mawar putih

mawar putih

Sunday 23 August 2015

CERPEN: CINTA TAJAAN MR SLUMBER



CERPEN: CINTA TAJAAN MR SLUMBER
“Assalamualaikum bro … kau apahal nak jumpa aku? Selalunya weekend macam ni susah nak jumpa kau, asyik nak berkepit dengan mama kau je …” Perli Daniel. Wajah sahabatnya di pandang. Tahu sangat perangai sahabatnya itu, kalau ada masalah mesti dia di carinya.
“Waalaikumusalam … Aku kusut sekarang Dan. Mama aku suka sangat suruh si Kyra anak jiran sebelah rumah aku tu menempel dengan aku. Naik menyampah aku tengok muka dia. Kalau ayu, sopan adalah juga mood nak memandang. Tapi .. dah serupa perigi cari timba. Apa yang mama aku berkenan sangat dengan si Kyra pun aku tak tahu? Tak sesuai langsung nak jadikan orang rumah.” Luah Fayruz Irfan.
“Itupun kau tak tahu nak handle? Macam mana nak kahwin nanti?” Daniel menggelengkan kepalanya. Masalah kecil je …
“Kau apa tahu? Aku yang pening kepala, aku takut mama aku terasa hati …”
“Kau terus terang jelah yang kau dah ada somebody. Habis cerita. Tak kan lah mama kau nak paksa kau kahwin dengan Kyra kot?” Daniel berseloroh. Dia tersenyum melihat riak wajah kurang senang rakannya itu.
I know my mom. She’s unpredictable …” Jawab Irfan.
“Apa susah? Kau telefon je buah hati kau tu, suruh dia jumpa mama kau.” Kata Daniel.
“Siapa? Zana? Jangan mimpilah, dia tu sama degilnya dengan mama aku. Or even worse?” Tutur Irfan. Dia kenal kekasihnya. Keras kepala …
“Huh … susah-susah sangat kau cari jelah pengganti baru … Sampai bila kau nak tunggu dia? Aku rasa nak dekat 7 tahun korang bercinta, alih-alih aku yang kahwin dulu. Anak aku pun dah 5 tahun sekarang. Paan … you better move on now. Aku takut kau menyesal nanti …”
“Aku tak bolehlah. Aku sayang dia.” Jawab Irfan.
“Paan … she’s not ready to have any commitment. If yes, dah lama korang nikah.” Daniel berkata. Dia harap sahabatnya akan mengerti.
“Dan … Zana just takut je dengan perkahwinan. Sebab tu dia suruh aku tunggu dia sampai dia ready. Kau tahukan papa dan mama dia bercerai masa dia budak-budak lagi.” Bicara Irfan.
“Tapi …” Tutur Daniel di celah Irfan.
“Dan … sekarang kita back to the point. Tinggalkan kes Zana. I need your help, buddy …”
Ok, fine. Kalau macam tu, kau upah jelah siapa-siapa jadi makwe kau buat sementara. Till your beloved girl, balik Malaysia.” Kata Daniel. Dah takde mood nak berbicara .. Orang just nak kasi nasihat ..
“Upah? Maksud kau hired somebody to be my gf?” Soal Irfan.
“Hemm …”
Seriously?”
“Yelah. Kau ingat ada orang yang nak volunteer ke? Zaman sekarang semua nak pakai duit ..” Jelas Daniel.
“Mana nak cari, bro ? Pasal duit aku takde masalah. Tapi .. sanggup ke somebody tu hadap mama aku? ” Irfan bersuara. Teringat akan ketegasan mamanya. Boleh ke?
“Kuasa pulus, Paan … Tak sanggup pun jadi sanggup …” Kata Daniel sebelum menghirup kopi panasnya.
Then, help me find somebody tu …”
“Ooo .. Pasal ni aku tak nak terlibat, bro. Kau carilah sendiri. Aku tak nak nanti naya anak dara orang. Manalah tahu dia tangkap cintan dengan kau? Aku cadang je … I’m sorry, buddy.”
“La .. aku baru nak suruh kau buat selection … Tapi takpelah, nanti kau perli aku pulak …” Kata Irfan. Bahu kawannya di tepuk perlahan.
“Tahu takpe …” Daniel bersuara. Mereka tertawa bersama.

*Nantikan full version soon ...*

Saturday 30 May 2015

CERPEN : APA ? PAPA KAHWIN LAGI !! (FULL)



CERPEN : APA ? PAPA KAHWIN LAGI !!
“Masuklah .. ni rumah abang. Takdelah, sebesar rumah Za. Abang harap Za suka.” Pelawa Fawaz. Beg pakaian isterinya di keluarkan dari bonet kereta. Zalikha memerhatikan persekitaran rumah semi-D itu. Dia membalas senyuman suaminya.
“Takpe, abang. Za cuba sesuaikan diri. Abang cakap abang ada anak? Mana dia?” Soal Zalikha. Semenjak dia tiba, rumah ini sunyi sepi. Anak dara suaminya itu, tak sukakannya ke?
“Ija? Time begini study group dengan kawan-kawanlah tu …” Jawab Fawaz. Kaki melangkah ke dalam rumah. Zalikha mengikuti langkah suaminya.
“Kemasnya rumah …” Desis hati Zalikha. Fawaz tersenyum melihat isterinya seperti terpegun.
“Rumah ni, abang yang kemaskan. Harapkan Ija ? Bertuah …” Kata Fawaz tanpa di soal. Zalikha tersenyum.
“Apa kena encik duda anak sorang ni? Dah macam nak aku puji dia je …” Omel hati Zalikha. Dia duduk di sofa.
“Abang hantar beg kat atas sekejap. Kejap lagi kita keluar makan.” Fawaz berbicara dengan senyuman manis. Kaki mula mendaki anak tangga.
Wait … abang ..” Zalikha mahu bertanyakan sesuatu tetapi Fawaz memintas katanya.
“ Kenapa? Nak ikut abang naik atas ke? Atau … Za, tak sabar nak tengok bilik kita?” Usik Fawaz sambil mengerlipkan matanya. Zalikha terpinga.
What the …. Miang juga encik duda ni? Masa dengan walid, sopan-santun amat …” Hati Zalikha berbicara sendirian.
Not that. Za just nak tanya. Don’t we have to wait for your daughter? Nanti, kesian dia lapar…” Zalikha menyoal. Fawaz tersenyum lagi sehinggakan lesung pipit di sebelah kiri pipinya kelihatan.
“Ehh .. belum tengok anak pun dah caring? Ke … Za dah terpikat dengan papanya?” Usik Fawaz lagi. Zalikha menjeling.
“Encik Fawaz be serious, please … Nanti, Za ubah fikiran baru tahu? Dari terbuka hati nak tinggal sini, terus cancel. Biar Za stay dengan walid. Baru abang tahu erti penyesalan, terpaksa check-in check-out 2 buah rumah. Tiga termasuk office …” Tutur Zalikha. Tajam dia merenung Fawaz. Nak terpikat apanya? Baru 3 bulan diaorang nikah. Itupun, nikah express atas permintaan walidnya. Nikah pun jauh nun di negara padang pasir …
No, don’t do that. Abang ni dah tua, dah penat nak ulang-alik. Maafkan, abang. Abang janji tak usik lebih-lebih, dah …” Kata Fawaz.
“Maaf di terima. In 3 minutes you should be here.” Zalikha berbicara. Jam tangannya di lihat sepintas lalu.
“Amboi !! Nak dera abang ke?” Fawaz bersuara. Zalikha tersenyum.
I’m counting … 170, 169,168 ….” Sengaja Zalikha berbuat demikian. Fawaz pula mula berlari anak mendaki anak tangga ke tingkat atas.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum … Ija kat mana ni?” Soal Fawaz setelah panggilannya di jawab anak daranya.
“Papa, bila papa sampai? Ija ingat papa nak stay kat sana terus …” Perli Ija. Mana tak geram? Cakap outstation seminggu. Alih-alih 2 minggu menyepi …
“Janganlah, marah. Papa pergi kerja bukannya pergi bercuti, sayang … Ija balik tak malam ni?” Soal Fawaz lagi. Setiap kali dia outstation, Ija akan menumpang di rumah Hidayah. Sahabat baik anaknya itu.
