CERPEN : AWAK CINTA KEDUA SAYA …
“ Abang apa semua ni ?”
“ Apa yang kau dengar semuanya betul . Aku just mainkan kau .”
“ Kenapa abang buat semua ni ? Kenapa mesti Sarah ?” Soal Sarah . Tubir
matanya mula memberat . Terasa dirinya hanya di perbodohkan selama ini .
“ Sebab kau … susah nak dapat . Sebab kau tak pandang lelaki . Jadi ,
aku terima cabaran kawan-kawan aku . Dari mula kita bertemu , itu semua
rancangan aku semata-mata untuk dapatkan kau .” Jelas Azree . Empat orang
rakan-rakannya hanya tersenyum .
“ Tapi kenapa baru sekarang abang putuskan semuanya ? Kita dah nikah ,
abang ..” Sayu suara Sarah menuturkan kata tersebut .
“ Betul kau nak tahu ?” Tanya Azree dengan senyuman sinis . Sarah
memandang anak mata suaminya , sirna mata Azree mengkhabarkannya tentang
perasaan suaminya itu . Nyata tiada lagi cinta buat Sarah .
“ Aku nak juga merasa barang fresh … macam kau yang tutup semua .
Macam minah Arab .” Tutur Azree dengan tawa di ikuti rakan-rakannya . Sarah
menelan liur , terasa kelat tekaknya mendengar ucapan suaminya . Air mata yang
di tahan sejak tadi berguguran membasahi pipinya . Sarah mahu bergegas pulang ,
rasanya tidak sanggup lagi mendengar ayat gila yang keluar dari mulut suaminya
itu .
“ Ehh … kau nak ke mana ? Aku belum habis cakap lagi .” Azree berkata
sambil tangannya menghulurkan satu sampul .
“ Kau dengar baik-baik . Mulai saat ini aku tinggalkan kau . Dalam ni
ada surat cerai , nanti kau serahkan dekat pejabat kedutaan . Jangan lupa sain
pulak .” Azree ketawa lagi . Sampul tersebut di capai sebelum Sarah melangkah
meninggalkan bekas suaminya . Sayup-sayup kedengaran suara mereka
mentertawakannya . Tegar sungguh seorang insan yang bernama Azree menghukumnya
.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Wani , tolong aku . Wani …”
Teresak-esak Sarah menangis di depan sahabatnya .
“ Kau dah kenapa , Sarah ? Mengucap Sarah . Cuba kau cerita dengan aku
…” Hazwani memeluk tubuh rakannya itu .
“ Ree dah tinggalkan aku . Dia ceraikan aku …” Ucap Sarah .
“ Ya Allah … Jom , masuk dalam . Kat luar sejuk ni . It’s ok ,
aku ada .” Hazwani memujuk rakannya .
Selepas Sarah sudah bertenang ,
dia memulakan ceritanya . Hazwani menjadi pendengar yang setia . Walaupun
hatinya membara , dia harus bertenang supaya Sarah tidak bertambah sedih . Rasa
seperti mahu di cincang lumat je si Azree tu …
“ Jadi , selama ini di hanya pura-pura cintakan kau ?” Soal Hazwani .
Sarah sekadar mengangguk .
“ Berapa dia bet untuk dapatkan kau ?” Hazwani semakin berang .
Sanggup Azree main-main dengan perkahwinan .
“ 5 ribu pound .” Jawab Sarah dengan sisa air mata .
“ Geram aku dengan bekas suami kau tu .. Esok aku teman kau pergi
kedutaan . Malam ni kau tidur sini , esok pagi kita pergi rumah kau kemas
barang . Kau pergi berehat dalam bilik aku . Aku nak masak dinner untuk
kita . Nanti Kak Nita balik kita makan sama-sama .” Tutur Hazwani . Sarah hanya
mengangguk . Dia masih terkejut dengan kejadian tadi .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Dah ambik semua barang ?” Soal Kak Nita , kakak ipar si Hazwani .
Sarah mengangguk .
“ Sarah kau masuk dulu . Aku tertinggal something .” Hazwani
bersuara .
Sebaldi air di bawa ke dalam
bilik yang dulu pernah menjadi milik rakannya itu . Air di curahkan ke atas dua
makluk yang asyik di buai mimpi itu . Puas hatinya dapat mengenakan bekas suami
rakannya itu . Lebih puas apabila si Melinda , girlfriend Azree turut
terkena curahan tersebut . Serve you right !! Terpinga-pinga dua ekor
makluk itu . Hazwani melangkah keluar .
“ Kak Nita , lepas pergi kedutaan kita pergi klinik . Wani nak suruh
doktor periksa Sarah . Takut Azree tu bawa HIV .” Selamba tutur Hazwani .
“ Akak pun rasa begitu . Tak sangka akak , Azree orangnya begitu .
Dengan Melinda pulak tu…” Kata Kak Nita .
“ Akak , Wani … Buatlah apa yang patut . Sarah tak dapat fikir buat masa
sekarang .” Sarah berkata dengan nada yang semakin tenggelam dek rasa sebak
yang mencengkam dada . Dia berasa jijik dengan perlakuan Azree itu .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa bulan kemudian
STREEEEEEET !!!!!!!!!!!!!
“ Ya Allah , abang …” Datin Hafizah terjerit kecil . Suaminya hampir
melanggar seorang wanita mengandung . Mereka keluar dari kenderaan itu .
“ Anak , pakcik minta maaf . Pakcik tak perasan anak melintas tadi .”
Kata Dato Yusuf .
“ Saya pun minta maaf pakcik , saya tak nampak kereta pakcik .” Kata
Sarah dengan suara yang tertahan . Terkejut plus sakit . Berpeluh-peluh
dahinya menahan sakit , perutnya di usap.
“ Abang !!” Datin Hafizah terjerit lagi . Jarinya di tunjuk ke arah
Sarah . Air ketuban Sarah telah pecah .
“ Allahuakhbar . Jom , pakcik hantarkan ke hospital . Anak nak bersalin
ni .”
“ Terima kasih , pakcik . Dari tadi saya tunggu teksi dekat sini . Tapi
takde satu pun lalu , sebab itu saya lintas ke seberang jalan ni . Nak ke
hospital .” Sempat lagi Sarah berkata sambil tersenyum .
“ Mana suami kamu ?” Soal Datin Hafizah sambil membantu Sarah duduk di
belakang .
“ Kami dah bercerai . Aduh …” Sarah terjerit apabila terasa semakin
sakit .
“ Control pernafasan kamu . Jangan takut , aunty ada .”
Datin Hafizah mengenggam tangan Sarah memberi semangat untuknya berhadapan
dengan situasi sekarang .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Terima kasih , pakcik . Tolong hantarkan saya ke sini . Aunty ,
terima kasih sebab temankan saya bersalin . Encik , thanks sebab tolong
azankan anak saya . Saya terhutang budi dengan pakcik sekeluarga .” Tutur Sarah
sambil mencuit hidung anaknya .
“ Sarah perlukan bantu kami . Dah tentu kami bantu . Aunty ,
balik dulu . Tengahari nanti aunty datang melawat .” Kata Datin Hafizah
.
“ Umi , balik dulu . Kamu jaga Sarah baik-baik . Kalau ada apa-apa
telefon umi dengan walid.” Pesan Datin Hafizah kepada anak bongsunya , Haris .
“ Baik , umi …” Haris tersenyum melihat reaksi ibunya itu . Risau macam
anaknya yang bersalin pulak .
“ Sarah , pakcik balik dulu . Pasal uri , biar pakcik uruskan . Kamu
berehat je … Apa-apa minta tolong dengan Haris .” Dato Yusuf berkata . Walaupun
baru kenal tetapi mereka mudah mesra . Sarah bersyukur masih ada orang di bumi
ini yang prihatin .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa tahun kemudian
“ Sarah , walid kenalkan . Ini Azree anak sulung walid
. Ree , ini Sarah . Junior arkitek , syarikat kita . Sarah ni anak
angkat walid .” Dato Yusuf memperkenalkan Sarah kepada Azree. Sarah memandang
wajah Azreen tanpa riak . Dia masih terkejut dengan kehadiran bekas suaminya
itu . Anak big boss pulak tu …
“ Hai , saya Azree .” Selamba je si Azree menghulurkan
tangan . Sengaja mahu menguji Sarah .
