MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 4
“ Excuse me , may I know which room Mr Fitri Izran
staying ?” Tanya Tia
kepada pekerja hotel tersebut .
“ I’m sorry , miss . We can’t tell you the details of
our customers . It’s a part of our hotel policies .” Jawab pekerja tersebut .
“ Kalau begitu , saya nak jumpa manager kamu .
Saya datang sini bersebab , bukan saja – saja datang nak menganggu . It is
official matters . Boleh saya jumpa manager kamu ?” Soal Tia sekali
lagi . Pekerja tersebut menekan butang di telefon . Nampaknya terpaksalah dia
kelentong demi menyelamatkan maruah keluarga .
“ Cik , silakan .” Pelawa pekerja tersebut sambil
mengiringi Tia ke pejabat urusan di tingkat 2 bagunan hotel tersebut . Pekerja
tersebut mengetuk pintu yang tertera nama Mr Wong .
“ Masuk .” Kedengaran suara dari dalam memberi arahan
. Tombol pintu di pulas , pekerja tersebut mempelawa Tia masuk ke dalam .
“ May I help you , miss ?” Ucap pengurus tersebut .
“ Saya Inspektor Zara . Saya ke sini atas arahan .
Sebentar lagi pasukan kami akan adakan spot check bersama jabatan agama
. Saya harap pihak encik berikan kerjasama .” Ucap Tia dengan tenang sambil
menunjukkan lencananya . Nasib baik tadi dia terdengar ada operasi akan di
jalankan di hotel ini jadi dapatlah dia berkata demikian . Kalau tidak , dia
harus mencari alasan lain .
“ Jangan risau , inspektor . Pihak hotel akan berikan
kerjasama .” Kata pengurus hotel dengan senyuman di bibir .
“ Saya nak minta tolong sikit . Boleh saya tahu nombor
bilik Encik Fitri Izran . He’s my boss . He left his phone dekat
pejabat . Nak cepat katanya sampai tertinggal phone . Nanti susah pula
nak contact .” Tia memberi alasan . Moga – moga si pengurus ni percaya
kata – katanya .
“ No problem , inspector . We check the room number
at the reception , later . Nanti saya printkan sekali nombor bilik muslims
customers . Silakan …” Mereka beriringan turun ke lobi.
Sampai saja
di lobi , pengurus tersebut meminta pekerjanya menyediakan senarai nombor bilik
yang berkenaan . Nombor bilik Fitri telah di kenal pasti , Tia menunggu butir
bicara pengurus tersebut sambil memerhatikan jam di tangannya . Hatinya tidak
boleh bersabar lagi . Akhirnya Tia bersuara .
“ Mr Wong , saya cari boss saya dulu . Nanti you
serahkan senarai tersebut pada rakan saya . They will arrive shortly . So,
thanks for your cooperation .” Tia mengucapkan terima kasih sambil berjabat
tangan dengan pengurus tersebut .
“ Welcome .” Balas pengurus itu sebelum Tia bergegas ke tingkat
atas dengan di iringi oleh pekerja hotel .
Punat lif di
tekan pekerja tersebut ke tingkat 11 hotel . Setiap nyalaan lampu butang di lif
di perhatikan Tia dengan perasaan gusar . Tia berdoa agar Fitri masih ingatkan
Allah . Takut juga suaminya itu berkelakuan sumbang dengan kekasih hati .
Isteri mana yang tahan jika ternampak sesuatu yang tak sepatutnya berlaku
antara suaminya dan wanita lain . Tia tidak mahu memikirkan masa silam suaminya
. Apa yang penting sekarang , dia harus menyelamatkan rumahtangganya .
TING!!! DOOR OPEN . ( Pintu lif terbuka )
“ Terima kasih
.” Ucap Tia . Dia bergegas mencari bilik Fitri .
“ Sama – sama , inspektor .” Balas pekerja tersebut .
Nombor bilik
di perhatikan sekali lagi . Tia menarik nafas sebelum menekan loceng bilik
tersebut . Sekali , dua kali , tiga kali tetapi masih tiada tindak balas .
Hatinya resah , kali ini Tia mengetuk pintu bilik tersebut .
TOK!! TOK!! TOK!!
