MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 7
“ Mummy minta tolong sikit boleh ?” Tanya Puan
Talena .
“ Boleh , mummy .” Jawab Fitri .
“ Mummy nak kamu ke mini mart depan tu .
Belikan sagu dengan nata de coco , daddy kamu nak makan lai chi
kang pula …” Tutur Puan Talena .
“ Sagu ?”
“ Sagu yang besar punya . Kamu ajak Tia sekali , dia
tahu .” Puan Talena berpesan .
“ Baik , mummy .” Jam di tangan di kerling .
Sudah pukul 6. 15 petang .
“ Tia …. Tinggalkan kerja tu , nanti mummy
sambung. Teman suami kamu kejap .” Arah Puan Talena . Terkocoh – kocoh Tia ke
ruang tamu .
“ Teman ? Ishh …pakcik ni nak apa pulak ….” Omel Tia
di dalam hatinya .
“ Mummy suruh Fitri belikan bahan nak buat lai
chi kang dekat mini mart depan tu . Tia temankan , ye ?”
“ Ok , mummy . Nak beli apa ? Laici dah ada ,
Tia nampak tadi .” Tutur Tia .
“ Sagu dengan nata de coco . Pergi cepat Fitri
dah masuk dalam kereta tu …”
“ Bye , mummy …” Tia berjalan ke muka pintu . Pintu kereta di buka
sebelum dia memboloskan diri ke dalamnya .
Lima minit
kemudian mereka tiba di mini mart tersebut . Tia keluar dari kereta
untuk mendapatkan pesanan mummynya . Fitri pula hanya duduk di dalam
kereta sambil bermain games . Tia mengetuk cermin kereta , dia terlupa
membawa dompet . Fitri menurunkan cermin sebelum bersuara .
“ Kenapa ?”
“ Iz pinjam duit , kejap . Tia terlupa bawa purse
tadi .” Jujur tutur Tia .
“ Cukup ?” Fitri bertanya setelah menghulurkan not RM
10 .
“ Cukup .”
Usai membeli
barangan yang di pesan oleh mummynya , Tia bergegas mendapatkan Fitri .
Selepas duduk , Tia teragak – agak untuk menyatakan keinginannya . Takut Fitri
tidak bersetuju , lagipun dia tidak membawa dompet . Fitri memandang pelik
isterinya .
“ Kau ni kenapa ?” Tanya Fitri . Pandangannya tetap di
jalan raya .
“ Aku teringin nak minum slurpee … Tapi aku tak
bawa purse ..” Tia memberitahu .
“ Kedainya di mana ?” Fitri bertanya sebelum memandang
Tia .
“ Kau nak belikan ke ?”
“ Banyak soal pula , cepatlah cakap . Nanti aku tukar
fikiran baru kau tahu….” Gertak Fitri .
“ Ok , ok , aku cakap . Belakang bangunan ni je .. Just
pusing balik , on your left . ” Terang Tia kepada Fitri . Fitri memandu
berpandukan arahan isterinya .
“ Slow down , tu kedainya …” Arah Tia . Fitri
memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai serbaneka tersebut . Dompet di
capainya sebelum mengeluarkan sekeping not RM 50 . Not tersebut di serahkan
kepada Tia .
“ Thanks …” Ucap Tia dengan senyuman di bibir . Dia turun dari
kereta .
“ Wait , aku nak juga yang colour hijau
. Lepas tu , beli Redbull Wings 3 tin , colour biru tinnya . Belikan
aku Cadbury chocolate bar 1 . Yang ada almond , tahu ?” Pesan
Fitri .
“ Amboi ! Banyaknya memesan . Mesti kaki shopping
ni ….” Omel Tia di dalam hati .
“ Yang kau tenung aku , kenapa ? Aku tahulah aku handsome
. Kau dah jatuh hati ke ?” Selamba je Fitri berkata – kata .
“ Mana ada … Aku nak tanya kau , nak bar kecil
, sedang ke besar ?” Tia menyoal .
“ Kecil , cukup . Kau nak aku kena kencing manis ke ?”
Bebel Fitri .
“ Baik , boss …” Tia menjuihkan bibirnya
sebelum memasuki kedai tersebut . Menyampah …
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Pergi mana tadi ?” Soal Encik Zahari merangkap bapa
mertuanya .
“ Kedai depan tu , daddy . Belikan barang yang mummy
pesan .” Jawab Fitri .
