aku sendiri . Walaupun kita dah tak sebumbung tapi kita still macam dulu . Best friends forever .” Esha menguntumkan senyuman .
“ Takde pilihan lain ke ? Aku rasa down kalau kau takde . Tak boleh ke kalau kita still tinggal bersama ?” tutur Ku Izz tulus dari hatinya . Sungguh dia tidak sanggup melepaskan sahabat baiknya tinggal dengan Misha pulak tu . Dia risau akan keselamatan Esha .
No other choice melainkan kita kahwin . Aku pun tak sanggup jauh dari kau , tapi … aku tak yakin pada diri kita . Kau pun tahu apa perasaan kau last night , tambahan pula kita bukan di Malaysia tapi di negara orang . Aku tak nak jadi macam students yang lain , hidup bebas . Sekarang pun aku rasa bersalah sebab tinggal berdua dengan kau . Kalau bukan atas sebab keselamatan diri , aku pun tak sanggup .” Esha berterus terang .
“ Esha …” kata – kata Ku Izz terhenti apabila Esha mula bersuara .
“ Izz …Its ok . Kalau kau tak nak , aku tak paksa . Aku tahu kau sayang tunang kau , wanita idaman lah katakan . Dari tadika kau minat dia kan . Aku tetap akan pindah , aku tahu perasaan kita tak lebih dari seorang kawan . Dah prinsip kita no love relation in friendship , sebab nanti ia tak kekal .” Esha tertawa kecil . Baginya dia tidak mahu di gelar perampas , lebih – lebih lagi merampas kebahagiaan Ku Izz . Tetapi kejadian semalam membuatnya bertindak begini . Malu apabila terfikir akan proposalnya sebentar tadi .
“ Esha … kita kahwin .” Tergamam Alesha Farzana dengan statement yang keluar dari mulut Ku Izz itu .”
“ Tapi …”
No tapi – tapi . Keselamatan kau lebih penting , aku dah janji dengan arwah abah kau yang aku akan jaga kau selagi hayat aku ada .” Tegas tutur Ku Izz .
“ Izz … aku ..” Esha sebak apabila terkenangkan arwah abahnya . Dia cukup terhutang budi pada keluarga Ku Izz yang telah menguruskan jenazah abahnya serta menumpangkannya di rumah keluarga itu sehingga mereka berdua mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di bumi Jerman ini .
But … aku tak nak family aku tahu status kita . Aku tak nak Ain tahu , aku takut dia terluka .” Ku Izz menarik Esha kedalam pelukkannya , apabila Esha mula mengalirkan air mata . Dia tahu Esha rindukan arwah abahnya .
“ Aku tak kan minta apa –apa untuk hubungan ni . Terima kasih sebab sudi jaga aku . Aku terhutang budi pada kau and your family . Don’t worry , mereka tak akan tahu tentang kita .”
“ Dah jangan menangis lagi . Senyum please …. Jom ..” Ku Izz mengesat air mata Esha dengan jarinya .
“ Kita nak ke mana ?” Esha bertanya .
“ Kita beli cincin dulu , lepas tu kita dinner dekat luar dengan Shah and Rania . Ok ?” tanya Ku Izz sambil menarik tangan Esha .
“ Ok .” Esha tersenyum manis .
                      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Korang apa hal ?Angin takde , ribut apatah lagi . Tiba – tiba je nak dirikan masjid . Aku musykil betul dengan korang ni , atau korang dah … Aku dah cakap dulu , mana boleh laki dengan perempuan jadi best friend .” Shah menepuk dahinya , riak risau terpancar di wajahnya. Sudah berkali – kali dia menasihati mereka berdua tetapi mereka tidak ambil pusing .
“ Abang … sudah , benda nak jadi apa kita boleh buat .” Rania mengenggam tangan suaminya .
“ Shah … kami tak buat macam kau fikir tu . This marriage just a precaution kalau apa – apa yang tak sepatutnya berlaku . Kami dah fikir masak – masak .” Terang Ku Izz .
“ Alhamdulillah … akhirnya korang realize perasaan korang , bukan perasaan sayang kepada sahabat tapi cinta .” Shah menepuk bahu Ku Izz .
No , its not .” Kata Ku Izz dan Esha serentak .
“ Sudahlah , jangan denied . Bila nak langsung ? Lagi cepat , lagi bagus .” Shah dan Rania memandang mereka berdua dengan senyuman .
“ Alang –alang kita berempat bercuti di France , aku rasa lebih baik kami nikah di sana je .” Ku Izz meraih jari jemari Esha . Esha belum tahu akan niatnya itu .
“ Tak sangka aku kau ni romantik orangnya Izz . Siap nak maknakan ikatan korang di Kota Cinta lagi . Terbaiklah plan kau Izz , siap boleh honeymoon sekali ,” usik Shah .
“ Dah lah abang , jangan usik depa lagi . Kesian Nia tengok Esha tu dah merah pipi dia . Izz , Esha jangan layan Shah ni , jom makan nanti sejuk pulak nasi Arab ni .” Ujar Rania , Shah hanya ketawa melihat gelagat sahabatnya itu . Sejak di bangku sekolah lagi mereka bertiga berkawan rapat , tetapi Izz dan Esha terlebih rapat .
                   ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Pagi yang di nantikan menjelma jua , Ku Izz  dan Esha mengorak langkah ke muka pintu apartment mereka . Kelihatan Shah dan Rania tersenyum manis , Rania menghulurkan sebuah beg kertas yang mengandungi sepasang baju kebaya serta baju Melayu yang berwarna kuning air kepada Esha . Esha menyambut huluran tersebut , Ku Izz menjemput sahabatnya masuk kedalam rumah . Esha pula sibuk menghidangkan bihun goreng kepada pasangan tersebut . Mereka bersarapan bersama – sama sebelum bertolak ke Paris .
“ Esha … tak nak tengok dulu ke , apa dalam beg tu ?” soal Rania .
“ Terlupa pula , kejap Esha ambil .” Esha mengambil bungkusan yang di tinggalkan di ruang tamu sebentar tadi . Dia membuka beg tersebut , alangkah terkejutnya dia apabila mendapati sepasang baju kebaya yang cantik siap berlabuci lagi di dalamnya . Serta – merta dia sebak , tubir matanya kini bergenang . Esha tidak menyangka bahawa dia masih dapat menyarungkan baju kahwin .
“ Esha … buat apa lama sangat ?” Ku Izz menyoal dari dapur . Esha melangkah ke dapur dengan baju kebaya di tangannya . Mata Ku Izz tertancap pada baju di tangan Esha , kini matanya beralih pula memandang mata sahabat baiknya yang akan menjadi isterinya beberapa jam lagi . Tatkala melihat mata Esha yang berkaca itu , Ku Izz yang sedang duduk lantas bangun menghampiri Esha . Ku Izz memeluk Esha , dia faham perasaan Esha sekarang . Baginya Esha sama seperti wanita lain yang mengimpikan perkahwinan yang sempurna .
Thanks Shah , Rania , bagi kami pinjam baju kahwin korang . Aku hargai sangat – sangat , kalau tak aku dengan Esha pakai baju t–shirt je .” Ku Izz berseloroh sambil tersenyum . Tangisan Esha kian reda , dia mengalihkan mukanya dari dada Ku Izz .
Thanks Rania ,” Esha memeluk Rania , dia terharu dengan pemberian itu . Walaupun bukan miliknya tetapi dia tetap bersyukur kerana masih berpeluang kelihatan seperti pengantin yang lain .
No hal , kita kan kawan . Aku pun macam kau juga Esha , mama Shah yang kasi masa kita orang nak nikah dulu , kalau tak jawabnya pakai baju kurung je lah . Jom try muat tak baju ni dengan kau ? Abang  , tolong Izz . Kalau tak padan kita tukar baju colour purple yang mama kirim raya tahun lepas .” Esha dan Rania melangkah ke dalam bilik Esha manakala Shah dan Ku Izz ke biliknya .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang singgah rumah kita kejap , Nia lupa ambil veil dengan tiara . Nanti tak lengkap pula pengantin kita lagipun Nia terlupa bawa kamera DSLR abang tu ,” pinta Rania . Shah yang sedang memandu mengangguk .
   Sepanjang perjalanan ke Paris ,  hanya Shah yang memandu kereta kebanggaan orang Jerman iaitu Mercerdes . Pada mulanya Ku Izz mahu memandu kereta miliknya iaitu BMW Z9 tetapi ditegah oleh Shah . Kata Shah lebih mudah menaiki satu kereta , tambahan pula Rania menyatakan bahawa  bakal pengantin berdarah manis maka Ku Izz tidak di benarkan memandu kereta . Esha dan Rania yang duduk dibelakang berbual mesra , pelbagai topik dibualkan hingga ke resepi kuah kacang dibualkan . Ku Izz tersenyum nipis dengan gelagat dua wanita tersebut . Dia gembira melihat Esha tertawa .
   Akhirnya mereka tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan yang memakan masa selama beberapa jam itu . Kini mereka berada dibilik hotel masing – masing selepas bersiar – siar di Kota Paris tadi . Sempat juga mereka melawat Eiffel Tower dan menikmati secawan kopi . Shah menghantar kiriman sms kepada Ku Izz , mereka harus ketemu sahabat Shah yang membantu menguruskan hal pernikahan ini . Rania menemani Esha di bilik sementara Shah dan Ku Izz berjumpa sahabat mereka itu . Setengah jam berlalu , sms dari Shah di terima Rania. Shah mengkhabarkan bahawa majlis akad akan berlangsung selepas solat Maghrib .
