mawar putih

mawar putih

Thursday, 19 January 2012

ALAMAK !! SUAMIKU 'STUDENT' KU 2


BAB 2
    Iskandar menghidangkan 4 pinggan spaghetti untuk makan malam , dia menaburkan sedikit keju di atas spaghetti tersebut . Hari ini gilirannya untuk memasak, sudah menjadi kebiasaan mereka memasak bergilir – gilir setiap hari walaupun masing – masing sibuk . Setelah siap , Iskandar memanggil rakan – rakannya untuk menjamu selera .
“ Abang Yazid , Abang Fairuz , Kal . Jom makan .”
“ Amboi … wanginya tak sabar nak makan ,” kata Fairuz .
“ Tengoklah sapa masak ,” Iskandar menepuk dadanya .
“ Untung sapa jadi bini hang nanti . Kalau busy hang boleh tolong masak .” Iskandar yang sedang meneguk air tersedak , kata – kata Haikal seakan - akan menyindirnya . Haikal sekadar tersenyum penuh makna .
“ Sudahlah Kal , jangan usik Is . Angkat tangan , abang nak baca doa ni .” Yazid mematikan usikan  Haikal .
   Mereka berempat menikmati makan malam dengan berselera . Iskandar terkenangkan pertemuannya dengan Syifa petang tadi . Mereka berdua membeli barang kelengkapan perkahwinan mereka yang akan berlangsung dalam masa 3 hari lagi . Setelah mengambil baju akad nikah di sebuah butik , mereka ke kedai emas untuk membeli cincin perkahwinan . Iskandar tersenyum sendirian , dia hanya menguis – nguis spagettinya yang tinggal separu lagi . Dia tidak menyedari yang gelagatnya di perhatikan oleh 3 orang sahabatnya .
“ Is , hang kena sampuk ka angau ? Senyum sorang – sorang . Ni mesti kes ingat kat Cik Syifa .” Haikal menegur .
“ Hah … ,” Yazid terkejut dengan penyataan Haikal itu .
“ Betul Abang Yazid , kawan kita Si Is ni dah angau dengan Cik Syifa ,” tambah Haikal .
“ Abang Fairuz baru ja ingat nak ngorat Cik Syifa tu . Tup – tup Is dah kebas .” Iskandar hanya mampu tersenyum , padahal hatinya gelisah hendak menyampaikan perkhabaran tentang perkahwinannya .
“ Betul ke Is ?” tanya Yazid untuk kepastian .
“ Betul  .” Iskandar bersuara serta mengangguk .
“ Melepas aku ,” keluh Yazid . Iskandar menarik nafas mencari kekuatan untuk menyampaikan perkhabaran tersebut .
Actually , kita orang dah nak nikah hujung minggu ni . Is minta jasa baik Abang Yazid , Abang Fairuz , Kal jadi saksi kita orang . Is mintak maaf tak cakap awal – awal sebab Is tak tau nak cakap macam mana ,”
“ Is , aku tak salah dengar kan ?” tanya Haikal .
Dak . Betul aku nikah hujung minggu ni . Tadi kita orang orang dah ambil baju akad dengan cincin . Kalau tak percaya Is call Syifa , nanti boleh tanya dia sendiri .”
“ Patutlah , aku tengok baju hang dalam almari tinggai sikit . Aku ingat hang juai ,” kata Haikal .
“ Aku pindah sikit – sikit . Nanti buku – buku aku ambil kemudian .”
“  Is , kenapa tergesa – gesa ? Abang tak dengar cerita pun korang bercinta . Tiba – tiba ja nak kawin . Entah – entah korang ‘teraccident’ ,” Yazid membuat kesimpulan . Belum sempat Iskandar membuka mulut , Fairuz menyampuk .
“ Aaa … Dah berapa bulan Cik Syifa tu pregnant ?”
“ Abang !!! Kalau tak percayakan Is sekalipun , percayalah Cik Syifa tu . Tak kan dia nak buat macam tu . Kalau tak nak pergi , cakap tak nak pergi tak payah tuduh – tuduh kita orang .” Marah Iskandar .
