mawar putih

mawar putih

Sunday 30 June 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?( PART 3)



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 3
“ Abang …. Abang …. Tia ..” Sendu Tia semakin menjadi – jadi .
“ Sayang …. Kenapa ni ? Tia ada masalah ke ?” Tareeq dapat menebak resah adiknya .
“ Abang … Tia ..” Tia kehilangan kata – kata . Rasa sedih mencengkam hatinya .
“ Sayang ….tarik nafas then lepaskan . Sekarang cakap dengan abang apa masalah Tia ?”
“ Dia tak sayangkan Tia . Dia ada buah hati . He love her , not me . Tia tak tahu nak buat apa sekarang . I’m totally lost direction . Tolong Tia , abang …” Luah Tia kepada Tareeq .
“ Tia sayang , don’t do anything stupid . Tia dekat mana sekarang ?” Tareeq risau akan keselamatan adiknya . Sudahlah dirinya jauh di perantauan .
“ Tia dalam kereta . Depan Dome .”
“ Sayang ... Listen to me . Abang nak Tia keluar dari kereta sekarang . Pergi Dome and take some coffee . Ok ? Lepas tu Tia story abang the whole things . Boleh ?” Arah Tareeq . Adiknya memerlukan khidmat nasihat supaya perkara lepas tidak berlaku lagi . Dia takut Tia menjadi murung sekali lagi .
   Setelah memesan coffee , Tia bercerita kepada abangnya Tareeq tentang perihal Fitri yang meletakkan sempadan dalam perhubungan mereka . Sungguh Tareeq tidak sangka Fitri begitu, kalau tidak suka mengapa harus dia teruskan juga dengan pernikahan ini ? Kesian Tia . Jika dia di sisi adiknya kini ,  sudah tentu Fitri sudah makan penumbuknya . Nasib Fitri baik kerana dia tiada di situ . Tareeq menasihati adiknya untuk bersabar dengan kerenah Fitri .
“ Sayang … boleh abang tahu perasaan Tia towards Fitri ?”
“ Tia … Tia …” Serba salah Tia mahu mengaku perasaannya kini . Dia keliru .
“ Abang tahu … adik suka kan Fitri kan ? The way you talked about him menggambarkan yang adik abang ni , ada putik – putik bunga cinta . Cuma perlu di baja supaya bunganya kembang mekar . Sayang , dengar tak apa abang cakap ni ?” Tareeq bertanya apabila Tia tidak bersuara .
“ Macam mana nak baja , kalau orangnya langsung tak suka kan adik ?” Keluh Tia .
Don’t give up . Abang kan ada , nanti kita plan baik punya strategi .” Tareeq memberi kata semangat buat adiknya , Tia .
“ Tapi ….” Tia masih tidak yakin . 
“ Adik berhak . Adik mesti pertahankan hak adik . If it doesn’t work , at least adik dah cuba . Tak adalah rasa menyesal nanti . Be positive , sayang .” Tareeq memujuk lagi .
“ Ok . Adik akan cuba . Tapi … kita nak buat apa ?” Tia bertanya , dia buntu . Tareeq menepuk dahinya perlahan . Ingatkan adiknya tahu apa yang dia maksudkan . Tapi hampeh …
“ Betul adik tak tahu ?” Soal Tareeq . Dia takut Tia sengaja mahu kenakannya . Tia mengangguk . Macamlah abangnya nampak apa yang dia lakukan .
“ Tia …” Tareeq memanggil adiknya apabila tiada bicara di talian . Tia menyedari akan kesilapannya .
Sorry , abang . Terlupa that we talked on the phone . Tapi ..Tia betul – betul tak tahu nak buat apa ? Entah sempat ataupun tak ? Lepas ni mesti Tia busy handle kes . Itu tak masuk lagi kena turun padang . Kalau tak turun padang mesti kena pergi court .” Keluh Tia . Ingat kerja polis tak sibuk ke ?
“ Lainlah kalau pregnant awal . Boleh duduk office . Nampaknya takde chancelah nak dapat baby awal . Entah – entah takde langsung , dah orang tak sudi tak kan kita pula yang lebih sudu dari kuah .” Desis hati Tia . Kecewa rasanya . Dia memang suka kan baby .
“ Hish … tak kan itu pun tak tahu ? Adik buatlah macam cerita dalam novel – novel yang adik baca tu ...” Tareeq memberi cadangan .
