CERPEN : HAH !! KAU KAHWIN DUDA ??
“ Comelnya … anak siapa ni , mak ?” Soal Aufa dengan
teruja . Patutlah terasa nak balik awal dari universiti . Rupa-rupanya ada
tetamu . Si kecil tersebut di pangkunya . Suka benar dengan budak-budak …
“ Anak kawan Abang An . Dia baru pindah ke sini ,
sebelum ni duduk KL .” Terang Puan Aishah . Tersenyum dia melihat sikap Aufa
itu .
“ Habis tu mana mak bapa baby ni ? Tak kanlah
depa tinggal baby ni kat sini sorang-sorang?” Kritik Aufa . Apa punya parents
la …
“ Abang An bawa pergi cari rumah sewa . Aufa suka
dengan Audadi , ka ?” Soal Puan Aishah. Mudah mesra pula Audadi dengan anaknya
Aufa . Asyik tersenyum memanjang ..
“ Mak tahu kan , Aufa memang suka budak-budak . Sweetnya
… dia . Nama dia Audadi ka , mak ?” Aufa bertanya . Puan Aishah mengangguk .
“ Baguslah macam tu . Start esok mak mengasuh
Audadi ni . Kesian pula mak tengok Adam terumbang-ambing sorang diri uruskan
semua . Dahlah bini dia tak dak .” Jelas Puan Aishah .
“ Awat bini dia tak dak ? Pi mana ? Lari ka , mak ?”
Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aufa . Curious …
“ Bini dia dah meninggal . Baru sebulan pi . Si Audadi
ni pun baru sebulan umur dia . Sepatutnya Adam daftar diri kat USM 2 minggu
lepas . Tapi dah jadi macam ni , dia minta tangguh mengajar dulu .” Panjang
lebar penjelasan Puan Aishah .
“ Innalillahiwainnahilaihirojiun … Jadi , Audadi ni
baru sebulan ? Tapi kepala dia keras ja , senang nak angkat . Selalunya bukan
ka baby lembik lagi ?” Aufa menyuarakan kemusykilannya .
“ Arwah mak dia makan banyak susu kot masa
mengandungkan dia .” Selamba ja Puan Aishah menjawab .
“ Kesiannya dia … Biar Aufa ja yang jadi mummy
dia .” Aufa berseloroh . Sengaja mahu menyakat Puan Aishah .
“ Eloklah macam tu , mak berkenan dengan si Adam tu .
Rupa ada kerja pun bagus , anak yatim pulak tu . Nanti raya senang , balik sini
ja . Tak payah berebut nak balik kampung sapa dulu .” Puan Aishah bersuara .
Aufa terkejut , dia hanya bergurau .
“ Mak , Aufa saja kata lagu tu . Aufa muda lagi . Mak
ni serious sangat …” Aufa berkata . Peha si kecil di tepuk perlahan .
“ Tak salah kalau nak kahwin muda . Mak dulu pun
kahwin awal , sweet 17 lagi . Setahun lepas tu dapat Abang An , 5 tahun
lepas tu dapat Abang Uz . Tengok sekarang mak muda lagi, tapi anak semua dah
besar-besar .”
“ Mak ni … tak kan Aufa nak kahwin dengan kawan Abang An
, kot . Abang An dah 34 tahun , kawan dia mesti sama umur . Tua kot … Aufa baru
22 , lebih dari 10 tahun beza .” Aufa memberi alasan . Si Audadi telah selamat
beradu .
“ Tua sikit ja . Yang penting dia baik . Aufa
tengoklah dulu Adam tu , kot-kot berkenan . Handsome macam ayah
dulu-dulu . Macam pelakon sinetron pun ada . Mak gerenti nanti anak-anak Aufa
segak . Tengok Audadi tu , comei ja …” Bersungguh-sungguh Puan Aishah memuji
Adam . Entah siapa gerangannya si Adam tu ..
“ Kenapa mak kalut sangat ni ?” Aufa bertanya . Pelik
dengan promosi yang di lakukan oleh Puan Aishah tadi .
“ Mak janji dengan Adam nak carikan dia calon isteri
baru , tadi . Adam cakap yang penting perempuan tu , sayangkan Audadi macam
anak dia sendiri . Adam tak mau nanti jadi macam dalam tv tu … Kena dera … Masa
janji tadi tak terfikir pula . Sekarang baru mak terfikir , nak cari calon kat
mana ?” Puan Aishah bertutur .
“ Patutlah … Pandai sangat janji , tadi . Mak … dah
jangan pening kepala . Kalau ada jodoh jumpa la .. Nanti mak pi masjid , try
tanya kawan-kawan mak tu … Aufa naik atas dulu . Nak mandi , Asar pun tak
sembahyang lagi .” Aufa bersuara sebelum meletakkan Audadi di atas tilam kecil
tersebut .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Jemput makan , Adam . Lauk biasa-biasa ja .” Pelawa
Puan Aishah .
“ Ni , pun dah cukup makcik , pakcik . Dah lama saya
tak makan masakan di rumah . Asyik makan kedai je .” Adam berbahasa .
“ Makan , Adam . Rezeki jangan di tolak .” Pelawa
Encik Firdaus pula .
“ Jangan malu-malu , bro . Mak aku masak sedap
tau ? Rugi kalau makan sikit …” Farhan pula mempelawa rakannya itu .
“ Terima kasih , makcik tolong jagakan Audadi . Kalau
tak kelam-kabut juga saya nak cari pengasuh .”
“ Tak pa . Lagipun cucu-cucu makcik jauh nun kat
Pantai Timur tu . Boleh juga makcik tumpang bermanja dengan Audadi .” Ramah
sekali Puan Aishah berborak .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Adam , ni adik aku . Aufa . Dia ni student
USM .” Farhan memperkenalkan Aufa kepada Adam . Aufa pula sedang meriba Audadi
yang tengah menyusu botol .
“ Aufa ambil course apa ?” Tanya Adam .
“ Mass Comm . Abang Adam mengajar under
falkuti mana ?” Aufa pula menyoal . Leka dia memandang seraut wajah tersebut .
Segak … Macam Jack dalam cerita sinetron Berlian tu ..
“ Samalah , kita . Abang gantikan Prof Madya Zulkifli
. Semua kelas dia , abang ambil .” Terang Adam .
“ Owh .. jadi nanti Abang Adam mengajar Aufa lah .
Patutla Prof cakap nanti ada yang ganti , sebab dia dapat tawaran mengajar kat
Perth .”
“ Ha .. baguslah . Nanti hang boleh bagi extra
marks dekat Aufa . Lagi satu , kalau Aufa ni duk mengatai dengan budak laki
… hang report kat aku .” Farhan bersuara . Dia sengaja mahu mengusik
adik bongsunya . Aufa menjeling .
“ Abang An , jahat . Mana ada Aufa pi mengatai . Ayah
… tengok Abang An ni …” Aufa mengadu dengan Encik Firdaus .
“ Sayang ooi … mak dengan ayah dah lama tengok Abang
An ni .. Dari kecik sampailah dah jadi bapak budak .” Puan Aishah berseloroh .
Aufa mencebik . Geram … Lantas dia bingkas bangun dari duduknya . Audadi turut
di bawanya .
“ Aufa naik dulu . Abang Adam , Aufa pinjam Audadi .