“Lembutnya cakap dengan anak? Macam cakap dengan gf … Boleh salah faham ni …” Desis hati Zalikha. Fawaz yang perasan isterinya sedang memandangnya, menoleh ke kiri. Zalikha cepat-cepat mengalih pandangannya.
“Ija tidur rumah Day. Esok, Ija balik …” Jawab Ija.
Ok, take care.” Kata Fawaz sebelum mematikan talian.
“Za nak singgah mana-mana ke?” Soal Fawaz. Tangan isterinya di genggam. Zalikha menoleh. Pautan cuba di leraikan.
“Abang !! drivelah elok-elok. Karang jadi apa-apa macam mana?” Marah Zalikha. Mana tak risau sebelah tangan je memegang stereng. Sebelah lagi sibuk nak menggatal, nak tiru anak muda zaman sekaranglah tu .. Mata pula tak tengok depan …
I missed you … Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup Za. Walaupun abang dah tua.” Fawaz berbicara. Pandangannya telah di fokuskan ke jalan raya.
“Dah jodoh kita bersama. Tapi … Za nak abang bagi masa untuk Za terima ini semua.” Zalikha meluahkan rasa hatinya. Fawaz tersenyum.
“Ambillah banyak mana pun masa yang Za perlu. Abang tak paksa, tapi janganlah lama sangat. Abang ni dah tua … approaching 40’s.” Jawab Fawaz.
“Ehh … baru nak masuk 40? Anak dah 17? Dia kahwin umur berapa?” Soal hati Zalikha.
“Betul ke baru nak masuk 40?” Soal Zalikha. Dia kurang percaya. Mana taknya, dah ada anak dara …
“Ya Allah … umur abang pun Za tak tahu?” Terperanjat Fawaz dengan soalan isterinya itu. Zalikha menggeleng.
Listen. Umur abang dah 39. Abang ada anak dara sorang, umur 17.” Fawaz menjelaskan kepada Zalikha.
So, abang nikah …”
“ Abang nikah muda. Masa tu, abang baru 21 tahun. Kami sama umur. Lepas je, grad diploma. Parents both side suruh kahwin. Kami dah berkawan sejak sekolah menengah lagi…” Cerita Fawaz. Zalikha memandang suaminya.
“Awalnya ….” Bicara hati Zalikha.
But … Allah lebih sayangkan Farhana. Dia tinggalkan kami after a week Ija was born.” Fawaz menyambung ceritanya.
“Abang jaga Ija sorang-sorang ke?” Soal Zalikha. Dia masih memandang Fawaz.
“Mak abang tolong jagakan since baby sampai darjah 5. Then, abang dengan Ija hidup berdua lepas mak abang meninggal. Kelam-kabut juga masa tu, maklumlah dah biasa ada orang jaga. Tiba-tiba je kena urus sendiri … Habis baju sekolah Ija berlubang. Ija membebel tiap-tiap hari…” Fawaz bercerita lagi. Kali ini senyuman terukir di bibirnya. Terbayang Ija ketika masih kanak-kanak membebel kepadanya persis ibu-ibu.
“Abang tak pernah terfikir nak kahwin lain ke masa tu?” Zalikha menyoal. Mustahil dengan rupa yang di miliki suaminya, takde orang yang berkenan …
“Ada juga, tapi … takut diaorang apa-apakan Ija. Lagipun, abang takut dengan peminat-peminat abang tu. Sampaikan tiap-tiap hari bagi abang makanan. Lepas tu, abang dapat tawaran dari syarikat walid. Abang pindah … ” Kata Fawaz.
From there you knew walid?” Soal Zalikha.
No. Abang kenal walid masa di masjid. Selipar walid kena curi. So, abang kasi selipar abang. Then, tiap-tiap hari kami berbual. Sampaikan abang tercakap masalah abang dekat office. Seminggu after that, ada surat offer dari syarikat walid. Abang accept, pergi je lapor diri baru tahu walid bosnya … Terkejut juga abang masa tu. Mana taknya, selalu panggil pak cik je … Tiba-tiba kena address bos … Lepas tu, naik pangkat lagi .. panggil walid pulak …” Fawaz mengerlipkan matanya. Zalikha buat tak tahu je … Angin miang datang lagi le tu …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Home sweet home …” Ucap Ija. Dia telah pun tiba di rumahnya. Sebelum Subuh lagi dia sudah terpacak di rumahnya. Nasib baik, ada motor kapchai ni …Tak sabar nak jumpa papa. Nak surpriselah kononnya …
“Harap-harap papa terima cadangan aku …” Ija berbica sendirian sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
   Setelah pintu di kunci semula, dia menapak ke atas ke biliknya.Tubuhnya di baringkan sementara menunggu azan berkumandang. Sempat dia berangan-angan untuk memiliki ibu. Dia akan mengutarakan pendapatnya kepada papanya nanti. Dia mahu papanya menyunting ibu Hidayah sebagai ibu buatnya. Lagipun, Aunty Min telah di anggap seperti ibunya sendiri. Dia yakin papanya akan setuju …
   Usai solat Subuh, Ija turun ke dapur. Misi pertama di lancarkan. Dia menyediakan sarapan pagi khas buat papanya. Ija tersenyum sambil bernyanyi-nyanyi kecil di dapur. Niat di hatinya pasti termakbul. Pagi ini, dia akan sediakan roti bakar kegemaran papanya. Mudah-mudahan hati papanya lembut …
“Ehh … dah pukul 8 ni … Kenapa papa tak turun lagi? Maybe papa letih kot ..” Desis hati Ija. Selalunya, seawal jam 7 pagi lagi papanya akan bangun bersenam.
“Jom, surprisekan papa. Here we goBreakfast on the bed …” Omel Ija sendirian. Sarapan yang di hidangkan di atas meja di susunnya ke dalam dulang.
   Setelah selesai, Ija menatang dulang ke tingkat atas. Dia mendaki anak tangga dengan berhati-hati. Maklumlah, dulang sarat dengan sarapan untuk mereka berdua. Sampai sahaja di depan muka pintu bilik papanya, dia memulas tombol pintu dengan berhati-hati. Takut papanya tersedar … Ija tersenyum apabila terpandang susuk tubuh papanya yang masih enak di ulit mimpi. Kakinya melangkah lebih dekat, dulang di letakkan di atas meja kecil. Kemudian, dia menapak ke birai katil. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat susuk tubuh seorang wanita yang di peluk papanya …
“Allah …” Hanya itu terkeluar dari bibirnya. Tak di sangka papanya bersikap begini? Kenapa tak nikah saja? Kenapa berbuat maksiat begini? Tidak takutkah papanya dengan hukum Allah? Bertubi-tubi soalan menyesak fikirannya. Ija menguatkan diri untuk bersuara.
“Papa !!!” Akhirnya terpacul juga perkataan tersebut. Tubuhnya masih tegak berdiri memandang kedua-dua insan tersebut.
“Ija …” Fawaz terkejut dengan jeritan anaknya itu. Dia bingkas duduk sambil bersandar di kepala katil. Matanya di pisat berkali-kali. Zalikha turut terjaga dek jeritan tersebut.
“Papa apa ni? Papa sedar tak apa yang papa buat?” Soal Ija. Dia menahan marahnya supaya nada suaranya tidak terlalu tinggi. Apa-apa pun lelaki di depannya ini bapanya, seseorang yang harus dia hormati.
“Papa buat apa?” Fawaz menyoal kembali dengan fikiran yang masih mamai. Dia menahan kuap. Masih mengantuk …
“Siapa dia?” Ija bertanya lagi. Jarinya di tudingkan kepada Zalikha.
My lovely …” Kata Fawaz di pintas Ija.
“Kekasih papa? Atau perempuan simpanan papa?” Ija bersuara. Dia menapak pula ke arah Zalikha yang masih tidak berganjak dari sisi Fawaz. Geram melihat sikap slumber Zalikha seperti orang yang tidak bersalah.
Excuse me … Siapa perempuan simpanan?” Zalikha menyoal dengan garang. Panas telinganya mendengar perkataan tersebut.
“Kau lah. Siapa lagi perempuan dekat sini? Hanya kau dan aku. Tentu-tentunya kau …” Sindir Ija. Meluat dengan reaksi perempuan di sebelah papanya itu. Boleh pulak buat muka tebal …
“Abang !! You never tell her, do you?” Zalikha bertanya. Fawaz menggeleng. Zalikha membulatkan matanya.
