CERPEN: BIAR BETUL! BENGKOK??
PART 4
Luluh hati Eirfan melihat isterinya sedang berbicara dengan seorang jejaka . Mereka tampak mesra sekali , si lelaki tersebut asyik tersenyum memandang Anis. Hatinya cuba menyangkal apa yang di lihatnya tetapi di gagal berbuat demikian apabila jejaka tersebut siap berkongsi minuman dengan isterinya. Hatinya panas. Pavlova yang di buatnya di campakkan ke dalam tong sampah . Sungguh dia kecewa dengan Anis.
Malam tersebut dia sengaja pulang lewat , dia mahu merawat hatinya yang luka. Dia mahu memadamkan angan- angannya untuk bersama Anis. Pintu di tutup setelah dia masuk ke dalam rumah . Nampaknya penghuni rumah ini telah pun lena di ulit mimpi. Eirfan melangkah malas ke dalam kamarnya. Tawar hatinya untuk bersua muka dengan Anis. Mahu saja dia mengejutkan Anis untuk bertanya siapakah jejaka tersebut. Tetapi buat apa dia bertanya sedangkan kecewa akan menanti. Eirfan menapak ke kamar mandi, dia ingin menyejukan hatinya yang panas.
“ Abang , dah makan?” Anis bertanya apabila Eirfan keluar dari bilik air. Eirfan diam membisu menahan amarahnya.
“ Anis , panaskan lauk ye?” Anis bersuara lagi.
“ Tak payahlah kau tunjuk caring kau tuh. Aku tak kan terpikat pun….” Mendatar suara Eirfan. Anis terkejut. Panggilan untuknya telah bertukar, begitu juga Eirfan membahasakan dirinya. Hilang aura lembutnya.
“ Abang ada masalah ke ?” Anis bertanya lagi.
“ Kau masalah aku . Ingat aku tak tahu yang selama ini kau cuba goda aku . Kau ingat aku terliur kot dengan kau ? Jangan mimpilah aku nak tergoda , cermin diri kau tu sikit.” Nada Eirfan sedikit meninggi. Anis tersentak. Hatinya mulai panas. Ucapan Eirfan itu seolah – olah menggambarkannya seperti perempuan murah. Di mana status Anis sebagai isteri jika Eirfan sendiri melabelkannya begitu? Walaupun ayatnya bukan secara terang – terangan tetapi tetap memberikan gambaran yang sama dan sewaktu dengannya.
“ Ehh… kau ingat aku nak sangat ke dengan kau? Aku pun tak inginlah. Dah lah spesies sotong , ada hati nak tunjuk macho. Kalau bengkok tu bengkok juga , agaknya dah tak boleh nak straight kot.” Anis ketawa mengejek Eirfan.
“ Kau jangan nak cabar aku… Aku panas hati dengan kau ni…” Eirfan menggertak Anis. Anis sekadar menayangkan raut wajah yang selamba tanpa rasa takut dengan Eirfan.
“ Kau ingat aku takut dengan kau? Boleh belah lah…” Sinis sekali sindiran Anis.
“ Ok. Kita tengok, aku straight ke tak?” Tutur Eirfan , dia semakin menghampiri Anis. Dia merenung sepasang mata isterinya itu. Anis tidak berganjak dari tempatnya berdiri.
“ Aku pun nak tengok jugak, straight kau sampai ke mana? Kau kan sotong , boleh ke?” Kata Anis , dia mencabar suaminya itu. Anis turut membalas renungan suaminya, dia tidak mahu mengaku kalah sewenang – wenangnya. Biarlah apa pun yang akan terjadi, dia redha. Jika itu boleh menjadi salah satu penyebab suaminya berubah menjadi normal.
Apa yang patut terjadi telah pun berlaku, suasana pagi yang hening menyaksikan dua insan sedang berpelukan. Lena di ulit mimpi indah, bunyi alarm mematikan mimpi indah si isteri. Anis tersedar , dia bangun mengutip baju tidurnya yang di beli bersama Elia petang semalam di lantai. Anis menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum mengerjakan solat subuh. Nasib baik hari ini dia tidak mempunyai kuliah.
Eirfan masih lena tidak berkutik. Usai solat , Anis mengejutkan Eirfan . Dia tidak mahu menanggung dosa jika Eirfan tidak menunaikan solat. Eirfan bangun menuju ke bilik air. Anis melipat sejadah dan telekungnya sebelum melangkah ke luar untuk menyediakan sarapan. Eirfan turun ke dapur apabila selesai mengerjakan tuntutan agama. Anis di pandangnya sebelum dia bersuara.
“ Aku nak kau pindah ke bilik asal kau… Tak lalu aku nak mengadap muka kau hari – hari.” Kata – kata Eirfan menusuk kalbu Anis. Anis membatukan diri. Sekeping sandwich dan segelas jus oren di capai Eirfan sebelum berlalu ke ruang tamu. Suis tv di bukanya.
“ Ya Allah … sakitnya hati ni.” Desis hati Anis. Tiada ungkapan manis seperti novel – novel Melayu yang terbit dari bibir Eirfan setelah apa yang berlaku semalam. Hatinya menangis walaupun tidak berlagu.
“ Hai… kakak ipar . Hari ni masak apa? Sedap je baunya?” Elia menegur rakannya.
“ Elia… aku nak pindah bilik.” Anis bertutur tanpa melihat Elia . Dia sibuk menghidangkan sarapan untuk Elia.
“ Tapi kenapa?” Elia tergamam dengan keputusan Anis itu.
“ Aku tak sanggup lagi nak berdepan dengan abang kau.” Jawab Anis.
“ Tapi….”
“ Please …. Sakit otak aku nih.” Akui Anis.
“ Ok . Take some rest. Nanti kita fikirkan jalan lain, ye?” Elia memahami perasaan sahabatnya itu. Kerja ni bukan mudah.
BERSAMBUNG........
No comments:
Post a Comment