mawar putih

mawar putih

Thursday 19 January 2012

ALAMAK !! SUAMIKU 'STUDENT' KU 2


BAB 2
    Iskandar menghidangkan 4 pinggan spaghetti untuk makan malam , dia menaburkan sedikit keju di atas spaghetti tersebut . Hari ini gilirannya untuk memasak, sudah menjadi kebiasaan mereka memasak bergilir – gilir setiap hari walaupun masing – masing sibuk . Setelah siap , Iskandar memanggil rakan – rakannya untuk menjamu selera .
“ Abang Yazid , Abang Fairuz , Kal . Jom makan .”
“ Amboi … wanginya tak sabar nak makan ,” kata Fairuz .
“ Tengoklah sapa masak ,” Iskandar menepuk dadanya .
“ Untung sapa jadi bini hang nanti . Kalau busy hang boleh tolong masak .” Iskandar yang sedang meneguk air tersedak , kata – kata Haikal seakan - akan menyindirnya . Haikal sekadar tersenyum penuh makna .
“ Sudahlah Kal , jangan usik Is . Angkat tangan , abang nak baca doa ni .” Yazid mematikan usikan  Haikal .
   Mereka berempat menikmati makan malam dengan berselera . Iskandar terkenangkan pertemuannya dengan Syifa petang tadi . Mereka berdua membeli barang kelengkapan perkahwinan mereka yang akan berlangsung dalam masa 3 hari lagi . Setelah mengambil baju akad nikah di sebuah butik , mereka ke kedai emas untuk membeli cincin perkahwinan . Iskandar tersenyum sendirian , dia hanya menguis – nguis spagettinya yang tinggal separu lagi . Dia tidak menyedari yang gelagatnya di perhatikan oleh 3 orang sahabatnya .
“ Is , hang kena sampuk ka angau ? Senyum sorang – sorang . Ni mesti kes ingat kat Cik Syifa .” Haikal menegur .
“ Hah … ,” Yazid terkejut dengan penyataan Haikal itu .
“ Betul Abang Yazid , kawan kita Si Is ni dah angau dengan Cik Syifa ,” tambah Haikal .
“ Abang Fairuz baru ja ingat nak ngorat Cik Syifa tu . Tup – tup Is dah kebas .” Iskandar hanya mampu tersenyum , padahal hatinya gelisah hendak menyampaikan perkhabaran tentang perkahwinannya .
“ Betul ke Is ?” tanya Yazid untuk kepastian .
“ Betul  .” Iskandar bersuara serta mengangguk .
“ Melepas aku ,” keluh Yazid . Iskandar menarik nafas mencari kekuatan untuk menyampaikan perkhabaran tersebut .
Actually , kita orang dah nak nikah hujung minggu ni . Is minta jasa baik Abang Yazid , Abang Fairuz , Kal jadi saksi kita orang . Is mintak maaf tak cakap awal – awal sebab Is tak tau nak cakap macam mana ,”
“ Is , aku tak salah dengar kan ?” tanya Haikal .
Dak . Betul aku nikah hujung minggu ni . Tadi kita orang orang dah ambil baju akad dengan cincin . Kalau tak percaya Is call Syifa , nanti boleh tanya dia sendiri .”
“ Patutlah , aku tengok baju hang dalam almari tinggai sikit . Aku ingat hang juai ,” kata Haikal .
“ Aku pindah sikit – sikit . Nanti buku – buku aku ambil kemudian .”
“  Is , kenapa tergesa – gesa ? Abang tak dengar cerita pun korang bercinta . Tiba – tiba ja nak kawin . Entah – entah korang ‘teraccident’ ,” Yazid membuat kesimpulan . Belum sempat Iskandar membuka mulut , Fairuz menyampuk .
“ Aaa … Dah berapa bulan Cik Syifa tu pregnant ?”
“ Abang !!! Kalau tak percayakan Is sekalipun , percayalah Cik Syifa tu . Tak kan dia nak buat macam tu . Kalau tak nak pergi , cakap tak nak pergi tak payah tuduh – tuduh kita orang .” Marah Iskandar .
“ Is , sorry . Kami cuma curious ja ,” kata Yazid .
“ Aku tahu korang bercinta ,” Haikal bersuara dan menepuk bahu Iskandar .
“ Sebenarnya aku takut Syifa kawin dengan abang sepupu dia , sebab tu kita orang setuju nak nikah dalam masa terdekat ni . Mak Lang dia beria – ria nak jodohkan Syifa dengan anaknya , jadi Syifa cakap kita orang dah kawin and dia tengah pregnant . Tapi Mak Lang dia tak percaya , dia nak datang sini tengok kita orang .”
So , Mak Lang dia nak buat spot check la ni ?” tanya Haikal .
“ Aah … hujung tahun ni Mak Lang datang dengan anak dia .”
“ Is … Is … Kalau cakap awal – awalkan tak kena tuduh ,” kata Fairuz .
“ Patutlah tergesa – gesa , rupa – rupanya ada ‘misi rahsia’ .” Yazid tersenyum , Fairuz pula ketawa kecil .
“ Misi rahsia apa pulak , Abang Yazid ni .” Haikal keliru . Iskandar tersenyum lebar mengerti maksud mereka .
“ Ala Kal apa yang hang lambat ‘pick up’ sangat ,” Fairuz ketawa .
