mawar putih

mawar putih

Monday 10 November 2014

CERPEN: AKU ISTERI KEDUA ? ( LAST PART )



CERPEN : AKU ISTERI KEDUA? ( LAST PART )
PART 10
“ Yana, kenapa ni …” Soal Puan Sri Mira. Liyana mengesat air matanya.
“ Umi … abang tak sayangkan Yana ke?”
“ Khai sayangkan Yana. Cuma anak umi tu tak pandai bertegas.” Puan Sri Mira mengusap bahu menantunya itu.
“ Sekejap lagi sampailah Khai tu …” Tan Sri Khalid bersuara. Dia baru pulang dari bersenam.
“ Abang call Khai ke?” Soal Puan Sri Mira.
“ Abang dah call tadi. Katanya sekejap lagi sampai. Mira masaklah lebih, besan kita lunch sekali. Abang suruh Khai bermalam di sini.” Tan Sri Khalid memberitahu isterinya.
“ Besan kita sekali ke?” Puan Sri Mira bertanya. Tan Sri Khalid mengangguk. Puan Sri Mira menjuihkan bibirnya.
“ Hemm … Mira tak suka bagaimana pun … Tetamu mesti di layan dengan baik.” Tegur Tan Sri Khalid.
“ Mira menyampah dengan mak si Nor tu … Mengada-ngada. Abang nak tahu, kenapa Mira bawa Yana tinggal sini? Sebab dialah . Boleh dia suruh Yana cuci baju dia guna tangan, dia tak boleh buat sendiri ke? Takkan tak nampak perut Yana yang memboyot tu …” Luah Puan Sri Mira. Geram …
                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum … baby papa. Baby rindu papa tak?” Khairy mengusap perut Liyana. Tubuh isterinya itu di peluk dari belakang. Terbuai dia seketika dengan haruman Estee Lauder yang di pakai Liyana.
“ Sayang abang sihat ?” Soal Khairy lagi apabila tiada respon di berikan isterinya. Biasanya, Liyana akan mengenggam tangannya jika perut isterinya itu di usap.
“ Yana … kenapa ni ?” Soal Khairy lembut. Tubuh Liyana di pusing supaya mengadapnya. Tidak semena-mena air mata Liyana jatuh ke pipi.
“ Sayang … abang minta maaf. Jangan nangis please …” Pujuk Khairy. Air mata isterinya itu di usap. Satu ciuman di dahi Liyana di hadiahkannya.
“ Abang tak sayangkan Yana ke?” Soal Liyana dengan sendu yang masih berbaki. Wajah Khairy di pandangnya. Khairy membetulkan anak rambut isterinya yang sedikit menutupi kening itu. Khairy tersenyum.
“ Abang cintakan Yana. Abang janji lepas ni abang sentiasa akan jenguk sayang and baby. Cuma …abang minta Yana faham situasi sekarang. Nor dah tak banyak masa lagi untuk bersama kita …” Kata Khairy. Suaranya sedikit lemah, dia tak tahu bagaimana ingin menolong isteri pertamanya itu.
“ Abang … Yana minta maaf kalau pasal Yana abang susah hati. Abang jagalah Kak Nor … Yana ok. Umi dengan abi kan ada …” Liyana menarik tangan Khairy sebelum menciumnya. Dia tersedar bahawa dia sedikit mementingkan dirinya. Padahal Khairy punya tugas lain lagi.
“ Sayang abang tak salah pun … Biasalah kalau rindu-rindu, baby nak bermanja dengan papa lah tu … Atau …” Khairy berkata sambil tersenyum.
“ Apa?” Soal Liyana. Hairan dengan suaminya itu.
“ Atau Yana yang nak bermanja dengan abang …” Meleret Khairy menjawab. Senyuman nakal menghiasi bibirnya. Liyana menolak perlahan wajah suaminya yang sengaja di dekatkan.
“ Janganlah buat muka miang begitu, geli Yana tengok …” Liyana menapak ke meja solek. Sikat di capai sebelum dia menyisir rambutnya.
“ Dulu tak geli pun …” Khairy bersuara.
“ Abang !!” Liyana menjegilkan matanya. Suaminya ini suka mengusik …
“ Abang gurau jelah … Jom, abang bacakan suruh Yusuf untuk baby.” Kata Khairy. Tangan Liyana di pimpinnya, Liyana tersenyum. Liyana duduk bersandar di kepala katil menunggu Khairy yang sedang berwuduk. Hatinya gembira walaupun Khairy tidak berada di sampingnya setiap masa suaminya tetap mengambil berat tentang dirinya.
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama … Rindu mama …” Ucap Nadia.