Audadi … say good night to daddy .” Aufa membongkok sedikit , bibir
Audadi di dekatkan dengan pipi Adam . Kedua-dua belah pipi Adam di sentuh bibir
Audadi . Kemudian Aufa menapak ke atas .
“ Biarlah Audadi tidur dengan Aufa , Adam . Jangan
risau . Aufa tu dulu pernah jaga nursery , masa tengah tunggu result
SPM .” Encik Firdaus bersuara apabila terpandangkan raut gelisah di wajah Adam
.
“ Takpe ke pakcik ? Nanti menyusahkan Aufa pula …”
Adam bertanya .
“ Tak dak susahnya . Esok kelas Aufa pukul 11 . Yang
penting Adam tu , esok baru start kerja. Pi tidur awal . First
impression tu penting …” Tutur Encik Firdaus .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Awat , Abang Adam tu ? Macam tak kenal aku ja ? Ka
dia tak perasan ?” Desis hati Aufa .
“ Woi , hang pun dah jatuh hati dengan lecturer
baru tu . Parah . Ya Allah selamatkanlah kawan-kawan aku . Amin .” Faiza
berseloroh . Di sikunya lengan Aufa .
“ Mana ada . Aku …” Aufa tak jadi membocorkan rahsia .
“ Hang apa ?” Tanya Faiza lagi .
“ Handsome kan Doktor Adam tu .. Agak-agak dia
dah kahwin ke ?” Soal Liza pula .
“ Bangga aku kalau dia jadi bf aku .”
Tutur Zana .
“ Hang jangan duk gatai Zana . Hang tu dah ada encik
tunang .” Faiza mengingatkan Zana .
“ Sudahlah korang . Jom , makan . Satgi kelas Doktor
Zafran pula .” Aufa berbicara .
“ Hah … cakap pasal Doktor Zafran . Aku rasa dia suka
dekat kau lah Aufa .” Liza berkata.
“ Aku pun rasa macam tu jugak .” Faiza menyampuk .
“ Suka ka , tak suka ka . Aku no longer available
.” Tiba-tiba je ayat tersebut terkeluar dari mulut Aufa .
“ Hah !!” Riuh café tersebut dengan suara
mereka . Faiza mengangkat tangan tanda memohon maaf kepada tetamu yang lain .
Rakan-rakannya memandangnya .
“ Aku gurau jelah …” Aufa tersenyum manis .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Adam , dah siap ka rumah kamu tu ?” Soal Puan Aishah
.
“ Dah , saya rasa hujung minggu ni nak pindah sana .
Saya beli yang perlu je . Katil , sofa , peti ais dengan mesin basuh . Tv tak
beli pun , makcik . Pagi-pagi saya hantar Audadi ke sini.” Adam mengkhabarkan
perancangannya kepada Puan Aishah . Tak elok dia berlama di rumah Encik Firdaus
. Kesian Puan Aishah dengan Aufa terpaksa bertudung 24/7 .
“ Rumahnya di mana , Adam ?” Soal Encik Firdaus pula .
“ Dekat dengan U , pakcik . Taman Ashley Green .”
Audadi di pangkunya terkebil-kebil memandangnya . Senyuman di ukirkan buat
puterinya , pipi gebu itu di cuitnya .
“ Nanti pakcik dan makcik ikut kamu ke sana . Tolong
kamu kemas-kemas apa yang patut .” Ujar Encik Firdaus . Kesian dengan nasib si
Adam .
“ Boleh je , pakcik . Tapi tak payah susah-susah
tolong kemas . Tadi saya panggil tukang cuci, dah bersih dah rumah . Makcik ,
malam nanti saya ingat nak bawa makcik tolong pilihkan dapur . Boleh tak ?”
Pinta Adam .
“ La … makcik dengan pakcik … Adam bawa Aufa , ja .
Makcik dengan pakcik ada majlis di masjid . Hari ni Ustaz Don ceramah . Aufa , bab
membeli ni memang pandai . Adam cakap ja nak macam mana , nanti Aufa pilihkan
.” Tutur Puan Aishah .
“ Tapi makcik , nanti apa pula orang kata ? Saya jalan
dengan anak dara …” Adam merendah diri . Dia sedar statusnya sekarang . Adam
tak mahu orang memandangnya serong .
“ Bukan kamu berdua tapi bertiga . Audadi kan ada .”
Encik Firdaus bersuara .
“ Pakcik izinkan ?” Tanya Adam .
“ Pergilah , pakcik percayakan Adam . Lagipun pakcik
tak risau , Aufa tu pakcik dah hantar ke kelas taekwando dari kecik . Dia ada black
belt tu … Nampak je lembut .”
“ Black belt ? Samalah pulak . Saya pun ada black
belt , pakcik .” Adam berkata sambil melayan Audadi yang tergawang-gawang
tangannya . Nak minta di angkatlah tu …
“ Baguslah tu . Nanti makcik habaq kat Aufa .” Puan
Aishah memandang Aufa yang sedang menatang dulang untuk minum petang . Adam
turut memerhatikan Aufa .
“ Tak sangka budak ni ada black belt . Nampak
lembut je …” Desis hati Adam . Audadi yang di pangkunya mula merengek . Lenguh
kot asyik berbaring je …
“ Audadi … meh mummy dukung .” Aufa mengambil
Audadi dari pangkuan Adam . Adam tergamam mendengar Aufa membahasakan dirinya
sebagai mummy . Audadi pula senyum sebaik sahaja Aufa mengangkatnya .
“ Mummy ?” Terbit perkataan itu dari mulut Adam
.
“ Sorry . Abang Adam tak suka ke , Aufa
bahasakan diri begitu ?” Aufa gugup . Terlepas kata pulak …
“ Abang tak kisah . Takut bf Aufa pula yang jealous
. Nanti gaduh pulak .” Kata Adam berikutan terlihat Aufa bersama seorang lelaki
di hadapan library .
“ Aufa mana ada bf . Ni mesti Abang Adam nampak
Aufa dengan Jeff . Jeff tu dah bertunang dengan si Zana , kawan Aufa . Tadi dia
kirim barang untuk Zana .” Terang Aufa . Audadi pula menarik manik-manik di
tudung Aufa .
“ Aufa satgi temankan Adam pi beli dapur . Mak dengan
ayah ada ceramah dekat masjid .” Arah Puan Aishah .
“ Baik , mak . Lagipun Aufa nak pi Borders nak cari
buku sikit . Boleh tak , Abang Adam ?” Aufa bertanya . Audadi di halakan ke
depan .
“ Buku apa ?” Soal Adam .
“ Buku yang Abang Adam suruh beli 2 hari lepas .”
“ Tak payah beli . Nanti fotostat je buku abang .
Jimat .” Tutur Adam . Kaki Audadi di cuitnya .
“ Pi nanti jangan lupa beli perkakas baru si Audadi ni
. Baju dah kecik … Susu pun beli jugak.” Puan Aishah bersuara .
“ Apa lagi nak kena beli , mak ?” Soal Aufa .
“ Satgi Aufa check beg Audadi . Apa yang kurang
beli siap-siap .” Pesan Puan Aishah .
“ Baik , Maktok .” Aufa melambaikan tangan Audadi .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aufa , kita nak beli dapur apa ?” Soal Adam kepada
Aufa yang sedang membelek-belek dapur . Adam pula sedang menolak stroller
. Puterinya Thifal Audadi sedang nyenyak tidur .
“ Abang Adam nak dapur gas ke elektrik ?” Aufa
bertanya .