“ Sekejap kau . Macamlah tak kenal aku …” Desis hati
Sarah . Dia berdeham sebelum berbicara .
“ Assalamualaikum … Sorry we’re not muhrim .”
Tutur Sarah . Dato Yusuf tertawa melihat reaksi Azree .
“ Itulah , duduk negara orang lama sangat . Benda
penting macam ni pun tak aware .” Bicara Dato Yusuf . Azree tersenyum .
“ Sorry , walid . Terlupa .” Jawab Azree .
Wajah Sarah di pandangnya .
“ Comel pulak bekas isteri aku ni . Makin cantik .”
Hati Azree mula mengatal . Pantang jumpa yang berdahi licin .
“ Walid tinggalkan kamu berdua . Sarah , kamu boleh
belajar dengan Azree . Dia senior kamu, pengalaman dia pun banyak . Lagi satu , Azree akan gantikan Mr Lim
sebagai ketua projek merangkap senior arkitek . Jadi , kerja elok-elok . Walid
perlukan kamu berdua .” Pesan Dato Yusuf sebelum berlalu .
“ Lama betul kita tak jumpa . Sarah makin cantik .”
Azree memulakan bicaranya . Manis macam gula . Biasalah Azree …
“ Boleh dia buat lupa ? Apa kau ingat aku akan tergoda
lagi dengan taktik lama kau ? Jangan haraplah !!” Kata hati Sarah . Membara
rasa hatinya .
“ Mr Azree … this is office . Saya tak perlu
kata pujian dari Encik .” Tegas ucap Sarah .
“ Amboi !! Garangnya … Abang minta maaf . Abang tahu ,
abang tak patut kata begitu dengan Sarah . Lagipun benda dah lama berlalu .
Maafkanlah abang ye , sayang …” Azree memujuk lantas dia mengenggam tangan
Sarah .
“ Eishh … lepaslah ! Apa pegang-pegang ni …” Marah
Sarah . Tautan pada tangannya di leraikan . Dia menjauhi Azree . Unpredictable
sungguh buaya jadian ni ….
“ Abang baru pegang tangan dah marah . Lebih dari ni
pun kita dah buat . Sarah tak marah pun …” Azree bersuara . Meleret semacam ,
geli-geleman Sarah mendengarnya .
“ Encik dah hilang ingatan ke ? Itu dulu , sekarang
kita takde kena mengena lagi . So , stay away from me .”
“ Kita bina hidup kita kembali . Abang dah berubah
sayang ….” Rayu Azree . Sarah tersenyum sinis . Walaupun kantung matanya mula
memberat tapi di tahannya agar air matanya tidak menitis di hadapan Azree .
“ Saya tak perlukan Encik dalam hidup saya . Saya tak
perlukan lelaki yang mainkan cinta saya , lelaki yang lukakan hati saya …” Kata
Sarah . Satu-persatu memori lama tertayang di mindanya . Hatinya terasa pedih
saat Azree menuturkan ayat kejam yang membunuh jiwanya.
“ Sarah …abang …”
“ Saya tak perlukan penzina macam Encik .” Tutur Sarah
dengan linangan air mata . Dia mengesatnya dengan segera sebelum berlalu ke
pejabatnya . Azree terduduk di kerusinya . Kata-kata Sarah menusuk jatungnya .
Baru sekarang dia terasa sakit apabila orang yang di cintai menuturkan kata
sebegitu .
“ Ya Allah … Ampunkan dosa-dosa silam ku …” Rintih
hati Azree .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kenapa Haris tipu Sarah ?” Soal Sarah apabila dia
bertemu dengan Haris . Itupun setelah Haris pulang dari outstation .
“ I’m sorry . Haris takut Sarah jauhkan diri
dari Haris .” Haris berkata . Dia tahu Azree telah kembali . Setelah tiba dari
Jepun , dia bergegas untuk menemui Sarah . Sarah harus mendengar penjelasannya
.
“ Kenapa Haris tak cakap yang Azree tu abang Haris ?”
Tutur Sarah . Teringat dia apabila pertama kali menunjukkan gambar
perkahwinannya bersama Azree kepada Haris 2 tahun yang lalu .
“ Sarah … dah tiba masanya Sarah tahu semuanya . Haris
dengan Azree memang satu ibu , tapi bapa kami berbeza . Azree anak suami
pertama umi . Suami yang tinggalkan umi sebab umi bukan pilihannya . Haris anak
walid . Kalau Sarah nak tahu , Haris dengan Azree tidak sebulu dari zaman
sekolah lagi . Azree rampas gadis yang Haris cintai . Sejak tu Haris cuba elak
dari bertemu dengan Azree . Sarah tentu faham perasaan Haris masa tu . Haris nampak
mereka bermesra depan mata Haris sendiri . Sakitnya hati Haris masa tu .
Sekarang , Haris dah jumpa cinta baru . Haris sayang Sarah . Haris nak jadikan
Sarah isteri yang sah di sisi agama . Boleh ye , sayang ?” Jelas Haris sebelum
meminta persetujuan Sarah .
“ Sarah minta
maaf . Sarah tak nak ada kaitan lagi dengan Azree . Haris carilah orang lain .”
Jawab Sarah . Walaupun di dalam hatinya dia mula sayangkan Haris . Perasaan itu
harus ditamatkan segera kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali .
“ No ! Lepas Sarah dah ambil hati ni , Sarah
nak lepas tangan pula . No , it won’t happen . Sarah mesti
bertanggungjawab .” Putus Haris .
“ Tapi …”
“ Tapi apa ? Sarah nak bagi alasan apa pula kali ni ?”
Soal Haris .
“ Haris dah fikir betul-betul ke ? Sarah ni janda anak
satu . Sarah dah pernah berkahwin . Haris carilah anak dara . Banyak lagi anak
dara di Malaysia ni .”
“ Memanglah banyak anak dara di Malaysia . Tapi Haris
nak Sarah je . Haris tak kisah , lagipun Haris dah anggap Furqan macam anak
Haris sendiri .” Kata Haris lagi .
“ Haris tak jijik ke ? Sarah ni , bekas isteri abang
Haris .” Soal Sarah .
“ No . Haris nak Sarah jugak . Haris tak nak
kehilangan Sarah . Cukuplah Azree pernah rampas kekasih Haris dulu . Kali ni
Haris tak akan beralah . Kita kahwin . Sarah jadi yang sah buat Haris , please
….” Pujuk Haris . Selama beberapa tahun ini mereka menyulam kasih sudah tiba
masanya mereka menamatkannya dengan ikatan yang lebih bermakna .
“ Sarah .. Hemm .. Sarah …” Kata-kata Sarah terhenti
apabila Haris menyampuk .
“ Kenapa Sarah ? Sarah tak sayangkan Haris ke ? Atau
Sarah masih tak dapat lupakan Azree?” Tutur Haris dengan nada yang semakin
perlahan . Terasa dirinya hanya bertepuk sebelah tangan .
“ Sarah dah tak sayangkan Azree . Pasal kita … Sarah
rasa Haris patut tanya Furqan . Kalau dia nak papa , Sarah ikut je …” Sarah
tersenyum . Haris turut tersenyum mendengar baris kata yang di tuturkan Sarah
itu .
“ Alhamdulillah . Buka pagar ni . Haris nak tanya
dengan Furqan .” Pinta Haris . Sarah menggeleng .
“ No . Besok jelah , Furqan dah tidur . Lagipun
dah lewat malam ni , tak manis jiran tengok .”
“ Sorry , Haris terlupa . Risau sangat tadi ,
takut Sarah salah faham . Jadi , Haris terus turun sini dari airport .
Cakap pasal airport teringat pula Haris dengan Furqan . Tunggu sekejap ,
Haris ambilkan .” Haris membuka bonet keretanya sebelum mengeluarkan dua beg
kertas .
“ Nah . Ni untuk Furqan , Haris belikan Ultraman .
Yang ni pula untuk Sarah .”
“ Terima kasih .” Ucap Sarah .
