mawar putih

mawar putih

Sunday, 14 December 2014

CERPEN : GADIS KEROPOK LEKOR


CERPEN : GADIS KEROPOK LEKOR

“ Mama tak peduli, kamu mahu atau tak ? Tahun ni juga kamu kena kahwin. Kalau kamu takde calon, mama ada calonnya. Pokoknya tahun ni mama nak menantu.” Arah Tengku Zahra. Anaknya diam membisu.
“ Betul kata mama kamu tu … Sampai bila kamu nak membujang? Adik-adik kamu semua sudah berumahtangga. Sudah tiba masanya kamu galas tanggungjawab, Zaf.” Kata Tengku Fattah.
“ Tapi …” Tengku Fayruz Zafri bersuara. Tetapi Tengku Zahra memotong bicara anaknya itu.
“ Keputusan mama muktamad. Bawa calon kamu dalam tempoh sebulan. If there’s no one been introduce to me. Hujung tahun kamu nikah dengan Farah anak kawan mama. Farah tu dah lama tergila-gilakan kamu. Faham ?” Tegas arahan yang keluar dari mulut Tengku Zahra. Dia tahu anaknya itu cukup fobia apabila mendengar nama Farah.
“ Farah? Never. Ok, Zaf janji hujung bulan ni Zaf bawa menantu mama.” Zafri berkata. Dia bingkas bangun, kaki di atur menuju ke muka pintu.
“ Tu nak ke mana pula?” Soal Tengku Zahra.
“ Nak cari menantu mama lah …” Laung Zafri. Tengku Fattah menggelengkan kepalanya. Pantang di tegur …
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana aku nak cari ni …” Zafri merungut. Radio di matikan. Dia memandu tanpa arah tuju. Berkali-kali roundabout di pusingnya. Masih terngiang-ngiang kata mamanya tempoh hari. Ingatkan balik KL hari tu nak bermanja dengan mamanya, alih-alih kena tazkirah. Masuk kali ketiga roundabout Persiaran Gurney di tawafnya. Tiba-tiba wajah mulus si gadis menyapa ingatannya. Zafri tersenyum manis …
“ Aku simpan tak contact number dia? Harap-harap adalah …” Desis hati Zafri. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memandu pulang ke kondominiumnya.
   Beberapa minit kemudian, Zafri sampai ke rumahnya. Padahal rumah dekat je … Traffic jam … Biasalah malam-malam begini ramai yang masih mencari makan, tambahan pula kawasan rumahnya memang strategik. Keretanya membelok ke sebelah kanan, terpampang nama kediamannya 8-Gurney. Tabik spring di berikan pak guard, Zafri menurunkan cermin keretanya. Senyuman di lemparkan sambil mengangkat tangan. Orang berbudi, kita berbahasa…
   Sejurus pintu rumah di buka, kakinya melangkah ke dalam kamarnya. Habis semua kotak di bukanya. Segala buku-buku yang di telaahnya dulu di singkap. Maklumlah sudah bertahun di tinggalkan. Akhirnya, dia menjumpai sebaris nombor tersebut. Zafri tersenyum. Sesungguhnya jodohnya dan si gadis masih kuat walaupun hampir setahun terpisah.
“ Jumpa juga akhirnya. Kat sini kau menyorok, ye …” Omel Zafri. Buku International Corporate Finance di angkatnya. Lantas nombor tersebut di dailnya.
                         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kenapa Tengku nak jumpa saya?” Soal Afaf Sofia.
There’s a lot of things to discuss.” Jawab Tengku Zafri.
“ Cakap jelah sekarang. Saya takde masa nak ke sana .. Banyak lagi kerja saya nak buat.” Kata Afaf Sofia. Malas dia mahu bersemuka dengan Zafri.
“ Afaf !! Jangan sampai aku datang heret kau. Kau nak? Biar pakcik dengan makcik kau tahu tentang kita?” Ugut Zafri. Afaf mengeluh.
“ Encik Tengku. Saya tak takut dengan Tengku. What happened between us won’t affect me anymore. I don’t care. Buatlah apa yang Tengku suka…” Afaf bersuara sebelum mematikan talian. Menyampah … asyik nak mengugut je, kerjanya …
“ Afaf Sofia !!” Laung Zafri. Telefonnya di campakkan ke atas katil. Geram dengan layanan gadis itu .
“ Ok, kau ingat aku main-main ye? Esok tahulah kau langit tinggi ke rendah?” Kata Zafri. Bantal di tumbuknya.
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum … saya datang sini nak cari Afaf Sofia. Dia ada tak, pakcik ?” Soal Zafri. Peluh di sekatnya. Mahu tak berpeluh, teksi tinggal tepi jalan besar je … Jadi, terpaksalah dia menapak ke sini.
“ Anak nih sapo? Kawe si Afaf ko, si Reezal?” Soal Pak Zaid. Pakcik si Afaf. Motosikal yang baru hendak di hidupkan di tongkat semula.
“ Dua-dua kawan saya, pakcik. Kami seuniversiti dulu. Sama-sama belajar kat Australia …” Jawab Zafri. Nasib baik faham apa yang di tuturkan pakcik ni …
“ Gapo ke mari?”
“ Ada hal sikit nak bincang dengan Afaf, pakcik.” Zarif berkata. Dia berlindung sedikit di garaj tersebut. Terik pula sang mentari hari ini ..
“ Mari nek dulu. Kita bince dale .” Pelawa Pak Zaid. Zafri mengekori Pak Zaid, dia menapak ke atas dengan beg di galasnya.
“ Yah, bacuh kopi. Ni, kawe Afaf mari …” Laung Pak Zaid setelah duduk di sofa rotan itu. Zafri hanya tersenyum.
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang, Kak Afaf ada kat dalam. Abang carilah, ye . Man nak pergi main bola.” Ujar Aiman. Cucu jiran Afaf. Maklumlah cuti sekolah … pakat balik kampung …
“ Ehh … Man . Abang nak balik dengan sapa nanti?” Laung Zafri.
“ Kak Afaf ada …” Sayup kedengaran suara Aiman.
“ Ish … budak ni ..” Desis hati Zafri. Kedai keropok lekor itu di pandangnya. Besarnya kedai… Nak cari Afaf macam mana? Zafri menapak ke arah kaunter jualan.
“ Makcik, saya nak cari Afaf. Dia ada ke ?” Soal Zafri.
“ Afaf ?” Soal makcik itu kembali. Sudahlah sibuk melayan pembeli … kurang pendengaran sikit …
“ Afaf Sofia, anak saudara Pak Zaid.” Kata Zafri.
“ Owh … boss. Dale …” Kata makcik itu sebelum membawa Zafri ke dalam.
“ Afaf jadi boss keropok lekor ke? Ada degree tapi jadi boss tempat macam ni je? Apa barang? Tak challenging lansung …” Desis hati Zafri. Hidungnya di picit sedikit untuk mengurangkan bau ikan yang menusuk hidungnya.
“ Boss !!” Laung makcik itu.
“ Kak Bedah. Dah bapo kali Fia khoyat jange pangge boss.” Kata Afaf tanpa menoleh.
“ Biar betul? Takkan tu Afaf? Pasal apa selekeh sangat…” Komen Zafri. Mana tak hairan? Boss turun padang dok menguli keropok lekor. Dah tak macam orang …
“ Ni, abe lawo dok cari …”
“ Hah …” Terkejut Afaf , dia menoleh. Seraut wajah Zafri memenuhi pandangannya.
“ Ya Allah , bala apa pulak ni …” Desis hati Afaf.
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aku nak kau ikut aku balik Penang.” Sebaris ayat keluar dari mulut Zafri.
“ Kenapa pula Tengku? Saya tak nak.” Kata Afaf. Pandangannya di halakan ke laut. Malas nak pandang muka baran jejaka tersebut.
“ Aku tak kira. Kau kena ikut aku juga. Aku dah tempah tiket petang esok kita fly.” Zafri memandang Afaf. Wajahnya kelihatan serius.
“ Saya tak nak.” Afaf bertegas. Matanya sedikit di jegilkan. Zafri tersenyum.
Fine. Kau jangan salahkan aku kalau pakcik dan makcik kau tahu yang kau ni bukan anak dara lagi …” Tutur Zafri dengan nada sinis. Afaf mengepal penumbuknya.
“ Ok, saya ikut. Tapi, Tengku tahu apa yang jadi antara kita bukan salah saya. Salah Tengku. Saya tak nak perkara ni berbangkit lagi.” Afaf menahan marahnya. Dia yang menjadi mangsa tetapi dia pula di ugut. Pelik ..
                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kita naik ni ke?” Soal Afaf. Terkejut … Motosikal berkuasa tinggi itu di pandangnya.
“ Kenapa?”Zafri sibuk memakai helmet.
“ Kenapa tak naik kereta? Teksi ke?” Afaf menyoal. Kalau dia tahu takdelah dia nak bawa beg besar. Nasib baik dia pakai jeans.
 Sini, Penang. Aku taknak kita stuck dalam traffic. Lagipun, parking moto senang . Tak payah bayar …” Kata Zafri dengan selambanya dia memakaikan helmet kepada Afaf.
“ Kedekut. Pasal parking pun berkira …” Omel Afaf.
“ Kau cakap apa?” Zafri seakan terdengar bicara Afaf itu.
“ Ni, beg …”
“ Itulah kau. Aku dah pesan suruh bawa beg kecil je. Kau hentam beg gedabak ni … Meh, sini beg tu. Kau galas beg aku.” Bebel Zafri. Beg di tangan Afaf di ambil. Beg tersebut di letakkan di hadapannya, siap ikat lagi di tangki minyak. Afaf pula mengalas beg Zafri.
“ Naik cepat.” Arah Zafri. Afaf teragak-agak untuk naik. Tinggi …
“ Ehh … takde tempat pegang ke? Nak pegang apa ni …” Kata hati Afaf. Zafri dapat menebak perilaku Afaf itu. Dia tersenyum tepi.
“ Kau peluk aku kejap-kejap. Aku bawa laju ni … Jatuh tak tahu ..” Zafri bersuara. Enjin di hidupkan. Minyak di pulas 2,3 kali. Motosikal menderum kuat. Afaf terkejut, pinggang Zafri di peluknya.
“ Sedap rupanya kena peluk gini …” Desis hati Zafri. Senyuman terukir di bibirnya.
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aku nak kau duduk sini. Ni bilik kau.” Zafri menuding bilik yang bertentangan dengan biliknya. Afaf membuat mimik muka. Menyampah dengan sikap Zafri yang suka mengarah-arahkan orang … Zafri perasan akan tingkah Afaf itu.
“ Sekali lagi kau buat begitu, kita sebilik. Mahu?” Soal Zafri. Afaf menggelengkan kepalanya.
“ Tak nak.” Jawab Afaf. Dia berundur beberapa tapak menjauhi Zafri. Zafri menilik jam tangannya.
“ Aku bagi kau sejam dari sekarang. Lepas Isyak kita keluar makan.” Kata Zafri lebih berbaur arahan.
                               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Sudah seminggu mereka tinggal bersama. Afaf hanya terperuk di rumah sahaja. Semenjak Zafri membawanya berjumpa keluarga Zafri 3 hari yang lalu, barulah dia mengetahui tujuan asal Zafri membawanya tinggal bersama. Pandai Zafri berpura-pura, macamlah mereka ini loving couple. Habis kisah 3 tahun lalu tersingkap …
   Ibu bapa Zafri hanya memandang wajahnya apabila Zafri sibuk bercerita perihal mereka. Afaf gugup apabila di soal Tengku Zahra, Zafri beriak selamba. Tangan Afaf di genggamnya, memberi kekuatanlah gamaknya … Tetapi hampeh, bukan nak beri sokongan. Ambil kesempatan adalah, mana taknya siap usap-usap lagi tangan Afaf. Tahulah tangan dia lembut…
“ Aku nak resume kau.” Kata Zafri. Terkejut Afaf yang sedang mengacau sos black pepper di dalam periuk. Tersedar dia dari lamunan 3 hari yang lalu.
“ Dah balik pakcik ni …” Desis hati Afaf sambil meletakkan tangannya di dada.
Resume?” Soal Afaf. Api di tutupnya.
“ Aku nak kau jadi PA aku. Mama dah keluarkan tawaran jawatan kosong last month. Lusa interviewnya. So, aku akan ambil kau as my PA.”
Resume ada tapi …”
“ Apa?” Soal Zafri. Tie di longgarkannya. Dia menapak ke dapur mendekati Afaf.
