mawar putih

mawar putih

Thursday, 28 March 2013

CERPEN: BIAR BETUL ! BENGKOK ??(PART 2)

CERPEN: BIAR BETUL ! BENGKOK??
PART 2
“ Apa aku nak cakap dengan parents diaorang ni… Ni semua Elia punya pasal? Ish… geramnya…” Desis hati Anis .
“ Anis, apa kau tercegat lagi. Cepatlah , mama dengan papa nak jumpa kau…” Elia menjengulkan kepalanya di muka pintu . Manis rakannya itu berbaju kurung biru sedondon dengan abangnya.
“ Aku takutlah… How if , parents kau tahu yang kitaorang just pretending?” Anis bertanya.
“ Anis..confident dengan diri kau . Buat yang terbaik if not bermadulah kau dengan Linda tu….” Sengaja Elia menakut – nakutkan sahabatnya itu .
“ Tak nak aku bermadu… Jom, aku dah ready…” Anis segera melangkah ke ruang tamu. Elia tersenyum lebar.
“ Sayang… tapi tak nak mengaku…” Desis hati Elia.
“ Assalamualaikum…mama dengan papa sihat ?” Anis memberi salam sebelum menyalami kedua – dua mertuanya . Eirfan terpesona dengan penampilan isterinya itu. Cantik . Ini merupakan pertama kali dia melihat rambut isterinya sejak bergelar suami isteri seminggu yang lalu.
“ Alhamdulillah sihat . Dah lama ke Anis dengan Eirfan bercinta ?” Ibu mertuanya bertanya.
“ Habislah …macam tak suka je dengan aku…Yang minah gedik ni apasal pulak menempel dekat laki aku? Ni yang buat aku angin ni…” Desis hati Anis .
“ Aah.. bila you bercinta dengan baby I?” Linda turut bersuara . Geram dia apabila mendapat tahu Eirfan sudah berkahwin di Paris .
Almost …. Abang … how long we fall in love before end up with marriage?”  Lunak suara Anis bertutur sebelum dia memboloskan dirinya di antara suaminya dan Linda . Dia duduk di sebelah suaminya sebelum memegang lengan Eirfan . Elia hanya tersenyum melihat gelagat rakannya itu .
Almost 2 years.” Eirfan menjawab dengan tenang. Pinggang isterinya di paut kemas. Anis hairan melihat suaminya itu . Tutur bicara Eirfan tidak lagi lembut , gayanya juga telah berubah. Leka dia menilik wajah suaminya itu.
“ Ahli keluarga Anis dah tahu ke pasal ni?” Tanya bapa mertuanya .
“ Sayang… papa tanya tu? Manjanya …sayang abang ni… Dah , jawab soalan papa tu…” Eirfan mencium pipi isterinya untuk menyedarkan Anis dari merenung wajahnya.
Sorry… papa , mama. Anis baru sedar abang shave beard dia. Selalu suruh tak buat pun. Papa tanya apa tadi ?” Merona merah wajah Anis , dia malu. Nasib baik ada idea nak backup tenung anak teruna orang .
“ Bila pulak abang aku ada beard ??” Elia berkata di dalam hatinya.
“ Pekak rupanya you ni . Uncle tanya , ahli keluarga you dah tahu ke pasal ni?” Bengang Linda apabila melihat adegan mesra pengantin baru tersebut .
“ Aku tangan juga budak Linda ni.” Elia bermonolong sendirian di dalam hati .
“ Sudah papa . Anis dah beritahu nenek tentang hal ni.” Jawab Anis .
“ Nenek you nak buat apa? Maksud uncle , mak bapak you? Soalan senang pun tak faham?” Linda bersuara lagi dengan nada yang agak tinggi.
“ Ehh… kau kenapa? Ada papa aku minta kau terjemahkan?” Marah Elia. Dia tidak dapat bersabar lagi dengan sikap Linda .
“ Elia …cukup. Sebenarnya papa, parents Anis dah lama meninggal. So, selama ni neneknya yang tolong jagakannya.” Tenang Eirfan  berbicara .
“ Patutlah pun out dated . Pathetic..” Sinis sekali tutur Linda dengan mimik mukanya yang minta penampar.
“ Memang saya sangat kasihan. Tapi , saya bersyukur saya dapat menjadi orang berguna. Walaupun saya membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa , saya di didik dengan baik oleh nenek saya. Ajaran agama masih menebal dalam diri saya , santunnya ada dalam bicara meskipun dikelilingi oleh orang asing.” Berhemah tutur Anis . Kali ini Eirfan pula yang kaku melihat isterinya .
“ Ambik kau . Siapa suruh jolok sarang tebuan? Kan dah kena sengat…” Kata hati Elia sambil tersenyum lebar. Rakannya berjaya membuatkan si rambut blonde tiruan ini terdiam seribu bahasa .
