CERPEN :
GANGSTERNYA … AWAK !!
“ Princess !! Papa tak kira , keputusan papa
muktamad .”
“ Papa …”
“ Papa nak kamu balik sekarang . No more excuse
.” Tegas bicara Tan Sri Khairi . Puteri bongsunya ini , degil orangnya . Kalau
tak berkeras alamatnya sampai bila – bila lah dia masih tidak mahu pulang ke
tanah air .
“ But , papa … kerja Nia di sini macam mana ? I
love my career ….” Nada suara Dania di sayukan agar papanya termakan pujuk
.
“ Resign . Papa nak Nia balik sini . Kerja
dengan papa , tolong papa majukan syarikat arwah atuk . Kalau Nia tak tolong
siapa lagi nak tolong papa ? Penat papa hantar Nia belajar sampai dapat master
. Tapi … Nia tak nak tolong papa …” Kali ini Tan Sri Khairi pula memancing
simpati anaknya .
“ Tapi …Abang Daniel dengan Khairul kan ada ? Bukan
abang kerja dengan papa ke ?” Dania mencari alasan. Dia sayangkan kerjayanya di
sini . Sudah sepuluh tahun dia menetap di Manhattan .
“ Abang Daniel , papa hantar dia ke Penang . Uruskan
cawangan di sana . Abang Khairul pula cawangan di Johor . Nia balik sini , papa
paid 2 kali ganda gaji Nia sekarang . Setuju ?” Pancing Tan Sri Khairi lagi
. Dania berfikir sejenak sambil mencongak . Dia tersenyum .
“ Hemm.. Bagi Nia a week . Nanti Nia balik sana
.” Ujar Dania . Malas tapi hatinya tersenyum lebar .
“ Less than a week . Nia lupa ke yang papa
dengan mama nak ke Mekah next week ? Papa nak Nia balik sini dengan
kadar segera . Faham ?”
“ Faham . Tapi … Nia perlukan at least 3 hari
nak settle kan apa yang patut . Bolehkan , papa?” Dania bertanya .
“ Boleh . Tapi .. pastikan Nia balik . Papa ada surprise
untuk Nia .”
“ Surprise ? Mesti papa nak hadiahkan aku
kereta idaman . Bestnya … ” Desis hati Dania . Dia sudah maklum akan
kejutan itu . Mana tidaknya , setiap kali abang – abangnya tamat pengajian dan
pulang ke tanah air mereka akan mendapat kereta pertama . Sebagai tanda
penghargaan papa dan mama kepada mereka . Kini tiba gilirannya pula .
“ Betul ke , papa ?” Soal Nia .
“ Hemm … Papa letak dulu . Klien papa dah sampai . Take
care my princess .” Ucap Tan Sri Khairi sebelum mematikan talian .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Syed . Kenapa tak masuk saja ?”
“ Aku tak nak ganggu kau jual minyak .” Gurau Dato
Syed Razali . Tan Sri Khairi menampar lembut bahu sahabatnya itu .
“ Ada – ada saja , kau nih . Aku sembang dengan Nia
tadi .”
“ Dania ?” Tan Sri Khairi mengangguk . Mengiyakan
pertanyaan sahabatnya itu .
“ Kira jadilah kita berbesan ?” Tanya Dato Syed Razali
lagi .
“ Nampaknya begitulah . Kita ikut rancangan asal .”
“ Dania setuju ke nak di satukan dengan anak teruna
aku tu ?”
“ Setuju ke tidak aku tak peduli . Yang penting aku
berkenan dengan anak kau si Firash tu . Lagipun Nia bukannya ada kawan lelaki
…” Tan Sri Khairi berkata .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Papa , it’s not fair . Nia tak kenal pun si
Firash tu . Tup – tup papa suruh Nia kahwin dengan dia . Patutlah suruh Nia
balik cepat . Nia tak kira , Nia tak nak bertunang esok .” Dania memprotes .
Perangainya sebijik macam perangai Tan Sri Khairi . Tegas .
“ Ok . Kalau tak nak bertunang esok , papa nak Nia
bawa calon Nia sendiri malam ni juga .” Gertak papanya . Terlopong Dania
mendengarnya .
“ Mana aku nak cari calon . Kawan lelaki pun takde ?
Inikan pula someone special ? Memang takdelah …” Desis hati Dania .
“ Kenapa diam ? Papa buat semua ni demi kebaikan Dania
juga . Dania dah besar , umur pun nak masuk 28 tahun . Papa risau .” Terpancar kerisauan di wajah
papanya .
“ Tapi .. papa …” Dania bersuara .
“ Kahwin ajelah Nia . Abang tengok si Firash tu ok .
Baik , nampak sopan , handsome lagi .” Tutur Daniel sambil menepuk
punggung anaknya yang sudah lena di pangkuannya .
“ Betul kata Along tu , Nia . Angah rasa Nia patut
kahwin sebelum …” Khairul sengaja melengah – lengahkan butir bicaranya supaya
Nia ternanti – nanti .
“ Sebelum apa ?” Soal Nia . Kurang sabar .
“ Sebelum Nia expired ….” Kairul menghamburkan
tawa . Seronok melihat wajah Nia yang memerah .
“ Ish … mulut , mengata orang . Macamlah dia tak expired
. Papa .. tengok angah ni …” Dania memohon simpati papanya .
“ Kahwinkan sekali si Angahnya , abang . Umur dah 32 ,
sampai sekarang tak beristeri .” Puan Sri Diana menyampuk . Tawa Khairul
terhenti .
“ Betul , along setuju .” Tutur Daniel sambil tertawa
kecil .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kak Aishah , cancel semua meeting hari
ni . Saya ada urusan di luar . Saya tak balik office. Jumpa esok .”
Menonong Dania keluar dari biliknya menuju ke pintu lif . Aishah turut keluar
ke ruangannya .
“ Kenapa boss mengamuk , Kak Aishah ?” Tanya
Zaidah .
“ Biasalah , Zai . Tadi kan Encik Firash datang . Cik
Dania kan tak suka dia ..”
“ Apa punya boss lah . Sikit punya handsome
Encik Firash tu dia tak mahu . Kalau saya dah lama saya ajak kahwin . Boss
ada kekasih lain kot ? Itu yang tak suka kena tunang dengan Encik Firash ..”
Komen Zaidah .
“ Entahlah , Zai..” Jawab Aishah merangkap setiausaha
Tan Sri Khairi .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Menyampah aku dengan Firash . Nak minum teh pun kena
pergi Cameron . Macamlah takde kedai yang jual teh kat sini . Bajet romantiklah
tu ….” Bebel Dania di dalam kereta .
Semenjak
menjadi tunangan Firash tak pernah sekali pun dia meluangkan masa bersama
Firash . Apatah lagi nak beromantica de amor . Memang
tidaklah …. Entah mengapa dia sungguh tidak berkenan dengan si Firash tu …
“ Dah sampai pun . Spa here I come ….” Omel
Dania sendirian sebelum keluar dari keretanya.
Usai
memanjakan dirinya di Spa . Dania ingin menjamu selera di Kedai Mamak . Dia
teringin mahu menjamah roti canai . Dania memutuskan untuk berjalan kaki sahaja
memandangkan kedainya hanya di hujung jalan . Selesai menjamu selera , Nia
berjalan ke keretanya . Namun hatinya terdetik untuk menghulurkan bantuan buat
si pengemis di lorong belakang yang sedang memungut kotak . Lalu kakinya
melangkah mendekati pengemis tersebut .
“ Pakcik .. Nah ambik duit ni . Pergi beli makanan .”
Tutur Dania .
“ Terima kasih , nak .” Huluran Dania di sambut .
Dania kembali mengatur langkah ke keretanya . Tanpa di sedari seorang peragut
telah pun bersiap sedia untuk meragutnya .
“ Woi !! beg aku .” Dania menarik kembali begnya dari
peragut tersebut . Tanpa membuang masa Dania menumbuk perut peragut tersebut
sebelum menanggalkan kasut tumit tingginya . Dania mengetuk lengan peragut
tersebut dengan kasutnya sekuat hati .
“ Woi !!!” Laung satu suara . Peragut tersebut tergesa
– gesa melarikan diri . Takut barangkali melihat sekumpulan lelaki tersebut .
Pemuda – pemuda tersebut mendekati Dania .
“ Cik tak apa – apa ke ?” Soalan skema dari pemuda
yang berpakaian ala – ala gangster .
