mawar putih

mawar putih

Sunday, 28 July 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 11 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 11
“ Mama , papa … What a pleasant surprise . Terkejut Tia , security telefon tadi . Ingatkan abang dah sampai dari Tokyo .” Ujar Tia sambil bersalaman dengan ibu bapa mertuanya .
“ Tak nak jemput papa masuk ke ?” Dato Hassan berseloroh dengan menantunya . Padahal dah masuk pun … sebaik sahaja pintu lif terbuka tadi .
“ Masuklah papa , mama . Rumah Tia kecil je …” Pelawa Tia .
“ Wanginya bau … Tia masak apa ?” Soal Datin Farah .
“ Masak simple je , mama . Ayam masak merah , kerabu timun dengan nasi tomato je ….”
“ Langkah kananlah nampaknya , mama dengan papa .” Datin Farah bersuara sambil mengacau kuah masak merah di dalam periuk .
“ Besar juga rumah kamu ni , Tia . Bilik ada berapa ?” Tanya Dato Hassan sambil memerhati segenap pelusuk kondominium tersebut .
“ Ada 5 , papa . 3 kat atas , 2 di bawah .” Laung Tia dari dapur .
“ Mama … makan sini , ye ?”
“ Tak menganggu ke ? Maklumlah pengantin baru ….” Datin Farah mengusik .
“ Tak adalah , mama . Bertuah , kalau abang begitu . Macam iceberg adalah ….” Luah Tia .
“ Tia dengan Iz , perang lagi ke ?” Soal Datin Farah dengan rasa risau yang bertandang di hatinya .
“ Macam itulah , mama . Abang mabuk cinta dengan si Erin tu .”
“ Sabarlah , Tia . Satu hari nanti terbuka juga pintu hatinya . Mama doakan yang terbaik untuk anak menantu mama .” Datin Farah mengusap belakang Tia .
“ Kadang – kadang rasa macam orang ketiga pun ada . Sebab Tia , cinta mereka tak dapat bersatu .” Tutur Tia . Dato Hassan yang baru tiba di dapur bersuara .
“ Papa janji akan bantu Tia . Papa rasa Iz sayangkan Tia , tapi dia ego .”
“ Terima kasih , papa .”
                            ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Tia yang sedang menghidangkan makanan di meja makan terdengar dentingan lif . Ibu dan bapa mertuanya sedang menunaikan solat Maghrib bersama . Dia meninggalkan ruang makan. Pasti suaminya sudah pulang . Sebentar lagi mereka akan menjamu selera bersama – sama .
Baby … cantiknya kondo you … Bila you nak bawa I tinggal sini ?” Soal Erin sambil melentok manja di lengan Fitri .
Baby … kan I dah bawa you ke sini …” Bicara Fitri sambil mengelus pipi gebu milik Erin .
“ Assalamualaikum … apa dia buat di sini ?” Tia menuding jari kepada Erin . Rasa marah di tahannya .
“ Maksud kau , baby aku ?” Soal Fitri sambil tersengih mengejek . Tia mengangguk .
“ Dia tamu aku . So , mind your own business . Jom , baby . Jangan layan pompuan psycho ni…” Pinggang Erin di rangkul Fitri , langkah di atur ke anak tangga . Erin tersenyum bangga.
Excuse me . This is my house . Aku tak benarkan kau bawa masuk sebarang perempuan dalam rumah ni . So , pompuan berambus sekarang .” Tia berbicara . Erin memandang Fitri dengan lirikan manja bagi meraih perhatian .
Baby … jangan pedulikan dia . Rumah ni rumah I juga . Jom temankan I . Tepilah ! Menyemak saja kat sini .” Fitri menepis bahu Tia . Bergerak Tia di buatnya . Bibir di ketap menahan rasa marah yang memuncak .
Baby … I takutlah dengan singa jadian tu …” Erin bersuara manja . Tubuhnya di rapatkan lagi dengan Fitri .