“ Anis ambil kos yang sama dengan Elia ke ?” Tanya ibu mertuanya dengan nada yang lembut.
“ Hemm… sama .” Jawab Anis .
“ Jadi siapa masak ? Eirfan?” Sesi soal jawab dengan ibu mertuanya belum selesai.
“ Mana ada abang Eirfan yang masak. Abang Eirfan bukannya reti masak Malay Cuisine . Yang dia tahu buat pastries je… Selama ni pun Anis yang masakan untuk kami .” Elia menjawab bagi pihak rakannya.
“ Eirfan !! kalau nak tenung menantu papa pun , buatlah dalam bilik. Nanti  kami tak sempat rasa masakan Anis pulak. Sebab tukang masaknya kena kidnap dengan chefnya .” Bapa mertua Anis ketawa kecil melihat anaknya itu. Mamanya sekadar tersenyum mendengar kata– kata dari mulut suaminya.
“ Biarlah papa… Elia kan ada . Lagipun , Anis dah hidang tadi.” Jawab Eirfan dengan selamba. Anis pula yang malu dengan kata – kata suaminya itu.
“ Tak boleh , tetamu kena di layan dengan elok. Tapi tak apa, nanti papa taja honeymoon korang .”
“ Elia nak ikut juga papa….” Elia mencelah, takut dirinya di tinggalkan keseorangan di bumi Perancis ini.
Everythings untuk puteri papa. So, sekarang kita dah boleh makan ke tuan rumah?” Tanya papa mereka.
“ Boleh sangat papa… Lagi cepat lagi bagus , lepas ni boleh berehat pula…” Tutur Eirfan.
“ Mendalam sungguh maksud tuan rumah ni….” Papanya tertawa lagi. Dia gembira melihat kebahagiaan anaknya itu.
“ Untuk masa depan…” Jawab Eirfan dengan senyuman di bibir. Papanya menepuk bahunya sambil menaikkan ibu jarinya . Thumbs up.
            ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kau tahu tak apa maksud papa dengan abang aku tadi?” Soal Elia kepada Anis . Mereka sibuk mencuci pinggan magkuk untuk makan malam tadi.
“ Apa?”
“ Betul kau tak tahu?” Elia menyoal kembali.
“ Tak. Tapi aku musykil kenapa abang kau tiba – tiba je boleh jadi keras. Kau kasi dia pil kuda ke ?” Anis tertawa kecil apabila melihat wajah masam rakannya.
“ Mana ada? Aku kasi motivate je dekat dia. Kau sengajakan kenakan aku?” Elia merenung wajah Anis.
“ Manalah tahu,  kau kan unpredictable…” Anis berseloroh.
“ Kejap kau, mengata aku ye?” Desis hati Elia .
“ Ok , aku mengaku.” Elia mengangkat tangannya tanda menyerah.
“ Apa? Kau voodoo kan dia ke ?” Tanya Anis . Wajahnya teruja ingin tahu kebenaran.
Even better . Aku suruh dia telan pil peransang . Aku beli dekat drug store tengah hari tadi. Tu yang cakap merapu dengan papa tadi.” Elia berkata sekadar menyakat Anis .
What? Kau dah gila ke?” Anis mula gelabah . Jika dia tahulah ini akan terjadi , dia sanggup terima suaminya yang lembut itu daripada suaminya yang normal. Bahaya betul.
Relaxlah , kau kan isteri dia…” Elia semakin giat mengusik rakannya itu.
 No. Aku tak nak , aku tak sedia lagi .”Anis bersuara.
“ Tak pe, kalau dia ngap kau. Kau ngup dia balik. Its biological reaction, normal lah tu. Nama pun suami isteri .” Elia ketawa kecil. Anis menjeling tajam.
“ Aku tak nak. Kalau ya pun tunggulah sampai dia normal dulu. Aku tak kira, aku nak tidur bilik kau malam ni.” Tutur Anis.
“ Mana boleh, bilik aku ada Linda. Kau tidur je lah bilik abang, lagipun bukan orang lain suami kau juga.” Elia menahan tawa melihat reaksi sahabatnya itu.
“ Aku tak nak. Aku tidur ruang tamu je lah malam ni.” Anis membuat keputusan drastik.
“ Ehh.. jangan. Buatnya si Linda tu terjaga nak minum air, rosak pelan kita. Itu tak pe lagi, buatnya dia masuk bilik abang ganti kau. Mahu bergegar rumah ni dengar jeritan mama. Confirm kau dapat madu .” Elia membuat andaian.
“ Habis aku nak buat apa?” Anis hampir menangis, matanya bergenang dengan air mata.
“ Anis … kau menangis ke ? Anis….” Elia memanggil sahabatnya apabila Anis mula menundukkan wajahnya. Terdengar sendu dari bibir Anis.