“ I’m ok .” Jawab Dania sambil menoleh ke arah
pemuda tersebut dengan kadar segera menyebabkan rambutnya yang panjang menyapa
pipi pemuda itu . Aril terpaku dengan kecantikan Dania .
“ Thanks .” Ucap Dania sebelum berlalu pergi .
Kasutnya di tanggalkan terus lalu di buang ke dalam tong sampah . Dah patah
tumitnya . Dia berkaki ayam , nasib baik ada socks .
“ Emm… Abang Long . Jom ….” Bree bersuara . Hairan dia
melihat kelakuan bossnya . Mereka berpandangan sesama mereka sebelum
menggelengkan kepala .
“ Abang Long !!” Kali ini panggilannya kuat sedikit .
Aril tersedar dari lamunannya .
“ Eh … mana pompuan tadi ?” Soal Aril .
“ Dah pergi , Bang Long ….” Jawab Burn .
“ Ambik kasut tu .” Arah Aril .
“ Hah …” Terkejut mereka berempat mendengar bait kata
dari mulut bossnya itu .
“ Aku kata ambik kasut tu . Apa yang biol sangat !!”
Marah Aril . Bergegas Din mengambilnya .
“ Aku nak korang bawa sial tadi jumpa aku . Berani dia
buat dajal kat kawasan aku .” Tutur Aril kasar . Sebenarnya nak cover
malu tadi .
“ Baik boss .” Jawab mereka serentak .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Awak . Awak nama apa ?” Aril bermimpi . Tubuh Adam
di peluknya .
“ Abang Long !! Bangun …” Jerit Adam . Aril yang
terkejut bingkas duduk di katilnya .
“ Apa ni abang ? Siang –siang tidur pun wet dream
ke ?” Perli adiknya yang baru berusia 16 tahun itu . Aril mencampakkan bantal
ke arah adiknya .
“ Kenapa masuk bilik abang , nih ?”
“ Umi panggil minum petang .” Jawab Adam .
“ Kejap lagi abang turun .” Aril menukar baju
Melayunya kepada pakaian lebih kasual . Tadi dia tertidur usai pulang solat
Jumaat .
“ Abang … Tadi abang mimpikan Kak Long ke random
girls ?” Soal Adam . Nakal .
“ Ehh … sibuk je . Sudah , turun bawah . Abang debik
baru tahu .” Aril mengangkat penumbuknya . Adam lari mencicit . Takut . Aril
ketawa .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Bree , aku nak kau siasat pompuan hari tu . Aku nak
jawapan secepat mungkin .” Arah Aril .
“ Pompuan mana boss ? Owh … nanti saya tanya Mummy
Caren . Boss nak berapa ?” Soal Zambri . Aril menahan marah .
“ Burn !!” Aril memanggil Burn pula .
“ Ya , boss .” Burn bergegas kepada Aril .
“ Kau ajar adik kau betul – betul . Aku suruh dia cari
orang , bukannya aku nak cari anak ayam Mummy Caren . Hish … sakit otak
macam nih .” Aril duduk di kerusi sambil memicit kepalanya .
“ Kau cakap apa ?” Tanya Burn .
“ Boss cakap nak pompuan . Aku rekomen lah anak
ayam Mummy Caren .” Jawab Zambri . Burn menepuk dahinya .
“ Lain kali ingat . Boss kita tak makan sardine
dalam tin . Kalau boss suruh cari , maksud boss pompuan tu mesti
gred A . Kau ingat boss apa ? Main bedal je ? Boss tu anak teruna
lagi tau .”
“ Aku nak kau siasat latar belakang pompuan tu . Kat
mana dia tinggal ? Dengan siapa ? Kerja apa ? Dekat mana dia kerja ? Faham ?”
Aril bersuara lagi . Telefon bimbitnya di tekan -tekan , membalas mesej .
“ Pompuan kasut tumit tinggi tu ke , boss ?”
Burn bertanya .
Aril
mengangguk . Saban hari wajah Dania mengganggu tidur malamnya . Mula – mula
Aril hanya menepis tetapi perkara ini berlanjutan pula . Sudah hampir sebulan
tidur malamnya di temani wajah Dania . Kasut milik Dania di renungnya .
“ Boss nak saya culik dia ke ?” Soal Zambri .
Burn mengetuk kepala adiknya .
“ Aku nak info pasal dia je . Yang kau nak culik dia
kenapa ? Sudahlah , serabut aku cakap dengan korang . Aku balik dulu .” Marah
Aril .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Boss betul ke , nak teruskan rancangan kita
ni ?” Soal Burn .
“ Ehh .. banyak soal pulak ? Aku ke korang yang boss
?” Soal Aril kembali .
“ Boss , boss .” Jawab mereka .
“ Kasi aku Ex-5 tu .” Arah Aril .
“ Hati – hati boss .” Ucap mereka berlima .
Burn , Lan , Bree , Din dan Alex .
Aril melihat
kelibat kereta Dania , dengan sengaja dia melanggar bahagian belakang kereta
kesayangan Dania itu . Terlopong mulut Dania apabila terasa gegaran , dia
membrek kenderaannya lalu memakirkan kenderaannya di tepi jalan supaya tidak
menyusahkan pengguna jalan raya yang lain . Marah pada Firash tidak surut lagi ,
di tambah pula dengan masalah ini .
Memang cari
nahas betul siapa yang melanggar kereta kesayangannya itu . Dania turun dari
keretanya , dia mendekati pemuda yang melanggar keretanya . Kemarahan yang
menggunung membuatkannya bercekak pinggang persis seorang ibu yang akan
memarahi anaknya yang telah mengotorkan pakaian . Aura di persekitaran tersebut
bertukar menjadi panas . Merah wajah Dania menerima selaan cahaya matahari itu
.
“ Ehh… kau buta ke ? Sikit punya besar kereta aku kau
tak nampak ? Yang kau cium bontot kereta aku kenapa ? Kau tahu tak aku baru je
pakai kereta ni ? Aku tak kira kau kena bayar ganti rugi …” Bebel Dania yang
masih bercekak pinggang .
“ Amboi ! Garangnya .” Desis hati Aril .
“ Berapa cik ?” Soal Aril smbil mengeluarkan dompetnya
. Beberapa not Rm 50 di keluarkan.
“ Kalau setakat 200 ratus , baik kau simpan balik duit
kau tu . Nak ketuk pun tak lepas …” Sindir Dania . Hatinya masih marah akan
Firash tetapi dilampiaskan kepada orang lain pula .
“ Tapi ..cik… saya ada banyak ni je .”
“ Dekat bank ?” Tanya Dania . Aril menggelengkan
kepalanya .
“ Apa punya sengkek budak ni …” Desis hati Dania .
“ Cik , saya memang takde duit . Tengah cari kerja ni
, tapi tak dapat – dapat lagi walaupun saya ada ijazah . Adik – adik saya ramai
, 12 orang . Semua sekolah lagi . Sekarang ni saya kerja dekat restoren makan ,
jadi tukang cuci pinggan . Macam ni lah cik , saya gantikan dengan benda lain
boleh ?” Kelentong Aril .
“ Kau nak ganti dengan apa ?” Dania bersandar di sisi
keretanya . Motosikal EX-5 milik pemuda tersebut di perhatikannya .
“ Budak ni memang susah kot . Kesian pula , muka handsome
tapi sengkek …” Kata hati Dania .
“ Cik , saya sanggup ganti dengan tenaga saya .” Kata
Aril . Dania membeliakkan matanya . Otaknya mula berfikiran negatif .
“ Don’t get me wrong . Maksud saya , saya sanggup jadi orang suruhan cik . Kerja
dengan cik sampai langsai hutang saya .” Aril menyambung kata – katanya , takut
gadis di depannya ini buruk sangka dengannya .
“ Alahai , dia buat puppy face pula . Ni yang
lemah ni .” Desis hati Dania lagi .
“ Betul kau rela jadi budak suruhan aku ?” Aril angguk
bila Dania bertanya demikian .
“ Baik . Esok kau datang kat alamat ni . Pukul 8 sharp
. Pakai formal , bawa resume plus semua certificates kau . Faham
?” Dania menghulurkan business cardnya
kepada Aril .
“ Terima kasih , cik .” Ucap Aril sebelum kembali ke
motosikalnya .
“ Wait . Aku nak jaminan . Kalau kau lari macam
mana ? Give me your ic . Aku tak nak ambik risiko .” Dania menadah
tangan meminta ic Aril .
“ Nah . Cik , jangan risau saya pasti datang .” Kata
Aril dengan senyuman di bibirnya . Nasib baik alamat di icnya alamat rumah
atuknya di kampung .