“ Novel ? Abang … adik dah lamalah tak baca novel jiwang karat . Dulu adalah , sekarang buku – buku tu pun adik dah tak tahu dekat mana ?  Rasanya dah simpan dalam boxes siap sealed lagi . Sebenarnya kita nak buat apa ni ?” Soal Tia .
“ Karang aku cakap terus – terang Tia cop aku miang pulak . Kalau tak cakap ? Masa depan adik aku gelap , macam mana nih ? Gasaklah . Janji , happy ending …” Tareeq mengomel di dalam hatinya .
“ Adik seduced Fitri .” Tareeq menyuarakan solutionnya . Terlopong Tia mendengarnya .
“ Abang !!”
Yes , sayang . Dengar macam tak bermoral . Tapi takpe sebab adik isterinya . Tak berdosa pun . Abang tahu adik tak berapa nak yakin tapi jangan risau superman ni sentiasa ada untuk sayang . Nanti abang minta tolong kawan abang yang jadi pelatih bakal – bakal pramugari tu . Dulu dia pernah jadi model sekejap before jadi stewardess . Sekarang dia dah ada modeling agency sendiri . Abang cuba minta dia latih adik jadi sweet macam dulu – dulu . Confirm lepas ni Fitri melekat selalu .” Usik Tareeq .
“ Adik malulah …”
“ Adik nak Fitri tak ? Kalau nak , mesti berusaha keras demi mencapai kejayaan .”
“ Ayat … ingat orang nak ambil SPM ke ?” Perli Tia . Tareeq ketawa mendengar celoteh adik kesayangannya . Tia turut ketawa mendengar tawa abangnya .
   Mereka berbual lebih lanjut . Masing – masing bercerita tentang diri mereka . Berkongsi cerita alam remaja sehinggalah mereka sudah berkerjaya . Sungguh tenang Tia rasakan apabila dapat berbual dengan abang kandungnya . Rindu pula ingin bersua muka dengan Tareeq . Agak – agak abangnya sudah mempunyai teman wanita kot ? Waktu terakhir dia melawat abangnya ialah semasa dia putus cinta dahulu , almost 5 years dah cerita tu .
   Sambil bercerita , tiba – tiba mata Tia tertancap akan susuk tubuh suaminya . Dia yakin bahawa lelaki tersebut adalah Fitri apabila terlihat sebentuk cincin yang tersarung kemas di jari manis lelaki tersebut . Siap berkepit dengan perempuan seksi nak mampos . Mungkin wanita itulah buah hati Fitri. Matanya mengekori kelibat merpati dua sejoli itu sehinggalah susuk tubuh keduanya lesap di muka pintu hotel . Tia teruskan bercerita tanpa dia sedari suaminya telah memasuki hotel .
“ Cakap pasal suami Tia , Tia baru je nampak dia dengan hot chick dia .” Tutur Tia tanpa rasa curiga di hati .
“ Betul ? Tia tak rasa nak berkenalan ke dengan kekasih suami Tia tu …” Soal Tareeq . Boleh pula dia buat selamba badak ….
“ Tak naklah . Nanti Tia belasah dua – dua sekali .”
Where did they go ? Tia tak nak tahu ke ? Mana tahu kekasih suami Tia tu nak kikis duit suami Tia tu … Nak shopping sakan . Beli kasut , handbag , baju …takpe lagi , buatnya dia beli lingeries seksi … habislah adik ….” Tareeq sengaja menakut – nakutkan adiknya .
Lingeries ?” Automatik mata Tia menoleh ke destinasi terakhir kelibat suaminya menghilang tadi . Terasa dingin hati seolah – olah berada pada suhu takat beku air apabila terbaca papan tanda bangunan tersebut .
“ Tia ….” Panggil Tareeq . Tia tersedar dari kebekuannya sebentar tadi .
“ Abang , Tia ada kerja nak buat . Wish me luck . I love you . Assalamualaikum .”
May Allah bless you . Waalaikumusalam .” Tareeq mematikan talian setelah menjawab salam adiknya .
“ Ya Allah … hindarilah perkara yang bukan – bukan .” Doa Tia di dalam hati . Kaki di atur laju ke hotel bertaraf 5 bintang tersebut yang berada bertentangan dengan coffee house tersebut . Jam tangan di kerling untuk melihat waktu . Hatinya bertambah gelisah apabila jarum jam menunjukkan 1.25 pagi . Pelbagai andaian menerpa fikirannya .

