mawar putih

mawar putih

Monday, 16 January 2012

CERPEN : DIA MAT REMPITKU


CERPEN : DIA MAT REMPITKU
“ Ish…keta ni buat hal pulak. Dahlah hari nak hujan ,” Yana membebel sendirian di dalam kereta Myvi pemberian ayahnya. Matanya melirik pada jam tangannya .
“Alamak ! Nak pukul 11 malam dah. Wahai keretaku cepatlah hidup .” Yana cuba menghidupkan enjin keretanya semula. Selepas beberapa cubaan keretanya masih gagal dihidupkan .
“ Kena naik teksilah jawabnya. Harap-harap teksi ada lagi .” Yana melangkah keluar dari keretanya. Dia meninggalkan keretanya di ‘parking lot’ Sunway Carnival . Dia mengatur langkah ke perhentian bas untuk menunggu teksi .
     Cuti-cuti semester begini, Yana lebih gemar bekerja untuk mencari pengalaman. Setiap kali cuti semester Yana akan bekerja di kedai roti ‘Bread History’. Sepatutnya Yana pulang pada pukul 9 malam tetapi dia diminta Rashidah untuk menemaninya menonton filem bersama teman lelakinya . Yana hanya menyetujui ajakan rakannya itu demi menjaga persahabatan mereka .
“ Ish..mana teksi ni ? Kalau aku tau nak jadi macam ni aku tak teman Shidah tadi . Dahlah hujan makin lebat,” Yana bersuara.
VROOM!! VROOM!! VROOM!! VROOM!!
“ Wei ‘gang’ singgah dulu, hujan ni. Aku tak bawa ‘raincoat’.” Pian berkata. Sebanyak 5 buah motosikal RXZ 150 YAMAHA memakir di hadapan ‘bus stop’ tersebut. Yana tersentak dek deruman enjin itu.
“ Patutla nak singgah sini. Ada awek rupanya. Selalunya main redah ja tak ingat dunia ,” Roy ketawa.
“ Hai, cik adik sorang je. Nak join boleh ? ” tanya Mus sambil mengenyitkan matanya . Yana kaku .
“Alamak! Bala apalah pulak ,” desis hati Yana . Sesungguhnya dia takut berhadapan dengan mat-mat rempit ini .
   Dia teringat akan Ash yang selalu mengganggunya saban hari dengan motosikal milik lelaki tersebut , sehingga rakan – rakan kuliah menggelarkannya ‘minah terdesak’. Walaupun dia mengenali Ash dari kecil ,tetapi mereka terputus hubungan apabila keluarga Ash berpindah ke KL . Dia tidak menyangka Ash benar – benar menjadi seorang mat rempit , dia ingatkan lelaki tersebut hanya main – main . Ternyata impian Ash selama ini ingin menjadi mat rempit tercapai . Lamunannya terhenti apabila satu suara menerjah gegendang telinganya .
“ Hoi , bro rileks la . Betoi ka dia ni orang , tadi aku tak nampak pun , jawab Pian teragak-agak.”
“ Hang ni Pian, gelabah tak tentu pasai. Sat aku ‘check’ ,” Mie menundukkan kepalanya ke bawah untuk melihat Yana . Ternyata ada kakinya.
“ Ok, line clear ,” Mie menjawab. Yana memeluk tubuhnya yang semakin menggigil kesejukkan serta ketakutan .
“ Sejuk ka cik adik ? Kalau sejuk abang boleh panaskan ….” Zack tersenyum nakal matanya meliar memerhatikan tubuh Yana , sesekali tangannya meraup rambutnya kebelakang .
“ Kalau tak cukup , kita orang pun boleh tolong .” Mus duduk disebelah Yana . Yana yang terkejut , bangun tiba – tiba . Berderai tawa sekumpulan mat rempit tersebut .
VROOM !! VROOM!! VROOM!!
