mawar putih

mawar putih

Sunday, 12 August 2012

CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ? (PART 3)


CERPEN : DIAKAH DI HATIKU ?
PART 3

Beberapa hari kemudian
“ Abang … tepilah nanti mama tengok .” Pelukan Dean di rungkai Hana , geram dia dengan sikap suaminya yang suka bermanja tak kira tempat itu . Dean tidak menghiraukan kata – kata isterinya itu . Satu ciuman di hadiahkan ke pipi Hana .
“ Sayang .. you’re so irresistible .” Dean berbisik di telinga isterinya . Mata Hana membulat , dia mengalihkan badannya supaya bertentangan dengan suaminya . Dean tersenyum nakal . Merah pipi Hana menahan malu , kenangan semalam terlayar di mindanya .
“ Ish … miang .” Hana mencubit lengan Dean . Dean menggosok lengannya , merah lengannya kesan daripada cubitan itu .
“ Patutlah tak siap – siap airnya , ada yang kacau menantu mama ni . Sudah , Dean ketepi . Mama nak angkat dulang ni . Dean angkat nasi lemak tu , jom Hana kita ke depan . Mummy dengan daddy Hana pun ada sama .” Datin Zahara melangkah ke depan sambil menatang dulang. Hana mengekori ibu mertuanya dengan membawa pinggan serta kuih muih . Dean pula membawa dulang yang mengandungi nasi lemak serta sambal .
   Mereka sekeluarga menjamu selera dengan berselera terutamanya Dean . Sudah lama dia merindui masakan kekasih hatinya . Bertambah – tambah nasi lemak buatan isterinya dimakan . Sekali – sekala papa serta daddynya mengusik pasangan pengantin baru itu . Wajah Dean tidak beriak hanya pipi Hana berona merah . Boleh pula Dean buat tak tahu , nak cover malu lah tu .
“ Hana cuti 2 minggu kan ?” Dato Haris bertanya .
“ Hemm .. papa . Hana habiskan cuti tahunan .”
“ Baguslah macam tu . Sebenarnya papa dengan daddy ada hadiah nak kasi . Memandangkan Hana pun cuti , Dean pula tak masuk kerja lagi . Papa rasa lebih baik kamu berdua pergi honeymoon . Kamu ada rancangan nak pergi mana – mana ke ?” Soal Dato Haris .
“ Dean ingat nak bawa Hana ke Eropah , banyak tempat yang Dean nak tunjukkan pada Hana .”
“ Hana setuju ?” Encik Zambri bertanya .
“ Hana ikut je .”
“ Eropah ? Mama nak pesan something boleh ?” Datin Zahara tersenyum sambil mencuit Puan Rose .
Mummy pun nak pesan sesuatu juga .” Puan Rose tersenyum manis .
“ Mama … mummy… nak pesan apa pun boleh , nanti Dean dengan Hana belikan .”
“ Kami nak cucu . Dean dengan Hana boleh bagi kan ? Lagipun Dean dengan Hana satu – satunya anak kami .” Pinta Datin Zahara .
“ Betul tu . Tak payah la rancang – rancang , lepas dapat satu nak rancang pun mummy tak halang . Tak gitu daddynya ?” Puan Rose bertanya kepada suaminya .
“ Bagus juga . Daddy pun teringin juga nak timang cucu .”
Papa pun dah tua , masa macam ni teringin juga nak main dengan cucu .”
“ Insyaallah … kami pun dah bincang . Kalau ada rezeki , next year papa , mama ,daddy , mummy will be grandparents .”
                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Beberapa minggu kemudian
“ Abang … boleh ke Hana ambil barang kat office macam tu je . Surat berhenti pun tak kasi , tup –tup nak keluar dari DHZ Holdings .”
“ Surat berhenti ? Sayang … bukan nak berhenti kerja pun , just nak transfer ke headquarters . Kerja dengan abang , teman abang . Lagipun papa dengan daddy baru je retired . So , sebagai waris kita mesti berikan yang terbaik untuk DHZ Holdings .”
“Tapi tak ke pelik , tiba – tiba je datang ambil barang . Lagipun apa Hana nak cakap dengan colleague , mesti mereka pelik .”
“ Hana tak kasi tahu mereka ke Hana one of the shareholders ?” Hana menggelengkan kepalanya.
“ Kenapa tak cakap ?”
I just wanna make friends . Kalau cakap nanti mereka pilih kasih , without telling them Hana boleh tahu their true colours .”