“ Ju pun rindu mama juga …” Kata Juwita sebelum mencium pipi cengkung Norlia.
“ Mama lagi rindu dengan puteri-puteri mama ni … Ju dengan Nad suka tak tinggal di sini?” Norlia berkata. Rambut Juwita di usapnya.
“ Suka sangat. Mami baik.” Nadia memberitahu.
“ Mama … hari tu Ju tengok mami nangis. Papa tipu, papa cakap nak bawa kami makan satay. Tapi papa tak datang pun. Atuk yang bawa … Malam-malam mami nangis …” Adu Juwita yang telah berbaring di kiri Norlia.
“ Mami nangis bukan sebab tu .. Mami sakit perut. Nad tengok mami asyik usap perut je .. Bila Nad tanya mami cakap baby tendang.” Nadia pula bercerita.
“ Mama … nenek cakap Ju nak dapat adik. Baby dalam perut mami adik Ju. Ju dah besar, Ju nak jadi kakak. Bestnya …” Juwita tersenyum lebar.
“ Nad pun suka. Mesti baby comel macam mami.” Nadia pula bersuara. Norlia hanya tersenyum mendengar celoteh anak-anaknya. Alhamdulillah … anaknya serasi bersama Liyana.
“ Nor, mama tidur dulu. Letih …” Kata Puan Maziah. Pintu bilik anaknya itu di biarkan terbuka luas, matanya meliar sepertinya mencari sesuatu …
“ Baik, mama. Nor tidur dengan anak-anak …” Norlia bersuara perlahan.
“ Mana Khairy? Dia sepatutnya jaga kamu, bukan biarkan budak-budak ni tunggu kamu. Nad dengan Ju mana pandai nak jaga kamu?” Puan Maziah menguatkan suaranya sedikit. Tak puas hati dengan tindakan menantunya itu.
“ Kita orang pandailah, nek. Nad dapat nombor 3 dalam kelas. Ju pula nombor 2.” Nadia bersuara.
“ Ehh .. kamu diam. Pergi tidur dengan mami baru kamu. Biar papa kamu temankan mama. Pergi …” Marah Puan Maziah. Ju sudah sebak, dia meluru keluar dari bilik mamanya. Nadia juga berbuat demikian. Norlia tak sempat menahan.
“ Mama, kenapa mama marah anak Nor? Nor yang nak tidur dengan mereka malam ni ...” Norlia berkata. Dia bersandar di kepala katil walaupun sukar.
“ Habis siapa nak jaga kamu? Kamu bagi muka sangat dengan Khairy. Esok-esok dia buat tak peduli je dengan kamu.” Marah Puan Maziah tidak surut lagi. Geram tengok madu anaknya mendapat perhatian besannya. Padahal Norlia menantu pertama …
“ Mama … biarlah abang dengan Yana. Dah lama abang tak pedulikan Yana sejak Yana tinggal sini.”
“ Mama tak peduli. Khairy patut lebihkan kamu, kamu perlukan dia.” Puan Maziah menapak ke dalam bilik.
“ Tapi mama …”
“ Kamu nak kasih sayang suami kamu beralih? Biar Yana dapat semuanya? Begitu bla bla bla…” Bebel Puan Maziah. Norlia hanya mendengar. Sedikit sebanyak ada betulnya kata mamanya. Kasih sayang Khairy telah terbahagi …
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TOK!! TOK!! TOK!!
“ Sekejap …” Kata Khairy. Dia turun dari peraduannya ke muka pintu. Rambutnya di betulkan. Liyana memerhatikan angka di jam dinding. Pukul 11 …
“ Papa …” Serak suara Juwita. Pipinya di basahi air matanya. Nadia berada di belakang adiknya itu dengan wajah yang masam.
“ Kenapa ni sayang ?” Khairy bertanya. Hairan melihat wajah anak-anaknya yang tidak ceria. Juwita di dukungnya.
“ Ju … Ju … Ju nak tidur dengan mami …” Teresak-esak Juwita mengkhabarkan hasrat hatinya.
“ Nad pun. Nenek marah kita orang …” Nadia memegang hujung baju Khairy. Mengadu …
“ Ya Allah … Apa pulak kali ni ?” Desis hati Khairy. Wajah Liyana di pandangnya.
“ Mami … Nenek marah …” Juwita megadu apabila terlihat kelibat Liyana. Khairy menurunkan Juwita. Lantas anak-anaknya itu memeluk kanan dan kiri sisi mami mereka. Manja …
“ Nenek tak sengaja kot …” Kata Liyana yang cuba memujuk anak-anaknya. Kesian …
“ Kenapa riuh ni ? Ju nangis kenapa?” Soal Puan Sri Mira yang kebetulan lalu di situ. Tujuannya ingin membancuh kopi buat suaminya. Tiba-tiba terdengar suara cucunya, maka dia membuat keputusan untuk berhenti di situ.
