BAB
12
Encik Bellardo menelefon keluarga terdekat
Adrian iaitu datuk dan nenek Adrian di Birmingham . Mujurlah syarikatnya ada
hubungan dengan syarikat milik datuk Adrian . Mungkin ini dinamakan takdir .
Encik Bellardo membuat temu janji dengan Encik Branson , mereka akan bertemu
keesokan harinya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Setibanya Encik Bellardo di Birmingham beliau
disambut oleh pekerja – pekerja syarikat datuk Adrian . Encik Bellardo dibawa
ke bilik mensyuarat , kelihatan Encik Branson telah sedia menanti
kedatangannya. Encik Branson yang memahami isyarat Encik Bellardo meminta
pekerjanya beredar meninggalkan mereka berdua . Setelah pintu ditutup , Encik
Bellardo memulakan ceritanya kepada Encik Branson .
Segala dokumen dikeluarkan termasuklah
salinan sijil nikah Adrianna dan Adrian yang diperolehi daripada orang
kepercayaannya di Malaysia . Encik Bellardo menyatakan hasratnya untuk
mengadakan majlis perkahwinan buat puterinya dipersetujui oleh Encik Branson .
Setelah berbincang mereka bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut . Tarikh
telah di tetapkan , segala persiapan akan diuruskan oleh Encik Branson . Selesai
perbincangan Encik Bellardo berangkat pulang ke Italy . Dia akan bersemuka
dengan Adrian keesokan harinya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hati
Adrian lega apabila urusannya hampir selesai di Italy . Mungkin lagi dua atau
tiga hari selesailah segala urusannya . Terdeti hatinya untuk melihat datuk dan
neneknya di Birmingham . Sudah lama dia tidak melawat mereka . Tiba – tiba
telefon bimbitnya berdering . Dia menjawab . Selepas beberapa minit bersembang
, dia mematikan talian . Adrian segera bersiap , segala dokumen dibawanya .
Adrian melangkah dengan debaran di dada ke arah
bilik mensyuarat seperti yang diarahkan oleh pekerja tadi . Langkahnya
dimatikan apabila dia berada dihadapan pintu bilik mensyuarat . Seorang pekerja
membuka pintu , dia melangkah ke dalam . Kelihatan Encik Bellardo tersenyum
menunggunya . Tangan dihulurkan tanda perkenalan . Encik Bellardo mengamati
penampilan menantunya Adrian . Dia amat berpuas hati dengan latar belakang menantunya
itu , dia yakin Adrianna akan berbahgia dengan Adrian .
Setelah berbincang soal perniagaan , Encik
Bellardo mencadangkan agar Adrian mengikut beberapa rancangan untuk
meningkatkan peratusan keuntungan syarikat Adrian . Encik Bellardo berbuat
demikian bukan kerana Adrian menantunya , tetapi sebagai pelabur dia perlu
mengawasi setiap prestasi syarikat yang dilaburkannya .
“ Thank you , Mr Bellardo ,”
Adrian berkata dengan hati yang ikhlas .
“ You are welcome . But I can’t go
there , perhaps my daughter can . But I
can’t promise you ,” Encik Bellardo bersuara .
“ It’s ok . Thanks once again , Mr
Bellardo ,” kata Adrian sambil berjabat tangan
dengan bapa mertuanya.
“ Adrian , perhaps you need this to
enhance your company reputation ,” kata Encik Bellardo
sambil menghulurkan sekeping kad jemputan .
No comments:
Post a Comment