“ Is , sorry . Kami cuma curious ja ,” kata Yazid .
“ Aku tahu korang bercinta ,” Haikal bersuara dan menepuk bahu Iskandar .
“ Sebenarnya aku takut Syifa kawin dengan abang sepupu dia , sebab tu kita orang setuju nak nikah dalam masa terdekat ni . Mak Lang dia beria – ria nak jodohkan Syifa dengan anaknya , jadi Syifa cakap kita orang dah kawin and dia tengah pregnant . Tapi Mak Lang dia tak percaya , dia nak datang sini tengok kita orang .”
So , Mak Lang dia nak buat spot check la ni ?” tanya Haikal .
“ Aah … hujung tahun ni Mak Lang datang dengan anak dia .”
“ Is … Is … Kalau cakap awal – awalkan tak kena tuduh ,” kata Fairuz .
“ Patutlah tergesa – gesa , rupa – rupanya ada ‘misi rahsia’ .” Yazid tersenyum , Fairuz pula ketawa kecil .
“ Misi rahsia apa pulak , Abang Yazid ni .” Haikal keliru . Iskandar tersenyum lebar mengerti maksud mereka .
“ Ala Kal apa yang hang lambat ‘pick up’ sangat ,” Fairuz ketawa .
“ Kal … kawan kita ni kenalah kawin cepat – cepat , nanti tak sempat pulak nak buat anak . Kan Mak Lang dia nak mai check , nanti kantoi pulak .” Yazid bersuara .
“ Owh … ,” Haikal tersengih .
             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Syifa membelek – belek baju perkahwinannya yang berwarna putih gading . Walaupun bajunya tak seindah baju nikah selebriti tetapi bajunya tetap tampak cantik . Kain satin putih yang ditempel dengan ‘french lace’ berwarna perak menaikkan seri baju kurung moden tersebut . Kemudian dia meneliti baju Melayu milik Iskandar pula . Dia tersenyum manis .
“ Mesti handsome bila Is pakai nanti ,” ngomel hatinya .
   Syifa menarik laci meja solek , dia mengeluarkan sebuah kotak kecil yang mengandungi cincin perkahwinan mereka . Dia memerhatikan cincin tersebut , cincin emas putih yang bertakhtakan sebutir berlian akan disarungkan ke jari manisnya tidak lama lagi . Disebelah cincinnya terletak cincin Iskandar , kedua – dua cincin tersebut diukir dengan nama mereka berdua .
“ Tak lama lagi aku dah nak jadi isteri orang . Macam manalah nanti kehidupan aku ?” Syifa bermonolog sendirian sambil merebahkan badannya di atas tilam . Dia terkenangkan detik pertemuannya dengan Iskandar buat pertama kalinya .
            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Miss , sorry to interrupt . But I need a counselor right now .” Terkejut Syifa apabila seorang pemuda menerjah masuk ke pejabatnya .
“ I’m sorry , I’m counselor for Malaysian students only . Better you meet Prof . David , he in charge for European students .” Syifa tersenyum hatinya memuji kekacakkan pemuda tersebut .
“ Cik … sebenarnya saya student Malaysia . Papa saya Melayu , mama pula orang Sepanyol .”
“ Owh … jadi apa masalah awak En …..?”
“ Nama saya Muhammad Lisandro Iskandar . Cik boleh panggil saya Iskandar ataupun Is .”
“ Ok , Is apa masalah awak ?”
“ Cik … disebabkan saya tak study betul – betul pointer saya jatuh dan biasiswa saya ditangguhkan untuk semester ini . Jadi yuran pengajian untuk semester ini tak mampu saya bayar. Kalau boleh saya nak minta jasa baik Cik untuk buat rayuan dengan pihak JPA .”
“ Saya minta maaf , saya tak boleh tolong awak . Saya pun ada panduan yang pihak JPA and MARA berikan . Saya rasa awak lebih faham berbanding saya .”
“ Saya faham , Cik …tapi saya terdesak sangat – sangat .”
“ Kenapa tak minta bantuan family ? Awak nampak macam anak orang berada ja .”