BERSAMBUNG ....

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 2 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 2
“ Aku nikahkan dikau Ahmad Fitri Izran bin Hassan dengan puteriku Tia Zara binti Zahari dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai .”
“ Aku terima nikahnya Tia Zara binti Zahari dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai .”
“ Sah . Sah . Sah .” Terdengar kata – kata saksi . Tangan di angkat untuk memulakan bacaan doa .
   Kini , Tia telah bergelar isteri kepada Fitri . Usai akad mereka bergegas pulang ke rumahnya untuk majlis persandingan mereka . Malam pula mereka mengadakan majlis bagi pihak pengantin lelaki di Hotel Sunway . Dari pagi hingga ke malam mereka melayan tetamu yang hadir ke majlis mereka . Ramai juga kenalan bapa mertuanya , dari rakan sejawatan sehinggalah VVIP turut menghadiri majlis mereka .
   Fitri memperkenalkannya dengan rakan sekerja suaminya itu . Semuanya orang awan biru kecuali pengapit suaminya yang merangkap best budy husbandnya . Haris merupakan seorang arkitek di syarikat terkemuka dan juga merupakan sepupu suaminya itu . Kemudian papanya pula memanggil mereka berdua untuk di kenalkan kepada atasan papanya dahulu dan juga atasannya kini . Tabik spring di berikan kepada atasannya . Fitri pula sekadar berjabat tangan .
“ Tia , meet my colleague Doktor Jasmine . Satu hospital dengan akak . Pakar sakit puan . Nanti kalau Tia dah pregnant , jumpa dia buat monthly check up . ” Ujar kakak iparnya , Doktor Farzana . Mereka berjabat salam .
“ Panggil Kak Min je . If Tia datang , akak kasi diskaun . Tengok gaya Tia ni … tak lama lagi adalah orang baru dalam family kau Ana .” Doktor Jasmine membelek tapak tangan Tia .
“ Betul ?” Farzana bertanya . Jasmine mengangguk .
“ Tia tak fahamlah ? Apa ….” Tak sempat Tia bertanya lanjut apabila suaminya Fitri menyapa.
“ Hai , Kak Min ….” Sapa Fitri . Dia merangkul pinggang isterinya dengan senyuman manis .
“ Hai , pengantin baru .” Balas Jasmine .
“ Bincang apa ? Khusyuk je ? Siap senyum lagi .” Soal Fitri .
“ Ni hah … Kak Min cakap pasal Tia .” Tutur Farzana .
“ Kenapa dengan Tia ? Isteri abang ni tak sihat ke ?” Fitri menyentuh dahi Tia dengan belakang tapak tangannya .
“ Hish… jealous Kak Min . Balik karang akak minta dengan Abang Raz kamu . Takde apanya dengan isteri kamu . Sihat je . Kak Min cuma tengok tangan Tia tadi . Tengah subur ni .” Terang Jasmine .
“ Subur ?” Fitri masih terpinga – pinga .
“ Lembab betul kau ni , Iz . Maksud Kak Min , kalau buat boleh tuai hasilnya 9 month afterwards . Faham ?” Farzana bersuara .
“ Tuai hasil ? Apa akak cakap ni ? Iz tak faham .” Wajah Fitri berkerut .
Baby .” Jawab Tia perlahan . Dia malu . Pada mulanya dia pun tak faham , tapi lama – kelamaan dia mengerti maksud mereka .
Baby ? Akak mengandung lagi ke ? Sarah kan kecil lagi , Kak Long .” Fitri bersuara . Kesian anak saudaranya yang nombor dua tu . Baru je 6 bulan tengok dunia , dah nak dapat adik . Tak sempat nak bermanja dengan ibunya .
“ Bukanlah !! Ada juga yang kena ketuk nanti . Meh sini akak kasi tahu .” Farzana menarik tangan adiknya sedikit jauh dari Tia sebelum berbisik di telinga Fitri . Kesian Tia , dah merah mukanya tapi suami masih tak dapat menangkap maksud Jasmine .
“ Kak Min boleh tilik tangan orang ke ?” Tanya Tia ingin tahu .