“ Tak print lagi …” Jawab Afaf gugup. Zafri menjenguk menu makan malamnya. Chicken chop
“ Bagus mendengar arahan …” Desis hati Zafri.
Printlah dekat bilik kerja aku tu ... Takkan itu pun aku nak ajar. Ke kau nak bermanja dengan aku …” Kata Zafri. Tangannya mengenggam lengan Afaf. Zafri senyum nakal, Afaf di tarik ke dalam dakapannya.
“ Teng … Tengku …” Afaf bersuara, dia gugup dengan aksi Zafri. Afaf memejamkan matanya apabila Zafri mula mendekati wajahnya. Pipinya di alihkan kekiri. Zafri ketawa.
“ Tak payahlah pejam mata segala. Kau ingat aku desperate sangat ke ? Kalau aku nak, aku minta je dengan kau. Bukannya kau boleh lari pun? Ingat !! Kau tu hak aku …” Tutur Zafri sebelum mencium pipi gebu milik Afaf. Dia tersengih sambil melangkah ke biliknya. Afaf tergamam.
“ Benci !! Sikit-sikit ugut orang. Tahulah aku ni hak dia. Tapi …” Desis hati Afaf. Otaknya terfikirkan sesuatu.
“ Hish … geram !!” Luah Afaf. Asyik di buli je …
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nah, kau pakai baju ni esok. Aku hantar kau pergi temuduga. Aku ada meeting dengan supplier, pukul 11 baru aku ada di office.” Zafri memberitahu Afaf semasa mereka sedang menonton tv. Afaf menarik sepasang baju keluar dari beg tersebut. Terlopong mulutnya …
“ Tengku … takkan saya kena pakai baju ni esok ?” Soal Afaf. Baju tersebut di beleknya. Jarang … walaupun kain satin …
“ Pakai jelah, aku dah belikan ….” Malas Zafri menjawab. Orang tengah fokus tengok cerita koboi ni …
“ Saya tak nak pakai baju ni … Saya nak pergi interview bukannya pergi jual body …” Kata Afaf. Wajahnya memerah …
“ Ehh … kau ni kenapa degil sangat? Aku kata pakai, pakai …” Zafri kehilangan bicara apabila terlihat baju di tangan Afaf. Mak ai … Seksi ..
“ Tengku ingat saya ni takde maruah ke ?” Afaf mencampakkan baju tidur paras peha tersebut kepada Zafri. Dia ingin segera berlalu, takut perasaan marahnya tidak terkawal. Buat tambah dosa je kalau dia bertelagah dengan suaminya ini …
“ Kau berhenti !!” Laung Zafri. Baju tersebut di kutipnya sebelum Afaf di dekatinya. Afaf kaku. Tangannya di genggam, baju tersebut di letakkan di atas telapak tangannya.
“ Kau ingat aku mereng ke nak suruh kau pakai baju ni? Baju ni memang untuk kau, tapi kau boleh pakai depan aku je …” Tutur Zafri perlahan. Afaf menelan liur. Cuak …
“ Tahu takut …” Desis hati Zafri.
“ Ni, bajunya. Lain kali periksa betul-betul …” Zafri meninggalkan Afaf di ruang tamu setelah menghulurkan beg tersebut buat kali keduanya.
“ Huh … sakit jantung kalau selalu macam ni … Dah tahu orang takut dengan dia . Janganlah dekat sangat …” Afaf mengomel. Pandangannya di halakan ke arah pintu bilik Zafri.
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nur Afaf Sofia …” Panggil kerani yang bertugas.
“ Ye, saya.”
“ Cik boleh masuk sekarang.” Kata kerani tersebut dengan senyuman.
“ Terima kasih.” Ucap Afaf dengan senyuman. Perasaan malunya masih bersisa. Apa tidaknya? Sudahlah datang lewat … Orang dah tutup pun waktu pendaftaran. Nasib baik setiausaha Zafri menegurnya. Jadi, dapatlah dia menghadirkan diri. Kalau tidak dah tentu dia di rumah sekarang. Semua ini berlaku gara-gara Zafri … nak sarapan tosai di pagi hari ..
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 Ini soalan terakhir saya. Apa kelebihan awak?” Soal Pegawai HR yang bernama Faris itu. Tangannya membelek resume milik Afaf sambil mencatatkan sesuatu di situ.
“ Kelebihan saya?” Soal Afaf . Dia terkejut sedikit dengan soalan begitu.
“ Hemm …” Encik Faris memandang tajam wajah Afaf. Afaf teragak-agak untuk menjawab. Dia keliru dengan soalan tersebut …
“ Hanya saya yang tahu kelebihan dia.” Terbit ayat tersebut dari mulut Zafri yang baru muncul di dalam bilik mesyuarat itu. Tergamam semua di buatnya termasuklah Afaf.
“ Faris. Saya nak Afaf jadi PA saya. Candidates lain sila cancelkan.” Kata Zafri. Wajah Afaf di renungnya.
“ Baik, Tengku.” Jawab Encik Faris.
“ Jom, teman aku shopping.” Ajak Zafri. Tangan Afaf di genggamnya.
“ Tapi …” Afaf terpaksa mengekori langkah Zafri.
“ Kak Sal, saya half day hari ni. Sediakan meja untuk Afaf sebelah Kak Sal. Esok dia mula kerja.” Zafri bersuara apabila mereka melewati meja Salmah.
                             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Pejam celik, pejam celik. Hari ini genaplah sebulan Afaf berkhidmat sebagai PA kepada Zafri. Ke hulu, ke hilir mereka berdua walaupun mereka terpaksa ke luar negara. Maka, timbul lah desas-desus mengenai hubungan keduanya …
“ Kak Sal, betul ke Tengku ada affair dengan si Afaf tu?” Soal Zaiton dari accountancy department.
No comment.” Jawab Kak Salmah. Nasi di suapnya ke mulut. Lunch hours
“ Peliklah ? Tengku ambil berat sangat pasal Afaf. Macam tadi, elok-elok si Afaf nak lunch dengan kita. Tup-tup Tengku rembat …” Kata Fiza pula.
“ Yelah … Hari tu aku terserempak diaorang beli groceries sama-sama dekat Tesco. Aku pun apa lagi menyoroklah, takut Tengku nampak.” Mamat jambu aka Junaidi bersuara.
“ Takkan diaorang duduk sekali?” Soal Zaiton lagi. Matanya memandang wajah Fiza.
“ Itu aku tak tahu? Sebabnya alamat Afaf di Ganu. Alamat sekarang takde pulak …” Kata Fiza sebelum menyedut minumannya.
“ Aku pun pelik. Dulu aku pernah ternampak dia lintas jalan, heading ke Gurney Drive sana. Mungkin betul kata hang Ton …” Junaidi berkata sekali dengan gaya tangannya yang lembut-lembai.
“ Gurney Drive ? Bukan rumah Tengku ke ? Kalau setakat gaji ciput macam kita ni mana mampu duduk area situ. Juta-juta kot … Kondo Tengku duduk tu harganya 4.9 M.” Soal Fiza. Musykil … Takkanlah Afaf mampu punya rumah di situ. Harga kondo di Gurney Drive amatlah tinggi …
“ Ehh … korang ni. Afaf pergi dinner kot …” Kak Salmah bersuara. Panas telinga mendengar gosip liar itu. Takkanlah nak serumah … Kita ni orang Islam.
“ Tapi .. entahlah. Kalau Afaf ada affair dengan Tengku tentunya pergi balik berdua. Ini aku tengok Afaf menapak je pergi balik dari tempat kerja ke rumahnya.” Fiza pula berkata.
“ Betul tu. Hari hujan je Tengku tumpangkan dia …” Zaiton bersuara.
“ Tapi satu je aku musykil … Kenapa kita nak tumpangkan Afaf, dia taknak? Hari hujan berbuih mulut kita pelawa tapi dia tunggu juga kat situ. Tapi … bila Tengku sekali hon je, terus berdesup masuk dalam kereta.” Junaidi menjuihkan bibirnya. Kak Salmah tertawa.
“ Ke Afaf nak ngorat Tengku?” Fiza berkata. Zaiton dan Junaidi membuat mimik muka tidak tahu … Siap angkat bahu lagi …
                         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Afaf !! Masuk bilik saya sekarang.” Laung Zafri di muka pintu. Terkejut Afaf di buatnya. Baru nak buka FB, dah kena sergah. Macam tahu-tahu je orang nak mengelat…
“ Baik, Tengku …” Jawab Afaf. Buku catatan di bawanya sebelum melangkah ke pejabat Zafri.
“ Apasal tak guna intercom je …” Desis hati Afaf sebelum pintu di tolak. Suka sangat jadi Tarzan …
“ Tutup pintu tu.” Kata Zafri. Dia beralih duduk di sofa. Afaf mendekati Zafri setelah menutup pintu.
“ Ada apa yang boleh saya bantu, Tengku?” Soal Afaf. Dia hanya berdiri. Pen di tangan, bersiap sedia untuk mencatat.
“ Meh, duduk sini.” Kata Zafri. Tangan Afaf di tariknya. Afaf yang tidak bersedia terjatuh dalam pelukan Zafri. Zafri sembunyi senyum, kali ini pinggang Afaf di paut erat. Afaf mengalih badannya menyebabkan dia terduduk di riba Zafri.
“ Ehh .. Tengku lepaslah. Saya tak selesa.” Kata Afaf. Zafri mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya.
“ Sayang … mama dengan papa nak bermalam di rumah kita, esok. Diaorang nak ke Koh Samui naik Star Libra …” Zafri memberitahu. Afaf tergamam.
“ Amboi!! Lembutnya cakap …” Desis hati Afaf. Matanya merenung mata Zafri.
“ Tengku dah kenapa?” Soal Afaf. Hairan dengan kelakuan Zafri. Terlebih baik dengannya ..
“ Ish … kau ni … Spoil betullah. Aku baru nak beromantika dengan kau.” Zafri melepaskan pautan pada pinggang Afaf. Afaf segera beralih tempat. Sofa di sebelah Zafri di duduknya. Lega …
“ Saya?” Afaf bertanya sambil menuding jari ke arahnya. Tak percaya dengan kata Zafri itu.
“ Habis kalau bukan dengan kau siapa lagi? Kau je yang halal untuk aku …” Zafri panas hati. Tie di longgarkannya sebelum membuka botol mineral. Air di teguknya.
“ Apa yang bendul sangat isteri aku ni … Kita bagi signal baik punya pun tak tahu lagi …” Desis hati Zafri. Dia memerhatikan Afaf yang masih blur itu. Kepalanya di gelengkan.
“ Halal?” Afaf kerut dahi. Apa maksud Zafri sebenarnya …
“ Nur Afaf Sofia … jangan buat-buat lupa yang kita ni husband and wife. Habis kalau bukan aku, siapa yang shake hand dengan tok kadi dulu ?” Soal Zafri. Tangan Afaf di genggamnya.
“ Itu saya tahulah … Tapi kenapa tiba-tiba je Tengku ungkit pasal ni ? Bukan Tengku tak sukakan saya ke?” Soal Afaf untuk kepastian. Nampak sangat yang Zafri tak sukakannya. Kalau suka takkanlah hari-hari kena marah … Siapa kena jadi maid lagi, tukang taip assignment lah … Tiap-tiap hari asyik nangis je. Siapa yang tak sedih, kena buli hari-hari ….
“ Ada abang cakap abang tak sukakan sayang ?” Zafri bersuara. Jaraknya di rapatkan dengan Afaf sebelum tangannya merangkul pinggang isterinya itu.
“ Abang ? Betul ke kaum kerabat ni? Tiba-tiba je tukar panggilan, siap berabang-sayang lagi…” Desis hati Afaf . Wajah Zafri di pandang hairan …
“ Afaf …” Panggil Zafri apabila Afaf tidak menjawab.
“ Habis, takkan Tengku sukakan saya pulak?” Afaf tersenyum. Lebih kepada menyindir …
“ Hish … isteri aku sorang ni … Main-main pulak ?” Omel hati Zafri.
“ Afaf … abang serius ni ..” Kata Zafri. Raut wajahnya berubah. Risau …
“ Afaf pun serius …”
“ Ok … Afaf tak sayang abang ke ?” Soal Zafri.
No …” Jawab Afaf.
“ Betul ?” Soal Zafri lagi.