“ Banyaknya beli Redbull …” Tegur bapa mertua
Fitri . Mata Encik Zahari tertancap pada bungkusan di tangan menantunya .
“ Untuk stamina , daddy ….” Fitri tersengih
sambil mengambil satu tin minuman tenaga tersebut . Encik Zahari turut
tersenyum , dia mengerti maksud menantunya itu .
“ Nah , satu untuk daddy .” Fitri menghulurkan
tin tersebut kepada bapa mertuanya .
“ Betul , untuk daddy nih ?”
“ Betul , daddy . Iz dah ada 2 ni , cukuplah .”
“ Iz … Nampak gayanya tak lama lagi daddy dapat
cucu lah , ye ….” Encik Zahari berseloroh.
“ Insyaallah , daddy .” Fitri tersenyum lebar
mendengar usikan bapa mertuanya .
Tia sibuk
membantu mummynya menyediakan makan malam buat mereka sekeluarga . Fitri
pula sedang berbual – bual dengan daddynya . Entah apa yang di bualkan
sehinggakan gelak- tawa mereka kedengaran sehingga ke dapur . Puan Talena
tersenyum manis sambil memandang Tia . Menghantar maksud yang tersirat. Tia
mengerti bahawa ibu bapanya menyangka mereka sedang berbahagia . Namun , hanya
mereka yang mengetahui letak duduknya perkara sebenar . Senyuman palsu terpaksa
di pamerkan buat mummynya .
“ Ling … jom makan .” Laung Puan Talena dari
dapur .
“ Ok , honey . I’m coming …” Encik
Zahari membalas dari ruang tamu . Di tepuknya bahu Fitri supaya mengekorinya ke
dapur .
“ Duduk , Iz .” Pelawa Puan Talena .
“ Sedapnya bau … mummy , masak western
lagi … Gemuklah Iz kalau tiap – tiap hari makan macam ni .” Puji Fitri .
“ Bukan mummy yang masak . Tia yang buat semua
ni . Mummy tolong je . Semenjak Tia balik dari UK lagi, mummy
jarang masuk dapur .” Telus ucapan Puan Talena .
“ Tia pandai masak ke ?” Fitri menyoal .
“ Pandai . Masakan western , mummy hantar Tia
belajar dengan kakak kembar mummy di Spain. Masakan Melayu pula
Tia belajar dengan mak ngahnya , orang Penang . Orang perempuan kenalah
tahu memasak …” Ujar Puan Talena bersungguh – sungguh . Tia mula menyenduk nasi
ke pinggan Fitri .
“ Mummy ada kembar ?” Tanya Fitri sekadar ingin
tahu .
“ Ada . Tia tak pernah cerita ke ?”
“ Mummy … Tia belum sempat cerita dengan Iz
lagi . Nanti – nantilah Tia story …” Tia berbicara .
“ Makan , Iz … Jangan malu – malu .” Pelawa Encik
Zahari .
“ Baik , daddy .” Fitri mula menyuapkan makanan
. Puan Talena mengisyaratkan sesuatu dengan lirikan matanya kepada Encik Zahari
.
“ Tia , Iz … Daddy dengan mummy ada
hadiah nak kasi for both of you , sebab tunaikan harapan daddy
dengan mummy . Kamu berdua kahwin juga akhirnya , tak sia – sia daddy
dengan papa jodohkan kamu berdua .” Encik Zahari berbicara . Senyuman terukir
di bibirnya.
“ Daddy … Iz tak minta pun hadiah bagai . Bagi
Iz .. Tia adalah anugerah Allah pada Iz . Iz akan jaga Tia dengan baik , daddy
.” Tutur Fitri . Matanya merenung Tia .
“ Hadiah apa pulak ni ? Jangan – jangan daddy
nak sponser honeymoon kita orang ? Tak naklah aku dengan minah kasar ni
… Kalau Erin … indahnya dunia …” Desis hati Fitri .
“ Nah . Tia , Iz… daddy nak kamu berdua bina
mahligai di sini . Daddy dah bincang dengan papa kamu , dia setuju .
Lagipun dekat sikit dengan tempat kerja kamu berdua . Hope both of you like
it .” Encik Zahari menyerahkan kunci kondominium berserta brochure
kepada Fitri . Tia mendekati suaminya , brochure dibeleknya dengan
senyuman .
“ Thanks , daddy . I love it . Thank you very much .
Mummy …” Tia mencium
pipi daddynya kiri dan kanan sebelum beralih kepada mummynya .
BERSAMBUNG ...............
No comments:
Post a Comment