“ Taklah . Kak Min boleh baca yang berkaitan dengan perempuan je . Nenek Kak Min ajarkan. Dia bidan kampung dulu .” Jelas Jasmine .
“ Owh … Patutlah .” Desis hati Tia .
                         +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Dingin malam mencengkam kulit Tia . Udara yang sejuk menerpa laju ke wajahnya setelah pintu balkoni di tolak . Tia menggosok lengannya untuk memberi sedikit kehangatan . Tia menoleh apabila bahunya di sentuh . Wajah Fitri terpampang di matanya , dia tersenyum manis . Tetapi suaminya itu tidak membalas senyuman tersebut . Raut wajah Fitri menggambarkan ada sesuatu yang menganggu fikirannya .
“ Can we talk ?” Tutur Fitri senada .
“ Sure .” Balas Tia sambil mengekori langkah suaminya . Fitri duduk di birai katil manakala Tia hanya berdiri mengadap Fitri .
“ Aku nak terus terang dengan kau . Sebenarnya … aku … aku …” Tersekat kata – kata Fitri rasa bersalah mencengkam hatinya .
“ Apa yang abang nak cakapkan ? Cuba bertenang . Inhale … Exhale … Better ? Ok , shoot .” Tia bertanya . Fitri sekadar mengangguk .
“ Aku sebenarnya terpaksa dalam marriage ni . Aku dah ada steady girlfriend . Aku minta maaf , aku tak boleh terima kau . Aku sayang baby aku .” Fitri membuat pengakuan . Berderau darah Tia apabila mendengar tiap bait yang keluar dari bibir suaminya .
“ Kenapa kau baru cakap sekarang ? Kenapa tak cakap awal – awal lagi ? If not semua ni tak kan berlaku . Apa maksud kau buat macam nih ? Kenapa kau setuju ?”
“ Aku takde pilihan . Aku dah cakap dengan dia orang tapi… kau tahukan papa macam mana. Aku minta maaf .”
So , sekarang hubungan kita macam mana ?” Tia cuba bersabar . Apa – apa pun lelaki ini suaminya sekarang . Rasa ingin menumbuk wajah kacak di depannya di kawal . Nafas di hela perlahan – lahan .
“ Kau tetap isteri aku . Aku tak kan ceraikan kau melainkan kau failkan kes ni di mahkamah.” Fitri berbicara tenang . Rasa lega kerana telah meluahkan rasa yang terpendam .
“ Kau nak buat drama melayu ke ? Kau ingat aku ni apa ? A doll ? Kau tahu tak keputusan tak matang kau dah heret aku dalam marriage ni ? Kau sedar tak banyak hati akan terluka ? Pandai kau suruh aku failkan kes di mahkamah ? Kau nak aku nampak macam orang jahat ? Kau sajalah yang baik ? Begitu ? Jangan mimpi . Aku tak kan failkan , melainkan kau sendiri yang buat . Mr Fitri …. Finished what have you started . I won’t border selagi apa yang kau buat tak salah di sisi agama .” Tia melangkah ke bagasinya , dia mengambil sehelai t-shirt dan jeans sebelum melangkah ke kamar mandi . Paip air di buka , wajahnya di basuh untuk meredakan kemarahan .
“ Aku minta maaf . Tapi aku perlukan pertolongan kau untuk leraikan ikatan ni .” Fitri bersuara . Dia berharap Tia akan mengerti akan situasinya sekarang .
   Pintu bilik air di kuak , Tia melangkah keluar . Wajah Fitri di renungnya sejenak sebelum Tia meneruskan langkahnya ke muka pintu . Kalau berlama lagi alamatnya ada muka yang pecah . Tak pasal – pasal jadi tajuk utama Metro pulak . Suami dibelasah isteri pada malam pertama . Tia tersenyum apabila tajuk utama tersebut melayang – layang di mindanya .
“ Kau nak ke mana ? Aku belum habis cakap lagi . Kau dengar tak aku panggil kau .” Kasar tona suara Fitri . Belum ada wanita yang melawan cakapnya . Yang lain semuanya tangkap leleh sebaik saja mendengar dia berbicara tapi Tia betul – betul buatnya hilang sabar . Tangan Tia di rentapnya kasar . Keadaan itu mengundang sebijik tumbukan di perutnya . Tia menumbuk perut Fitri . Terduduk Fitri dek penangan isterinya .