“ Uihh… killer smile .” Hati Dania berkata .
Tergugat sebentar dengan senyuman Aril tadi . Mana tak tergugatnya , ada lesung
pipit di pipi . Manis .
“ Ada apa –apa lagi , cik ?”
“ Nope . You may go now .” Arah Dania seperti
di pejabat .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aril !! Mana dokumen RS Holding ?” Jerit Dania di
muka pintu pejabatnya .
“ Kejap , cik . Saya terlupa .” Jawab Aril .
“ Lupa , lupa , lupa . Itu je kerja kau . 5 minutes
, get the file now .” Dania masuk ke dalam pejabatnya dengan hempasan kuat
di pintu .
“ Sabarlah , Aril . Cik Dania tu baik orangnya . Tapi
bila si Firash tu datang , memang berangin boss kita tu …” Kak Aishah
memberi semangat buat Aril .
“ Takpe kak , saya dah biasa .”
“ Kena biasakan lah . Bakal jadi isteri aku juga . Tak
kan nak kasi si Firash pula ? Kasanova tu . Tunang orang ke tak , aku peduli
apa … Bak kata pujangga . Aku pinang – pinang tak dapat , aku bawa lari .
Hehehe ..” Kata Aril di dalam hati . Senyuman terukir di bibir . Aishah yang
melihat reaksi Aril menggelengkan kepalanya .
“ Kena marah pun suka ke ? Tak betul ke budak Aril ni
…” Omel Aishah .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Perhubungan
Aril dan Dania semakin hari semakin rapat . Kemana saja ada Dania , di situ ada
Aril . Walaupun hari minggu , pernah sekali budak pejabat terserempak dengan
mereka berdua sedang membeli belah . Tapi apa Dania peduli , hanya dia dan Aril
saja tahu perjanjian antara mereka . Dania melihat telefon bimbitnya , jam
sebegini mesti Aril menelefonnya untuk bertanyakan tugasannya . Tapi dah lewat
10 minit , Dania musykil … Dia membuat keputusan untuk menelefon Aril .
“ Nak tunjuk belang lah tu ? Jaga kau , ingat aku lupa
? Kejap lagi siap kau …” Dania menunggu panggilannya di jawab .
“ Boss telefon boss bunyi . Kami boleh handle
benda kecil ni , setakat cacing macam ni lekat celah gigi ja .” Kata Burn . Dia
tahu benar siapa yang menelefon bossnya itu . Mereka kembali berlawan .
Aril menjawab telefonnya .
“ Hello , cik . Ada apa call ?”
“ Ada apa ? Dah lupa ke dengan janji awak ? Baik awak
datang sekarang sebelum saya buli awak kaw – kaw esok .” Dania mematikan
taliannya .
“ Uihh … merajuk lah tu ….” Aril tersenyum lebar .
“ Boss happy nampak ... Kak Yong cakap I
love you too , ke ?” Sapa Bree .
“ Sengal betul budak ni . Aku bagi sebijik baru tahu
.” Aril berkata di dalam hati .
“ Selesai ?” Tanya Aril kepada mereka berlima .
“ Dah boss .” Jawab mereka berlima . Aril
menoleh ke belakang , bergelimpangan 7 pemuda yang membuat kecoh di kawasannya
.
“ Din , report dengan walid . Kes dah settle
. Jom tengok bola , malam ni Real Madrid vs As Roma .” Cadang Aril .
“ Kat mana boss ? Boss belanja ?” Soal
Lan .
“ Tempat biasa . Nah , bahagi sama rata .” Tutur Aril
sebelum berlalu ke motosikalnya , Yamaha M1 .
“ Boss nak ke mana ?” Tanya Alex . Aril menoleh
.
“ Ambik Kak Yong . Jumpa di sana . Adios ….”
Aril memecut motosikal berkuasa tingginya.
Nasib baik
Dania percaya dengan ucapannya suatu hari dulu . Kalau tak terbongkarlah
rahsianya . Semua ini gara – gara dia menunggang motosikal ini . Dania
terserempak dengannya di traffic light . Nak lari ? lampu pula merah .
Senyum ajalah …
Keesokkan
harinya dia mereka cerita agar Dania percaya dengannya . Dania pula seorang
yang berhati – hati , dia telah mengheret Aril ke kedai di mana Aril bekerja
sebagai jurujual di situ . Sebabnya Aril cakap dia pinjam motosikal tauke kedai
. Nasib baik Azrai si mekanik , tolong coverkan. Walid pula tak masuk
kedai hari tu , jumpa supplier spare part motor . Huh.. selamat ….
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nak makan apa ?” Tanya Aril . Wajah Dania di
renungnya .
“ Tak nak .” Mata Dania tertancap pada skrin besar
yang memaparkan pasukan kegemarannya As Roma . Mereka telah lewat 15 minit .
“ Betul nih?” Soal Aril lagi .
“ Betullah .” Jawab Dania , lembut .
“ Mamak , 2 fresh orange . 1 roti sardine
.” Pesan Aril .
“ Adik manis … mau makan apa ?” Mamak tersebut
bertanya kepada Dania . Matanya melekat pada tubuh Dania . Aril perasan dengan
situasi tersebut .
“ Isteri saya diet . Mamak boleh pergi sekarang .”
Mata Aril mencerlung tajam . Mamak tersebut bergegas ke dalam . Takut
barangkali apabila perbuatannya dapat di hidu oleh Aril .
“ Isteri ?” Dania tergamam .
“ Nah pakai ni .” Arah Aril . Pakaian Dania agak
jarang dan terdedah di dada .
“ Tak nak . Panas .” Dania menepis pemberian Aril itu
. Aril merenung anak mata Dania .
“ Cik . Cik nak ke mat – mat kutu rayau tu sekat kita
tengah jalan ? Tahulah cik putih melepak, buatnya mereka hilang sabar …. Saya
tak kuat nak lawan 5 orang …” Ugut Aril . Pandangan mereka jatuh pada
sekumpulan pemuda yang pakaiannya ala – ala rock metal . Dania mengalah , dia
mengenakan jaket tersebut . Aril tersenyum di dalam hati , termakan juga Dania
dengan kata – katanya . Padahal mereka itu , anak buahnya .
Mereka
kembali menonton perlawanan tersebut . Beberapa minit kemudian hidangan Aril
sampai . Aril makan dengan berselera sekali , Dania sekadar memerhati . Terliur
di buatnya . Aril tersenyum di dalam hati . Sengaja dia mahu memancing selera
Dania .
“ Cik , nak ke ?” Tanya Aril . Tanpa Dania sedar , dia
telah mengangguk . Aril pula menyuapkan sepotong roti sardine kepada
Dania . Dania yang leka menonton hanya membuka mulutnya. Sikap manja Dania
sebagai anak bongsu terbawa – bawa .
“ Sedap ?” Soal Aril lagi .
“ Sedap , abang .” Jawab Dania . Aril terlopong .
“ Cik panggil saya apa , tadi ?”
“ Sorry … saya teringat dekat abang saya .”
Merah muka Dania menahan malu . Jus orennya di teguk .
“ Nak panggil abang pun boleh ….” Kata hati Aril .
“ Owh …” Jawab Aril .
Tanpa mereka
sedari ada mata yang memandang adegan mereka tadi . Hatinya berbahang . Geram
dengan perlakuan tunangnya itu . Bila di ajak keluar , banyaknya alasan . Tapi
keluar berdua dengan PA boleh pulak . Penumbuk dikepalkan . Otak ligat
merencanakan sesuatu . Biar dia kenal siapa aku ? Firash tersenyum sinis .
“ Baby nak turun ke tidak ?” Soal teman di
sebelah Firash . Mereka masih di dalam kereta .
“ Kita pergi kedai lain . Kedai ni tak bersih .” Dalih
Firash . Dia memecut keretanya membelahi kepekatan malam . Yang sebetulnya dia
mahu mengelak daripada bertembung dengan Dania .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Cik , nampaknya kita kena overtime lah hari
ni ….” Aril bersuara untuk menceriakan
suasana sepi yang menyelubungi mereka berdua . Jam menunjukkan pukul 6 petang ,
mereka masih berkampung di dalam pejabat Dania .
“ Begitulah …” Perlahan jawab Dania . Ini semua kerana
proposal mereka di tolak oleh papanya . Tan Sri Khairi menyuruhnya
menyiapkan semula proposal tersebut , esok dia harus menghantar email
kepada papanya mengenai proposal itu . Kata papanya kurang bernas cara
pengolahan mereka . Papanya pula telah berangkat ke Afrika Selatan pukul 4
petang tadi .