“ Kal … kawan kita ni kenalah kawin cepat – cepat , nanti tak sempat pulak nak buat anak . Kan Mak Lang dia nak mai check , nanti kantoi pulak .” Yazid bersuara .
“ Owh … ,” Haikal tersengih .
             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Syifa membelek – belek baju perkahwinannya yang berwarna putih gading . Walaupun bajunya tak seindah baju nikah selebriti tetapi bajunya tetap tampak cantik . Kain satin putih yang ditempel dengan ‘french lace’ berwarna perak menaikkan seri baju kurung moden tersebut . Kemudian dia meneliti baju Melayu milik Iskandar pula . Dia tersenyum manis .
“ Mesti handsome bila Is pakai nanti ,” ngomel hatinya .
   Syifa menarik laci meja solek , dia mengeluarkan sebuah kotak kecil yang mengandungi cincin perkahwinan mereka . Dia memerhatikan cincin tersebut , cincin emas putih yang bertakhtakan sebutir berlian akan disarungkan ke jari manisnya tidak lama lagi . Disebelah cincinnya terletak cincin Iskandar , kedua – dua cincin tersebut diukir dengan nama mereka berdua .
“ Tak lama lagi aku dah nak jadi isteri orang . Macam manalah nanti kehidupan aku ?” Syifa bermonolog sendirian sambil merebahkan badannya di atas tilam . Dia terkenangkan detik pertemuannya dengan Iskandar buat pertama kalinya .
            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Miss , sorry to interrupt . But I need a counselor right now .” Terkejut Syifa apabila seorang pemuda menerjah masuk ke pejabatnya .
“ I’m sorry , I’m counselor for Malaysian students only . Better you meet Prof . David , he in charge for European students .” Syifa tersenyum hatinya memuji kekacakkan pemuda tersebut .
“ Cik … sebenarnya saya student Malaysia . Papa saya Melayu , mama pula orang Sepanyol .”
“ Owh … jadi apa masalah awak En …..?”
“ Nama saya Muhammad Lisandro Iskandar . Cik boleh panggil saya Iskandar ataupun Is .”
“ Ok , Is apa masalah awak ?”
“ Cik … disebabkan saya tak study betul – betul pointer saya jatuh dan biasiswa saya ditangguhkan untuk semester ini . Jadi yuran pengajian untuk semester ini tak mampu saya bayar. Kalau boleh saya nak minta jasa baik Cik untuk buat rayuan dengan pihak JPA .”
“ Saya minta maaf , saya tak boleh tolong awak . Saya pun ada panduan yang pihak JPA and MARA berikan . Saya rasa awak lebih faham berbanding saya .”
“ Saya faham , Cik …tapi saya terdesak sangat – sangat .”
“ Kenapa tak minta bantuan family ? Awak nampak macam anak orang berada ja .”
“ Memang family saya orang berada tapi saya ada krisis sikit dengan family saya . Biar saya terus terang , Cik . Pelajaran saya merosot sebab saya selalu ‘clubbing’ , belanja ‘girls’ , poteng kelas dan tak buat assignment . Bila pointer saya jatuh , papa bising . Papa datang sini marahkan saya . Dah salah saya sendiri , saya terus terang ja dengan papa yang saya leka dengan hiburan . So , papa marah sangat dan dia tarik elaun saya . Papa suruh saya cari sendiri duit nak bayar yuran , dia tak kasi saya minta dengan abang atau mummy . Saya menyesal sangat – sangat. Cik tolonglah saya …”
“ Ada satu cara ja .” Syifa bersuara .
“ Apa dia , Cik ?”
“ Awak kena kerja .”
“ Saya tahu . Tapi dah banyak kedai saya tanya , semua sia – sia . Boleh tak  Cik tolong rekomen saya kerja ?” Iskandar berharap , matanya memandang tepat anak mata Syifa . Syifa mengalihkan pandangan .
“ Janganlah pandang aku macam tu . Serba salah pulak aku ,” desis hati Syifa .
“ Saya tolong awak tapi saya tak janji awak dapat kerja ke tak ? Nanti saya try tanya kawan – kawan saya ,” tutur Syifa .
“ Terima kasih , Cik .” Iskandar tersenyum manis .
“ Alahai …janganlah senyum lama – lama . Nanti jatuh hati pulak aku ,” ngomel hati Syifa .
“ Is , saya nak nombor telefon awak . Nanti apa – apa saya call ,” pinta Syifa , terukir sebuah senyuman dibibirnya .
“ Ya Allah . Cantiknya dia , patutlah banyak students syok kat dia . Sekali senyum pun dah rasa ‘dup dap dup dap’ jantung ni  .” Iskandar merenung Syifa , hatinya memuji kecantikan kaunselornya .
“ Is …. awak dengar tak ?” tutur Syifa .
“ Baik , Cik .”
   Dua hari telah berlalu semenjak pertemuannya dengan Iskandar . Dia masih belum menemukan sebarang perkerjaan buat penuntutnya itu . Ada yang jumpa tapi tidak sesuai pula dengan jadual belajar Iskandar . Syifa buntu memikirkannya , dia mengelamun . Deringan telefon bimbit menyedarkannya . Dia mencapai telefon dan berbaring di atas katil sambil tersenyum .
“ Hello .”
Hello , abang . Ada apa telefon Syifa ni ?”
“  Syifa , tolong abang . Please ….” Yusri merayu .
“ Kenapa abang ? Mak Lang sakit ka ?” Syifa risau .
“ Dak , mak sihat ja tapi abang ni rasa macam nak mati ja .”