“ Esha … better kau pergi mandi sekarang , lagi dua jam nak Maghrib . Shah kata majlis akad korang lepas solat Maghrib . Nanti aku touch up kau , aku nak balik bilik kejap tukar baju . Kasi aku baju Izz , biar dia pakai kat bilik aku dengan Shah . Baru thrill sikit . Izz ternanti – nanti nak tengok muka kau , macam pengantin dulu– dulu ...” Rania berseloroh , kakinya melangkah ke muka pintu selepas mencapai huluran baju Melayu dari Esha tadi .
“ Ish … ada – ada je kau , Nia . Tadi dah la kotorkan minda aku yang suci murni ni . Aku dengan Izz takde apa – apa pun ,” Esha bersuara .
“ Aku kasi tips je. Takde apa – apa konon , tapi kenapa korang nak nikah ? Malam tu korang ter‘accident’ kan?” tebak Rania .
“ Mana ada ,” jawab Esha .
“ Habis tu ?” Rania cuba mengorek rahsia sahabatnya ini . Esha yang resah memikirkan tanggapan Rania terhadapnya memberitahu perkara sebenar yang terjadi .
“ Kita orang just having a kiss .”
A kiss ? French kiss ?” Rania menebak . Pipi Esha mula memerah , dia mengangguk mengiyakan pertanyaan Rania itu . Rania tersenyum sambil melangkah keluar .
   Esha menepuk lembut pipinya, sungguh dia malu dengan pengakuannya tadi walaupun Rania adalah sahabatnya . Kejadian tersebut bagaikan tertayang semula di matanya , ketika itu Ku Izz merajuk dengannya gara – gara dia lalai menggosok baju t-shirt Polo milik Ku Izz yang di hadiahkan oleh Ain . Baju itu berlubang di perut , berhari – hari Ku Izz merajuk dengannya sampaikan  makanan yang di hidangkan Esha tidak di jamahnya . Menitis air matanya apabila Ku Izz tidak menghiraukannya walaupun dia sedang demam . Sehinggakan dia pengsan di kuliah akibat kekurangan air dalam badan . Ku Izz yang rasa bersalah mula memujuknya tetapi dia sengaja tidak layan , supaya Ku Izz tahu betapa sakitnya hati bila menghadapi situasi yang sama .
   Malam kejadian Esha sudah sihat sepenuhnya , dia merindui Ku Izz . Sudah 2 hari Ku Izz ke London menemui kakaknya yang mempunyai seminar di sana . Dia tekad untuk menjernihkan suasana , apabila Ku Izz pulang nanti . Esha membuka pintu apabila ada ketukan di pintu rumah , Ku Izz melangkah masuk dengan teddy bear sebesar manusia yang berwarna coklat . Pintu di tutup rapat . Dia merenung Esha lama sebelum menghulurkan teddy bear tersebut kepada Esha . Esha menerima pemberian Ku Izz itu , bibirnya menguntumkan senyuman .
Thanks ,” ucap Esha . Dia mengatur langkah ke biliknya untuk menyimpan teddy bear tersebut. Tetapi langkahnya terhenti apabila terasa dirinya di peluk dari belakang . Teddy bear yang di peluk Esha tadi terlepas dari pelukan gara – gara terkejut .
“ Esha … I’m sorry , I miss you so much . Aku rindu kau , rindu sangat – sangat . Please jangan buat macam ni lagi , you drive me crazy my dear . Forgive me …” tutur Ku Izz dengan nada yang perlahan di telinga Esha .
“ Aku dah lama maafkan kau . I miss you too ,” Ku Izz melepaskan rangkulannya , dia memusingkan tubuh Esha supaya mengadapnya .  
“ Betul kau dah maafkan aku ?” Ku Izz merenung wajah Esha . Esha mengangguk , lantas dia memeluk Ku Izz . Rindu rasanya , lagipun mereka tidak pernah bergaduh sebegitu lama . Ku Izz membalas pelukkan sahabatnya itu , lama mereka begitu melepaskan rindu yang menggunung di hati masing – masing .
   Entah bila mereka berkucupan pun mereka tidak sedar , sedar – sedar mereka telah terbaring di atas sofa putih di ruang tamu dengan badan Ku Izz menindih Esha . Itu pun selepas mendengar bunyi mesej dari telefon bimbit Esha yang mendendangkan lagu Maher Zain berjudul Insyaallah. Kalau tidak tentu mereka sudah hanyut meniti pelangi ciptaan mereka sendiri . Esha menolak dada Ku Izz supaya menjauhinya manakala Ku Izz bingkas bangun . Esha segera melangkah ke biliknya , dia malu . Entah bagaimana mereka boleh terbabas sebegitu .
“ Esha ….” Ku Izz bersuara . Dia rasa bersalah .
“ Izz … we talk later , I just …emm… Good night ,” gugup tutur Esha . Dadanya masih berpalu kencang . Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya selepas dia menutup pintu biliknya .
Night …” balas Ku Izz . Dia memegang dadanya selepas terdengar bunyi pintu bilik Esha ditutup . Sungguh jantungnya berdegup kencang bagai kenderaan mahu perang . Tidak di jangka dia akan bertindak sedemikian, dia meraup rambutnya kebelakang .
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Ku Izz merenung  Esha yang kini sah bergelar isterinya , dengan sekali lafaz Esha telah menjadi miliknya yang mutlak . Terasa damai hatinya saat terpandang wajah putih bersih milik Esha , Ku Izz lantas menyarungkan cincin ke jari manis Esha apabila Rania berdehem keras . Esha di suruh mencium tangan Ku Izz , lama , kerana Shah sedang mengambil gambar mereka . Kemudian giliran Esha pula menyarungkan cincin ke jari manis Ku Izz , tanpa isyarat Ku Izz lantas mencium dahi licin milik Esha sehinggakan Esha terpana .
“ Amboi !! gelojohnya kau Izz . Tunggulah malam sikit kalau nak gelojoh pun , kita kat masjid lagi ni …” Shah berseloroh . Musykil dia dengan sikap Ku Izz , kata tak cinta tapi muka excited giler macam loving couple je . Ish .. Ish … meroyan agaknya .
“ Abang sudah la , Nia lapar ni . Kita pi makan , jom .” Usul Rania .
“ Ok , kita makan dulu . Pengantin belanja sebab kita tak dapat makan nasi minyak . Lepas ni baru sambung tangkap gambar , ok ? Jom kawan – kawan , bukan senang pengantin nak belanja . Ambil berkat , tahun depan kau pulak Irham .” Shah menepuk bahu rakannya itu . Irham sahabatnya yang menuntut dalam bidang kulinari , major pastries . Seorang yang pendiam dan berbadan gempal , Irham merupakan orang yang menjayakan pernikahan ini .
    Usai makan malam , mereka ke kaki menara Eiffel untuk bergambar , masih ramai pengunjung di situ mungkin esok adalah hari minggu menyebabkan ramai pasangan meluangkan masa bersama . Pelbagai pose diberikan pasangan pengantin bagi menjayakan foto kahwin mereka . Esok Ku Izz  dan Shah merancang untuk mengambil gambar  perkahwinan di studio , Esha dan Rania belum mengetahui plan mereka itu . Mereka pulang ke hotel penginapan setelah mengucapkan terima kasih kepada Irham dan rakan – rakan .
                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Esha … aku ada hadiah untuk kau . Tunggu kejap …” Rania berlari masuk ke biliknya untuk mengambil hadiah . Rania tersenyum , melihat hadiahnya itu . Dia ke muka pintu untuk menghulurkan hadiah buat Esha .
“ Nah .. Ehh .. mana Esha ?” Rania bertanya kepada Ku Izz yang sedang berbual dengan suaminya itu .
“ Esha dah masuk dalam , nak ke toilet katanya .” Ku Izz bersuara sambil menyambut paper bag pemberian Rania itu .
“ Nah nanti kasi Esha , hadiah wedding korang . Hadiah kecik ja tak mahal pun , tapi bermakna especially untuk pasangan baru kahwin macam korang ni .” Rania tersenyum .
“ Ok kawan kami masuk dulu , kau jangan tak tido pulak . Esok banyak tempat lagi nak lawat ,  selamat pengantin baru .” Shah mengusik Ku Izz dengan senyuman yang nakal terukir di bibirnya . Mereka menapak masuk ke dalam bilik masing – masing .
“ Hadiah apa yang Rania kasi ni ?” Ku Izz membuka paper bag pemberian Rania itu , dia tersenyum apabila dapat mengenal pasti hadiah tersebut .
   Sepasang baju tidur jarang berwarna hitam dan bertali halus keluaran Victoria Secret di amatinya . Kedengaran pintu bilik air di tolak Esha , langkah di atur ke arah isterinya itu sambil memegang baju tidur tersebut . Senyuman manis terukir di bibirnya tatkala wajah Esha menyapa pandangannya . Tangannya menghulurkan baju tersebut kepada Esha .
“ Rania kasi ..” tutur  Ku Izz dengan senyuman yang tidak pernah lekang . Esha mencapai huluran itu .
