MINI NOVEL: CINTA SEGERA.....
PART 2
South Wing ( Kediaman Aiden )
“ Assalamualaikum , akak …” Reen memberi salam . Sebuah dulang berisi beef steak di tatangnya berserta minuman .
“ Waalaikumusalam . Buat susah kan Reen je .”
“It’s ok , akak .”
“ Abang mana ?” Tanya Aina .
“ Dia dengan Zahran kat East Wing . Tengok bola . Akak tidur pakai baju ni ke ?” Aireen memerhati penampilan kakak iparnya .
“ Ini je akak ada . Tak sempat packing baju pun , terus ke sini lepas akak balik dari kenduri kahwin kawan dekat Sabah .”
“ Akak makan dulu , Reen balik bilik kejap nak ambil hadiah kat akak .”
West Wing ( Kediaman Aireen )
Pintu almari di tolak perlahan , beberapa kotak di selongkar oleh Aireen untuk mencari hadiah buat kakak iparnya . Baju yang di kirim olehnya semasa rakannya bercuti di New York sebelum bulan Ramadhan yang lalu . Hadiah yang sesuai buat kakak iparnya . Aireen tersenyum melihat hadiah tersebut sebelum melipat baju tersebut lalu di letakkan ke dalam kotak tadi . Terngiang – ngiang kata abangnya pagi tadi .
“ Betul ke abang dengan akak tak pernah …… You got what I mean , right ?”
“ Betullah , tak sempat pun . Kak Zu ABC . Kalau tak , dah lama abang ngap ….”
“ Eii… abang ni tak senonoh betul . Miang ….”
“ Miang apanya , Kak Zu isteri abang . Lagipun mana ada kucing tak makan ikan , tambahan pula dah halal . Sah – sahlah dup – dap , dup - dap je jantung ni .”
Kaki Aireen melangkah ke South Wing dimana kediaman abangnya terletak . Senyuman manis terukir di bibirnya . Beg make – upnya turut di bawa sekali . Hatinya gembira melihat keceriaan yang terpancar di wajah abangnya . Walaupun baru berjumpa dengan kakak iparnya , dia berasa senang dengan sikap Aina .
South Wing ( Kediaman Aiden )
“ Akak … where are you ? Reen ada hadiah nak kasi .”
“ Akak dalam bathroom , kejap .”
“ Akak mandi ke ?” Aireen bertanya sejurus Aina keluar dari bilik air .
“ Aah … baju akak terkena black pepper sauce tadi . Alang – alang cuci baju , akak mandi terus. Tapi tak hilang pula kesan tadi , guna sabun mandi je .”
“ Kenapa susah – susah , letak je dalam bakul esok maid ambil .”
“ Reen lupa ke , akak kan fugitive . Nanti ketahuan pula .” Aina membuka begnya , dia menarik sehelai t-shirt dan track bottom .
“ Lupa . Nanti akak kasi Reen baju kotor tadi . Akak simpan baju akak tu , Reen ada baju untuk akak from NY .” Aireen menghulurkan kotak yang berisi baju tidur tersebut kepada Aina dengan senyuman . Aina mencapai kotak tersebut lalu menarik keluar baju tersebut . Terlopong mulut Aina melihat baju tersebut . Baju tidur satin yang nipis , terdedah di dada . Warna pink lembut , singkat paras peha .
“ You want me to wear this ? Ohh .. no , I won’t wear this .”
“ Akak please …. Kejap je . It likes pyjamas party . Just two of us , girls talk . Please …”
“ Ok , kejap aje tahu .” Aina menyarungkan baju tidur tersebut di dalam bilik air . Malu benar melihat penampilan dirinya kini . Tidak pernah dia berpakaian sesingkat ini , walaupun dia pernah tidak bertudung dulu .
“ Akak lama lagi ke ?”
“ Give me few second .” Pintu bilik air di kuak , terpancul lah tubuh Aina di sebalik pintu .
“ Subhanallah , cantiknya akak macam Barbie Doll . Come , Reen nak touch – up akak sikit biar berseri - seri .”