   Sebuah motosikalsama jenis memakir dihadapan bus stop tersebut . Kelihatan seorang jejaka dengan raincoat menempatkan dirinya dikalangan mat – mat rempit itu . Helmetnya ditanggalkan ,matanya menilik wajah Yana .
“ Yana … buat apa kat sini ? Kenapa tak balik lagi ?” tanya Kimi .
“ Yana tunggu teksi ,” jawab Yana gugup .
“ Hoi , Kimi hang kenai ka awek ni ?” Pian bersuara .
“ Hampa kacau Yana ka ?” pertanyaan Pian dibalas dengan soalan .
“ Kimi , hang diam . Kalau nak join turn hang last , satgi kami nak buat kenduri doa selamat ,” Roy tersenyum .
“ Hampa gila ka ? Yana ni Abang Ash punya .” Kimi menjawab . Mereka terkedu , masing – masing menggelengkan kepala kecuali Zack .
“ Aku peduli apa … yang aku tau aku nak pompuan ni jugak ,” Zack bangun mendekati Yana . Yana berlindung dibelakang Kimi .
“ Zack , hang jangan naik hantu kat sini . Hang tu orang baru , hang tak kenai lagi sapa Abang Ash tu .” Pian menarik lengan Zack . Kimi mula tidak sedap hati , dia mendail nombor telefon milik Ash .
   Ash yang mendengar perkhabaran itu segera bergerak ke tempat yang di maksudkan oleh Kimi tadi . Enjin keretanya dihidupkan semula , dia memecut membelah kepekatan malam dengan kegusaran di hatinya .
“ Zack , mati hang aku cincang !!!” Ash menjerkah kuat .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Hujan yang semakin lebat menyaksikan pergelutan mereka menentang Zack . Kesemua mereka tumbang dek pukulan Zack , hanya Kimi yang masih bertahan tetapi dia semakin keletihan . Zack bagaikan hilang pedoman . Roy , Pian , Mus dan Mie telah hilang bersama motosikal mereka .
“ Yana … lari !!!” Kimi memberi arahan .
   Tanpa berlengah Yana berlari untuk menyelamatkan dirinya . Tetapi kakinya tersadung lalu terjatuh di atas jalan . Zack menjadi berang , dia berjalan menghampiri Yana dengan tawa yang kuat . Yana yang ketakutan cuba bangun , tetapi tidak Berjaya . Dia menangis . Zack menarik tudung Yana , lengan baju Yana direntap kasar terkoyak sehingga menampakkan lengannya yang putih . Zack mencengkam bahu Yana , dia ingin menolak tubuh Yana ke belakang . Silauan cahaya dan decitan bunyi tayar mematikan niat Zack .
“ Woi , anak haram . Baik hang blah sebelum aku cincang hang !!” tempik Ash . Zack bangun berdiri sambil mengepal penumbuk , sasarannya adalah Ash . Ash  menepis tumbukan Zack dengan sebelah tangannya . Dia berlalu mendekati Yana yang masih kaku .
“ Nessa ,” Ash memanggil . Yana tidak menjawab , dia masih kaku .
“ Baik hang blah sebelum aku hancurkan hidup hang !!” Ash mengcekak leher Zack .
“ Ingat , kalau hang tercuit bini aku lagi . Aku akan pastikan hang menyesal hidup kat dunia ni!!” mata Ash  mencerlun tajam . Zack berlalu sambil memecut motosikalnya . Kimi berlari mendapatkan Ash .
“ Thanks , Kimi .”
“ Tak dak hal lah kawan . Yana , macam mana ?” tanya Kimi .
“ Hang balik la dulu buh ubat . Nessa aku handle .”
“ Kesian aku tengok bakal bini hang ni , Ash . Trauma kot .”
“ Hang jangan risau , aku tau la nak jaga dia .”
“ Ok , aku blah dulu .” Kimi menunggang motosikalnya .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Nessa , are you ok ?” Yana masih kaku , otaknya buntu .