“ Aril … awak telefon Pizza Hut . Suruh diaorang
hantarkan Big Box . Saya solat sekejap .” Dania melangkah meninggalkan Aril
sendirian di dalam biliknya .
Jam
menunjukkan pukul 10 malam . Akhirnya mereka dapat menyiapkan proposal
tersebut . Dania bangun membetulkan urat sarafnya akibat duduk terlalu lama .
Aril turut berbuat demikian . Dania memerhatikan Aril , tiba – tiba dia berasa
gerun pula berduaan dengan Aril . Lantas dia bersuara .
“ Aril , awak boleh balik sekarang . Terima kasih ,
sebab tolong saya .”
“ Sama – sama kasih . Cik tak nak balik lagi ke ?”
Tanya Aril .
“ Kejap lagi saya balik . Nak email ni dekat papa dulu
.” Jawab Dania .
“ Saya balik dulu , cik .” Aril tersenyum sebelum
menutup pintu bilik Dania . Dia menekan butang lif , lif berdeting . Wajah
Firash muncul di muka pintu lif . Hampir terkejut Aril di buatnya .
“ Dania ada ?” Tanya Syed Firash . Aril sekadar
mengangguk sebelum memboloskan dirinya di dalam lif .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Hello , tunggu kat parking lot .”
Jawab Aril sebelum mematikan talian . Dia bergegas ke sana . Hari ini mereka
akan meninjau kawasan . Walaupun penat , tapi dia sudah berjanji dengan
walidnya . Senyuman di hadiahkan buat pengawal keselamatan .
“ Boss , kenapa lambat ?” Tanya Lan berdialek
utara .
“ Ada kerja sikit dengan Kak Yong korang …” Mendatar
jawab Aril .
“ Tahniah , boss …. Lepas ni bolehlah kita buat
majlis kecil – kecilan .” Sampuk Bree .
“ Majlis apa ?” Bingung Aril dengan kerenah anak
buahnya .
“ Takde apa –apa , boss … Bree ni …” Belum
sempat Burn menghabiskan kata – katanya . Bree bersuara .
“ Parti boss dah jadi lelaki ….”
“ What ??? Sudah , jom pergi sekarang .” Nada
suara Aril naik satu oktaf . Apa punya biol si Bree ni … Makin di layan , makin
menjadi – jadi .
“ Boss … kunci moto saya ?” Soal Din . Aril
menyeluk poket seluarnya untuk mendapatkan kunci EX-5 milik Din . Namun hampa ,
kuncinya tiada .
“ Tunggu
sekejap . Aku tertinggal dalam office . Korang tunggu depan pejabat .”
Arah Aril sebelum dia bergegas ke pejabatnya semula .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Malam ni boss makan lauk fresh lah ,
ye ?” Tutur seorang pemuda yang sedang membimbit makanan .
“ Mana kau tahu tunang boss tu fresh ?
Entah – entah macam boss juga . Dia kan pernah duduk di US dulu ..”
Jawab rakannya . Mereka tertawa .
“ Agak – agak
lama ke , kita kena tunggu boss ..”
“ Kau ni … macamlah tak kenal boss …” Mereka
tertawa lagi .
Aril
menyaingi langkah pemuda tersebut , dia ingin segera ke pejabatnya sebelum
Dania pulang . Takut Dania menguncikan pintu pejabat , kunci motor tersebut
tertinggal di meja Dania . Perbualan yang di dengarinya tadi sekadar di bawa
angin lalu . Sampai di lobi pejabat, dia di tegah dari memasuki bagunan
tersebut . Aril musykil .
“ Saya nak masuk ambil kunci moto saya tertinggal tadi
. Kalau tak percaya you boleh ikut sama I .” Aril cuba menyakinkan Pak
Guard Bangladesh tersebut .
“ Tak boleh masuk … abang …” Tutur si guard
dengan pelat .
“ Ada juga yang makan penumbuk nanti .” Desis hati
Aril .
“ Apahal , bro …” Soal seorang pemuda yang
sedang menghisap rokok di koridor bangunan . Sahabatnya hanya memerhati .
“ Dia mau masuk ini dalam …” Jawab si Bangla tadi .
“ Kalau kau sayang muka kau , baik kau blah dari sini
.” Kata pemuda tersebut .
“ Kenapa aku tak boleh masuk ?” Tanya Aril yang nyata
tak berpuas hati .
“ Sebab boss kita orang kat dalam …” Jawab
pemuda yang membimbit makanan tadi . Aril dapat mengesan sesuatu yang tidak
kena dengan Dania . Namun , dia cuba bersabar . Takut tersilap langkah .
“ Siapa boss korang ?” Soal Aril .
“ Syed Firash . Kenapa bro ? Ada goyang …”
Mereka tertawa .
“ Ada .” Jawab Aril berserta tumbukan di wajah pemuda
yang berbaju oren itu . Aril berlawan dengan mereka sebelum anak buahnya sampai
. Si Bangla telah tersungkur dek tumbukan di wajahnya .
“ Woi !!” Laung Burn yang turun dari kereta . Mereka
berlima bergegas menolong Aril .
“ Korang kasi lumat . Aku nak selamatkan Kak Yong
korang .” Laung Aril sebelum bergegas ke dalam . Dia pasti ada sesuatu yang tak
kena dengan senyuman si Firash tadi .
“ Baik , boss .” Jawab mereka berlima serentak
. Tangan masing – masing ligat melakukan servis . Nasiblah siapa yang kena . 5
lawan 4 kot …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kalau kau datang sini nak bertengkar dengan aku , baik
kau keluar …” Marah Dania . Wajah Firash
di tenung tajam . Kepalanya makin berdenyut .
“ Dengan PA kau boleh pula kau layan …. Kau sedar tak
aku siapa ? Aku tunang kau tahu ? Bakal suami kau ?” Tengking Firash .
“ Aku letih , aku nak balik .” Malas Dania mahu
melayan kerenah si Firash . Sudah beberapa kali dia terserempak Firash berkepit
ke hulu ke hilir dengan various girlfriends . Apalah yang papanya
berkenan dengan si Firash pun dia tak tahu .
“ Mengaku ajelah yang kau ada affair dengan PA
kau .” Firash masih tidak berpuas hati .
“ Kalau aku
layan PA aku pun , bukan masalah kau . Aku tak suka kau . Faham tak ? Kau
keluar sekarang …” Membahang juga Dania apabila di tuduh sedemikian . Dania
memegang bucu meja , pandangannya kabur . Firash senyum lebar .
“ Kenapa sayang
….” Meleret pertanyaan Firash itu .
“ Kau letak apa dalam air tadi , hah ?” Sempat lagi
Dania bertanya sebelum dia rebah tak bertenaga .
“ Aku kasi sedatif . Buat kau tak berdaya . Baru best
. Sebabnya kau sedar but motionless …” Firash ketawa . Tubuh Dania di angkat ke sofa di bahagian
kiri bilik itu . Tanpa belas kasihan Firash telah merentap kemeja Dania . Koyak
rabak kemeja Chiffon itu . Air mata mengalir laju di pipi Dania . Nak
menaikkan satu anak jari pun dia tidak berdaya .
“ Ya Allah , selamatkanlah aku ….” Doa Dania di dalam
hati . Dia berharap seseorang datang membantunya . Firash mula mencumbu
lehernya . Air mata semakin laju membasahi pipinya .
“ Woi !!! Kurang ajar !!” Aril melayangkan tumbukan
padu pada wajah Firash . Firash jatuh terlentang . Tanpa membuang masa Aril
menyerang mangsanya . Bertubi – tubi tumbukan di lepaskan pada tubuh Firash .
Tubuh Firash terkulai layu tak bertenaga .
“ Kalau kau sentuh Dania lagi , siap kau … Aku akan
pastikan kau takde keturunan .” Aril menendang perut Firash .
Aril
mendekati Dania di sofa . Dia melutut di sofa , sebelum membuka kemejanya lalu
dipakaikan ke tubuh Dania . Air mata Dania di sapu dengan ibu jarinya . Dahi
Dania di kucupnya agar ketakutan Dania berlalu pergi .
“ You’re safe now .” Tutur Aril . Anak matanya
menikam anak mata Dania untuk menyakinkan Dania bahawa dia selamat di bawah
jagaannya .
“ Boss …” Sapa Burn .