“ Abang rasa elektrik mudah sikit . Bila-bila nak guna
pun boleh . Kalau gas , nanti gas habis nak kena call orang hantar gas
pulak .” Adam memberi penerangan . Aufa pula beralih ke arah dapur elektrik .
“ Ok , senang sikit kerja Aufa nak pilih . Aufa
berkenan yang ni , design dia cantik . Kita ambik colour hitam .
Abang Adam suka tak ?” Aufa menunjukkan model LG tersebut , ada corak
bunga-bunga lagi .
“ Cantik juga . Abang suka . Kita ambil yang ni . Adik
, saya nak yang ni .” Adam memberitahu jurujual yang mengekori mereka sejak
dari tadi .
“ Nak beli apa lagi , Abang Adam ?” Aufa menyoal
sambil tunduk melihat Audadi yang sedang bergerak-gerak . Audadi mula merengek
.
“ Kita beli periuk nasi dengan kettle . Frying
pan and pots tak nampak pulak .” Adam bersuara sambil meninjau kedai
elektrik tersebut . Aufa mendukung Audadi .
“ Yang tu kita beli dekat Jusco . Lagipun kita nak
beli barang Audadi .” Aufa berkata . Audadi di sandarkan ke dadanya .
“ Jom , pilih periuk nasi pulak .” Pelawa Adam .
Audadi di pandang . Mesra sungguh dengan Aufa .
“ Abang suka yang ni . Nak beli yang kecik ke besar ?”
Soal Adam .
“ Aufa rasa better yang sedang . Ambik colour
putih , kalau ada semut senang nampak . Panasonic ke Elba ?”
“ Its up to you . Anak daddy … Meh sini
, kesian mummy .” Adam mahu mengambil Audadi .
“ Lapar ke sayang ?” Aufa bersuara . Jarinya di bawa
ke mulut Audadi . Ternyata Audadi kelaparan . Kerap pula dia menyusu , nak
membesarlah katakan … Adam mengerti , dia mengambil botol susu dari dalam beg .
“ Nah susu . Aufa nak bagi ke abang je ?” Tanya Adam .
“ Biar Aufa ja . Abang Adam pi uruskan semua . Kettle
abang pilih sendiri . Aufa duduk kat sofa tu kejap .”
“ Baik , mem .” Kata Adam dengan senyuman . Pipi
Audadi diciumnya . Keadaan Adam yang mendekatinya , mendatangkan debaran di
dada . Bau minyak wangi Adam melekat di hidungnya .
“ Mummy nak juga ke ?” Adam mengusik .
“ Err …” Tergamam Aufa dengan pertanyaan Adam .
“ Abang gurau jelah … Tunggu di situ . Nanti abang
datang .” Adam bersuara sebelum berlalu .
“ Ya Allah , duda ni nak menggatal ke ? Meremang bulu
roma aku .” Desis hati Aufa . Dia melangkah ke sofa berdekat dengan stroller
yang di parkingkan Adam tadi .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sudah 4 bulan
Adam tinggal di rumah sewanya . Baru-baru ini dia terpaksa menghadiri seminar
selama 3 hari . Audadi di tinggalkan bersama Puan Aishah dan keluarga . Kini
dia dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Pahang . Sempat dia memikirkan
masa depannya dan Audadi . Seminggu yang lalu Puan Aishah telah memperkenalkan
dia dengan seorang wanita . Haruskah dia mempertimbangkan keputusannya untuk
beristeri lagi ?
“ Yana … abang tak tahu nak buat keputusan ? Kalau
abang tak kahwin , kesian Audadi tak dapat kasih sayang seorang ibu . Abang
rasa abang tak mampu cintakan orang lain selain Yana . Please help me ,
sayang …” Luah Adam seorang diri di dalam kereta . Sekali tengok dah macam
orang tak betul bercakap sorang-sorang . Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi .
Adam melihat nama si pemanggil yang terpapar di skrin telefonnya .
“ Assalamualaikum . Abang Adam , sampai kat mana dah
?” Soal Aufa .
“ Waalaikumusalam . Dah sampai tol Juru . Ada apa Aufa
?”
“ Aufa nak bawa Audadi ke hospital . Hari ni kan
Audadi kena injection .” Terang Aufa .
“ Ya Allah . Abang lupa . Aufa , tunggu abang . Nanti
kita pergi sama-sama .” Adam berkata .
“ Ok , lagipun 1 hour lagi appointmentnya
. Aufa nak suap Audadi makan dulu . Bye .”
“ Bye .” Talian di matikan Adam .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Usai
mendapatkan suntikan buat Audadi mereka singgah di restoren masakan Thai .
Mereka menjamu selera sambil bercerita . Audadi pula sudah terlentok di dalam stoller
.
“ Abang Adam . Aufa nak tanya personal question
, boleh ?”
“ Tanyalah , kalau mampu abang jawab . If not , I
better be silent .” Kata Adam dengan senyuman .
“ Abang Adam serious ke dengan anak Makcik
Bedah , tu ?”
“ Maksud Aufa , Kak Qai ke ?” Soal Adam pula .
“ Hemm ...” Aufa meneruskan suapannya .
“ Entah … I don’t have any feeling towards her
. Apa yang abang nampak sekarang , abang perlukan seorang ibu buat Audadi . Apa
pendapat Aufa tentang Kak Qai ? Boleh ke dia jadi ibu yang baik buat Audadi ?” Adam bertanya .
“ Aufa tak tau nak habaq lagu mana . Tapi Aufa tak
berkenan sangat dengan Kak Qai tu …”
“ Kenapa ? Aufa jealous ke dia dengan abang ?”
Adam menarik senyum lebar . Sekadar bergurau dengan Aufa . Aufa menjeling Adam
.
“ Mana ada jealous … Kalau Abang Adam nak
kahwin dengan dia pun Aufa tak kisah . Tapi biarlah Audadi dengan kami . Aufa
rasa tak yakin kalau Kak Qai yang jaga . Mungkin Aufa dah sayangkan Audadi .
Kalau lama sikit tak jumpa , asyik teringat je … Kadang- kadang rasa sebak ,
alih-alih air mata dah meleleh …” Jujur bicara Aufa . Adam terkejut .
“ Ya Allah , sayang sungguh Aufa dengan Audadi .
Audadi pun sama , sampaikan nak tidur mesti kena selimut dengan tudung Aufa .” Desis
hati Adam , dia mengelamun sejenak . Nasib baik Puan Aishah memberikannya
tudung Aufa . Ini adalah rahsia mereka berdua . Sehingga kini Aufa masih tidak
tahu yang tudungnya sebenarnya tidak hilang tetapi di berikan Puan Aishah
kepada Adam .
“ Abang Adam !! Aufa cakap dia boleh berangan pulak .
Tahulah tak sabar nak kahwin …”
“ Sorry … abang tertengok something …”
Perlahan tutur Adam .
“ Abang Adam , it sound like scary thing . Don’t
tell me , abang boleh nampak aktiviti paranormal .” Aufa mula cuak .
Padahal Adam ternampak kelibat seseorang yang di kenalinya. Tertawa kecil Adam
dengan raut wajah Aufa .
“ Tak sangka Aufa penakut , padahal ada black belt
.” Tutur Adam .
“ Ada sungguh ke benda tu , Abang Adam ?” Tanya Aufa .