Stop !! Selagi aku tinggal dekat sini , jangan mimpi nak buat maksiat dalam rumah ni . Hey , pompuan . Lebih baik kau keluar sekarang sebelum aku punch muka kau .”  Tia mengepal penumbuknya .
Baby …” Erin mengelus jari jemari Fitri . Mengadulah tu …
Get out from here , now !! Tak payah buat muka gedik kau tu . Ke , kau nak rasa penumbuk aku ? Sebab aku nampak muka kau dah macam punching bag . Kau nak rasa ?”  Gertak Tia . Tangan Erin di tarik dari tubuh suaminya . Tia mencengkam kasar lengan Erin lalu mengheret Erin ke arah lif sebelum menolak Erin ke dalam lif . Punat lif di tekan turun ke bawah .
“ Ehh… kau memang melampaukan . Berani kau buat baby aku macam tu . Siap , kau!!” Fitri pula yang menarik lengan Tia . Tubuh Tia di tolak ke sofa dengan kasar . Tia terpinga – pinga dengan reaksi Fitri .
“ Kau nak buat apa ni ?” Tia menahan tubuh Fitri dari mendekatinya . Tetapi Fitri tidak mengedahkannya . Pipi Tia di ciumnya kasar sebelum beralih ke leher pula .
“ Iz , mengucap . Iz !!” Tia yang terkejut dengan tindakan Fitri itu melayangkan sebijik penumbuk tepat di pipi kanan suaminya . Fitri terjatuh dari sofa .
“ Ahmad Fitri Izran !!!” Laung Dato Hassan dengan wajah yang berang . Misainya menambahkan lagi kegerunan di wajahnya . Pipi kirinya ditampar papanya .
“ Papa tengok . Ni menantu kesayangan papa . Suami sendiri tak layan . Jantan lain layan takpe  pulak … Undercover , konon ?” Fitri tertawa mengejek . Datin Farah telah pun mendapatkan Tia . Tubuh Tia di peluknya erat .
“ Papa dah dengar semuanya . Kamu jangan ingat papa tak tahu kamu bawa balik perempuan kat sini . Papa dah nampak . Jangan sampai papa ambik tindakan drastik .” Dato Hassan memberi peringatan kepada anaknya .
“ Menangkan sangat menantu papa tu . Layan laki lain boleh pulak ? Iz , tak kan bertangungjawab kalau menantu kesayangan papa ni mengandung . Sah , sah bukan anak Iz .” Bebel Fitri , dia masih tidak berpuas hati dengan Tia . Tia memandang Fitri tajam .
“ Hina sangat ke aku ni … Sampaikan dia tuduh aku macam tu sekali …” Desis hati Tia . Patah hatinya , semangat apatah lagi . Rasanya dia telah kecundang sebelum bermula .
“ Kalau ya pun kamu nak Tia layan kamu . Bukan ini caranya . Sudah , papa tak nak dengar apa – apa lagi . Jangan bawa perempuan tu datang sini lagi . Dengar ke tidak Iz ?”
“ Dengar , papa .” Jawab Fitri .
“ Pergi solat dulu , lepas tu kita makan sama – sama . Tia dah masak makanan kegemaran kamu , tu .” Ujar Datin Farah .
“ Mama , Iz tak kan jamah lagi makanan yang pompuan ni masak . Entah apa yang dia masukkan sampaikan papa dengan mama dengar kata dia . Iz makan dekat luar je .” Tutur Fitri tanpa menjaga perasaan Tia yang sedang terluka sambil mengatur langkah ke biliknya . Tia yang mendengar tiap bait kata suaminya hanya dapat menahan rasa pilu hatinya supaya air matanya tidak berguguran .
“ Mari Tia , kita makan . Biarkan orang merajuk tu , nanti lapar pandai – pandailah dia cari .” Ujar bapa mertuanya . 

BERSAMBUNG .....

3 comments:

  1. kak update laa cerita biar betul bongok/my student my hubbby plak :D

    ReplyDelete
  2. biar betul bengkok dah habis . my student pulak dlm progress . enjoy dulu entry yg len ... anw thanks 4 reading ....

    ReplyDelete
  3. x sabar tunggu part seterusnya...

    ReplyDelete