“ Angkat bangkai tu . Buat macam biasa .” Arah Aril .
Bree dan Lan mengangkat tubuh Firash. Mengerti akan arahan Aril .
“ Din ambik kunci moto kau atas meja , sekali dengan
beg Dania . Cari kunci kereta Dania .” Aril berbicara . Din mengangguk sebelum
menyelongkar beg tangan Dania . Kunci kereta Dania di pegangnya .
Tubuh Dania
dicempung ke lif . Burn , Alex dan Din mengekori boss mereka sehingga ke
pakir . Din menghidupkan enjin kereta Dania . Alex pula membuka pintu kereta
buat Aril . Tubuh Dania diletak di kerusi , tali pinggang keselamatan
dipakaikan oleh Aril . Pintu kereta di tutup . Aril memandang mereka bertiga .
“ Burn , aku amanahkan kau gantikan aku turun padang
malam ni . Aku nak jaga Kak Yong korang . Apa – apa masalah korang tahu nak
cari aku dekat mana .” Pesan Aril . Mereka mengangguk . Aril memboloskan diri
di dalam kereta BMW Z9 milik Dania sebelum memecut laju .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aku kat mana ni ?” Desis hati Dania . Kali terakhir
dia ingat , dia berada di dalam kereta bersama Aril . Sebelum dia tidak
sedarkan diri . Dia cuba bangun dari katil , namun kepalanya masih berat .
Persekitaran bilik tersebut di perhatikan sebelum dia melihat tubuhnya . Dia
masih lengkap berpakaian , walaupun itu adalah kemeja milik Aril . Mungkin ini
adalah rumah Aril .
“ Are you ok ?” Soal Aril yang hanya bertuala .
Dania terlopong . Pelbagai soalan bermain di fikirannya . Aril mengerti , dia
tersenyum .
“ Cik , jangan risau . Saya tak ambil kesempatan pun .
Tak percaya ? Nah , tuala . Pergilah mandi , check apa yang patut …”
Aril berseloroh . Dania menjeling . Huluran di capainya .
“ So , cute …” Omel hati Aril . Dia
menyarungkan sehelai t-shirt berwarna putih .
“ Aril .. saya nak balik .”
“ No . Cik tahukan rumah cik takde sesiapa ,
saya risau kalau Firash pergi sana pula . Better you stay here . Cik
tidurlah kat bilik ni , saya di ruang tamu .” Aril berkata .
“ Tapi ….” Ayat Dania mati apabila bunyi loceng
kedengaran .
“ Siapa pulak ?” Tutur Aril sambil melangkah keluar
dari biliknya . Dia ke muka pintu untuk melihat tetamu yang mengunjunginya pada
waktu ini .
“ Siapa ?” Tanya Dania di belakang Aril . Terbantut
keinginannya untuk membersihkan diri . Aril membuat isyarat tidak tahu .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Awak tipu
saya … Awak yang call mereka , kan ?” Dania bersuara . Fikirannya
serabut .
“ Saya tak laporkan . Percayalah ….” Tutur Aril .
“ Sudahlah . Benda dah jadi . Dania nak ikut abang ke
nak ikut Aril ?” Soal Khairul . Dania memaut lengan Khairul .
“ Dah jom balik . Aril , abang balik dulu . Kirim
salam dekat walid .” Pesan Khairul . Aril mengangguk .
“ Tak usahlah buat baik dengan Aril tu . Menyampah Nia
….” Dania bersuara . Khairul menggelengkan kepalanya .
“ Aril tu suami Nia sekarang . Jadi tolong hormat dia
. Lagipun bukan dia yang laporkan . Orang jabatan cakap perempuan yang report
. Abang dah cakap dengan walid Aril tadi , dia kata nanti papa dengan mama balik
dia datang rumah .”
“ Tapi dia tipu Dania …” Rengek Dania .
“ Sebab dia cintakan Nia …” Jawab Khairul sambil
tersenyum . Bergegas dia ke Kuala Lumpur apabila mendapat panggilan dari orang
jabatan awal pagi tadi . Tak sangka Firash bertindak demikian , itu pun selepas
Dania dan Aril bercerita perihal Firash kepadanya . Perbuatan Firash yang akhirnya
membawa Dania dan Aril ke alam perkahwinan
.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Lepas ni , ikut abang . Umi teringin nak jumpa Nia
…” Ujar Aril .
“ Papa ….”
“ Abang dah minta izin papa .” Ringkas jawapan Aril .
“ Hemm…” Dania mengiyakan permintaan Aril itu .
Sudah 2
minggu usia perkahwinan mereka . Aril tidak memaksa Dania tinggal dengannya .
Malah masing – masing masih menyembunyikan status mereka kepada umum kerana
majlis mereka lagi 3 bulan . Hanya ahli keluarga sahaja mengetahui status
mereka . Semenjak mereka bernikah , Aril telah membahasakan dirinya abang .
Itupun bila mereka berdua dan bersama keluarga sahaja . Pada mulanya Nia memprotes
tetapi Aril buat bodoh je ….
“ Abang keluar dulu .” Tutur Aril sebelum melangkah ke
arah pintu . Namun langkahnya terhenti apabila Nia bersuara .
“ Wait …” Dania menghampiri Aril . Aril
menjongketkan keningnya seolah- olah bertanya sesuatu kepada Dania .
“ Closer …” Arah Dania yang bersandar di meja
kerjanya .
Aril
mendekati isterinya itu . Tali leher Aril di tarik Dania . Aril kaku . Dania
pula sibuk membetulkan tali leher suaminya yang sudah tidak terurus itu . Aril
merenung wajah mulus Dania . Jantungnya mengepam laju . Usai membetulkan tali
leher Aril , Dania mengusap tali leher tersebut supaya tampak kemas . Aril
menangkap jari jemari Dania lalu di lekapkan di dadanya , mata mereka
bertentangan . Kini , Aril semakin mendekati Dania . Pinggang Dania di raih ,
Dania terpaku dengan tindakan berani Aril itu . Hatinya turut berdebar .
“ Aku dah jatuh cinta ke ?” Desis hati Dania . Dia
turut di buai perasaan tetapi rasionalnya masih ada . Dania memalingkan wajah
apabila Aril mula menundukkan kepalanya .
“ Aril … we’re in office .” Tutur Dania .
Perlahan . Ciuman tadi tersasar ke pipi kanannya .
“ Opss … sorry …” Mona bersuara . Salah timing
. Bukan salahnya sebab pintu terbuka luas ..
“ Ada apa Mona ?” Tanya Dania sambil meleraikan pautan
Aril pada pinggangnya . Aril pula bagaikan baru tersedar , berdeham sebelum
berlalu keluar ke mejanya . Control malulah tu …
“ Fail yang cik minta . Setakat ni , semua akaun tally
. Ada apa – apa lagi ke , cik ?” Mona menghulurkan fail tersebut .
“ Terima kasih . Awak boleh sambung kerja .” Kata
Dania .
“ Habislah … Mona tu ibarat internet bergerak . Pasti
cerita mereka bakal di jaja …” Dania mengeluh . Telefonnya berdering dengan
malas Dania menjawab panggilan tersebut .
“ Hello , papa .”
“ Jumpa papa sekarang . Bawa Aril sekali .” Arah Tan
Sri Khairi .
“ Hemm …” Dania mengiyakan arahan papanya sebelum
mematikan talian . Langkahnya di atur ke ruangan Aril yang tekun membuat kerja .
Dia berhenti di depan meja Aril , membuatkan
Aril terkejut dan terkeluarlah satu perkataan ….
“ Sayang !!!” Kuat dan jelas . Semua mata tertumpu
kepada mereka berdua . Dania membuat muka serious . Aril berdeham
sebelum bertanya akan kedatangan Dania itu .
“ Cik Dania perlukan apa – apa ke ?” Soal Aril . Cover
line …
“ Papa nak jumpa . Sekarang .” Tutur Dania sebelum
melangkah pergi . Aril mengekorinya dari belakang .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Assalamualaikum , umi .” Sapa Dania sambil mencium
tangan ibu mertuanya .
“ Waalaikumusalam . Jom masuk . Nia sihat ?”
“ Sihat , umi .”
“ Malam ni tidur sini , ekh ?” Pinta Puan Aida .
“ Tapi umi … Nia tak bawa baju spare ….” Dalih
Dania . Aril yang duduk di sofa hanya memerhatikan mereka .