You better tell her the truth. Or else, apa yang Za cakap yesterday betul-betul terjadi?” Kemudian, dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Geram … Boleh pulak suaminya rahsiakan perkahwinan mereka dari pengetahuan anak tirinya itu. Patutlah, bila tanya je Fawaz asyik mengelak.
“Sayang … jangan tinggalkan abang.” Fawaz bersuara. Dia takut kehilangan isterinya. Sudahlah, baru-baru ini saja isterinya menunjukkan reaksi positif terhadap penerimaan dirinya. Dia tak mahu Zalikha kembali dingin dengannya. Susah untuk mendekati hati isterinya itu, walaupun mereka telah berkahwin 3 bulan yang lalu.
“Baguslah, kalau kau sedar diri nak berambus dari sini. Menyemak je …” Sindir Ija.
“Ija !!!” Suara Fawaz meninggi. Dia memandang anaknya, tajam.
“Sebab perempuan tu, papa marahkan Ija?” Ija memandang papanya. Fawaz bingkas bangun. Tangan Ija di genggamnya.
“Ija, my princess. Tolong hormat orang yang lebih tua dari Ija. Papa nak Ija hormatkan dia. Dia wajib di hormati. Papa sayang dia. Faham?” Soal Fawaz. Ija menggeleng. Pautan pada tangannya di leraikan.
“Tak mungkin. Papa nak suruh Ija hormatkan dia? After apa yang papa buat dengan dia? No.” Ija menggelengkan kepalanya lagi. Fawaz mengeluh.
“Ija … dalam hati papa sekarang ada dia dan Ija. Papa pohon kerjasama Ija. Papa nak Ija terima dia. Dia isteri papa, mama baru Ija.” Terang Fawaz.
She what?” Terkejut Ija dengan ayat yang terbit dari mulut papanya itu.
“Dia isteri papa. Panggil dia mama.” Jawab Fawaz.
“Papa bohong. Papa tak boleh kahwin tanpa persetujuan Ija. Ija tak suka orang yang bukan-bukan jadi mama Ija. Ija nak Aunty Min jadi mama Ija, bukan pompuan tu …” Ija bersuara. Sungguh dia malu beribu tirikan perempuan tadi. Sudahlah, muda macam kakak-kakak aje … Malulah dia dengan Day, nanti …
Do address her, mama. Papa nak Ija terima isteri papa.” Tegas Fawaz.
No. Papa dah hilang akal ke? Papa cermin tak, diri papa? Papa sedar tak dia macam anak papa? Kenapa tak kahwin je dengan budak 16 tahun?” Tinggi nada suara Ija. Kemarahannya tidak dapat di bendung lagi. Entah siapa-siapa yang papanya jadikan isteri …
“Ija !!!” Fawaz juga hilang sabar. Secara spontan tangannya di angkat tinggi. Zalikha yang baru keluar dari bilik air sempat menghalang tindakan suaminya itu. Kalau dia terlambat sudah pasti berbekas pipi kanan anak tirinya itu.
“ Abang !! Bukan ini caranya. Let me talk to her. Abang pergi mandi. Ija, pergi tenangkan fikiran dulu. Dalam setengah jam lagi, we discuss.” Arah Zalikha. Ija yang masih tergamam dengan tindakan papanya hanya menurut. Dia melangkah keluar dari kamar papanya. Fawaz pula meraup wajahnya. Tidak di jangka dia akan bertindak demikian. Nasib baik, isterinya sempat menghalang.
“Za …” Panggil Fawaz. Jari-jemari isterinya di elus.
“Pergi mandi. We will solve this together.” Kata Zalikha. Dia tersenyum.
Thanks …” Ucap Fawaz. Tubuh Zalikha di bawa ke dalam dakapannya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Setuju?” Soal Ija. Zalikha menggeleng.
“Aku tak boleh minta cerai dengan papa kau. Aku dah janji dengan walid aku. Pasal syarat tak tinggal di rumah ni aku boleh terima, but not this …” Kata Zalikha. Jarinya menuding syarat ke lima di dalam kertas hasil tulisan tangan Ija.
“Kenapa? Kau nak kikis duit papa aku ke? Setakat 10 ribu, aku boleh kasi kau.” Pancing Ija. Akaun banknya ada 50 ribu. Asalkan perempuan ni tak menempel dengan papanya lagi …
“Aku tak nak duit kau. Aku pun ada duit sendiri. But … kalau kau nak aku pergi dari hidup papa kau. Kau usahalah sendiri. Lagi satu, aku pun ada syaratnya ...” Tutur Zalikha.
“Apa syaratnya?” Ija menyoal.
I’m not staying in this house but you have to stay with me.” Zalikha berkata. Di dalam kepalanya sudah sarat dengan rencananya sendiri.
“Tinggal dengan kau? Kau ada rumah ke?” Ija ketawa kecil, lebih kepada menyindir.
“Setuju ke tidak?” Soal Zalikha. Malas nak bertegang urat dengan budak bawah umur ni. Dengan dia sekali tidak betul jadinya …
“Ok, aku setuju. Lebih baik, kau sediakan lombong baru kau. Sebab aku akan pastikan papa tinggalkan kau.” Kata Ija dengan yakinnya.
We’ll see …” Zalikha menghulurkan tangan. Ija buat derk je …
++++++++++++++++++++++++++
“Apa yang sayang jampi, sampai Ija ceria semacam je?” Soal Fawaz.
“Takdenya jampi-jampi. Za cuma layankan je perangai anak dara abang tu …” Jawab Zalikha.
“Amboi !! Dengan Ija nak je melayan. Habis abang ni … Tunggu punya tunggu tak layan-layan juga …” Usik Fawaz. Zalikha menjeling suaminya. Miang …
Pack your bag. We gonna stay with walid.” Kata Zalikha.
But why? Ija macam mana? Abang tak boleh tinggalkan Ija sorang-sorang? Dia tanggungjawab abang? Darah daging abang …” Fawaz bersuara.
She’s gonna stay with us too.” Zalikha menjawab.
Wait … Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?” Soal Fawaz. Dia kenal siapa Ija, tak mungkin anak daranya itu akan akur dengan keputusan orang lain. Melainkan Ija dapat imbuhan, pasti ada sesuatu yang menarik minat Ija. Fawaz duduk di birai katil. Zalikha pula sibuk memasukkan bajunya ke dalam bagasi.
“Hemm … Abang pergi kunci pintu dulu. Pack your things. Lepas tu, Za ceritakan. Anak dara abang tu, penuh dengan pelan untuk abang. She wants you to marry her bestfriend’s mother.” Bicara Zalikha sambil tersenyum.
She what?” Terkejut Fawaz di buatnya. Dia tak salah dengar ke?
Packed your things first, Mr Hubby. Then, Za ceritakan …” Zalikha menarik tangan Fawaz ke almari pakaian. Fawaz terpaksa. Bagasi di keluarkan, kemudian pakaian di masukkan ke dalam beg tersebut.
++++++++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum … umi.” Ucap Zalikha. Fawaz di sisinya turut bersalaman dengan ibu mertuanya itu.
“Waalaikumusalam …” Puan Sri Junaida menjawab. Anak dan menantunya di sambut dengan senyuman manis.
“Baru sehari tinggal sana, dah nak balik? Maaflah, Fawaz anak umi ni manja sikit. Susahkan Fawaz je …” Kata Puan Sri Junaida.
“Takpe umi …” Jawab Fawaz. Zalikha telah menapak ke dalam rumah. Fawaz di tinggalkan di muka pintu. Biarlah uminya melayan …
“Jemput masuk Fawaz. Anaknya mana? Umi teringin nak jumpa dengan cucu umi tu …” Soal Puan Sri Junaida.
“Tertidur tadi … Kejap Fawaz kejutkan.” Fawaz bersuara.
“Pergilah kejutkan. Nanti, pergi laman belakang. Umi dah sediakan minum petang. Beg ni, biar Rahman yang angkat.” Pesan Puan Sri Junaida. Fawaz mengangguk.
++++++++++++++++++++++++++++++
Hello, Day … Aku nak cakap something dengan kau?” Kata Ija di talian.
“Apa? Papa kau setuju ke?” Jawab Hidayah dengan teruja. Seronok nak dapat papa …
“Bukanlah … Pasal tu, kita kena plan lain. Sekarang, aku ada berita gempak.” Ija bersuara.