“ Aku keluar dulu . Aku nak tenangkan fikiran . Maaf pasal tadi terpunch kau .” Tia menutup pintu bilik dengan kasar . Dia cuba menenangkan fikirannya yang serabut.
“ Apa yang kecoh tu Tia ? Tia nak kemana malam – malam begini ?” Soal Datin Farah yang kebetulan masih di bawah menemani suaminya menonton tv .
“ Tia nak pergi pusat latihan . Nak release tension sikit . Tia minta maaf papa , mama . Keluar malam – malam begini . But I have too . I’m sorry . Tia pinjam kereta papa .” Tia melangkah keluar dari rumah mertuanya setelah mengambil kunci kereta di dalam mangkuk kristal mamanya . Hati yang sakit dan kepala yang serabut harus di tenteramkan .
“ Tia !! Tia !!” Jerit Fitri di muka pintu . Kereta yang di naiki Tia telah menderu laju membelah kepekatan malam .
“ Ahmad Fitri Izran !! Kamu dah buat apa dengan menantu papa ? Sampaikan dia lari malam– malam begini ?” Soal Dato Hassan tegas .
Telling her the truth . Puas hati papa ? Perempuan baik konon … Kalau baik sangat tak adalah Iz dapat penumbuk sebijik .”
“ Mesti ada sebab kenapa Tia pukul kamu ?” Soal Dato Hassan lagi .
“ Iz suruh dia failkan kes kita orang di mahkamah .” Fitri terlepas cakap . Tergamam Datin Farah mendengar ucapan anak terunanya itu .
“ Masyaallah , Iz . Kamu sedar tak yang kamu baru saja nikah ? Tak sampai sehari lagi . Kamu dah buat perangai .” Dato Hassan menepuk dahinya .
“ Iz tak cintakan Tia . Papa yang paksa Iz nikah dengan Tia . Kenapa bukan papa je yang kahwin dengan pompuan tu ? Kenapa mesti Iz ? Papa tak adil !!”
“ Iz !! Hormat papa kamu . Dia suami mama , bapa kepada anak – anak mama . Kamu tu anak mama . Kami buat semua ni bersebab . Kamu kena yakin dengan pilihan kami . Dengar cakap mama , sayang … Tia Zara adalah yang terbaik buat kamu . Mama nak kamu belajar terima Tia dalam hidup kamu . Ingat …jangan sampai mama makan hati . Nanti kamu tak bau syurga, Ahmad Fitri Izran . Faham ?” Datin Farah pula memberi tazkirah kepada anaknya itu .
“ Ok . Kalau itu yang mama nak . Iz tak kan ceraikan Tia but Iz akan buat Tia sendiri batalkan perkahwinan ni .” Tutur Fitri sebelum melangkah keluar rumah . Ego .
“ Iz nak pergi mana tu ?” Soal Datin Farah .
“ Iz nak cari ketenangan . Iz nak jumpa Erin . Iz tak balik malam ni .” Fitri berkata sebelum memboloskan dirinya ke dalam kereta Audi yang sedang menunggu di luar pagar rumahnya .

BERSAMBUNG ........

CERPEN : BIAR BETUL ! BENGKOK ??( LAST PART )



CERPEN : BIAR BETUL ! BENGKOK ??
PART 8
“ Anis nak apa – apa ke? Abang buatkan.” Soal Eirfan kepada Anis. Sejak Eirfan membuat pengakuan kepada Anis semalam. Pagi ini, segala pakaian Anis telah di pindahkan ke biliknya. Anis berasa bahagia dengan layanan suaminya itu. Dia mengukirkan senyuman manis buat Eirfan.
“ Abang , masak yang simple –simple je . Nanti paksu sampai, kita dinner sama- sama . Anis nak solat kejap. Nanti Anis bantu abang…” Kata Anis sambil mengelus pipi suaminya. Eirfan tunduk mengucup dahi isterinya.
“ Amboi….romantiknya papa dengan mama wanna be nih…” Elia mengusik abang dan kakak iparnya. Dia turut berkongsi kegembiraan itu.
“ Bukan papa dengan mama lah… But daddy dengan mummy, abang dengan Anis dah decide semalam. Kami nak anak – anak panggil daddy and mummy…. Kan sayang…” Eirfan bersuara sebelum meneruskan aktiviti memotong sayuran. Anis sekadar tersenyum sambil berlalu ke kamar mereka.