“ Baju Aril kan banyak . Pakai ajelah baju suami kamu
tu … Tak pun pinjam baju Eda …” Puan Aida berbicara . Dania melirik ke arah Aril
meminta pertolongan . Tetapi Aril buat – buat tak nampak . Hati Dania kegeraman
.
“ Aril naik dulu , umi . Nak mandi .” Tutur Aril .
“ Bawa isteri kamu sekali .” Arah Puan Aida . Langkah
Aril terhenti di anak tangga ketiga .
“ Nia naik atas dulu . Kejap lagi kita dinner dengan
walid .” Puan Aida tersenyum kepada menantunya . Dania akur …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nia , tambah lagi …” Pelawa bapa mertuanya .
“ Takpe , walid . Nia dah kenyang .” Dania menolak ,
perutnya benar- benar penuh .
“ Kenapa , Nia ? Tak sedap ke umi masak ?” Puan Aida
bertanya .
“ Sedap . Tapi Nia memang makan sikit .” Jelas Dania .
Takut keluarga mertuanya salah faham .
“ Umi , walid . Nia memang jenis makan sikit . Tanker
kecil .” Aril menyampuk . Dia faham lirikan Dania itu .
“ Patutlah abang angau memanjang sampaikan tidur pun
asyik sebut nama Kak Long je ... Sebabnya Kak Long cantik plus slim
macam miss world . Walid … Adam ingat nanti besar , Adam nak kahwin
dengan orang yang pakej macam Kak Long jugak .” Adam bersuara . Aril
menampar bahu Adam .
“ Dia bocorkan rahsia aku pulak .” Desis hati Aril .
“ Amboi ! Dah gatal sangat nak menikah gamaknya , bang
?” Puan Aida memandang suaminya . Jarinya sudah pun singgah ke lengan anak
bongsunya . Dapat hadiah kepit ketamlah jawabnya …..
Aril tertawa
melihat wajah adiknya yang sudah berkerut menahan sakit . Dania juga tersenyum
lebar . Geli hati melihat gelagat Adam itu . Aril terpaku dengan senyuman yang
terukir di bibir isterinya . Wajah Dania di pandangnya tidak berkelip . Dia
leka menilik segenap inci wajah isterinya itu . Bagaikan di pukau , tangannya
mula ingin menyentuh pipi gebu milik isterinya itu . Niatnya mati apabila
walidnya bersuara .
“ Betul Adam nak kahwin muda ?” Encik Kasyaf bertanya
. Saja ingin menduga anak bongsunya .
“ Boleh ke walid ?” Tanya Adam dengan muka yang teruja
habis . Bersinar – sinar matanya .
“ Jangan nak menggatal . Mengaji quran pun gagap lagi
, ada hati nak jadi imam .” Tegur Khaleeda , satu –satunya puteri dalam
keluarga suaminya . Khaleeda merupakan seorang doktor pelatih di Hospital
Selayang . Ketawa mereka sekeluarga bergema melihat wajah cemberut Adam .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Awak …”
“ Hemm …” Aril bersuara sambil membetulkan posisinya
di atas katil . Matanya sibuk menelah halaman buku yang di tandanya semalam .
Dia menyambung bacaannya .
“ Where I’m going to sleep ?” Tanya Dania
senada . Kini , tumpuan Aril beralih arah .
“ Sini .” Aril menepuk tilam di sebelah kirinya .
“ With you ?” Terkejut Dania di buatnya .
Perlukah dia tidur di sisi Aril ?
“ Why not ? Nia kan dah jadi isteri abang ..”
Jawab Aril . Dia turun dari katil sebelum kakinya melangkah mendekati Dania
yang duduk di atas kerusi meja solek .
“ Apa maksud , awak ?” Terkebil – kebil Dania
memandang Aril .
“ Bukan awak . Tapi abang . Faham ?” Aril membetulkan
panggilan Dania . Tubuh Dania yang tersarung kemeja birunya tampak manis di
pandang . Tambahan pula tanpa seluar slack yang di pakai Dania
waktu di pejabat tadi . Amat kontra
sekali dengan warna kulit Dania yang putih kemerah – merahan itu . Seksi …
“ Hish … kenapa
pandang macam tu ? Cungkil biji mata tu , baru tahu ….” Dania bingkas bangun
dari kerusi . Dia melangkah ke katil , peluang yang terhidang tidak akan di sia
– siakan . Hatinya tersenyum …
“ Siapa suruh tinggalkan katil ? Sekarang katil ni , aku
yang punya . Hehehe ….” Dania sekadar ketawa di dalam hati . Selimut di tarik
menutupi tubuhnya .
“ Ehemm…” Aril berdeham . Macamlah dia tak tahu taktik
Dania itu . Jangan harap dia akan mengalah dengan menawarkan dirinya untuk
tidur di sofa . Aril tersenyum tepi … Dia melabuhkan dirinya di atas tilam
sebelum menarik selimut . Dania tersentak , dia tahu Aril berbaring di
sebelahnya .
“ Ehh … apa ni ? Awak tidurlah dekat sofa tu …” Dania
cuak apabila Aril hanya tersenyum miang .
“ Awak ? I thought we have agreed tadi . It
should be abang instead of awak , do we ?” Aril
bersuara . Matanya memandang wajah Dania yang berhadapan dengannya , kini .
Dania menelan liur . Tersilap sudah …
“ Aa … aa … abang .” Susah sungguh Dania berusaha
untuk menuturkan perkataan tersebut . Akhirnya dia berjaya .
“ Abang …. Sana lah ….” Dania melembutkan suaranya
dengan niat agar Aril akan menuruti permintaannya .
Suara Dania
yang lembut itu meresap di segenap pelusuk jantung Aril . Aril tersenyum manis
. Dania menyangka Aril akan menuruti kehendaknya . Dania membalas senyuman
suaminya itu . Padahal Aril tidak mahu berganjak dari situ . Tanpa di duga Aril
menarik tubuh Dania ke dalam pelukannya . Dania terkejut dan kaku . Jantungnya
mengepam laju . Jantung Aril juga begitu . Dania mendongak , mata mereka
bertentangan . Berbicara seketika sebelum Aril memagut lembut bibir Dania .
Dania pula tidak menolak .
“ Abang cintakan Nia . Cinta sangat – sangat . I
love you sayang ….” Ucap Aril .
Sudah berkali
– kali dia menyatakan cintanya buat Dania . Dari mula – mula dia berkerja lagi
sehinggalah sekarang . Dulu Aril menyatakan perasaannya secara berkias namun
selepas mereka bernikah Aril lebih suka berterus - terang . Terkebil – kebil
Dania memandang suaminya itu . Matanya bersinar seolah – olah menyatakan rasa
yang sama . Pandangan mata mereka bertaut seketika sebelum Dania melarikan pandangannya
. Aril tersenyum lebar . Dia membaca sepotong ayat sebelum mereka berdua meniti
pelangi ciptaan mereka bersama .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aril … kalau akak kenalkan dengan sepupu akak , Aril
nak tak ?” Soal Zaidah . Aishah memandang pelik Zaidah .
“ Sejak bila pula kau jadi matchmaker ni ?”
Soal Aishah . Aril sekadar tersenyum . Takut di dengari oleh Dania . Mahu
berbirat lengannya nanti di cubit Dania . Isterinya itu selalu aje berubah
cuaca . Sekejap ok , sekejap manja , sekejap macam puting beliung . Unpredictable
.
“ Apasalahnya … Aril single , sepupu Zai pun single
jugak .” Jawab Zaidah . Matanya melirik kepada Aril .
“ Aril dah ada yang punya , Kak Zai … Nanti Aril
panggil makan kenduri .” Jawab Aril , jujur. Takut Dania kecil hati jika
mendengarnya . Sejak akhir –akhir ini Dania sangat sensitif . Walaupun tinggal bersama
di kondominium Aril tetapi mereka masih datang kerja berasingan bagi mengelak
di kesan pekerja mereka . Itu juga arahan Tan Sri Khairi memandangkan majlisnya
hanya tinggal sebulan saja lagi .
“ Orang mana , Aril ?” Soal Aishah , ingin tahu .
Soalan tersebut di abaikan apabila satu suara menyapa pendengaran mereka .
“ Aril …” Panggil Dania di muka pintu pejabat .
Mukanya kelihatan sedikit pucat . Aril melangkah mendekati Dania . Risau dengan
keadaan isterinya itu .
“ Pagi tadi ok je … Demam ke wife aku ni ?”
Desis hati Aril . Pintu bilik Dania di tutup apabila dia sudah memboloskan diri
ke dalam .