“ Hemm …”
“ Cakap tak sayang … habis yang tulis dalam diari tu apa ? Kejap lagi kita test …” Zafri tersenyum nakal di dalam hatinya. Setelah dia membaca diari yang berwarna biru itu, barulah dia berani bertanya sebegini. Ternyata isterinya cintakannya …
“ Afaf …” Panggil Zafri. Wajahnya di dekatkan dengan Afaf. Lantas satu ciuman di berikan pada pipi gebu isterinya. Afaf mahu merungkai genggaman tangannya, namun tak berdaya.
“ Tengku !! Kita dekat pejabat ni … Behave yourself .” Kata Afaf. Dia rimas dengan kelakuan Zafri. Zafri buat selamba badak je … Siap senyum gatal lagi … Geli-geleman Afaf di buatnya.
I love you, sayang.” Ucap Zafri. Ciuman kedua di hadiahkan di pipi kanan isterinya. Afaf tergamam, dia kaku.
He loves me …” Desis hati Afaf. Jantung Afaf berdetak kencang. Zafri tersenyum manis. Kali ini dahi Afaf pula menjadi sasarannya.
“ Jom, balik rumah.” Ajak Zafri. Afaf hanya mengangguk. Zafri tersenyum lagi, tubuh Afaf di peluknya.
“ Abang dah lama cintakan sayang. Cuma abang malu nak cakap, takut sayang tak cintakan abang. Do you love me?” Zafri meleraikan pelukan, anak mata Afaf di tenungnya.
“ Saya … saya …” Gugup tutur Afaf. Zafri tersenyum.
“ Tak payah jawab. Abang dah tahu …” Zafri menjawab. Dia menarik lengan Afaf supaya bangun. Afaf buat muka hairan.
“ Abang dah baca diari sayang …” Zafri mengenyitkan matanya. Beg bimbitnya di capai sebelum melangkah keluar dari pejabat. Afaf tergamam.
“ Cepatlah !! Nanti lambat pulak ?” Laung Zafri dari luar. Terkocoh-kocoh Afaf keluar dari pejabat tersebut. Mejanya di dekati, tas tangannya di ambil sebelum mengekori langkah suaminya. Hairan Salmah di buat mereka.
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Apasal tu Kak Sal ? Tengku ke mana dengan Afaf tu …” Soal Junaidi.
“ Entah … Diaorang tak cakap pun …” Salmah menjawab. Tangannya sibuk menaip sesuatu. Malas mahu melayan mulut becok Junaidi itu …
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang ada lagi ke ?” Soal Zafri. Tangannya sibuk memasukkan baju Afaf ke dalam almarinya. Bajunya di tolak ke sebelah agar memudahkan baju Afaf di sangkut.
“ Takde dah .. Ini yang last …” Afaf membawa alat soleknya. Segala krim muka, lotion tangan dan sebagainya di susun di atas meja solek itu.
   Usai sesi luahan perasaan petang tadi, pasangan pengantin lama ini sudah berbaik. Kisah 3 tahun lalu di biarkan berlalu. Afaf baru tahu bahawa mereka di perangkap oleh teman sekuliah suaminya yang meminati suaminya itu. Gay … Sebab utama si Kamal buat begitu kerana perhubungan Abang Reezal dengan Zafri yang akrab. Maka, untuk leraikan mereka si Kamal merancang kejadian tersebut. Jadi, Afaf di jadikan mangsa agar Reezal membenci Zafri. Tetapi kuasa Allah swt lebih besar …
“ Tengku … saya balik bilik dulu.” Kata Afaf. Kaki mahu melangkah keluar dari bilik utama kondo itu.
“ Ehh … siapa suruh tidur sana? Ada abang suruh? Lagi satu, berapa kali abang kata jangan panggil Tengku lagi …” Bebel Zafri. Afaf berdiri tegak di tengah kamar tersebut.
“ Bukan ke dia suruh pindahkan barang-barang ni sebab mak mertua aku nak datang sini ?” Desis hati Afaf. Zafri meraih tangan isterinya itu.
“ Habis takkan nak tidur sini pulak?” Afaf bersuara.
“ Kalau ya pun dah buat pengakuan tadi petang, takkanlah secepat ini dia terima aku …” Afaf mengomel di dalam hatinya.
“ Buat-buat tak tahu pulak ? Dah namanya suami isteri mestilah …” Kata Zafri di celah Afaf. Takut suaminya itu melalut …
“ Tapi …” Afaf bersuara.
“ Tapi apa?” Soal Zafri. Tangan Afaf di pegang sambil melangkah ke birai katil.
“ Tak cepat sangat ke? Kita baru nak berbaikkan ….” Afaf berkata. Jujur hatinya berbicara. Zafri tersenyum manis, hidung Afaf di cuitnya.
“ Cepat ? Abang tak rasa 3 tahun tu cepat …” Zafri duduk di birai katil. Afaf turut berbuat demikian. Wajahnya berubah, Zafri tersenyum lagi. Asyik tersenyum je akhir-akhir ni … Angaulah tu …
“ Tak payah buat muka begitu … Abang suruh sayang teman abang tidur je . Bukan abang suruh dot dot dot . Ke sayang nak lebih-lebih ?” Zafri senyum miang. Afaf menampar peha suaminya itu. Tawa Zafri bergema di dalam kamar tersebut, Afaf menekup mukanya dengan bantal. Malu …
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kenapa ? Tak boleh tidur ke ?” Soal Zafri. Dia mengiring ke sebelah kiri.
“ Abang … Kenapa Abang Reezal tak pernah cerita dengan Afaf pun ? Kenapa abang tak terus-terang je ?” Soal Afaf. Dia turut mengiring ke kanannya.
“ Reezal buat begitu sebab tak nak sayang risau. Nanti tak pasal-pasal tak boleh fokus dengan study sayang pulak. Semenjak abang ipar abang tu amanahkan sayang pada abang, abang kawal setiap pergerakkan sayang. Takut juga si Kamal tu buat hal lagi ..” Kata Zafri. Jarinya memintal rambut Afaf yang sedikit keperangan itu.
“ Tapi macam mana abang boleh masuk dalam rumah sewa Afaf?” Soal Afaf. Dia bingung.
“ Lupalah tu … Kan abang minta tumpangkan toilet … Lepas tu …” Zafri bercerita. Afaf mencelah. Part itu pun nak cerita …
“ Abang agak masa bila diorang letak ubat dalam air kita?” Soal Afaf.
“ Kalau abang tahu takdenya abang minum ke, makan ke, dekat parti Fina tu … Yang abang musykil, pandai pula diaorang sekat Reezal suruh tunggu. Sebab tu abang yang hantarkan sayang balik. Kebetulan pula kawan serumah sayang semuanya join camping. Reezal dapat tahu pun lepas kawannya Naim terdengar si Kamal tu berbual dengan Fina. Naim kasi tahu Reezal, abang ipar abang tu apalagi meter baran naik mendadak. Tiga bijik penumbuk hinggap kat badan si Kamal. Tapi dah terlambat, bila Reezal sampai kita dah macam tu. Bila abang terjaga je, terus Reezal rayu abang suruh nikah dengan sayang. Abang tanya kenapa? Reezal tuding jari kat sebelah abang, terkejut abang tengok Afaf sebelah abang. Abang ingat mimpi je, tapi betul rupanya. Masa tu, first time abang tengok Reezal menangis …” Zafri bercerita. Afaf menahan tangis . Tak sangka Zafri sanggup merahsiakan perkara ini daripada pengetahuannya.
“ Kesian abang kena pukul dengan Afaf hari tu …” Kata Afaf. Air matanya mengalir juga. Zafri menyapu air mata isterinya itu. Selama ini dia ingatkan Zafri sengaja mengambil kesempatan ke atas dirinya. Rupa-rupanya mereka berdua di perangkap…
“ Abang tahan jelah sebabnya abang dah janji dengan Reezal. Lepas nikah abang buli sayang betul-betul . Geram kena pukul hari tu …” Jawab Zafri. Afaf menarik hidung mancung suaminya itu. Kononnya balas dendam kena buli dulu …
“ Bilanya abang sukakan Afaf?”
Actually … abang dah lama suka sayang … Masa first time Reezal kenalkan sayang dengan abang lagi. Lepas nikah abang cuba tolak cinta yang datang sebab abang takut perasaan tu just lust But not anymore lepas abang baca diari sayang tu …” Usik Zafri lagi. Afaf malu. Dia mengiring membelakangkan suaminya.
“ Tak baik selongkar barang orang …” Kata Afaf. Zafri mendekati Afaf, tubuh isterinya di peluk erat dari belakang. Senyuman manis terbias di bibirnya. Afaf kaku, jantung berdetak laju.
“ Tidurlah. Abang janji tak buat apa-apa …” Kata Zafri. Pipi Afaf di ciumnya.
                     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Sal, saya tak masuk kerja hari ni. Afaf pun sama. Minggu depan seminggu kitaorang outstation, papa nak kenalkan dengan klien katanya.” Kata Zafri. Borang pelepasan dirinya dan Afaf di isi di hadapan Salmah.
“ Datuk Paduka datang sini ke?” Soal Salmah.
“ Hemm … papa datang dengan mama. Kejap lagi saya jemput mereka. Esok, kitaorang nak berangkat dah …” Cerita Zafri. Borang tersebut di serahkan kepada Salmah.
Outstation ke mana?” Soal Salmah.
“ Thailand je, Kak Salmah. Itupun temankan papa dengan mama. Mama teringin nak naik cruise . Alang-alang ke sana papa nak kenalkan dengan klien di sana … Nanti Kak Sal tolong ambil pesanan ye ..”
“ Yang tu, Tengku jangan risau. Dah memang tugas Kak Sal …” Salmah bersuara.
“ Saya pergi dulu, kak ..” Kata Zafri sambil melihat jam tangannya.
“ Ye … Kirim salam dengan Datuk dan Datin ..” Pesan Salmah. Zafri mengangguk sebelum beredar.
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tengku tak masuk kerja ke hari ni?” Soal Junaidi. Siap membawa mug yang berasap lagi …
“ Tak. Minggu depan pun sama, kena outstation di Thailand …” Beritahu Salmah. Borang pelepasan tersebut di masukkan ke dalam fail. Junaidi duduk di kerusi Afaf. Bungkusan krim crackers di bukanya sebelum biskut tersebut di celup ke dalam kopi panas tersebut. Tak sempat sarapanlah tu …
“ Cik adik kita si Afaf ni ke mana? Dah pukul 9.15 tak masuk kerja lagi …” Junaidi bertanya. Belum sempat Salmah menjawab, Fiza bersuara.
“ Kak Sal, Tengku ada tak? Encik Faris nak bincang pasal jawatan kosong office boy.” Fiza bertanya sambil menjenguk bilik Zafri.
“ Tengku takde, outstation .” Jawab Junaidi tanpa di pinta.
“ La … Encik Faris nak confirmation by today.” Kata Fiza. Pinggangnya di cekak.
“ Suruh Encik Faris telefon Tengku.” Salmah bersuara. Fiza mengangguk.
“ Yang kau duduk tempat Afaf ni kenapa?” Fiza menyoal.
“ Biar ah … Dah tuannya tak datang lagi …” Kata Junaidi sebelum menghirup kopinya.
“ Afaf memang tak datang dah. Minggu depan pun sama. Tadi, Tengku dah isi borang untuk Afaf sekali.” Salmah memberitahu.
“ Afaf ikut Tengku pergi outstation? Ke mana pula kali ni Kak Sal?” Soal Fiza.
“ Thailand …” Jawab Salmah.
“ Thailand ? Berdua ?” Fiza bertanya lagi.
“ Betul ke diaorang pergi atas urusan kerja? Ke pergi nikah ? Kau fikir …” Junaidi menampar lengan Fiza.
“ Korang jangan nak bergosip kat sini. Afaf tu budak baik. Lagipun diaorang pergi dengan Datuk, Datin …” Salmah berkata sambil tangannya mendail nombor Encik Faris. Ganggang telefon di berikan kepada Fiza.
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Korang !! Korang tahu siapa yang angkat telefon Tengku?” Soal Fiza. Tak sabar mahu bergosip … Time beginilah yang paling sesuai. Maklumlah lunch hours
“ Siapa ? Perempuan ke ?” Soal Junaidi. Salmah menggelengkan kepalanya. Budak-budak ni… takde kerja lain ...
“ Betul. Quess who ?” Soal Fiza.
“ Siapa?” Zaiton bertanya.
“ Afaf. Korang tahu apa dia cakap?”
“ Biasalah kalau Afaf yang angkat telefon Tengku … Dia kan PA Tengku …” Junaidi berkata. Straw di pusingkan untuk mengacau air di dalam gelasnya.
“ Dengarlah dulu …” Fiza bersuara.
