BAB
11
Adrianna memandang kosong pemandangan langit
pada waktu malam . Adrianna mengeluh perlahan . Fikirannya buntu apabila
terkenangkan masalahnya . Sudah lama Encik Bellardo memerhatikan puterinya ,
kelihatan puterinya dalam kesusahan . Dengan perlahan kakinya melangkah ke
balkoni .
“
Sofia ,” tegur Encik Bellardo . Air mata Adrianna berguguran .
“
Papa .” Adrianna terus memeluk papanya . Air mata semakin laju membasahi
pipinya .
“ Che cosa (what’s wrong) mi
principessa ,” sayu hatinya melihat Adrianna begitu .
Dia menenangkan Adrianna sambil mengusap belakang anaknya .
“ Dimmi (tell me) , principessa ?”
pinta Encik Bellardo .
Adrianna menyapu air matanya , dia
menceritakan segalanya yang berlaku di Malaysia termasuklah perkahwinannya
dengan Adrian . Papanya mendengar dengan tekun . Riak wajahnya berubah apabila
nama Farish disebut . Tegar lelaki itu meninggalkan anaknya . Apabila nama
Adrian disebut , hatinya resah . Pelbagai persoalan menjengah fikirannya .
Setelah selesai bercerita , Adrianna meminta
diri untuk tidur . Kata – kata semangat dari papanya memberi kekuatan kepada
Adrianna . Malam itu Encik Bellardo sukar untuk melelapkan matanya . Dia
sanggup melakukan apa sahaja demi puterinya . Dia mencapai telefon lalu mendail
suatu nombor , tidak lama kemudian panggilannya dijawab . Dia menyuruh orang –
orangnya menyelidik latar belakang menantunya , Adrian . Dia takut Adrianna
berkahwin dengan orang yang salah .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pagi
menjengah , Adrianna menyediakan sarapan pagi buat papanya . Terasa ringan
kepalanya apabila masalahnya di ceritakan kepada papanya . Dia selesa bercerita
dengan papanya , mungkin ini disebabkan oleh pertalian darah . Bak kata pepatah
air dicincang tak akan putus . Tiba – tiba Adrianna teringatkan Adrian yang
tegar meninggalkannya di lapangan terbang . Hatinya panas . Derapan kaki
papanya mematikan lamunannya .
“ Buongiorno , papa .”
Adrianna mengucapkan selamat pagi sambil tersenyum .
“ Buongiorno ,”
Encik Bellardo membalas senyuman puterinya .
Mereka berbual mesra , Encik Bellardo
berpuas hati melihat riak wajah puterinya yang ceria . Setelah menghabiskan
sarapan Encik Bellardo meminta diri ke pejabat . Adrianna menghantar papanya ke
muka pintu . Tangannya dilambai apabila kereta mula bergerak . Dia mencapai
kunci kereta untuk ke pasar . Tadi dia telah berjanji akan memasak untuk makan
tengahari . Selesai urusannya di pasar , dia memandu ke butik seperti dipesan
oleh papanya . Beberapa minit berlalu akhirnya dia sampai di butik tersebut .
Pekerja – pekerja butik melayannya dengan baik , papanya telah menempah ‘evening gown’ untuknya . Kata papanya
ada majlis penting yang perlu di hadirinya . Dia mencuba gaun tersebut .
“ Cantik , pandai papa pilih,” desis hatinya .
Terasa sayu apabila dia terpandang akan gaun pengantin yang baru disarungkan
kepada patung . Dia tidak berpeluang memakainya , sebagai wanita dia
mengimpikan perkahwinan yang sempurna . Tapi dia harus redha dengan apa yang
berlaku . Tanpa dia sedari air matanya tumpah ke pipi , dengan pantas dia
mengesat air matanya supaya tidak diketahui oleh sesiapa .
Tetapi perlakuannya diperhatikan oleh orang
– orang papanya yang sentiasa mengawasi gerak-geri Adrianna tanpa pengetahuan
Adrianna . Papanya takut puterinya diapa – apakan , dia tidak mahu tragedi yang
menimpa arwah isterinya berulang . Encik Bellardo mengeluh , laporan diterima melalui
mesin faks . Dia akan melakukan sesuatu demi anaknya . Berdasarkan laporan
latar belakang menantunya , dia berpuas hati walaupun risau bertandang di
sanubarinya . Cinta boleh dipupuk , mungkin ini jodoh anaknya .
No comments:
Post a Comment