BAB
13
Adrian memerhatikan penampilannya di dalam
cermin . “ Kacak juga aku ,” desis
hatinya . Dia terkenangkan pertemuannya dengan Encik Bellardo , dia tidak akan
mensia – siakan peluang yang diberikan . Malam
ini dia bakal bertemu dengan pelabur – pelabur terkenal di majlis
anjuran Encik Bellardo sempena pembukaan hotel barunya . Adrian melangkah
keluar apabila berpuas hati dengan penampilannya .
Adrianna menggayakan gaun yang di pakainya
dihadapan cermin . Dia suka rekaan gaun tersebut tampak elegance dan ringkas . “ Pandai papa pilih ,” detik hatinya . Setelah
yakin dengan penampilannya, dia turun ke ruang tamu . Adrianna melihat papanya
sudah berada di situ menunggunya.
“ You looks beautiful my dear ,”
Encik Bellardo mencium tangan puterinya .
“ Thanks papa . You looks handsome
too ,” balas Adrianna sambil tersenyum .
Adrianna dan papanya beriringan ke muka
pintu . Selepas beberapa minit perjalanan ke majlis tersebut,akhirnya mereka
sampai di hadapan pintu utama hotel . Adrianna memegang lengan papanya , dia
tidak biasa berhadapan dengan flash kamera yang menghujani dirinya saat ini .
Papanya mengerti . Mereka segera melangkah ke dalam lobi hotel .
Adrian amat gembira berada disitu . Dia
menantikan kemunculan Encik Bellardo . Dari jauh Adrianna ternampak kelibat
Adrian . Pandangan mereka bertaut , tatkala itu Adrianna memperkemaskan pautan
pada lengan papanya . Seakan mengerti papanya tersenyum melihat reaksi
puterinya itu . Adrianna diperkenalkan dengan rakan – rakan papanya . Ramai
juga teman papanya , naik lenguh tangan Adrianna berjabat salam .
Akhirnya , papa Adrianna memperkenalkan
Adrian kepada Adrianna . Pandangan Adrianna ditundukkan apabila Adrian
menghulurkan tangan untuk berjabat salam .
“ Well, Eddy . This is Sofia , and
Sofia this is Eddy ,” kata Encik Bellardo .
“ I’ll go first ,”
Encik Bellardo meninggalkan Adrianna dan Adrian apabila seorang rakan
melambainya . Selepas Encik Bellardo
berlalu , kedua – dua mereka bertanya serentak .
“ What are you doing here ?”
kata mereka serentak .
“
I memang patut kat sini , tapi you …… kenapa kat sini ?” Adrian menyoal
Adrianna dengan sinis .
“
You tak nampak ke I datang dengan siapa ? Atau you dah buta ……..” kata Adrianna
sambil ketawa kecil.
“
Owh ….. inilah kerja you , melayan orang tua berharta . I dah agak yang you
sama macam perempuan lain .”
Belum sempat Adrianna membalas kata – kata
Adrian , papanya datang dan memperkenalkan jurufoto untuk iklan mereka .
Adrianna dan Adrian berjabat tangan dengan jurufoto tersebut . Sudah tiba
masanya untuk acara perasmian Encik Bellardo menarik tangan Adrianna mengikuti
langkahnya . Kemesraan Adrianna dan Encik Bellardo menyesakkan jiwanya , tapi
dia keliru .
“
Tak kan aku ada perasaan dekat perempuan macam tu ?” Adrian bermonolog
sendirian .
Setelah majlis selesai , Encik Bellardo
mendekati Adrian sambil tersenyum . Dia berbual – bual dengan Adrian . Adrianna
tidak turut serta , hatinya terbakar dek kata – kata Adrian tadi .
“ So , Eddy pack your things and I
will send you a car . Ok ?” tanya Encik Bellardo .
“ Ok ,”
jawab Adrian .
No comments:
Post a Comment