mawar putih

mawar putih

Tuesday, 10 January 2012

JODOH YANG TAK DISENGAJAKAN 9


BAB 9
   Adrian memeluk tubuh , ingatannya hanya pada Adrianna . Dia risau akan keadaan Adrianna yang ditinggalkan di lapangan terbang satu jam yang lalu .
“ Kenapa aku tinggalkan dia tadi , sini bukan KL !! Kejamnya aku ,” gumam Adrian sendirian .
   Adrian mencapai telefon bimbitnya lantas nombor Adrianna didail . Selepas beberapa saat panggilannya di jawab .
“ Hello ,” sapa Adrian .
“ Hello , you nak apa call I ?”
“Tak boleh call ke ? You dekat mana sekarang ?” tanya Adrian .
“ Apa you peduli I dekat mana ?”
“ Sombong … I nak ingatkan you , sepuluh hari je tempoh I bagi dekat you . Lebih baik you cari jalan cepat , kalau tak I tinggalkan you dekat sini ……” Adrian berkata sambil tersenyum .
“ Jangan risau I dah cari sponsor pun , by the way siapa cakap I nak balik dengan you ?”
“ What !!!” nada Adrian bertukar .
“ I nak jalan – jalan keliling Europe , nanti nak balik I text you .”
“ Banyak duit …… setahu I you takde duit . Wait , you buat kerja apa ??”
“ I ni kan perempuan ….. banyak kerja I boleh buat ….. you belum kenal I siapa ??” Adrianna bernada sinis , sakit hatinya apabila terkenangkan tuduhan Adrian tempoh hari .
   Belum sempat Adrian bertanya talian diputuskan . Adrian merengus . Banyak perkara yang dia tidak tahu tentang Adrianna . Dia hanya tahu namanya sahaja serta status wanita tersebut yang bergelar isteri, latar belakang Adrianna langsung tidak diketahuinya .
   Tiba – tiba telefonnya berdering , skrin menunjukkan nama pemanggil …. PAPA . Setelah lima belas minit bersembang di telefon Adrian mematikan talian . Esok dia harus bertemu client yang penting untuk memastikan kesinambungan syarikat milik keluarganya .

No comments:

Post a Comment