Mereka berbual – bual di ruang menonton sambil melayan cerita seram Thailand di kaca TV . Aireen menutup lampu bagi mendapat feel cerita seram tersebut . Aina pula sudah beberapa kali menutup muka dengan bantal kecil di sofa . Sekarang Aireen sudah tahu kenapa abangnya dan Aina bernikah . Hanya gara – gara sebuah MP3 milik abangnya yang tertinggal di bilik Aina . Mungkin sudah takdir mereka berdua begitu . Hampir sejam mereka menonton cerita tersebut . Tinggal lagi 15 minit cerita tersebut akan tamat . Tiba – tiba pintu bilik di kuak .
“ Assalamualaikum ….” Aiden memberi salam .
“ Waalaikumusalam ….” Jawab Aireen dan Aina serentak .
“ Abang … jangan buka lampu , sikit lagi movie nak tamat . Kalau nak join , come here .” Aiden melangkah mendekati sofa , punggungnya di labuhkan bersebelahan isterinya . Matanya tertancap pada skrin LCD 46 inch . Ketika cahaya membiasi mereka barulah Aiden tersedar akan kelainan Aina .
“ Subhanallah … cantiknya isteri aku . Ehh … baju apa yang dia pakai ni ? Nak goda aku ke ? But I like it … Ada juga yang kena makan nanti ….” Desis hatinya . Senyuman meleret di pinggir bibirnya . Kini mata Aiden tidak lagi pada skrin TV tetapi telah beralih ke arah seraut wajah yang ayu di sebelahnya .
“ At last dah habis cerita ni . Akak …. Reen balik bilik dulu . Baju akak ?”
“ Wait , akak ambil .” Aina bingkas bangun masuk ke dalam bilik tidur . Aireen membuka lampu, abangnya yang mengelamun di sergah .
“ Abang !!! Reen nak balik bilik .”
“ Reen !! Boleh jangan menjerit .” Aireen mendekati abangnya lalu berbisik .
“ Abang , jangan ganas sangat nanti . Perempuan suka gentleman and jangan tak tidur pula esok ada flight kena catch – up .” Usik Aireen . Senyuman menghiasi bibirnya . Aiden terpinga – pinga .
“ Adik aku ni gatal juga , tak pe esok dia kahwin aku sakat dia habis – habis .” Hatinya berkata – kata .
“ Nah , ni bajunya Reen . Thanks , tolong akak .”
“ Ok . Bye akak , nanti kita chit chat lagi ekh . Abang , Reen balik dulu . Bye ….” Tubuh Reen tengelam di sebalik pintu bilik . Aina sekadar melambai adik iparnya . Aiden mengunci pintu utama kamarnya .
“ Cantik Zu malam ni …” Aiden memuji , matanya merenung tubuh langsing milik Aina .
“ Hah ….” Aina terkedu dengan pujian tersebut . Dia pantas menilik tubuhnya . Gelabah dia seketika apabila melihat dirinya yang berpakaian tidur itu . Kakinya diatur pantas ke dalam bilik untuk menukar pakaian .
“ Zu , wait …. You owe me an explaination . Better tell me now …” Aiden meraih lengan Aina , dia mengheret Aina ke sofa . Aina mengikut langkah suaminya itu .
“ Sekarang cerita , what brought you here ?” pinta Aiden . Tangannya mengenggam erat jari jemari runcing milik Aina .
“ Mama halau Zu dari rumah…. Lepas Daddy meninggal …” Tanpa di pinta air mata Aina mengalir laju apabila terkenangkan daddynya .
“ Daddy dah meninggal ? Inalillahiwainahilaihirojiun ….” Ucap Aiden .
“ After buat majlis tahlil dekat daddy , the next day Zu attend wedding kawan Zu dekat Sabah . Balik je rumah , mama halau Zu . Dia cakap Zu tak boleh tinggal situ lagi sebab dia nak anak dia tinggal situ dengan menantunya .”
“ Menantu ? Ex – boyfriend Zu ?”