“ Kenapa pulak ?”
“ Tadi abang dengar mak cakap dengan Mak Pah pasai nak nikahkan abang ….” belum sempat Yusri meneruskan ceritanya , Syifa mencelah .
“ Alhamdulillah , dapat jugak Syifa makan nasi minyak abang dengan Kak Ella .”
“ Ish … orang tengah cakap jangan menyampuk boleh dak ?” marah Yusri .
“ Ok .”
“ Masalahnya mak nak nikahkan abang dengan orang lain . Syifa pun tahu yang abang dah lama bercinta dengan Kak Ella .”
“ Syifa tahu . Tapi sapa dia yang Mak Lang berkenan tu ?”
“ Syifa .” Yusri berkata .
“ Ya , Syifa kat sini lagi . Abang continue ja Syifa dengar .”
“ Budak ni … Mak abang nak nikahkan kita berdua . Dia nak jadikan Syifa menantu dia . Faham….”
“ What !!!!” Syifa terjerit .
“ Hah … tau pun terkejut ,” Yusri ketawa .
“ Mana boleh macam tu , Syifa anggap abang macam abang kandung Syifa sendiri .”
“ Tu la abang telefon Syifa ni . Abang pun tak boleh pisah dengan Kak Ella . Nanti kalau mak telefon , Syifa cakap ja yang Syifa dah ada calon sendiri .”
“ Abang , Syifa mana ada calon … tak kan nak tipu Mak Lang kot ?”
“ Tipu jelah .”
“ Tapi ….”
So , Syifa nak jadi isteri abang?”
“ No . Never …”
“ Dah . Nanti mak telefon cakap ja dah ada calon . Abang nak letak dah , kering duit aku telefon hang ,” bebel Yusri .
“ Yus , hang sembang dengan sapa tu ?” Belum sempat menjawab telefonnya dirampas oleh ibunya .
“ Ish … mak ni macam polis pencen ,” kata Yusri sambil melangkah ke dapur .
“ Hello .”
“ Hai , Mak Lang .”
“ Bertuah punya anak , dia bersembang dengan Syifa tak bagi tau .” Mak Leha memarahi anaknya .
“ Syifa sihat ?” tanya Mak Leha .
“ Sihat . Mak Lang ?”
“ Sihat , sayang .”
“ Syifa … Mak Lang nak tanya sikit . Kalau Mak Lang pinangkan Syifa untuk Abang Yus , Syifa setuju dak ? Abang Yus hang dengar ja cakap Mak Lang .”
“ Err … Mak Lang. Syifa tak tau nak cakap lagu mana .”
“ Ni kiranya setujulah .” Tersenyum – senyum Mak Leha .
“ Mak Lang … Syifa sebenarnya dah ada orang yang punya .”
“ Kalau setakat boyfriend tak menghalang Syifa jadi menantu Mak Lang .” Tekad Mak Leha .
“ Tapi …. ,” Syifa gelisah .
“ Syifa … sayang dak kat Abang Yus ?”
“ Err … sayang , Mak Lang .” Gugup Syifa menjawab .
“ Hah … balik raya nanti kita buat kenduri na …” Mak Leha tersenyum lebar .
“ Ehh … tak boleh Mak Lang . Syifa tak boleh kawin dengan Abang Yus , Syifa sayang Abang Yus macam  abang kandung Syifa sendiri . Lagipun Syifa dah kawin nak ada baby dah ,” tutur Syifa tanpa berfikir , hanya itu yang terlintas dimindanya untuk menggagalkan rancangan ibu saudaranya .
“ Apa Syifa cakap ? Dah kawin , nak ada baby dah?” suara  Mak Leha meninggi .
“ Aah … Syifa mintak maaf tak bagi tau Mak Lang .”
“ Dah berapa bulan ?”
“ Baru lagi .”
“ Tau la baru lagi . Berapa bulan ?” marah Mak Leha .
“ Err … baru 3 minggu ,” kecut perut Syifa mendengar suara ibu saudaranya itu .
“ Hujung tahun ni aku nak pi tengok hang ,” tutur Mak Leha sambil mencongak bulan .
“ Baik , Mak Lang .” Syifa akur .
“ Mak ni kenapa ? Suara punya kuat sampai dapur dengar .” Yusri menegur . Mak Leha menjeling .
“ Nah , cakap dengan abang hang .” Mak Leha melangkah ke dapur dengan perasaan yang bercampur aduk antara marah dan kecewa .
“ Abang Yus , Mak Lang marah ka ?”
“ Aah …terima kasih , Syifa .”
“ Abang punya pasai la ni . Syifa pulak yang kena . Mana Syifa nak cari baby ? Abang diam jangan gelak , dah la orang tengah tension ni .”
“ Adikku sayang . Bukan salah abang tau , Syifa yang cakap lagu tu kat mak . Abang tak suruh cakap lebih – lebih pun . Macam ni lah , apa kata adik pi cari calon dulu . Nanti dah ada calon contact abang . Abang nak pi tengok akad nikah , lepas tu baru boleh buat baby .” Usik Yusri sambil ketawa .
“ Abang !!!!” Syifa mematikan talian , wajahnya merah menahan marah .
Hello … Dah letak rupanya .” Yusri ketawa kecil , dia berjaya mengusik sepupunya itu . Dia tidak menelefon Syifa kembali kerana dia tahu sikap adiknya itu . Bila marahnya reda , barulah dia akan menelefonnya untuk meminta maaf .