“ Izz … kau kenapa dari tadi asyik tersenyum memanjang ?”
“ Takde apa – apa saja nak senyum , tak boleh ke ? Dah tengok ke hadiah Rania , agaknya apa maksud Rania tu ? Abang tak faham , kalau sayang faham tolong terangkan …” Ku Izz ketawa kecil dengan senyuman manis .
“ Kau ni apa kes ber ‘abang sayang’ pulak ? Geli aku dengar .” Esha membelek baju di tangannya itu . Dia terkejut dengan pemberian Rania itu .
OMG !!!” Esha terjerit kecil . Ku Izz giat mentertawakan sahabat baiknya yang kini sudah bergelar isterinya.
“ Pakai aje lah . Itu pun kalau kau berani ?” Ku Izz menjongketkan keningnya . Dia tahu Esha pantang di cabar .
“ Tak nak aku . Wait .. ayat kau macam nak cabar aku je ?”
“ Aku tengah cabar kau ni . Kalau kau berani pakai , aku gosok baju kau sampai habis praktikal . Six month tu , plus aku kasi extra earning €200 , ada berani ?”
“ Betul aku dapat extra earning ? Maknanya gaji aku as tukang masak and etc naik ? Akhirnya aku dinaikkan gaji , AMIN .”
“ Kau berani ke ?”
“ Ehh.. kau jangan cabar aku lebih – lebih . Karang aku pakai , kau juga yang gelabah .”
“ Kalau setakat badan sekeping macam kau , tak de maknanya aku nak ngap . Lain lah kalau badan kau macam Angelina Jolie .”
“ Owh .. habis that night tu apa ?” Hati Esha semakin membara , ada ke patut dia cakap aku sekeping . Badan aku macam model apa ? Cantik punya cutting , buta ke apa orang kerabat ni .
“ Malam tu tak sengaja , aku rindu sangat kat kau . Ehh .. kau sengaja tukar topikkan ,  cakap jelah tak berani …” Ku Izz menbaling bantal kecil kepada Esha yang sedang berdiri mencekak pinggang .
“ Baik , aku pakai baju ni . Aku nak tengok kau tergoda ke tak ?” Esha berkata tanpa berfikir  , ikut sedap mulut je .
“ Ehh .. aku tak kan tergoda lah , walaupun kau goda aku . Iman aku kuat lagi lah Cik Esha .”
“ Kau … Let’s see … kau tergoda ke tak ? Tengku Izz Ferhan , sekali lagi aku cakap percentage kau akan kalah is 90 % .” Esha tersenyum sinis .
Miss Alesha Farzana , I will be among 10% yang tak tergoda tu .”
Really ? Kalau begitu kau tergolong dalam golongan tak normal .” Ayat ‘tak normal’ di tekankan oleh Esha , sengaja dia mahu menyakiti hati Ku Izz . Esha melangkah ke bilik air untuk menukar baju , geram dia dengan sikap meninggi diri Ku Izz itu .
“ Kau …. Mulut … Ishh ..” Ku Izz turut kegeraman , butang baju Melayu di tanggalkan satu persatu dengan kasar . Kini dia hanya berboxer tanpa baju yang menampakkan susuk tubuhnya yang sasa hasil kegilaannya ke gim . Ada 6 packs lagi .
“ Nak goda aku konon , kita lihat sapa yang tergoda dulu . Kau ke aku ?” gumam Ku Izz .
   Esha keluar dari bilik air setelah 5 minit di dalam , dia akan mempraktikkan tips Rania berikan petang tadi . Menyampah dia dengan sikap Ku Izz yang suka cakap ikut suka mulut je . Jika tidak berhasil dia akan gunakan kepakarannya dalam tarian lagipun dia telah menguasai tarian gelek Arabian . Biar Ku Izz jatuh ke dalam genggamannya , baru hatinya puas . Selama 3 tahun bersama asyik dia aje yang mengalah kerana terkenangkan budi Ku Izz sekeluarga . Hari ini dia akan melunturkan ego Ku Izz .
“ Abang ….” Tutur Esha dengan lembut , dia merenung Ku Izz dengan jelingan manja . Dia mendekati suaminya yang duduk di katil sambil menonton tv . Walaupun belum pernah melihat keadaan Ku Izz begitu dia tetap mengeraskan hati . Ku Izz terpana melihat Esha , gown hitam tersebut menyerlahkan lagi kulitnya yang putih gebu . Sudahlah gown tersebut hanya separas peha , transparent pulak tu . Ku Izz menelan liur .
“ Ye sayang … come here sit with me .” Ku Izz menarik tangan Esha supaya duduk di sisinya .
   Esha duduk bersimpuh , dia melentokkan kepalanya ke bahu Ku Izz . Tangannya memeluk lengan suaminya itu . Ku Izz pula bertindak meraih pinggang Esha , beberapa minit begitu Esha mula lenguh . Dia beralih , duduk di riba Ku Izz dengan niat Ku Izz akan mengalah kerana dari tadi dia boleh mendengar paluan jantung suaminya itu . Kepalanya disandar ke dada bidang Ku Izz , Ku Izz pula memeluknya lantas memberi ciuman di pipi Esha . Matanya tidak berani memandang isterinya itu , dia takut tertewas . Esha mengelus lembut lengan Ku Izz , dia mendongak sedikit untuk mencium dagu suaminya . Ku Izz terkesima dengan tindakan Esha .
“ Abang … boleh tolong urutkan kaki sayang tak ? Lenguh , tadi berjalan lama sangat .” Esha mengalihkan tangan Ku Izz ke betisnya , saat terpandang kaki panjang milik Esha hatinya tidak keruan .
   Emosinya berperang dengan akal , jari jemarinya mula mengurut lembut . Esha memaut leher suaminya , Ku Izz yang terkejut menundukkan wajahnya dengan selamba Esha mengucup bibirnya , sesaat … dua saat …. Akhirnya Ku Izz membalas kucupan itu . Semuanya berantakan , plan yang di rancang tidak menjadi . Malah, mereka seolah – olah terpikat antara satu sama lain. Tanpa di sedari terukir jua malam bersejarah buat pasangan pengantin baru ini .
             
               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Bagaikan mimpi apabila kedua – duanya tersedar dari tidur yang nyenyak dek bunyi mesej dari telefon bimbit Ku Izz . Mereka masih berpelukan, masing – masing diam membisu . Tiada kata yang terucap saat itu . Masing – masing masih merenung wajah pasangan mereka , comforter di angkat sedikit untuk memastikan apa yang bermain di fikiran mereka saat ini .
“ Izz … betul ke its happened ?” Esha bertanya dengan suara yang tertahan .
Its seem positive ,” Ku Izz melafazkan kata itu . Dia masih memandang Esha yang kelihatan resah .
“ Esha … I know what’s in your mind . Apa yang jadi bukan salah pun , we’re married . Remember ? We’re husband and wife .” Ku Izz mencium dahi Esha untuk menenangkannya .
Izz don’t leave me alone , aku …” Esha sebak , matanya yang berkaca menjatuhkan rintik – rintik mutiara . Sungguh dia tidak menyangka bahawa ini yang akan terjadi , ini semua terlalu cepat buatnya . Memang dia telah lama mengenali Ku Izz tetapi perhubungan sebegini tidak terjangka dek akalnya , it’s too soon .
“ Esha … I never gonna leave you , you are my everything . Dah jangan fikir sangat , lagipun tak salah . Can we just proceed this relation ? Macam pasang lain ? Macam Shah and Rania ? I just wanna both of us happy . Ikatan ni as jaminan perhubungan kita .” Ku Izz mengesat air mata Esha , dia menarik Esha ke dalam dakapannya .
   Selesai memujuk Esha dan menyakinkannya , Ku Izz mengemas tempat peraduan mereka . Esha telah berlalu ke bilik air 5 minit yang lalu . Bibirnya menguntumkan senyuman , kesan pada cadar putih tersebut mengingatkannya tentang peristiwa semalam . Dia tidak menyangka Esha membenarkannya bertindak demikian . Mungkin kedua – duanya tidak mahu ego mereka tercalar tambahan pula mereka masih muda , rasa yang hadir tidak dapat di patahkan . Tingkat hormon yang mencanang turut menyemarakan peristiwa semalam .
        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Semenjak peristiwa itu , mereka hidup seperti pasangan lain . Ada pasang surutnya , tetapi mereka sudah mengenali diri masing – masing maklumlah BFF la katakan .  Kini , sudah genap 11 bulan mereka mendirikan rumah tangga . Mereka mengambil keputusan untuk menyambung pengajian mereka di peringkat master , semua borang telah di hantar . Mereka hanya menunggu masa untuk kemasukan baru pelajar walaupun Rania tidak dapat menyertai mereka . Rania sibuk dengan persiapan untuk menyambut cahaya matanya yang pertama . Rania bakal menjadi ibu dalam tempoh 2 bulan lagi .
“ Sayang termenung apa tu ? Ingatkan abang ke ?” tegur Ku Izz . Esha yang sedang membelek album perkahwinan mereka tersenyum .
“ Mana ada Esha ingatkan abang ? Esha review album kahwin kita je .”
“ Really ?”
“ Betullah .” Esha mengangguk .
“ Tapi abang selalu ingatkan sayang . I miss you so much …” Ku Izz bernada romantik sambil membelai rambut Esha lantas satu kucupan hinggap di kepala isterinya .