“ Nenek buat Ju nangis. Nenek minta papa temankan mama. Nenek cakap kita orang tak pandai jaga mama.” Nadia bercerita. Terlopong mulut Khairy.
“ Lah .. aku kena jaga Nor ke? Ingatkan nak spend time dengan Yana …” Desis hati Khairy. Liyana turut memandang suaminya itu.
“ Abang ….” Pandangan mata Liyana seolah-olah menghantar rayuan tersebut. Khairy faham, walaupun Liyana tidak bersuara.
“ Sekejap, kenapa pulak mak mertua kamu nak kamu temankan Nor? Dia tak boleh temankan ke ? Kamu sepatutnya luangkan masa dengan Yana.” Luah Puan Sri Mira.
“ Entahlah, umi …” Jawab Khairy. Malas nak melayan kerenah ibu mertuanya.
“ Biar umi pergi jumpa dia. Kenapa dia pula yang nak kawal kamu?” Puan Sri Mira sedikit tidak puas hati.
“ Ehh … umi. Takpe nanti Khai tanyakan. Umi pergilah tidur, kesian abi tunggu umi.” Kata Khairy . Tak mahulah dia, uminya bertelagah dengan ibu mertuanya pula … Dia tahu kalau uminya marah susah surutnya. Takut bertegang urat pula nanti …
“ Lupa pulak umi. Abi kamu minta kopi. Selesaikan elok-elok, umi tak mahu kamu abaikan tanggungjawab kamu …” Ujar Puan Sri Mira sebelum berlalu ke dapur.
“ Abang … pergilah. Biar Yana temankan anak-anak. Ju, Nad pergi gosok gigi, basuh muka lepas tu tidur.” Liyana bersuara. Berlari-lari Juwita dan Nadia ke bilik air.
“ Tadi bukan nak abang stay sini ke?” Soal Khairy sambil menutup pintu biliknya. Mereka masih berdiri berhampiran muka pintu.
“ Memanglah Yana nak abang stay sini. Tapi kesian dengan Kak Nor, siapa nak temankan dia? Ju dengan Nad kan tidur sini ...”
“ Yana ni tak sayang abang ke? Abang planned punya baik nak spend time dengan Yana. Alih-alih Yana nak pass abang dekat Nor pulak …” Khairy bernada seolah-olah merajuk.
“ Abang janganlah macam ni … Ok, abang nak Yana buat apa?” Soal Liyana.
“ Abang nak stay sini.”
“ Jadi, abang nak Yana buat alasan ke?”
Yup. Any excuse, asalkan abang tidur dengan Yana hari ni. Ada anak-anak pun takpe. I just wanna stay by your side …” Ucap Khairy. Wajah Liyana di elusnya.
TOK!! TOK!! TOK!!
“ Hish … siapa pulak?” Desis hati Khairy. Baru je nak mengayat …
“ Sekejap.” Kata Khairy.
“ Mami …” Panggil Juwita. Anak-anaknya itu sudah pun berbaring di atas katil.
“ Sayang pergilah tidur dulu.” Arah Khairy. Liyana menapak ke peraduannya. Khairy pula menoleh ke pintu sebelum membukanya.
“ Hah !! Khairy kenapa kamu tercegat kat sini lagi? Mama nak kamu temankan Nor.” Kata Puan Maziah. Matanya meliar melihat sekitar bilik menantunya itu.
“ Mama … hari ni saya temankan Yana. Saya dah cakap dengan Nor, Nor izinkan dia tahu tanggungjawab saya. Kalau mama tak keberatan, mama temankan Nor.” Jawab Khairy.
“ Kamu ni tak adil, kamu lebihkan isteri muda kamu dari Nor. Nor kan sakit, takkan isteri muda kamu tak boleh beralah …” Puan Maziah kegeraman.
“ Mama … Yana dah banyak kali beralah. Dia faham saya, dia faham situasi sekarang. Kalau mama nak tahu sejak Nor balik sini, saya tak pernah pun luangkan masa dengan Yana. Hari ni, saya nak habiskan masa saya dengan Yana. Saya mengaku Nor perlukan saya lebih, tapi Yana pun perlukan saya tambahan pula Yana berbadan dua. Saya rasa bersalah sebabnya saya tak dapat temankan Yana even buat regular check-up. Khai harap mama faham. Khai minta maaf susahkan mama malam ni, saya minta mama temankan Nor hari ni.” Luah Khairy. Puan Maziah menjeling sebelum berlalu. Geram kerana Khairy berjaya mematikan kata-katanya. Khairy mengeluh sebelum menutup pintu biliknya.
