CERPEN: BIAR BETUL ! BENGKOK??
PART 5
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hubungan Anis dan Eirfan masih dingin. Eirfan dengan kerjayanya , Anis pula sibuk dengan pengajiannya. Nak exam lah katakan . Banyak juga design baju yang harus mereka siapkan . Ada kalanya mereka pergi pagi pulangnya malam semata – mata ingin menyiapkan rekaan terbaru . Walaupun begitu, Anis telah memasak terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk . Namun dia tidak mempedulikan waktu makannya sehinggakan Elia membebel kepadanya.
Semenjak dua tiga hari yang lepas kesannya mulai di rasa oleh Anis . Dia sering kali mengalami pening – pening tetapi dia tidak menghiraukan sakitnya. Baginya dia harus menyiapkan tugasannya. Hari ini dia akan bertemu dengan orang yang dia sayang. Telefon bimbit di lihatnya untuk memastikan ada mesej yang masuk. Elia seperti biasa akan menemaninya ke mana sahaja. Mereka bagaikan sepasang saudara kembar, kemana sahaja pasti berdua.
“ Hish… mana ni ? Tak kan tak sampai lagi? Naik segan aku tunggu kat tempat macam ni?” Omel hati Anis apabila orang yang di tunggu – tunggu tidak muncul lagi.
“ Anis, mana orangnya? Lambat lagi ke?” Tanya Elia.
“ Entah? Cakap on the way, tapi nak dekat 20 minit dah….” Anis menjawab.
“ Aku pergi tandas kejap. Nanti kau order set A untuk aku.” Elia bingkas bangun , dia melangkah ke tandas. Anis sekadar mengangguk. Kelibat Elia tidak lagi kelihatan. Anis menaip mesej lagi lalu di kirimkan kepada penerima.
“ Sayang… sorry sangat – sangat . Meeting baru habis … This is for you.” Sejambak mawar merah di hulurkan kepada Anis. Pandai Aidid memujuk hatinya . Senyuman Anis melebar.
“ Paksu… rindunya. Bila paksu simpan beard ni? Anis ingat Pak Arab mana tadi? Nasib baik nampak lesung pipit tu…” Anis berkata sebelum mencium bunga ros tersebut.
“ Paksu pun rindu juga dengan Anis. Anis datang dengan siapa?” Aidid menyoal.
“ Adik ipar, dia ke toilet sekejap. Suami Anis busy. Paksu … esok paksu datang rumah kita orang tahu? Anis masak.” Anis mempelawa paksunya.
“ Ok, je. Bolehlah paksu berkenalan dengan suami Anis…” Aidid menguntumkan senyuman.
“ Dah order ke?” Tanya Elia setibanya dia di meja tersebut. Anis menggeleng.
Mereka menjamu selera sambil bercerita perihal masing – masing . Elia pada mulanya agak kekok berbicara. Namun lama – kelamaan dia mula mesra apabila mengetahui Aidid hanya sebaya abangnya. Mereka dapat berkomunikasi dengan baik. Dari cerita Aidid, Elia dapat tahu serba sedikit tentang perkerjaan paksu sahabatnya itu. Rupa – rupanya Aidid merupakan seorang pensyarah muda di UKM. Kedatangannya ke Paris ini adalah untuk menyampaikan taklimat kepada pelajar – pelajar Malaysia yang dapat membuat praktikal di sini . Usai makan mereka bersiar –siar di sekitar Paris.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Anis aku nak pergi convenient store kejap. Nak beli stok pad, dah nak habis . Nanti jumpa kau di sana.” Bisik Elia di telinga Anis sebelum melangkah pergi . Aidid membelek – belek telefon bimbitnya.
“ Anis.. Aik, mana Elia?” Aidid bertanya apabila kelibat Elia tidak ada di situ.
“ Dia ke kedai kejap. Paksu nak jalan – jalan lagi ke?” Anis menyoal apabila kakinya mulai sengal.
“ Actually lagi 2 jam , paksu kena ikut students pergi lawat tempat praktikal . Paksu ingat nak balik rest sikit dekat hotel.” Aidid menjawab.