“ Memang family saya orang berada tapi saya ada krisis sikit dengan family saya . Biar saya terus terang , Cik . Pelajaran saya merosot sebab saya selalu ‘clubbing’ , belanja ‘girls’ , poteng kelas dan tak buat assignment . Bila pointer saya jatuh , papa bising . Papa datang sini marahkan saya . Dah salah saya sendiri , saya terus terang ja dengan papa yang saya leka dengan hiburan . So , papa marah sangat dan dia tarik elaun saya . Papa suruh saya cari sendiri duit nak bayar yuran , dia tak kasi saya minta dengan abang atau mummy . Saya menyesal sangat – sangat. Cik tolonglah saya …”
“ Ada satu cara ja .” Syifa bersuara .
“ Apa dia , Cik ?”
“ Awak kena kerja .”
“ Saya tahu . Tapi dah banyak kedai saya tanya , semua sia – sia . Boleh tak  Cik tolong rekomen saya kerja ?” Iskandar berharap , matanya memandang tepat anak mata Syifa . Syifa mengalihkan pandangan .
“ Janganlah pandang aku macam tu . Serba salah pulak aku ,” desis hati Syifa .
“ Saya tolong awak tapi saya tak janji awak dapat kerja ke tak ? Nanti saya try tanya kawan – kawan saya ,” tutur Syifa .
“ Terima kasih , Cik .” Iskandar tersenyum manis .
“ Alahai …janganlah senyum lama – lama . Nanti jatuh hati pulak aku ,” ngomel hati Syifa .
“ Is , saya nak nombor telefon awak . Nanti apa – apa saya call ,” pinta Syifa , terukir sebuah senyuman dibibirnya .
“ Ya Allah . Cantiknya dia , patutlah banyak students syok kat dia . Sekali senyum pun dah rasa ‘dup dap dup dap’ jantung ni  .” Iskandar merenung Syifa , hatinya memuji kecantikan kaunselornya .
“ Is …. awak dengar tak ?” tutur Syifa .
“ Baik , Cik .”
   Dua hari telah berlalu semenjak pertemuannya dengan Iskandar . Dia masih belum menemukan sebarang perkerjaan buat penuntutnya itu . Ada yang jumpa tapi tidak sesuai pula dengan jadual belajar Iskandar . Syifa buntu memikirkannya , dia mengelamun . Deringan telefon bimbit menyedarkannya . Dia mencapai telefon dan berbaring di atas katil sambil tersenyum .
“ Hello .”
Hello , abang . Ada apa telefon Syifa ni ?”
“  Syifa , tolong abang . Please ….” Yusri merayu .
“ Kenapa abang ? Mak Lang sakit ka ?” Syifa risau .
“ Dak , mak sihat ja tapi abang ni rasa macam nak mati ja .”
“ Kenapa pulak ?”
“ Tadi abang dengar mak cakap dengan Mak Pah pasai nak nikahkan abang ….” belum sempat Yusri meneruskan ceritanya , Syifa mencelah .
“ Alhamdulillah , dapat jugak Syifa makan nasi minyak abang dengan Kak Ella .”
“ Ish … orang tengah cakap jangan menyampuk boleh dak ?” marah Yusri .
“ Ok .”
“ Masalahnya mak nak nikahkan abang dengan orang lain . Syifa pun tahu yang abang dah lama bercinta dengan Kak Ella .”
“ Syifa tahu . Tapi sapa dia yang Mak Lang berkenan tu ?”
“ Syifa .” Yusri berkata .
“ Ya , Syifa kat sini lagi . Abang continue ja Syifa dengar .”
“ Budak ni … Mak abang nak nikahkan kita berdua . Dia nak jadikan Syifa menantu dia . Faham….”
“ What !!!!” Syifa terjerit .
“ Hah … tau pun terkejut ,” Yusri ketawa .
“ Mana boleh macam tu , Syifa anggap abang macam abang kandung Syifa sendiri .”
“ Tu la abang telefon Syifa ni . Abang pun tak boleh pisah dengan Kak Ella . Nanti kalau mak telefon , Syifa cakap ja yang Syifa dah ada calon sendiri .”
