mawar putih

mawar putih

Tuesday, 16 July 2013

MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ? ( PART 6 )



MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
 PART 6
    Setibanya mereka di balai , ramai lagi pasangan yang di cekup rupanya . Tak menang tangan anggota polis mengambil keterangan . Ada yang bawah umur , siap kena  marah dengan mak bapak diaorang lagi . Anak muda zaman sekarang … macam – macam perangai . Yang lewat usia pun apa kurangnya ….
“ Zara !! Kau ke , tu ?”
“ Mia !!” Jerit Tia sambil memeluk tubuh rakannya itu . Fitri sekadar menjadi pemerhati .
Sorry …aku tak sempat datang majlis kau . Adik aku konvo .” Tutur Mia sambil meraih tangan sahabatnya itu . Inai di tangan Tia di beleknya . Cantik …
“ Takpe . Aku sendiri datang bawa husband aku . Kenalkan , Fitri husband aku .” Tia memperkenalkan Fitri kepada rakan selatihannya dulu semasa di Pulapol .
“ Betul ke , kau datang sini semata – mata nak kenalkan husband kau dengan aku ?”
“ Sebenarnya … mari sini aku bisik .” Tia berkata sebelum berbisik di telinga Mia . Usai berbisik , Mia ketawa lepas . Tia memukul bahu rakannya itu .
“ Amboi … korang . Tak menyempat ….” Sindir Mia . Wajah Tia merona merah , Fitri pula hanya tersenyum dengan gelagat rakan isterinya itu .
“ Mia .. aku haus . Kau takde air ke ? Milo ke Nescafe pun ok .” Tia menukar topik . Malulah dia kalau Mia menyakatnya lagi .
“ Kesian korang … Kejap aku tekan vendor machine . Duduk dulu , jangan malu – malu . Kalau rajin tolong aku ambil keterangan budak – budak under age tu .” Mia menunjuk ke arah beberapa pasang pasangan remaja .
No problem , Puan Mia .”
“ Iz .. duduk sini . Nanti hilang pulak .” Tia menarik kerusi buat suaminya . Fitri melabuhkan punggungnya . Tia membelek kad pengenalan remaja berkenaan .
“ Tia … macam ni ke situasi balai polis , everyday ?” Fitri bertanya . Tia sekadar mengangguk. Sibuknya …
“ Nur Zaifa Sakinah . Zack Hakimi .” Laung Tia . Fitri hanya memerhatikan isterinya menjalankan tugas . Setelah kedua – dua remaja tersebut duduk , mereka mula di soal oleh Tia. Ketika sesi berlangsung , ibu bapa kedua remaja berkenaan turut campur tangan . Ketegasan Tia dapat mengawal orang tua remaja berkenaan . Fitri kagum dengan isterinya .
   Hampir sejam mereka menunggu kedatangan Dato Hassan . Akhirnya , muncul jua . Jam di dinding balai di kerling , Tia . Sudah pukul 4 pagi . Fitri telah pun terlentok di bahu kirinya . Lenguh bahu kirinya hanya Allah yang tahu . Berat juga kepala pakcik ni … Dato Hassan menggelengkan kepala melihat anak lelakinya itu .
“ Dato …” Semua anggota memberi tabik hormat .
“ Papa …” Tia bertegur sapa dengan mentuanya . Rasa malu masih bersisa lebih – lebih lagi di tangkap basah sebegini . Mesti bapa mertuanya memikirkan yang bukan – bukan .
“ Kejutkan Iz . Papa settlekan hal kamu berdua sekejap .” Dato Hassan melangkah ke ruangan khas yang di sediakan untuk pegawai jabatan agama . Tia pula memanggil nama suaminya .
“ Abang … Abang …” Tia terpaksa memanggil Iz dengan panggilan abang agar tidak terasa pelik apabila di dengar anggota lain .
“ Kejap la sayang … Abang tengah best ni …” Tutur Fitri . Terkejut Tia di buatnya .
“ Mabuk ke pakcik ni ? Ada ke pula dia panggil aku sayang …  Mengigau agaknya . Mesti teringatkan si blonde …” Desis hati Tia . Tawar rasa hatinya apabila menyedari panggilan tersebut bukan untuknya .
“ Abang … bangunlah . Papa dah sampai …”
“ Sayang …” Kali ini Fitri merangkul tubuh Tia . Di peluk erat pingang isterinya . Malu Tia apabila ada mata yang memandang  . Lebih – lebih pulak , pakcik ni …
“ Dah selesai . Jom balik , risau mama kamu di rumah .” Dato Hassan berbicara .
“ Papa , abang …” Tia meminta pertolongan bapa mertuanya . Dato Hassan menggeleng .
“ Ahmad Fitri Izran !!!” Laung Dato Hassan .
“ Ya , papa .” Automatik Fitri terbangun . Matanya terkebil – kebil memandang sekeliling . Bingung seketika sebelum ingatannya kembali .
“ Balik sekarang . Mama kamu risau di rumah . Papa tunggu di kereta .” Arah Dato Hassan .
“ Mia , aku balik dulu . Letih ni , dari pagi tadi lagi sibuk sampai sekarang . See you next time….” Tia memeluk sahabatnya sambil mencium pipi kiri dan kanan . Fitri hanya memerhati dengan senyuman .
“ Nak join …” Fitri mendekati mereka , siap mendepakan tangannya lagi . Mia segera menolak tubuh Tia ke dalam depaan Fitri . Fitri mendakap tubuh isterinya .
“ Zara , baik kau bawa laki kau balik sekarang . Mengikut pengalaman aku , kalau dah sampai ke tahap ni . Kau kena bagi ubat ni …” Usik Mia dengan senyuman nakal .