“ Kalau macam tu kita jumpa esok saja. Biar Anis tahan cab untuk paksu.” Anis bersuara. Kebetulan ada sebuah teksi yang melintas kawasan tersebut. Anis menahan teksi tersebut.
“ Paksu pergi dulu . Jumpa esok…” Aidid memeluk anak saudaranya itu. Anis membalas pelukan tersebut.
“ Bye, paksu…” Tutur Anis apabila pelukan mereka terlerai. Aidid memboloskan diri ke dalam teksi. Anis melambai – lambai sebelum menapak mencari Elia.
Tanpa di sedari Anis , sepasang mata memerhatikannya dengan perasaan marah yang terbuku di hati . Stereng kereta di tampar – tampar menggambarkan perasaannya yang panas hati dengan adegan sebentar tadi. Nasib baik lampu isyarat bertukar merah, kalau tidak dia belum lagi mengetahui skandal isterinya itu.
“ Tak cukup satu ! Hari tu dengan budak lain . Hari ni dengan Pak Arab mana pulak ?” Desis hati Eirfan dengan wajah yang semakin memerah. Panas hatinya dengan sikap Anis.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Paksu kau dah balik ke?” Elia bertanya.
“ Dah. Kejap lagi dia ada lawatan.” Jawab Anis mendatar. Dia letih.
“ Aku dah beli barang aku. Kau tak nak beli pad ke ? Buat stok…” Elia menyoal.
“ Tak , stok aku banyak lagi.”
“ Kalau begitu jom balik, tunggu apa lagi?” Ajak Elia.
“ Kejap, aku ada barang nak beli.” Ujar Anis.
“ Aku tunggu kau kat luar. Cepat sikit, katil aku dah panggil tu…” Elia bersuara.
“ Yelah.” Anis menapak ke ruangan menjual lotion badan . Dia ingin membeli lotionnya yang sudah habis 2 hari yang lalu.
“ Mana lotion yang aku selalu beli nih? Hah… dah jumpa…” Desis hati Anis sambil melihat jenama yang tertera di botol lotion tersebut. Tiba – tiba matanya tertancap pada sebuah kotak. Terngiang kembali kata – kata paksunya tadi.
“ Anis buat family planning ke?” Aidid bertanya apabila Elia melangkah ke bahagian lain untuk memilih cenderamata buat kenalan Aidid. Tugas Anis pula , memilih key chain.
“ Hahh…” Anis terkejut dengan pertanyaan paksunya, terhenti tangannya menilik key chain buat teman paksunya di Malaysia.
“ Bukan apa . Selalunya banyak students apply kaedah ni. Kata mereka senang nak fokus. Tapi jangan tolak pula kalau rezeki Allah nak bagi takut nanti tak de langsung….” Aidid sekadar mengingati anak saudaranya itu apabila teringatkan kes sahabatnya yang masih belum di kurniakan cahaya mata.
Tangan Anis memegang botol lotion tersebut . Otaknya ligat memikirkan sebarang kemungkinan. Lantas kalender kecil di dalam beg duitnya di teliti . Dia mengeluh tetapi akalnya menyangkal sangkaan itu. Antara mahu atau tidak Anis terpaksa menapak juga ke ruangan sebelah kirinya . Tangannya membelek – belek label yang tertera di situ. Pregnancy Test Kit.
“ Banyaknya pilihan…. Yang mana satu accurate nih?” Musykil Anis di buatnya.
“ Aku ambik yang ni lah. Senang … ada tulis Pregnant or Not Pregnant. Siap ada berapa weeks lagi….” Omel Anis sebelum mengambil kotak tersebut . Dia menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.
“ Apasal lambat sangat?” Elia menyoal setelah Anis keluar dari kedai berkenaan.
“ Aku pilih ni. Nah , aku beli ni untuk kau. Makanlah…” Anis menghulurkan ais krim kepada sahabatnya itu.
“ Tahu – tahu je, aku nak makan benda ni.” Elia mencapai huluran dari Anis. Mereka pulang ke rumah dengan menaiki teksi.
BERSAMBUNG...........
No comments:
Post a Comment