MINI NOVEL : CINTA SEGERA …..
PART 1
Villa Seri Mahligai
“ Tengku .. ada perempuan nak jumpa . Boleh dia masuk ?” Pembantu keduanya bertanya .
“ Perempuan ? Siapa ?” Tengku Aiden bertanya . Sesekali dia mengerling jam di dinding , menanti kehadiran ayahanda dan bondanya untuk makan pagi .
“ Entah … saya tak kenal tengku … Lain dari selalu saya lihat , dia pakai tudung .” Jelas pembantunya .
“ Tudung ? I don’t have any friends wearing tudung . Entah siapa … Tanya dia main reason why she have to see me and ask her how I know her ?” Tengku Aiden memberi arahan . Pembantunya mula melangkah keluar dari ruang makan .
“ Syam … ambil phone ni , snap gambar dia and suruh dia tulis detail dalam phone ni . And you shouldn’t see it .” Pembantunya mengangguk , dia mendekati Aiden untuk mencapai huluran telefon tersebut sebelum mengatur langkahnya semula .
“ Kenapa rasa berdebar pula …. Who is that girl ? Setahu aku , belum pernah aku mengambil kesempatan dengan mana – mana perempuan . Walaupun mereka menyerah diri dengan rela …” Desis hatinya . Ligat mindanya memikirkan siapa gadis tersebut . Kelibat ayahanda dan bondanya menyapa pandangannya . Sebuah senyuman di lemparkan buat kedua – dua ibu bapanya .
“ Morning , ayahanda… bonda . Aireen mana ?”
“ Aireen … keluar beli kuih seri muka . Kita minum dulu , kejap lagi dia pulang kita makan .” Balas bondanya . Aiden sekadar menganggukkan kepalanya .
“ Dah lengkap ke semua persiapan kamu nak ke Eropah esok ?” Ayahandanya bertanya .
“ Sudah ayahanda . Tinggal nak ambil list dari bonda je .”
“ List ?” Tengku Ariff mengerutkan dahinya .
“ Goodies dari sana la , kanda …” jawab Tengku Zalina .
“ Jaga adik – adik kamu Aiden , jangan ikutkan sangat kepala mereka . And jangan jatuh hati dengan perempuan sana pula , keturunan kena di jaga .” Pesan Tengku Ariff . Aiden menganggukkan kepalanya .
“ Jangan risau ayahanda , Aiden akan jaga Aireen and Zahran dengan baik . Lagipun Aiden dah serik bercinta .”
“ Baguslah begitu , nanti bonda pinangkan Tengku Fira anak mak ngah kamu . Lepas kahwin baru belajar bercinta . Macam bonda and ayahanda .”
“ Fira ? Tak nak lah , dekat sangat . Nanti tak berkembang family .”
“ Habis tu , Aiden nak cari sendiri ? Bonda tak berkenan semua kawan perempuan kamu . Tak berjenis …”
“ Aiden tak cakap pun nak kahwin dengan perempuan – perempuan tu . Kasi free pun Aiden tak nak . Dah lunyai nak buat isteri ? Kalau tak lunyai mesti minum , tak pun smoking . Macam tu nak jadi ibu , silap – silap haribulan womb pun dah rosak . Lagipun mereka semua materialistik.”
“ Berkepit sakan , alih – alih tak nak . Tak baik buat perasaan orang terluka , Aiden .” Tegur ayahandanya .
“ Bonda kasi tempoh six months . Cari calon and kenalkan dengan kami , kalau tak … bonda pinangkan Fira .”
“ Betul , bonda ?”
“ Betul …but carilah yang baik dan sekufu .” Kelihatan kelibat pembantunya menghampiri dewan makan .
“ Selamat pagi , Tengku .”
“ Pagi . Kamu dah makan Syam ?” Sapa Tengku Ariff .
“ Dah , Tengku .” Syam menyerahkan telefon kepada Tengku Aiden , Tengku Aiden menyambut huluran tersebut . Skrin telefon di sentuh , matanya memandang seraut wajah yang ayu bertudung . Tetapi ingatannya masih lemah untuk mengingati gerangan gadis tersebut . Perihal gadis tersebut dibaca dengan teliti .
+ Aina Zulaika +
+ Ingat ? Tak ingat … +
+ Ingat dialog ni ? +
+ You ? +
+ You again …+
+ Dah ingat ke masih kabur ? Mesti tak ingat . Makwe youkan keliling pinggang . Ok last clue.+
+ Kampung ……. Selatan Thai . 02/03/12 . FRIDAY .+
+ Mesti dah ingat . You cakap , you akan ingat tarikh ni sampai bila – bila . +
“ Allah …” Tengku Aiden menyebut . Dia hampir terlupa akan gadis tersebut , gadis yang dikenalinya 6 bulan yang lalu sewaktu bercuti di Thailand .
“ Kenapa Aiden ?” Soal bondanya .
“ Aa…. Terlupa suruh Aireen beli samosa .” Jawab Aiden gugup .
“ Ayahanda ingatkan apa tadi ?” Tengku Ariff bersuara .
“ Aiden , telefon Aireen kejap .” Aiden bingkas bangun , dia menelefon Aireen .