“ Sudahlah menyakat aku . Aku balik dulu .” Ujar Tia sebelum bergerak ke kereta . Fitri mengekori rapat isterinya itu . Pinggang Tia di rangkul kemas , naik lemas Tia dengan aksi suaminya itu . Mengalahkan romeo aje …
                             +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Selepas pulang dari Putrajaya , Tia tidak lelapkan matanya walaupun rasa mengantuk menguasai diri . Nasib baik Dato Hassan hanya membebel di dalam kereta . Kalau dia menyambung bebelannya hingga ke rumah mahu cair semua tahi telinga . Fitri sudahpun terdampar di katil . Tia pula masih berfikir samada mahu tidur ataupun tidak . Baginya jika tidur sudah hampir waktu Subuh , jawabnya terlepaslah Subuh . Fitri pula sedap je membuta , Subuh pun tidak . Puas sudah Tia mengejutkan suaminya tetapi tidak di endahkannya .
   Jenuh mereka disakat oleh saudara mara dek kerana wajah masing – masing yang kelihatan lesu ketika makan tengahari tadi di rumah keluarga Tia . Tia terasa mukanya kebas dengan usikan ahli keluarga mereka . Fitri pula tidak endah dengan usikan tersebut , dia makan dengan berselera sekali . Padahal ada kisah di sebaliknya , Dato Hassan hanya tersenyum nipis sambil memandang mereka berdua .
   Selesai makan tengahari di rumah ibu dan bapa mertuanya , Fitri kembali menyambung tidurnya . Tia pula menolong mummynya mencuci pinggan mangkuk . Malam ini mereka akan bermalam di rumah Tia pula . Dengan selamba badak Fitri meninggalkan ibu bapanya di bawah , dia pula sudah selamat berbaring di atas tilam empuk milik isterinya . Sedangkan Tia tidak tidur , dari pagi lagi dia sibuk membantu ibu mertuanya menyediakan sarapan pagi usai mengerjakan ibadat . Tadi pun jenuh Fitri di sakat dek kerana tergesa – gesa mahu berehat . Tia juga yang masih bertahan sehingga sekarang . Matanya mula tertutup perlahan – lahan .
Mummy … Tia naik atas dulu .” Pinta Tia sambil membilas pinggan mangkuk yang masih berbaki . Badannya masih terasa lesu dek tak tidur semalaman .
“ Habiskan bilasnya , baru naik .” Arah Puan Talena . Hairan Puan Talena dengan gelagat anaknya itu . Nampak letih bebenor ….
“ Tia , sudah pergi berehat . Biar mama yang buat .” Datin Farah menyambung kerja menantunya mencuci pinggan mangkuk . Kesian dia dengan menantunya langsung tidak tidur. Anaknya pula , sedap aje membuta . Geram pun ada dengan perangai Fitri yang tak matang -matang itu .
“ Tia naik dulu , mama , mummy . Kirim salam dekat mak ngah dengan kak long sekeluarga . Thanks , mama .” Pipi Datin Farah dan Puan Talena di kucupnya sebelum kaki mengatur langkah ke biliknya. Tia berlari mendaki anak tangga . Tubuhnya memerlukan rehat . Tia tersenyum lebar apabila melihat katilnya selepas pintu di tutup .
“ Aah… heaven . Sedapnya …” Tia membaringkan tubuhnya di atas tilam . Nasib baik Fitri tidur dengan elok . Buatnya Fitri tidur seluas – luas katil , mahu dia mengamuk .
“ Ehh.. bisinglah . Aku nak tidur ni …” Fitri bersuara . Dia masih belum terlelap , mungkin cahaya matahari yang menerobos ke dalam kamar menyukarkan matanya tertutup .
“ Tak puas tidur lagi ke ?” Sindir Tia . Fitri hanya mendiamkan diri , malas nak bergaduh . Tia menekan suis curtain , suasana gelap mula menyelubungi kamarnya .
“ Mana kau jumpa suisnya ? Aku cari tadi tak jumpa .” Fitri menoleh ke arah isterinya .
“ Sini , tepi suis lampu tidur .” Tia menunjukkan suis curtain yang terletak bersebelahan suis lampu tidur kepada Fitri . Sekejap sahaja bilik yang terang – menerang menjadi gelap .
“ Kat atas sini rupanya ? Patut pun tak jumpa …” Omel Fitri . Suis tersebut betul – betul di dinding atas kepalanya .
“ Tia …” Panggil Fitri tetapi tiada sahutan . Fitri menoleh , Tia sudah pun tidur . Letih sangatlah tu . Fitri merenung seraut wajah isterinya yang sedang tidur . Wajah Tia hanya di simbahi dengan cahaya lampu tidur yang malap .
“ Comelnya dia … kalau aku ambil kesempatan , dia sedar tak ?” Desis hati Fitri dengan senyuman nakal di bibir . Dah namanya lelaki , ada – ada saja niat yang di pengaruhi oleh kromosom XYnya ……
“ Tia ….” Fitri menggoyangkan bahu Tia untuk menguji tahap kesedaran isterinya . Namun tiada respon . Hati Fitri melonjak kegembiraan , di ciumnya bibir merah isterinya . Kemudian dia membawa tubuh Tia ke dalam pelukannya . Akhirnya dia tertidur bersama .

BERSAMBUNG .....

1 comment:

  1. bestnye....x sabar nk tunggu next chapter...cepat sambung ye kak

    ReplyDelete