“ Sayang abang ni , kenapa ? Tak sihat ke ? Kita ke
klinik , ye ?” Aril menyentuh dahi Dania .
“ Abang …” Dania memeluk tubuh Aril sambil menangis di
dada suaminya . Aril membalas pelukan itu .
“ Kenapa ni ?” Soal Aril . Dia risau dengan keadaan
Dania .
“ Nia nak balik …. Nia penat .” Tutur Dania , manja .
Entah mengapa dia berasa tidak ingin berada di pejabat . Dokumen – dokumen tadi
menyesakkan pandangan matanya , sekaligus menyebabkannya pening .
“ Sudah , jangan menangis . Kita balik sekarang .
Kejap , abang inform papa dulu . Sayang duduk sini .” Aril melirik jam
tangannya . Baru pukul 11 pagi . Dia mendudukkan Dania di sofa sebelum menekan
nombor telefon bapa mertuanya .
“ Assalamualaikum , papa .”
“ Waalaikumusalam . Ada apa Aril ?” Jawab Tan Sri
Khairi .
“ Aril nak minta cuti hari ni . Nia pun sama . Aril
nak bawa Nia ke klinik . Boleh , papa ?”
“ Nia sakit ke ? Teruk ke tidak ? Tadi papa tengok ok
je …” Soal Tan Sri Khairi . Satu persoalan berlegar di ruangan mindanya . Dia
tersenyum …
“ Papa janganlah risau . Nia stress kot . Badan
pun panas sikit .”
“ Pergilah cepat . Nanti apa –apa inform papa .
Ada good news kot …” Tan Sri Khairi berseloroh .
“ Harap – harap begitulah , papa .” Aril berkata
dengan senyuman lebar terukir di bibirnya .
“ Insyaallah . Kalau ada rezeki kamu berdua ... Papa
tumpang gembira .”
“ Aril pergi dulu lah , papa . Assalamualaikum .”
“ Waalaikumusalam .” Tan Sri Khairi mematikan talian
dengan menantunya . Wajahnya terbias dengan raut yang gembira . Harap – harap
tahun ini dia akan mendapat cucu lagi … Amin ….
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tahniah . Kamu berdua bakal jadi papa and
mama .” Tutur Doktor Halimah .
“ Alhamdulillah . Thank you , sayang .” Ucap
Aril sebelum mengucup dahi Dania . Wajah Dania merona merah . Malu kemesraan
mereka menjadi tontonan doktor tersebut .
“ Baby saya sihat , doktor ?” Tanya Dania .
“ Sihat . Biasalah baru 4 minggu , kadang – kadang
kita alah . Emosi tak stabil, tapi ada
juga kes suami yang alah .” Kata Doktor Halimah dengan senyuman .
“ Lama tak alahannya , doktor ?” Tanya Aril . Kena
belajar bersabarlah …
“ Selalunya around 3 bulan pertama . Encik
banyakkan bersabar , ikut kan aje perubahan tu . Sekejap je , bukannya lama …”
Pesan Doktor Halimah . Sengaja dia berkata demikian kerana sejurus pesakitnya
datang , si suami ada mengkhabarkan tentang perubahan mood si isterinya.
“ Saya akan bagi vitamin untuk kuatkan kandungan ,
asid folik , ubat tahan muntah dan vitamin B kompleks . Lastly ,
banyakkan berehat . Jangan buat kerja berat – berat and don’t stress . Its
not good for fetus development .” Terang doktor itu . Mereka berdua
mengangguk .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang teman Nia , ekh ?” Pinta Aril . Kini , mereka
dalam perjalanan pulang ke rumah mereka .
“ No . Hari ni kan Jumaat . Abang kena ke
masjid .” Jawab Dania .
“ Abang lupa pulak . Kalau begitu , abang hantar Nia
ke rumah mama . Lagipun dah lama kita tak bermalam di sana .” Cadang Aril .
“ Tak boleh ke Nia stay dekat rumah kita je …”
Dania memandang Aril yang sedang memandu . Aril menoleh ke kirinya memandang
Dania .
“ Nia nak stay alone ? Dengan keadaan macam ni
? No , abang tak kasi . Bahaya . Kita balik rumah mama . Ada juga yang
tengok – tengokan Nia masa abang ke masjid .”
“ Tapi …”
“ No objection . Abang risau . Nia tahukan ,
abang sayangkan Nia ….” Pujuk Aril .
“ Ok . Tapi kita balik rumah dulu , nak pack
baju .” Tutur Nia .
“ Baik , mam …” Aril tersenyum lebar . Nia turut
tersenyum .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Cik Dania ok , ke ?” Soal Aishah . Risau melihat
wajah pucat Dania . Dia bergegas ke bilik bossnya apabila terdengar
suara seperti orang sedang muntah .
“ Saya ok , Kak Aishah . Aril dah pulang , ke ?” Soal
Dania .
“ Belum . Aril suruh kami tengok – tengokkan Cik Dania
, sementara dia berbincang dengan Tan Sri .” Jawab Zaidah .
“ Nanti Aril balik , suruh dia jumpa saya .” Arah
Dania . Dia bersandar di sofa . Penat muntah. Kepala pula rasa berdenyut .
“ Kak Zai , tolong ambilkan ubat saya dalam handbag
.” Ujar Dania . Tangannya mencapai sebotol air mineral di atas meja .
“ Semua ke , Cik Dania ?” Tanya Zaidah . Tangannya
sibuk membelek bungkusan ubat tersebut . Membulat matanya apabila terlihat nama
– nama ubat tersebut . Fikirannya mula memikirkan sesuatu yang negatif .
“ Ya , semua .”
Lemah sekali nada Dania . Zaidah menghulurkan bungkusan ubatan tersebut .
“ Cik Dania mengandung , ke ? Tapi … Anak siapa ?”
Kata Zaidah di dalam hati . Dia kenal benar dengan ubatan tersebut . Mahu tak
kenal dah 3 kali dia mengandung ….
“ Kenapa ni ?” Suara Aril menyapa di muka pintu . Air
mata Dania berguguran apabila melihat kelibat Aril . Tiap kali Aril tiada di
sisinya dia akan terasa sayu .
“ Cik Dania muntah tadi .” Jawab Aishah . Serba salah
dia apabila terlihat Dania yang menangis . Aril tersenyum .
“ Kak Aishah , Kak Zai , terima kasih . Biar saya take
over .” Kata Aril sambil melangkah ke sofa . Dia duduk di sebelah Dania ,
rapat . Zaidah memandang pelik Aril sebelum menutup pintu bilik tersebut .
Langkahnya di hujani dengan pelbagai persoalan di minda .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mona , betul ke kau nampak Cik Dania dengan Aril
gitu –gitu dalam office ?” Soal Zaidah , ingin mendapatkan penjelasan .
Selama ini dia ingatkan hanya desas – desus sahaja . Tapi apa yang di lihatnya
tadi seolah – olah mempengaruhi mindanya .
“ Betul , Kak Zai . Mona tengok sendiri masa nak
hantar akaun syarikat . Sebab tu Mona tanya Kak Zai . Cik Dania dengan Aril ada
apa – apa ke ? Tapi Kak Zai cakap sekadar PA je…” Mona teringat pertama kali
dia bertanya tentang hubungan anak majikannya kepada Zaidah .
“ Betul kau tak buat cerita ?” Tanya Zaidah lagi .
“ Betullah . Mona hanya akan cakap benda yang sahih ,
walaupun mulut Mona ni laser sikit . Kenapa Kak Zai tiba – tiba bangkitkan isu
ni ? Isu dah lapuk . Sekarang ni tengah hot skandal Encik Razif dengan
Amira si budak penyambut tetamu tu ….” Mona bergosip . Zaidah buat tak tahu je
… Fikirannya runsing memikirkan Dania dan ubatan tadi serta Aril yang begitu
prihatin dengan anak majikannya itu .
“ Mona , kau pernah terserempak Cik Dania dengan Aril
, tak ? Dekat shopping mall ke ? Mana – mana je lah ? Asalkan mereka
berdua …” Zaidah berkata .
“ Lunch , selalu je mereka berdua . Jumpa klien
, pergi site , makan dekat hotel . Rasanya tak pernah lagi jumpa mereka
dekat public area .”
“ Kejap , kau kata makan dekat hotel ? Siang ke malam
?” Zaidah mula mengesyaki sesuatu .
“ Yalah . Jumpa klien , biasalah . Kadang – kadang
makan tengah hari , minum petang but mostly dinner lah. Kenapa ,
Kak Zai ?”