“ Abang …” Esha bersuara . Dia mula lemas dalam belaian Ku Izz , kalau dibiarkan alamatnya terlepaslah solat Isyak suaminya itu . Esha menolak tubuh suaminya sedikit agar menjauhinya .
“ Kenapa ? Sayang off duty ke ?” Esha menggelengkan kepalanya .
“ Abang pergilah mandi dulu , solat pun belum lagikan ? Pergilah solat dulu , Esha ada surprise for you .” Esha menjeling manja . Tanpa berlengah Ku Izz melangkah ke bilik air , sebaik sahaja pintu ditutup Esha sebak . Dia mengusap perutnya yang masih tidak kelihatan , kandungannya baru berusia 5 minggu .
   Semua ini suratan takdir , di saat Ku Izz terpaksa berjauhan dengannya Allah mengurniakan bayi mereka sebagai peneman Esha . Dia bertekad , Ku Izz tidak harus tahu kehadiran cahaya mata mereka . Esha takut Ku Izz membatalkan hasrat untuk memujuk tunangnya , Ain . Seminggu yang lepas Ku Izz mendapat panggilan dari kakaknya bahawa Ain ingin membatalkan pertunangan mereka . Bagi Esha , kebahagiaan Ku Izz juga kebahagiaannya . Dia akur dengan janjinya yang tidak akan menuntut apa – apa dari Ku Izz .
   Tadi Ku Izz pulang lewat menguruskan pertukaran pengajiannya ke Malaysia , semua dokumen yang perlu telah di selesaikannya . Namun hatinya berat mahu meninggalkan Esha di bumi Jerman ini , walaupun Shah dan Rania menemani isterinya itu  . Tetapi Ain merupakan gadis impiannya dari kecil lagi . Apa – apa pun yang jadi Ku Izz hanya mahu menghabiskan masanya bersama Esha minggu ini kerana minggu hadapan dia sudah meninggalkan bumi Jerman ini . Bibirnya menguntum senyuman , bukannya dia tak tahu isterinya telah membeli baju tidur baru sewaktu mereka berpisah untuk membeli ole – ole untuk di bawa pulang ke Malaysia. Kemudian dia mengeluh , mesti dia akan merindui Esha di tanah air nanti .
                 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa tahun kemudian …
“ Papa … papa ..” seorang kanak – kanak lelaki menghampirinya yang duduk di atas pasir pantai yang memutih itu . Ku Izz mengangkat budak lelaki tersebut duduk di ribanya sambil tersenyum. Dia mencium pipi montel kanak – kanak lelaki tersebut sambil tertoleh – toleh mencari kelibat orang tua anak kecil itu .
“ Mana mama , sayang ?” tanya Ku Izz .
“ Papa … papa …” anak kecil itu menepuk – nepuk pipi Ku Izz sebelum mencium pipinya . Ku Izz lantas bangun mencari kelibat orang tua anak tersebut . Lebih baik dia cepat nanti di tuduhnya pula menculik anak orang . Matanya terpaku apabila memandang mata anak kecil tersebut .
“ Macam mata Esha ,” desis hatinya .
   Esha gelabah apabila kelibat anak kecilnya tidak kelihatan sudahlah ramai orang di situ . Matanya berkaca , rintik – rintik halus mula menodai pipinya . Dia meraup wajahnya , air mata di sekatnya . Kelibat seorang lelaki yang sedang mendukung anaknya kelihatan , hanya belakang lelaki itu dapat dilihatnya kerana lelaki itu sedang membelakanginya . Dia berlari mendapatkan anaknya itu . Dia memanggil nama anaknya itu apabila semakin hampir .
“ Idraqi …” teriak Esha . Ku Izz yang sedang berjalan , berhenti . Suara itu mengingatkannya kepada seseorang yang sentiasa di rinduinya . Dia memalingkan wajahnya ke arah suara tersebut. Ku Izz tergamam , Esha terpana . Mata masih melekat di wajah masing – masing bagaikan menghantar pesanan rindu Romeo dan Juliet .
“ Mama … mama …” suara si kecil memecah kebisuan antara mereka . Tangan kecil itu di suakan , menyuruh emaknya mendukungnya . Esha mendukung anaknya itu , mata Ku Izz seolah– olah bertanya  akan status anak kecil itu . Esha mengiakan pertanyaan tersebut dengan anggukan . Ku Izz terasa sebak , matanya berkaca . Perasaannya kini bercampur baur antara rindu , marah dan gembira apabila ketemu Esha dan anaknya .
“ Esha …since when ?”
“ Before you left me . Five weeks .”
“ Kenapa tak cakap ?”
I will explain to you later . Kau buat apa dekat sini ?” Esha bertanya sambil melangkah ke chalet yang di sewanya untuk seminggu . Ku Izz tersentak , mengapa panggilan Esha bertukar ? Rindu rasanya mahu mendengar Esha memanggilnya seperti waktu dulu . Ku Izz mengekori langkah Esha , pelbagai persoalan mengasak mindanya . Tidak sabar rasanya hendak mengetahui perkara sebenar dari Esha . Kenapa Esha mengelak diri darinya ? Mengapa Esha tidak membalas e-mailnya dan lain – lain?
“ Abang ada conference , seminggu . Bila Esha sampai sini ?” Ku Izz tercegat di depan pintu chalet , Esha sudah melangkah ke dalam .
“ Dah 2 minggu kat Malaysia ni . Kenapa tak masuk ?” Ku Izz melangkah masuk dengan senyuman .
“ Boleh masuk ke ?”
“ Sejak bila pula kau bersopan ni ?” Esha menanggalkan baju si kecil , dia mahu memandikan anaknya sebelum menyusukannya . Kakinya melangkah ke bilik air , air di curahkan . Si kecil mengekek ketawa , suka benar mandi .
“ Esha … apa nama anak kita ? Comel , just like you .”
“ Tengku Idraqi Aisar .” Esha mengelap badan anaknya , di letakkan anaknya di atas katil . Dia mengambil baju buat anaknya di dalam almari . Ku Izz melabuhkan punggungnya di atas katil , Idraqi memeluk papanya .
“ Papa …un..gry..” Idraqi menampar – nampar perutnya , menandakan dia lapar . Ku Izz mencium pipi anaknya itu .
“ Tengku Idraqi Aisar Tengku Izz Ferhan … kenapa ni ? Esha … anak kita sakit perut ke ? Jom bawa dia ke klinik ..” Esha ketawa melihat riak wajah Ku Izz , risau dekat anak lah tu .
“ Izz … anak kita tu bukan sakit perut tapi lapar . Kan tadi Idraqi cakap hungry .”
“ Owh … jom keluar makan .” Ku Izz mencapai bedak , di sapunya pada badan anaknya . Esha pula menyarungkan seluar selepas memakaikan pampers kepada Idraqi .
“ Tak payah , dia nak susu je .” Esha membetulkan baju anaknya , bedak disapu pada muka Idraqi . Idraqi merebahkan dirinya di atas katil , di memanggil emaknya .
“ Cepatlah bancuh susu , Idraqi dah siap landing tu .” Ku Izz menggesa Esha , tangannya mencuit hidung Idraqi .
“ Tepilah sikit .” Esha berbaring mengiring di sebelah Idraqi , bajunya diangkat sedikit supaya senang menyusu . Ku Izz tergamam , jantungnya mengepam laju saat ternampak pinggang ramping isterinya itu .
Breast feeding ? Kenapa tak bagi susu botol je ?” Ku Izz bertanya , matanya tidak lepas memandang Esha . Tubuhnya turut di baringkan mengadap isterinya .
“ Idraqi perangai sebijik macam you . Demanding …”
“ Anak I mestilah macam papa dia , kan sayang ….” Ku Izz tunduk mencium pipi montel anaknya itu . Esha sebak , matanya berkaca . Tanpa di pinta air matanya membasahi pipi . Sakit hatinya mengingati bait – bait kata yang di tulis suaminya dahulu . Ku Izz yang perasan dengan situasi itu mengelap air mata isterinya itu .
You didn’t know how hard my life is ? Without you , I almost give – up . I tunggu you datang jenguk I masa semester break , but you tak datang . I ingatkan you tengah stress masa you balas email I ….” Esha meluahkan apa yang terbuku di fikirannya . Ku Izz bersuara mematahkan kata-kata Esha .
Wait , what email ? When ?” Tanya Ku Izz , dia kehairanan . Sepanjang mereka berjauhan tiada satu pun email yang Esha kirimkan .
A week after you left me . You said you didn’t want me to contact you anymore because you nak tumpu perhatian dekat Ain je . You acuse me as an interupter ,” suaranya di rendahkan sedikit supaya tidur anaknya tidak terganggu .
“ Esha … it wasn’t me who send it , I tukar phone dengan Ain .”
“ Lelaki semua sama je , they don’t admit their mistakes .” Esha bingkas bangun apabila Idraqi benar – benar lena . Ku Izz turut bangun , lengan Esha di genggam .
“ Esha …tell me the truth , kenapa sorokkan berita kita ada baby ? Email apa yang you send ? Kenapa you avoiding me ?” Ku Izz memeluk Esha dari belakang . Erat .