Wednesday 18 January 2012

NOVEL : ALAMAK !! SUAMIKU 'STUDENT' KU 1


NOVEL : ALAMAK !! SUAMIKU ‘STUDENT’ KU
BAB 1
   Haikal melangkah laju ke rumahnya , angin yang bertiup lembut mencengkam kulitnya tambahan pula kedinginan musim sejuk yang belum berakhir . Terketar – ketar jarinya membuka pintu rumah sewanya , suis lampu di petik . Kelibat rakannya tidak kelihatan , dia melangkah ke biliknya . Haikal menggelengkan kepalanya .
“ Woi Is , membuta ja kerja hang . Bangunlah !!” tempelak Haikal .
“ Ala Kal , kelas aku lewat lagi la . Bagilah chance aku landing dulu .” Iskandar bersuara .
“ Banyak cantik muka hang . Hang ni lupa ka buat – buat lupa ?”
“ Lupa apanya , betul la kelas aku petang nanti .”
“ Cik Abang Is …… you ada appointment dengan kaunselor setengah jam dari sekarang .” Haikal berbicara ala – ala lelaki lembut .
What !!!”
“ Ye , Abang Is …..” Haikal mengangguk .
“ Kal , stop it . Geli aku dengar .” Iskandar segera bersiap , dia hampir terlupa  nasib baik kawannya Haikal memperingatinya .
“ Woi , tak mandi ka ?”
“ Tak sempat , nanti  ‘buah hati’ aku ternanti – nanti pula .” Iskandar berseloroh sambil tersenyum .
“ Harapkan muka ja handsome  tapi segan mandi . Hang ni betui ka ada affair dengan kaunselor kita tu?” tanya Haikal .
“ Kenapa jealous ke ?”
“ Aku nak jealous ? Takdak makna . Lainlah hang nak ngorat tunang aku .”
“ Sayang sangatlah kat Watie dia tu .” Iskandar mengusik .
“ Sapa tak sayang tunang oi ……” Haikal tersenyum .
“ Dahlah aku gerak dulu . Kalau layan hang sampai bila pun tak habis .” Iskandar mengatur langkah ke universitinya . Terukir sebuah senyuman di bibirnya , telatah rakannya itu mengusik hatinya .
   Dia mengenali Haikal sejak setahun yang lalu semasa pendaftaran pelajar berlangsung . Haikal berasal dari utara tanah air , walaupun  berlainan loghat Haikal seorang yang baik . Pada mulanya memang sukar untuk dia memahami percakapan Haikal tetapi lama kelamaan dia pula yang terikut cara percakapan rakannya itu .
                             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Setibanya Iskandar di hadapan bilik kaunselornya dia menarik nafas  , jam di tangan menunjukkan pukul 11. 10 pagi . Dia telah terlewat selama 10 minit . Dia mengetuk pintu bilik kaunselornya .
TOK ! TOK ! TOK !!
Come in .” Iskandar memulas tombol pintu , dia meloloskan diri ke dalam pejabat kaunselornya . Pintu ditutup , ini kali kedua dia masuk ke bilik tersebut .
“ Selamat pagi Cik ,” sapa Iskandar .
“ Assalamualaikum ,” Syifa memberi salam dan senyuman manis .
“ Err … Waalaikumussalam ,” Iskandar membalas senyuman .
“ Sila duduk .”
“ Terima kasih .” Iskandar duduk berhadapan dengan kaunselornya .
“ Is , awak nak minum ke ?” tanya Syifa .
“ Err ….tak yah susah – susah Cik . Saya dah sarapan tadi ,” bohong Iskandar .
“ Tak susah pun ‘3 in 1’ je . Lagipun panjang lagi perbincangan kita ni .”
“ Cik dah ada solution  ke pasal kes saya ni ?”
“ Kalau saya cakap ada macam mana ?” Syifa mengangkat keningnya . Dia meletakan satu mug hot chocolate di depan Iskandar .
“ Betul ke , Cik ?” riak wajah Iskandar kelihatan ceria .
Yup . Tapi complicated sikit . Kiranya both of us akan dapat kebaikannya , bak kata orang business ‘win win situation’ .”
“ Kita ? Kenapa Cik pun terlibat ?”
“ Sebelum saya terangkan dengan terperinci . Awak kena janji yang perkara ini hanya kita berdua je yang tahu . Tiada orang ketiga . Awak boleh tolak cadangan saya kalau awak tak sanggup . Ok ?” Syifa memandang Iskandar sambil berpeluk tubuh .
“ Saya janji . Boleh Cik terangkan sekarang ?”
“ Ok , tapi jangan mencelah semasa saya bercakap . Perkara ini serious bukan main – main , dah banyak kali saya pertimbangkan kebaikan dan keburukannya serta risiko yang terpaksa kita ambil . Awak dah bersedia ?”
“ Dah ,” jawab Iskandar dengan yakin walaupun hatinya tidak tenang memikirkan apakah penyelesaian yang akan diutarakan oleh kaunselornya .
   Syifa melepaskan keluhan , betapa malunya dia hendak menyatakan perkara tersebut . Tetapi dia benar – benar terdesak , perkara ini tidak boleh ditangguhkan lagi jika tidak meranalah hidupnya .
“ Kita KAWIN .” Syifa bersuara tegas bagaikan seorang inspektor polis tetapi di dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa malunya dia .
“ Hah …” Iskandar terkejut .