“ Kau pernah ikut mereka ?”
“ Pernah sekali . Masa jumpa klien dari China dulu …
Kak Zai ni kenapa ? Dari tadi asyik tanya tentang Cik Dania dengan Aril ?”
“ Aku bukan nak mengata tapi aku ternampak ….” Gugup
tutur Zaidah . Maklumlah tak pernah nak membuat tuduhan melulu .
“ Apa ? Kak Zai !!” Nada Mona sedikit tinggi . Teruja
ingin mengetahui perkara tersebut . Zaidah yang terkejut terlepas cakap .
“ Cik Dania mengandung anak Aril .”
“ Apa ? Mengandung ?” Mona terkejut . Sebelum menekup
mulutnya apabila banyak mata yang memerhati mereka . Nasib baik mereka makan
sedikit jauh dari area pejabat .
“ Mana Kak Zai tahu ? Kak Zai jangan fitnah …” Mona
menarik kerusi agar rapat sedikit dengan Zaidah .
“ Aku yang tolong ambilkan ubat Cik Dania dalam handbag
dia .”
“ Ubat ?” Mona menyoal .
“ Pagi tadi , Cik Dania muntah – muntah . Jadi aku
dengan Kak Aishah tolonglah Cik Dania sebab Aril takde . Dia pergi bincang
tentang proposal baru dengan Tan Sri .
Masa ambil ubat tu aku tengoklah nama ubat , terkejut juga aku bila
nampak semuanya ubat untuk ibu mengandung ….” Terang Zaidah .
“ Mana Kak Zai tahu tu , ubat mengandung ?” Soal Mona
seperti wartawan lagaknya .
“ Hishh … kau ni . Aku tahulah , kan aku dah ada anak
3 ….” Zaidah menampar lembut tangan Mona . Mona tersenyum .
“ Mana akak tahu tu anak Aril ? Mungkin anak tunang
Cik Dania , ke ? Kan mereka dah nak kahwin lagi 2 minggu ….” Mona berkata .
Zaidah menggeleng . Dia tahu perihal Dania yang tak suka kan Firash itu .
“ Tak mungkinlah . Cik Dania tak suka kan tunang dia .”
“ Tak suka ? Akak , Mona rasa Cik Dania dengan Aril
memang bercinta . Mereka sengaja buat begini sebab nak batalkan majlis nikah tu
. Akak kata tadi Aril jumpa Tan Sri , kan ? Mungkin Aril bincang tentang
masalah diaorang ….” Ujar Mona . Macam pengarah dramalah pulak …
“ Tapi … tak kan lah sampai ada baby …”
“ Akak , Tan Sri kan tegas orangnya . Mestilah mereka
takut nak cakap terus – terang . Bila ada baby barulah Tan Sri tak
membantah .” Tokok Mona . Ingat cerita sinetron ke ….
“ Cik Dania , mungkin terpengaruh dengan gaya hidup
barat . Tapi … Tak sangka Aril orangnya begitu …” Tutur Zaidah .
“ Kak Zai … Aril kan lelaki , tak kan nak tolak orang
cantik macam Cik Dania kot . Lagipun Cik Dania kan orang berada , mestilah Aril
tak kan lepaskan begitu je …” Mona membuat andaian .
“ Betul juga . Aril datang kerja pun naik Honda EX-5 .
Baru – baru ni je tumpang kereta Cik Dania .” Zaidah berkata sebelum menyedut
minumannya . Mona mengerling jam tangannya .
“ Ehh .. dah nak masuk . Jomlah , akak . Nanti lewat
pulak …” Mona bingkas bangun sambil di ekori oleh Zaidah .
Mereka berdua
bergegas keluar dari restoren masakan barat itu , usai membayar makanan masing
– masing . Mona meneruskan pemanduannya sambil bercerita dan membuat andaian
sendiri tentang anak majikan mereka . Tiba di lampu isyarat , mata Mona
terlebih dahulu menangkap kelibat kereta Dania .
Aril dan
Dania berada di dalam kereta tersebut . Jelas kelihatan kerana mereka tidak
memasang bumbung kereta . Mona terlopong , begitu juga Zaidah apabila terlihat
Dania dan Aril sedang suap – menyuap potongan buah mangga . Sebelum Aril
membelok ke kiri , memasuki kawasan kondominium mewah setelah lampu bertukar
hijau .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Saya jemput semua datang majlis kenduri anak saya ,
minggu depan . Saya buat khas untuk staff saja . Ini kadnya … Sila ambil
dengan Amira . Saya pulang dulu …” Ujar Tan Sri Khairi dengan senyuman sebelum
beredar dari lobi syarikatnya . Esok merupakan majlis perkahwinan puterinya
yang akan di hadiri oleh sahabat handai serta kaum kerabat sahaja . Kalau
hendak di satukan majlisnya , takut tidak terlayan tetamunya itu . Jadi , dia
telah mengasingkan majlis tersebut agar lebih selesa .
“ Ok , ambil sorang satu . Lepas tu sain sini .” Arah
Amira . Mona mencelah duluan , dia benar – benar ingin tahu siapa pengantin
lelakinya . Kad di capai sebelum menurunkan tandatangannya . Kemudian dengan
Mona membuka sampul tersebut , muka hadapan kad tersebut di baca . Alangkah
terkejutnya dia apabila mendapati nama yang tertera di kad tersebut sehingga
dia terjerit kuat . Lalu mengakibatkan semua staff menoleh ke arahnya .
“ Kau ni kenapa , Mona ?” Amira menyoal sambil
mengusap dadanya akibat terkejut tadi .
“ Pengantin laki dah tukar . It’s Aril not Syed
Firash …” Mona berkata sambil membelek kad tersebut .
“ What ?” Nyaring suara salah seorang staff
perempuan yang turut menaruh hati terhadap Aril. Amira turut membuka kad
tersebut , kad dibaca berulang kali .
“ Bukan Encik Firash tunang Cik Dania ke ? Kenapa Aril
pula yang jadi pengantin lakinya ?” Soal Amira . Ramai staff wanita yang
masih bujang mengeluh . Nampaknya Aril boleh buka kelab peminat …..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Terima kasih kerana sudi datang ke majlis ini . Saya
amat gembira dengan pernikahan puteri tunggal saya ini. Sudah lama saya
berhajat untuk mengadakan majlis ini namun tidak berkesempatan . Jadi , hari
ini merupakan kesempatan yang ada . Selamat menjamu selera….” Ucap Tan Sri
Khairi dengan senyuman lebar. Seterusnya ucapan dari abang – abang Dania . Staff
– staff turut memberi ucapan tahniah kepada anak majikannya . Dania dan
Aril hanya tersenyum mendengar ucapan – ucapan tersebut .
Usai menjamu
selera , Aril ke pentas utama . Dia ingin mendendangkan sebuah lagu untuk
isteri tercintanya. Orang ramai bertepuk tangan apabila melihat kelibat Aril
di pentas , ada juga yang bersiul . Memang happening ….
“ Buat isteri tercinta . Terima kasih sudi menjadi
isteri abang dan terima abang seadanya . Mungkin ramai tidak tahu kisah cinta
kami tetapi saya tetap nak ceritakan juga kisah cinta kami . Mungkin juga boleh
jadi inspirasi untuk love seekers di luar sana . Nak dengar tak ?” Soal
Aril . Wajah Dania direnungnya , Dania tersenyum manis .
“ Nak …” Bergema suara orang ramai . Dah serupa
konsert dah …. Aril mula bercerita sebelum mengakhiri ceritanya dengan
dendangan sebuah lagu untuk Dania . Selesai menyanyi Aril duduk semula di meja
makan . Khairul menyapanya .
“ Lepas ni , boleh tolong abang susun strategi nak
pikat girl next door abang …” Khairul tersenyum . Aril berbisik .
“ Boleh … tak ada masalah .” Mereka berjabat salam
menandakan persetujuan telah di menterai . Aril tersenyum , begitu juga Khairul
.
Suasana
majlis tersebut amat meriah dengan ragam staff – staff mereka . Ada yang
membuat persembahan lawak jenaka , ada juga yang bernyanyi . Semuanya di tuju
khas untuk pasangan raja sehari . Aril dan Dania tersenyum manis di atas pelamin
. Semoga kebahagiaan menjadi milik mereka hingga ke akhir hayat ….
- TAMAT -
best sangat2
ReplyDeletebwt lagi cerpen lain... sy suka baca cerpen akak....
ReplyDelete