“ Yelah …” Kata Zaiton, malas.
“ Afaf cakap. Fiza call balik dalam 2 hours, Tengku tertinggal telefon. Dia pergi ambil parents dia. Pelik …” Kata Fiza.
“ Apa yang peliknya ?” Soal Zaiton.
“ Peliklah … Afaf simpan telefon Tengku. Sejak bila pula Tengku suka tinggal barang? Atau Tengku bermalam di rumah Afaf ?” Soal Fiza, keningnya terangkat.
“ Bermalam ? Maksud kau, diaorang …” Junaidi bersuara. Fiza mengangguk.
“ Mungkin juga .” Zaiton berkata.
“ Ehh … tak kan Tengku nak buat begitu ?” Salmah mencelah. Budak-budak ni kalau bergosip kalah Melodi.
“ Kak Sal … Tengku tu lelaki … Kalau Afaf goda tiap-tiap hari cair juga ..” Junaidi bersuara siap buat mimik muka lagi dengan tangan liuk-lentok.
“ Kak Sal kenal Tengku … Dia layan pompuan pun tak. Ada korang tengok di usung pompuan ? Tak kan ?” Salmah tidak percaya dengan andaian rakan sepejabatnya itu.
“ Dekat sini taklah. Dulu masa Tengku belajar kat negara omputih tu, mana kita tahu …” Junaidi berkata lagi. Berprasangka …
 Logik juga kata Dee, Kak Sal. Entah-entah Afaf tu pompuan simpanan Tengku.” Zaiton menyampuk.
“ Boleh jadi juga. Sebabnya Encik Faris cakap masa interview hari tu, Afaf last candidate. Baru je nak tanya soalan terakhir, Tengku interframe. Siap arahkan Encik Faris batalkan semua calon lain sebab Tengku nak Afaf jadi PAnya.” Cerita Fiza. Dia tahu pun melalui bosnya, Encik Faris. Tambahan pula dia yang mengisi data Afaf dalam sistem syarikat.
“ Korang … Takdenya Afaf buat begitu … Kak Sal tengok si Afaf tu siap pakai sock lagi. Takkanlah nak buat kerja tak senonoh tu …” Salmah berkata sebelum meneguk minumannya.
“ Ok, nanti kita tengok jelah. Kalau betul diaorang ada affair mesti terbongkar juga. Bangkai busuk mana boleh tutup. Bau …” Junaidi bersuara. Lasernya mulut nyah ni …
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Cantikkan sunset tengah laut ni …” Afaf bersuara. Zafri turut melihat aktiviti tersebut.
“ Sayang dah ok ke ?” Soal Zafri.
“ Ok. Cuma malu je dengan mama … Abang, teruk sangat ke Afaf ni ?” Soal Afaf. Wajahnya memandang Zafri. Zafri mengenggam tangan isterinya itu.
“ Mana ada. Mama tu over sangat, mama tak tahu kita ni sebenarnya pengantin baru. Walaupun dah lama kahwin … Jangan ambil hati dengan kata-kata mama tu ..” Pujuk Zafri. Kesian isterinya itu, Tengku Zahra kan mulut laser …
“ Mama siap bagi Afaf supplement untuk subur. Asid folik, vitamin c, kalsium, B kompleks. Kenyang Afaf dengan ubat ...” Adu Afaf. Biasalah orang baru nak belajar bercinta. Manja …
“ Makan jelah. Untung-untung kita dapat baby awal …” Kata Zafri dengan senyuman nakal. Wajahnya sengaja di dekatkan dengan Afaf. Afaf menolak wajah Zafri perlahan. Tahulah atas kapal yang kebanyakkannya mat saleh. Tapi agak-agaklah …
   Mereka kembali menyaksikan keindahan alam . Tubuh Afaf di peluk dari belakang. Tetapi Zafri mengelamun, terngiang-ngiang kata mamanya 2 hari yang lalu. Waktu itu mereka sekeluarga sedang menikmati hidangan tengahari. Tiba-tiba je mamanya berpidato …
“ Afaf kamu ni bila nak berisi?” Soal Tengku Zahra.
“ Berisi?” Afaf bertanya. Zafri pula tersedak. Nasib baik tersedak air, kalau sambal tumis … mahu menangis dia …
“ Mengandung. Kamu dah lama kahwin sepatutnya dah 2 orang anak. Ni, sorang pun belum nampak batang hidungnya. Kamu merancang ke?” Wajah Afaf dan Zafri di tenung Tengku Zahra. Afaf telan liur, takut dengan mertuanya.
“ Mama … belum rezeki kita orang. Nanti ada lah …” Jawab Zafri.
“ Nanti, nanti … Ke kamu berdua ada masalah ? Afaf kamu tak subur ke?” Soal ibu mertuanya.
“ Hah …” Tergamam Afaf di buatnya.
“ Mama nak kamu pergi rujuk O&G . Selalunya kalau 2 tahun belum dapat zuriat, pasangan tu ada masalah. Kes kamu ni dah 3 tahun, mama nak kamu pergi buat check-up. Manalah tahu kamu ada endometriosis …” Nasihat Tengku Zahra.
   Malam itu juga Afaf di bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Tengku Zahra siap nak temankan lagi dalam bilik rawatan tetapi Zafri merayu papanya melalui pandangan. Tengku Fattah memahami lirikan Zafri itu, lalu isterinya itu dipujuk supaya menunggu di luar. Tiba di bilik rawatan, sekali lagi mereka terkejut. Mana taknya, doktor siap sedia dengan alatan yang pelik-pelik. Maka, terpaksalah mereka berterus-terang. Doktor yang bertag nama, Suria itu tersenyum manis. Akhirnya dia memberi vitamin tambahan.
“ Abang … tersengih-sengih. Itu tengah tengok benda tak senonohlah tu …” Afaf bersuara. Sudah masuk 3 kali suaminya itu di panggil tetapi tiada respon.
“ Ish … ke situ pulak. Abang tengah recall peristiwa hari tu, masa kita dekat Gleanangels. Nasib, Doktor Suria tu faham. Kalau tak, nightmares …” Kata Zafri. Hidung Afaf di cuitnya.
“ Jom masuk. Dah Maghrib ni …” Ajak Afaf sebelum menapak.
“ Amboi !! Tak sabar nak jayakan mission mama ke ?” Usik Zafri. Afaf pusing ke belakang sebelum menampar bahu suaminya itu. Kalau bab itu laju je …
“ Solat Maghrib lah …” Kata Afaf. Tangan suaminya di tarik supaya Zafri mengekorinya.
                          +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Sal … Nah, buah tangan dari Koh Samui.” Afaf memberikan bungkusan tersebut kepada Salmah. Salmah mengambil bungkusan yang di letakkan di atas mejanya itu.
“ Terima kasih, Afaf. Ingat juga Afaf kat Kak Sal.” Salmah berkata.
“ Bukan saya yang belikan Kak Sal … Tengku yang belikan, saya tukang pilih je …” Tulus jawapan Afaf. Sesungguhnya, suaminya yang bayarkan semua barangan tersebut.
“ Barang ni dari Tengku lah ni?” Soal Salmah. Afaf mengangguk.
“ Kak Sal … ada siapa-siapa called tak ? Panggilan penting dari klien ke?” Soal Afaf. Cuti sudah berakhir … Kerja yang tertangguh mesti di bereskan.
“ Ada . Klien telefon minta setkan appointment. Puncak Mutiara, Palm Inn and Encik Ghani, programmer untuk sistem komputer syarikat kita.” Beritahu Salmah. Afaf mencatatnya.  
“ Ada lagi, Kak Salmah ?” Soal Afaf.
“ Takde rasanya. Ehh … kejap. Ada pompuan yang mengaku dia tunang Tengku telefon. Namanya … Farah.” Kata Salmah. Afaf tergamam, terasa ngilu hatinya. Setahunya, Zafri tidak pernah menceritakan tentang kewujudan wanita yang bernama Farah ini.
“ Afaf … Afaf …” Panggil Salmah. Afaf tersedar, senyuman di ukirkan.
“ Ye, Kak Sal … Apa namanya tadi?” Ayat cover keluar dari bibir Afaf.
“ Farah. Afaf dah dapat semua ke?” Soal Salmah. Afaf mengangguk.
“ Tengku masuk kerja tak hari ni?” Salmah bertanya lagi.
“ Masuk lewat sikit. Tengku hantar parentsnya ke airport.” Jawab Afaf. Wajah yang ceria tadi telah berubah cuaca, mendung je … Salmah berjaya mengesan riak wajah tersebut. Dia menggeleng kepala.
“ Nampak macam betul je diaorang ada affair …” Desis hati Salmah. Dia tahu ada hati yang sedang rajuk . Maklumlah, dia makan garam dahulu …
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Afaf … masuk bilik saya.” Arah Zafri tanpa memandang wajah isterinya itu. Kaki terus melangkah ke hujung koridor sebelum pintu biliknya di tolak. Terkocoh-kocoh Afaf mengejar langkah suaminya itu.
“ Ada apa yang boleh saya bantu, Tengku …” Soalan formal untuk PA.
“ Sayang … abang rindu …” Tutur Zafri. Tubuh Afaf di peluknya. Afaf kaku.
“ Tengku, kita kat pejabat sekarang. Harap maklum …” Kata Afaf. Dia masih terganggu dengan nama Farah itu.
“ Amboi !! Garangnya … Takyah la formal sangat. Lagipun, kat sini kita berdua je …” Zafri mengusik. Pipi kiri Afaf di ciumnya. Geram … Afaf merungkaikan pelukan. Rimas …
“ Klien minta date untuk appointment. Puncak Mutiara, Palm Inn and Encik Ghani, programmer kita.” Serius tutur Afaf. Dia menjauhi Zafri, berdiri memeluk tubuhnya di penjuru bilik tersebut. Pandangannya di halakan ke seberang jalan …
“ Ni kenapa pula? Takde angin takde ribut, tiba-tiba sayang jadi iceberg …” Kata Zafri. Afaf di dekatinya. Tubuh isterinya itu di pusing mengadapnya. Dengan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi Afaf.
“ La … nangis pulak . Abang ada buat salah ke sayang? Ke diaorang mengata sayang?” Soal Zafri. Dia ada juga mendengar gosip hubungan mereka … Air mata Afaf di sapunya.
“ Kenapa abang tak pernah cerita abang dah bertunang? Farah tu tunang abang ke?” Soal Afaf. Tubuh Zafri di peluknya, Zafri mengeratkan pelukan.
“ Sayang … sudah jangan menangis. Farah tu bukan siapa-siapa pun … Dia memang tergila-gilakan abang dari tadika lagi … Siapa cakap dia tunang abang?” Pujuk Zafri. Manja …
“ Farah cakap dengan Kak Sal, dia tunang abang …” Jawab Afaf dengan sendu yang masih bersisa. Zafri tersenyum.
“ Sayang cemburu, ye?” Usik Zafri. Pelukan di rungkai. Afaf berlalu ke sofa sebelum berlabuh. Zafri turut berbuat demikian.
“ Abang jahat. Dah tahu tanya pula …” Afaf muncungkan bibirnya.
“ Buatlah begitu … Abang kiss nanti baru tahu? Tak pun kita sambung cuti lagi 2 minggu. Papa sure tak marah sebabnya … mission mama belum tercapai.” Ucap Zafri dengan muka miang. Afaf kegeraman, rambut suaminya di kucar kacirkan. Habis terpacak …
“ Gatal !!” Afaf menjeling.
“ Dengan sayang je …” Meleret jawapan Zafri. Tangan Afaf di genggamnya.
“ Abang betul ke Farah tu …” Belum sempat Afaf menghabiskan ayatnya, Zafri mencelah.
“ Pasal Farah nanti abang ceritakan. Sekarang, kita ada kerja nak settlekan. Cepat habis, cepatlah kita balik …” Zafri masih dalam mood mengusik. Matanya di kenyitkan … Afaf menampar bahu Zafri. Miang …
                             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Afaf ok ke ?” Tanya Salmah.
“ Ok, Kak Sal. Cuma letih je, kerja banyak …” Kata Afaf sambil melentokkan kepalanya di atas meja. Tiga minggu kebelakangan ini kerja berlonggok. Letih semedang …
“ Afaf … Are you ok?” Soal Zafri. Tangannya di lekapkan di dahi Afaf.
“ Tengku …” Panggil Afaf . Kepalanya di angkat.
“ Itulah … tadi abang cakap tak payah datang. Degil …” Bebel Zafri. Muka pucat isterinya di pandang. Tak sedar dia terlepas cakap … Salmah hanya memandang sketsa di hadapannya.