   Esha mengalah , dia menjelaskan perkara sebenar . Mengapa pada mulanya dia merahsiakan kehadiran Idraqi dan kemudian dia membuat keputusan untuk mengkhabarkan berita tersebut tetapi email yang di terimanya memusnahkan segalanya . Walaupun perit dia terpaksa menelannya jua kerana dia telah berjanji , janji yang telah memakan dirinya sendiri kerana tanpa di sedari dia mencintai sahabat baiknya sendiri . Ku Izz pula menerangkan situasinya di Malaysia, bekerja sambil belajar serta menangani perangai Ain yang suka merajuk membuatkannya letih .
   Saban hari dia terkenangkan sahabat baiknya tetapi waktu membataskan segalanya , tambahan pula Esha seperti melarikan diri darinya . Dia hanya mengetahui Esha telah berpindah ke France selepas tamat pengajian dan bekerja di sana , itu pun Shah yang memberitahunya . Tanpa pengetahuan sesiapa , dia telah ke France mencari Esha tetapi tidak ketemu . Kini semuanya sudah jelas , segala kekusutan telah terungkai . Ku Izz pasti dengan perasaannya , itu pun atas bantuan abangnya . Nasihat yang di berikan tidak akan di sia – siakan , dia akan berterus– terang dengan Esha hari ini . Walau apapun yang terjadi , dia nekad untuk memiliki cinta isterinya itu .
“ Esha … did you love me ?” Tubuh Esha di pusing mengadapnya , matanya merenung sepasang mata isterinya itu .
“ Izz … I just an ordinary Malay women , definitely I love my husband .” Esha memeluk Ku Izz , suaminya membalas pelukan Esha itu .
I love you forever , until my last breath .” Ku Izz mencium dahi Esha .
“ Ain ?”
“ Abang dengan Ain dah tak de apa – apa lagi . Kami dah putus bulan lepas , dia gunakan abang untuk buatkan boyfriend dia jealous . Dia orang nikah last week , semua keluarga abang dah tahu status kita . Jangan risau abang takde perasaan cinta pun dengan dia , pakar cakap it just obsess . Cinta hati abang kan ada dekat sini .”
“ Dah tahu .. reaction semua macam mana and how abang tahu Esha dekat sini ? Is it kebetulan?”
“ Semua happy je . Mama and papa orang yang paling excited , minggu depan kita sanding  ye sayang … Shah and Rania yang cakap sayang dekat sini , sebenarnya tak de conference pun . Abang sengaja datang sini cari sayang , nak buat surprise la kononnya . Tup – tup sayang yang surprise kan abang …” Ku Izz mencuit hidung mancung isterinya .
Surprise apa ?”
“ Idraqi . Abang happy sangat , thanks sayang . Tentu mama and papa happy overdoses sebab dapat menantu cantik pakej sekali dengan cucu comel . Esha …. I miss you …” Ku Izz mengelus lembut pipi isterinya .
I miss you too …” Esha tersenyum .
So … can we …?” Pandangan mata Ku Izz menikam mata Esha . Esha mengerti maksud yang tersirat di sebalik pandangan mata itu , dia sudah masak dengan perangai suaminya .
No , I’m off this week .” Ku Izz mengeluh , badannya di rebahkan di atas katil bersebelahan Idraqi. Esha mencapai tuala , dia mahu mandi . Kaki melangkah ke bilik air .
“ Lamanya .. nasib badan , tunggu je lah …” omel Ku Izz . Esha tersenyum dengan telatah suaminya itu .
“ Abang … mandi .” Ku Izz menoleh ke arah isterinya yang tersenyum di muka pintu bilik air sebelum pintu tersebut di tutup . Ku Izz tersenyum lebar , dia bingkas bangun mencapai tuala . Kaki di hala menuju ke bilik air .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Kenangan masa lalu terlayar di minda Esha , apa yang dikecapinya kini lebih dari expectationnya . Dia tidak menyangka sahabat baiknya semasa di MRSM Berseri akan menjadi temannya seumur hidup . Kehidupan di benua Eropah menyemarakkan lagi persahabatan mereka sehingga ke jinjang pelamin , kemanisan yang di ukir bersama di tahun akhir membuatkannya tersenyum . Perpisahan yang terjadi amat memeritkan tetapi dapat di serikan dengan kehadiran puteranya Tengku Idraqi Aisar. Sekarang hidupnya bahagia punyai suami , anak serta keluarga mentua yang baik serta penyayang .
“ Sayang menung apa tu ?”
“ Teringat kisah kita a few years back dekat MRSM , Jerman and France , kisah sanding two month ago and kisah sekarang .”
“ Sanding ? Rasanya kita , orang first yang bersanding tiga . Pecah tradisi je .” Mereka ketawa , mana tak nya pecah tradisi . Idraqi mengamuk tak nak dekat orang lain , nak mama and papa dia juga .
Thanks for everthings , abang …” Esha mencium pipi suaminya itu .
Welcome and thanks to you too . Abang bahagia , sayang… and now abang tak nak terlepas  satu pun moment jaga sayang masa mengandung . I want to be by your side no matter what , walaupun abang ada morning sickness .”
“ Kesiannya dia , dulu pun abang kena morning sickness juga kan ?”
How did you find out ?”
“ Mama cakap .” Ku Izz mengusap perut Esha yang masih tak kelihatan .
“ Abang ingat jet lag , rupa – rupanya sakit kena buatan abang sendiri . But tak lah seteruk sekarang , hari – hari wajib muntah .” Ku Izz mengeluh .
Maybe sebab twins kot …”
Twins ? Betul ke ?” Esha mengangguk .
“ Alhamdulillah .” Dahi Esha di kucup , lama .
“ Jom , turun makan . Abang nak kasi tahu mama and papa .”
“ Abang … mama dah tahu la , kan tadi Esha pergi dengan mama . Bukan macam orang tu , janji tapi tak nampak muka pun .”
I’m sorry . Bukan tak nak pergi , tapi tadi abang kena layan awek Jepun .” Sengaja Ku Izz berkata demikian untuk menguji Esha .
“ Sejak bila berubah taste ni ?”
“ Sayang tak cemburu ke ?”
“ Tak . Sebab sayang tahu kat sini hanya ada Esha .” Esha meletakkan telapak tangannya di dada kiri Ku Izz , Ku Izz mengenggam jari jemari yang masih berada di dadanya .
“You’re addicted to me  …” Esha menginjat sedikit lalu berbisik di telinga suaminya itu . Ku Izz tersenyum lebar mendengar kata – kata isterinya itu .
You’re so alluring and tantalizing … yet memorized me those days in Paris . Sayang buat abang tergoda , you must be responsible of your action . Me amor …” Ku Izz tunduk mengucup bibir Esha . Mereka terbuai seketika .
“ Abang … semua orang tengah tunggu . Turun makan dulu please ….” Esha merungkai pautan pada pinggangnya . Ku Izz memerhatikan isterinya , tahu pun gelabah .
“ Ok kita makan dulu . But you owe me tapi tak pe , abang claim after this . Jom turun , kesian juniors papa lapar …” Ku Izz mengusap perut Esha , satu kucupan hinggap di perut isterinya itu .
   Ku Izz dan Esha berpegangan tangan turun ke ruang makan , senyuman manis terukir di bibir mereka . Walaupun badai menanti di hari muka , mereka akan tabah menghadapinya bersama . Semoga keluarga mereka sentiasa di lindungi serta aman bahagia hingga selamanya . Mereka memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi atas kurniaan yang di berikan kepada mereka sekeluarga .
-          TAMAT   -

CERPEN : CINTAKAH AKU PADA SI DIA


CERPEN : CINTAKAH AKU PADA SI DIA ? (PART 1)

“ Zaf , kenapa jadi begini ? Apa mama nak cakap dengan saudara mara kita . Nasib baik mama buat majlis kecil – kecilan untuk family kalau jadi next week dekat hotel , malu family kita dengan rakan – rakan business papa . Luckily majlis dekat hotel lagi 3 bulan ,” Puan Sri Mawar membebel .
“ Mawar … sudahlah . Kesian anak kita , biar dia tenangkan diri dulu . Bukan dia pinta isteri dia lari lepas akad ,” ujar Tan Sri Zainal .
“ Papa , mama . Zaf minta maaf . Kalau Zaf tak berkeras dengan mama dulu tentu tak jadi begini. I’m sorry…” dengan penuh kekesalan Zafran memohon maaf dari kedua –dua ibu bapanya .
“ Itulah sebab dari dulu mama tak suka Lydya . Nampak tak ikhlas , lagipun model macam dia tentu ramai lelaki suka .” Puan Sri Mawar mengusap kepala anaknya yang sedang melutut . Zafran menyembamkan wajahnya pada riba mamanya . Air mata yang di tahan merembes jua . Betapa sakitnya hati dia ketika ini , hanya orang yang pernah di lukai yang merasa .
   Zafrina masuk ke dalam bilik abangnya , keberadaan ‘ isteri 10 jamnya’ diketahui . Zafrina mengkhabarkan berita itu kepada keluarganya . Zafrina yang bekerja sebagai inspektor polis berjaya menjejaki kakak iparnya dengan bantuan rakan – rakannya . Patutlah Lydya tiba – tiba pengsan selepas upacara akad tadi . Rupa – rupanya ada agenda yang tersembunyi . Zafran tidak menyangka bahawa tindakan rakan – rakan Lydya tidak membenarkan dia mengekori mereka ke klinik di akhiri dengan kehilangan isterinya .    