“ Sama-sama kasih . Haris balik dulu .” Pinta Haris .
“ Hemm … Take care . Bawa kereta elok-elok .”
Pesan Sarah .
“ Baiklah , permaisuri hatiku … Abang pergi dulu .”
Kata Haris dengan senyum lebar .
“ Abang ?” Soal Sarah .
“ Kita kan dah nak nikah . Apa salahnya praktis dari
sekarang …”
“ Sarah tak nak address Haris , abang .”
“ Habis tu Sarah nak panggil apa ?” Haris bertanya .
“ Rahsia .” Tutur Sarah dengan senyuman manis sengaja
mahu mengusik si hero Malaya ini .
“ Huishh … jangan senyum macam tu . Karang Haris tak
jadi balik . Jawabnya kita kahwin free lah …” Haris berseloroh .
“ Mengada . Sudahlah pergi balik .” Arah Sarah . Seperti
menghalau pun ada .
“ Tapi bagus juga kalau kita nikah ekspress . Tak
payah tunggu lama …” Haris berkata sambil mengangkat keningnya . Sarah
menjeling .
“ Ni nampak trompah ni . Karang Sarah baling , baru
tahu erti penyesalan . Nak ke ?”
“ Ok , ok . Haris balik dulu . Bye sayang .
Assalamualaikum …” Ucap Haris sebelum memboloskan dirinya ke dalam perut kereta
.
“ Waalaikumusalam . Tahu pun takut .” Sarah berkata di
dalam hati . Kereta Haris sudah pun meluncur laju di jalan raya . Sarah menapak
ke dalam rumah .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sarah , hujung minggu ni datang rumah walid . Walid
buat kenduri kesyukuran sikit sempena kepulangan Azree . Sarah mesti datang ,
bawa Furqan sekali . Rindu pula walid dengan cucu walid tu ..”
“ Insyaallah , walid ..” Tutur Sarah .
“ Walid … sebenarnya kami ke sini ada benda nak cakap
dengan walid .”Ucap Haris .
“ Benda apa ?” Soal Dato Yusuf .
“ Haris dah buat keputusan . Haris nak kahwin dengan
Sarah . Walid setuju tak ?” Haris bertanya lagi .
“ Alhamdulillah . Walid setuju sangat . Furqan makin
lama makin membesar , baguslah kamu berdua nikah . Terjamin sikit kasih sayang
Furqan dapat .” Ujar Dato Yusuf dengan senyuman manis .
“ Terima kasih , walid .” Ucap Haris .
“ Umi dah tahu ?” Soal Dato Yusuf .
“ Dah . Haris dah beritahu . Umi yang sarankan supaya
tanyakan pendapat walid ..”
“ Hemm … bila nak langsung majlisnya ?” Soal Dato
Yusuf pula .
“ Insyaallah , hujung bulan ni .” Jawab Haris .
“ Bagus , kerja kahwin tak elok tangguh-tangguh .”
Dato Yusuf menepuk bahu anaknya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hujung minggu
“ Sarah … abang nak sambung ikatan kita dulu . Please
sayang … bagi abang peluang kedua…” Kata Azree . Sarah yang sedang menuang air
ke dalam gelas terkejut dengan ucapan yang tiba-tiba menangkap gegendang
telinganya . Hampir terlepas gelas di tangan . Sarah memusingkan tubuhnya ke
arah Azree . Belum sempat dia berkata-kata , puteranya menyampuk dari luar
sambil melangkah masuk ke dapur .
“ Mama … Dan nak air . Penat Dan tunggu , mama late
.” Rungut si anak kecilnya yang berusia 3 tahun itu . Hujung lengan baju Sarah
di tariknya . Azree hanya memerhatikan gelagat Muhammad Danial Furqan .
“ Nah . Mama cari gelas tadi .” Jawab Sarah . Rambut
anaknya di usap perlahan dengan senyuman di bibirnya . Furqan meneguk air
tersebut sehingga habis .
“ Mama nak lagi …” Pinta Furqan . Dahaga amat agaknya
. Sarah menuang lagi air ke dalam gelas sebelum menghulurkannya kepada Furqan .
Air tersebut di minum sehingga habis .
“ Nak lagi ke ?” Soal Sarah . Furqan menggeleng .
“ Tak nak . Dan nak syu ..” Kata Furqan .
“ Jom , mama bawakan .” Sarah memimpin tangan anaknya
. Azree hanya sekadar menjadi pemerhati .
“ Boleh dia buat derk dekat aku . Pergi layan budak tu
bukan main lagi . Budak tu pun sama , manja . Siap mama , mama … Hishh … geram
aku . Baru cakap sikit ada yang potong jalan..” Bebel Azree di dalam hati sambil
mengepal penumbuknya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sarah , esok kau gantikan Encik Haris . Meeting dengan
supplier di Penang .” Kata Farah di talian . Farah merupakan
setiausaha Dato Yusuf .
“ Arahan siapa ? Encik Haris pergi mana ?” Tanya Sarah
.
“ Dato . Encik Haris ke Johor , ada masalah dekat site
.” Jawab Farah .
“ Hemm .. Betul ke arahan Dato ? Atau kau tak nak
pergi lepas tu kau pass dekat aku pulak .”
“ Betullah , arahan Dato . Tiket kau dengan Furqan aku
baru siap booking . Macam biasa . Flight pukul 6.15 , Air Asia .”
Terang Farah . Sudah menjadi kebiasaan Sarah akan membawa Furqan ke mana sahaja
dia di tugaskan . Special case sebabnya Dato setuju . Orang lain jangan
harap …
“ Berapa lama ? Hotel ?” Soal Sarah lagi .
“ Dalam 2 – 3 hari . Kali ni hotel Hard Rock .” Jawab
Farah .
“ Ok . Arahan di terima .” Sarah berseloroh . Farah
tertawa di hujung talian .
“ Jangan lupa belikan aku ole-ole .” Pinta Farah .
“ Aku tak janji . Kalau sempat round Penang aku
belikan .” Sarah berkata sebelum mematikan talian .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ree … walid nak Ree wakilkan walid jumpa supplier
di Penang , esok . Walid dengan Ris kena pergi Johor . Kami bertolak
pukul 4 nanti .” Ucap Dato Yusuf semasa mereka berdua makan tengahari .
“ Tapi … walid … Ree baru masuk kerja 2 minggu . Nanti
diaorang kurang yakin pula .” Azree memberi alasan . Padahal dia sudah punya
rencana dengan teman-temannya . Masih sayang tinggalkan masa berseronok ...
“ Pasal tu walid dah handle . Sarah ikut kamu
sekali ke sana . Jangan lupa flight kamu pukul 6.15 . Lepas ni pergi
balik kemas baju .” Arah Dato Yusuf .
“ Sarah ?” Terpacul nama bekas isterinya dari mulut
Azree .
“ Hemm … dia dah banyak kali handle benda ni
sorang diri . Jadi , walid nak Ree belajar dari dia . Mungkin Ree dah ada cukup
pengalaman , tapi Sarah lebih cekap dengan supplier tempatan .” Kata
Dato Yusuf sebelum menghabiskan suapannya .
“ Ok , walid . Ree tak akan hampakan walid .” Azree
tersenyum dengan lebar . Peluang ada depan mata …
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama … Dan nak duduk tepi tingkap .” Pinta Furqan
dengan pelat . Sarah mengangkat anaknya ke tempat duduk . Pramugari Air Asia membantunya
menyimpan beg kerjanya .
“ Ada lagi ke Puan ?” Soal pramugari tersebut dengan
senyuman manis .
“ No . Thanks .” Ucap Sarah .
“ Kakak cantik … Dan nak air milo and tuna sandwich
. Bolehkan mama ?” Pandai sungguh bermulut manis . Ikut siapalah si Furqan ni …
“ Nanti kakak bawakan .” Tersenyum lebar pramugari
tersebut .
“ Anak mama ni …. Love you .” Sarah mengucup
pipi Furqan .
“ Love you too .” Furqan juga berbuat demikian
.
“ Your seat is here , Sir .” Kedengaran suara
pramugari di telinga Sarah . Pantas dia menoleh untuk melihat siapa jirannya .
