mawar putih

mawar putih

Wednesday, 24 July 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 9 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
 PART 9
“ Woi ! Pengantin baru , awal sampai pejabat . Cik Abang tak marah ke ?” Soal Fiza sekadar bergurau dengan teman sejawatannya .
“ Nak buat macam mana cuti untuk 2 minggu tak approved . Dapat seminggu ja . Kena kerja lah jawabnya .” Balas Tia sambil duduk di kerusinya .
Husband kau tak apa ke kena tinggal sorang – sorang ?” Fiza bertanya lagi .
“ Dia pun sama , cuti kejap je . Semalam dah fly ke Tokyo .” Tia menjawab .
“ Zara , Fiza . Jumpa saya dalam bilik mesyuarat . Ada kes baru .” Ujar ASP Kushairy . Matanya merenung Tia . Serba – salah Tia di buatnya .
“ Baik , tuan . Give me 5 minutes , ladies sekejap .” Tutur Tia . Cepat – cepat dia melangkah ke tandas . Padahal itu sekadar alasan sahaja . Tia tahu Kushairy ada hati dengannya .
“ Ok , 5 minit . Ha.. Fiza kamu tak nak pergi ? Lama kita mesyuarat nanti .” ASP Kushairy berkata sebelum melangkah ke bilik mesyuarat . Sejurus Kushairy melangkah pergi , Fiza mengatur langkah ke tandas .
“ Zara … Aku rasa dia ada hati lagi kat kau ….” Fiza menyuarakan rasa hatinya .
“ Aku tahu . Kalau tak , takdelah cuti aku kena beku . Kau ingat lagi tak borang kahwin yang aku kasi ? Boleh dia buat – buat lupa . Nasib baik , bapa mertua aku contact kawan dia . Kalau tak jawabnya tak bolehlah aku nak kahwin sebab dia tak buat pengesahan .” Luah Tia sambil membetulkan sanggulnya .
“ Nampaknya lepas ni , lagi bertambahlah kerja kau , kerja aku .”
“ Kenapa pulak ?” Tia bertanya .
“ Sebab dia nak dekat dengan kau selalu . Jealous dengan husband kau …” Fiza membuat andaian . Tia sudah berasa tidak enak .
“ Makin rumitlah nak tawan hati Mr Hubby lepas ni kalau asyik berjauhan ..” Desis hati Tia .
“ Kau ni Fiza , banyak sangat tengok sinetron ….” Tia ketawa kecil sekadar untuk menyedapkan hatinya .
“ Baik kau pregnant cepat – cepat .” Cadang Fiza .
“ Ada – adalah kau ni .. Jom , nanti cik abang kau marah kita pulak …” Tia berseloroh . Mereka beriringan ke bilik mensyuarat dengan tawa kecil .
                        +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BabyI missed you . Kenapa you ikut wife you balik hari tu ?” Erin melentokkan kepalanya di bahu Fitri . Fitri hanya membiarkan saja tindakan Erin itu . Fikirannya teringatkan isterinya . Siapakah gerangan yang mendapat kissed through the phone itu ? Hatinya membuak – buak ingin tahu .
Babyyou dengar tak ?” Nada Erin seolah – olah merajuk .
Sorry , baby … I sakit kepala sikit . I berehat dulu .” Fitri memberi alasan . Dia mahu beredar dari situ . Tetapi lengannya di tarik oleh Erin .
Baby … I risaukan youYou nak I tolong picitkan kepala you ?” Tanya Erin dengan nada manja .
No . I just need a nap . You baliklah bilik you dulu . Rehat . Nanti malam you ada show , kan? Come , I teman you ke bilik .” Ujar Fitri tersenyum sambil mengelus tangan Erin .
So , sweet …. I love you , baby …” Ucap Erin sambil memimpin tangan Fitri menuju ke biliknya .
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Saya mahukan 100% komitmen dalam kes ni . Selagi kes tak selesai , saya akan bekukan semua cuti . Faham semua ?” Tanya ASP Kushairy dengan nada yang tegas .
“ Faham , tuan .” Jawab mereka serentak .
“ Lagi satu , saya nak anggota kita jalankan undercover . Saya sendiri akan turun padang . Fiza dengan Hadi, Lin dengan Fiz . Zara , kamu partner dengan saya . Ada apa – apa nak tanya ?” Soal Kushairy . Zara memandang Fiza sejurus ayat tersebut terbit di bibir bos mereka. Siti mengangkat tangan .
“ Ya , Siti . Kamu tak faham part mana ?” Kushairy memandang Detektif Siti .
“ Tuan . Setahu saya , Puan Zara dah kahwin . Selalunya anggota perempuan yang dah berumah tangga tak di galakan undercover . Biar saya yang gantikan Puan Zara .” Siti menawarkan dirinya . 
“ Siti . Saya nakkan muka baru untuk undercover ni . Muka yang lain dah familiar sangat dekat Bukit Bintang . Saya tak mahu operasi kita gagal . So, stick to the planned . Faham ?”
“ Faham , tuan .” Jawab mereka serentak .
Good . Saya nak team undercover tunggu dulu . Yang lain boleh keluar . Selamat bertugas .” Tutur ASP Kushairy .
“ Zara , kamu jangan risau saya akan protect kamu .” Ujar ASP Kushairy dengan senyuman manis . Zara tersenyum palsu sekadar membalas senyuman tersebut .
“ Bala apa pulak ni . Sorang macam tu , sorang macam ni . Abang … tolong Tia .” Hatinya menjerit meminta pertolongan Tareeq . Macamlah abangnya dengar ….
“ Ok . Kita sambung perbincangan . Saya nak kita ……” Kushairy meneruskan penerangannya . Tia memandang Fiza , masing – masing ligat berfikir mengapa Kushairy jadi begitu .

BERSAMBUNG ....

No comments:

Post a Comment