MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 10
Fitri
berbaring di atas katil sambil merenung siling bilik yang di ukir indah . Jam
menunjukkan sudah pukul 12 malam . Namun dia masih tidak dapat melelapkan
matanya . Sekejap dia beralih ke kiri , sekejap ke kanan . Sudah 3 hari dia
berada di bumi Tokyo ini . Ingatannya asyik terbayangkan wajah Tia yang sedang
tersenyum manis kepada pemanggil di talian tempoh hari . Adakah dia sedang di
landa virus cemburu ?
“ Siapa agaknya pemanggil tu ? Siap dapat muah , muah
lagi . Jangan – jangan boyfriend dia kot …” Hati Fitri berteka – teki .
Dah serupa orang tak betul bercakap sorang – sorang .
“ Entah -entah aku takde , dia bawa jantan tu balik
rumah ? Ni tak boleh jadi , kalau jadi apa –apa nanti aku pula yang kena
bertanggungjawab .” Omel Fikri . Lantas telefon bimbitnya di capai . Banyaknya missed
call dari Tia , ada satu mesej lagi .
++ Tia keluar , ada undercover .++
Fitri tersenyum
seketika sebelum nombor Tia di dailnya . Setelah menunggu seketika panggilan di
sambungkan .
“ Hello , siapa ni ?” Soal Kushairy .
“ Kau siapa ? Ni telefon wife aku . Mana Tia ?”
Soal Fitri pula . Takut jika Tia membuat onar di belakangnya . Walaupun
sebentar tadi Tia telah memohon kebenarannya .
“ So , kaulah husband Zara ? My main
competitor . Aku Kushairy . Selamat berkenalan . Called me , Ku.
Kau ada benda nak pesan dengan Zara ? Aku boleh tolong sampaikan .” Kushairy menawarkan pertolongan . Padahal
dalam hati , dia mahu merosakkan hubungan Tia dan suaminya . Rasanya tak susah
kerana perhubungan mereka masih hijau . Tersenyum sinis hatinya .
“ Competitor ? Inikah gerangan yang mendapat
muah , muah tempoh hari ?” Hati Fitri bersoal.
“ Tak perlu . Aku takde masa nak melayan kau . So ,
pass the phone now . Aku nak cakap dengan wife tercinta aku .” Nada Fitri sedikit tinggi . Takut
permintaannya tidak di dengari oleh Kushairy . Bising dek bunyi music
yang terlalu kuat . Macam dalam club je …
“ Zara takde , dia ke toilet sekejap . Kau
pesan je pada aku .” Kushairy tersenyum sinis . Rasa cemburunya dengan Fitri
masih menebal kerana dia tidak dapat memiliki Tia .
“ Toilet ? Eh … kau dekat mana sekarang ?”
Fitri semakin tidak keruan apabila mendapat tahu Tia di dalam tandas . Otaknya
berfikir yang bukan – bukan . Kalau mabuk , habislah semuanya …. Tiba – tiba
saja hatinya risau . Risau akan Tia ataupun nama baiknya sebagai suami , Fitri
tidak pasti .
“ Kami dekat one of the club di Bukit Bintang ,
kenapa ? Kau jealous ?” Sengaja Kushairy berkata demikian untuk
menyakitkan hati Fitri . Fikirannya asyik terbayang aksi mesra Tia bersama
Fitri . Rasa tidak puas hati semakin membuak – buak .
“ Aku tahu isteri aku . Kau jangan nak porak –
perandakan marriage kami . Aku tak kan termakan hasutan kau .” Fitri
menengking . Fiza mencuit lengan Tia supaya memandang Kushairy yang sedang
tertawa . Mulut Tia terlopong melihat telefonnya melekap di telinga Kushairy . Obviously
, telefonnya sedang di gunakan kerana juntaian manik pemberian Tareeq bergoyang
– goyang . Tia mengepal penumbuk sebelum dia bergegas ke arah Kushairy .
“ Woo… relax bro . Kami just having fun
. Tak kan itu pun kau nak berkira ? Lagipun aku dah kenal lama dengan Zara nih
. Setakat lepak macam ni , biasalah bro . Ke , kau tertipu dengan wife
kau ?” Sebaik sahaja Kushairy menghabiskan ayat , Tia merampas telefon
bimbitnya dari Kushairy . Dia menjeling tajam ke arah Kushairy sebelum melihat
skrin telefonnya .
“ Iz …” Gumam Tia perlahan . Tetapi talian telah pun
di matikan . Tia keluar dari kelab tersebut , dia mendail nombor Fitri .
Berkali – kali mencuba tetapi hanya awek telefon yang menjawab . Hatinya hampa
. Entah apa yang Kushairy cakapkan sampaikan talian di matikan .
“ Jangan – jangan Iz cemburu kot … Cemburu ? Tandanya
sayang , kan ?” Tia tersenyum sendirian . Dia senang dengan kata hatinya kali
ini .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Arghhhh!!!!” Jerit Fitri . Telefonnya di campakkan
ke atas katil . Geram rasa hatinya . Tia sengaja mencabar kesabarannya .
“ Berani kau keluar dengan jantan lain , belakang aku .
Undercover , konon ? Siap kau ….” Fitri menumbuk – numbuk bantal untuk
melepaskan geram .
BERSAMBUNG .......
hihi..best..best fitri jealous.. <3
ReplyDelete