mawar putih

mawar putih

Friday, 29 March 2013

MINI NOVEL: CINTA SEGERA....(PART 3)

MINI NOVEL: CINTA SEGERA....
PART 3
Pesawat Airbus A380
“ Abang … cantik kan kawan kak Reen ? Agak – agak dia single lagi tak ?” Zahran berbisik di telinga Aiden .
“ Kenapa ? Ran berkenan ke ?” Aiden sekadar mengusik . Jus oren diteguknya .
“ Ran rasa , Ran fall in love at the first sight dengan Aina . Abang cuba rasa ….” Aiden hampir tersedak mendengar pengakuan adik bongsunya itu . Zahran menekapkan telapak tangan Aiden di dada kirinya untuk merasai degupan jantungnya .
“ Abang rasa Aina dah berpunya ke ?” Tanya Zahran .
“ Dah . Orang cantik , mesti ada yang punya . ” Balas Aiden .
“ Tapi , tak de tanda pun dia kepunyaan orang ?”
“ Tanda apa ?”
“ Kalau couple ke , bertunang ke ? Mesti ada cincin dekat jari .” Balas Zahran selamba .
“ Mana aku sempat beli , tanda lain ada la ?” Desis hati Aiden . Dia tersenyum lebar .
“ Ehh… abang ni , Ran cakap dia ketawa pula .”
“ Ran … tak semestinya kena pakai cincin . Maybe lover dia kasi rantai ke? gelang ke? jam tangan ke? Mana kita nampak duduk kat dalam …”
Love bites ke ?” gumam Aiden perlahan sambil tersenyum .
“ Abang cakap apa ?” Zahran bagaikan terdengar omelan abangnya itu .
“ Apa ? Subang .” Dalih Aiden .
“ Ran dengar macam abang cakap love bites …”
“ Ke situ pula , gatal betul . Cakap dengan bonda baru tahu . Padan muka , kena kahwin awal .”
“ Ran rela kahwin awal , if Aina yang jadi bridenya . Bangga rasanya ada wife cantik macam bidadari . Hari – hari nak tengok muka dia je , tak makan pun tak pe .”
“ Mati aku …. Adik aku syok dekat wife aku . Sakitlah pula hati ni . Ai … Ai… itulah sebab perkahwinan kena di sebarkan . Tengok sekarang siapa makan hati ?” Kata hatinya yang membahang dek ucapan adiknya sebentar tadi .
“ Ran … lupakanlah niat Ran tu , Aina dah berpunya . Abang kenal lover dia tu , kawan abang juga .” Jelas Aiden .
“ Siapa lover dia ? Ran kenal ke ? Nama dia apa ?” Soal Zahran .
“ Ran tak kenal . Kawan abang masa study kat UK dulu . Zarith .”
“ Zarith? Macam nama abang …”
“ Hemm …. Sama , cuma nama abang ada Aiden . Nama dia Zarith je .”
“ Melepaslah Ran …..” Keluh Zahran . Aiden ketawa kecil melihat riak wajah adiknya .
   Beberapa jam di dalam pesawat Zahran pun terlena . Aiden bangun ke tandas , dia sempat berbisik kepada Aireen supaya memberitahu Zahran tentang hubungannya dengan Aina . Sejurus dia kembali dari tandas , Aireen di suruhnya duduk bersebelahan Zahran . Aiden mahu menemani Aina sepanjang perjalanan . Aireen bangun dengan rela hati , dia tahu abangnya masih dalam mood ingin bermanja dengan Aina .
“ Sayang …. Sejuk ke ? Come closer , B warm you up .” Aiden berbisik di telinga Aina . Aina mula mencelikkan matanya . Seraut wajah suaminya menghiasi pandangannya . Aiden menarik tubuh Aina ke dalam dakapannya .
“ B …. How you ….” Aiden memintas kata – katanya .
“ B change seat dengan Reen . Sejuk … tak kan B nak peluk Ran pula . Mahu di debiknya muka B yang macho ni .” Aina tersenyum , dia memeluk Aiden dengan erat agar semua kesejukan berlalu pergi .
“ Sayang …….” Panggil Aiden .
“ Hemm……”
“ Sayang peluk kuat sangat . Nanti B tak tahan , B ngap sayang kat sini juga .” Usik Aiden . Aina mencubit manja lengan Aiden .
“ Sayang ….. denda pagi tadi tak settle lagi .” Aiden bersuara sambil mengusap pipi Aina .
“ Nantilah B ….”
No , nanti sayang mengelat lagi . B nak sekarang ..”
“ Dalam plane ? No , nanti orang tengok . Ingat kita ni mat saleh ke ?” Sangkal Aina .
Not here , B pun tahu malu juga . Mana boleh orang lain tengok kemesraan kita , buatnya diaorang upload dalam FB . Popular kita seluruh Malaysia ….” Aiden ketawa kecil .
“ Habis tu ?” Soal Aina kebingungan .
“ Sayang nak tunaikan ke ?”
“ Yelah . Nanti ada orang tu ungkit pula ?” Aina menyetujui permintaan suaminya itu . Aiden berbisik di telinga Aina .
“ Jom ….” Ajak Aiden sambil menarik tangan Aina .
“ Boleh ke masuk dua orang sekali ?”
“ Tahulah B kelentong nanti ….” Aiden menarik tangan Aina supaya mengekorinya .

BERSAMBUNG.......

No comments:

Post a Comment