Wajah Sarah tidak beriak apabila terpandangkan wajah Azree . Azree juga
terkejut dengan kehadiran si kecil .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Encik buat apa kat sini ?” Soal Sarah setelah mereka
selamat berlepas . Furqan leka melihat pemandangan dari tingkap pesawat .
“ Abang gantikan walid . Kenapa Sarah bawa budak tu ?
Abang cemburu , tahu …” Selamba betul Azree berkata .
“ Peduli apa saya dengan cemburu Encik ? Dan ni anak
saya , mestilah saya bawa .” Jawab Sarah . Geram betul dengan Azree , soal
Furqan pun jadi isu …
“ Anak angkat je pun .. tinggallah dengan pengasuh …”
Azree bertutur sambil merenung Sarah . Sepertinya mahu memikat Sarah kembali
dengan pandangan redupnya .
“ Encik … Dan ni bukan anak angkat saya . Lagipun apa
Encik kisah ? Dato dah pun berikan kebenaran kepada saya untuk bawa Dan bersama
…”
“ Apa keputusan walid abang akur . Tadi Sarah cakap
bukan anak angkat . Tak kan anak sendiri pulak ?” Soal Azree dengan tawa kecil
. Kalau nak bohong pun tengoklah orang …
“ Mr Azree . Dan ni anak saya . Saya yang lahirkan dia
. Susah payah saya mengandung , lahirkan , sekarang saya besarkan dia . Saya
tak minta pun Encik bertanggungjawab . Jadi , tolong pergi dari hidup kami .
Saya tak perlukan belas kasihan Encik selepas Encik tinggalkan kami dulu .”
Jelas Sarah dengan nada yang perlahan supaya tidak menganggu Dan dan penumpang
yang lain . Azree terkejut dengan ayat yang di tuturkan Sarah . Wajah Sarah di
renungnya , berkaca-kaca mata bekas isterinya itu . Sarah memalingkan wajahnya
.
“ Anak kita ?” Soal Azree . Sarah berdiam diri .
“ Sarah … answer me .” Azree bertanya lagi .
“ You think ?” Soal Sarah dengan sinis .
“ Abang tak tahu sayang mengandung masa tu . Abang
minta maaf …” Pohon Azree . Sarah yang masih marah membiarkan saja kata-kata
Azree itu . Malas nak layan …
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari terakhir di Pulau Pinang
“ Uncle … Dan lenguhlah … Uncle dukung
…” Pinta Furqan . Tangannya di depakan .
“ Comelnya … Dan . Macam papa .” Tutur Azree di dalam
hati . Tubuh Furqan di dukungnya. Sarah berjalan mendekati anaknya serta bekas
suaminya . Dua kon aiskrim di bawanya bersama . Furqan tersenyum apabila
terlihat aiskrim tersebut . Vanilla coklat twist … Siapa yang tak
terliur ….
“ Mama … aiskrim Dan .” Furqan menghulurkan tangannya
meminta aiskrim . Sarah memberikan aiskrim kon yang berperisa vanilla dan
coklat kepada Furqan .
“ Ni kenapa suruh uncle dukung ?” Soal Sarah .
Furqan menjilat aiskrimnya dengan nikmat .
“ Dan lenguhlah mama …” Rungut Furqan . Memang lenguh
, Sarah pun sudah terasa penat berjalan . Panjang sungguh nightmarket di
Batu Feringgi ini …
“ Uncle nak tak ?” Soal Furqan . Aiskrim yang
di jilatnya tadi di suakan ke mulut Azree . Azree merasa aiskrim tersebut
dengan senyuman . Terasa bahagia meresap ke dadanya .
“ Sedap ?” Furqan bertanya . Sarah pula sudah
membelek-belek purse yang di jual di situ .
“ Sedap . Uncle suka perisa vanilla coklat .”
Azree bersuara .
“ Dan pun sama . Uncle .. Dan nak lego kapal
terbang tu . Mama tak nak belikan . Uncle beli untuk Dan , boleh ?”
Pinta Furqan . Patutlah baik semacam , nak benda rupanya … Azree tersenyum .
Teringat dia akan kenangan bersama Sarah dahulu .
“ Uncle boleh belikan , tapi … Dan kena cium uncle
dulu .” Azree berkata . Sebenarnya dia teringin di kucup anaknya itu . Pipinya
di kucup Furqan .
“ Sekejapnya . Uncle nak sebelah sini sepuluh .
Sebelah kiri pun sepuluh .” Pinta Azree . Furqan memuncungkan mulutnya , tanda
protes .
“ Banyaknya . Dan cium uncle lama-lama , uncle
beli 2 toys . Ok ?” Furqan tersenyum . Azree tertawa . Sebijik macam
Sarah , siap muncung lagi . Pandai betul negotiate …
“ Uncle janji . Cepatlah cium .” Tutur Azree .
Furqan menciumnya , siap kira satu-persatu kucupan tersebut . Sarah hanya
memerhatikan mereka berdua sambil mengelengkan kepalanya .
“ Sama je perangai diaorang .” Omel Sarah sambil
menghulurkan 2 helai not Rm 10 . Purse Burberry imitate telah
menjadi miliknya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seminggu selepas pulang dari Pulau Pinang
“ Sarah masak apa ni ? Sedapnya bau ...” Kata Azree .
Pinggang Sarah di peluknya dari belakang . Dagunya di sangkutkan pada bahu
isterinya . Haruman pada rambut Sarah menerpa hidungnya . Lantas satu kucupan
di berikan pada leher jinjang isterinya .
“ Abang , let me go . Sarah susahlah nak buat
kerja macam ni …” Pinta Sarah . Suaminya ini susah di ramal . Manja sentiasa …
“ Abang tak ganggu Sarah pun . Abang nak tolong je …”
Azree berkata . Pipi Sarah di kucupnya .
“ No . Sarah nak abang duduk kat sana . In 5
minutes dah siap dinner kita . Sarah janji .” Tutur Sarah . Pautan
pada pinggangnya di leraikan .
“ Promise ?” Soal Azree .
“ Hemm …” Jawab Sarah .
“ Jangan lama sangat . Abang rindu nanti …” Azree
mengucup dahi Sarah .
“ Ada-ada saja abang ni .. Macamlah tak nampak Sarah
di sini …”
“ Mestilah rindu . Isteri abangkan comel …” Azree
berbicara dengan renungan yang penuh rasa cinta .
“ Meh sini nak kasi ubat .” Tutur Sarah . Pipi Azree
di kucupnya kiri dan kanan .
“ Cukup ?” Tanya Sarah . Azree mengeleng .
“ Nope . Kat sini takde ke ?” Azree menghalakan
jari telunjuk pada bibirnya . Senyuman nakal terukir di bibirnya . Sarah
menolak sedikit tubuh suaminya .
“ Abang … sudahlah . Nanti hangus sos spaghetti
tu ..”
“ Ok . Abang pergi dulu . Miss you …” Ucap
Azree . Tangan Sarah di kucupnya . Macamlah nak pergi jauh . Padahal nak ke
meja makan je …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ree !!” Dato Yusuf bersuara . Mengelamun anak
tirinya ini . Teringatkan siapalah agaknya…
“ Owh .. Walid … Ree minta maaf . Ree tak dengar tadi
.” Jawab Azree .
“ Kamu menung apa ? Teringatkan bakal menantu walid ke
?” Usik Dato Yusuf .
“ Tak adalah , walid . Ree rasa bersalah pula terpaksa
fly ke US . Tinggalkan walid dengan kerja yang banyak ni .” Luah Azree .
Merujuk kepada timbunan fail di atas mejanya .
“ Pasal tu walid dah biasa . Tak boleh ke kamu tunda
perjalanan kamu ? Kesian umi , kamu takde masa majlis kahwin Haris .”
“ Ree rasa Haris tak kisah kalau Ree takde masa majlis
dia . Walid kan tahu kitaorang macam mana ? Ree tak naklah rosakkan mood Haris
…” Azree memberi alasan . Padahal ada urusan yang perlu dia selesaikan di sana
. Masalah dengan Melinda lagi …
“ Kalau begitu .. walid tak boleh buat apa-apa ..