Adam yang mahu meneruskan usikannya hanya mengangguk . Tiba-tiba Aufa duduk
bertinggung . Audadi didekatinya . Ayat Kursi dibacanya sebelum menghembus
Audadi yang sedang lena itu . Tergamam Adam .
“ Kenapa tengok macam tu ? Aufa baca Ayat Kursi untuk
Audadi je …” Aufa kembali duduk di kerusi , dia meneruskan suapan . Adam
terharu .
“ Abang rasa abang dah jumpa ibu untuk Audadi .” Adam
bersuara . Aufa di perhatikannya .
“ Gelojoh betul Abang Adam ni , tahulah tak sabar nak
kahwin dengan Kak Qai .” Aufa tersenyum .
“ Abang nak kahwin dengan orang yang sayangkan Audadi .
Yang pentingkan Audadi and most important thing is Audadi suka orang tu
…” Kata Adam dengan pandangan yang masih tertancap pada wajah Aufa .
“ Hish … Abang Adam ni . Awat tengok macam tu ? Dah
serupa orang miang .. Memang Abang Adam ni wajib kahwin dah … Tak pa nanti Aufa
suruh mak cepatkan proses pinang Kak Qai .” Selamba je tutur Aufa . Adam
tertawa kecil .
“ Betul Aufa tak dapat tangkap maksud abang ? Ke Aufa
malu ?” Soal Adam sambil memerhatikan gelagat merpati dua sejoli di hadapannya .
“ Aufa faham . Aufa rasa Kak Qai pun suka kahwin awal
. Tapi abang janji , Audadi kena stay dengan kami . Weekends baru
abang ambil , boleh ?”Aufa cuba berunding dengan Adam .
“ Kalau Audadi nak stay dengan Aufa terus pun
boleh . Abang setuju tapi … dengan satu syarat .”
“ Apa syaratnya ?” Ceria saja suara Aufa kedengaran .
“ Kita kahwin . Aufa terus jadi mummy real
Audadi . If not abang tak sanggup kongsi Audadi dengan orang luar .”
Tutur Adam . Aufa tergamam .Matanya memandang tetap ke muka Adam .
“ Sampai hati Abang Adam anggap Aufa orang luar . Aufa
tahu Aufa muda lagi , tapi tak salahkan kalau Aufa sayangkan Audadi ? Kalau ya
pun Abang Adam suka sangat dengan Kak Qai , tak kan sampai nak buang Aufa terus
…” Aufa mula sebak . Air mata mula turun dari tubir mata . Adam gelabah .
“ Salah ke bahasa aku sampai budak ni nangis ?” Desis
hati Adam .
“ Aufa … abang minta maaf . Maksud orang luar tu … abang sengaja guna
untuk pancing perhatian Aufa . Abang nak Aufa jadi mummy Audadi . Abang
nak Aufa jadi isteri abang yang sah . Abang tak nampak Kak Qai dapat jadi ibu
yang baik buat Audadi . Faham ?” Adam sudah menarik kerusinya mendekati Aufa .
“ Kenapa dia tak layak pulak ? Bukan Abang Adam suka
dekat Kak Qai ke ? Kenapa tiba-tiba ajak orang kahwin ? Orang muda lagi …” Aufa
menunduk malu , Adam sangat dekat dengannya . Aufa sedikit tidak selesa begitu
. Adam faham lalu dia kembali ke tempatnya .
“ Tahulah abang dah tua … Anggap jelah abang terlepas
cakap .” Adam terasa hati .
“ Sentap ke pakcik ni ?” Desis hati Adam . Lantas
pandangannya di labuhkan ke wajah Adam.
“ Pasal tu , Abang Adam better tanya dengan mak
dan ayah Aufa . Aufa sayangkan Audadi but Aufa tak ready nak jadi
wife .” Jujur tutur Aufa .
“ Abang faham . Abang pun masih tak dapat lupakan
arwah isteri abang . Tapi Audadi perlukan kasih sayang ibu . Aufa jangan risau
, kita belajar terima satu sama lain slowly , boleh? Pasal pakcik dengan
makcik tahulah abang uruskan …”
“ Tapi kenapa pilih Aufa ?”
“ Sebab Aufa sayangkan Audadi dan Audadi pun sayangkan
Aufa .” Jawab Adam . Senyuman menghiasi bibirnya .
“ Kak Qai , macam mana ? Nanti bising satu taman dengan
mulut Makcik Bedah .” Soal Aufa. Risau juga kalau Makcik Bedah menyerang maknya
.
“ Pasal tu , kita ada bukti . Aufa tengok belakang ,
bawah pokok tu . Looks like Qai with a guy. Kejap abang rekod . Kalau
abang kena smash nanti , kita boleh smash balik .” Kata Adam
sambil tertawa kecil sebelum merakam aksi suap menyuap merpati dua sejoli itu .
Aufa hanya diam membisu .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebulan kemudian
“ Aku terima nikahnya Fariza Aufa Binti Firdaus dengan
mas kahwinnya 2000 ringgit tunai .” Adam melafazkan akad .
“ Sah . Sah . Sah .” Kata saksi serentak . Doa di
bacakan sebelum tok kadi menyuruh Adam membaca lafaz taqlik . Usai membaca Adam
segera menunaikan solat sunat .
Pernikahan
mereka diadakan di rumah keluarga Aufa . Hanya kenduri kesyukuran di jalankan
memandangkan Aufa tidak mahu majlis besar . Lagipun Puan Aishah dan Encik
Firdaus akan berangkat ke tanah suci keesokkan harinya . Maka , majlis tersebut
di satukan .
Abang Aufa ,
Farhan dan Fairuz mempelawa Adam untuk menyarungkan cincin di jari manis adik
mereka . Adam duduk bersila sebelum menyarungkan cincin yang di tempah mereka
bersama . Aufa turut berbuat demikian . Lega hati mereka kerana sudah ada orang
yang menjaga Aufa . Tambahan pula mereka jauh di negeri orang .
“ Terima kasih , sudi jadi isteri abang .” Bisik Adam
di telinga Aufa . Adam melutut . Bahu Aufa di pegangnya untuk mengimbangi diri
. Wajah Aufa merona merah . Dia malu . Tidak pernah dia sedekat itu dengan
mana-mana lelaki . Sedikit sebanyak debaran itu terasa .
“ Woi !! Bawa bersabar , bro . Adik aku tu …”
Farhan menyakat Adam . Adam tersenyum apabila isteri Farhan menampar lengan
Farhan .
“ Sudah-sudahlah mengusiknya …” Encik Firdaus turut
tersenyum . Terasa lapang dadanya menyerahkan satu-satunya anak gadisnya ke
tangan yang betul . Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar ….
“ Adik , ni hadiah dari Kak Su dengan Abang Farhan .”
Suhana menghulurkan hadiah untuk pasangan pengantin baru itu .
“ Ini pula dari Abang Fairuz dengan Kak Jas .” Fairuz
mengambil tempat di sebelah Aufa . Pipi Aufa di ciumnya kiri dan kanan . Terasa
berat hendak melepaskan Aufa kerana Aufa rapat dengannya berbanding Farhan .
Air mata Aufa sudah mengalir , Fairuz juga begitu .
“ Uz … hang bagi adik teriak .” Farhan turut mengambil
tempat di kanan Aufa . Adam beralih memberi laluan . Pipi Aufa turut di cium
Farhan . Air matanya turut membasahi pipi walaupun hanya setitik dua .