“ Hello , Aireen …”
“ Yup , abang .. Ada apa ?”
“ Reen di mana ?”
“ Almost approaching the gate . Kenapa ?”
“ Stop there and pick up the girl . Send her dekat bilik abang , then datang sini . Breakfast together . Nanti abang explain .” Arah Tengku Aiden .
“ Who’s the girl . Abang dah buat apa dengan anak dara orang ? I won’t pick up her unless you tell me who she is ?”
“ Ok , abang cakap . Dia someone yang abang kenal masa abang bercuti dekat Thai , last 6 months . She’s ….”
“ OMG !!! Abang .. dia …?”
“ Dialah tu … Dah bawa dia ke sini . Ehh… bilik abang ..”
“ Reen bawa dia ke sana baru tahu .” Gertak Aireen dengan senyuman menghiasi bibirnya .
“ Mati abang ..Reen .”
“ Ok , Reen bawa ke South Wing .” Talian dimatikan .
“ Reen dekat mana ?” Bondanya bertanya .
“ Dah dekat main gate , bonda .”
“ Kesian putera bonda , kempunan . Esok bonda suruh Chef Zaid masak sebelum berangkat .” Mereka menjamu selera , setelah hidangan utama dibawa masuk . Nasi lemak di hidangkan di ikuti dengan side dishes yang lain .
“ Morning everyone …” sapa Aireen .
“ Morning … mana kuihnya ?”
“ Dah kasi dengan Syam , kejap lagi baru hidang .” Aireen membalas pertanyaan bondanya .
Matanya mengerling Tengku Aiden , senyuman manis di berikan buat abangnya itu . Aiden menjungkitkan keningnya , pura – pura tidak mengerti dengan isyarat Aireen . Mereka menjamu selera dengan tertib dan berprotokol . Sudah menjadi kebiasaan buat mereka kerana telah dilatih sejak kecil lagi . Aiden gelisah memikirkan gadis yang berada di biliknya , mindanya giat berfikir tentang hajat gadis itu mahu bertemu dengannya . Nasi lemak yang di telan terasa bagaikan berpasir . Keberangkatan ibu bapanya tidak di rasai .
“ Abang !!!” Jerit Aireen sedikit kuat untuk mengejutkan abangnya daripada lamunan .
“ Kus semangat . Kenapa Aireen jerit ?”
“ Dah abang mengelamun . Abang ingatkan siapa ? Wait , let me guess ? Abang ingatkan Kak Aina Zulaika kan , betul tak ?” Aireen memberikan senyuman mengusik .
“ Biar arr… abang ingatkan siapa pun . Apa Reen kisah ?”
“ Sombong ekh … Nanti Reen tak nak cover abang lagi , biar ayahanda dengan bonda tahu . Padan muka abang kena sound .” Aireen menjelirkan lidahnya .
“ How is she ?” Aiden bertanya perihal Aina Zulaika .
“ Kakak ?” Tanya Aireen , Aiden mengangguk .
“ She looks a bit messy , mata sembab dan berair . Maybe tak cukup tidur tak pun ada big problem . Pity her .”
“ Kenapa kesiankan dia pula ?”
“ Reen tanya tadi , dia makan apa breakfast ? Dia jawab susu kotak and roti je . Nampak macam lari rumah pun ada . Dia bawa beg Nike tadi .” Aiden melangkah ke dapur , dia meminta butler menyediakan sepotong kek coklat dan sepotong kek cheese serta segelas jus oren . Aireen mengekori abangnya .
“ Abang nak makan lagi ke ?”
“ Tak lah . Untuk tetamu kita .”
“ Kenapa tak hidangkan nasi lemak sekali ?”
“ Zu tak makan nasi lemak , bau pun dia tak boleh . Dia cakap loya especially kari , langsung tak boleh bau even dari jauh .” Aiden tersenyum semasa bercerita perihal Aina Zulaika kepada adiknya .
“ Hemm … cakap tak de apa – apa ? Siap boleh describe sensitiveness akak lagi .” Kata hati Aireen . Butler mengangkat dulang mengekori tengku dua beradik . Terkocoh – kocoh dia meloloskan diri di dalam lif yang telah di masuki oleh Aireen dan Aiden itu .
South Wing ( Kediaman Aiden )
Setibanya mereka di South Wing , Aiden mengambil dulang tersebut dari butler mereka . Dia tidak mahu kehadiran Aina Zulaika di hebohkan . Kaki melangkah mendekati main hall South Wing sebelum menuju ke biliknya di tingkat atas . Reen menyoroti langkah abangnya . Sebaik sahaja pintu biliknya di kuak , Aiden mencari kelibat Aina di ruang menonton . Namun tidak kelihatan , Aiden melangkah ke bilik tidurnya . Sebuah beg kelihatan di sudut katilnya , mungkin Aina sedang mandi tebak hatinya .
“ Ai ….” Satu suara kedengaran sejurus pintu bilik mandi terkuak . Aina sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala . Tuala di letakkan di atas kerusi , Aina berjalan ke arah Aiden lantas tangan Aiden diraih dan di ciumnya .