“ Afaf ok. Just pening je …” Tutur Afaf. Tudungnya yang senget di betulkan.
“ Tadi kata letih je, sekarang pening pulak … Jom, kita pergi klinik. Nanti melarat lagi susah…” Zafri bersuara. Risau … Tangan Afaf di tariknya, Afaf bingkas bangun. Tas tangannya di capai sebelum mengekori langkah Zafri.
                            ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Woi!! Betul ke tak apa yang aku nampak tadi?” Junaidi berkata. Vas yang berisi bunga hidup itu di letakkan di atas mejanya. Kaki menuju ke meja Salmah.
“ Tengku pegang tangan Afaf ke tadi?” Athirah setiausaha manager nombor 3 di syarikat itu berkata.
“ Bukan takat tangan je … dahi lagi … Silap-silap semua dah pegang. Si Afaf pun sama biar je Tengku pegang dia …” Junaidi bersuara hambar.
“ Ehh … kau dah kenapa Junaidi ooi .. Jangan kau cakap kau suka Afaf sudah .. Kau suka dia ke?” Soal Salmah. Tidak percaya dengan apa yang di dengarnya tadi.
“ Adalah sikit-sikit …” Jawab Junaidi.
“ Lembut macam kau pun ada hati ke dengan perempuan ?” Athirah memerli. Salmah sembunyi senyum.
“ Habis kau ingat aku apa? Lembut-lembut aku, aku lelaki tau. Teringin juga aku nak isteri macam Afaf …” Junaidi bersuara.
“ Aku ingatkan kau kategori sukakan lelaki …” Athirah berkata.
“ Kau gila. Aku tahu hukumlah … Nabi tak mengaku umat, tahu …” Junaidi mencubit lengan Athirah. Athirah menggosok lengannya. Bisa juga ketam si nyah ni …
“ Sudah. Nampak si Encik Murad mahu bernanah telinga kita dengar dia membebel. Pergi buat kerja …” Salmah menegur apabila terlihat kelibat Encik Murad sebaik sahaja lif berdeting. Masing-masing kembali ke ruangan mereka.
“ Salmah … Tengku ada?” Soal Encik Murad merangkap pegawai operasi mereka.
“ Tengku baru saja keluar. Encik perlukan bantuan saya ke?” Soal Salmah.
“ Afaf mana?” Soal Encik Murad kembali.
“ Afaf tak sihat. Jadi, Tengku bawa dia ke klinik …” Jawab Salmah.
“ Owh … Kalau macam tu, kamu telefon Tengku cakap saya nak jumpa dekat site. Ada masalah sikit dengan supplier … Lain kita order lain pula diorang hantar. Inform saya nanti. Now, saya nak berbincang dengan ketua jurutera kita dulu. Boleh ke tidak guna bahan tu …” Kata Encik Murad. Tak di suruh explain pun …
“ Baik, Encik Murad …” Salmah mendail nombor Zafri apabila Encik Murad berlalu.
                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Terima kasih, Kak Sal.” Jawab Zafri sebelum mematikan talian.
“ Huh …” Keluh Zafri. Afaf memandang wajah suaminya itu.
“ Kenapa ?” Soal Afaf. Zafri kembali mengusap tangan isterinya.
“ Ada problems dekat site. Supplier hantar barang silap. Encik Murad tunggu abang dekat sana.” Kata Zafri. Jam tangan di kerlingnya. Sudah 10 minit mereka menunggu giliran.
“ Abang pergilah. Afaf boleh balik naik teksi …” Kata Afaf. Kesian dengan suaminya sekejap ke sana, sekejap ke sini …
No. Selagi abang tak tahu apa sakit sayang, jangan harap abang lepas tangan.” Zafri bersuara. Afaf tersenyum. Comel je .. Zafri buat mimik muka sebegitu.
“ Abang janganlah risau … Afaf tak sakit kronik pun. Tapi Afaf rasa, sakit ni ada kena mengena dengan abang …” Afaf berkata dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.
“ Abang? Kenapa abang pula …” Soal Zafri.
“ Afaf dah lewat datang bulan …” Bisik Afaf di telinga suaminya. Riak muka Zafri berubah, keningnya terangkat. Kemudian, dia tersenyum lebar.
“ Sayang, mission mama tercapai ke?” Soal Zafri, perlahan.
Maybe … Janganlah seronok sangat. Afaf takut fake. Tapi kemungkinan besarlah … sebab Afaf rasa perut ni semacam je …” Tulus pengakuan Afaf itu. Zafri tersenyum lagi. Kucupan di berikan pada dahi Afaf.
“ Bila giliran kita ni? Excited pula …” Kata Zafri.
                          +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang nak makan apa?” Soal Zafri.
“ Kita makan pasembur nak ?” Tanya Afaf. Tiba-tiba je teringin nak makan rojak Penang tu ..
“ Abang pun rasa teringin juga … Jom , kita pergi. Nak jalan ke naik kereta?”
“ Jalan. Baru sweet …” Kata Afaf. Hidung Zafri di cuitnya.
Baby … Mami gedik …” Adu Zafri. Perut Afaf yang masih tidak kelihatan di usapnya.
“ Sudahlah .. geli. Abang, cepatlah nanti takde tempat duduk pulak ..” Afaf bersuara.
“ Sekejap, abang ambil wallet.” Zafri berlari ke biliknya. Afaf bangun, almari kasut di dekatinya. Sepasang sandals di capainya sebelum sekaki payung di keluarkannya. Dia menunggu Zafri di muka pintu.
“ Jom.” Ajak Zafri yang baru tiba. Afaf melangkah keluar. Zafri menyarung kasut sebelum mengunci pintu rumahnya itu.
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang pergi pilih nak apa? Abang jaga tempat.” Kata Zafri sebelum tangannya melambai untuk memanggil pelayan. Afaf menapak ke gerai pasembor tersebut.
“ Nak order apa abang?” Soal pelayan yang memakai cap nike. Budak sekolah lagi ni …
“ Bagi abang laici kang satu, ais kacang satu, jus epal satu, air suam satu. Makan, dua char kueh teow special tambah telur mata.” Pesan Zafri. Pelayan tersebut memandang Zafri. Pelik… Zafri faham dengan lirikan tersebut.
“ Abang dengan isteri abang. Adik, minuman semua buat kurang manis tau.” Kata Zafri lagi. Pelayan tersebut mengangguk.
“ Ada lagi nak pesan ? Kami ada kerang bakar, sotong kangkung, masak barat pun ada …” Pelayan tersebut bersuara. Zafri terpandangkan satay di hujung kawasan tersebut.
“ Bagi abang satay 20 cucuk. Sepuluh daging, sepuluh ayam.” Pesan Zafri lagi. Pelayan tersebut mencatatkan pesan Zafri tadi.
“ Satay abang kena tunggu dalam setengah jam lagi. Ok ?” Soal pelayan itu lagi.
“ Ok setengah jam. Kalau tak sampai siap kau.” Usik Zafri.
“ Jangan risau abang. Saya sendiri kipaskan satay untuk abang …” Pelayan tersebut tersenyum.
“ Itu ja?” Soal pelayan tersebut.
“ Itu saja.” Jawab Zafri. Afaf menghampiri meja itu. Sepinggan pasembor di letakkan di atas meja. Terliur Zafri di buatnya. Pelayan tersebut memerhatikan Afaf.
“ Abang … untung abang dapat kakak cantik.” Puji pelayan tersebut sebelum berlalu.
“ Sayang … esok jangan pakai make-up.” Zafri bersuara. Afaf memandang suaminya.
“ Huish … dengan budak baru nak besar pun jealous ke? Afaf tak pakai mekap pun, lip gloss je …” Afaf berkata sambil mencucuk cucur udang lalu di halakan ke mulut Zafri. Zafri membuka mulutnya sebelum mengunyah makanan tersebut.
“ Sedap ?” Soal Afaf. Zafri mengangguk. Kali ini dia pula menyuap isterinya.
“ Nak kentang …” Afaf bersuara. Zafri menurut. Tanpa mereka sedari adegan suap menyuap mereka di tonton oleh Fiza dan Junaidi.
   Selepas menikmati makan malam. Zafri dan Afaf menapak pulang ke rumah. Di pertengahan jalan mereka berhenti, Zafri duduk di atas tembok batu itu. Afaf turut berbuat demikian. Mereka menikmati pemandangan laut yang di simbahi cahaya bulan bersama-sama seperti pasangan yang lain yang turut berada di situ, cuma yang membezakan mereka dengan pasangan yang lain mungkin status yang di sandang. Sah ke tidak …
“ Mengah …” Kata Afaf. Zafri memandang isterinya itu.
“ Siapa suruh sayang makan banyak sangat?” Zafri bersuara. Tangannya merangkul pinggang Afaf. Afaf melentokkan kepalanya di bahu Zafri.
“ Abang yang order banyak. Lepas tu asyik suap Afaf makan je …” Tutur Afaf manja. Zafri tersenyum manis. Maklumlah, orang tengah hangat bercinta …
“ Sayang kena makan banyak, untuk baby. Remember …” Zafri berkata sambil mengelus jari jemari Afaf. Tubuh Afaf di dekatkan apabila sekali-sekala tiupan angin menyapa tubuh mereka.
“ Abang rasa baby kita boy ke girl?” Soal Afaf.
Boy ke, girl ke ? Abang tak kisah. Abang bersyukur Allah berikan zuriat buat kita walaupun kita baru je reunion …” Jawab Zafri meleret. Afaf mencubit perut suaminya itu. Ayat tak ingat … Sudahlah kat public
“ Mama dah tahu ke?” Soal Afaf lagi.
“ Dah. Abang baru mesej tadi. Kejap lagi mama call lah …” Kata Zafri.
“ Jomlah kita balik. Nanti mama marah pula melepak lewat malam …” Afaf bersuara. Kepalanya di tegakkan. Zafri melepaskan rangkulannya, dia turut berdiri apabila Afaf berdiri. Mereka meneruskan perjalanan pulang ke kondo. Setan suka orang yang early stage in pregnancy
                                ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ehh … betul ke? Diaorang masuk kawasan tu berdua?” Soal Fiza. Sedari tadi lagi mereka mengekori pasangan merpati dua sejoli itu.
“ Mata aku tak bohong. Aku dah agak dah diaorang tinggal sekali …” Tutur Junaidi. Berbaloi dia membuat keputusan untuk mengekori majikannya itu.
“ Tak sangka aku Afaf macam tu … Nampak je macam pompuan melayu terakhir tapi hampeh …” Fiza berkata.
“ Dunia sekarang … Macam-macam boleh jadi yang penting dapat ni …” Junaidi mengeselkan ibu jarinya dengan jari yang lain bermaksud duit …
“ Jomlah, kita balik. Nak patah dah kaki aku ni jalan … Kalau aku tahu aku tak pakai heels…” Omel Fiza. Junaidi tertawa.
“ Padan muka kau …” Kata Junaidi dengan tawa yang masih bersisa. Fiza menampar lengan Junaidi itu. Geram mulut suka mengata orang …
                         ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Sal … Afaf tak sampai lagi ke?” Soal Junaidi. Sebungkus nasi lemak di bawanya.
“ Hish … kau ni Dee. Lain kali bagi salam dulu. Nasib baik kak takde sakit jantung, kalau tak dah lama gol.” Bebel Salmah.
“ Maaflah, Kak Sal … Saya excited sangat hari ni …” Kata Junaidi.
Excited ? Kau nak kahwin ke?” Soal Salmah. Komputernya di hidupkan.
“ Bukan. Ni cerita lagi gempak. Memang sah si Afaf dengan Tengku sebumbung …” Cerita Junaidi. Athirah yang baru datang terlopong.
“ Betul ke?” Soal Athirah.
“ Betul … Semalam, Fiza mesej aku. Dia nak dinner takde orang teman, jadi aku temankan. Masa kita orang duduk nak order, tiba-tiba je aku terpandangkan Tengku dengan Afaf. Diaorang siap suap menyuap lagi. Aku dengan Fiza follow diaorang sampailah ke kondo Tengku … Ingatkan Afaf temankan Tengku sampai depan pak guard je … Sekali aku tengok si Afaf ikut je Tengku ke dalam. Sah-sah diaorang tinggal bersama … Sebab, kalau tetamu mestilah kena sain nama dekat pak guard …” Tutur Junaidi. Tak sedar di belakangnya Encik Murad. Athirah sudah tersengih.
“ Dee !! Kau dah takde kerja lain ? Gosip je …” Kata Encik Murad.
