MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 3
“ Abang …. Abang …. Tia ..” Sendu Tia semakin menjadi
– jadi .
“ Sayang …. Kenapa ni ? Tia ada masalah ke ?” Tareeq
dapat menebak resah adiknya .
“ Abang … Tia ..” Tia kehilangan kata – kata . Rasa
sedih mencengkam hatinya .
“ Sayang ….tarik nafas then lepaskan . Sekarang
cakap dengan abang apa masalah Tia ?”
“ Dia tak sayangkan Tia . Dia ada buah hati . He
love her , not me . Tia tak tahu nak buat apa sekarang . I’m totally
lost direction . Tolong Tia , abang …” Luah Tia kepada Tareeq .
“ Tia sayang , don’t do anything stupid . Tia
dekat mana sekarang ?” Tareeq risau akan keselamatan adiknya . Sudahlah dirinya
jauh di perantauan .
“ Tia dalam kereta . Depan Dome .”
“ Sayang ... Listen to me . Abang nak Tia
keluar dari kereta sekarang . Pergi Dome and take some coffee . Ok ?
Lepas tu Tia story abang the whole things . Boleh ?” Arah Tareeq
. Adiknya memerlukan khidmat nasihat supaya perkara lepas tidak berlaku lagi .
Dia takut Tia menjadi murung sekali lagi .
Setelah
memesan coffee , Tia bercerita kepada abangnya Tareeq tentang perihal
Fitri yang meletakkan sempadan dalam perhubungan mereka . Sungguh Tareeq tidak
sangka Fitri begitu, kalau tidak suka mengapa harus dia teruskan juga dengan
pernikahan ini ? Kesian Tia . Jika dia di sisi adiknya kini , sudah tentu Fitri sudah makan penumbuknya . Nasib
Fitri baik kerana dia tiada di situ . Tareeq menasihati adiknya untuk bersabar
dengan kerenah Fitri .
“ Sayang … boleh abang tahu perasaan Tia towards
Fitri ?”
“ Tia … Tia …” Serba salah Tia mahu mengaku
perasaannya kini . Dia keliru .
“ Abang tahu … adik suka kan Fitri kan ? The way
you talked about him menggambarkan yang adik abang ni , ada putik – putik
bunga cinta . Cuma perlu di baja supaya bunganya kembang mekar . Sayang ,
dengar tak apa abang cakap ni ?” Tareeq bertanya apabila Tia tidak bersuara .
“ Macam mana nak baja , kalau orangnya langsung tak
suka kan adik ?” Keluh Tia .
“ Don’t give up . Abang kan ada , nanti kita plan
baik punya strategi .” Tareeq memberi kata semangat buat adiknya , Tia .
“ Tapi ….” Tia masih tidak yakin .
“ Adik berhak . Adik mesti pertahankan hak adik . If
it doesn’t work , at least adik dah cuba . Tak adalah rasa menyesal
nanti . Be positive , sayang .” Tareeq memujuk lagi .
“ Ok . Adik akan cuba . Tapi … kita nak buat apa ?”
Tia bertanya , dia buntu . Tareeq menepuk dahinya perlahan . Ingatkan adiknya tahu
apa yang dia maksudkan . Tapi hampeh …
“ Betul adik tak tahu ?” Soal Tareeq . Dia takut Tia
sengaja mahu kenakannya . Tia mengangguk . Macamlah abangnya nampak apa yang
dia lakukan .
“ Tia …” Tareeq memanggil adiknya apabila tiada bicara
di talian . Tia menyedari akan kesilapannya .
“ Sorry , abang . Terlupa that we talked on
the phone . Tapi ..Tia betul – betul tak tahu nak buat apa ? Entah sempat
ataupun tak ? Lepas ni mesti Tia busy handle kes . Itu tak masuk lagi
kena turun padang . Kalau tak turun padang mesti kena pergi court .”
Keluh Tia . Ingat kerja polis tak sibuk ke ?
“ Lainlah kalau pregnant awal . Boleh duduk office
. Nampaknya takde chancelah nak dapat baby awal . Entah – entah
takde langsung , dah orang tak sudi tak kan kita pula yang lebih sudu dari kuah
.” Desis hati Tia . Kecewa rasanya . Dia memang suka kan baby .
“ Hish … tak kan itu pun tak tahu ? Adik buatlah macam
cerita dalam novel – novel yang adik baca tu ...” Tareeq memberi cadangan .