Malam nanti walid hantarkan ke KLIA .” Ujar Dato Yusuf . Azree tersenyum .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa minggu kemudian
“ Umi … rindunya ….” Tutur Azree sambil memeluk Datin
Hafizah .
“ Baru ingat nak balik ke ? Cakap seminggu je dekat
sana ? Sekarang dah masuk 2 minggu baru nampak muka . Apa cerita ?” Sindir
Datin Hafizah . Sakit hati betul bila orang ramai bertanya tentang anak
sulungnya ini .
“ Ree busy lah umi .. Banyak benda yang nak di
uruskan . Sekarang semuanya dah selesai . I’m always with you Umi …”
Kata Azree sambil mengucup pipi uminya . Datin Hafizah mula sebak , dia
terkenangkan majlis kahwin Haris tanpa Azree .
“ Umi … janganlah nangis . Ree minta maaf …” Azree
melutut sambil mengucup tangan Datin Hafizah pula .
“ Umi cuma terasa je . Ree takde masa majlis Ris . Umi
sayangkan kamu berdua . Ree .. dengar kata umi ye , sayang ... Ree berbaiklah
dengan Ris , ye ? Umi nak tengok kamu berdua rapat macam dulu-dulu .” Tersedu
–sedan Datin Hafizah menghabiskan ayatnya .
“ Ree cuba umi … Umi … Ree laparlah ...” Azree berkata
.
“ Pergi mandi dulu . Umi panaskan lauk sekejap .”
Tutur Datin Hafizah dengan senyuman manis . Azree turut tersenyum .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Umi … kita dinner bertiga je ?” Soal Azree .
Hairan … mana kelibat adiknya . Honeymoon ke ?
“ Pengantin baru ?” Soal Dato Yusuf .
“ Hemm …walid .” Azree mengangguk . Teringin juga
hendak melihat siapa yang menjadi buah hati adiknya . Macam Juwita ke ?
“ Mereka tinggal di rumah mereka . Isteri Haris tu
pandai masak , mana nak ingat masakan umi lagi …” Datin Hafizah bersuara .
“ Biarlah diaorang , umi … Diaorang baru je kahwin ,
mesti nak kan privasi …” Jawab Azree.
“ Amboi !! jawapan . Macam orang ada pengalaman je …”
Dato Yusuf berseloroh .
“ Takde lah , walid . Ree tumpang gembira . Ris tetap
adik Ree . Ree sayangkan dia .” Kata Azree . Dato Yusuf menepuk bahu anak
tirinya . Dia turut gembira dengan perkembangan tersebut . Semoga mereka akan
berbaik seperti dahulu kala . Mereka makan malam sambil berbual kosong .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Keesokkan harinya
“ Ree .. siap cepat . Kita nak pergi makan tengahari
dekat rumah Haris . Umi rindu nak tengok cucu umi , dah lama dia tak datang
sini …” Tutur Datin Hafizah .
“ Cucu ?” Azree bertanya . Terkejut juga dia mendengar
ayat uminya itu .
“ Yalah . Umi dah ada cucu . Tunggu kamu bagi ,
alamatnya kempunanlah umi …”
“ Cepatnya , berisi . Diaorang baru je kahwin 2 minggu
. Terlajur ke , umi ?” Soal Azree lagi . Hanya itu yang bermain di fikirannya .
Dato Yusuf turun dari anak tangga .
“ Ya Allah … bertuah punya anak . Ini mesti kamu tak
tahu siapa yang menikah dengan adik kamu ? Itulah lain kali buat lagi hal
masing-masing . Sampaikan adik sendiri kahwin dengan siapa pun tak tahu …”
Bebel Datin Hafizah .
“ Izah … sudahlah membebelnya . Sekejap lagi sambung
lagi . Biar Ree salin baju dulu . Ree… kamu naik atas tukar baju .” Arah Dato
Yusuf . Azree tersenyum sambil menapak ke tingkat atas .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum , tuan rumah .” Dato Yusuf bersuara
.
“ Waalaikumusalam . Atuk !!” Tutur Furqan dengan pelat
sebelum terjerit riang . Dato Yusuf
mendukung si kecil itu . Azree kaget .
“ Apa Dan buat kat sini ? Be positive Ree ..
Isteri Ris sahabat Sarah kot …” Kata hati Azree untuk menyedapkan hatinya .
Padahal hatinya dah rasa berat semacam …
“ Walid , umi , Ree . Mari masuk .” Pelawa Haris dari
muka pintu .
“ Uncle handsome … Dan nak toys lagi . Uncle
beli tak ?” Soal Furqan . Semua mata tertumpu pada si kecil yang petah
berbicara .
“ Dan , kenapa minta dengan uncle ? Nanti papa
belikan .” Haris berkata sambil mengusap rambut Furqan . Azree tergamam . Ayat
tersebut bagaikan pedang yang menusuk jantungnya .
“ Papa janji ?” Soal Furqan .
“ Papa janji , sayang …” Haris mencium pipi Furqan .
“ Horay … atuk , nenek . Papa nak beli toys
baru untuk Dan . Seronoknya ….” Kata Furqan sambil turun dari dukungan Dato
Yusuf . Furqan berlari mendapatkan mamanya .
“ Umi , walid …jemput duduk . Sarah ambil air sekejap
. Dan , pergi basuh tangan dulu .” Sarah mengarahkan anaknya . Kemudian , dia
bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya .
Sepanjang
makan tengahari mereka , Azree hanya membisu . Pandangannya jatuh kepada si
kecil , Furqan . Kemudian dia akan curi-curi pandang bekas isterinya merangkap
adik iparnya sekarang . Terasa dirinya di hukum serta merta oleh Allah .
Mungkin ini balasannya mempermainkan perasaan Sarah dahulu . Kini , dirinya
pula merasa kehilangan . Pedih rupanya … Setelah angan-angan di pasang untuk
memiliki Sarah sekali lagi terkubur begitu saja . Betullah , jodoh orang yang
baik hanya untuk orang yang baik ….
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebulan berlalu
“ Ris minta maaf tak hiraukan abang selama ni . Umi
dah beritahu Ris yang abang nak berbaik dengan Ris . Ris rindu abang Ris yang
dulu . Cuma Ris ego . I’m sorry , abang …” Tutur Haris . Tubuh Azree di
peluknya . Azree mebalas pelukan tersebut .
“ Abang pun nak minta maaf juga dengan Ris .
Sepatutnya abang mengalah dengan Ris pasal Juwita tu .. Abang cemburu sebab Ris
selalu dapat apa yang Ris nak . Abang minta maaf . Kita jadi macam dulu , adik
dan abang selamanya …” Kata Azree dengan sebak . Pelukan di leraikan .
Masing-masing mengesat air mata yang bersisa .
“ Abang … pasal Sarah …” Haris berkata . Azree
memintas .
“ Abang redha . Sarah berhak dapat yang lebih baik
dari abang . Ris orang yang sesuai . Jagalah Sarah dengan anak abang baik-baik
. Mungkin ini balasan Allah kepada abang sebab tak menghargai pemberianNya dulu
... Belum terlambat lagi rasanya kalau abang wish selamat pengantin baru
.” Ucap Azree dengan senyuman . Haris membalas senyuman tersebut .
Mereka
bercerita tentang masa lalu . Tempoh beberapa tahun yang di tempuhi mereka ,
dari zaman universiti sehinggalah sekarang . Kisah jatuh cinta dengan Sarah
turut di kongsi Haris dengan abangnya . Azree juga memberi nasihat kepada Haris
supaya menjaga Sarah dan Furqan dengan baik . Bak kata pepatah , sesal dahulu
pendapatan sesal kemudian tidak berguna .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ree !!! Penat tahu umi bercakap dari tadi . Ree
mengelamun apa ?” Tutur Datin Hafizah . Geramnya bila kita bercakap orang buat
derk je …
“ Maaf , umi … Ree teringatkan Dan . Comelkan dia ?” Azree
berdalih . Hilang ingatannya sebulan yang lalu mendengar suara uminya membebel
.
“ Memanglah comel . Tengoklah mamanya …” Bangga
sekejap Datin Hafizah dengan Sarah . Bertuah dia punyai menantu yang cantik ,
bijak dan pandai buat kerja rumah .