“ Anis.. aku main – main je. Aku tak kasi apa – apa pun. Aku tipu kau je… Sorry kawan…” Elia memohon maaf. Bahu Anis di goncangnya perlahan.
“ Kau jahat …” Anis mengangkat kepalanya dia memandang Elia dengan perasaan geram. Dia menampar lengan sahabatnya itu. Sendunya masih bersisa.
“ Elia, buatkan abang kopi.” Tiba- tiba Eirfan mencelah sambil menuju ke dapur. Anis tidak sempat mengelap air matanya. Eirfan yang melihat wajah duka isterinya kaku di situ.
Wrong timing ke, aku? Sesi luahan perasaan agaknya? Tapi kenapa dia menangis?” Desis hati Eirfan. Anis mengelap air matanya sebelum mengambil mug di rak cawan. Tangannya lincah membancuh kopi buat suaminya.
“ Anis … biar Elia je yang buat…” Tutur Eirfan tetapi Anis lebih pantas, dia telah pun mengacau kopi tersebut sebelum menghulurkan mug tersebut kepada Eirfan.
“ Kopi…” Anis bersuara. Matanya masih merah.
“ Emm..sedap. Kenapa kau….” Kata – kata Eirfan terbantut apabila Elia segera bersuara.
“ Linda.. Kau buat apa kat sini?” Elia menegur Linda yang sedang menapak ke arah mereka bertiga. Semua mata tertumpu kepadanya.
“ Masyaallah ,baju apa yang dia pakai ni. Seksa nak mampus. Kuat gila bau perfume.” Omel hati Anis. Entah mengapa tiba – tiba tangan Anis menyentuh pipi suaminya, dia mengalih pandangan Eirfan daripada melihat Linda.
Baby… cantik tak I?” Linda mendekati Eirfan, dia duduk sambil menyilang kaki . Eirfan tidak mempedulikan Linda, dia asyik memerhatikan isterinya. Mindanya ligat memikirkan kenapa isterinya mengalihkan pandangannya? Cemburu kah?
Baby….” Linda melentokkan kepalanya di bahu Eirfan . Eirfan tersedak , terkejut dengan tindakan Linda. Tersembur air yang di teguknya tadi.
Baby… ok ke? Kopi ni tak sedap ke ? Siapalah yang bancuh? Pahit. Tak pe, biar I yang bancuhkan untuk baby….” Linda berkata . Linda meneguk sedikit air kopi tersebut. Anis dan Elia menjeling Eirfan apabila Linda mengelap mulut Eirfan dengan tisu.
“ Linda … no need. Kopi ni sedap je. Memang dekat sini kopinya pahit sebab no sugar added. Just coffee and cream.” Eirfan menjawab sambil menepis tangan Linda yang sibuk singgah di bibirnya. Anis dan Elia masih memandang Eirfan dengan perasaan tidak puas hati. Mengapakah Eirfan masih mahu menjawab dengan baik? Tidak menyampahkah dia dengan aksi Linda itu?
“ Lebih baik kau bawa abang aku masuk bilik. Kalau di biarkan, alamatnya habis abang aku ternoda . Kena gesel dengan minah gedik ni.” Bisik Elia kepada Anis. Hampir tertawa Anis dengan butir bicara sahabatnya itu. Anis mula bertindak.
“ Abang…. Dah lewat ni, jom masuk.” Tutur Anis dengan lembut , dia mencapai tangan suaminya sebelum menarik tangan tersebut supaya mengikutinya.
“ Hahh…” Eirfan terkedu dengan tingkah Anis. Liur di telan tetapi kakinya tetap melangkah menuruti isterinya. Tiga langkah . Dia berhenti apabila dapat memproses reaksi Anis itu.
“ Sayang ….”Eirfan memanggil lembut.
“ Hahh…” Giliran Anis pula tergamam mendengar ucapan Eirfan itu. Tidak semena – mena tubuhnya terasa terangkat . Eirfan telah pun mencempung tubuhnya sebelum meneruskan langkahnya ke kamar.
Love is in the air…” Elia berkata . Senyumannya melebar. Dia sengaja mahu menyakitkan hati Linda. Linda pula bengang dengan pasangan tersebut.
You bila nak tidur?” Linda bertanya. Hanya itu je soalan yang terlintas di fikirannya. Otaknya tidak dapat berfungsi setelah melihat kemesraan tersebut. Hatinya terasa menggelegak. Serupa air panas sudah.
Hello, Cik Linda. Kalau kau nak tumpang katil aku , baik kau tukar pakaian yang sopan sikit. Kalau tak jangan salahkan aku if aku  suruh kau tidur luar . Ruang tamu ni keras sikit .” Elia mengertak Linda sebelum dia menuju ke biliknya. Linda mengikuti Elia . Penakut rupanya si gedik ni.

BERSAMBUNG.......

No comments:

Post a Comment