“ Nur Anessa Liyana .” Ash menguatkan sedikit ton suaranya . Yana bagaikan tersedar .
“ Jangan dekat aku ,” Yana bersuara terketar – ketar sambil mengesot .
“ Nessa , ni abang . Nessa selamat .” Ash menarik lembut tangan Yana untuk membantunya bangun .
“ Auch …” Yana terjerit tatkala kakinya menyentuk jalan . Dia terduduk .
“ Kaki Nessa terseliuh ni ,” Ash memegang kaki Yana .
“ Abang papah Nessa na ?” Ash bertanya . Yana hanya mengangguk .
“ Adoi …” Yana terjerit lagi . Mereka berdua sudah lama bermandikan hujan , lencun baju mereka . Jika berlama lagi mungkin akan demam .
“ Nessa …. Izinkan abang .” Ash mendukung Yana ke keretanya . Yana terkedu dengan tindakan drastik Ash . Ash memandu mengharungi hujan yang semakin lebat .
                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Ni keta sapa ?” tanya Yana setelah membisu beberapa minit .
“ Keta abang la .”
“ Mana abang dapat duit beli Lancer ni ? Abang juai dadah ka ?”
“ Nessa … abang beli dengan duit yang halal tau .”
“ Setakat jadi katering mana cukup duit nak beli keta ni .” Yana merendah – rendahkan kemampuan Ash .
“ Nessa , jangan pandang abang sebelah mata . Walaupun abang mat rempit . Keja katering ja , abang mampu pakai keta ni .”
“ Orang macam abang ni tak dak wawasan .” Yana memperkecilkan golongan mat rempit .
“ Sebab tu ka Nessa tolak pinangan abang ?”
“ Aah … Nessa tak suka orang yang tak educated macam abang ni . Ada hati nak kawin dengan Nessa , tah – tah PMR pun tak ambik .”
“ Kalau macam tu , kita balik rumah abang . Nanti Nessa tengok sendiri abang educated ke tak?” Ash memusingkan keretanya kembali untuk ke rumahnya yang terletak di kawasan Bukit Jambul. Niatnya mati untuk menghantarkan Yana pulang .
“ Abang , hantar Nessa balik nanti ayah marah .”
“ Nessa , jangan tipu abang . Abang tau ayah dengan mak tak dak kat rumah . Depa pi Kelantan kan  ?”
“ Abang , Nessa nak balik . Kalau abang tak patah balik , Nessa terjun kereta !!” Yana bertekad . Sungguh dia takut dengan situasi ini . Hatinya berdebar – debar , otaknya ligat memikirkan semua kemungkinan yang akan berlaku .
“ Terjun la kalau boleh . Abang dah lock pintu .” Ash tersenyum sinis sanbil tangannya memperlahankan aircond . Sejuk .
“ Nessa jerit nanti .” Yana tidak mahu mengalah .
“ Jeritlah abang tak kisah . Lagipun dak orang nak dengar plus cermin keta ni gelap ,” usik Ash .
“ Tolong !! Tolong !! Tolong !!” Yana menjerit kuat .
“ Nessa , diam !! Abang cium karang .” Wajah Ash kelihatan serius . Yana terdiam tanpa suara terkejut dengan tempikkan Ash .
                    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Yana hanya membatukan dirinya , sesekali dia memandang Ash . Mereka telah menyusuri Jambatan Pulau Pinang . Kini , Ash sedang membelok ke kawasan perumahan berdekatan Bukit Jambul . Ash , memperlahankan keretanya apabila sampai di hujung jalan . Remote pintu pagar di tekannya , dia memakirkan kenderaannya di bawah porch . Enjin kereta dimatikan , Ash turun membuka pintu untuk Yana . Yana masih tidak berganjak , Ash menarik tangan Yana supaya mengikutnya . Pintu rumah dibuka , Ash melangkah masuk ke dalam rumah . Yana hanya berdiri di muka pintu , dia tidak mahu melangkah masuk .