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PART 11( LAST PART )
“ Ju … kenapa adik nangis tu ?” Soal Liyana. Dia menutup api sebelum membasuh tangannya. Liyana mengelap tangannya sebelum melangkah ke depan.
“ Mami, Ju rasa adik berak. Smelly …” Kata Juwita apabila kelibat Liyana kelihatan. Liyana tersenyum.
“ Anak mami berak ekh …” Liyana bersuara. Wathiq memandang wajah ibunya sebelum mula menangis semula dengan tangannya yang mengawang. Minta di angkatlah tu … Khalis Wathiq telah berusia 6 bulan.
“ Mami, Ju nak tolong …” Pinta Juwita. Excited … Maklumlah ada baby
“ Ju ambil tisu tu. Jom ikut mami. Mami nak bersihkan adik.” Kata Liyana sebelum melangkah ke tandas. Juwita mengekorinya dengan kotak tisu lembap di tangannya.
                     +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum …” Ucap Khairy di muka pintu. Bungkusan di tangannya di hulurkan kepada Liyana. Liyana menyambut huluran tersebut. Khalis di dukung Khairy.
“ Waalaikumusalam … Patutlah lewat, abang singgah beli satay …” Kata Liyana.
“ Nad pesan tadi. Abang call Pakcik Zaha tempah 100 cucuk satay. 50 ayam, 50 daging.” Khairy bersuara sambil melangkah ke dalam rumah. Khalis sibuk menarik tali leher papanya. Seronok gamaknya nampak tie warna merah …
“ Banyaknya …”
“ Abang jemput umi dengan abi makan malam dengan kita. Kalau tak membazir pulak … Yana ok, ke?” Soal Khairy.
“ Ok. Lagipun dah lama umi tak ke sini. Yalah, abi kan busy …” Liyana tahu kebelakangan ini bapa mertuanya selalu ke luar negara atas urusan kerja. Jadi, ibu mertuanya terpaksalah ikut …
“ Ada banyak projek masuk. Sebab tu umi kena temankan abi ke outstation. Sayang, rasanya malam ni umi spend night kat sini. Maklumlah, dah lama tak tengok Khalis … Habislah, anak papa ni kena gomol dengan nenek …” Khairy mencium pipi Khalis. Kesian anaknya nanti …
“ Biarlah, umi lepaskan rindu …” Liyana tersenyum. Apalah suaminya ini, jealous dengan ibu sendiri …
“ Sayanglah … siapa suruh bela anak kita sampai tembam begini? Umi geramlah, dulu Nad dengan Ju tak berisi …”
“ Amboi !! Nak salahkan Yana pula … Abang yang beria-ia. Sekejap-sekejap panggil Yana suruh bagi Khalis makan. Yana … Khalis lapar ni … Sayang … Khalis nak susu …” Liyana meniru gaya suaminya apabila meminta pertolongannya. Khairy tersenyum.
“ Pandai kenakan abang, ye?” Khairy mengusik. Liyana turut tersenyum sebelum melangkah ke dapur. Air sejuk di tuangnya ke dalam gelas sebelum di bawa ke ruang tamu untuk suaminya.
                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang hujung minggu ni kita balik kampung Yana, boleh? Lagipun dah lama kita tak ziarah kubur Kak Nor …” Liyana menyuarakan pendapatnya.
“ Minggu ni tak boleh, abang ada klien dari Korea. Minggu depan, boleh?” Soal Khairy. Liyana mengangguk.
“ Boleh. Asalkan kita balik sana. Rindu dengan mak …” Kata Liyana. Tangan suaminya di genggam. Khairy tersenyum.
“ Rindu mak, je … Abang ?” Khairy menjogketkan keningnya. Liyana menjeling. Tubuh Khalis di selimutnya.
“ Tak payah betulkan selimut. Abang nak letak Khalis dalam kot.” Khairy berkata lagi. Tubuh Khalis di angkatnya ke kot yang di sediakan.
“ Abang suka buli Yana … Tak suka …” Liyana memprotes. Tahu sangat dengan senyuman suaminya itu.
“ Eleh … tak suka konon … Habis, Khalis ni apa?” Khairy tersenyum nakal.
“ Abang !!” Liyana menampar lengan suaminya. Khairy menangkap tangan Liyana sebelum membawa Liyana ke dalam dakapannya.
                                                         
                                                    -TAMAT-