             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Paksu… tambahlah lagi….” Pelawa Eirfan. Dia mencedok ikan merah masak asam ke dalam pinggan Aidid.
“ Dengar cerita Eirfan kerja chef? Chef apa?” Soal Aidid.
“ Chef pastries je…. Minor masakan barat… Kalau nak masak Malay, Anis lagi expert kot…” Eirfan merendah diri.
Pastries? Eloklah tu, Anis memang suka makan pastries. Kalau dapat pavlova, kita dekat sebelah pun tak nampak….” Aidid mengusik anak saudaranya.
“ Cakap pasal pavlova, teringat pula pudding yang abang buat tadi. Kejap, Elia ambilkan…” Elia menuju ke peti sejuk, sebekas pudding di keluarkan. Anis segera menghabiskan nasi di pinggan yang berbaki sejemput. Dia teruja melihat pudding tersebut.
“ Elia…Anis nak…”Anis meminta dengan muka yang ceria.
“ Abang potongkan. Anis nak banyak ke sikit?” Tanya Eirfan kepada isterinya.
Average…” Anis menunggu dengan sudu di tangannya. Aidid menggeleng.
“ Dah jadi isteri orang pun perangai masih macam budak – budak.” Desis hati Aidid.
“ Makan perlahan – lahan. Nanti tersedak pula…” Eirfan memesan kepada isterinya. Saat pudding tersebut ditelan, tiba – tiba satu perasaan bertandang. Anis terasa perutnya sebu, dia ingin muntah. Anis bingkas bangun, dia bergegas ke sinki dapur sebelum memuntahkan makanan tadi. Eirfan yang mengekorinya dari belakang mengusap lembut belakang isterinya.
“ Abang letak cinnamon banyak ke?” Soal Anis. Entah kenapa dia seperti tidak boleh menerima rasa kulit kayu manis di dalam pudding itu. Eirfan memimpin Anis ke meja makan semula.
“ Sukatan macam biasa. Sebelum ni ok je?” Eirfan menjawab.
“ Apalah korang ni lambat pick up sangat? Babies korang yang alah dengan cinnamon tu..” Elia membuat andaiannya sendiri.
Baby?” Aidid pula bertanya, dia ingin tahu.
“ Bukan baby. Tapi babies…” Elia bersuara lagi. Dia menaikkan 2 jarinya.
Twins?” Giliran Aidid pula yang teruja. Wajah Anis di tatapnya meminta kepastian.
“ Ya , paksu . Twins.” Eirfan menjawab bagi pihak isterinya yang sedang malu.
“ Semalam paksu tanya tak cakap pun… Dah berapa bulan?” Aidid menyoal lagi.
“ Nak masuk dua bulan.” Anis menjawab dengan pipi yang merona merah.
“ Bila due date? Nanti paksu hantar nenek jagakan Anis dalam pantang.” Cadang Aidid.
The end of this year. Tapi kembar mungkin awal kot? Depends….” Eirfan menjawab.
“ Kakak paksu, mak long si Anis ni. Lahirkan twins masa 7 bulan. Dua – dua perempuan seiras. Nampaknya si Anis ni pun ikut jejak langkah mak longnya.” Aidid bercerita.
                      +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Aisyah !! Aliff !! Bawa Eizwan turun . Maksu nak balik dah .” Laung Eirfan dari ruang tamu . Elia sedang duduk di sofa sambil membetulkan seluar puterinya , Fazliana . Pipi gebu anaknya di cium . Eirfan memerhatikan anak – anaknya turun sambil memimpin tangan anak saudaranya , Eizwan .
“ Maksu , cepatnya nak pulang . Kami tak puas lagi main dengan Iz .” Aliff bersuara .
“ Sayang maksu … next time maksu datang lagi . Esok paksu kerjalah . Maksu pun kerja juga.” Tutur Elia . Sudah besar anak saudaranya ini , kini mereka telah berusia 6 tahun . Anaknya Eizwan pula berusia 4 tahun .
“ Maksu janji ?” Tanya Aisyah pula .
“ Janji . Nanti paksu bawa maksu , Iz dengan baby Faz , bila cuti sekolah nanti .” Ujar Faiz .
“ Ala … tak seronok kalau Iz takde …. Kami takde kawan nak main …” Aisyah bersuara .