“ Why you guys crying ? I thought only the bride
crying . Happiness tears …” Kata Jasmina dengan Dania di dukungannya .
Isteri Fairuz ni mualaf . Orang Rusia …
“ Sweetheart … it’s hard to let Aufa go . She the
only sis we had .” Terang Fairuz .
“ Saya tahu .” Jawab Jasmina dengan pelat .
“ Aufa , ni Audadi tak mau duduk dah . Mengantuk kot .
Mak Lang dah bagi susu tapi tak mau tidur pon …” Ujar Puan Juhara . Adik
ayahnya .
“ Thifal Audadi … meh daddy tidurkan .” Adam
mengambil Audadi dari Mak Lang .
“ Jom , mummy dodoikan .” Aufa pula bersuara sebelum
beriringan dengan Adam .
“ Adik , tidurkan Audadi ja . Jangan daddynya
pulak . Tak kan nak biarkan kami layan tetamu pulak …” Farhan mengusik lagi .
Aufa menjeling Farhan . Adam hanya tersenyum . Mereka yang berada di situ
ketawa .
“ Abe !! Gelenya …” Suhana mencubit lengan Farhan .
Anak mereka Fazura dan Sofia tertawa melihat abah mereka menggosok lengannya
itu .
++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Apa diorang bagi ?” Adam bertanya . Tubuhnya di
baringkan di sebelah Audadi .
“ Abang An dengan Kak Su bagi pakej penginapan kat
Berjaya Resort , 3 hari 2 malam . Abang Uz dengan Kak Jas pula bagi tiket flight
.” Jawab Aufa sambil membuka tudungnya .
“ Pergi mana ?” Adam bertanya . Pipi Audadi di ciumnya
.
“ Pulau Tioman .” Aufa melabuhkan punggung di atas
tilam . Rambut Audadi di elusnya .
“ Bila datenya ?” Adam memerhatikan wajah
cantik Aufa . Rambut Aufa yang panjang paras pinggang itu kelihatan amat
menawan . Sesuai dengan wajah isterinya yang ayu .
“ Hari Rabu .”
“ Aufa , ok ke dengan date tu ?” Adam menyoal .
Pandangannya tidak beralih . Kini jari jemarinya ingin menyentuh rambut Aufa .
Terasa mahu membelai rambut itu .
“ Ok . Cuti study week , kan ? Kalau setakat 3
hari Aufa setuju .”
“ Cantik rambut Aufa … Abang suka .” Adam bersuara
dengan nada yang perlahan . Jari jemarinya menyentuh rambut Aufa . Diusapnya
perlahan hingga ke hujung . Tindakan Adam itu menyebabkan Aufa kaku . Terkejut
barangkali … Mana tak terkejut elok-elok berborak tiba-tiba je tukar siaran ….
“ Aa … Aa .. Abang . Aufa nak bancuh susu Audadi .
Abang pergi mandi dulu .” Tersekat-sekat suara Aufa , seram sejuk dibuatnya .
Dia bingkas bangun berdiri di tepi katil . Adam yang tersedar dari lamunannya
berdeham .
“ Sorry , I was carried-out .” Kata Adam .
Tuala di capainya sebelum menuju ke bilik air . Aufa pula mengambil bantal
untuk menghadang Audadi daripada terjatuh sebelum dia melangkah keluar dari
biliknya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang , Aufa ada discussion dengan kawan
dekat foyer . Aufa bawa Audadi sama .”
“ Discussion ? Bukan ke paper Aufa ada
lagi 1 tak exam ? Assignment should be finish before exam , am I right
?” Adam berkata .
“ Dah selesai . Tapi part Liza kena buat
tambahan , so kita orang nak buat semakkan sebelum hantar .”
“ Ok . Pergi naik teksi , nanti balik dengan abang .
Kita dinner dekat luar .” Adam berkata .
“ Nanti singgah Tesco sekali , boleh ? Aufa nak beli
barang dapur .” Aufa menyoal .
“ Yes , mem .” Jawab Adam sebelum menamatkan
talian .
Kaki
melangkah turun dari teksi . Nasib baik pakcik teksi ni memahami , dia menolong
Aufa mengeluarkan stroller . Siap pasang lagi . Maklumlah Audadi ni
tengah membesar , badan semakin gebu sekarang . Nak dukung memang cepat lenguh
. Jadi , Adam pesan supaya Aufa bawa stroller .
“ Terima kasih , pakcik .”
“ Sama-sama . Teringat pakcik dekat cucu . Dah berapa
bulan ?”
“ Nak masuk 7 bulan , pakcik . Saya pergi dulu .” Aufa
bersuara . Tubuh Audadi di letakkan ke dalam stroller . Audadi pula
sibuk menggigit toys , gatal gusi . Maklumlah gigi nak tumbuh .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aufa !! Comelnya , anak siapa ni ?” Faiza bersuara .
Rakan yang lain turut melihat ke dalam stroller . Audadi pula asyik
dengan toysnya . Di gigit-gigitnya dari tadi lagi .
“ Anak akulah . Tepi sikit , aku nak angkat Audadi .
Kesian dia panas , korang block dia .” Aufa mengangkat Audadi .
“ Agak-agaklah nak menipu pun … Anak menakan hang ka ?
Comei sungguh , putih gebu .” Zana pula bersuara .
“ Audadi ni anak aku .”
“ Tipu . Bila masa kau mengandung ? Kita orang tak
nampak pun perut kau besar ?” Giliran Liza pula menyoal .
“ Last year , aku kan off 1 sem . Aku
cuti deliver lah .” Aufa menipu rakannya . Dia mahu menduga samada
mereka mempercayainya atau tak .
“ Betul juga , patut pun kau tak datang . Aku
terserempak Abang An kau kat pejabat dekan .” Tutur Zana .
“ Betullah tu …” Aufa menjawab . Audadi duduk di
ribanya . Sekeping biskut di beri kepada Audadi menggantikan toys tadi .
Padahal dia cuti potong apendiks .
“ Aku tak percaya . Kalau kau kahwin , mana cincinnya
? Kenapa tak jemput kami ? Mana bukti ? Gambar ?” Faiza menyoal tidak henti .
Kepo betul makcik ni …
“ Ni cincin kahwin aku . Kami dah lama kahwin . Tak
jemput korang sebab tak kenal lagi masa tu .. Gambar ? Tak payah kot … Kalau
nak tengok , tunggu petang nanti . My Mr Hubby datang ambil kami . Kan ,
Audadi …” Aufa mengelap sisa makanan di tepi bibir Audadi .
“ Amboi !! besarnya batu . Suami kau orang berada ke
?” Soal Liza .
“ Biasa ja .” Aufa memberi Audadi minum air masak .
“ Hang jangan nak tipu aku , Aufa . Aku tak percaya .
Kalau betul hang dah nikah , masa tu umur hang berapa ? ” Kata Faiza . Aufa
mengelabah .
“ Emm … kami nikah lepas matrik .” Aufa masih
meneruskan lakonannya .
“ Sudahlah korang . Asalkan nikah , bukannya buat
benda tak elok … Continue kerja kita , tapi … sebelum tu bagi aku pegang
anak kau kejap .” Liza bersuara apabila banyak mata mula memerhatikan mereka .
Audadi bertukar riba .
“ Apa nama anak kau , Aufa ?” Soal Zana . Pipi putih
Audadi di cuitnya .
“ Thifal Audadi .” Jawab Aufa . Nasib baik Liza jadi
penyelamatnya .