“ YA ALLAH AKU KENA JADI PAK SANGGUP KA ?” desis hatinya .
“ Cik ….” Belum sempat Iskandar bertanya lanjut , Syifa bersuara .
Now listen to me.” Syifa menceritakan masalahnya kepada Iskandar . Dia menerangkan perancangannya dengan teliti . Mereka berbincang hampir 30 minit .
“ Sebelum awak buat keputusan , saya nak awak pertimbangkan betul – betul .” Syifa bersuara .
“ Cik , saya dah buat keputusan . Kita KAWIN . Lagipun saya tak rugi apa – apa .” Iskandar bersetuju .
“ Kalau itu keputusan awak , next week kita nikah . Di sebabkan awak setuju , saya bagi allowance € 500 every month .”
“ Alhamdulillah . Terima kasih Cik . Banyaknya duit Cik ? Dahlah tolong saya bayar yuran pengajian sekarang ada lagi tambahan .” Iskandar berseloroh .
“ Tak banyak pun . Kalau nak tampung kita berdua lebih dari cukup saya rasa .” Syifa menguntumkan senyuman .
“ Kalau begitu saya pun nak jadi lecturer .”
“ Baguslah , belajar betul – betul . Nanti saya boleh tengok – tengokkan awak study , lagipun saya masih study lagi .”
“ Cik , masih study ?”
“ Aah … saya dapat tawaran buat PhD , university tawarkan .” Iskandar mengangguk faham .
“ Cik , saya ada request .”
“ Apa dia ?”
“ Saya rasa formal sangat panggilan kita . Kita tukar , boleh ?”
“ Ok . Awak boleh panggil saya Syifa . Saya panggil awak Is , takkan nak panggil abang pula kan ,” Syifa ketawa kecil .
“ Apa salahnya , kita kan dah nak kawin .” Iskandar mengusik .
“ Is , awak pun tahu saya tua dari awak . Kalau setahun dua tak lah janggal sangat , tapi saya ni tua 4 tahun dari awak . I’m 25 and you pula baru 21 .” Wajah Syifa mencuka .
“ Saya tahu . Tapi Syifa tak nampak tua pun . Seriously .” Iskandar bersuara .
“ Dahlah . Awak takde kelas ke ? Nanti apa – apa hal I give you a call , mesej ke ….”
Ok , see you later .” Iskandar bangun dan menapak keluar dari bilik kaunselornya .
Bye .” Syifa tersenyum .

Monday 16 January 2012

CERPEN : DIA MAT REMPITKU


CERPEN : DIA MAT REMPITKU
“ Ish…keta ni buat hal pulak. Dahlah hari nak hujan ,” Yana membebel sendirian di dalam kereta Myvi pemberian ayahnya. Matanya melirik pada jam tangannya .
“Alamak ! Nak pukul 11 malam dah. Wahai keretaku cepatlah hidup .” Yana cuba menghidupkan enjin keretanya semula. Selepas beberapa cubaan keretanya masih gagal dihidupkan .
“ Kena naik teksilah jawabnya. Harap-harap teksi ada lagi .” Yana melangkah keluar dari keretanya. Dia meninggalkan keretanya di ‘parking lot’ Sunway Carnival . Dia mengatur langkah ke perhentian bas untuk menunggu teksi .
     Cuti-cuti semester begini, Yana lebih gemar bekerja untuk mencari pengalaman. Setiap kali cuti semester Yana akan bekerja di kedai roti ‘Bread History’. Sepatutnya Yana pulang pada pukul 9 malam tetapi dia diminta Rashidah untuk menemaninya menonton filem bersama teman lelakinya . Yana hanya menyetujui ajakan rakannya itu demi menjaga persahabatan mereka .
“ Ish..mana teksi ni ? Kalau aku tau nak jadi macam ni aku tak teman Shidah tadi . Dahlah hujan makin lebat,” Yana bersuara.
VROOM!! VROOM!! VROOM!! VROOM!!
“ Wei ‘gang’ singgah dulu, hujan ni. Aku tak bawa ‘raincoat’.” Pian berkata. Sebanyak 5 buah motosikal RXZ 150 YAMAHA memakir di hadapan ‘bus stop’ tersebut. Yana tersentak dek deruman enjin itu.
“ Patutla nak singgah sini. Ada awek rupanya. Selalunya main redah ja tak ingat dunia ,” Roy ketawa.
“ Hai, cik adik sorang je. Nak join boleh ? ” tanya Mus sambil mengenyitkan matanya . Yana kaku .
“Alamak! Bala apalah pulak ,” desis hati Yana . Sesungguhnya dia takut berhadapan dengan mat-mat rempit ini .
   Dia teringat akan Ash yang selalu mengganggunya saban hari dengan motosikal milik lelaki tersebut , sehingga rakan – rakan kuliah menggelarkannya ‘minah terdesak’. Walaupun dia mengenali Ash dari kecil ,tetapi mereka terputus hubungan apabila keluarga Ash berpindah ke KL . Dia tidak menyangka Ash benar – benar menjadi seorang mat rempit , dia ingatkan lelaki tersebut hanya main – main . Ternyata impian Ash selama ini ingin menjadi mat rempit tercapai . Lamunannya terhenti apabila satu suara menerjah gegendang telinganya .
“ Hoi , bro rileks la . Betoi ka dia ni orang , tadi aku tak nampak pun , jawab Pian teragak-agak.”