“ Bertuah Ris …” Tutur Azree .
“ Kamu bila lagi ? Umi dah lama tunggu nak sarung
cincin dekat bakal isteri kamu tu … Cepat kamu kahwin , cepatlah umi timang
cucu …”
“ Umi … Ree dah ada anak . Dan anak Ree , umi …” Luah Azree
di segenap ruang hatinya .
“ Umi … Ree tak nak fikir pasal kahwin lagi … Ree nak
tumpukan pada kerja sekarang .” Azree bersuara . Remote tv di tekannya ,
tukar siaran …
“ Umi tak kisah , ambillah masa nak cari isteri yang
baik . Tapi .. umi tak nak kamu cari sefesyen dengan si Melinda . Malu umi nak
mengaku menantu …” Datin Hafizah membuat aksi geli-geleman . Azree tertawa .
“ Umi jangan risau . Ree tak pilih yang macam Melinda
.” Jawab Azree dengan sisa tawa .
“ Pergi siap . Sekejap lagi kita jemaah dekat masjid .
Mudah-mudahan kamu jumpa jodoh yang baik-baik macam Sarah .” Bicara Datin
Hafizah sebelum berlalu meninggalkan Azree .
“ Umi … Ree dah jumpa . Tapi salah Ree juga sebab tak
hargai dia .” Jawab Azree di dalam hati
. Menyesal ….
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dua bulan berlalu
“ Abang … Ris nak minta tolong sikit .” Haris
berbicara di talian .
“ Tolong apa ?” Azree bertanya .
“ Abang tolong jenguk Sarah dekat rumah . Dia tak
sihat . Tadi Dan telefon , dia cakap mamanya pening tak boleh bangun . Bangun
je muntah … Abang tolong Ris , ye ?” Pinta Haris yang berada di Taiwan .
“ Insyaallah … 20 minit lagi abang sampai . Jangan
risau . Sarah tu ada gastrik , dia lewat makanlah tu …”
“ Terima kasih , abang .” Ucap Haris . Nasib baik ada Azree
, nak harapkan umi dan walid . Diorang pun takde di Malaysia . Melancong
sempena ulangtahun perkahwinan mereka seminggu yang lalu .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …” Jerit Azree di luar pagar . Panas
mentari membakar wajahnya . Rayban di tarik jatuh ke hidungnya yang mancung .
“ Anak cari Sarah jiran makcik , ke ?” Sapa seorang
wanita dalam lingkungan 50an .
“ Aah .. makcik . Sarah tu adik ipar saya . Adik saya
telefon suruh jenguk Sarah , katanya tak sihat . Saya datang nak bantu apa yang
patut . Makcik boleh teman saya masuk sekali ?” Tanya Azree .
“ Boleh . Sekejap makcik kunci pintu .” Kata Makcik
Jijah .
“ Dan … uncle datang ni . Buka pintu sayang …”
Laung Azree . Terdengar bunyi esakkan dari dalam . Azree cemas .
“ Dan … kenapa nangis ? Mama mana ?” Soal Azree .
Furqan menggosokkan matanya . Sisa air mata di pipi anaknya di usap . Furqan
lantas memeluk Azree .
“ Mama sleep . Dan lapar …” Tutur anak kecil
itu dengan esakkan kecil . Azree mendukung anaknya itu .
“ Mana bilik mama ?” Soal Azree . Risau dengan keadaan
Sarah .
“ Upstairs .” Jawab Furqan . Azree dan Makcik
Jijah menapak ke tingkat atas . Furqan terlentok elok di bahu Azree sambil
menunjukkan bilik mamanya . Azree memulas tombol pintu .
“ Ya Allah … Sarah .. bangun . Sarah … Sarah …” Azree
memanggil nama Sarah . Makcik Jijah menggoyangkan tubuh Sarah tapi tiada respon
. Sedikit air di renjis ke wajah Sarah .
“ Makcik rasa dia pengsan ni …”
“ Makcik tolong tukar baju dia . Saya nak bawa dia ke
hospital .” Pinta Azree . Janggal rasanya melihat Sarah berpakaian begitu .
Walaupun dulu Sarah ada memakainya di rumah mereka . Sarah masih tidak berubah
. Berpakaian seksi di rumah tetapi bila di luar rumah semua di tutup sempurna .
“ Kamu pergi ambil baju Sarah . Makcik tolong tukarkan
.”
“ Saya keluar dulu .” Azree meletakkan sepasang jubah
di atas katil . Kemudian dia mendukung Furqan keluar dari kamar tersebut .
“ Uncle … Dan lapar …” Pinta Furqan . Wajah
anaknya di renung . Kesian puteranya ini …
“ Jom , kita ke dapur . Dan makan roti dulu , nanti uncle
belikan nasi ayam , ye …” Azree memalitkan sedikit Nutella ke atas roti . Lalu
di suakan kepada Furqan .
“ Dan nak nasi ayam sekarang …” Rengek Furqan sambil
mengunyah roti tersebut .
“ Sayang … mama sakit . Kita hantar mama ke hospital
dulu , ok … Lepas tu , uncle belikan nasi ayam special buat Dan .
Ayam lebih . Nak ?” Pancing Azree . Budak 3 tahun … tahu apa..
“ Nak !!” Furqan bersuara . Azree tersenyum . Sebijik
perangai macam mamanya …
“ Makcik dah siap .” Kata Makcik Jijah sambil menuruni
anak tangga .
“ Terima kasih , makcik . Dan pergi buka pintu kereta
. Uncle nak ambil mama sekejap .” Kata Azree sambil berlari ke atas .
Makcik Jijah memimpin tangan Furqan . Pintu pagar di buka luas sebelum Furqan
membuka pintu kereta di bahagian belakang .
Azree
memerhatikan wajah Sarah yang pucat lesi . Terasa ingin menyentuh pipi itu ,
namun di tahannya . Dia bukan seperti dulu . Sekarang , dia masih dalam proses
pembelajaran mendalami agama islam . Azree sedar status mereka berbeza kali ini
. Sehelai tudung di keluarkan dari almari , di sarungkan ke kepala Sarah . Laci
meja di tariknya mencari purse milik Sarah . Ic di keluarkannya . Azree
menapak kembali ke katil , tubuh Sarah di cempungnya dengan lafaz bismillah .
“ Dan … duduk depan dengan uncle .” Arah Azree
setelah meletakkan Sarah di tempat duduk belakang . Dan masuk ke dalam kereta
BMW 5 series tersebut . Makcik Jijah menarik tali pinggang keledar ke
tubuh Sarah . Azree kembali ke rumah , segugus kunci di capainya . Pintu rumah
di kuncinya sebelum dia mengunci pintu pagar rumah adiknya .
“ Terima kasih , makcik . Saya pergi dulu .” Pinta
Azree .
“ Baik-baik bawa kereta …” Pesan Makcik Jijah . Furqan
melambai sebelum kereta papanya meluncur laju di jalan raya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dua hari berlalu
“ Abang rasa Sarah patut tinggal di rumah umi dulu
sampai Ris balik . Sarah need attention . Dekat sana ada Makcik Bibah
dengan Pak Mat .” Cadang Azree . Furqan sibuk menyusun lego untuk model
helikopter .
“ Sarah rasa tak selesa . Sarah balik rumah Sarah ajalah
…” Dalih Sarah . Dia tidak mahu fitnah timbul di kemudian hari tambahan pula
Haris dan ibu bapa mertuanya tiada di situ .
“ Sarah perlukan rehat yang banyak . Abang tahu apa
yang Sarah fikir … Sarah duduk je dekat sana . Abang tidur hotel .” Tutur Azree
.
“ Menyusahkan Ree je ..”
“ It’s ok . 3 hari je . Abang nak ke café
, Sarah nak pesan apa-apa tak ?” Soal Azree sambil menggamit puteranya itu .
Furqan menghampiri Azree .
“ Sarah nak Roti Cream Chesse .” Pesan Sarah .
Azree tersenyum . Teringat dia detik indah mereka bersama .
“ Jom , kita makan .” Ajak Azree . Furqan tersenyum .
“ Dan nak KFC , bolehkan uncle ?”