“ Amboi !! Nama … Bapak dia orang Arab ke ?” Faiza
mula kepo .
“ Bukan . Orang Malaysia la …” Aufa menjeling Faiza .
“ Nama penuh dia apa ?” Zana pula bertanya .
“ Thifal Audadi Binti Mohd Adam Thaqif .” Aufa
terlepas cakap . Minta-mintalah mereka tak sedar nama tersebut .
“ Liza , bagi aku pulak .” Pinta Faiza . Audadi
beralih tangan .
“ Nasib baik depa tak perasan .” Desis hati Aufa .
“ Jom , mula cepat .” Arah Liza .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Alhamdulillah . Akhirnya siap juga .” Liza mengucap
syukur .
Mereka
melangkah ke bilik Dr Zafran di tingkat dua . Stroller di tinggalkan di
lab komputer. Itu pun Kak Jannah tolong jagakan . Audadi di dukung Aufa .
Tengahari tadi mereka makan di Kafe Desasiswa . Berehat sebentar di bilik Zana
dan Faiza . Siap mandikan Audadi lagi . Nasib baik ada electric kettle ,
senang nak jerang air . Kalau tak , mandi air sejuklah Audadi .
Masing-masing
terpegun melihat Aufa yang cekap memandikan Audadi . Nasib baik , Zana ni pakai
Baby Johnson punya bath cream . Bolehlah Audadi tumpang . Besen pula
pinjam jiran sebelah bilik Liza , Kak Balqis . Dia pun join sekali
tengok acara mandikan Audadi . Siap tidurkan Audadi lagi . 2 jam lepas tu baru
mereka turun ke Falkuti .
“ Korang pergi dulu . Aku nak ke tandas dulu . Zana ,
nah pegang anak aku kejap . Jumpa korang kat atas . Anak mummy … mummy
pergi tandas kejap . Stay with Aunty Zana , ye sayang …” Aufa bersuara
sebelum mencium pipi anaknya itu .
“ Aku nak ikut .” Ujar Faiza . Liza dan Zana
meneruskan hajat mereka ke bilik Dr Zafran .
++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum , Doktor Zafran .” Liza memberi
salam .
“ Walaikumusalam . Sila masuk .” Kata Zafran yang
sedang membelakangkan mereka .
“ Eekk …” Audadi berbunyi . Zana menepuk punggung
Audadi perlahan untuk menenangkannya . Aura nak nangis menguasai anak kecil itu
. Terasa tangan kot . Lagipun kelibat Aufa tidak kelihatan di matanya .
Tentulah mummynya di cari …
“ Anak siapa ni ? Kamu berdua je ? Yang lain mana ?”
Soal Dr Zafran . Kelibat Aufa di carinya . Rindu hendak melihat wajah Aufa yang
telah mencuri hatinya . Liza menyerah tugasan mereka kepada Zafran .
“ Anak kawan kami . Yang lain kejap lagi sampai .”
Ujar Liza . Zana gelabah , Audadi bertukar tangan . Helaian demi helaian di semaknya sekali imbas. Audadi
masih merengek . Zafran memerhatikan Audadi . Comel . Dia suka dengan Audadi .
“ Kamu ni … macam mana nak kahwin ? Jaga anak pun tak
tahu ? Meh , bagi saya . Nama dia apa ?” Soal Zafran . Audadi di ambil dari
dukungan Liza .
“ Thifal Audadi .” Jawab Zana .
“ Sedapnya nama … Sesuai dengan rupa . Mesti mak
dengan ayah dia segak .” Kata Zafran . Pipi Audadi di ciumnya . Kereta mainan
di atas mejanya di berikan kepada Audadi . Liza dan Zana hairan melihat Zafran
. Macam pandai je layan budak-budak …
“ Yang kamu berdua berdiri buat apa ? Duduk .” Arah
Zafran . Mereka duduk di kerusi . Audadi di lepaskan atas karpet biliknya .
Tugasan muridnya di teliti kembali .
“ Bagus , semuanya macam saya nak . Saya bagi full
mark untuk tugasan . Tunggu kawan kamu dulu baru boleh tandatangan .”
“ Terima kasih , Doktor Zafran .” Ucap Liza dan Zana
serentak .
“ Assalamualaikum ..” Faiza memberi salam . Aufa di
belakangnya .
“ Waalaikumusalam . Hah .. sampai pun . Pergi mana ?”
Zafran menyoal . Matanya tertunak ke wajah Aufa .
“ Panggilan alam , Doktor Zafran .” Faiza menjawab .
“ Anak aku mana ?” Soal Aufa .
“ Tu … kat bawah .” Liza memberi tahu . Aufa segera
mengambil anaknya itu . Zafran terkejut .
“ Anak dia ke ? Bila dia kahwin ? Dengan siapa ?”
Ligat otaknya berfikir .
“ Doktor Zafran .. tandatangan kat sini , ke ?” Soal
Zana .
“ Hemm …” Zafran tidak percaya . Gadis pujaan hatinya
isteri orang . Hancur harapannya hendak menyunting Aufa , bila Aufa tamat
pengajiannya . Tiba-tiba telefon bimbit Aufa berbunyi . Tersenyum Aufa melihat
si pemanggil .
“ Waalaikumusalam . Dah settle dah . Give me
5 minutes . Aufa nak turun dah . Abang tunggu dekat mana ?” Tanya Aufa .
“ Ok , Aufa turun nanti . Bye .” Talian di
matikan . Tandatangan di turunkan di kertas tersebut.
“ Mr Hubby kau dah sampai ke ?” Liza bertanya .
“ Dah . Dia tunggu kat bawah .” Jawab Aufa .
“ Aku turun dulu . Korang kalau nak tengok hubby
aku cepat sikit . Doktor Zafran , terima kasih .” Aufa tersenyum manis .
“ Betul ke kamu dah kahwin ? Tak percaya , saya …” Ujar
Zafran .
“ Doktor Zafran , jom join kita orang . Kami
nak ushar hubby Aufa , ni . Betul ka dia dah kahwin ?” Selamba Faiza
mengajak pensyarah mereka itu .
“ Jom , saya pun nak tengok .” Kata Zafran . Terkejut
mereka dengan gelagat Zafran .
Mereka
melangkah ke bawah , Audadi di dukung Aufa . Zana turun dahulu , stroller di ambilnya di lab
komputer . Zafran mengekori mereka dari belakang . Aufa berjalan ke kereta
suaminya . Adam yang perasan kelibat isterinya , segera keluar dari kereta . Audadi
mula tersenyum bila ternampak kelibat daddynya . Tangan di suakan kepada
daddynya . Adam melangkah beberapa tapak untuk mengambil Audadi dari
dukungan Aufa . Terkejut mereka melihat Adam . Tak sangka Doktor Adam ialah
suami sahabat baik mereka , Aufa .
“ Doktor Adam !!” Terjerit kecil mereka bertiga .
“ Korang , kenalkan hubby aku .” Aufa bersuara
.
“ Sudahlah tu , tutup mulut . Tak boleh ke saya kahwin
dengan student saya sendiri ?” Soal Adam . Mereka diam .
“ Abang Adam ke ? Senior …” Soal Zafran .
“ Yup . Awak siapa ?” Adam bertanya .
“ Abang Adam , saya Zafran . Budak management .
Duduk tingkat atas apartment …” Terang Zafran . Adam tersenyum .