“ Nessa … masuk cepat ,” arah Ash .
“ Tak mau ,” jawab Yana . Ash mengerti akan perasaan Yana itu .
“ Masuklah , abang bukannya jahat .”
“ Tak mau .” Yana masih berkeras .
“ Tak kan nak salin baju kat sini . Depan pintu rumah . Kalau Nessa tak kisah , abang pi ambik baju sat ,” Ash berlalu . Yana berfikir sebelum bersuara .
“ Abang … tunggu . Nessa masuk .” Yana melangkah masuk ke dalam rumah .
“ Jom , naik atas .” Ash menarik lengan Yana . Yana merungkai pautan .
“ Nessa sayang …. Kalau tak naik atas macam mana nak ambik baju . Lagipun bilik kat bawah ni tengah renovate , master bedroom ja yang dah siap . Baju abang semua kat atas .” Terang Ash . Yana mengekori Ash ke tingkat atas . Pintu bilik dikuak , Yana melangkah masuk .
“ Abang … ni rumah sapa ?” tanya Yana .
“ Rumah kita la . Abang baru ja beli , ingat nak dok sini lepas kita kawin .” Ash mengambil tuala dan baju dari dalam almari . Baju diletakkan diatas katil . Tuala diberikan kepadaYana .
“ Nessa pi la mandi dulu , nanti demam pulak . Abang mandi kat bawah . Nanti Nessa boleh find out abang ni educated ka dak . Jawapan dia ada dalam bilik ni .” Ash berlalu , Yana membisu .
“ Apa – apa jelah , yang penting aku mandi dulu . Tak selesa macam ni ,” gumam Yana sambil melangkah ke bilik air .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Yana melangkah keluar dari bilik air dengan hanya berkemban . Dia mencapai baju kemeja lengan panjang yang diletakkan diatas katil lalu menyarungnya ke badan . Matanya tertancap pada sekeping foto yang segak bergaya di dinding bilik tersebut .
“ Abang Ash ,” gumam Yana . Matanya meneliti setiap foto yang menampilkan gambar graduan tersebut .
“ Ni gambar masa ijazah , ni pulak master , ni PhD . OMG !!” Yana terduduk diatas katil .
“ Ya Allah , malunya aku . Dah la aku kutuk dia , tak sangka mat rempit pun ada PhD dari Universiti Adelaide pulak tu . Patutlah muka dia familiar sangat , rupanya dialah penceramah motivasi tu . Dr Ammar Ashraf , patut la tak Nampak dia keja .”
                       +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Ash mencapai telefonnya lalu mendail suatu nombor . Dia tekad untuk menjadikan Yana sebagai miliknya , dia sudah letih mengejar cinta Nur Anessa Liyana . Pintu pagar di biarkan terbuka .
TOK!! TOK!! TOK!! TOK!!
   Ash tersenyum lebar , inilah yang dinantikannya . Dia hanya bertuala ketika bunyi ketukan di pintu rumahnya . Ash membuka pintu utama .
“ Assalamualaikum , kami dari JAIPP . Kami terima aduan yang rumah ni terlibat dengan kegiatan maksiat . Kami harap encik beri kerjasama ,” kata salah seorang lelaki tersebut . Ash hanya mendiamkan diri . Yana membuka pintu bilik sebelum menjerit memanggil Ash .
“ Abang Ash !!!” Yana menjerit . Ash terkejut dengan laungan tersebut segera menapak ke dalam rumah .
“ Kenapa abang tipu Nessa ? Kenapa tak cakap yang abang ni terlebih educated ?” Yana menyoal dari tingkat atas , dia terlupa bahawa dirinya hanya menyarungkan sehelai kemeja berwarna ungu . Ash terlopong melihat Yana .