“ Abang , Syifa mana ada calon … tak kan nak tipu Mak Lang kot ?”
“ Tipu jelah .”
“ Tapi ….”
So , Syifa nak jadi isteri abang?”
“ No . Never …”
“ Dah . Nanti mak telefon cakap ja dah ada calon . Abang nak letak dah , kering duit aku telefon hang ,” bebel Yusri .
“ Yus , hang sembang dengan sapa tu ?” Belum sempat menjawab telefonnya dirampas oleh ibunya .
“ Ish … mak ni macam polis pencen ,” kata Yusri sambil melangkah ke dapur .
“ Hello .”
“ Hai , Mak Lang .”
“ Bertuah punya anak , dia bersembang dengan Syifa tak bagi tau .” Mak Leha memarahi anaknya .
“ Syifa sihat ?” tanya Mak Leha .
“ Sihat . Mak Lang ?”
“ Sihat , sayang .”
“ Syifa … Mak Lang nak tanya sikit . Kalau Mak Lang pinangkan Syifa untuk Abang Yus , Syifa setuju dak ? Abang Yus hang dengar ja cakap Mak Lang .”
“ Err … Mak Lang. Syifa tak tau nak cakap lagu mana .”
“ Ni kiranya setujulah .” Tersenyum – senyum Mak Leha .
“ Mak Lang … Syifa sebenarnya dah ada orang yang punya .”
“ Kalau setakat boyfriend tak menghalang Syifa jadi menantu Mak Lang .” Tekad Mak Leha .
“ Tapi …. ,” Syifa gelisah .
“ Syifa … sayang dak kat Abang Yus ?”
“ Err … sayang , Mak Lang .” Gugup Syifa menjawab .
“ Hah … balik raya nanti kita buat kenduri na …” Mak Leha tersenyum lebar .
“ Ehh … tak boleh Mak Lang . Syifa tak boleh kawin dengan Abang Yus , Syifa sayang Abang Yus macam  abang kandung Syifa sendiri . Lagipun Syifa dah kawin nak ada baby dah ,” tutur Syifa tanpa berfikir , hanya itu yang terlintas dimindanya untuk menggagalkan rancangan ibu saudaranya .
“ Apa Syifa cakap ? Dah kawin , nak ada baby dah?” suara  Mak Leha meninggi .
“ Aah … Syifa mintak maaf tak bagi tau Mak Lang .”
“ Dah berapa bulan ?”
“ Baru lagi .”
“ Tau la baru lagi . Berapa bulan ?” marah Mak Leha .
“ Err … baru 3 minggu ,” kecut perut Syifa mendengar suara ibu saudaranya itu .
“ Hujung tahun ni aku nak pi tengok hang ,” tutur Mak Leha sambil mencongak bulan .
“ Baik , Mak Lang .” Syifa akur .
“ Mak ni kenapa ? Suara punya kuat sampai dapur dengar .” Yusri menegur . Mak Leha menjeling .
“ Nah , cakap dengan abang hang .” Mak Leha melangkah ke dapur dengan perasaan yang bercampur aduk antara marah dan kecewa .
“ Abang Yus , Mak Lang marah ka ?”
“ Aah …terima kasih , Syifa .”
“ Abang punya pasai la ni . Syifa pulak yang kena . Mana Syifa nak cari baby ? Abang diam jangan gelak , dah la orang tengah tension ni .”
“ Adikku sayang . Bukan salah abang tau , Syifa yang cakap lagu tu kat mak . Abang tak suruh cakap lebih – lebih pun . Macam ni lah , apa kata adik pi cari calon dulu . Nanti dah ada calon contact abang . Abang nak pi tengok akad nikah , lepas tu baru boleh buat baby .” Usik Yusri sambil ketawa .
“ Abang !!!!” Syifa mematikan talian , wajahnya merah menahan marah .
Hello … Dah letak rupanya .” Yusri ketawa kecil , dia berjaya mengusik sepupunya itu . Dia tidak menelefon Syifa kembali kerana dia tahu sikap adiknya itu . Bila marahnya reda , barulah dia akan menelefonnya untuk meminta maaf .

No comments:

Post a Comment