“ Hemm … Zu cakap ok , bagi Zu tempoh nak cari rumah sewa but mama kata tak perlu sebab dia menyampah tengok muka Zu . Zu kata , Zu nak masuk packing barang dulu a few hour baru Zu move out . But mama cakap , dia dah buang semua baju Zu . Then Zu masuk juga nak ambil kereta , mama halang . Mama cakap kereta tu dah jadi adik punya . Zu speechless . Nasib baik Mak Awa simpan semua sijil Zu . Zu ambil fail tu terus Zu keluar dari rumah , tahan teksi then Zu pergi terminal bas . Sampai sana Zu tak tahu nak pergi mana ? Suddenly , orang jual tiket tanya Zu nak pergi mana ? Zu tanya dia bas apa nak bertolak sekarang? Dia cakap KL dengan JB tapi KL dah full . JB ada 3 lagi seat kosong . Zu ambil tiket ke JB . On the way , your face pop – out on my mind . So , I’m here in front of you now .”
“ Mana boleh , rumah tu rumah daddy Zu . Hak Zu bukan hak mak tiri Zu . Apa lagi dia nak ? Boyfriend Zu pun dia kasi anak dia . Nasib baik dia tak tahu Zu dah nikah dengan Ai , kalau tidak Zu kena bermadu dengan mak tiri Zu .” Aina menampar lengan Aiden .
“ Aduh … Ai nak buat Zu ketawa je , dari tadi asyik nangis sampai basah t–shirt Ai .” Aiden mengibas – ngibas baju t-shirt polonya yang basah dek air mata Aina itu . Kemudian dia menyapu air mata Aina dengan jarinya . Aiden merenung Aina tatkala pandangan mereka bersatu.
“ Nanti kita cari solution sama – sama . Sekarang lupakan segala masalah , ok ? Ai always be by your side , don’t worry dear .” Tangan Aiden mengelus lembut pipi Aina , bibirnya mencium dahi isterinya itu . Aina terbuai dek sentuhan ikhlas dari suaminya itu . Aiden bertindak lebih berani , bibir Aina dipagut lembut . Aina menolak tubuh Aiden , dia terkejut dengan tindakan Aiden .
“ Ai , stop it . Zu …..” kata – kata Aina dipotong oleh Aiden .
“ Zu …. Give our marriage a chance . Ai dah sedia nak pikul tanggungjawab , jaga Zu because you are my wife . Zu amanah Allah pada Ai . Tempat Zu di sisi suami , Ai ikhlas . Ai nak belajar cintai Zu , Zu nak tak belajar cintai Ai ?” Bahu Aina di elus lembut .
“ Zu …. Promise me you won’t left me alone , no matter what . Zu dah tak de siapa – siapa lagi.” Aina memandang tajam wajah Aiden . Mengharap pengertian dari suaminya itu .
“ Ai janji , Ai tak akan tinggalkan Zu melainkan ajal menjemput Ai .” Tangan Aiden di letakkan di atas kepala Aina . Aina terharu , dia lantas memeluk tubuh Aiden . Aiden membalas pelukan Aina . Lama begitu , degupan jantung Aiden semakin laju memalu dadanya . Kehangatan tubuh Aina memberi satu rasa aneh . Lebih – lebih lagi keharuman minyak wangi yang di pakai isterinya mengocak nalurinya .
“ Zu …. Complete me , please … Jadi tulang rusuk kiri B , sayang ….” Ucap Aiden dengan nafas yang tertahan . Aina akur , dia mengangguk perlahan . Aiden lantas mengendong tubuh Aina menuju ke kamar peraduannya . Terlakarlah ikatan suci murni di antara kedua mereka pada malam itu .
East Wing (Kediaman Zahran)
“ Boringnya …..” desis hati Zahran . Jam di dinding di kerling .
“ Baru pukul 11 , layan games bagus juga . Ajak abang lagi syok , boleh fight .” Kaki diatur mengambil joy stick . Dia melangkah keluar dari bilik menuju ke South Wing , kediaman abangnya . Pintu bilik di kuak , terpancul tubuh kakaknya di depan mata . Aireen menarik semula tangannya supaya butang loceng tidak ditekan .
“ Kakak buat apa kat sini ?” Tangan Zahran mengusap dadanya , dek kerana terperanjat akan kehadiran Aireen .
“ Akak jenguk adik la , kenapa tak suka ?”