           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
It ‘s ok Zaf , kitaorang boleh jaga dia . You handle relative you , nanti apa pula diaorang kata dua – dua pengantin tak layan tetamu . Apa – apa nanti we sms you ,” kata rakan Lydya . Kereta mereka meluncur laju tatkala melepasi perkarangan masjid .
   Selepas enam jam melayan tetamu di rumahnya , Zafran mengambil keputusan untuk menjenguk Lydya di poliklinik berhampiran rumahnya . Setibanya di poliklinik tersebut , Zafran bertanya di kaunter . Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat isterinya tidak di daftarkan ke situ . Tetapi ada kiriman surat untuknya .

Zaf ,
   I’m sorry … I can’t live without him . You , jangan risau I selamat dengan dia . I suruh abah batalkan majlis tapi abah tak mahu . Inilah satu – satunya jalan yang I pilih . I harap you jumpa orang yang berhak memiliki cinta you . Sekali lagi I minta maaf sangat – sangat . Tolong hormat keputusan I . I tunggu surat cerai dari you . TOLONG LEPASKAN I !!!
                                                                                                                                                                                                                                                                       Sincerely ,
                                                                           Lydya
    
   Hampir 2 jam dia termenung di Taman Reakreasi , mengenangkan nasib dirinya . Apabila matahari mula mengundur diri barulah Zafran pulang ke rumah . Selepas solat Maghrib barulah dia mempunyai kekuatan untuk menceritakan perihal itu kepada keluarganya .
                      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Zafran tersedar apabila bunyi ketukan di pintu biliknya bergema . Dokumen yang di bacanya di letakkan kembali di atas meja kerjanya . Peristiwa yang berlaku hampir dua bulan yang lalu di usir dari ingatannnya . Kaki di bawa ke pintu bilik , tombol pintu di pulas . Kepala adiknya terjengul sambil tersenyum . Dia membalas senyuman adiknya itu .
“ Abang …jom turun makan . Papa dengan mama dah tunggu tu …”
“ Jom .”
   Usai menjamah hidangan makan malam , Zafran ingin kembali ke biliknya . Semenjak peristiwa itu Zafran hanya bercakap bila perlu , kebanyakan masanya di habiskan untuk berkerja atau berkurung di bilik . Langkahnya terhenti apabila papanya memanggil .
“ Zaf … duduk dulu , papa nak cakap sikit .” Ujar Tan Sri Zainal . Zafran duduk kembali di tempatnya .
“ Ada apa papa ?” tanya Zafran .
“ Zaf … papa minta Zaf tolong lupakan apa yang telah berlaku . Papa nak Zaf yang dulu .”
“ Zaf , cuba papa .” Sayu jawabnya .
Actually , papa ada solution . Papa tahu ini semua masih baru lagi tapi papa nak Zaf bahagia .”
“ Apa solution papa ?”
“ Papa nak Zaf kahwin lain , lagipun kes Lydya dah selesai last week . Lydya bukan tanggungjawab Zaf lagi , lagipun dia dah kahwin lain . Papa dah uruskan semua , papa nak Zaf kahwin dengan anak Uncle Hakim . Papa dah cakap hasrat papa dengan Uncle Hakim , dia setuju. Zaf setuju ?” Tan Sri Zainal bertanya .
“ Papa … Zaf tak sedia lagi .”
“ Zaf sayang … mama minta kali ni je , setujulah dengan cadangan papa . Lagipun majlis resepsi dah hampir , mama tak batalkan pun majlis tu sebab semua rakan – rakan papa dah tahu cuma kad je yang belum di edar . Kalau Zaf sayang papa dengan mama , do it for us .” Puan Sri Mawar mengenggam tangan Zafran .
“ Kalau tu buat papa and mama gembira , Zaf setuju . Just because both of you tapi Zaf tak janji Zaf boleh bahagiakan calon menantu mama dengan papa tu .” Tutur Zafran senada .
 “ Betul ke Zaf ?” tanya mamanya . Zafran mengangguk .
“ Bila majlis akad?” Zafran tersenyum manis .
“ Nanti papa deal dengan Uncle Hakim .” Tan Sri Zainal tersenyum lebar .
“ Zaf naik dulu .” Dia menyalami papa dan mamanya sebelum beredar ke biliknya .
   Tubuhnya dihempaskan di atas sofa berbentuk L , demi papa dan mamanya dia sanggup melakukan apa saja . Dia tidak mahu kedua – dua ibu bapanya kecewa lagi walaupun dia menderita asalkan ibu bapanya bahagia . Sejak peristiwa lepas dirinya seakan – akan membenci wanita kecuali mama dan adiknya . Pesakit wanitanya pun dilayan dengan dingin tanpa senyuman terukir di bibirnya . Zafran memicit – micit kepalanya .
“ Ya Allah dapatkah aku terima perempuan yang papa pilih lepas apa yang aku lalui ? Baikkah perempuan itu atau sama macam Lydya ?” omel Zafran . Rambutnya di kusutkan .
“ Dah nama pun perempuan of course perangai pun sama . Tengoklah nanti aku ajar kau macam mana ? Sapa suruh kau kahwin dengan aku ,” kata Zafran tangannya ligat mengonyak gambar Lydya mejadi cebisan.
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Suasana di rumah Dato Hakim amat meriah dengan gelak tawa mereka sekeluarga . Kehadiran anak perempuannya menceriakan suasana di ruang tamu walaupun tanpa kehadiran anak lelakinya . Arina Hani menceritakan pengalamannya di rantau orang , hampir setiap bulan dia akan kembali ke pangkuan keluarganya untuk merehatkan badan . Kerjayanya sebagai pramugari membataskan masa untuk bersama keluarga tercinta . Baru – baru ini dia ketemu abangnya Azrul Haez di German . Abangnya sibuk dengan pengajian peringkat sarjananya dalam penyelenggaraan pesawat . Mereka sekeluarga berborak sambil menonton tv . Arina Hani meletakkan kepalanya di atas riba mamanya Datin Alia .
“ Puteri mama ni bila nak kahwin ?” tanya Datin Alia sambil mengelus rambut anaknya .
“ Kahwin … ikut mama dengan papa lah . Lagipun Hani takde calon ,” sengaja dia menjawab begitu supaya mamanya senang hati . Tambahan pula umurnya semakin meningkat ke angka 27 tahun . Ramai rakan – rakannya telah mendirikan rumah tangga dan berkeluarga .
“ Betul ke Hani ?” tanya Dato Hakim .
“ Betullah papa . Baik papa cari calon before pintu hati Hani tertutup .”
“ Papa dah ada calon , Hani .” Kata Dato Hakim sambil memandang isterinya yang sedang membelai rambut puterinya itu .
“ Amboi cepatnya .” Tutur Hani dengan nada bergurau .
“ Mestilah nanti anak papa ubah fikiran pula . Nanti papa kenalkan .”
“ Papa … tak perlu kenalkan , Hani percaya pilihan papa . Gambar pun Hani tak nak tengok , nanti hari akad nikah baru Hani tengok . Nak ambil feel macam dalam novel ...” Arina Hani bergurau . Kedengaran tawa memecah ruang tamu .
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Keesokan paginya Zafran bangun lewat , hampir pukul 11 pagi baru dia turun ke ruang makan untuk menjamah sarapan pagi . Suasana yang sunyi tanpa kelibat orang tuanya di rasakan janggal. Lantas dia bertanya kepada Mak Nab .
“ Mak Nab , papa dengan mama ke mana ?”
“ Depa pi rumah Dato Hakim . Puan Sri kata nak bincang pasal majlis ... Tuan Zafran , Tan Sri pesan kalau nak tengok bakal isteri pi rumah Dato Hakim ,” Mak Nab menyampaikan pesanan sambil menyendukkan nasi lemak kepada Zafran . Zafran mengangguk .
“ Rina mana Mak Nab ?”
“ Rina ikut Tan Sri dengan Puan Sri . Dia kata dah lama tak jumpa kawan dia .”
“  Kawan ?”
“ La … Tuan Zaf tak tau ka yang bakal isteri tuan tu kawan baik Rina . Selau juga Hani mai sini dulu , tapi semenjak dia jadi orang awanan dah lama dia tak mai .”
“ Awanan ?” tanya Zafran .
“ Maksud Mak Nab , Hani kerja atas awan . Kerja pramugari .”
“ Pramugari ... Nama dia apa Mak Nab ?”
“ Arina Hani .”
“ Cantik tak Mak Nab ?”
“ Lawa sangat , sesuai dengan Tuan Zaf . Cantik lagi Hani dari Lydya . Dah la ayu , sopan santun, berbudi bahasa , pandai …..”
“ Cukuplah Mak Nab , Zaf keluar dulu . Kalau mama tanya cakap Zaf pi ambil angin .” Mak Nab sekadar mengangguk .
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Ketibaan keluarga Tan Sri Zainal di sambut baik oleh Dato Hakim . Mereka berborak – borak sambil mengatur majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi . Tanpa berlengah Puan Sri Mawar menyarungkan sebentuk cincin emas ke jari manis Hani sebagai tanda merisik .
“ Tak sangka aku , kau bakal jadi kakak ipar aku .”
“ Aku pun tak sangka kau jadi adik ipar aku .” Meletus tawa kedua – dua sahabat baik itu .
