mawar putih

mawar putih

Monday, 22 July 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 8 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
 PART 8
    Pintu balkoni di tolak ke tepi . Angin sejuk menerpa ke tubuh Tia . Tangan di depakan seolah mengalu – alukan kedatangan angin . Nafas di tarik dalam – dalam . Nyaman rasanya . Wajahnya tampak manis dengan senyuman lebar di bibir . Gembira sungguh hatinya ketika ini . Fitri hanya memandang dari muka pintu tingkah laku isterinya . Kaki menapak mendekati Tia . Muka nak cari pasal ….
“ Amboi ! Seronok nampak ? Aku kat bawah susah payah usung beg gedabak kau nih .. Kau kat sini bersenang – lenang pulak …” Sindir Fitri . Tubuh Tia sengaja di rempuh sedikit . Berganjak Tia beberapa langkah .
“ Aku tak suruh kau angkat pun beg aku . Kau yang sukarela sendiri . Ada aku paksa ?” Nada Tia sedikit tinggi . Geram dengan perangai tak matang Fitri itu . Sudahlah mengganggu kententeraman orang , ayat … menyakitkan hati …
“ Bukannya kau nak ucapkan terima kasih ke apa ke ? Marah aku lagi ada … Apa punya wifelah …” Sindir Fitri lagi .
“ Nak terima kasih ? Takpe – takpe …. Kejap , aku tahulah nak buat apa ….” Desis hati Tia . Angin nak menyakat sudah datang …. Hehe…
“ Terima kasih . Abang … you looks so macho . How aboutas a reward . You know what I meanDon’t you ?” Tia melunakkan suaranya sambil melekapkan tangannya di dada Fitri , jari – jemarinya giat membuka butang kemeja suaminya . Senyuman nakal terukir di bibirnya. Fitri tersentak . Liur di telan , tangannya menepis jari – jemari Tia . Fitri menjarakkan dirinya daripada Tia .
Psycho .. Macam mana kau lepas jadi polis ni … Eee… geli aku .” Fitri melangkah keluar dari bilik utama tersebut . Tia ketawa terbahak – bahak .
“ Baru kau tahu … aku ada bakat lakonan …” Kata Tia dalam hatinya .
“ Abang … taknak sebilik ke ….” Tia mengiat lagi . Seronok dapat kenakan Fitri .
“ Gila !!!” Terdengar suara Fitri di sebelah biliknya . Tia ketawa lagi . Geli hatinya masih bersisa apabila terbayangkan wajah Fitri yang tergamam tadi .
“ Eee .. seram . Aku yang kasanova pun takut . Boleh dia buat selamba je … Putus fius kot budak tu ?” Bebel Fitri . Tangannya mengusap kedua – dua belah lengannya secara bersilang .
Wait … Kenapa dia ketawakan aku ? Sepatutnya dia rasa kecewa sebab aku tak hiraukannya. Ohh …. No . Dia kenakan aku rupanya … Siap kau ? Kita tengok siapa pula yang menggigil lepas ni ? Kau ke aku?” Fitri mengukirkan senyuman nakal di bibirnya . Otak mula mencorakkan strategi – strategi untuk mengenakan lawan .
                          ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang . Abang patut tengok muka Iz tadi . Haha..haha.. Pucat . Baru dia tahu … Hahahaha.” Tia ketawa sambil berbicara dengan Tareeq . Berguling – guling dia di atas katil .
“ Sayang , enough . Cakap gelak – gelak macam tu . Abang tak faham ? Adik buat apa dengan husband adik tu ?” Tanya Tareeq .
“ Tia seduced a bit . Terus pucat , siap cakap Tia psycho . Hahaha .” Masih bersisa tawanya . Tareeq menggelengkan kepalanya di talian .
“ Tia … abang dengar orang tu dapat kondo sebijik , betul ke ?”
“ Kenapa ? Abang jealous ke ?” Tia mengjongketkan keningnya . Macamlah abangnya nampak ….
“ Adalah sikit . Rasa tak sabar pulak nak balik Malaysia .” Tareeq menyuarakan rasa hatinya .
Daddy kasi . Cantik sangat . Abang … nanti abang balik Tia masak banyak – banyak , ok ?”