“ Boleh , sayang …” Tutur Azree . Furqan mencium pipi
Azree .
“ Uncle …dukung …” Furqan meminta Azree
mendukungnya . Sarah memerhati anaknya . Azree mengangkat Furqan , tersenyum
anaknya itu apabila kemahuannya di tunaikan .
“ Dan , kenapa minta uncle dukung ? Kesian uncle
penat …” Ujar Sarah . Bukan dia tak tahu Azree sentiasa berada di hospital
menemani mereka . Kadang-kala terasa rimas pula dengan perhatian yang di
berikan Azree itu .
“ Biarlah … abang tak penat pun . Kami pergi dulu .”
Azree bersuara sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut .
“ Bye , mama …” Furqan melambai Sarah . Sarah
turut berbuat demikian .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tiga hari berlalu
“ Rehatlah , Sarah . Biar makcik mandikan Dan .”
Pelawa Makcik Bibah .
“ Takpe , makcik … Biar saya yang mandikan .” Sarah
berkata .
“ Mana boleh ? Makcik tak nak kena marah dengan Azree
. Dia pesan suruh jaga Sarah baik-baik . Makcik tak beranilah … Biar makcik je
mandikan Dan .” Tutur Makcik Bibah . Sarah bangun dari perbaringannya . Akibat
bangun terlalu cepat , terhuyung-hayang tubuhnya . Makcik Bibah segera memaut
lengan Sarah sebelum membawanya duduk di birai katil .
“ Sarah kena rehat lagi ni … Kesian baby … Dulu
Sarah macam ni juga ke ? Masa mengandungkan Dan ?” Makcik Bibah bersuara .
“ Masa time Dan dulu takde pula alahan .
Mungkin Dan taknak susahkan saya . Kali ni alahan pulak makcik … Mungkin sebab twins kot
…” Kata Sarah . Azree yang kebetulan ingin melawat Sarah berdiri di muka pintu
sambil mendukung Furqan . Terbit kekesalan apabila mendengar bicara Sarah itu .
Kemudian Azree cepat-cepat bersuara .
“ Biar abang yang mandikan Dan . Dan nak mandi dengan uncle
, kan ?” Soal Azree .
“ Nak !! Nak !!” Furqan bersuara dengan ceria .
Seronok gamaknya dapat berendam …
“ Jangan berendam lama sangat nanti demam . Abang
,setengah jam je … Jangan lebih .” Sarah bersuara . Terpaksa memanggil Azree
dengan panggilan abang . Nanti Makcik Bibah kata tak hormat abang ipar
pulak …
“ Baik , mem besar …” Azree berseloroh . Furqan
tertawa . Azree mengatur langkah ke biliknya .
“ Ree , makan malam sini . Makcik dah masak asam pedas
ikan pari .” Kata Makcik Bibah . Azree yang belum masuk ke biliknya melaung .
“ Baik , makcik …”
“ Makcik tengok Ree dengan Dan makin rapat . Macam
bapa dengan anak . Alhamdulillah , dapat juga makcik tengok Ree berubah . Dulu
pantang jumpa Ris asyik nak memberontak je..” Luah Makcik Bibah . Sarah yang
sedang meneguk air hampir tersedak . Kalut dia mengelap mulutnya .
“ Ree dengan Dan ?” Terpacul nama tersebut di bibir
Sarah .
“ Hemm .. dulu Ris je suka kan Dan . Sekarang Ree pun
suka kan Dan . Dan tu handsome , sekali tengok iras Ree pun ada . Cuma
putih macam Sarah je …” Tutur Makcik Bibah .
“ Memanglah iras , makcik … Ree tu papa kandung Dan .”
Kata Sarah di dalam hati .
“ Dah jadi keluarga , makcik … Sebab tu ada iras
sikit-sikit . Allah taknak Dan rasa tersisih kot ..” Jawab Sarah . Hentam
sajalah …
“ Mungkin . Maaflah , Sarah makcik memang banyak mulut
. Kesian Sarah , nak rehat . Makcik keluar dulu , nak siapkan makan malam .
Apa-apa panggil makcik .” Pesan Makcik Bibah .
“ Baik , makcik ….” Kata Sarah dengan senyuman manis .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dua hari kemudian
“ Papa ….” Furqan mendekati Haris . Dia duduk di riba
Haris lalu bersandar di dada papanya itu . Azree memerhatikan gelagat Furqan
dari tempat duduknya . Adiknya baru pulang dari tuntutan kerja . Penat masih
berbaki . Rindu amat gamaknya puteranya itu …
“ Cemburu ke aku ni ? Anak kandung aku lebih sayangkan
unclenya daripada aku …” Desis hati Azree .
“ Abang !! Telefon bunyi tu …” Tegur Haris . Azree
tersedar dari lamunannya . Telefon di capainya .
“ Mesej …” Beritahu Azree tanpa di pinta adiknya .
“ Dah tidur Dan nih …” Kata Haris . Rambut anak tiri
merangkap anak saudaranya di usap .
“ Letih kot . Tadi abang ajak Dan main bola .” Jelas
Azree .
“ Nak pulak dia main . Kalau Ris ajak ada je alasan .
Abang nak tahu alasannya apa ?” Soal Haris dengan senyuman . Azree turut
membalas senyuman tersebut .
“ Panaslah , papa . Nanti Dan gelap , dah tak handsome
…” Tutur Haris dengan tawa kecil .
“ Mesti terpengaruh dengan Sarah . Sikit-sikit panas .
Alasan tak nak keluar rumahlah tu …” Azree turut tertawa kecil .
“ Terima kasih abang , sebab tolong Ris jagakan Sarah
dengan Dan .” Ucap Haris .
“ Sama-sama . Ris pergilah naik atas jenguk Sarah .
Biar Dan tidur dengan abang malam ni . Abang kasi chance korang melepas
rindu ….” Azree berseloroh . Haris tersenyum lebar . Azree mengambil Furqan
dari riba Haris , di dukungnya tubuh anaknya itu .
“ Thank you , abang . Macam tahu-tahu je …”
Haris bersuara sambil tersenyum .
“ Abang pun pernah bercinta … Pergilah cepat ! Nanti mem
besar kunci pintu , gigit jarilah kau ..” Usik Azree lagi sambil melangkah ke
anak tangga .
“ Bye , Dan . Goodnight … Ris naik dulu
, abang …” Pinta Haris setelah mencium pipi Furqan . Azree tersenyum walaupun
ada sedikit rasa cemburu bertamu di hatinya .
“ Ya Allah , tolong buang perasaan cintaku terhadap
Sarah . Dia bukan milikku …” Desis hati Azree . Pipi Furqan di ciumnya sambil
meniti anak tangga satu persatu .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa bulan kemudian
“ Aku tak nak tengok muka kau lagi . Kau bukan menantu
aku . Aku jijik dengan kau .” Kata Datin Hafizah . Sarah tergamam .
Gambar-gambar yang bertaburan di lantai di renungnya satu persatu .
“ Ya Allah … dugaan apakah ini ?” Desis hati Sarah .
“ Umi .. Sarah tak salah . Sarah tak pernah curang ,
ini …” Belum sempat Sarah berterus-terang Datin Hafizah menyampuk .
“ Kau jangan nak perbodohkan aku lagi . Aku tahu ini
memang gambar kau . Tak cukup ke Haris layan kau ? Sampaikan Azree pun kau nak
…” Marah Datin Hafizah .
“ Umi …” Sarah bersuara sambil mengusap perutnya yang
sarat .
“ Kau jangan panggil aku umi lagi . Aku jijik dengan
kau . Patutlah suami kau tinggalkan kau dulu .” Datin Hafizah tersenyum sinis .
“ Memang itu gambar Sarah dengan Ree . Tapi …” Tutur
Sarah dengan air mata berlinangan .