“ Zafran . Budak nerd tu …”
“ Ya Allah . Kau kerja kat sini ke ?” Soal Adam setelah
bersalaman dengan Zafran .
“ Haa … Saya lecturer management depa .”
“ Abang kerja sini juga . Ajar comm dekat
diaorang . Students abang ni .. ”
“ Jadi , Aufa ni …”
“ Isteri abang , ni pula anak abang . Kau dah kahwin
ke ?” Adam menyoal .
“ Kalau ada jodoh ada la … abang .” Sayu suara Zafran
.
“ Insyaallah . Doa banyak-banyak . Solat hajat . Nanti
adalah tu ..” Nasihat Adam . Audadi mula merengek . Panas .
“ Abang … Jom .” Ajak Aufa . Audadi di dukungnya . Stroller
telah selamat di dalam bonet .
“ Kami pergi dulu .” Adam berbahasa sebelum masuk ke
tempat pemandu . Zafran hanya melihat kereta putih tersebut berlalu .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa
bulan telah berlalu . Audadi semakin membesar . Usianya sudah menjangkau 17
bulan . Semakin petah berbicara , mana tak nya ? Di usia 10 bulan sudah pandai
bercakap . Teringat Aufa apabila Audadi mula memanggilnya mummy . 2
minggu lepas tu , di panggilnya daddy pula . Adam merajuk gara-gara
mummy di sebutnya dulu . Tapi rajuknya reda apabila Audadi menyebut daddy pula
. Muka Adam gembira habis . Siap belanja KFC lagi , semua orang . Masa tu ,
Abang An , Abang Uz semua ada . Aufa tersenyum manis apabila terimbas kenangan
lalu .
“ Aufa … abang rasa , kita patut move on .”
Adam bersuara .
“ Move on ?” Aufa tidak mengerti maksud Adam
itu .
“ Hubungan kita . Abang nak kita jadi suami isteri
sebenar like others .” Adam menyuarakan pendapatnya . Aufa menghalakan
pandangannya pda wajah Adam .
“ Abang dah boleh terima Aufa , ke ?” Soal Aufa .
“ Sebenarnya , dah lama abang sayangkan Aufa . Tapi
abang bagi peluang kat diri kita kenal satu sama lain lebih jauh . Sekarang
abang tak leh tahan lagi rasa hati ni . Bila jauh rasa sakit sangat hati ni .
Sayang … abang cintakan Aufa .” Luah Adam .
“ Aufa pun dah sayangkan abang …” Tutur Aufa . Tangan
Adam di kucupnya . Adam pula menarik Aufa ke dalam dakapannya .
“ Shall we proceed …” Perlahan bisik Adam di
telinga isterinya . Adam mula mendaratkan ciumannya di leher Aufa . Aufa menelan liur . Takut . Sebelum ni pun setakat
peluk je ..
“ Abang , Aufa red flag .” Kata Aufa sambil
menahan dada Adam .
“ La … melepaslah abang . Ingat nak rasmi malam ni …”
Adam mengusik isterinya . Seronok pula melihat pipi Aufa yang merona merah dek usikannya
.
“ Abang janganlah gatal . Seram Aufa …” Aufa beralih
kekatil Audadi . Tubuh Audadi di selimutnya . Adam mengikutinya .
“ Seram apanya ? Abang bukan hantu .” Pinggang Aufa di
peluknya . Pipi isterinya itu di cium .
“ Abang , stop it . Gelilah . Aufa tak biasa .”
“ Tak biasalah kena biasakan . Lama-lama biasalah …”
Selamba tutur Adam dengan senyuman nakal terukir di bibirnya . Aufa menjeling .
Kemudian dia tertawa . Ada-ada saja Adam ni …
“ Aufa nak tidur . Abang tutup lampu .” Aufa berkata .
“ Jom , abang tidurkan . Hari ni abang bacakan Surah
Ar- Rahman .” Kata Adam sebelum melangkah ke kamar mandi untuk mengambil wuduk
. Ipad dihulurkan setelah Adam duduk bersandar di kepala katil sebelum
memulakan bacaan .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum , jumpa lagi kita sem ni .
Kebanyakkannya saya kenal . Yang muka baru sila tanya senior kamu , cara kerja
saya . Paper kali ni susah sikit . Saya nak grouping dalam 6-7
orang , mesti ada lelaki dalam kumpulan sebab kali ni kamu semua kena buat
filem pendek dalam sepuluh minit . Next class submit nama ahli kumpulan
. Now , kita continue chapter 1 .” Adam berdiri sebelum memulakan
kuliahnya . Sekali-sekala pandangannya di hala ke arah Aufa .
“ Kau ok , tak ?” Soal Zana .
“ Ok , cuma pening sikit . Audadi demam , semalam asyik
merengek . Aku jagalah Audadi , nak suruh laki aku dia pun baru balik je
semalam dari KL ada conference .” Jawab Aufa .
“ Aufa laki hang dari tadi asyik tengok hang ja . Hang
lupa buat breakfast kot ?” Faiza berseloroh . Aufa menjeling . Kepalanya
di picit .
“ Faiza , mulut hang … Aku buat nasi goreng cina tadi
. Siap tambah 2 pinggan lagi . Sedap mulut hang ja nak kata kat aku . Liza ,
kau tukar perfume ke ?” Aufa menelan liur . Terasa semacam je ..
“ Mana kau tahu ? Aku pakai perfume baru ?”
Liza menyoal .
“ Korang , aku nak pi toilet sat . Faiza teman
.” Aufa menarik tangan Faiza . Tiba-tiba rasa tekaknya tidak selesa . Adam
hanya melihat kelibat isterinya berlalu . Risau juga apabila terpandang raut
wajah Aufa yang pucat .
“ Kenapa pucat pula ? Tadi cakap pening je , tak cukup
tidur .” Desis hati Adam . Kakinya di bawa ke tempat duduk isterinya . Liza
yang duduk di tepi di suruh menyusul mereka .
“ Liza , pergi tengok diaorang . Apa-apa inform
saya .” Perlahan tutur Adam .
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ya Allah , Aufa . Aku panggil laki kau , na ?” Faiza
cemas . Sebaik saja mereka masuk ke toilet . Singki terus di terjah Aufa , dia
muntah .
“ Faiza , jangan tinggal aku . Aku tak larat nak
berdiri ni .” Aufa bernada lemah . Faiza dengan pantas memapah Aufa .
“ Hang nak muntah lagi , ka ?” Faiza bertanya . Aufa
mengangguk . Faiza mengusap belakang sahabatnya itu .
“ Korang …” Liza menyapa . Dia agak terkejut dengan
keadaan itu .
“ Liza , panggil Doktor Adam . Kita kena hantar Aufa
pergi klinik . Dari tadi lagi dia asyik muntah .” Faiza bersuara . Liza segera
beredar ke kelas . Berlari-lari anak dia ke sana . Nafas di tarik sebelum pintu
di tolaknya .
“ Doktor Adam , Aufa tak sihat . Lebih baik Doktor
Adam bawa dia ke klinik .” Tenang Liza berbicara .
“ Diaorang dekat mana ?”
“ Toilet pompuan . Aufa muntah tadi .”
“ Kamu kemas barang saya . Masuk dalam kereta Aufa .
Barang Aufa dengan Faiza sekali . Kamu boleh drive , kan ?” Arah Adam .
Liza mengangguk .