Wajah
suaminya terjengul di muka pintu . Tubuh suaminya di scan dari atas ke
bawah . Masih lengkap berpakaian . Syukur , alhamdulillah . Fitri pula tergamam
apabila melihat isterinya berada di hadapannya . Daun pintu yang di kuak
sedikit di tarik Tia supaya lebar bukaannya . Tia meloloskan diri ke dalam
kamar tersebut . Habis semua penjuru bilik tersebut di pantaunya . Bunyi air
dari kamar mandi menguatkan tekaan Tia . Kekasih suaminya berada di sini . Tia
memandang tajam wajah Fitri .
“ Baby … sekarang baru Erin boleh temankan baby
tengok bola . Erin dah wangi ….” Manja sekali tutur Erin . Kedengaran seperti
gedik pun ada . Tia geli – geleman mendengar ton suara sebegitu . Tanpa di
sedari bahawa aksinya di perhatikan oleh Fitri . Fitri tersenyum tetapi dia
mematikan senyuman apabila terdengar pintu bilik air di kuak oleh Erin .
“ Baby …” Terkejut Erin apabila terpandang akan
wajah isteri kekasihnya yang memandangnya tajam . Liur di telan , rasa takut
menguasai dirinya .
“ Ambil barang kau and get out from here . Now
!!” Tengking Tia . Terlopong Fitri mendengarnya . Aura polis sedang menyoal
siasat pesalah sedang berlegar di dalam kamar ini. Pernah sekali papanya
menengking sebegitu , tika itu dia di tangkap ketika menonton lumba haram
bersama rakan – rakannya . Hanya orang yang pernah merasainya tahu perasaanya
tika itu . Gerun . Maklumlah masih muda remaja . Nampaknya dia masih
mengeruninya .
“ Baby …” Erin memaut lengan Fitri . Dia
merengek agar Fitri membantunya .
“ Aku cakap kau keluar sekarang .” Arah Tia sekali
lagi sambil mencampak clutch wanita tersebut . Erin menangkap clutchnya
sebelum mendekati Fitri semula . Kali ini , Tia merentap tangan Erin supaya
menjauhi Fitri . Erin di bawa ke muka pintu .
“ Baby ….tengok isteri you ni …” Erin
merengek lagi . Fitri ingin berkata sesuatu tetapi suaranya tidak terkeluar .
“ Kalau kau sayangkan reputasi kau , baik kau keluar
sekarang . ”
“ Aku tak nak . Malam ni aku dah janji nak temankan baby
aku . Kau tu jealous tengok laki kau layan aku , bukan layan kau .
Kesian kan kau … Baru first night dah kena tinggal …” Sindir Erin .
“ Katalah apa yang kau nak kata . Aku tak kisah …
Kalau kau tak nak keluar biar kita orang yang keluar .” Ujar Tia sambil
melangkah ke arah Fitri . Tia menarik lengan suaminya supaya mengekorinya .
“ Baby … you jangan ikut perempuan gila
tu .” Erin bersuara sambil mengelus jari jemari kanan Fitri yang tidak di
genggam oleh Tia .
“ Ehh… kejap . Kenapa aku kena ikut kau ? Aku tak suka
kaulah .” Akhirnya terkeluar juga suara Fitri yang tersekat tadi . Pautan Tia
pada lengan suaminya terlerai . Tia menahan marah.
“ Ikut aku kalau kau sayangkan keluarga . Kalau kau
tak nak pun , kau terpaksa . Sebab aku akan pastikan kau ikut aku .” Tia
memandang wajah Fitri sekali lagi . Jari jemari Erin yang bertaut dengan
suaminya di leraikan . Tia kembali mengheret tangan suaminya tetapi Fitri
mengeraskan dirinya . Tidak berganjak tubuh Fitri . Tia kegeraman , langkah
drastik di ambil agar Fitri mudah mengikutinya .
“ Aku …” Kata – kata Fitri mati apabila Tia memagut
bibirnya dengan selamba . Sesaat dua . Erin terlopong melihat aksi tersebut .
Tanpa berlengah Tia menarik tubuh suaminya keluar dari kamar tersebut . Fitri
bagaikan pak turut , mengikut sahaja kemana isterinya membawanya pergi .
Terkejut dengan aksi spontan isterinya barangkali . Kaki di langkah menuju ke
lif . Tia memaut lengan Fitri erat , bagaikan tak mahu Fitri terlepas lagi .
BERSAMBUNG ...
BERSAMBUNG ...
Ishhhhh geram tau dgn Fitri n his "annoying" baby lah sangat...anw,cerita semakin best tau. Good job to writer
ReplyDelete