“ Hang ni Pian, gelabah tak tentu pasai. Sat aku ‘check’ ,” Mie menundukkan kepalanya ke bawah untuk melihat Yana . Ternyata ada kakinya.
“ Ok, line clear ,” Mie menjawab. Yana memeluk tubuhnya yang semakin menggigil kesejukkan serta ketakutan .
“ Sejuk ka cik adik ? Kalau sejuk abang boleh panaskan ….” Zack tersenyum nakal matanya meliar memerhatikan tubuh Yana , sesekali tangannya meraup rambutnya kebelakang .
“ Kalau tak cukup , kita orang pun boleh tolong .” Mus duduk disebelah Yana . Yana yang terkejut , bangun tiba – tiba . Berderai tawa sekumpulan mat rempit tersebut .
VROOM !! VROOM!! VROOM!!
   Sebuah motosikalsama jenis memakir dihadapan bus stop tersebut . Kelihatan seorang jejaka dengan raincoat menempatkan dirinya dikalangan mat – mat rempit itu . Helmetnya ditanggalkan ,matanya menilik wajah Yana .
“ Yana … buat apa kat sini ? Kenapa tak balik lagi ?” tanya Kimi .
“ Yana tunggu teksi ,” jawab Yana gugup .
“ Hoi , Kimi hang kenai ka awek ni ?” Pian bersuara .
“ Hampa kacau Yana ka ?” pertanyaan Pian dibalas dengan soalan .
“ Kimi , hang diam . Kalau nak join turn hang last , satgi kami nak buat kenduri doa selamat ,” Roy tersenyum .
“ Hampa gila ka ? Yana ni Abang Ash punya .” Kimi menjawab . Mereka terkedu , masing – masing menggelengkan kepala kecuali Zack .
“ Aku peduli apa … yang aku tau aku nak pompuan ni jugak ,” Zack bangun mendekati Yana . Yana berlindung dibelakang Kimi .
“ Zack , hang jangan naik hantu kat sini . Hang tu orang baru , hang tak kenai lagi sapa Abang Ash tu .” Pian menarik lengan Zack . Kimi mula tidak sedap hati , dia mendail nombor telefon milik Ash .
   Ash yang mendengar perkhabaran itu segera bergerak ke tempat yang di maksudkan oleh Kimi tadi . Enjin keretanya dihidupkan semula , dia memecut membelah kepekatan malam dengan kegusaran di hatinya .
“ Zack , mati hang aku cincang !!!” Ash menjerkah kuat .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Hujan yang semakin lebat menyaksikan pergelutan mereka menentang Zack . Kesemua mereka tumbang dek pukulan Zack , hanya Kimi yang masih bertahan tetapi dia semakin keletihan . Zack bagaikan hilang pedoman . Roy , Pian , Mus dan Mie telah hilang bersama motosikal mereka .
“ Yana … lari !!!” Kimi memberi arahan .
   Tanpa berlengah Yana berlari untuk menyelamatkan dirinya . Tetapi kakinya tersadung lalu terjatuh di atas jalan . Zack menjadi berang , dia berjalan menghampiri Yana dengan tawa yang kuat . Yana yang ketakutan cuba bangun , tetapi tidak Berjaya . Dia menangis . Zack menarik tudung Yana , lengan baju Yana direntap kasar terkoyak sehingga menampakkan lengannya yang putih . Zack mencengkam bahu Yana , dia ingin menolak tubuh Yana ke belakang . Silauan cahaya dan decitan bunyi tayar mematikan niat Zack .
“ Woi , anak haram . Baik hang blah sebelum aku cincang hang !!” tempik Ash . Zack bangun berdiri sambil mengepal penumbuk , sasarannya adalah Ash . Ash  menepis tumbukan Zack dengan sebelah tangannya . Dia berlalu mendekati Yana yang masih kaku .
“ Nessa ,” Ash memanggil . Yana tidak menjawab , dia masih kaku .
“ Baik hang blah sebelum aku hancurkan hidup hang !!” Ash mengcekak leher Zack .
“ Ingat , kalau hang tercuit bini aku lagi . Aku akan pastikan hang menyesal hidup kat dunia ni!!” mata Ash  mencerlun tajam . Zack berlalu sambil memecut motosikalnya . Kimi berlari mendapatkan Ash .
“ Thanks , Kimi .”
“ Tak dak hal lah kawan . Yana , macam mana ?” tanya Kimi .
“ Hang balik la dulu buh ubat . Nessa aku handle .”
“ Kesian aku tengok bakal bini hang ni , Ash . Trauma kot .”
“ Hang jangan risau , aku tau la nak jaga dia .”
“ Ok , aku blah dulu .” Kimi menunggang motosikalnya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nessa , are you ok ?” Yana masih kaku , otaknya buntu .
“ Nur Anessa Liyana .” Ash menguatkan sedikit ton suaranya . Yana bagaikan tersedar .
“ Jangan dekat aku ,” Yana bersuara terketar – ketar sambil mengesot .
“ Nessa , ni abang . Nessa selamat .” Ash menarik lembut tangan Yana untuk membantunya bangun .
“ Auch …” Yana terjerit tatkala kakinya menyentuk jalan . Dia terduduk .
“ Kaki Nessa terseliuh ni ,” Ash memegang kaki Yana .
“ Abang papah Nessa na ?” Ash bertanya . Yana hanya mengangguk .
