mawar putih

mawar putih

Wednesday, 11 January 2012

JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 14


BAB 14
   Adrian bergegas turun ke lobi hotel setelah lima belas minit dia mengemaskan barang - barangnya . Encik Bellardo ingin membawanya ke Switzerland keesokan harinya . Hampir setengah jam berada di dalam perut kereta akhirnya Adrian sampai ke rumah agam milik Encik Bellardo .
   Adrianna dan Encik Bellardo sedang berehat sambil melihat foto album kenangan papa dan mamanya . Adrian masuk ke dalam rumah apabila di pelawa oleh pembantu rumah . Adrianna memeluk papanya apabila air mata papanya menitis terkenangkan mamanya . Adrian terlepas beg yang di jinjing , terkejut melihat reaksi dua insan di depannya . Dengan pantas Adrianna meleraikan pelukan .
   Encik Bellardo hanya tersenyum melihat reaksi Adrian , mungkin ada perasaan cemburu bertamu di hati menantunya itu . Terimbas Encik Bellardo semasa memerhati Adrian di majlis , mata Adrian hanya tertumpu pada Adrianna . Keadaan ini menyakinkan Encik Bellardo untuk menyatukan mereka . Encik Bellardo menjemput Adrian duduk . Tidak lama kemudian pembantu rumah menghantarkan minuman , apabila pembantu rumah berlalu Encik Bellardo bersuara .
“ Have a drink , Eddy .”
“ Thanks ,” balas Adrian . Belum sempat Encik Bellardo bertanya , Adrianna memecah kesunyian .
“ Why are you here ?”
“ He’s here to discuss business matter , my dear ,” jelas Encik Bellardo sambil mengelus tangan Adrianna.
“ And he will accompany us for tomorrow ,” tambah Encik Bellardo .
   Adrianna bangun meninggalkan papanya dan Adrian . Kakinya melangkah ke kolam renang , dia duduk sambil merendamkan kakinya . Matanya asyik memandang bintang yang berkerlipan di langit . Terkenang peristiwa di mana dia bergelar isteri , isteri kepada lelaki yang bernama Adrian. .

    Setelah berbincang dengan Encik Bellardo , Adrian buntu memikirkan siapa yang ingin membantunya kelak . Kata – kata Encik Bellardo membuatkannya risau , menurut Encik Bellardo anaknya kurang berminat hendak menolong Adrian . Dia perlu melakukan sesuatu , tiba – tiba dia teringatkan Adrianna , mungkin Adrianna boleh membantunya . Dia mengatur langkah ke arah kolam renang setelah bertanya kepada pembantu rumah .
   Kelihatan kelibat Adrianna sedang duduk termenung di tepi kolam . Adrian turut melabuhkan punggungnya di sebelah Adrianna tanpa di sedari isterinya , setelah tiga kali memberi salam .
 “ Mengelamun agaknya ,” hati Adrian meneka .
“ Anna ,” kata Adrian sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Adrianna .
“ You nak apa ?” tanya Adrianna sedikit gugup , terkejut dengan sapaan Adrian .
“ Anna , I nak minta tolong boleh ?”
“ Tolong apa ?” Adrianna menguak rambutnya ke belakang .
“ Boleh you pujuk Encik Bellardo supaya benarkan anaknya tolong I settlekan masalah di KL ? Please ……” Adrian bersuara dalam nada memujuk .
“ Boleh , tapi ada syaratnya ,” kata Adrianna sambil tersenyum lebar . Barangkali dia tidak tahu lagi aku siapa ? Bolehlah aku ambil kesempatan . Peluang hanya datang sekali ,” desis hati Adrianna .
“ Apa syaratnya ?” tanya Adrian penuh minat .
“ Senang saja , you mesti penuhi segala permintaan I . Boleh ?”
“ Ok . I setuju ,” Adrian mengangguk . Entah mengapa Adrianna merasa pelik dengan persetujuan Adrian .
 “ Mungkin syarikatnya benar – benar mengalami kesusahan ,” tebak Adrianna .
   Baru Adrianna terperasan yang Adrian leka menatap wajahnya , dengan segera Adrianna bangun meninggalkan Adrian .
“ You , cepatlah I tunjukkan bilik you .”
   Adrian dengan segera mengekori  Adrianna dari belakang . Terpamer senyuman di bibirnya. Langkahnya di atur mendaki anak tangga . Adrianna mematikan langkahnya dihadapan sebuah bilik berhampiran tangga .
“ Ini bilik you ,” Adrianna membuka pintu bilik sambil mempelawa Adrian masuk . Belum sempat Adrian bersuara Encik Bellardo memanggil Adrianna .
“ Sofia ,” panggil Encik Bellardo sambil menggamit Adrianna .
   Adrianna berlalu sambil tersenyum . Dia melangkah ke bilik papanya untuk berbincang tentang keputusannya tempoh hari . Syarikat yang di maksudkan papanya tempoh hari ialah syarikat Adrian . Dia bersetuju untuk menolong Adrian , lagipun Adrian telah berjanji akan memenuhi segala permintaannya . Adrianna tersenyum nakal .
   Selama satu jam Adrianna berbincang dengan papanya , dia meneliti dokumen – dokumen syarikat Adrian . Setelah benar – benar faham Adrianna meminta diri ke biliknya , segala dokumen di bawanya bersama untuk di teliti dengan lebih lanjut .

No comments:

Post a Comment