“ Maaf, Encik Murad …” Junaidi meminta maaf sambil berlalu ke tempatnya.
“ Athirah, saya nak kamu ikut saya ke site. Ada mesyuarat kat sana. Salmah, Tengku dengan Afaf masuk lewat sikit. Diaorang terus ke site, arkitek dari Jerman dah sampai. Tengku pesan suruh tolong punch kad untuk diaorang .” Encik Murad berkata sebelum masuk ke pejabatnya untuk mengambil beberapa fail. Salmah beredar ke slot punch kad. Kad Tengku dan Afaf di ambil sebelum di masukkan ke dalam mesin tersebut.
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … Afaf rindulah dengan Abang Reezal. Agaknya, Abang Reezal dah gemuk ke still kurus ?” Kata Afaf. Terasa rindu pula dengan abang kandungnya itu. Maklumlah, nun jauh di London …
“ Reezal ?” Zafri bertanya setelah menyimpan Al-Quran tersebut di dalam laci. Dia menapak kembali ke katil. Afaf mengangguk.
“ Agak-agak Abang Reezal dah ada awek ke belum ?” Soal Afaf lagi. Rindu amat gamaknya..
“ Entah? Hari tu Reezal cakap ada minah arab sukakannya …” Jawab Zafri. Dia duduk bersandar di kepala katil.
“ Amboi !! Tingginya taste …” Afaf tertawa. Abangnya yang tak peduli tentang perempuan tiba-tiba ada peminat antarabangsa …
“ Sayang … teman abang, jom ..” Zafri menarik lengan Afaf sebelum bingkas bangun.
“ Abang nak ke mana?” Soal Afaf.
“ Jom, makan ais krim. Abang dah beli tadi ais krim BR dalam fridge je ... Teman, ye ?” Kata Zafri. Afaf mengekori langkah suaminya. Dapur di tuju mereka.
“ Abang pun mengidam ke ?” Afaf menyoal sambil mengatur langkah. Zafri menoleh.
“ Mestilah … anak kita kan? Half gen abang, half gen sayang. Of course abang pun rasa apa yang baby kita nak … Kan baby …” Zafri mengusap perut Afaf. Afaf tersenyum.
                              +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Sal, tolong panggilkan Afaf. Saya nak ubah jadual appointment. Minggu ni busy sangat, asyik kena jenguk site je … Macam-macam hal …” Keluh Zafri. Dia duduk bersandar di kerusinya sambil memicit dahinya.
“ Baik, Tengku.” Kata Salmah sebelum menutup pintu. Mejanya di tuju. Matanya memerhatikan Afaf yang sedang berbual di telefon.
“ Baik, mama. Afaf akan ingat pesan mama. Insyaallah …” Ucap Afaf sebelum mematikan talian.
“ Banyaknya kena pantang …” Omel Afaf sekadar untuk pendengarannya sahaja. Salmah meletakkan dokumen di atas meja.
“ Afaf … Tengku suruh masuk sekarang. Katanya nak change appointment date. Lagi satu, Kak Sal rasa lebih baik Afaf bawa minuman sikit untuk Tengku. Nampak stress sangat … Siap picit kepala lagi ….” Salmah bersuara. Afaf mengangguk.
“ Teruk sangat ke peningnya?” Soal Afaf.
“ Entahlah ? Tapi rasanya projek dekat Vantage Bay tu ada masalah ... Dalam dokumen tulis masalah dengan JPS. Diaorang tak luluskan sistem drain kita, statementnya not wider and deep enough …” Salmah membaca ayat yang tertulis di atas kertas yang baru di beri oleh Zafri itu.
“ Owh …” Afaf sekadar mengangguk.
“ Kak Sal … sini area mana jual limau bali?” Soal Afaf. Teringin nak makan … Ini semua sebab telefilem tempoh hari. Diaorang tunjuk bagus punya action mencicah buah tersebut …
“ Limau gedang?” Soal Salmah. Afaf mengangguk lagi.
“ Sini susah sikit. Hah !! Afaf pergi roadwork, tak pun Batu Feringgi ada orang jual buah. Dekat Rasa Sayang, jalan yang dioarang buat nightmarket tu …” Salmah memberitahu.
“ Terima kasih, Kak Sal.” Ucap Afaf sebelum berlalu ke pejabat suaminya.
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kenapa tu, Kak Sal ?” Soal Zaiton yang baru datang ke partition Salmah. Hairan melihat gelagat Afaf dan Salmah beria-ria bercerita.
“ Takde apalah … Afaf tanya mana nak beli limau bali?” Kata Salmah. Dia duduk di kerusinya sebelum memulakan kerjanya.
“ Limau bali ? Dia nak buat apa?” Zaiton menyoal. Kertas di tangan di letakkan di atas meja Afaf.
“ Ish … kamu ni ? Nak makanlah … Takkan nak jual pulak?” Salmah bengang. Asal dia nak buat kerja ada yang menganggu …
“ Amboi !! Kak Sal … garangnya …” Zaiton menepuk bahu Salmah.
“ Kamu buat apa kat sini?” Soal Salmah.
“ Ni, hah … Encik Muiz nak tandatangan Tengku untuk kos penyelengaraan sistem komputer hari tu .. Hari ni hari terakhir Encik Ghani tu baik pulih sistem. Jadi, biasanya kita bayar after dia buat kerja. So, di sinilah saya. Tengku ada, Kak Sal?” Soal Zaiton.
“ Ada. Pergilah, jumpa …” Salmah bersuara. Zaiton mengangguk sebelum mengatur langkah ke pejabat majikannya itu.
                              +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang … sebelah kiri sikit. Hah … that’s right. Jari sayang ada miracle touch. Kepala abang rasa ringan sikit.” Kata Zafri apabila Afaf memicit di tempat yang betul.
“ Abang … tadi mama kirim salam. Mama memang macam tu ke?”
“ Waalaikumusalam … Mama marah sayang ke?” Tutur Zafri. Pinggang Afaf di pautnya supaya isterinya itu lebih selesa di ribanya.
“ Takdelah. Cuma mama pesan macam-macam . Ini tak boleh makan, itu tak boleh buat. Keluar makan lewat malam pun mama tak kasi. Mama kata takut nanti kena sampok …” Cerita Afaf. Zafri tersenyum. Mamanya memang banyak pantang larangnya …
“ Sayang layan jelah … Kata orang tua ada benarnya. Diaorang ada pengalaman …” Kata Zafri.
“ Abang … Afaf nak makan limau bali. Tadi Afaf tanya dengan Kak Sal, dia kata dekat Batu Feringgi ada orang jual.” Afaf memberitahu kemahuannya.
“ Sayang nak abang beli sekarang ke?” Soal Zafri. Wajah Afaf direnungnya. Kecur air liur bila Afaf berkata demikian. Sedap tu kalau cicah kicap plus gula …
“ Lepas kerjalah …” Jawab Afaf.
“ Tapi .. abang tak tahan ni … Sayanglah, pandai goda selera abang … Kita pergi beli sekarang, ye ? ” Zafri mengusik Afaf. Sungguh, dia terliur sekarang ni. Limau bali …
“Ehh … abang. Sekejap lagi kan meeting dengan engineers. Lunch hours kita pergi. Kesian diaorang dah lama menanti dari pukul 9 tadi. Encik Murad bawa diaorang pergi breakfast sekejap. Meeting pukul 10 kan?” Afaf membetulkan tali leher suaminya. Zafri menilik jam tangannya. Sekarang pukul 9.45 pagi …
“ Boleh. Tapi … abang nak upah. Sebab penantian itu satu penyiksaan. Jadi, abang nak sayang redakan sikit semangat nak makan limau tu … Boleh, ekh ?” Zafri tersenyum nakal. Afaf cuak. Dia faham akan reaksi suaminya itu. Zafri berbisik di telinga isterinya itu.
“ Kita kat officelah … Kat rumah jelah …” Afaf merayu. Pipi Zafri di usapnya.
No … abang nak sekarang. Kalau tak … abang EL hari ni, lagipun abang pening kepala ni…” Zafri bersuara. Afaf menjeling. Nampak gayanya dia terpaksa memenuhi hajat suaminya itu. Zafri tersenyum apabila bibir Afaf mula menyentuh dahinya. Seven kisses
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tengku … Ya Allah !! Sorry, sorry, sorry …” Kalut Zaiton menutup semula pintu. Terkejut pun ada malu pun ada …
“ Abang !! Kan Afaf dah kata …” Afaf bingkas bangun dari riba suaminya. Dia kemudian duduk di sofa, meneruskan kembali kerjanya mengatur temujanji buat Zafri. Zafri membetulkan duduknya sebelum interkom di tekan.
“ Kak Sal, panggil Zaiton masuk.” Arah Zafri. Afaf menjeling dari sofa. Zafri hanya tersengih. Marah benar isterinya itu, maklumlah terkantoi dengan staff. Zaiton telah terlihat kucupan ketujuh tadi …
“ Sayang … abang minta maaf. Lain kali abang pasang auto-lock, ye …” Zafri menyuarakan pendapatnya. Afaf buat derk je …  
“ Tengku, boleh saya masuk?” Soal Zaiton dari luar.
“ Masuk !!” Arah Zafri. Zaiton melangkah ke dalam pejabat.
“ Ada apa kamu nak jumpa saya?”
“ Encik Muiz nak tandatangan Tengku. Cek untuk Encik Ghani …” Zaiton meletakkan cek tersebut di atas meja Zafri. Zafri membelek sebelum tandatangannya di turunkan.
“ Saya nak kamu cakap dengan Encik Muiz, saya nak jumpa dia malam nanti. Ada benda saya nak bincangkan. If he said, yes. Suruh dia telefon ke mesej ke nombor handset saya. Faham ?” Soal Zafri. Zaiton mengangguk.
“ Ada hal apa, Tengku?” Soal Zaiton pula.
“ Bukan hal pejabat. Hal orang lelaki. Kamu tak payah sibuk nak tahu … Nah, you may leave now.” Kata Zafri. Afaf tersenyum dengan ayat yang terbit dari bibir suaminya itu. Zaiton segera mengambil cek yang di hulurkan Zafri sebelum melangkah keluar.
“ Sayang, hari ni masak lebih sikit. Abang nak ajak Muiz makan di rumah. Lama dah tak chit chat dengan dia as a friend. Kalau jumpa pun asyik bincang pasal kerja. Boleh, ye ?” Tanya Zafri. Afaf tersenyum.
“ Ok, lagipun dah lama Afaf tak berborak dengan Abang Muiz. Sejak Abang Reezal terima tawaran sambung belajar tu … Abang, suruh Abang Muiz bawa Kak Kinah sama.” Kata Afaf. Muiz bukan sahaja pekerja suaminya malah dia merupakan sahabat abangnya dan juga saksi akad nikah mereka dulu.
“ Baik, mem …” Zafri bersuara dari mejanya dengan senyuman manis. Nasib baik dah sejuk ..
   Sebulan telah berlalu, Afaf tidak mengalami alahan lagi. Tetapi selera makannya bertambah, risau Zafri melihatnya. Sekejap-sekejap cakap lapar, dia jugalah yang menjadi mangsa isterinya. Mahu tidak ? Afaf mahu makanan dari air tangan Zafri sendiri. Dari zero pengalaman tentang cherok dapoq terus jadi expert. Dah nak macam Chef Michael, cuma takde degree dalam kulinari je …
“ Abang, Afaf nak makan keropok lekor …” Pinta Afaf. Tangan suaminya di elus.
“ Ok, tapi 5 batang je. Tadi dah makan pasta.” Zafri bersuara. Terbantut niat nak tengok gambar koboi Don Montoya. Baru je nak pasang DVD, mem besar dah mengarah ... Dulu dialah yang paling alah dengan keropok tersebut hinggakan Afaf di haramkan untuk menyeludup keropok berkenaan. Tapi sekarang dia pun suka … Siap beli buat stok lagi …
   Beberapa minit kemudian, Zafri membawa keropok lekor yang telah siap di goreng ke ruang tamu. Afaf kehairanan … Kata suruh orang makan sikit je? Tapi ni macam melampau je … Dah macam beli keropok lekor kat pasar malam …
“ Kenapa tak makan lagi ?” Soal Zafri sambil memasang DVD.
“ Kenapa banyak sangat?”