“Apa?” Soal Hidayah.
“Papa aku dah kahwin dengan orang muda. Aku rasa mak tiri aku tu, muda sikit dari kita je. Macam kakak-kakak …Tapi aku rasa …”
“Hah !! Dah kahwin. Kau biar betul? Aku tak percaya …” Hidayah berkata. Mustahil …
“Kau boleh tak jangan menyampuk bila aku cakap.” Marah Ija.
Sorry, kawan. Sambunglah …” Tutur Hidayah. Buku di tangan di tutupnya. Dia mahu memberi tumpuan kepada cerita yang ingin di sampaikan sahabatnya itu.
“Papa aku kahwin dengan mama muda. Aku ingat papa main rembat mana-mana perempuan je, asalkan cantik. Tak sangka pula mama baru aku ni, anak orang kaya. Rumah bukan main besar, siap ada taman mini. Swimming pool pun ada. Terbeliak biji mata aku ni masa first tengok. Patutlah aku offer duit suruh dia tinggalkan papa aku, dia tak nak? Tapi .. aku musykillah … How, papa aku boleh nikah dengan anak Tan Sri ni ... Aku rasa ada something wrong? Kau rasa?” Cerita Ija. Hidayah hanya mendengar di talian.
OMG !! Anak Tan Sri ? Ija aku rasa, papa kau kena perangkap kot … Kau ingat tak drama minggu lepas yang kita tengok? Dato tu, upah driver dia suruh nikah dengan anaknya sebab anak perempuan Dato tu dah mengandung. Kiranya, driver tu jadi …”
“Pak sanggup !!!” Terjerit mereka berdua. Ija dan Hidayah bergabung suara.
“Kita kena selamatkan papa aku … Day, kau kena tolong aku.” Ujar Ija. Resah memikirkan situasi rekaan mereka itu. Itulah, filem ada klasifikasi … Takut budak-budak terpengaruh … Tapi … Ija dan Day kategori kanak-kanak ke?
I’m with you. First, kau kena siasat mengandung ke tidak mama baru kau tu? Second, cuba siasat papa kau. Pandai-pandailah soal papa kau. Kalau dia terperangkap, dia akan cerita dengan kau.” Hidayah berkata.
“Maksud kau?”
“Papa kau tahulah … Dia kan pernah kahwin …” Bicara Hidayah lagi. Malu nak terangkan lebih lanjut. Harap-harap Ija faham apa yang ingin di sampaikannya.
“Ada kena mengena dengan revision last week ke?” Soal Ija untuk memastikan apa yang di fahaminya.
Yup. Last week Bio punya chapter. Masa satu kelas tanya and Cikgu Shanti jawab dengan details. Siap tunjukkan kita which part dot dot dot tu …” Kata Hidayah lagi.
“Sudahlah, takut aku …” Tutur Ija. Kepalanya di geleng-gelengkan. Masih terbayang penerangan cikgu mereka itu. Tapi untung bila ada cikgu perempuan yang mengajar sekolah perempuan je … Tambah-tambah lagi cikgu biologi, bolehlah terangkan panjang lebar …
“Ok, bakal adik tak jadi. Mulakan lah soal siasat kau.” Hidayah berkata.
“Jangan letak lagi. Pasal tu, aku akan pastikan ibu kau jadi mama aku. Aku nak kita plan baru punya strategi.”
“ Kau nak ibu aku jadi madu ke? No way. Aku tak benarkan.” Hidayah membantah.
“ Bukanlah … kita keluarkan mama baru aku tu. Lagipun, dia muda sangat nak jadi mama aku. Lainlah, Aunty Min. Sesuai dengan papa aku. So, kita mesti buat strategi baru macam mana nak dekat papa aku dengan ibu kau …” Ija memberi cadangan.
It’s up to you bakal adik … Aku letak dulu, mengantuk … Adios ..” Ucap Hidayah sebelum mematikan talian.
++++++++++++++++++++++++++++++++
“Za, betul ke apa yang kita buat sekarang? Bukan ke sepatutnya kita halang niat Ija ?” Soal Fawaz. Bingung dengan kehendak isterinya. Macam suka je, kalau aku tinggalkan dia …
“Cik Abang … yakinlah dengan diri sendiri.” Kata Zalikha. Semalam dia telah mencerita kepada suaminya tentang perjanjian yang Ija buat.
“Tapi …”
“Tapi apa? Abang ada hati dengan Aunty Min ke? Atau abang menyesal sebab terkahwin dengan Za?” Zalikha menyoal. Itupun, setelah suaminya mempamerkan riak wajah yang serba salah.
“Mana ada. Min tu, bukan taste abang. Lagipun, she’s too independent. I do likes ladies yang perlukan pertolongan lelaki. Yang buatkan abang rasa berguna, yang ingatkan abang ada tanggungjawab. Buatkan abang rasa ‘She need me, I must be with her’ Faham, sayang?” Fawaz meraih tangan Zalikha. Telapak tangan Zalikha di letakkan di dada kirinya.
You’re always in here. Jangan pernah bandingkan sayang dengan sesiapa pun.” Kata Fawaz lagi. Zalikha menarik nafas. Terasa getaran di dada suaminya itu. Pandangannya di tundukkan. Dia malu mahu menatap anak mata Fawaz.
Not even Ija? Her mother ?” Soal Zalikha. Fawaz tersenyum. Dia faham perasaan isterinya ini, masih ragu-ragu dengan dirinya.
“Sayang … Ija anak abang. Sayang abang pada Ija tak sama dengan sayang abang pada Za. Farhana pula masa lalu abang. Memori abang dengan Farhana dah lama abang kunci. Now, let me love you. Trust me …” Bicara Fawaz. Jari jemari Zalikha di kucupnya. Spontan Zalikha mendongak. Pandangan mata mereka bersatu. Sinar mata Fawaz menggambarkan ketulusan cintanya.
Promise me, you won’t leave me. No matter what happen, be with me …” Tutur Zalikha.
I do, sayang …” Jawab Fawaz. Tubuh isterinya di bawa ke dalam dakapan. Zalikha kaku. Dia tidak tahu apa yang harus di lakukannya saat itu. Akhirnya, Zalikha mengikut kata hatinya. Dia membalas pelukan tersebut. Fawaz tersenyum. Dahi isterinya di kucup lama, menzahirkan perasaannya.
++++++++++++++++++++++++++++++
“Siapa hantar kau?” Soal Hidayah.
Driver jidah aku. Kak Nur.” Jawab Ija. Mereka melangkah ke kelas setelah melepasi pintu pagar sekolah.
“Kasilah, aku tengok gambar mama baru kau.” Hidayah teruja. Sebabnya Ija ada cakap semalam mama barunya cantik …
“Nantilah, aku tunjukkan. Takde mood aku nak bercerita dengan kau. Menyampah aku tengok dia menempel dengan papa aku. Papa aku pun satu, macam tak pernah bercinta je … Padahal, dulu bercinta dengan mama aku dari zaman sekolah kot …” Kata Ija. Menyampah bila papanya makan bersuap dengan mama barunya. Bersayang-sayang lagi …
“Kau jeles, ekh … Ke, kau nampak yang tak sepatutnya?” Hidayah bertanya siap tersengih lagi. Dah serupa kerang busuk …
“Sudahlah kau. Aku tengah makan hati ni …”Jawab Ija. Fikirannya serabut dengan idea-idea untuk pisahkan papanya dan mama baru. Idea sudah ada cuma strateginya belum di atur. Dalam hal ini dia perlukan sahabatnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ija, nenek nak pergi spa. Jom, temankan nenek …” Pelawa Puan Sri Junaida. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya.
“Tapi … nek, Ija tak siap lagi.” Kata Ija. Padahal, malas nak ikut sebabnya tak pernah dia jejakkan kakinya ke tempat sebegitu.
“Takpe, pakai begitu pun dah cukup. Dekat je tempatnya. Lagipun kita pergi nak tenangkan fikiran, segarkan badan. Biar badan kamu rasa bertenaga, barulah senang nak belajar …” Kata Puan Sri Junaida lagi.
“Sekejap nek, Ija pakai tudung.” Jawab Ija. Dia terpaksa menemani nenek segeranya. Tak sampai hati pula nak hampakan Puan Sri Junaida.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ehh … kau pakai mekap, ekh?” Soal Hidayah apabila penampilan rakannya agak berbeza.
