mawar putih

mawar putih

Monday, 25 March 2013

CERPEN:BIAR BETUL! BENGKOK??

CERPEN : BIAR BETUL ! BENGKOK??
PART 1
“ Anis, kau kena tolong aku. Aku tak tahu dengan siapa lagi aku nak minta tolong . Anis, please….” Rayu sahabat baik Anis , Elia .
Wait…tolong apa? Cuba kau bertenang sikit . Serabut aku tengok kau nih.” Anis menngipas- ngipas wajahnya dengan tuala muka.
“ Abang aku, dia kena kahwin paksa . Mama dengan papa aku dah carikan calon untuk dia.” Elia memberitahu rakannya.
“ Baguslah macam tu. Bolehlah dia belajar jadi straight ….” Anis tertawa kecil sebelum meneguk air mineral yang di bawanya . Haus , maklumlah baru lepas berjogging.
“ Anis!!” Marah Elia.
“ Betul apa aku cakap ? Abang kau kan ….. Tapi.. boleh ke dia kahwin ?” Tawa Anis meletus lagi sampai tersembur air yang di teguknya. Anis memang pantang dengan lelaki spesies lembut ni . Memang mereka nampak baik , sopan tapi sebagai lelaki mereka haruslah berperwatakan seperti lelaki.
“ Aku tahulah kau allergic dengan lelaki lembut. Tapi ..abang aku bukan lembut yang kategori suka kaum sejenis.” Elia mempertahankan abangnya .
“ Ehh … kau datang sini just nak bagi tahu aku tentang abang kau ke ? Bila langsungnya ? Aku teringin juga nak tengok pengantin perempuan yang malang tu…” Anis senyum sinis . Pengalaman hidupnya membuatkannya tidak suka akan lelaki lembut . Sedih apabila teringat akan neneknya di kampung apabila di pulau oleh masyarakat setempat . Semua ini gara – gara pakciknya yang songsang. Semenjak kejadian hitam itu seluruh keluarga membuang pakciknya kerana menyebabkan datuknya meninggal dunia akibat di serang penyakit jantung.
“ Aku nak kau jadi isteri abang aku…” Tulus pengakuan sahabatnya itu. Elia mahu Anis yang menjadi pendamping abangnya daripada dia mendapat kakak ipar yang kerek, baik lagi Anis yang suka berterus terang. Tersedak Anis di buatnya , merah mata Anis menahan pedih di dadanya . Elia menepuk perlahan belakang sahabatnya.
“ Kau … kau.. Kenapa aku ? Ke , kau mainkan aku ?” Anis merenung tajam sahabat baiknya itu .
“ Aku serious… kawan. Aku nak kau , jadi kakak ipar aku. Bukannya si kerek Linda tu. Dahlah seksi nak mampus , berlagak ayu pulak tu . Menyampah aku . Apa yang mama dengan papa aku nampak dekat si Linda tu pun aku tak tahu ?” Luah Elia .
“ Aa…. Aa… Aku?”Anis menuding jari ke arah dirinya sendiri. Anis seakan - akan tidak percaya dengan kata – kata sahabatnya itu .
“ Kaulah , siapa lagi? Aku cuma percayakan kau je. Aku yakin kau dapat ubah abang aku tu.” Elia meneguhkan bicaranya .
“ Owh no… no ..no … Aku tak mahu . Kau tahukan , aku kalau jumpa dengan mamat jambu tu selalu je berperang . Apa kau sanggup tengok aku dengan abang kau tiap – tiap hari bergaduh ?” Anis memberi alasan . Geli – geleman Anis membayangkan Nazrin Eirfan menjadi suaminya.
“ Anis … tolonglah…. Aku tahu kau boleh buat. Aku sayang abang aku . Aku takut kalau dia kahwin dengan Linda. Linda just mainkan dia, aku takut dia kecewa lagi …Parents aku kasi tempoh seminggu dekat abang aku ,diaorang suruh dia tunjukkan calon sendiri. If dia tak nak kahwin dengan Linda .”
“ Masalahnya …. Aku tak ada perasaan dengan abang kau. Walaupun sekecil- kecil zarah . Aku tak bolehlah nak mengadap muka abang kau 24/7 .” Luah Anis.
“ Anis … aku minta dengan cara baik kau tolak. Sekarang aku tak kira, aku nak kau bayar hutang kau secepatnya.” Elia sengaja mengungkit perihal dia menderma darah kepada Anis setahun yang lalu. Anis mengalami kekurangan darah apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkannya terpaksa menangguh pengajiannya selama satu semester.
“ Elia… sampai hati kau buat begini dengan aku . Macam mana aku nak bayar hutang kau, tak kan kau nak aku toreh lengan aku kot?” Sebak Anis menuturkan kata – kata.
“ Aku just minta kau jadi isteri abang aku. Aku sayangkan kau, aku sayangkan abang aku. Aku nak sangat tengok dia normal macam dulu , sebelum si minah saleh tu tinggalkan dia. Aku tahu kau still minat abang aku kan ? Tapi kau start menyampah dekat dia, bila dia terpengaruh dengan kawan – kawan sotong dia kan ?” Elia memegang tangan Anis .
“ Memang aku minat dia. Tapi itu dulu, zaman remaja. Sekarang.. aku tak bolehlah nak berdepan dengan dia. Geli , kau tahu? Lagipun aku nak buat apa? Manalah aku tahu nak straightkan orang? Aku bukannya lelaki …” Anis bersuara .
“ Pasal tu aku akan bantu kau. Kau jangan risau, kita sama – sama akan berusaha supaya abang aku normal kembali. Besar pahalanya kau tolong hamba yang memerlukan. Lebih -lebih lagi menghindarkan seseorang daripada melakukan perkara mungkar.” Elia berhujah untuk menyakinkan Anis .
“ Banyak cantik kau , aku yang merana nanti…” Anis menunjal dahi rakannya itu , perlahan.
“ Aku memang cantik, tengoklah adik siapa? Untung kau dapat abang aku yang handsome , baik ,chef pulak tu. Pakej lengkap, berasaplah dapur kita tiap – tiap hari.” Ujar Elia .
“ Hoi, cik adik… selama ni dapur kita tak berasap ke ?” Anis menjeling.
“ Berasap tu memang berasap tapi…” Elia membuat mimik muka.
“ Sekarang kau nak cakap aku masak tak sedap ke? Tapi aku tengok licin juga kau bedal.” Anis senyum sinis , Elia tersengih – sengih.
“ Ok, kawan kira jadilah ni. Happynya aku…”
“ Siapa cakap aku setuju?” Anis bersuara .
“ Macam mana pun kau mesti setuju. Aku dah atur semua, hujung minggu ni korang kahwin.” Tutur Elia sebelum dia bangun dari duduknya, kakinya melangkah ke tempat letak kereta .
“ Woi!! Mana boleh main paksa – paksa. Aku tak nak… Elia… Elia…” Anis memanggil rakannya sambil mengejar dari belakang.

BERSAMBUNG......

No comments:

Post a Comment