“ Pandainya sayang abang ni …” Dean mencuit hidung mancung isterinya .
   Kereta di berhentikan di hadapan Menara Northern . Seorang security guard menghampiri BMW M6 yang dinaiki mereka . Hana turun dari kenderaan diikuti oleh Dean . Pengawal tersebut berbicara dengan Dean , Hana mengatur langkah ke tingkat 7 dimana terletak pejabatnya. Maklumlah prosedur mesti di ikut untuk memastikan keselamatan terjamin . Dean telah mengkhabarkan tentang dirinya kepada pengawal tersebut . Malangnya pengawal tersebut tidak mempercayai kata – kata Dean , jadi hanya Hana di benarkan naik ke pejabat . Nasiblah….. suaminya belum di kenali sebagai pewaris DHZ Holdings , hanya selepas annual grand dinner syarikat sahaja suaminya dan dia akan di kenalkan sebagai peneraju utama DNZ Holdings .
“ Hana … lama tak nampak , hang bercuti kat mana ? Siap ambil extra lagi 2 hari , sanggup cuti tanpa gaji  .” Zita bertanya.
“ Aku ke Europe , lagi 2 hari tu aku tak sihat sikit . Jet lag kot  , alah Zita 2 hari je kot . Tak jejas pun expense aku .”
“ Cik Hana … Nah kotak yang cik minta tadi .” Makcik Kiah menghulurkan 2 buah kotak kosong kepada Hana .
“ Terima kasih makcik .”
“ Hana .. hang nak buat apa dengan kotak – kotak tu ?” Zita bertanya .
“ Dia nak transfer dekat KL .” Shaz menjawab .
Post apa kau dapat ?” Hana memandang Zita sambil tangannya lincah memasukkan barang – barang ke dalam kotak .
COO .” Sepatah Hana menjawab .
 Tipu aku lah tu . Aku tak percaya .” Zita mencebik .
“ Tak nak percaya sudah , tapi tolonglah aku kemaskan barang  ni . Please …”
“ Ok lah sahabat …” Zita dan Shaz membantu Hana mengemas . Hana menghantar mesej kepada Dean untuk menemuinya di office . Dia yakin Dean berjaya menyakinkan pengawal tersebut . Dia juga menitipkan pesan supaya Dean membawa kad undangan perkahwinan mereka .
“ Hana .. kau pakai inai ke ?” Zita bertanya lagi . Mulut murai betul Si Zita ni .
“ Aku ada surprise untuk korang . Anyway , thanks for helping , aku suka sangat jadi kawan korang .”
Surprise apa ?” Shaz musykil .
“ Adalah nanti aku kenalkan .”
“ Ehh … kau dah kasi tahu Encik Firdaus ke ?” Zita merenung Hana .
“ Belum … nantilah aku cakap dengan dia .”
“ Sayang … dah siap ? Jom … nanti lewat pula nak nak ke rumah tokwan .” Dean meraih pinggang Hana . Sengaja dia beraksi begitu setelah melihat Firdaus yang baru melangkah keluar dari biliknya .
“ Romantiknya .. Siapa ni Hana ?” Zita teruja .
“ Korang … kenalkan husband aku .”
“ Dean Zachry … Nice to meet you ladies . Ni mesti Shaz and you must be Zita . Thanks sebab jaga Hana selama ni .” Hana mencapai beg berisi kad undangan mereka dari tangan Dean . Firdaus yang mendengar ucapan Hana , kaku .
“ Nah kad invitation aku , korang mesti datang . Kalau tak datang aku tak nak attend wedding korang pula .” Kad di hulurkan , Shaz dan Zita menyambut huluran tersebut .
   Kesal rasa hati Firdaus , segala – galanya telah berubah dalam sekelip mata . Ini semua salahnya yang terlalu mengikut kata hati . Tidak sepatutnya dia memainkan perasaan Hana , betul kata Sophia hati wanita tidak seharusnya di lukai . Adakah kata – katanya telah melukai sekeping hati milik Hana ? Kenapakah dia tidak berfikir jauh akan kesan tindakannya . Dari dulu lagi dia mengetahui Hana mudah tersentuh tetapi mengapa dia tega berbuat demikian ? Dulu pun rajuknya susah di pujuk , sekarang nasi telah jadi bubur . Hana telah jadi milik orang .
“ Nak buat Hana setuju kahwin dengan aku konon . Ambik … sekarang aku juga yang gigit jari . Padan dengan muka aku .” Firdaus menangisi kesilapannya , kad undangan tersebut di renyuknya seperti hatinya yang sedang remuk sekarang .

BERSAMBUNG .....

No comments:

Post a Comment