“ Zu ….” Secara spontan Aiden mengucup dahi Aina . Reen yang baru muncul di muka pintu terpana dengan aksi tersebut .
“ Cakap tak de apa – apa ? Boleh percaya ke ? Entah apa mereka buat di Thailand , mustahil abang tengok je Kak Aina depan mata …” Desis hatinya .
“ Kenapa Zu cari Ai ? Zu nak kahwin lain ke ? Or …..” Aiden tidak sempat meneruskan kata – katanya Aina mencelah . Aina mengenggam tangan Aiden , Aireen pula sekadar memerhati pasangan tersebut .
“ I need your help . I need a shelter .” Air mata bergenang di tubir mata Aina .
“ But ….”
“ Please …. just for a week . Zu dah tak boleh fikir mana Zu nak pergi . Zu just nampak Ai je .”
“ Tapi esok Ai nak pergi holiday dengan adik – adik ….”
“ Abang … kita bawa Kak Aina sekali , lagipun Reen beli seat lebih satu . Kak Aina bawa passport tak ?” Aina mengangguk .
“ If like that , Zu ikut sekali . Boleh tenangkan fikiran yang serabut tu .” Aiden tersenyum . Entah mengapa hatinya tersentuh setiap kali melihat air mata gadis tersebut . Aina lantas memeluk Aiden , terhambur jua tangisannya di dada Aiden .
“ You owe me an explaination , dear . It’s ok , tell me later .” Bisik Aiden di telinga Aina . Aina memandang Aiden , air matanya disapu dengan ibu jari milik Aiden .
“ Abang cukup la bermanja sikit – sikit , nak lebih – lebih tunggu malam sikit . Kesian Kak Aina tak makan lagi .” Pipi Aina merona merah dek usikan adik iparnya itu . Aireen menarik tangan Aina ke ruang menonton untuk menjamu selera .
“ Pandai Aireen pilih kek ni . Mana Aireen tahu akak suka makan chocolate cake and cheese cake ?”
“ Abang yang pilih …”
“ You still remember my favourite ?”
“ Of course Ai ingat , 2 minggu kita bersama kan ….” Aiden tersenyum manis sambil mengenyitkan matanya kepada Aina .
“ Abang stop it , berbulu Reen tengok . Dah nikah 6 bulan pun still act macam pengantin baru.”
“ Ehh … memang kita orang pengantin baru apa . Fresh lagi ni , malam per ….” Aiden tidak dapat meneruskan kata – kata apabila Aina menyuapkan cheese cake ke dalam mulutnya . Aina menjeling .
“ Apa kena mamat ni . Benda macam tu pun nak cakap , tak malu langsung .” Kata Aina di dalam hatinya .
“ Betul ke abang and akak nikah terpaksa ? Tapi nampak macam love marriage je …”
“ Macam yang abang cerita dengan Reen , dulu . Memang kami ok before marriage , tiba – tiba kemesraan kami di salah ertikan .” Jelas Aiden .
“ Kami terperangkap . Wrong timing , tempat pun salah . Redha ajelah , kalau tak nikah orang kampung tak kasi keluar . Menyesal juga pergi kampung tu . If akak tahu , akak pilih pakej pergi Pattaya je . Ulat bulu ni lah ajak pergi kampung tu .” Keluh Aina .
“ Ulat bulu ?” Tanya Aireen .
“ Abang Aireen la , asyik terserempak dengan akak . Then mengayat orang , nasib baik akak tengah frust masa tu . So , akak tak layan sangat . Kita orang jadi kawan after abang Reen tolong bayar duit skirt akak , tertinggal dompet .” Aiden hanya tersenyum dengan pengakuan Aina itu .
“ Abang memang suka mengayat perempuan , akak . Tapi tak pernah serius , adalah serius sekali but perempuan tu nak kan duit abang je . Hampir nak kahwin dah . Lastly adik dia kat kampung cakap , akak dia main – main je . Nak kasi duit kat boyfriend dia , adik dia kesian dengan abang Aiden sebab tu dia cakap .” Panjang lebar ulasan Aireen .
“ Zaira ke ?”
“ Yup , how did you know it ?”
“ Abang Reen yang cakap dengan akak .”
“ Reen … go to your room . Biar Kak Zu rehat dulu , mesti dia letih dari Penang ke JB . Esok lagi lama duduk dalam flight . Jom , abang hantar Reen .”
“ Reen keluar dulu akak . Abang , jangan usik Kak Aina pula . Abang bukan boleh harap .”
“ Biar arr… abang usik pun , isteri abang . Lagipun dah halal , bukan luak pun kalau kiss sikit . Macam ni …” Aiden mencium pipi Aina . Tergamam Aina seketika . Aiden melangkah ke pintu menghantar adiknya pulang ke West Wing kediaman puteri tunggal tersebut .
BERSAMBUNG.......
Ala akak bile nak smbg cerpen ASS pt3? Tak sabar nak tahu ending die dah lame tggu -Deya
ReplyDeletesorry dik...lappy akak rosak a few months ago.semua karya hilang.. enjoy entry yg len dulu ekh... insyaallah akak usahakan....thanks 4 comment...
ReplyDelete