“ Sayang makan 5 batang je. Yang lain abang punya. Jangan makan lebih, nanti baby besar susah nak bersalin. Ingat pesan mama …” Pesan Zafri. Risau … Sebab mamanya ada bercerita. Kalau baby besar, susah nak bersalin … Kena vakumlah, kena gunting sampai ke duburlah dan yang paling teruk dah gunting tapi tak keluar, diaorang C-section pula. Sudahlah bawah pun di jahit, atas pun di jahit … Kan seksa namanya …
“ Baik, Tengku …” Afaf mengusik suaminya. Zafri memandang isterinya sambil melangkah mendekati Afaf di sofa. Sofa putih keluaran Lorenzo itu sedikit terbenam apabila Zafri berlabuh di situ. Bahu Afaf di rangkul sebelum Zafri berbisik di telinga isterinya.
“ Sayang … jangan sampai abang tutup movie perang ni. Nanti sayang juga yang kena sambung movie di dalam … Nak ke ?” Zafri berkata. Matanya melirik nakal. Afaf mengeleng.
“ Tak nak. Abang janganlah tengok macam tu … Seram …” Perlahan suara Afaf. Keropok lekor di suapnya kepada Zafri.
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Siapa hantar bunga ni, Kak Sal ?” Soal Afaf. Terkejut dia apabila Salmah memberitahunya bahawa bunga lily itu untuknya.
“Budak kedai bunga yang hantar. Katanya untuk Afaf. Cubalah tengok kad tu, manalah tahu ada nama pengirim …” Salmah memberi cadangan. Afaf membelek kad yang di selitkan itu.
“ Amboi !! Romantiknya ayat …” Zafri bersuara. Kad di tangan Afaf di rampasnya. Terlopong Afaf di buatnya. Pandangan mereka bersatu.
“ Bukan Afaf mengatal. Afaf tak kenal siapa pun orangnya …” Begitulah maksud pandangan yang di hantar Afaf kepada Zafri.
“ Jangan risau … Abang kenal wife abang …” Zafri membalas melalui pandangannya. Tandatangan tersebut di perhatikan sebelum dia tersenyum.
“ Zal, Zal dengan adik sendiri pun nak mengusik …” Desis hati Zafri. Tandatangan rahsia dengan huruf Rz itu hanya Zafri yang tahu. Itupun setelah Reezal kantoi ketika sedang menulis surat buat Shaliza, senior mereka pada waktu itu. Shaliza pun dah selamat menikah, anak dah 4 …
“ Senyumanmu membuatkan dadaku lapang seluas lautan antartik … Rz ..” Baca Zafri. Dia masih tersenyum manis. Jiwang karat …
“ Err …” Gugup tutur Afaf. Dia kelu. Mamat manalah pulak? Aku ni isteri oranglah …
“ Sayang betul mamat ni dengan kamu Afaf … Kamu terima jelah. Saya yakin, kalau kamu tak terima ada bunga lain yang akan menyusul. Saya tak nak office ni jadi kebun bunga pulak nanti …” Kata Zafri sebelum berlalu ke pejabatnya. Dia menahan tawa di dalam hati. Mana taknya wajah Afaf sudah cemberut …
   Sejam kemudian muncul pula jambangan yang kedua, tiga kuntum bunga matahari. Afaf mengeluh. Siapalah gerangan orangnya? Tak mungkin suaminya, sebab Zafri takkan berbelanja untuk sesuatu yang tak kekal. Suaminya itu, lebih gemar membeli barangan kemas buatnya. Rz ? Siapa, ekh ? Jam seterusnya, 5 kuntum bunga daisy yang berwarna pink. Kemudian, bunga carnation yang berwarna-warni sebanyak 7 kuntum. Selang satu jam selepas itu, muncul pula sejambak gubahan bunga orkid. Penuh meja Junaidi dengan pelbagai bunga tersebut. Nasib baik tuannya MC hari ni …
“ Siapa yang hantar bunga ni, Afaf ? Dah dapat agak ke orangnya?” Soal Salmah. Kesian dengan Afaf yang kelihatan risau. Siapa yang tak gelabah bila tahu dirinya di stalker sampai begini … Anak orang kaya gamaknya …
“ Afaf tak tahulah, Kak Sal …” Afaf bersuara. Kad di beleknya.
“ Hah … apa di tulisnya pulak ?” Salmah bertanya.
“ Dia nak datang office within an hour . Macam mana ni ? Kak Sal … Afaf takutlah …” Kata Afaf. Tak pernah dia berhadapan dengan situasi tersebut. Waktu belajar dulu bila ada orang approach, dia cakap dah nikah. Tapi memang waktu tu dia dah nikah dengan Zafri.
“ Tunggu jelah dia datang … Kak Sal pun teringin nak jumpa orangnya …” Salmah tersenyum. Afaf berdiri, dia mahu ke bilik suaminya.
“ Afaf jumpa Tengku sekejap.” Afaf bersuara sambil berlalu. Kesemua kad tersebut di bawanya bersama.
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … macam mana ni ? Afaf takut … Abang jelah jumpa orang tu …” Kata Afaf. Tangan Zafri di genggamnya.
“ Biarlah dia datang. Abang pun teringin nak jumpa si stalker sayang … Laku juga isteri abang ni …” Zafri mengusik. Pipi Afaf di cuitnya.
“ Abang !! Afaf serius ni …” Afaf menjeling. Dia sudah gelabah …
“ Betul apa abang cakap … Jangan risau nanti kalau dia muncul abang bagi sebijik. Baru dia tahu sayang dah berpunya … Puas hati?” Soal Zafri. Dia mengubah duduknya ke sebelah Afaf. Bahu Afaf di rangkulnya.
“ Takkanlah baru nak say hello, abang dah punch … Abang ingat ni filem Tamil ke? Suka guna kekerasan. Afaf taknak abang kena accused nanti.” Afaf memandang wajah suaminya.
“ Sayang kat abang, ekh …” Zafri mengusik. Dagu Afaf di dongak sedikit.
“ Yelah. Kalau abang masuk dalam, sapa nak jaga Afaf dengan baby … Abang tak fikir ke?” Afaf mula terasa hati. Tubir matanya memberat. Perasaannya mudah terasa sejak berlalunya 3 bulan pertama …
“ Huish … hujan pula. Abang gurau jelah … Sayang … tengok sini. Jangan nangis, please … Abang janji, abang akan guna cara diplomasi …” Zafri menyapu air mata yang mengalir di pipi isterinya. Tubuh Afaf di bawa ke dalam dakapan.
“ Tak sampai hati pula tengok buah hati aku menangis. Tapi … abang ipar punya pasal redah jelah. Sekejap lagi, seronoklah sayang aku ni dapat jumpa Reezal. Jangan dia lupa aku sudah…” Desis hati Zafri. Maklumlah dah plan dengan abang iparnya untuk surprisekan Afaf kesayangan mereka itu …
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tengku, orang yang nak jumpa Afaf tu dah sampai …” Ujar Salmah melalui interkom.
“ Sekejap lagi kami keluar. Kak Sal, buatkan milo ais untuk tetamu.” Kata Zafri sebelum mematikan talian. Lengan Afaf di pegang supaya Afaf mengekorinya.
“ Jom … Stalker sayang dah sampai …” Zafri bersuara. Afaf mengeratkan lagi genggamannya pada tangan Zafri. Sepanjang perjalanan, Afaf hanya menunduk. Menyorok pun ada … Yalah, Tengku kan tough orangnya … Apabila langkah Zafri mati, tahulah Afaf mereka telah tiba. Zafri beradu pandangan dengan Reezal sebelum tersenyum.
“ Assalamualaikum … Don’t you missed me my dear ?” Soal Reezal. Dia hanya berpakaian santai. Afaf terpaku. Suara itu ? Dia kenal suara itu … Afaf menjenguk ke depan. Ternyata dia pun rindukan si pemilik suara.
“ Abe …” Ucap Afaf teruja. Lantas tubuh Reezal di peluknya erat. Sungguh, dia rindukan abang kandungnya ini.
“ Sudahlah tu … jealous aku. Jom, masuk office aku. Sayang, sudah.” Zafri bersuara dengan nada garang. Peluk bukan main kejap …
“ Yelah … Kau ni, aku peluk sikit je … Rindu ni … Kau dapat lebih pun nak jealous ke?” Reezal berkata. Pelukan di leraikan. Tangan Afaf di genggamnya sebelum mengekori langkah adik iparnya. Zafri tersenyum, Afaf juga.
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Siapa tu Kak Sal?” Soal Fiza.
“ Entah …” Jawab Salmah. Dia mahu ke pantry untuk membancuh air buat tetamu majikannya itu.
“ Mesra semacam je dengan si Afaf tu. Gedik juga si Afaf, siap peluk sakan …” Fiza bersuara lagi. Kebetulan dia mahu bertemu Salmah atas arahan Encik Faris. Tiba-tiba je ternampak aksi tersebut.
“ Kawan diaorang kot … takpun kekasih Afaf. Rasa Kak Sal, marka si Afaf lah.  Sebabnya tu… tengok sikit punya banyak bunga yang si jejaka macho tadi bagi. Romantik pula tu, setiap satu jam dia hantar bunga …” Jawab Salmah. Dia telah pun bangun.
“ Bertuah si Afaf dapat jejaka hot stuff macam tu … Ada Tengku, ada jejaka tadi. Boleh pilih yang mana sesuai … Saya ni Kak Sal, habuk pun tarak …” Keluh Athirah. Teruja juga dia melihat bunga-bunga yang memenuhi meja  Junaidi itu.
“ Ehh … bukan kau dah ada marka ke?” Soal Fiza.
“ Dulu ada, baru clash. Mak dia suruh nikah dengan sepupu dia …” Sebak tutur Athirah. Tergamam Fiza. Salmah memandang Athirah. Patutlah muram je 2-3 hari ni …
“ Jangan hujan kat sini. Jom, kita pergi pantry …” Pelawa Salmah. Tangan Athirah di heretnya ke pantry. Fiza mengekori. Walaupun mulutnya kepo, perasaan sahabat amat dititikberatkan. Kesian, Athirah …
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abe … kenapa baru balik sekarang? Sibuk sangat ke?” Afaf duduk di sisi Reezal. Tangan Reezal di genggamnya. Dah kurus abangnya ini …
“ Sibuklah sayang … Zaf ada buli sayang tak?” Soal Reezal. Wajah Zafri dipandangnya sambil menepuk bahunya agar Afaf bersandar kepadanya. Sudah terbiasa memanjakan adiknya begitu …
“ Selalu …” Adu Afaf. Reezal tersenyum.
“ Ehh … mana ada abang buli sayang. Sayang je yang buli abang. Zal, kau tahu Afaf sekarang tiap-tiap hari suruh aku masak. Kalau tak masak pun mesti suruh aku belikan. Kalau malam ok lagi, ni dah masuk awal pagi . Masak aku nak mencarinya … Nasib baik area aku duduk tu kedai semua buka 24/7. Kalau tak pening aku nak penuhi permintaan tuan puteri kau ni …”
“ Biasalah tu Zaf … Kau juga yang buat dia begini …” Reezal tertawa. Zafri tersenyum. Afaf menjeling setelah kepalanya diangkat dari bahu Reezal.
“ Abe nak minum apa? Afaf buatkan.” Soal Afaf. Dua-dua orang ni kalau bergabung habislah dia kena sakat …
“ Uihh … tanya Abang Reezal dia je … Abang tak tanya pun?” Zafri bersuara.
“ Afaf dah tahu, abang suka minum apa. Cuma Abang Reezal je Afaf tak pasti … Manalah tahu sejak duduk di Eropah sana dah berubah taste …” Kata Afaf.
“ Takdenya nak berubah, sayang ooi … Tapi adik abang ni je yang dah berubah …” Reezal berkata dengan senyuman.
“ Mestilah berubah. Afaf sayang aku …” Zafri pula bersuara. Afaf kegeraman. Alih-alih dia yang kena usik …
“ Afaf nak balik. Malas nak layan abang-abang sekalian …” Afaf segera keluar dari pejabat Zafri. Kakinya menapak ke mejanya. Zafri dan Reezal berpandangan. Dah merajuk …
“ Kau lah …” Kata mereka serentak. Terlupa Afaf berbadan dua, emosi tak stabil …Afaf membongkok sebelum tas tangan di ambilnya dari dalam laci. Zafri dan Reezal keluar dari pejabat.
“ Sayang … sorry.” Kata Zafri sambil berjalan mendekati meja kerja isterinya.
“ Sayang … abe minta maaf.” Reezal pula memujuk. Afaf buat derk je … Dia menapak ke pintu lif. Salmah terkejut, air milo ais yang di bancuhnya di tatang.
“ Ehh … dah kenapa tu? Siapa yang nak minum air ni …” Desis hati Salmah.