“Kau pun kenal aku. Mana ada aku pakai benda alah tu …” Jawab Ija. Dia duduk di kerusinya.
“Habis … muka kau nampak berseri je …” Hidayah menyoal lagi.
“Aku kena paksa pergi spa. Nenek aku ajak …”
“Wow !! Nenek kau pergi spa? Untunglah kau …” Kata Hidayah.
“Untung apanya? Malu adalah. Kau tahu, kakak spa tu cakap kulit aku penuh daki. Aku mandi tiap-tiap hari aku gosok tahu? Dia panggil 2 orang pekerja dia sental aku. Mula-mula aku nak protes juga tapi aku terfikir juga nanti jatuhlah air muka nenek. Aku tebalkan muka jelah. Dekat sejam aku berendam, kau pun tahu aku paling lama mandi pun 15 minit. Ini sejam, habis kecut kulit aku. Yang paling sakit hati, mama baru aku tu kenakan aku. Kau tahu apa?” Soal Ija.
“Apa?” Soal Hidayah kembali.
“Mama baru aku, suruh diaorang waxing kaki aku. Apa lagi menjerit dalam hatilah jawabnya… Lepas tu, boleh dia sengih dekat aku. Geram kau tahu ... Rasa nak je .. aku sapu wax tu kat rambut coklat perang dia. Then, aku tarik sampai botak. Baru dia tahu sakitnya macam mana …” Cerita Ija. Hidayah tertawa. Tetapi suaranya masih di kawal.
“Macam mana mama baru kau boleh ada kat situ? Bukan dia kerja sepejabat dengan papa kau ke?” Soal Hidayah. Dia menahan tawanya yang masih berbaki.
“Hari Sabtu kan half day?” Jawab Ija. Dia menampar peha Hidayah.
So, berkesan tak waxing tu? Dah hilanglah, bulu kaki kau yang lebat tu …” Hidayah berseloroh. Ija mendengus. Geram …
“Memanglah hilang. Tapi azab kau tahu?” Kata Ija. Kainnya di angkat sedikit mempamerkan betisnya yang licin.
“Ehh … takde merah-merah pun?” Soal Hidayah. Pertama kali buat memang kulit akan memerah sedikit. Tapi ok je kaki sahabatnya ini …
“Mula-mula merah. Lepas tu, mama baru aku tu sapu lotion apa entah?” Ija berbicara. Buku teks sejarah di bukanya.
“Mama baru kau? Dia yang sapu?” Soal Hidayah lagi. Ija mengangguk. Fikirannya, terbayangkan situasi malam itu. Papa dan mama barunya datang ke biliknya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Papa dengar orang tu dapat layanan first class dekat spa, tadi?” Fawaz memulakan bicara. Dia duduk di birai katil puterinya.
First class apa? Sakit adalah …” Ija memeluk dirinya. Kononnya, protes dengan aktiviti petang tadi. Zalikha tersenyum manis.
“Senyum-senyum … Seronoklah, dapat kenakan aku …” Desis hati Ija. Dia menjeling Zalikha.
“Kesiannya, princess papa. Meh, papa tengok …” Ujar Fawaz. Ija pula sengaja mengada-ngada dengan papanya. Kaki seluarnya di singkap ke atas.
“Papa sayang aku lebihlah … Kau jangan perasan …” Hati Ija berbicara lagi. Fawaz membelek betis puterinya ini.
“Sikit je … Meh, papa sapukan ubat.” Kata Fawaz. Di gamitnya Zalikha supaya isterinya itu mendekati mereka berdua. Zalikha mendekat. Lotion di tangannya di hulurkan kepada Fawaz.
“Sakitlah papa …” Rengek Ija. Sengaja dia berbuat demikian untuk menyakitkan hati Zalikha.
How to use this? Sayang … help me, please …” Pinta Fawaz. Kaki Ija di tarik ke ribanya.
“Macam ni …” Tutur Zalikha. Dia menyemburkan sejenis cecair ke betis anak tirinya. Selepas itu, dia menuang sedikit krim ke betis Ija. Betis kanan Ija di sapukan krim tersebut. Fawaz pula sibuk memerhatikan cara isterinya sambil berbuat yang sama pada betis kiri Ija. Tergamam Ija. Mahu menolak pun serba salah. Sebab papanya ada di situ …
“Ok, dah siap. Ija jangan risau, lepas ni baiklah. Mama cakap lotion ni berkesan …” Kata Fawaz dengan senyuman. Mestilah senyum sebab isterinya caring dengan Ija …
“Abang …” Zalikha bersuara. Mengisyaratkan supaya suaminya tidak terlupa tujuan asal mereka ke situ.
“Hah … papa lupa pulak? Esok pagi pukul 8, kita nak pergi picnic. Papa nak Ija ikut sekali. Bawa baju mandi. Kita nak mandi air terjun. Tudung ekstra jangan lupa.” Pesan Fawaz.
“Tapi, papa …” Ija berkata.
You have too. Family mama gathering di sana. Papa nak Ija berkenalan dengan mereka.” Tutur Fawaz lagi. Dia bingkas bangun apabila Zalikha menarik tangannya. Jam dinding di bilik Ija di lihatnya. Dah pukul 10 malam …
Don’t worry, you won’t regret … It’s gonna be fun.” Zalikha bersuara.
“Sayang … jom. Dah lewat ni …” Fawaz berbicara. Pinggang isterinya di paut dari sisi.
“Papa …” Ija bersuara. Kalau boleh, dia taknak ikut …
“Wajib, Ija. I wanna see you 7.30 sharp. Sarapan dulu. Then, kita bertolak.” Fawaz mengeluarkan arahan. Dia tahu Ija seorang yang degil tetapi anaknya itu masih mematuhi arahannya. Ija mencebik.
“Baik, papa …” Ucap Ija. Terpaksa …
++++++++++++++++++++++++++++++
“Woi !! Kau dah sampai mana?” Soal Hidayah. Bahu Ija di tolak perlahan.
“Astagfirullah … Terkejut aku.” Kata Ija.
“Kau tu yang berangan …” Hidayah mula membuka bukunya.
“Day, petang ni ikut aku balik rumah mama baru aku. Bolehlah, kau tengok mama baru aku tu…” Pelawa Ija.
“Betul ni?” Hidayah bertanya. Bibirnya mengukirkan senyuman manis. Ija mengangguk. Kemudian, mereka berdiam diri sebabnya cikgu dah melangkah masuk ke kelas mereka.
+++++++++++++++++++++++++++++
“Hai, Fawaz. You pun dinner di sini? Ni, mesti adik you yang baru balik dari Mesir tu. Ija ada cakap dengan I, maksunya tinggal serumah. Adik you ni nama apa?” Soal Jasmine. Kebetulan, dia ternampak kelibat Fawaz di restoren tersebut.
“Nama saya, Zalikha. Akak ?” Zalikha bersuara apabila Fawaz masih kelu tanpa bicara.
“Panggil akak, Kak Min je …” Tutur Jasmine sambil menghulurkan tangan.
“Mak aii … rambut karat, bergaya, seksi lagi … Kenapa abang tak suka? Putus fius ke laki aku ni? Aku yang perempuan tengok pun terjojol biji mata, inikan pula abang? Takkan tak rasa apa-apa …” Desis hati Zalikha. Tangan di hulurkan untuk bersalaman.
“Duduklah dulu, Kak Min …” Pelawa Zalikha. Jasmine tersenyum. Kemudian, dia menarik kerusi di sebelah Fawaz sebelum berlabuh. Zalikha tersenyum, lebih kepada mengusik suaminya. Fawaz pula menjegilkan matanya.
Join kitaorang makan.” Pelawa Fawaz. Jasmine membetulkan rambutnya, diselak rambutnya ke sebelah kirinya. Maka, terserlahlah lehernya di sebelah kanan untuk tatapan Fawaz. Zalikha sembunyi senyum. Pertama kali dia melihat cara seorang wanita memancing lelaki secara live. Selalu tengok dalam tv je … Wajah Fawaz turut di perhatikannya, manalah tahu suaminya tertarik ke …
“I dah makan, tadi. Lain kalilah … I sebenarnya baru nak call you, kebetulan pula terserempak dengan you di sini.” Kata Jasmine.