“ Hani , aku harap kau bersabar dengan abang aku tu . Bagi dia semangat untuk hidup .”
“ Selama ini dia takde semangat ke ?”
“ Dia kan baru lepas kecewa , asyik kerja je . Kau approach dia , buat dia lupakan kenangan lalu.”
“ Rina , aku akan buat apa aku mampu tapi lepas kahwin baru aku approach . Buat masa ini biarlah rahsia , baru thrill macam dalam drama .”
“ Sewel .” Zafrina melemparkan sebiji bantal ke arah Hani . Mereka ketawa serentak .
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Pejam celik , pejam celik hari yang di nanti – nantikan menjelma jua . Arina Hani dengan busana serba putihnya melangkah masuk ke masjid , entah mengapa berdebar rasanya apabila terlihat kelibat Zaf walaupun hanya belakangnya yang kelihatan . Zaf segak dengan baju Melayu putih berhadapan dengan Dato Hakim sebagai wali Hani . Akad di lafazkan dengan di saksikan oleh imam masjid serta kaum kerabat kedua – dua belah pihak .
“ Sah .”
“ Sah .”
“ Sah .”
“ Sah .”
Bismillahirrohmanirrohim …..” imam memulakan bacaan doa .
   Kini Arina Hani telah sah bergelar isteri kepada Amar Zafran . Usai bacaan doa Zafran menghampiri isterinya untuk menyarungkan sebentuk cincin emas yang bertakhtakan batu zamrud . Dia menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Arina Hani . Hani masih menunduk ketika Zafran mengucup dahinya . Tiba giliran Hani untuk menyarungkan cincin perak berbatu zamrud . Terasa segan untuk menatap wajah suaminya . Lantas Zafran mendongakkan sedikit dagu isterinya supaya wajah mereka bertentangan . Alangkah berdebarnya jantung mereka berdua tatkala mata mereka bertentangan . Hani melarikan pandangan , tak terdaya dia untuk melawan pandangan Zafran yang tajam itu . Bertambah malu apabila kaum kerabat mula mengusik .
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Majlis resepsi yang di adakan di Hotel Hyatt , ramai tetamu yang hadir di majlis perkahwinan tersebut . Hani sedikit terkilan apabila abangnya Azrul Haez tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya . Dia dan abangnya amat rapat , maklumlah mereka kan kembar . Senyuman dilemparkan buat tetamu yang hadir , ramai juga kenalan papa dan mamanya menepung tawar mereka . Penatlah juga menadah tangan , tangannya juga berbau air mawar serta bunga rampai . Kini mereka menyapa tetamu yang hadir setelah acara menepung tawar tamat .
“ Selamat pengantin baru , Zaf . Jagalah isteri kau baik – baik , jangan lari lagi sudah . Kau tak jemput ex – wife kau ke ?” usik Amir rakan sekerja Zafran .
I don’t know , my mom handle semua ni .” Hani terpinga – pinga , dia terkejut dengan butiran percakapan yang di ucapkan oleh rakan suaminya itu . Dia ingin bertanya kepada suaminya tetapi masanya tidak sesuai . Hani memutuskan untuk bertanya kemudian memandangkan ramai tetamu yang harus di sapa .
“ Tahniah , Doktor Amar . Cantik isteri doktor ,” kata seorang jururawatnya .
“ Terima kasih .”
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Hani merebahkan badannya di atas katil . Terasa lega kerana majlis telah selesai . Nasib baiklah pihak hotel memberikan bilik percuma sebagai pakej menempah ballroom hotel , dapatlah menghilangkan penat lelah . Terkebil – kebil matanya memandang siling bilik itu , langkahnya di atur ke bagasi . Tangannya ligat menyelongkar begnya , barang yang di cari tidak di temui .
“ Eh , tak kan tidur nak pakai jeans . Terlupa pula nak packing baju tidur ,” Hani mengeluh sendirian .
   Hani mundar mandir di dalam bilik , dia perlu meminta pertolongan . Dia tidak mahu memakai pakaian pengantin untuk tidur . Sudah melekit baju tersebut , telefon bimbit di capai . Dia mendail nombor Zafrina .
“ Hello , Rina . Aku nak minta tolong boleh ?”
“ Tolong apa ?”
“ Aku terlupa bawa baju tidur . Tak kan nak pakai jeans pula . Aku pinjam t-shirt kau boleh ? Kau tak pulang lagi kan ?”
“ Aku dekat sini lagi . Tak kan nak pakai t-shirt aku yang busuk tu . Agak – agaklah . Kau jangan risau , aku ada hadiah nak kasi kau . Aku rasa hadiah tu sesuai untuk kau yang takde baju ni . Nanti aku kasi dekat abang .” Zafrina tertawa kecil di hujung talian .
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Zafran melangkah masuk ke dalam bilik , tangannya membimbit sebuah beg kecil yang berisi baju pemberian adiknya tadi . Senyuman terukir di bibir tatkala terbayang baju tersebut . Dia mengekori adiknya  ke kereta untuk mengambil bungkusan tersebut . Alangkah terkejutnya dia melihat potongan baju tersebut yang di tayang adiknya sebelum di masukkan ke dalan beg .
“ Abang , cantik tak baju ni ? Cakap dengan Hani , Rina tak sempat wrapping .”
“ Hemm .”
“ Abang , jangan tidur lewat pula . Esok pagi ada gathering kaum kerabat di rumah and you have flight to catch ,” pesan Rina dengan tawa kecil sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta .
                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …”
“ Waalaikumussalam … Rina ada kasi apa – apa tak ?”
“ Here you are .” Zafran menghulurkan beg tersebut .
“ Thanks .” Kakinya di atur ke bilik mandi . Sungguh badannya tidak selesa kerana melekit .
“ Where are you going ?”
“ Mandi .”
“ Eh … biar aku mandi dulu .” Zafran merampas tuala dari tangan Hani , kakinya menghala ke bilik air .
   Setelah 10 minit berlalu Zafran keluar dari bilik air . Kelihatan isterinya terkial – kial cuba meleraikan zip yang tersangkut pada rambutnya . Zafran mendekati isterinya yang berdiri berdekatan almari sebelum bersuara .
“ Do you need my helped ?”
“ Hah … no thanks .” Terkejut Hani apabila di sapa secara tiba – tiba .
“ Jual mahal pula , orang nak tolong je .”
Ok fine , helped me . Tapi buat slowly dah sangkut dekat rambut .”
   Zafran memusingkan badan Hani , dia melihat rambut yang tersangkut pada zip baju tersebut . Zafran menarik zip ke atas tetapi masih sangkut . Zip di tarik ke bawah , semakin banyak rambut yang terlekat di situ . Zafran berhenti , dia mengambil minyak rambut di atas meja solek . Minyak di letakkan pada rambut Hani yang tersekat itu . Zafran merungkai satu persatu rambut isterinya itu . Akhirnya dia berjaya membebaskan rambut isterinya dari zip tersebut . Zafran mengambil kesempatan menarik zip baju hingga ke bawah . Tangannya mengusap belakang isterinya yang terdedah itu . Hani memusingkan badannya akibat terkejut dengan usapan Zafran .
“ Thanks ,” kata Hani dengan tenang . Padahal jantungnya sudah berdetak detum dengan tindakan Zafran tadi . Sudahlah Zafran hanya bertuala tika itu .
Welcome , tapi aku nak reward .”
Ok , deal . You nak apa pun boleh .” Kata Hani tanpa berfikir .
“ Betul , tak menyesal ?” Hani mengangguk . Zafran tersenyum lebar . Hani melangkah ke bilik air dengan hati yang berdebar . Baru dia terfikir setelah Zafran menghadiahkannya senyuman yang sukar ditafsirkan niatnya . Tetapi dia bukanlah bodoh hendak menilai senyuman dan tenungan mata suaminya itu .
“ Matilah aku malam ni , kenapalah mulut ni gatal sangat setuju dengan request dia .”
   Dua puluh minit telah berlalu , Hani menguak pintu bilik mandi . Kakinya di atur ke meja solek, Zafran yang bersandar di kepala katil merenungnya . Walaupun rasa takut melanda dirinya tetapi dia tetap melangkah ke meja solek . Lotion badan di lumurkan pada lengan dan juga kakinya . Hani sedar bahawa Zafran masih merenungnya . Haruman yang terbit dari lotion badan Hani membuatkan jantung Zafran berdegup laju . Sudahlah baju tidur tersebut singkat paras peha, warna maroon pula menyerlahkan lagi kulit Hani yang putih kemerah – merahan itu . Tanpa sedar Zafran mula melangkah mendekati isterinya . Tangannya mengusap rambut milik Hani yang masih basah lantas bibirnya mencium ubun – ubun isterinya .
   Hani yang kaget dengan tindakan Zafran itu , segera berdiri tegak . Dia memalingkan badannya mengadap Zafran , dengan spontan Zafran memeluk Hani . Erat . Deruan nafas Zafran kian tidak teratur , tangannya mengusap lembut belakang Hani . Terleka Hani di buatnya , ada satu rasa yang bertamu di relung hati Arina Hani .