“ Kan kamu berdua ada baby Aisar ….” Elia berkata . Aisar di lahirkan oleh Anis selepas Elia habis berpantang untuk Fazliana . Elia tersenyum apabila terkenangkan peristiwa itu . Macam berjanji pula mereka berdua .
Baby Aisar kecil lagi . Nanti mummy marah kita orang ….” Jawab Aliff .
Mummy marah sebab kamu ganggu adik tidur . Baby awake barulah main dengannya .” Jawab Eirfan .
“ Tapi ..daddy … Adik Aisar asyik tidur je …” Tutur Aisyah . Dia melangkah ke sisi Eirfan .
“ Ni , hah … dah jaga . Abang tolong mummy ambilkan tilam adik . Kakak pula ambilkan bantal .” Arah Anis . Anak kembarnya berlari – lari ke bilik untuk mengambil barang tersebut. Anis melangkah ke bawah .
“ Sayang dah sendawakan Aisar ke ?” Tanya Eirfan .
“ Belum .” Jawab Anis . Kelibat anak kembarnya kelihatan dengan tilam dan bantal di tangan mereka . Anis tersenyum melihat telatah anak – anaknya .
“ Aisar … meh daddy sendawakan .” Eirfan mengambil Aisar dari Anis . Eirfan mengusap perlahan belakang anaknya supaya sendawa . Kalau tidak , susu tersebut tidak hadam pula .
“ Abang , kakak . Kami minta diri dulu . Takut jam pulak jalan nanti .” Ujar Faiz . Tangan Eirfan di salamnya .
“ Abang , jangan lupa bagi tahu kita orang bila mama dengan papa pulang dari umrah nanti .” Elia bersuara .
Before touchdown lagi abang akan inform Elia .” Kata Eirfan sambil mencium pipi Eizwan. Aisar telah selamat landing di atas tilam .
“ Elia , sini jap .” Anis memanggil Elia . Elia mendekati Anis sebelum Anis membisikan sesuatu di telinganya .
“ Hahh.. tu gossip apa pulak ?” Eirfan menegur . Kesian Aisar dengan Fazliana , tergolek di atas tilam . Mama dengan mummy dia orang sibuk bergosip .
“ Apalah abang ni .. Orang tengah bincang  next …” Elia bersuara . Namun belum sempat ayatnya habis , Faiz sudah pun berkata – kata .
“ Bincang next coming baby ke ? Abang … nampaknya lepas ni , kita kena berusaha keraslah.” Faiz memandang Eirfan dengan sengihan lebar .
“ Abang takde hal . Lagi ramai lagi meriah .” Balas Eirfan dengan senyuman .
“ Sengal .” Elia membaling bantal kepada suaminya dan juga abangnya , Eirfan .
“ Hish … abang ni , kita orang bincang nak buat majlis cukur jambul si Aisar dengan Fazliana . Sekali dengan majlis papa dengan mama balik umrah . Yang abang advanced sangat fikirnya , kenapa ?” Anis berbicara . Geram dibuatnya . Ada ke patut cakap begitu … Dah lah baru je lepas pantang , ada hati nak suruh orang mengandung lagi …..
“ Habis tu yang bisik , kenapa ?” Tanya Faiz pula .
“ Elia dengan Anis ingat nak masak sendiri…. Nak panggil saudara- mara , kawan rapat dengan jiran je ….” Elia memberitahu suaminya .
“ Ehh… tak payah . Abang tak setuju . Kamu berdua baru je habis pantang . Badan tu bukannya stabil lagi . Dah jangan nak menggatal . Tempah catering kan senang .” Cadang Eirfan .
“ Faiz setuju , abang .”
“ Sayang juga abang kat Elia .”
“ Sapa tak sayang bini oiii ….” Kata Eirfan dan Faiz serentak . Mereka berpandangan sebelum tawa terlepas . Tak sangka mereka sehati sejiwa . Elia dan Anis turut tersenyum .
   Syukur , Alhamdulillah dipanjatkan kepada Ilahi kerana memberi ruang kepada mereka untuk berbahgia . Walaupun pelbagai rintangan di tempuhi mereka , itu tidak memudarkan rasa cinta mereka terhadap pasangan masing – masing . Malah mengukuhkan lagi ikatan cinta mereka .
                                                         - TAMAT -