“Kenapa?” Soal Fawaz. Zalikha hanya memerhati mereka berdua. Air tembikai di sedutnya.
“Pasal anak-anaklah … I nak minta tolong you jemput Day sekali esok, boleh? I ada event nak uruskan di Kedah.” Bicara Jasmine. Telefon bimbitnya bercahaya. Ada mesej masuk …
“Boleh. Takde masalah …” Kata Fawaz. Sudah biasa sejak dulu lagi. Maklumlah, mereka pernah jadi parent tunggal dulu.
“ Terima kasih. Ok, I pergi dulu. Diaorang dah mesej … Nice to meet you, Zalikha …” Ucap Jasmine. Dia bingkas bangun. Zalikha hanya tersenyum sambil melambai apabila Jasmine memulakan langkah.
“Cantik kan, Kak Min tu?” Tutur Zalikha. Fawaz membulatkan matanya. Nak menyakat oranglah tu …
“Ni nak uji abang ke?” Soal Fawaz. Hidung Zalikha di tariknya. Zalikha menepis.
“Mana ada? Kenapa abang tak terima Kak Min?” Zalikha bertanya.
“Sebab abang tak rasa tertarik.” Jawab Fawaz.
“Tertarik yang bagaimana, Encik Fawaz? Boleh, terangkan?” Zalikha tersenyum.
“Macam magnet. Like you do to me. Setiap kali sayang lalu, abang dapat rasa yang sayang near me. Bila abang pandang je, you are there. Kita macam kutub utara and kutub selatan. Bila sayang dekat je, abang boleh rasa getarannya. Sampai satu hari walid perasan. Then, walid tanya abang. Abang terus terang ajelah, yang abang suka kan sayang …” Jelas Fawaz.
“Habis, hari tu masa konvo Za abang dengan walid dah planned ke?” Zalikha bertanya lagi. Fawaz mengangguk.
Well planned, isn’t it? Za paling untung, dapat 2 in 1. Mula-mula dapat ijazah. Then, suami yang kacak.” Fawaz berkata dengan senyuman. Zalikha menjuihkan bibirnya. Perasan …
“Sudahlah, angkat bakul sendiri … Abang, Za nak singgah mall sekejap. Nak beli barang …”
“Ok. Tapi jangan tawaf satu mall tu pulak? Letih, nanti …” Kata Fawaz.
“Bagus apa? Bolehlah tidur nyenyak …” Jawab Zalikha.
No … Jangan nak mengelak. Za hutang abang … Jangan buat-buat lupa pulak? Ke nak abang ingatkan?” Fawaz tersenyum nakal. Keningnya di naikkan. Zalikha menampar bahu Fawaz. Yang tu ingat je … Fawaz tertawa kecil. Zalikha menjeling.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Kita singgah minum petang dulu, ye?” Kata Fawaz. Cermin pandang belakang di kerlingnya. Zalikha di sebelahnya sibuk bermain telefon. Samalah dengan Ija dan Hidayah. Mungkin trend anak muda zaman sekarang …
“Hemm … Papa singgah La Dèlicieux. Ija nak makan kek.” Jawab Ija. Fawaz memberhentikan kereta bila lampu isyarat bertukar merah.
“Abang … cantik tak ni? Za beli, boleh?” Soal Zalikha. Fawaz menoleh, gambar di Ipad isterinya di lihat. Cantik jubah itu. Dia tahu isterinya gemar online shopping
“Ikut figure ke, tak?” Tanya Fawaz. Raut wajah isterinya yang jelita di renungnya. Maklumlah, isterinya ini punyai darah kacukan Arab …
“Tak.” Jawab Zalikha.
“Belilah. Gambar nombor 5 tu, kalau beli 3 pasang lagi abang suka.” Fawaz menunjukkan 3 pasang baju tidur yang berwarna lembut itu dengan senyuman. Zalikha mencubit lengan suaminya.
“Miang …” Zalikha bersuara. Perhatian Ija dan Hidayah beralih. Mereka memandang situasi yang berada di depan mereka.
Honeymoon, jom.” Fawaz berbicara. Wajah isterinya di elus lembut. Fawaz mendekatkan wajahnya dengan Zalikha. Mereka terbuai dek perasaan masing-masing. Bibir isterinya di usap, dia ingin mengucup bibir pink tersebut. Ija berdehem. Kalut Fawaz di buatnya. Sungguh, dia terlupa akan kehadiran budak under age di belakang.
“Day, ok tak La Dèlicieux?” Soal Fawaz. Padahal, nak menutup malunya tadi. Wajah isterinya di pandang. Oii .. merah. Macam manalah boleh terbabas ni …
“ Ok, uncle.” Jawab Hidayah.
+++++++++++++++++++++++++++++
“Sayang … nak pergi mana?” Fawaz bertanya. Zalikha menoleh, wajah suaminya di pandang.
“Tak pergi mana pun. Kan kita tengah tengok movie ni …” Jawab Zalikha.
“Bukan. Abang maksudkan pasal petang tadi? About our honeymoon …” Kata Fawaz. Volume tv di perlahankan.
“Korea. Za tak pernah ke situ lagi. Abang dah pernah, kan?” Soal Zalikha. Fawaz mengangguk.
“Bila nak pergi?” Soal Fawaz. Bahu isterinya di peluk, supaya jarak mereka semakin rapat.
Up to you.” Jawab Zalikha. Dia bersandar pada dada suaminya. Fawaz tunduk mencium ubun-ubun Zalikha. Tangannya beralih ke pinggang isterinya.
“Minggu depan kita pergi. Tunggu walid pulang dari Qatar dulu, then kita pergi.” Tutur Fawaz. Zalikha mengangguk sambil jari jemari Fawaz di elusnya. Mata masing-masing masih tertancap pada skrin tv.
“Abang … Ija ikut sekali ke?” Zalikha menyoal.
“Sayang … nama pun honeymoon ... Just two of us. Ija nak SPM, kita tinggalkan dengan umi dan walid. Kelas tambahan banyak tu …” Kata Fawaz. Rambut Zalikha di usapnya. Haruman rambut isterinya mendebarkan hatinya. Fawaz mencium pipi kanan isterinya.
“Za nak tengok movie ni …” Zalikha bersuara. Tidak selesa dengan aktiviti si suami. Fawaz tersenyum. Remote tv di capainya.
Record je … Esok, sambung …” Cadang Fawaz. Zalikha memuncungkan bibirnya, dengan pantas Fawaz mengambil kesempatan. Bibir Zalikha di kucupnya, lama.
“Abang !!” Marah Zalikha apabila tautan mereka terlerai.
“Geram, petang tadi tak dapat … Jom …” Kata Fawaz. Tubuh Zalikha di cempungnya sebelum mula menapak ke bilik mereka. Zalikha yang terkejut dengan tindakan suaminya, memaut leher Fawaz. Takut terjatuh … Fawaz pula hanya tersenyum lebar. Zalikha turut tersenyum.
++++++++++++++++++++++++++++++
“Romantik gila, papa kau …” Bisik Hidayah. Sedikit sebanyak mereka terlihat aksi mesra pengantin baru tersebut.
“Romantik ke? Nampak macam miang je …” Ija bersuara. Mug di tangan di letakkan di atas meja. Balang biskut kering di capainya.
“Kau ni … romantiklah tu … Hero angkat heroin … Aku pun teringin nak di angkat juga. Macam gambar korea tu ..” Kata Hidayah. Mug di capainya sebelum menyisip sedikit minuman. Dia duduk di sebelah Ija.
“Kau? Jangan mimpilah … Mahu patah pinggang laki kau nanti. Sedar sikit berat kau berapa?” Sindir Ija. Hidayah mencebik. Tahulah beratnya 60 kg, tapi takdelah nampak gemuk… chubby sikit je, cute apa …
“Nanti nak kahwin, aku dietlah …” Hidayah bersuara. Ija tersenyum.
“Mama aku tu, berat dia 45 kg je. Cuba kau kira berapa kg kau perlu turunkan?” Ija menyoal.
“Kau ni, tak mengutuk aku tak sahkan? Apasal hero Hindustan boleh je angkat heroin gedabak lagi dari aku?” Soal Hidayah kembali. Ija menggeleng kepala.