“ Be mine . Stay with me tonight ,” tutur Zafran di telinga isterinya dengan nada yang romantis . Matanya menikam anak mata isterinya yang berwarna hazel itu . Zafran berharap Hani mengerti akan niatnya . Renungannya seakan merayu isterinya . Hani kalah dengan renungan Zafran , dia sekadar mengangguk . Wajahnya ditundukkan , pipinya terasa panas dek kerana malu yang bertandang di hatinya .
Thanks , sayang … I will treat you well , don’t worry . Trust me , sweetheart .” Zafran meraih Hani ke dalam pelukannya . Hani hanya merelakan perbuatan Zafran , dia membalas pelukan suaminya itu . Mereka terbuai dalam dunia ciptaan mereka sendiri .
                      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Zafran mengeratkan pelukan , pipi isterinya di cium . Dia leka menilik wajah Hani , walaupun tanpa perasaan cinta isterinya masih mahu menjalankan tanggungjawabnya . Suasana bilik yang sejuk menyebabkan Zafran malas hendak bangun . Telefon bimbitnya yang ‘di offkan’ sejak semalam di buka , terbuntang matanya melihat 46 missed called dari adiknya . Jam di skrin telefon bimbitnya di tatap , jam menunjukkan pukul 9.45 pagi . Baru dia teringat bahawa mereka harus berada di rumah papanya untuk family gathering .
“ Ya Allah , subuh pun terbabas .” Desis hati Zafran , terukir senyuman di bibirnya .
   Hani mula terjaga dari tidurnya , pandangan masih kabur . Dia mahu bangun dari katil tetapi tidak boleh . Terasa dirinya dipeluk erat , tangannya ingin merungkai lingkaran di perutnya . Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati lengan seseorang . Hani pantas menoleh melihat siapakah gerangan orang tersebut . Baru dia teringat bahawa dia telah berkahwin , pipinya merona merah dek rasa malu yang bertandang . Arina Hani terpaksa mengejutkan Zafran supaya dia dapat bangun .
“ Zaf , Zaf , Zaf … bangun ,” Zafran pura – pura baru tersedar . Dia melepaskan rangkulannya . Matanya di gosok perlahan .
“ Dah pukul berapa ?” Zafran bertanya . Tangannya menyingkap comforter hingga ke paras pinggang .
“ 9.55 ,” jawab Hani . Tangannya memegang erat comforter supaya tidak melorot ke bawah .
“ Kau mandi dulu . Kita dah lewat . Family gathering , remember ?” soal Zafran sambil menjongketkan keningnya .
   Zafran mengemaskan katil peraduan mereka sejurus Hani melangkah masuk ke bilik air . Senyuman lebar terukir di bibir Zafran apabila matanya tertancap pada kesan di cadar putih itu . Sudah terbukti bahawa Arina Hani adalah hak miliknya yang mutlak .
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Sepanjang perjalanan ke rumah Tan Sri Zainal , Zafran dan Hani hanya membisu . Hanya radio menemani perjalanan mereka berdua . Di selekoh menghampiri rumah papanya , barulah Zafran bersuara .
“ Hani , mulai sekarang panggil aku ABANG . Faham ?” Hani sekadar mengangguk .
“ One more things .Thanks for the services last night . I really appreciate that .” Hani memalingkan wajahnya dek kerana malu mungkin wajahnya merona merah kala ini . Zafran yang kehairanan dengan tingkah Hani bertanya .
You ada benda nak cakap ke ?” Hani yang cuba mengawal perasaan malunya bersuara .
“ You … sorry .”Hani sedar akan kesilapannya apabila Zafran merenungnya tajam .
“ Aa …. Abang duda ke ?” Akhirnya terkeluar juga soalan yang bermain di fikirannya .
“ Kenapa ada masalah ke kalau duda ?” Nada Zafran sedikit meninggi . Hani menggelengkan kepalanya .
“ Rina tak cerita ke kat kau ?”
“ Tak .” Hani menjawab .
“ Ok . Aku explain . Dengar betul – betul .”
“ Kami bercinta , maybe side aku je . Sebab tu dia tinggalkan aku . We married for about 10 hours . Alih – alih aku dapat tahu dia kahwin lain , then we divorced . So , free – free je aku dapat title duda .
“ Owh … ,” suara Hani sedikit mendatar . Ada nada sedih di situ . Zafran yang sedar perubahan isterinya , tersenyum . Kepalanya di gelengkan .
“ Perempuan… perempuan . You all memang tak boleh share ke ?”
“ Dia boleh baca fikiran aku ke ?” desis hati Hani . Zafran memakirkan keretanya di halaman rumah papanya. Enjin di matikan .
Don’t worry , sayang .You orang yang pertama .” Zafran mengenggam jari jemari isterinya , dia menarik Hani ke dalam pelukannya . Terbuai seketika dek kewangian tubuh isterinya . Jantung mengepam dengan laju, Zafran merenung wajah Hani . Terkenang kenangan semalam , tanpa di sedari bibirnya bertaut dengan bibir Hani .
   Rina berjalan ke muka pintu apabila terdengar enjin kereta memasuki perkarangan halaman rumah papanya . Dia tersenyum lebar apabila mendapati kereta abangnya di situ . Langkah di atur menuju ke kereta, niat di hati mahu kenakan abangnya dan mengusik rakan baiknya . Nampaknya rancangannya berhasil , mesti baju pemberiannya menjadi pencetus utama mengapa abangnya datang lewat ke rumah papanya . Tanpa bicara atau ketukan , Rina terus membuka pintu kereta di sebelah Hani . Dia berpaling apabila terlihat adegan 18 sx . Zafran yang tersedar meleraikan kucupannya , dia keluar dari kereta . Hani mengemaskan rambutnya yang sedikit kusut sebelum keluar dari kereta . Zafran dengan selamba memaut pinggang isterinya , Rina mencebik melihat sikap romantik tak bertempat abangnya itu . Wajah Hani merah , malu apabila Rina ternampak keintiman mereka tadi . Mereka beriringan masuk ke dalam banglo tanpa bicara, hanya senyuman menghiasi bibir pasangan pengantin baru itu . Rina hanya menurut dari belakang .
“ Hah … Zaf kenapa lewat ? Mama dengar enjin kereta dah lama mati .” Belum sempat Zafran menjawab , Rina terlebih dahulu bersuara .
“ Mahu tak lewat mama . Abang Zaf ni tak senonoh , ada ke patut dia buat adegan 18 sx dalam kereta . Nasib baik Rina cepat sampai , kalau tak alamatnya Hani kena ngap dengan dragon ni .” Rina menumbuk perlahan bahu abangnya .
“ Rina tu jealous . Biar aa.. kami dah kahwin .” Balas Zafran . Mama dan papanya hanya tersenyum .
“ Dah sarapan ke ?” Puan Sri Mawar bertanya . Zafran menggeleng .
“ Makan dulu , nanti baru jumpa mak long dengan pak lang . Depa dekat kolam ,” arah mamanya.
“ Zaf buat apa sampai tak sempat makan ?” usik papanya . Adatlah mengusik pengantin baru .
“ Biasalah papa pengantin baru . Bukan setakat makan tak sempat , subuh pun terbabas .” Zafran menjawab dengan selamba , Hani menunduk malu .
“ Jom , Hani. Mama teman makan , jangan layan kepala depa .”
“ Mama masak apa ?”
“ Mak Long yang masak , Nasi Lemak Utara ada sambal sotong .” Hani mencapai pinggan untuk menyenduk nasi lemak .
“ Sayang duduk je . Biar abang yang sendukkan nasi .” Zafran menarik kerusi dengan senyuman manis . Hani hanya menurut , lagipun perutnya sudah lapar .
                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Riuh rendah perkarangan banglo Tan Sri Zainal dengan sanak saudara tidak terkecuali Dato Hakim dan Datin Alia . Mereka menjamu selera dengan gembira meraikan pasangan pengantin baru . Hani asyik menunduk apabila di usik sekali sekala oleh sanak saudara , Zafran pula berwajah selamba tanpa riak .
“ Zaf , Hani … papa , mama , papa Hakim , mama Alia ada hadiah untuk kamu berdua tapi lepas honeymoon baru dapat . Kami harap Zaf dengan Hani bina hidup baru di sana and both of you ada duty yang mesti dilaksanakan .
Duty apa pula , papa ?” Zafran bertanya . Tan Sri Zainal tersenyum .
“ Papa nak cucu within a year , starting from now . Lagi cepat , lagi bagus . Papa pun dah tua , nak main dengan cucu pula . Tak begitu Hakim .” Dato Hakim mengangguk sambil tersenyum .
“ Betul tu Zainal . Muda – mudalah nak buat anak , tua – tua macam kami ni tak mampu dah .” Meledak tawa mereka berdua .
Don’t worry , papa . Nanti Zaf usahakan , next year papa boleh timang cucu twins .” Mata Zafran melirik ke arah Hani , sebuah senyuman terukir di bibirnya .
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Sudah seminggu mereka di bumi Australia , meniti kemanisan percutian bulan madu mereka . Esok , Rina akan menjemputnya dan Hani . Di kesempatan itu , dia mengenali diri isterinya . Hani seorang yang lemah lembut , tak mudah melenting , sabar , sukakan kanak – kanak dan cantik lebih – lebih lagi apabila tersenyum terserlah lesung pipit di kedua – dua belah pipinya . Zafran memikirkan rancangannya , tegakah dia untuk meneruskan rancangannya ? Hani betul – betul berbeza dengan Lydya .


bersambung ........