“ Sudah , aku tak nak dengar alasan kau . Mulai hari
ini , aku tak nak tengok muka kau lagi . Berambus kau dari hidup anak-anak aku
. Memalukan !!” Kata Datin Hafizah . Sarah mengelap air matanya . Pedih hatinya
…
“ Sarah minta maaf . Sarah tak kan ganggu family
Datin lagi …” Sarah bersuara sebelum melangkah keluar dari banglo 3 tingkat itu
.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seminggu telah berlalu
“ Sudah usah di kenangkan si Sarah tu . Umi carikan
yang lain buat Ris nanti .” Ucap Datin Hafizah . Haris sudah seperti anak
kucing kehilangan ibunya . Tak terurus …
“ Kalau umi tunjuk dengan walid gambar ni . Walid pun
setuju dengan keputusan umi . Ini bukan menantu tapi hantu …” Ucap Datin
Hafizah lagi sambil membelek-belek gambar aksi romantik Azree dan Sarah . Haris
hanya diam membisu .
“ Assalamualaikum …” Ucap Dato Yusuf . Azree di
belakangnya tersenyum lebar . Sudah 2 minggu dia dan Azree di bumi Jerman .
Rindu dengan isterinya . Tiba-tiba Haris bangun menerpa ke arah Azree . Sebijik
penumbuk di layangkan ke muka Azree , namun berjaya di tepisnya .
“ Haris !!” Tengking Dato Yusuf .
“ Ris , sabar . Bukan abang yang patut Ris salahkan .
Tapi pompuan tu …” Tutur Datin Hafizah sambil memeluk anaknya . DatoYusuf dan
Azree terpinga-pinga .
“ Pompuan mana ?” Soal Dato Yusuf .
“ Menantu kesayangan abang tu .. Pergilah tengok
gambar tak senonoh dia . Memalukan .” Kata Datin Hafizah . Dato Yusuf dan Azree
menapak ke ruang tamu . Gambar tersebut di telitinya satu persatu . Azree
menelan liur .
“ Apa semua ni Ree ? Ree tahu tak berdosa ? Dia isteri
adik Ree , Haris . Ree dah lupa ?” Tutur Dato Yusuf dengan tenang .
“ Ree .. Ree … Walid , gambar ni betul tapi kami tak
buat salah . Ree …” Kata Azree terputus apabila di potong Datin Hafizah .
“ Apa yang tak betulnya ? Kamu dah mengaku . Cakap
dengan umi , dia yang goda kamu kan?” Soal Datin Hafizah .
“ Umi … Sarah tak salah . Gambar ni …” Azree
kehilangan kata-katanya .
“ Sarah tak
salah . Kau goda dia kan ? Atau kau paksa dia ? Aku percaya kau dah berubah ,
Ree . Tapi kau tikam aku dari belakang .” Luah Haris dengan linangan air mata .
Dia rindukan Sarah …
“ Umi tak nak anak-anak umi bergaduh sebab pompuan tu
. Ris , umi nak kamu ceraikan Sarah .” Datin Hafizah bersuara .
“ Izah !!” Dato Yusuf menegur perbuatan isterinya itu
.
“ Walid , umi … Jangan sesekali salahkan Sarah . Ree
yang salah . Gambar ni memang gambar kami berdua . Tapi gambar ni dah lama . Gambar
ni , gambar 4 tahun yang lalu . Masa Ree dan Sarah masih sah bergelar suami
isteri . Abang kecewa dengan kau Ris . Selama korang bercinta ,tak kan kau
masih tak kenal siapa Sarah ?” Tutur Azree sambil mengutip setiap helaian
gambar tersebut .
“ Suami isteri ?” Terbit perkataan tersebut dari bibir
Datin Hafizah .
“ Ye , umi . Ree pernah kahwin dengan Sarah . Sarah
pernah jadi isteri Ree sebelum Ris . Dan tu
anak Ree yang sah , umi .” Jelas Azree .Terduduk Datin Hafizah mendengar
jawapan dari mulut anaknya itu .
“ Umi minta maaf . Umi tuduh Sarah yang bukan-bukan .
Umi tak beri peluang langsung untuk Sarah jelaskan perkara sebenar .” Datin
Hafizah mula menangis .
“ Itulah lain kali dengar penjelasan dulu . Sudah ,
berhenti menangis . Jom , kita ke rumah Sarah .” Kata Dato Yusuf .
“ Walid … Sarah takde di sana . Ris dah pergi . Sarah
dah tinggalkan Ris ….” Giliran Haris pula menangis .
“ Ya Allah … Izah ? Apa Izah dah cakap dengan Sarah ?”
Soal Dato Yusuf . Dia lebih mengenali isterinya setelah hampir 34 tahun mereka
berumahtangga . Katanya boleh tahan pedas apabila dia marah .
“ Izah minta maaf , abang .” Tutur Datin Hafizah .
Dato Yusuf hanya mampu menggelengkan kepalanya .
“ Izah … Kalau ya pun tak suka tunggulah sampai abang
balik . Kesian menantu abang tu , dahlah tengah sarat …” Keluh Dato Yusuf .
“ Abang dah tahu Ree pernah kahwin dengan Sarah ?”
Datin Hafizah bersuara .
“ Abang dah lama tahu . Beberapa bulan selepas Dan
lahir . Abang upah penyiasat .” Jawab Dato Yusuf .
“ Walid … Ree rasa Ree tahu mana Sarah pergi .” Azree
pula bersuara sambil menekan telefonnya .
“ Mana ?” Soal Haris . Air matanya di sapu dengan
jarinya .
“ 2 hari lepas abang ada cakap dengan Dan . Dan cakap
dia di rumah Pak Teh . Setahu Ree , Abang Ijad duduk di Kelantan . Ris ?” Azree
bertanya kepada Haris samada betul ke tidak telahannya .
“ Walid … Ris tahu … Abang Ijad duduk di Kota Bharu .”
Haris bersuara .
“ Izah , Ris . Pergi kemas baju . Kita ke KB petang ni juga … Ree tempah tiket ke KB untuk
4 orang .” Arah Dato Yusuf .
“ Baik , walid .’ Jawab Azree .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Umi minta maaf . Umi yang salah . Sarah maafkan umi
, ye ?” Datin Hafizah memujuk Sarah .
“ Umi … Sarah dah lama maafkan umi .” Kata Sarah
sambil memeluk ibu mertuanya .
“ Terima kasih , Sarah .”
“ Sama-sama , umi . Umi … Sarah pun minta maaf juga
sebab tak berterus-terang dengan umi.”
“ Umi maafkan sayang …”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa bulan kemudian
“ Mama … kenapa adik tak bangun lagi ? Dan nak main
dengan Hakim dan Sofea …” Furqan bersuara .
“ Adik kan tidur . Nanti mereka bangun , Dan main
dengan mereka . Sekarang pergi tolong uncle and papa cuci kereta .
Sekejap lagi mama hidangkan kuih .” Sarah memberitahu anaknya .
“ Cucur jagung ke , mama ?” Soal Furqan lagi .
“ Hemm …” Sarah mengiyakan pertanyaan anaknya itu .
“ Sedapnya …sayang mama …” Pipi Sarah di cium Furqan
kiri dan kanan .
“ Sayang Dan juga …” Ucap Sarah sambil mencium pipi
anak sulungnya itu .
Kehidupan
mereka lebih bermakna setelah semua kekusutan telah berjaya di selesaikan .
Tambahan pula kehadiran anak-anaknya menambahkan seri dalam kehidupan mereka .
Kini Sarah amat bahagia di samping suaminya , Haris . Azree pula telah
bertunang dengan sepupu Kak Mira , Nur Jannah . Seorang ustazah seperti Kak
Mira , kakak ipar Sarah . Semoga Azree lebih mudah mendalami ilmu agama . Makbul
juga doa Datin Hafizah untuk melihat semua anaknya berumah tangga .
Alhamdulillah … Terima kasih , Ya Allah ….
-TAMAT-
Thanks 4 reading n comments . Saya nak bercuti ke Tioman next week . Cerpen ni untuk pengubat rindu korang . Pasal novel JTDS , kalau dapat sambutan baru saya nak jumpa publisher . So , sila beri pandangan anda sesuai ke tak nak buku kan ?
ReplyDeleteYa, sangat sesuai dibukukan. Saya vote..... Nak BUKU, plissss plisssss @_@
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteneed your click please. click this link http://tasks4job.com/?refer=151319 . im really appreciate. thx ;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKarya rosa mmg stiasa best...tima kasih..6ti kasi lagi
ReplyDelete