“Cik Day … Hero Hindustan minum susu lembu fresh, pagi-pagi dah pergi angkut gandum berpuluh kilo. Hero kita dari pagi sampai malam asyik main video games je … Pinggan sebiji pun malas nak basuh …” Jelas Ija.
“Tapi …”
“Aku belum habis cakap … Kecuali abang-abang sado … Yang stok-stok Aaron Aziz, Zul Arifin …” Kata Ija lagi. Bibir tersenyum lebar, terkenangkan wajah hero pujaannya.
“Beranganlah tu … Aku tak suka ketul-ketul. Aku suka yang macam Kapten Jack je ..” Hidayah bersuara.
“Kalau begitu … beranganlah kau sorang-sorang. Takdenya sapa nak angkat …” Perli Ija dengan tawa kecil. Mug dan sepiring biskut di bawanya ke atas. Hidayah membawa mugnya sebelum mengekori langkah Ija.
+++++++++++++++++++++++++++++
“Ija … makan dulu.” Pelawa Zalikha.
No. I’m not hungry.” Kata Ija. Sejak kejadian, dia di marahi papanya. Dia melancarkan mogok. Sedih, papanya telah sisihkan dia …
You have too. Mama nak cakap sikit.”
“Pasal apa?” Soal Ija. Zalikha menarik kerusi di sebelahnya.
About us. You, me and papa.” Tutur Zalikha. Ija menapak ke meja makan. Dia akur, dia duduk bertentangan dengan mama tirinya.
“Aku rasa … aku takde masalah. Masalahnya, sekarang … Kau !! Kau, faham?” Ija berkata sambil menuding jari. Zalikha tersenyum.
“Tak. Mama tak faham. Apa masalah Ija? Sedarlah, sekarang Ija kongsi papa dengan mama. Mama sebahagian dari hidup Ija sekarang. Mama nak kita hidup macam family lain, happy together …” Bicara Zalikha, tenang. Sejak kebelakangan ini, dia sudah biasa dengan kehadiran anak tirinya itu. Rasa sayang untuk Ija sudah menempel di dalam hatinya. Cuma … Ija belum menerima kehadirannya.
“Kau jangan mimpi nak jadi mama aku. Aku tak sudi. Aku akan pastikan papa tinggalkan kau. So, jangan kau nak berangan jadi mama aku. Aku hanya akan terima, kalau Aunty Min yang jadi mama aku. Clear ?” Soal Ija. Dia tersenyum sinis sambil menapak meninggalkan Zalikha di meja makan. Zalikha mengeluh.
“Degil …” Desis hati Zalikha. Dia tahu, anak tirinya cuba mengoyahkan keyakinannya terhadap perkahwinan ini. Namun, dia bersyukur kerana dia masih mampu bersabar dengan dugaan ini. Tapi … sampai bilakah mereka harus begini? Dia kasihankan Fawaz …
++++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang … pergilah pujuk Ija. Entah makan ke tidak tu ? Lama-lama anak abang tu hilang macam tu je … Dah le kecik orangnya …” Zalikha bersuara. Geram tengok si Fawaz buat derk je dengan situasi yang mereka hadapi kini. Fawaz simpan senyum.
“Ada ke orang boleh hilang kalau tak makan? Kurus, bolehlah. Ini hilang? Tak logik langsung... Otak kartun betul isteri aku ni …” Desis hati Fawaz. Sayang ke, isterinya dengan si Ija? Atau just untuk sedapkan hatinya …
“Biarlah, dia dah besar. Pandai-pandailah dia makan nanti.” Fawaz berkata. Matanya masih tekun mengadap skrin lappy … Zalikha bingkas bangun dari sofa. Diri Fawaz di dekatinya.
“Abang .. Za serius ni …” Tutur Zalikha. Kerusi suaminya di tarik ke belakang. Kini, Fawaz menghadapnya.
“Lepas apa dia buat, sayang nak abang pergi pujuk dia? No. Abang papa dia, dia yang sepatutnya datang minta maaf dengan abang dengan sayang. But she don’t, do her?” Soal Fawaz. Geram, bila terfikirkan kejadian tempoh hari. Sanggup anaknya sendiri memerangkap dirinya dan Jasmine. Dalam rumah pulak tu … Kononnya, ada ular masuk rumah …
   Sampai je rumah Jasmine, bukan ular tapi kucing Parsi yang tunggu. Seksi nak mampus … Dengan dress jarang sampai nampak baju adik dan kakak di dalam. Cepat-cepat dirinya keluar semula tapi tak sempat, sampai muka pintu je .. Ija dan Zalikha muncul. Apa lagi, Zalikha pun tarik muka lah … Mahu berhari juga nak memujuk. A few days after that, baru dia tahu semua ni rancangan si anak. Ija terkantoi bersembang dalam telefon dengan si Day… Itu yang lancar perang psikologi ni …
“Abang … Ija tu remaja. Biasalah, kalau dia memberontak. She just feels threatened because of me. Sebab perhatian abang no longer just for her. Abang patut tahu, kita dah pernah lalui zaman ni ..” Bicara Zalikha. Dia duduk di riba Fawaz, pipi suaminya di pegang. Berharap agar Fawaz melunturkan sedikit egonya.
“Tapi …”
No, tapi-tapi … Sampai bila nak membisu? Kesian Ija. Nanti dia ingat papanya dah tak sayangkannya. Za nak abang pergi pujuk puteri abang tu. Forgive her, please …” Pinta Zalikha. Hidung suaminya di cuit, manja.
“Esok, abang pujuk. Sekarang, abang …” Sengaja Fawaz melewatkan ucapannya. Pinggang isterinya di paut, kening di jongketkan.
What?” Soal Zalikha. Bahu suaminya di pegangnya, supaya kedudukannya stabil.
“Tak tahu ke? Buat-buat tak tahu?” Fawaz bertanya dengan senyuman lebar. Zalikha membulatkan matanya bila dia sudah dapat meneka maksud suaminya itu.
No. Za tak nak, letihlah …” Zalikha berkata. Fawaz mengeluh. Ingatkan dapat bermanja hari ni, tapi hampeh …
“Letih semedang. Padahal, bukan buat apa pun …” Bebel Fawaz. Hilang moodnya nak beromantika. Bibirnya di muncungkan. Zalikha tersenyum. Rambut suaminya di usap.
“Amboi ! Membebel … Za bukan sengaja nak letih, tapi Za memang letih. Sebab kawan abanglah…” Kata Zalikha. Telapak tangan Fawaz di bawa ke perutnya.
“Kawan? Kenapa pula …” Fawaz berhenti berbicara apabila dia dapat membaca maksud isterinya itu. Isyarat mata di hantar. Zalikha tersenyum sambil mengangguk.
“Betul ni ?” Soal Fawaz dengan senyuman di bibir.
“Hemm …” Zalikha tersenyum lagi. Fawaz mencium pipi isterinya. Dia gembira dengan berita tersebut.
“Dah berapa bulan?” Soal Fawaz. Tubuh Zalikha masih di dalam pelukkannya. Rambut isterinya yang terjuntai kehadapan di selitkan di celah telinga. Patutlah berseri je … wajah isterinya. Ada kawan rupanya …
“Entah … Za belum check dengan doktor lagi. Tapi .. according stick yang Za guna tu, adalah dalam 5 weeks.” Jawab Zalikha.
“Patutlah abang rasa nak merajuk je … Ada orang baru rupanya …” Fawaz mengusap perut isterinya. Zalikha tersenyum lagi. Dia happy dengan kehadiran orang baru yang akan menyerikan lagi hidup mereka.
“Abang … esok kita jumpa doktor, boleh? Za malulah nak pergi sorang-sorang …”
“Kalau sayang tak ajak pun, abang ikut. Anak abang ni. Hero papa … esok kita jumpa doktor, ye?” Ucap Fawaz. Dia tunduk mencium perut Zalikha yang masih slim itu.
“Abang, stop-it. Gelilah …” Kata Zalikha.
“Jom, tidur. Dah pukul 11 ni. Ibu mengandung kena tidur awal, barulah baby cepat membesar.” Fawaz bersuara. Dia memimpin isterinya ke katil dengan senyuman lebar. Seronok nak jadi papa …
+++++++++++++++++++++++++++++
“Ija, papa nak cakap sikit. Jumpa papa dekat kolam.” Kata Fawaz. Hari ini dia bercuti. Maklumlah, temankan isteri ke klinik … Ija pula cuti sekolah …
“Baik papa. Bagi Ija 10 minit. Ija nak solat sekejap.” Tutur Ija. Dia masih cuak, takut papanya marahkannya.