“ Adoi …” Yana terjerit lagi . Mereka berdua sudah lama bermandikan hujan , lencun baju mereka . Jika berlama lagi mungkin akan demam .
“ Nessa …. Izinkan abang .” Ash mendukung Yana ke keretanya . Yana terkedu dengan tindakan drastik Ash . Ash memandu mengharungi hujan yang semakin lebat .
                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ni keta sapa ?” tanya Yana setelah membisu beberapa minit .
“ Keta abang la .”
“ Mana abang dapat duit beli Lancer ni ? Abang juai dadah ka ?”
“ Nessa … abang beli dengan duit yang halal tau .”
“ Setakat jadi katering mana cukup duit nak beli keta ni .” Yana merendah – rendahkan kemampuan Ash .
“ Nessa , jangan pandang abang sebelah mata . Walaupun abang mat rempit . Keja katering ja , abang mampu pakai keta ni .”
“ Orang macam abang ni tak dak wawasan .” Yana memperkecilkan golongan mat rempit .
“ Sebab tu ka Nessa tolak pinangan abang ?”
“ Aah … Nessa tak suka orang yang tak educated macam abang ni . Ada hati nak kawin dengan Nessa , tah – tah PMR pun tak ambik .”
“ Kalau macam tu , kita balik rumah abang . Nanti Nessa tengok sendiri abang educated ke tak?” Ash memusingkan keretanya kembali untuk ke rumahnya yang terletak di kawasan Bukit Jambul. Niatnya mati untuk menghantarkan Yana pulang .
“ Abang , hantar Nessa balik nanti ayah marah .”
“ Nessa , jangan tipu abang . Abang tau ayah dengan mak tak dak kat rumah . Depa pi Kelantan kan  ?”
“ Abang , Nessa nak balik . Kalau abang tak patah balik , Nessa terjun kereta !!” Yana bertekad . Sungguh dia takut dengan situasi ini . Hatinya berdebar – debar , otaknya ligat memikirkan semua kemungkinan yang akan berlaku .
“ Terjun la kalau boleh . Abang dah lock pintu .” Ash tersenyum sinis sanbil tangannya memperlahankan aircond . Sejuk .
“ Nessa jerit nanti .” Yana tidak mahu mengalah .
“ Jeritlah abang tak kisah . Lagipun dak orang nak dengar plus cermin keta ni gelap ,” usik Ash .
“ Tolong !! Tolong !! Tolong !!” Yana menjerit kuat .
“ Nessa , diam !! Abang cium karang .” Wajah Ash kelihatan serius . Yana terdiam tanpa suara terkejut dengan tempikkan Ash .
                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Yana hanya membatukan dirinya , sesekali dia memandang Ash . Mereka telah menyusuri Jambatan Pulau Pinang . Kini , Ash sedang membelok ke kawasan perumahan berdekatan Bukit Jambul . Ash , memperlahankan keretanya apabila sampai di hujung jalan . Remote pintu pagar di tekannya , dia memakirkan kenderaannya di bawah porch . Enjin kereta dimatikan , Ash turun membuka pintu untuk Yana . Yana masih tidak berganjak , Ash menarik tangan Yana supaya mengikutnya . Pintu rumah dibuka , Ash melangkah masuk ke dalam rumah . Yana hanya berdiri di muka pintu , dia tidak mahu melangkah masuk .
“ Nessa … masuk cepat ,” arah Ash .
“ Tak mau ,” jawab Yana . Ash mengerti akan perasaan Yana itu .
“ Masuklah , abang bukannya jahat .”
“ Tak mau .” Yana masih berkeras .
“ Tak kan nak salin baju kat sini . Depan pintu rumah . Kalau Nessa tak kisah , abang pi ambik baju sat ,” Ash berlalu . Yana berfikir sebelum bersuara .
“ Abang … tunggu . Nessa masuk .” Yana melangkah masuk ke dalam rumah .
“ Jom , naik atas .” Ash menarik lengan Yana . Yana merungkai pautan .
“ Nessa sayang …. Kalau tak naik atas macam mana nak ambik baju . Lagipun bilik kat bawah ni tengah renovate , master bedroom ja yang dah siap . Baju abang semua kat atas .” Terang Ash . Yana mengekori Ash ke tingkat atas . Pintu bilik dikuak , Yana melangkah masuk .
“ Abang … ni rumah sapa ?” tanya Yana .
“ Rumah kita la . Abang baru ja beli , ingat nak dok sini lepas kita kawin .” Ash mengambil tuala dan baju dari dalam almari . Baju diletakkan diatas katil . Tuala diberikan kepadaYana .
“ Nessa pi la mandi dulu , nanti demam pulak . Abang mandi kat bawah . Nanti Nessa boleh find out abang ni educated ka dak . Jawapan dia ada dalam bilik ni .” Ash berlalu , Yana membisu .
“ Apa – apa jelah , yang penting aku mandi dulu . Tak selesa macam ni ,” gumam Yana sambil melangkah ke bilik air .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Yana melangkah keluar dari bilik air dengan hanya berkemban . Dia mencapai baju kemeja lengan panjang yang diletakkan diatas katil lalu menyarungnya ke badan . Matanya tertancap pada sekeping foto yang segak bergaya di dinding bilik tersebut .
“ Abang Ash ,” gumam Yana . Matanya meneliti setiap foto yang menampilkan gambar graduan tersebut .
“ Ni gambar masa ijazah , ni pulak master , ni PhD . OMG !!” Yana terduduk diatas katil .