“ Novel ? Abang … adik dah lamalah tak baca novel
jiwang karat . Dulu adalah , sekarang buku – buku tu pun adik dah tak tahu
dekat mana ? Rasanya dah simpan dalam boxes
siap sealed lagi . Sebenarnya kita nak buat apa ni ?” Soal Tia .
“ Karang aku cakap terus – terang Tia cop aku miang
pulak . Kalau tak cakap ? Masa depan adik aku gelap , macam mana nih ? Gasaklah
. Janji , happy ending …” Tareeq mengomel di dalam hatinya .
“ Adik seduced Fitri .” Tareeq menyuarakan solutionnya
. Terlopong Tia mendengarnya .
“ Abang !!”
“ Yes , sayang . Dengar macam tak bermoral .
Tapi takpe sebab adik isterinya . Tak berdosa pun . Abang tahu adik tak berapa
nak yakin tapi jangan risau superman ni sentiasa ada untuk sayang .
Nanti abang minta tolong kawan abang yang jadi pelatih bakal – bakal pramugari
tu . Dulu dia pernah jadi model sekejap before jadi stewardess .
Sekarang dia dah ada modeling agency sendiri . Abang cuba minta dia
latih adik jadi sweet macam dulu – dulu . Confirm lepas ni Fitri
melekat selalu .” Usik Tareeq .
“ Adik malulah …”
“ Adik nak Fitri tak ? Kalau nak , mesti berusaha
keras demi mencapai kejayaan .”
“ Ayat … ingat orang nak ambil SPM ke ?” Perli Tia .
Tareeq ketawa mendengar celoteh adik kesayangannya . Tia turut ketawa mendengar
tawa abangnya .
Mereka
berbual lebih lanjut . Masing – masing bercerita tentang diri mereka .
Berkongsi cerita alam remaja sehinggalah mereka sudah berkerjaya . Sungguh
tenang Tia rasakan apabila dapat berbual dengan abang kandungnya . Rindu pula
ingin bersua muka dengan Tareeq . Agak – agak abangnya sudah mempunyai teman
wanita kot ? Waktu terakhir dia melawat abangnya ialah semasa dia putus cinta
dahulu , almost 5 years dah cerita tu .
Sambil
bercerita , tiba – tiba mata Tia tertancap akan susuk tubuh suaminya . Dia
yakin bahawa lelaki tersebut adalah Fitri apabila terlihat sebentuk cincin yang
tersarung kemas di jari manis lelaki tersebut . Siap berkepit dengan perempuan
seksi nak mampos . Mungkin wanita itulah buah hati Fitri. Matanya mengekori
kelibat merpati dua sejoli itu sehinggalah susuk tubuh keduanya lesap di muka
pintu hotel . Tia teruskan bercerita tanpa dia sedari suaminya telah memasuki
hotel .
“ Cakap pasal suami Tia , Tia baru je nampak dia
dengan hot chick dia .” Tutur Tia tanpa rasa curiga di hati .
“ Betul ? Tia tak rasa nak berkenalan ke dengan
kekasih suami Tia tu …” Soal Tareeq . Boleh pula dia buat selamba badak ….
“ Tak naklah . Nanti Tia belasah dua – dua sekali .”
“ Where did they go ? Tia tak nak tahu ke ?
Mana tahu kekasih suami Tia tu nak kikis duit suami Tia tu … Nak shopping
sakan . Beli kasut , handbag , baju …takpe lagi , buatnya dia beli lingeries
seksi … habislah adik ….” Tareeq sengaja menakut – nakutkan adiknya .
“ Lingeries ?” Automatik mata Tia menoleh ke
destinasi terakhir kelibat suaminya menghilang tadi . Terasa dingin hati seolah
– olah berada pada suhu takat beku air apabila terbaca papan tanda bangunan
tersebut .
“ Tia ….” Panggil Tareeq . Tia tersedar dari
kebekuannya sebentar tadi .
“ Abang , Tia ada kerja nak buat . Wish me luck
. I love you . Assalamualaikum .”
“ May Allah bless you . Waalaikumusalam .”
Tareeq mematikan talian setelah menjawab salam adiknya .
“ Ya Allah … hindarilah perkara yang bukan – bukan .”
Doa Tia di dalam hati . Kaki di atur laju ke hotel bertaraf 5 bintang tersebut
yang berada bertentangan dengan coffee house tersebut . Jam tangan di
kerling untuk melihat waktu . Hatinya bertambah gelisah apabila jarum jam
menunjukkan 1.25 pagi . Pelbagai andaian menerpa fikirannya .
BERSAMBUNG ....
No comments:
Post a Comment