“ Drive kereta Aufa . Kita jumpa dekat klinik
.” Kata Adam . Liza berdiri di sisi meja .
“ Class dismissed . Kita jumpa next class
. Saya ada hal .” Adam bersuara sebelum melangkah keluar dari kelas .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang …” Ucap Aufa sebelum tubuhnya longlai . Nasib
baik Faiza menahannya . Maka , sempatlah Adam mencempung tubuh Aufa . Sempat
lagi kunci kereta di hulurkan kepada Faiza .
“ Faiza , kamu buka pintu kereta . Ikut saya ke klinik
.” Arah Adam . Risau apabila melihat keadaan Aufa yang tidak sedarkan diri .
Kakinya melangkah laju ke tempat pakir kenderaan .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Doktor … isteri saya ok , ke ? Boleh saya tengok dia
?” Adam bertanya . Risau dengan keadaan Aufa .
“ Sekejap , Doktor Adam . Mai , masuk dulu . Kita
tunggu Aufa , dia ke tandas sat .” Kata Doktor Alia . Aufa masuk semula ke
dalam bilik rawatan .
“ Sayang , buat abang risau . Sayang ok ke ?” Belum
Aufa duduk , dia di hujani dengan soalan dari Adam .
“ I’m ok .” Jawab Aufa .
“ Actually , Doktor Adam . Isteri kamu ok . She
just having low blood pressure .” Doktor Alia berkata .
“ Tapi kenapa muntah segala ?” Soal Adam .
“ Pasal tu , kita tunggu result urine . Saya
rasa Puan Aufa mungkin mengandung . She told me that her period tak datang
lagi this month . Dah lewat 3 minggu . So , saya assume
isteri doktor mengandung .” Terang Doktor Alia . Kemudian , jururawatnya
menghantar stick yang telah di isi di dalam plastik .
“ Apa keputusannya , doktor ?” Tanya Adam teruja .
“ Positif . Tahniah Doktor Adam , Puan Aufa .” Ucap
Doktor Alia .
“ Alhamdulillah . Terima kasih sayang … Audadi mesti
suka nak dapat adik .” Adam mengucup dahi Aufa . Tersipu-sipu malu Aufa di buatnya
. Dahlah Doktor Alia nampak …
“ Aufa nanti ambik vitamin dekat kaunter . Jangan buat
kerja berat .” Pesan Doktor Alia kepada Aufa .
“ Doktor Adam . Kurangkan aktiviti . Kamu fahamkan apa
saya maksudkan ? Benda baru , very delicate and fragile .” Doktor Alia
ketawa melihat muka cemburut Adam .
“ Sudahlah , kenakan aku . Isteri siapalah ni ?” Adam
bersuara .
“ Isteri akulah , bro .” Jawab Doktor Badrul .
“ Bad , aku nak dapat anak lagi satu .” Adam memeluk
sahabatnya . Gembira …
“ Tahniah . Aufa , Abang An kamu apa khabar ?” Soal
Badrul . Mereka bertiga sekolah bersama di MCKK dulu .
“ Abang An , alah sekarang . Kak Su pregnant .”
Jawab Aufa .
“ Patutlah , kau pun join sekaki . Korang bet
ke ?” Selamba pertanyaan Badrul kepada Adam . Alia hanya menggelengkan
kepalanya .
“ Mana ada . Dah rezeki . Bet apanya ? An nak
masuk 3 dah . Aku baru nak masuk 2 . Kau pulak dah 4 . Mana larat aku nak kejar
….” Adam tertawa . Badrul juga begitu .
“ Guys , sudah . Adam bawa Aufa balik rehat .
Aku bagi off 3 hari . Take care . Kalau ada apa-apa nak tanya ? Call
Kak Alia . Nombor minta kat Adam .” Pesan Alia .
“ Aku pergi dulu .” Adam bersuara .
“ Jumpa lagi .” Kata Badrul .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa bulan berlalu
“ Korang … aku nak buat confession sikit .”
Aufa bersuara . Anak lelakinya , Ahmad Izz Furqan di tepuknya perlahan supaya
tidurnya tidak terganggu . Hari ini merupakan ulang tahun ke-3 , Audadi .
“ Apa ? Kau mengandung lagi ke ?” Zana menyoal . Aufa
menampar lembut lengan Zana .
“ Bukanlah … Sebenarnya aku tipu korang pasal Audadi .
Dia sebenarnya anak hubby aku dengan arwah isterinya .” Aufa
berterus-terang .
“ Hah !! Kau kahwin dengan duda ??” Suara
mereka bertiga bergabung . Nasib baik jauh dari tetamu yang lain .
“ Hish … korang . Perlahanlah sikit .” Tegur Aufa .
Nasib baik Izz tak terjaga . Anaknya itu telah berusia 4 bulan .
“ Sorry , kita orang terkejut .” Jawab Liza .
“ Kenapa duda ?” Soal Faiza .
“ Dah jatuh cinta .” Aufa membuat pengakuan .
“ Faiza , if aku pun aku terima Doktor Adam .
Dahlah segak bergaya , ada kerjaya lagi . Caring , suka senyum … cair
aku .” Zana mengedik .
“ Woi !! Kau tu minggu depan nak kahwin . Dengarnya
dekat si tunang kau . Mahu cancel wedding korang .” Liza menyampuk .
“ Mulut kau … Aku gurau jelah .” Zana bersuara . Aufa
tersenyum manis .
“ Korang dah makan ke ?” Soal Aufa .
“ Dah .”
“ Terima kasih , datang .” Ucap Aufa .
“ Hang bila nak masuk balik ?” Tanya Faiza .
“ Sem depan . Susahlah nak tinggal Izz sekarang . Kuat
menyusu , biarlah dia besar sikit .” Aufa mengusap rambut anaknya .
“ Jangan next sem buat hal pulak …” Faiza
bersuara . Rakan-rakannya kebingungan .
“ Yalah . Kot-kot kawan kita ni mengandung pulak …
Laki dia kan handsome ….” Faiza berseloroh . Aufa menjeling , lengan
Faiza di tamparnya . Rakan yang lain hanya ketawa .
“ Faiza .. aku telefon Makcik Som suruh kahwinkan hang
baru tahu , langit tinggi ke rendah . Jangan lari sudah …” Aufa pula mengusik
rakannya .
“ Mummy , daddy panggil . Uncle
Bad ngan Aunty Alia nak balik dah .” Tutur Audadi dengan pelat .
“ Korang jaga Izz kejap . Aku nak melayan tetamu . Jom
, sayang .” Aufa memimpin tangan Audadi .
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang , terima kasih . Abang bahagia sangat . Ada
sayang , ada anak-anak . Ada family mertua yang sempoi , and of
course next coming juniors …” Kata Adam sambil mengucup pipi Aufa .
“ Terima kasih juga kat abang . Bagi Aufa kasih sayang
, anak-anak . Pasal next coming juniors boleh postponed dulu ,
tak ? Aufa nak habiskan study dulu . Insyallah …kalau ada rezeki .” Aufa
tersenyum . Adam membalas senyuman isterinya itu . Dia amat bersyukur kerana di
kurnia seorang isteri yang baik dan memahami .
“ Terima kasih , Ya Allah .” Desis hati Adam . Semoga
kebahagian mereka berkekalan . Amin .
-TAMAT-
so sweet.... love3
ReplyDeleteBest..hihi..
ReplyDeleteSweetnya..
ReplyDelete