“ Kak Sal, kunci pejabat saya. Beg nanti Kak Sal hantar ke rumah saya sekali dengan bunga-bunga ni. Mem besar dah merajuk …” Sempat lagi Zafri berpesan sebelum meloloskan diri ke dalam lif. Nasib baik sempat … Wajah Reezal di pandang, Reezal memandangnya kembali. Kemudian, mereka memandang Afaf.
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ting Tong!! Ting Tong !!
“ Assalamualaikum …” Ucap Salmah.
“ Masuklah, Kak Sal …” Kedengaran suara Zafri sebelum bunyi kunci di buka. Salmah menapak ke dalam kondominium mewah tersebut. Fiza, Zaiton dan Athirah turut mengekorinya dari belakang. Tangan masing masing penuh dengan bunga.
“ Sesat tak Kak Sal?” Soal Zafri sambil menghulurkan tangan untuk mengambil beg kerjanya. Reezal turut membantu, siap arahkan pekerja adik iparnya supaya letakkan bunga-bunga tersebut di atas meja makan.
“ Tak sesat pun. Besar juga rumah Tengku …” Salmah bersuara. Kali pertama melihat rumah mewah sebegini. Cantik … Patutlah mahal, mengadap laut …
“ Abang, mama call.” Kata Afaf . Telefon bimbit suaminya di pegangnya sebelum di suakan kepada Zafri. Terkejut mereka di situ.
“ Kak Sal, semua pun ada. Meh, duduk dulu. Abe layan diaorang kejap, Afaf  buat air.” Afaf mempelawa tetamunya sebelum berlalu ke dapur.
“ Sekejap ye, Afaf buat air. Terima kasihlah sebab tolong hantarkan bunga- bunga ni …” Reezal berbicara walaupun terasa kekok. Seram pun ada … Mana taknya kena tenung dengan wanita-wanita di depannya.
“ Takpe, lagipun dah habis waktu kerja.” Jawab Athirah.
“ Mana Afaf?” Soal Zafri.
“ Dekat dapur …” Jawab Reezal. Zafri menapak ke dapur. Yang lain hanya memerhatikan majikan mereka itu.
“ Zaf memang begitu Kak Sal, susah nak berenggang dengan Afaf …” Reezal berkata.
“ Kak Sal ingatkan encik dengan Afaf …” Kata Salmah. Fiza, Athirah dan Zaiton mengangguk.
“ Panggil saya Reezal, Kak Sal. Afaf memang dengan saya. Adik kesayangan saya tu …” Beritahu Reezal. Siap ukirkan senyuman manis lagi …
“ Afaf, adik Reezal?” Terbit perkataan tersebut dari mulut Salmah. Tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.
“ Hemm … Zaf tak kasi tahu ke ?” Soal Reezal. Salmah menggeleng.
“ Bertuah punya adik ipar …”
“ Adik ipar?” Soal Fiza pula.
“ La … Zaf tak cakap ke dia dah nikah dengan Afaf ?” Reezal bertanya kembali. Mereka berempat menggeleng serentak.
“ Patutlah masa saya ke office tadi, saya terdengar gosip …” Reezal bersuara.
“ Bila diaorang nikah ?” Zaiton menyoal.
“ Dah lama. Masa kami study di Australia lagi. Tahun depan dah masuk 4 tahun dah diaorang nikah …” Kata Reezal.
“ Amboi!! Bersembang sakan nampak …” Zafri menatang dulang berisi air oren itu. Afaf membawa sepinggan kek buah-buahan yang telah di potongnya.
“ Apasal kau tak cakap dengan staf yang kau dah kahwin …” Reezal berkata.
“ Hah … Kenapa Tengku tak cakap?” Soal Kak Salmah.
“ Kak Sal, bukan saya tak mahu cakap … Tapi, kami baru nak buat kenduri. Ikut hati tak nak buat kenduri dah. But, mama insist. Nak buat juga walaupun kitaorang ni pengantin lama … So, Kak Sal dengan yang lain tunggulah mama hantar kad jemputan …” Zafri bercerita. Air di tuangkan ke dalam gelas. Afaf duduk di sisi Reezal.
“ Agak-agak bila langsungnya?” Soal Salmah lagi.
“ Secepat mungkin. Within a month, I guess …” Zafri berkata. Dia menempek di sebelah isterinya. Terpaksalah mereka berhimpit. Sofa ada 5 je …
“ Cepatnya, Tengku …” Fiza menyoal.
“ Kenalah cepat … Afaf ni, kalau lewat sebulan lagi habislah baju tak muat …” Reezal berseloroh. Siap angkat kening lagi kepada adik ipar merangkap sahabat baiknya itu. Mereka tersenyum lebar. Afaf mencubit lengan kedua-dua lelaki tersebut. Asyik nak mengusik je kerjanya …
“ Apasal tak muat pula ? Dietlah sikit Afaf …” Zaiton bersuara setelah meneguk air oren tersebut.
“ Memang tak boleh diet dah …” Jawab Zafri sambil membuat gaya dengan tangannya menandakan perut membesar .
“ La … dah berisi ke ? Berapa bulan dah, Afaf ?” Salmah bersuara.
“ Dah 3 bulan lebih …” Jawab Afaf.
“ Tahniah …” Ucap Salmah. Yang lain turut berkata demikian. Zafri dan Afaf tersenyum. Mereka berbual sambil menikmati juadah yang di sediakan tuan rumah.
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hello, Dee …” Ucap Fiza.
“ Hah … ada apa kau telefon aku malam-malam begini ?” Soal Junaidi.
“ Aku ada cerita terbaru. Kau nak tahu apa hubungan Tengku dengan Afaf ?”
“ Apa ?” Soal Junaidi tidak sabar.
“ Diaorang dah 3 tahun nikah …” Kata Fiza.
“ Betul ke?”
“ Betul. Tadi, aku, Kak Sal, Ton dengan Athirah pergi rumah Tengku…” Belum sempat Fiza bercerita Junaidi menyampuk.
“ Korang buat apa di rumah Tengku?”
“ Hish !! Kau ni dengarlah dulu. Kami pergi hantar bunga yang Afaf tinggal. Masa tulah kami dapat tahu. Tengku yang cerita sendiri, diaorang dah nikah 3 tahun and nak dapat baby dah…”
Baby ? Afaf pregnant ke?”
“ Hemm … nak masuk 4 bulan dah. Tapi lagi satu berita hangat.”
“ Apa? Kau ni, banyak sungguh cerita …” Junaidi malas mahu menadah telinganya lagi.
“ Afaf ada abang macho. Kalau kau tengok kau pun berkenan. Pakej lengkap macam Tengku juga, tapi aku rasa segak dari Tengku sebabnya dia ada lesung pipit. Sekali dia senyum boleh cair tulang-belulang aku. Sweet sangat …. Dee … aku rasa aku fall in love dengan abang si Afaf…” Luah Fiza. Asyik tersengih je semenjak berjumpa Reezal tambahan pula tadi Reezal payungkannya. Hujan …
“ Gediknya !! Cik Fiza, tolonglah sedar diri. Entah-entah mamat tu dah ada yang punya.” Kata Junaidi.
“ Biarlah aku nak berangan … Ehh … kau dah sihat ke ?”
“ Amboi !! Baru nak tanya ? Ingatkan dah lupa tadi, yelah asyik nak bergosip je …” Perli Junaidi.
Sorrylah, Dee … Aku teruja tadi … Kau sihat ?”
“ Ok sikit. Lusa aku masuk kerja. Fiza, aku mengantuk ni. Jumpa kau lusa. Bye …” Junaidi memutuskan talian. Dah telan ubat, apalagi mengantuklah …
                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Usai majlis persandingan, Afaf dan Zafri dah tak serupa orang. Sampai je rumah dua-dua sudah terbongkang. Tengku Zahra menggelengkan kepalanya. Kalau ya pun tidurlah di dalam bilik … Ini tidak, sofa juga yang menjadi mangsa …
“ Letih sangat ke ? Bukannya korang buat apa pun …” Reezal bersuara.
“ Gila tak letih. Naik lenguh pipi aku asyik kena senyum je .. Lepas ni giliran kau pula Zal… Baru kau rasa …” Kata Zafri.
“ Kamu bila lagi, Zal ?” Soal Tengku Fattah.
“ Insyaallah 2 bulan lagi, pakcik ….” Jawab Reezal yang duduk melepak di bawah.
“ Kamu perlukan pertolongan pakcik ke?” Soal Tengku Fattah. Padahal dia dah tahu. Pak Zaid telah memberitahunya akan niat anak teruna itu.
“ Kalau pakcik tak keberatan, saya nak jadikan pakcik ketua rombongan …” Kata Reezal. Sebab utama, bapa mertua adiknya itu mahir berbahasa Arab.
“ Boleh. Langsungnya di Madinah kan?” Soal Tengku Fattah.
“ Hemm …” Reezal mengangguk.
“ Jauhnya … Itulah kau, bercinta dengan minah Arab. Kalau bapa dia tak kasi , menangis kau…” Zafri berseloroh. Sengaja mahu mengusik sahabatnya itu.
“ Bapa Aisyah dah setuju. Aku yang cakap sendiri dengannya. Dia cakap nanti datang akad nikah je …” Reezal bercerita. Susah juga dia ingin menyakinkan bakal bapa mertuanya. Maklumlah, dia bukannya berbangsa Arab … Nasib baik, buah hati tolong …
“ Abang … Afaf nak makan bihun sup campurlah . Boleh tak ?” Tiba-tiba Afaf bersuara. Dia bingkas duduk dari perbaringannya.
“ Bihun sup campur? Sekarang ke?” Soal Zafri. Afaf mengangguk.
“ Sedap tu …  Sup campur. Ada perut, daging, ayam … Papa nak ikut. Tunggu papa sekejap nak panggilkan mama.” Kata Tengku Fattah sebelum beredar.
“ Abang nak makan sup gear box.” Zafri pula bersuara. Reezal kebingungan.
Gear box ?” Soal Reezal.
“ Stockhox …” Jawab Zafri.
“ Apa tu ?” Reezal tidak faham.
“ Lah kau ni … Sejak dapat title Dr ni dah lupa semua istilah. Sup kepala lutut atau orang terpelajar panggil sup sendi …” Perli Zafri. Afaf tersenyum.
“ Owh … Apasal panggil gear box?” Reezal bertanya.
“ Sebabnya … kalau tak masuk gear macam mana nak jalan …” Selamba jawapan Zafri. Afaf tertawa melihat wajah cemberut Reezal.
“ Hish … kau ni kalau tak kenakan aku tak boleh ke?” Reezal membaling bantal ke arah Zafri. Zafri menangkap bantal tersebut dengan senyuman lebar.
“ Jom, mama dah siap …” Kata Tengku Zahra dengan handbag di tangannya. Afaf bangun berdiri, tangan mertuanya di pimpin. Zafri merenung Afaf.
“ Kenapa ?” Soal Afaf.
“ Sini. Kenapa pergi pegang tangan mama ?” Zafri mendekati isterinya.
“ Ya Allah .. cemburu buta kau ni … Dengan mak sendiri pun nak berkira ? Biarlah adik aku nak pegang tangan mama kau. Kau pegang tangan aku je …” Reezal pula mengusik rakannya itu. Semenjak adiknya berbadan dua, semakin menjadi-jadi cemburu Zafri itu. Pembawakan budak kot … Tengku Zahra dan Tengku Fattah hanya tersenyum.
“ Sudahlah … Jom, mama dah lapar ni …” Tengku Zahra bersuara sebelum memimpin tangan Afaf. Zafri terpaksa beralah. Reezal mengenggam tangan sahabatnya. Zafri meleraikannya, siap jeling lagi … Reezal ketawa.
   Alhamdulillah keluarga mereka bahagia. Sungguh kuat penangan cinta gadis keropok lekor sehinggakan Zafri tidak boleh terpisah. Itulah, dulu cukup anti dengan keropok lekor tapi sekarang …. Melekat ….
                                                             -TAMAT-                                   

6 comments:

  1. Assalamualaikum ... Akhirnya, siap jugak cerpen ni ... Khas buat pembaca tegar .. Hehe ..(cik writer perasan sekejap ada peminat ..). Hope semua suka. Enjoy reading ...:)

    ReplyDelete
  2. Enjoyyy.....suwett n bestttt....hihi

    ReplyDelete
  3. Sgt best dan menarik! 10starssss..Heeee.sy suka.. teringin nk ade abg mcm Reezal

    ReplyDelete