NOVEL: SUAMIKU 'STUDENT' KU
BAB 3
Hampir seminggu sejak pertemuan pertamanya dengan Cik Syifa tempoh hari . Kini dia tidak lagi tinggal di apartment yang disewanya bersama rakan – rakan yang berada kerana dia tidak mampu membayar sewa bilik yang tinggi . Nasibnya baik kerana sahabat baiknya , Haikal membenarkan dia menumpang dirumah sewa rakannya itu . Walaupun apartment Haikal tidak semewah apartmentnya dahulu , dia tetap bersyukur meskipun dia berkongsi bilik dengan Haikal. Dia mesti segera menemukan pekerjaan , jika tidak dia harus berlapar . Telefon di capai , Iskandar mendail nombor Syifa .
“ Hello .”
“ Hello , who is this ?” tanya Syifa .
“ Cik … Saya Iskandar . Cik dah dapatkan kerja untuk saya tak ?”
“ Owh … Iskandar . Beginilah Is , kita jumpa esok pukul 11 pagi dekat pejabat saya .”
“ Ok .”
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Syifa melipat telekungnya selepas dia mengerjakan solat sunat Istiqarah , dia bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi petunjuk kepadanya . Selama 3 hari dia menyiasat latar belakang Iskandar , ternyata Iskandar merupakan anak kepada penaja utamanya untuk melanjutkan pengajian di peringkat ‘master’ dan juga anak sahabat baik arwah daddynya . Dia memperolehi biasiswa tajaan syarikat milik bapa Iskandar iaitu Dato Johan yang menerajui syarikat pembinaan terkemuka di Malaysia . Pada mulanya Syifa keliru , setahunya uncle hanya ada seorang anak yang sebaya dengan Abang Yus kerana setiap kali Abang Yus pulang dari asrama uncle pasti menghantarnya bersama anaknya itu .
“ Tapi Iskandar … Jangan – jangan anak bini nombor dua kot . Lagipun uncle tak pernah bawa Is pun mai rumah asyik bawa Abang Nazir ja .” Tebak Syifa didalam hati .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sepatutnya dia mula berkerja dengan syarikat tersebut apabila tamat tempoh pengajiannya tetapi dia meminta penangguhan kerana dia menerima tawaran untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD . Syifa sudah nekad untuk membantu Iskandar walaupun serba salah memikirkan tindakan Dato Johan terhadap Iskandar supaya belajar berdikari . Dia teringat kata – kata Dato Johan sebulan yang lalu ketika mereka bertemu di universiti .
“ I wish you are my daughter . Boleh juga tolong uncle .”
“ Insyaallah uncle . Habis ja PhD , Syifa kerja dengan uncle . Uncle mai holiday ka ?” Syifa tersenyum .
“ Taklah . Masalah anak . Dahlah anak sorang tu ja . Dia buat perangai pulak .” Luah Dato Johan.
“ Owh … biasalah uncle orang muda .”
“ Muda apanya , time uncle dulu umur sama macam dia uncle dah kawin tau . Dah tau erti tanggungjawab , uncle tau macam mana nak bahagi masa study dengan family . Tapi dia …. Harap – harap dia insaf dan belajar dari kesilapan .” Dato Johan menghirup kopi yang disediakan oleh Syifa .
“ Dah la tu uncle . Syifa doakan dia berubah jadi orang yang bertanggungjawab . Amin .” Syifa tersenyum sambil mengaminkan doanya tadi .
“ Amin . Harap – harap doa Syifa di makbulkan .” Dato Johan tersenyum . Mereka berbual agak lama tentang projek yang diterajui oleh syarikat mereka . Syifa mengeluarkan sketch contoh untuk projek rumah mewah yang berkonsep moden . Dia menerangkan dengan terperinci tentang ideanya .
“ So , macam mana uncle ?”
“ Uncle suka design rumah ni . Nanti uncle kemukakan dalam meeting . Tapi satu ja uncle tak suka ….”
“ Apa dia , uncle ?” Syifa mengelabah .
“ Syifa , stop calling me uncle ,” saran Dato Johan .
“ Habis tu nak panggil apa ?”
“ Call me , papa .”
“ Tapi …”
“ Tak dak tapi – tapi lagi . Syifa kan tahu papa tak dak anak pompuan , lagipun Syifa anak kawan baik papa . Papa dengan arwah daddy Syifa dari sekolah menengah lagi kami rapat . Masa kamu kecik lagi lagi papa nak bela kamu tapi Mak Lang kamu lebih berhak .”
“ Baiklah , uncle .”
“ Tengok dia panggil uncle lagi .” Wajah Dato Johan mencuka .
“ Sorry , papa .” Syifa mengukir sebuah senyuman .
“ Pasal projek tadi , papa rasa dalam masa 3 tahun dah siap rumah tu . Kalau design Syifa dapat majority vote and rumah – rumah tu sold out , papa hadiahkan satu dekat Syifa .”
“ Really ?”
“ Betullah , ingat papa main – main ka ?”
“ Thanks ,” ucap Syifa sambil tersenyum lebar .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dato Johan tersenyum sendirian mengenangkan Syifa . Baginya Syifa amat sesuai di gandingkan dengan anak tirinya , Ahmad Nazir . Lagipun anak tirinya merupakan rakan kepada abang sepupu Syifa , Yusri . Walaupun sekarang Syifa telah menjadi anak angkatnya tetapi hatinya mahu Syifa sentiasa kekal disamping keluarganya . Jadi dia mahu menjodohkan Syifa dengan anak tirinya yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri .
BERSAMBUNG............
Best smbg lagi suke sgt cite akak
ReplyDeleteinsyallah... ada sambungannya... thanks 4 reading
ReplyDelete