“ Ok , sayang … Hari Isnin , Tia masak masak masakan Melayu . The next day , Tia masak western . Selang – seli Tia masak selama seminggu . Deal ?” Tareeq bertanya .
Anything for you , abang …” Tia asyik melayan abangnya . Tanpa di sedari Fitri telah pun masuk ke biliknya . Sedikit sebanyak Fitri dapat mendengar butir bicaranya tadi .
“ Nampak gaya macam bersembang dengan cinta hati je …” Tebak Fitri di dalam hati . Ada rasa cemburu yang menyelit tetapi di tepisnya .
“ That’s why I do really loves you …” Ucap Tareeq .
“ Yo tambièn .” Tutur Tia . Dia juga menyayangi Tareeq . Satu – satunya abang yang dia ada .
“ Tia , sebenarnya abang telefon ni nak kasi tahu kawan abang tu… sudi nak bimbing adik . Nanti abang send nombor telefonnya . Lepas tu pandai – pandailah adik contact dia .”
“ Baik , abangku sayang … Ada apa lagi ? Nanti bil abang melambung pulak ?” Tia merenung siling , rambutnya di pintal – pintal dengan jari . Gaya orang bercinta aje …
“ Abang Ku ? Sayang ? Sah . Bini aku ada affair . Pandai kutuk aku , dia pun 2 kali 5 .” Fitri membebel di dalam hati . Bibirnya di juihkan .
Nothing more . Tia … abang rindu daddy and mummy .” Tutur Tareeq .
“ Abang tak rindu Tia ?” Soal Tia seolah – olah merajuk .
“ Tak .” Sengaja Tareeq berkata demikian . Tia terasa hati dengan sebaris kata abangnya itu . Sudahlah suami sendiri mengaku sayang perempuan lain . Terasa sebak mencengkam dada . Tubir mata mula mengalirkan mutiara jernih .
“ Sayang … merajuk ke ? Abang jauh la nak pujuk …” Tareeq bersuara . Namun Tia masih diam membisu .
“ Tia , sayang … Ok , abang admit . Abang rindu Tia sangat – sangat . Dah tak tertanggung rasanya . Kalau abang free , hari ni juga abang fly balik Malaysia . Sayang … I missed you badly . Please … says something .” Tareeq memujuk adiknya . Salah dia juga , dah tahu adiknya tengah berduka cita dengan si suami . Time tu lah dia nak menyakat .
“ Tia rindukan abang jugak . Missed you a lots .” Tersedu – sedan Tia mengucapkannya . Fitri hanya menjadi pemerhati . Sekali lagi hatinya terasa di cucuk .
“ Tia … malu lah . Dah besar pun menangis lagi . I got to go now . Take care ..”
“ You too .” Balas Tia . Air matanya di sapu dengan tangan .
Wait . Abang lupa , mana kiss abang ?” Pinta Tareeq .
“ Muah , muah , muah …” Tia memberi kucupan melalui telefon . Tareeq membalasnya sebelum mematikan talian .
“ Iz !! Kau buat apa kat sini ?” Tia terkejut dengan kehadiran Fitri di birai katilnya .
“ Aku nak ajak kau dinner . See you in 5 minutes .” Ujar Fitri sebelum kakinya melangkah mendekati pintu. Terasa panas hatinya mendengar bicara isterinya tadi . Niat di hati nak kenakan isterinya semula . Tapi lain pula yang jadi …
“ Iz , kau dengar ke …” Kata – kata Tia di potong oleh Fitri .
“ Aku tak kisah pun dengan hidup kau . That’s your privacy . Kau nak bercinta ke ? Kau nak apa ke ? Takde kena mengena dengan aku .”
“ Dia …” Sekali lagi Tia mati kata – kata apabila Fitri bersuara .
No more words . Aku lapar ni . Cepat sikit .” Fitri terus turun ke bawah tanpa menoleh ke arah Tia .
“ Eee… menyampah . Berlagak nak mampos...” Tia mencapai handbag sebelum mengorak langkah ke bawah .

BERSAMBUNG .....

2 comments:

  1. best.. <3 cepat sambung eh akak..nak tau apa jadi seyerusnya :-D

    ReplyDelete
  2. thanks 4 comment ... baru semangat nk post ..:)

    ReplyDelete