“ Ya Allah , malunya aku . Dah la aku kutuk dia , tak sangka mat rempit pun ada PhD dari Universiti Adelaide pulak tu . Patutlah muka dia familiar sangat , rupanya dialah penceramah motivasi tu . Dr Ammar Ashraf , patut la tak Nampak dia keja .”
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Ash mencapai telefonnya lalu mendail suatu nombor . Dia tekad untuk menjadikan Yana sebagai miliknya , dia sudah letih mengejar cinta Nur Anessa Liyana . Pintu pagar di biarkan terbuka .
TOK!! TOK!! TOK!! TOK!!
   Ash tersenyum lebar , inilah yang dinantikannya . Dia hanya bertuala ketika bunyi ketukan di pintu rumahnya . Ash membuka pintu utama .
“ Assalamualaikum , kami dari JAIPP . Kami terima aduan yang rumah ni terlibat dengan kegiatan maksiat . Kami harap encik beri kerjasama ,” kata salah seorang lelaki tersebut . Ash hanya mendiamkan diri . Yana membuka pintu bilik sebelum menjerit memanggil Ash .
“ Abang Ash !!!” Yana menjerit . Ash terkejut dengan laungan tersebut segera menapak ke dalam rumah .
“ Kenapa abang tipu Nessa ? Kenapa tak cakap yang abang ni terlebih educated ?” Yana menyoal dari tingkat atas , dia terlupa bahawa dirinya hanya menyarungkan sehelai kemeja berwarna ungu . Ash terlopong melihat Yana .
“ Cik , kami datang buat pemeriksaan .” Seorang lelaki bersuara . Yana terkedu , apa yang sering dibacanya dalam novel kini terjadi kepadanya . Yana memandang Ash , tiada riak di wajah Ash itu . Tiba – tiba pandangan Yana semakin kelam , dia terjelepuk ke lantai .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Yana menitiskan air matanya , setelah sah bergelar isteri kepada Mohd Ammar Ashraf . Cincin disarungkan ke jari manisnya , dahinya dikucup Ash .
“ Dah la tu sayang …nati abang pujuk ayah . Ok ?” Ash berbisik ke telinga Yana sambil tersenyum . Telinga Yana masih terngiang – ngiang kata ayahnya .
“ Ayah tak sangka Yana sanggup buat macam ni . Orang datang minang dengan elok dia tolak . Tup – tup kena tangkap , mulut kata tak mau tapi ….” Pak Sulaiman menggelengkan kepalanya .
“ Dah , esok ayah nak hang nikah dengan Ammar .” Putus Pak Sulaiman .
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN
“ Kenapa , abang tak cakap dari awal yang abang ni educated ?” tanya Yana .
“ Dah sayang tak tanya ? Sayang tau kutuk ja …” Ash mencium pipi Yana .
“ Dah namanya mat rempit buat habis current ja kalau tanya .”
So , sekarang camna sempoi tak abang ?” Yana tersenyum .
“ Sempoi sangat …. Abanglah mat rempitku plus terlebih educated .” Yana ketawa sambil mencubit lengan Ash .
“ Nessa sayang abang tak ?” tanya Ash .
“ Sayanglah … kalau tak …” Yana mendiamkan diri .
“ Kalau tak apa ?” Ash mengulang ayat isterinya itu .
“ Tak dak apa la .”
“ Sayang , cakap cepat . Sayang sembunyikan sesuatu ka ?”
“ Err … Mulai sekarang , abang kena hantar dan jemput Nessa dengan keta ja . No more bike . Nanti tak selesa pulak ‘orang kat dalam’ ni .” Yana mengusap perutnya dengan senyuman . Ash bangun menghampiri Yana , dia memeluk isterinya .
“ Betui ka sayang ?” Ash meletakan tangannya pada perut Yana . Yana mengangguk .
              +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yana …. Betui ka hang kawin dengan mat rempit tu ?” tanya Fikri .
“ Aah …”
“ Kenapa tak tunggu aku ?”
“ Hang ni kenapa ? Kan hari tu aku dah cakap tak suka hang .”
“ Tapi kenapa mat rempit ? Dah tak dak orang lain ka ?”
“ Awat ? Hina sangat ka mat rempit  , depa pun orang jugak .”
“ Aku rasa hang terkena jampi .” Fikri membuat pernyataan .
“ Sudahlah Fik . Hang ingat aku buta ka nak pilih mat rempitntak berjenis . Aku pilih yang cukup pakej macam laki aku tu . Mat rempit yang educated bab duniawi dan ukhrowi plus handsome .”
Educated takat SPM , buat apa .” Fikri berkata sinis .
“ Woi , mulut hang aku cabai sat gi . Laki aku tu belajar sampai PhD tau bukan macam hang . Rempit tu hobi dia ja , tu pun salah ka ?” marah Yana . Fikri terlopong .
“ Hoi , hang kacau bini aku lagi siap hang .” Ugut Ash . Fikri angkat tangan menyerah , terjegil biji matanya  melihat kereta BMW Z4 itu .
“ Fik , Dia Mat Rempitku …. “ laung Yana tanpa rasa malu , sebelum masuk ke dalam kereta .
“ Sayang abang nampaknya ,” Ash menduga .
“ Mestilah , abangkan husband Nessa .” Yana tersenyum manis , dia mencium pipi Ash . Ash mengucup dahi isterinya . Mereka berdoa agar jodoh mereka berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat .
                       
                           - TAMAT -