“ Bukan macam tu , akak . Adik nak keluar pergi bilik abang . Nak ajak abang main games dengan Ran .”
“ Ehh … tak boleh .”
“ Kenapa pula tak boleh ?”
“ Sebab abang busy . Hari ni biar akak teman adik main games .”
“ Akak biar betul , boleh ke akak main ? Hari tu cakap bosan , games tak berfaedahlah … Bla … bla ….”
“ Ajar akak please … Mood akak tengah nak main games ni .”
“ Jom pergi bilik abang , kita main kat sana .”
“ No !!! akak nak main kat sini .”
“ Peliklah akak ni ? Akak ada buat salah ekh …. Or akak ada hiding something ?”
“ Mana ada . Habis tu kenapa akak tak kasi Ran pergi bilik abang ? Main bertiga lagi best , meriah sikit .”
“ Sebab abang headache . Tadi akak dah ke sana .”
“ Ehh … akak ni , tadi cakap abang busy . Sekarang cakap abang headache pula . “
“ Betullah akak cakap . Abang busy layan headache dia . Dah jom masuk , kita main sama – sama .” Aireen menarik tangan Zahran ke dalam hingga ke sofa . Zahran hanya mengikuti langkah kakaknya . Aireen melabuhkan punggung di sofa , Zahran pula memasang wayar ke TV untuk bermain games Prince Persia . Cukuplah buat Aireen yang masih junior dalam arena games .
Mereka bermain games sehingga awal pagi . Hampir 2 jam mereka bermain permainan tersebut, Aireen begitu teruja dengan kebolehannya menguasai permainan tersebut . Zahran hanya memerhati kegembiraan yang terpancar di seraut wajah kakaknya . Aireen meminta diri apabila jam di dinding menunjukkan pukul 1.15 pagi . Zahran menemaninya pulang ke West Wing .
South Wing ( Kediaman Aiden )
“ Ai …. Bangun , mandi . Solat Subuh …” Aina mengejutkan Aiden , dia mengoncangkan tubuh Aiden .
“ Kenapa sayang ?” Aiden yang baru terjaga , mengusap matanya yang masih tertutup .
“ Bangun , solat Subuh ….”
“ Sayang pergi dulu , nanti B bangun . Ok , sayang …..” Aiden memejamkan matanya kembali . Aina kegeraman dengan tingkah Aiden .
“ Ai !!! Wake up . Let me go . Zu nak pergi macam mana ? You are hugging me …” Pipi Aina merona merah , Aiden memeluknya dengan erat sekali . Sukar baginya untuk meloloskan diri .
“ What did you called me just now ?” Aiden mengeratkan lagi pelukannya . Matanya menikam sepasang anak mata isterinya yang kecoklatan itu .
“ Ai ….”
“ Sayang lupa ke ?” Aiden menyoal , Aina menyentuh dahinya dengan tangan kanannya .
“ Sorry … tak sengaja …”
“ Sorry not accepted . Sayang need to be punish .”
“ B …. I’m truly sorry . Let me go , please …..”
“ Ok , but with one condition …..” Senyuman Aiden semakin melebar .
“ Apa syaratnya ?”
“ Kiss me ….. here …” Aiden menyentuh bibirnya . Aina yang masih malu – malu memberikan kucupan tersebut .
“ One more … tak rasa , cepat sangat .” Pinta Aiden .
“ Tak nak , B busuk …”
“ Apa ? Busuk ? Semalam tak busuk pula , siap ….” Belum sempat Aiden menghabiskan ayatnya, Aina memotong kata – kata Aiden itu .
“ Ok , but tutup mata dulu . Tangan stay here , jangan merayap . Zu count sampai 3 , ok ? Ready?” Aina menjarakkan badannya , towel di capai . Dia berkemban .
“ Ok , B dah ready ..”
“ One , two , three …” Aina telah pun berada di muka pintu bilik air . Pintu di tutup setelah Aina masuk ke dalam . Bunyi pintu di tutup menyedarkan Aiden .
“ Sayang !!! Tipu … siap nanti ….” Ugut Aiden . Aina sekadar ketawa kecil di dalam bilik mandi .
BERSAMBUNG......
No comments:
Post a Comment