“ Cik , kami datang buat pemeriksaan .” Seorang lelaki bersuara . Yana terkedu , apa yang sering dibacanya dalam novel kini terjadi kepadanya . Yana memandang Ash , tiada riak di wajah Ash itu . Tiba – tiba pandangan Yana semakin kelam , dia terjelepuk ke lantai .
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Yana menitiskan air matanya , setelah sah bergelar isteri kepada Mohd Ammar Ashraf . Cincin disarungkan ke jari manisnya , dahinya dikucup Ash .
“ Dah la tu sayang …nati abang pujuk ayah . Ok ?” Ash berbisik ke telinga Yana sambil tersenyum . Telinga Yana masih terngiang – ngiang kata ayahnya .
“ Ayah tak sangka Yana sanggup buat macam ni . Orang datang minang dengan elok dia tolak . Tup – tup kena tangkap , mulut kata tak mau tapi ….” Pak Sulaiman menggelengkan kepalanya .
“ Dah , esok ayah nak hang nikah dengan Ammar .” Putus Pak Sulaiman .
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN
“ Kenapa , abang tak cakap dari awal yang abang ni educated ?” tanya Yana .
“ Dah sayang tak tanya ? Sayang tau kutuk ja …” Ash mencium pipi Yana .
“ Dah namanya mat rempit buat habis current ja kalau tanya .”
So , sekarang camna sempoi tak abang ?” Yana tersenyum .
“ Sempoi sangat …. Abanglah mat rempitku plus terlebih educated .” Yana ketawa sambil mencubit lengan Ash .
“ Nessa sayang abang tak ?” tanya Ash .
“ Sayanglah … kalau tak …” Yana mendiamkan diri .
“ Kalau tak apa ?” Ash mengulang ayat isterinya itu .
“ Tak dak apa la .”
“ Sayang , cakap cepat . Sayang sembunyikan sesuatu ka ?”
“ Err … Mulai sekarang , abang kena hantar dan jemput Nessa dengan keta ja . No more bike . Nanti tak selesa pulak ‘orang kat dalam’ ni .” Yana mengusap perutnya dengan senyuman . Ash bangun menghampiri Yana , dia memeluk isterinya .
“ Betui ka sayang ?” Ash meletakan tangannya pada perut Yana . Yana mengangguk .
              +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Yana …. Betui ka hang kawin dengan mat rempit tu ?” tanya Fikri .
“ Aah …”
“ Kenapa tak tunggu aku ?”
“ Hang ni kenapa ? Kan hari tu aku dah cakap tak suka hang .”
“ Tapi kenapa mat rempit ? Dah tak dak orang lain ka ?”
“ Awat ? Hina sangat ka mat rempit  , depa pun orang jugak .”
“ Aku rasa hang terkena jampi .” Fikri membuat pernyataan .
“ Sudahlah Fik . Hang ingat aku buta ka nak pilih mat rempitntak berjenis . Aku pilih yang cukup pakej macam laki aku tu . Mat rempit yang educated bab duniawi dan ukhrowi plus handsome .”
Educated takat SPM , buat apa .” Fikri berkata sinis .
“ Woi , mulut hang aku cabai sat gi . Laki aku tu belajar sampai PhD tau bukan macam hang . Rempit tu hobi dia ja , tu pun salah ka ?” marah Yana . Fikri terlopong .
“ Hoi , hang kacau bini aku lagi siap hang .” Ugut Ash . Fikri angkat tangan menyerah , terjegil biji matanya  melihat kereta BMW Z4 itu .
“ Fik , Dia Mat Rempitku …. “ laung Yana tanpa rasa malu , sebelum masuk ke dalam kereta .
“ Sayang abang nampaknya ,” Ash menduga .
“ Mestilah , abangkan husband Nessa .” Yana tersenyum manis , dia mencium pipi Ash . Ash mengucup dahi isterinya . Mereka berdoa agar jodoh mereka berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat .
                       
                           - TAMAT -

No comments:

Post a Comment