CERPEN : DIAKAH DI HATIKU?
(PART 4)
(PART 4)
DHZ Holdings Annual Grand Dinner
“Aira , I’m sorry . Fir just nak uji Aira je , kenapa Aira kahwin dengan orang lain ? Aira please tinggalkan suami Aira , Fir tahu Aira masih cintakan Fir . Kita lari before majlis esok berlangsung please sayang …” Firdaus meluahkan hasrat hatinya . Hana pula hampir lemas , mulutnya di tekup oleh Firdaus dengan tangan . Tercungap – cungap Hana dibuatnya apabila tangannya dilepaskan .
“ Let me go Encik Firdaus !!! Antara kita dah tak de apa – apa . Nothing . Zero . Fullstop . Lelaki macam kau ni tak layak di cintai , kalau tak mesti kau boleh tunggu keputusan aku . Kau yang melampau , you go over board . Kau tega buat macam tu , kau tanggung sendiri . Aku dah ada penawar untuk luka yang kau toreh ni . Go away . Aku tak nak tengok muka kau lagi , baik kau berambus sebelum aku menjerit .” Kata – kata Hana meletuskan sikap panas baran Firdaus yang selama ini terpendam .
Firdaus menolak tubuh Hana ke dinding sebelum cuba untuk mencium wajah Hana , Hana mengelak menyebabkan Firdaus menampar pipi gebu itu . Merah pipi Hana dek tamparan Firdaus , Hana meronta – ronta agar tubuhnya di lepaskan Firdaus . Namun hampa, Firdaus semakin berani . Dia memeluk tubuh Hana , kejap . Kini , bibir merah Hana menjadi sasarannya .
Hana yang sedar akan niat Firdaus menghentak kasut tingginya ke kaki Firdaus . Rangkulan Firdaus terungkai , Hana melarikan diri . Taubat lepas ini dia tidak akan ke toilet bersendirian , menyesal tidak membenarkan Dean menemaninya tadi . Sendu mula terbit , air matanya bercucuran . Semakin lama , semakin kuat tangisannya . Hana terlanggar seseorang , tubuhnya di raih ke dalam pelukan supaya tidak terjatuh .
“ Sayang …. Kenapa nangis ni ? Pipi Hana kenapa ? Tell me sayang …”
“ Abang …” Hana sebak , lantas di peluk tubuh suaminya itu . Air mata semakin lebat berguguran .
“ Sayang …. What happened ?” Dean bertanya , risau dia melihat keadaan isterinya . Firdaus sampai di tempat pasangan tersebut , sakit hatinya melihat mereka berpelukan . Dia menghampiri pasangan tersebut , Hana menyedari renungan Firdaus . Cepat – cepat Hana berlindung di belakang suaminya . Dean terkejut dengan reaksi Hana itu , seolah – olah Firdaus telah berbuat perkara buruk terhadap isterinya .
“ Aira …ikut Fir kalau tak Fir paksa . Fir tak kira , Fir nak Aira juga .” Firdaus menghampiri Hana tetapi tubuh Dean menghalang . Hana sempat memberitahu Dean bahawa Firdaus mengasarinya . Darah Dean turut menyirap , siapa Firdaus nak menghukum Hana ? Wanita bukan untuk di kasari tetapi di hormati .
“ Kurang ajar !!! Kau tak layak buat begitu dengan isteri aku .” Dean menumbuk muka Firdaus , Firdaus jatuh terduduk .
“ Aku bercinta dengan dia dulu , aku kekasih dia sebelum kau rembat dia . Kau sebenarnya penghalang cinta kami . Mungkin kami dah kahwin kalau kau tak potong jalan aku !!!” Terlupa sejenak yang dia bercakap dengan CEOnya .
“ Aku peduli apa , Hana isteri aku yang sah . Dia milik aku , aku cinta dia dari kecil lagi . Hana pun cintakan aku . Kau tak bermakna apa – apa dalam hidup Hana . Faham !!!”
“ Aira …. Aira cintakan Fir kan ?” Firdaus bertanya kepada Hana . Hana memicit kepalanya yang semakin berdenyut, pandangannya kabur.
“ No , I’m not .You just tempat persinggahan before I’m reaching the destination .” Tutur Hana . Ngilu rasa hati Firdaus dek bicara Hana tadi , seolah – olah rasa cinta sebelum ini tidak pernah wujud di hati Hana .
“ Kau dah dengar kan jawapannya ? Baik kau blah sebelum aku kasi sebijik lagi penumbuk .” Gertak Dean .
“ Aira , please….” Firdaus merayu . Baginya masih ada rasa cinta Hana buat dirinya.
“ My husband is my future . You are nothing .” Hana sempat menjawab sebelum tubuhnya melorot . Dean memeluk tubuh isterinya itu dari menyembah bumi .
“ Sayang!!!” Bergema suara Dean memenggil Hana . Firdaus melarikan diri apabila kelibat beberapa orang kelihatan . Entah mengapa dia merasa takut dan bersalah dengan tindakannya .
BERSAMBUNG........
No comments:
Post a Comment