“Abang, kenapa serius sangat? Takut budak Ija tu, karang …” Zalikha bersuara. Sepinggan mangga masak di bawanya. Fawaz yang melihat, terliur. Liur di telan. Tangannya mencapai sepotong mangga tersebut.
“Saja je … Bila sayang beli mangga ni?” Soal Fawaz.
“Za suruh Mak Pah belikan, masa kita ke klinik tadi.” Jawab Zalikha. Mereka duduk di sofa.
“Nak cakap tak pasal ni dengan Ija?” Soal Fawaz. Zalikha berhenti mengunyah.
“Za rasa, kita tunggu keadaan dah pulih baru cakap. Takut Ija terkejut pulak kalau cakap sekarang.” Cadang Zalikha. Takut dengan penerimaan anak tirinya. Sudahlah dirinya masih belum di terima sepenuhnya …
“Abang pun rasa macam tu. Kita tunggu baby besar sikit.” Kata Fawaz.
++++++++++++++++++++++++++++
“Papa maafkan Ija. Tapi … Ija janji tak kan buat lagi benda begini? Jangan cuba jatuhkan maruah papa. Papa nak Ija yang dulu. Pasal mama … Papa nak Ija cuba buka hati Ija untuk mama. Dia jodoh papa, sayang … Terimalah, dia …” Kata Fawaz.
“ Ija minta maaf, papa. Ija janji tak buat lagi.” Ucap Ija. Tubuh papanya di peluk. Sungguh dia rindukan papanya. Fawaz turut membalas pelukan itu.
“Jangan nangis. Nanti mama ingat papa pukul Ija pula …” Fawaz bersuara. Air mata puterinya di usap.
“Ija nangis sebab rindukan papa …” Ija berbicara. Sisa air matanya di sapu dengan lengan baju.
“Dah besar pun rindukan papa lagi? Ija dah boleh jadi mama orang, tahu? Kalau Ija kahwin, papa dah boleh cucu …” Usik Fawaz dengan senyuman. Ija membulatkan matanya sebelum mencubit lengan papanya.
“Papa !! Ija sekolah lagilah.” Kata Ija. Geram … Dia bersedia untuk mengejar papanya. Fawaz pula sudah berdesup lari ke dalam rumah.
++++++++++++++++++++++++++++
“Eishh .. nak panggil apa ni? Papa suruh minta maaf. Lagipun, memang salah aku …” Desis hati Ija. Serba salah dirinya mahu mengelarkan ibu tirinya itu. Zalikha sibuk membancuh minuman di dapur. Ija memberanikan dirinya untuk menegur ibu tirinya.
“Ija nak minum? Mama bancuhkan. Milo or Nescafe?” Soal Zalikha setelah dia terlihat kelibat anak tirinya.
“Nescafe.” Jawab Ija. Zalikha tersenyum. Sebiji mug di capainya sebelum membancuh air.
“Err … mama. Ija minta maaf sebab sakitkan hati mama. Ija cemburu sebab papa lebihkan mama. Ija tak boleh terima mama sebaya kakak-kakak je … Maafkan Ija, mama …” Pinta Ija. Tangan Zalikha di raihnya sebelum sebuah kucupan hinggap di tangan tersebut.
“Mama maafkan. Mama faham perasaan Ija tu …” Kata Zalikha. Tangan Ija di genggamnya.
“Terima kasih, mama.” Ucap Ija. Sungguh lega hatinya setelah kata maaf di ungkap Zalikha.
“Terima kasih, Ya Allah … Kau satukan family kami.” Desis hati Fawaz. Dia menyembunyikan diri di sebalik dinding untuk mendengar perbualan anak dan isterinya, tadi. Syukur …
“Jom, join mama tengok drama.” Pelawa Zalikha dengan senyuman manis.
“Boleh ke?” Soal Ija.
“Kenapa tak boleh pulak? Jom. Ija bawa ni.” Kata Zalikha. Dulang berisi minuman dan sedikit kudapan di hulurkan kepada Ija. Mereka melangkah ke ruang tamu. Suis tv di onkan.
“Sayang … abang ..” Tutur Fawaz terhenti apabila terlihat Ija di situ. Padahal dah tahu … Gimik je …
“Abang, kenapa lambat? Drama dah start. Ni, air milo abang.” Zalikha bersuara. Fawaz duduk di sebelah isterinya.
“Ija …” Panggil Fawaz seolah-olah bertanyakan status anak dan isterinya.
“Kami dah baiklah …” Jawab Zalikha.
“Alhamdulillah …” Ucap Fawaz. Tangannya mencapai mug di depannya. Air Milo tersebut di tiupnya sebelum di teguk perlahan.
“Nak sikit …” Pinta Zalikha. Tiba-tiba terliur pula …
“Nah. Air sayang mana?” Soal Fawaz. Zalikha meneguk air tersebut sebelum bersuara.
“Terlupa …” Perlahan saja jawab Zalikha. Padahal, sengaja … Dia mahu Fawaz yang sediakan minumannya.
“Sekejap abang buatkan. Macamlah abang tak tahu … Nak manja dengan abang le tu …” Kata Fawaz. Hidung Zalikha di cuitnya. Zalikha menepis, bibirnya di muncungkan. Ija yang terlihat aksi tersebut tersenyum.
++++++++++++++++++++++++++++
“Jom kita bercuti, nak?” Soal Fawaz. Hari ini merupakan hari terakhir Ija menduduki peperiksaan SPMnya.
“Nak ke mana?” Tanya Zalikha.
“Ija nak pergi mana?” Soal Fawaz lagi.
“Mana-mana pun boleh, papa. Ija ikut je …” Jawab Ija.
“Abang, jangan jauh sangat. Za tak boleh jalan jauh. Umi dah pesan.” Kata Zalikha.
“Kita pergi Langkawi. Ija?” Fawaz bertanyakan persetujuan anaknya.
“Ok. Ija boleh borong coklat. Tapi … kenapa mama tak boleh jalan jauh? Mama sakit ke?” Soal Ija dengan rasa ingin tahu. Tak nampak tanda-tanda orang sakit pun …
“Hemm … Ija, papa rasa Ija patut tahu.” Fawaz bersuara. Pandangannya di halakan ke arah isterinya, memeohon kebenaran. Zalikha mengangguk.
“Tahu apa, papa?” Soal Ija lagi.
“Ija nak dapat adik. Mama mengandung, dah 4 bulan.” Tutur Fawaz. Tangannya mengenggam tangan isterinya. Mereka tersenyum. Bahagia …
“Betul ke, mama? Maknanya, lagi 5 bulan Ija ada adik?” Tanya Ija. Zalikha mengangguk sambil tersenyum. Ija turut tersenyum. Dia suka dengan berita tersebut.
“Ija suka, tak?” Fawaz menyoal.
“Suka …” Jawab Ija.
“Nanti, boleh Ija tolong mama jaga baby.” Kata Fawaz.
“Boleh, papa. Ija suka baby. Papa, adik girl ke boy?” Soal Ija.
Boy.” Jawab Fawaz.
“Abang ni … Mana tahu lagi boy ke girl?” Bicara Zalikha. Suaminya di jeling.
“Abang tahulah. Baby boy.” Tutur Fawaz dengan yakin.
“Pandai je …” Gumam Zalikha. Fawaz terdengar.
“Abang tahulah … abang yang …” Kata Fawaz terputus bila mulutnya di tutup Zalikha.
“Ada ke nak cakap depan Ija pula … Tak tahu malu ke?” Desis hati Zalikha.
“Ija, mama naik dulu. Esok kita tempah hotel and flight, ye? Good night.” Ucap Zalikha. Tangannya masih di mulut suaminya. Langkah di atur ke anak tangga, bilik di tujunya.
Night.” Kata Ija. Dia tersenyum lebar melihat papa dan mamanya. Akhirnya, keluarga mereka bersatu juga. Walaupun dia punyai mama yang muda tetapi mamanya seorang yang matang. Papanya pula tampak berseri dengan kehadiran mama barunya. Dia tumpang bahagia melihat mereka berdua. Moga keluarga mereka sentiasa bahagia bersama.
                                     -TAMAT-