MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 5
“ Kau nak ke mana ni ?” Soal Fitri yang duduk di
sebelah kerusi pemandu tanpa memandang Tia . Dia memberanikan diri untuk
bertanya apabila menyedari bahawa jalan yang mereka susuri bukannya jalan ke
rumah . Dadanya masih berdebar apabila melihat wajah isterinya . Bila
terpandang je muka Tia , ingatannya tentang kejadian di hotel kembali menerpa .
“ My first kiss ….” Desis hati Fitri .
“ Putrajaya .” Jawab Tia tenang . Sengaja Tia tidak
bersuara selepas kejadian dia mencium suaminya itu . Malu …
“ Buat apa ?”
“ Tenangkan fikiran .”
Akhirnya
mereka tiba di Putrajaya . Cermin tingkap di turunkan sebelum enjin kereta di
matikan . Tia menghela nafas yang tertahan . Perasaannya bercampur –baur antara
malu , marah plus bengang . Rasanya kisah diaorang yang paling tak logik
dek akal . Ada pulak first night jadi pelarian begini . Tia tertawa
kecil . Fitri menoleh ke arah isterinya . Hairan .
“ Ehh.. kau dah mereng ke ? Ada pulak ketawa tengah –
tengah alam ni ? Kena sampuk ke ?” Fitri menyindir .
“ Kau memang sayangkan makwe kau ke ? Sayang sangat ?”
Soal Tia . Sayu suaranya .
“ Mestilah . Kenapa kau tanya ? Kau jealous ekh
….” Fitri sengaja mahu menyakitkan hati Tia lagi .
“ Kalau aku cakap aku jealous , kau nak bagi ke
hak aku ?” Selamba je Tia menyoal Fitri kembali .
“ Kau … Kau jangan cabar aku . Karang aku bagi kat
sini juga baru kau menyesal …” Gertak Fitri . Tia memandang Fitri tajam . Lain
yang dia maksudkan , lain pula Fitri faham .
“ Bukan itu maksud aku . What I meant is … kau
boleh ke sayang aku as your wife ? Boleh tak kau lupakan girlfriend
kau untuk aku . Aku nak kita bagi chances dengan marriage kita .
Aku tak nak parents kita kecewa . Kita cuba , please …” Tia
bersuara . Entah mengapa air matanya mengalir apabila teringatkan ibu bapanya .
Fitri terkedu melihat pipi isterinya di nodai oleh mutiara jernih . Terasa
seperti ingin di sapu air mata tersebut tetapi ego mematikan niatnya .
“ Tia … aku tak boleh . Aku sayang sangat dengan Erin
. I can’t promise to love you . I’m sorry , Tia .” Tutur Fitri .
“ Iz … betul kau takde perasaan kat aku ?”
“ Betul . Aku tak …” Kata – kata Fitri di potong Tia .
“ Iz …tengok mata aku and said that you never love
me …” Tia memegang wajah suaminya , anak mata mereka bertembung . Berbicara
sendirian .
Fitri kaku ,
ada satu rasa yang menjalar di dalam hatinya . Rasa yang sama sewaktu pertama
kali dia bertemu Tia . Rasa yang indah . Mata bulat berwarna coklat itu seakan
– akan mengamitnya ke alam fantasi . Pipi mulus tersebut di elus dengan seribu
rasa yang bertandang. Wajahnya di tundukkan sedikit demi sedikit mendekati
wajah Tia . Bibir mereka bertaut rapat menzahirkan rasa yang terpendam selama
ini . Mereka terbuai dek perasaan mereka sendiri . Fitri mula mencium leher
jinjang isterinya . Lama di situ sehingalah satu cahaya menerjah mereka .
“ Astaqfirullahalazim …. Apa kamu berdua buat ni ? Tak
takut Allah ke ?” Sapa satu suara bersama beberapa orang lagi di belakangnya . Fitri
tergamam , Tia juga begitu . Mereka terkejut dengan sergahan tersebut . Tia
menolak tubuh Fitri ke tepi .
“ Encik , sila beri kerjasama . Kami polis , diaorang
ni dari jabatan agama islam . Kami sedang jalankan rondaan di kawasan ini .
Keadaan encik dan pasangan mendatangkan curiga . Jadi , kami mohon encik dan
pasangan keluarkan ic dan juga sebarang bukti yang menunjukkan bahawa
encik dan pasangan mempunyai hubungan yang sah .” Jelas anggota polis tersebut
dengan panjang lebar .
“ Encik , its not like you’re thinking . We’re
husband and wife . Kami baru je kahwin pagi tadi. Majlis baru je habis .
Kalau tak percaya tengok ni …” Fitri menunjukkan inai di jari isterinya serta
cincin perkahwinan mereka .
“ Encik , sila berikan kerjasama . IC ….” Arah
seorang dari mereka .
“ Tapi , encik . Kami ni betul – betul husband and
wife .” Fitri masih lagi mahu mempertahankan kebenaran .
“ Iz , bagi je lah ic tu …. Bawa tak salinan
dokumen nikah ?” Tanya Tia . Tia terlebih dahulu menghulurkan icnya
sementara Fitri menarik keluar icnya dari dompet . Tia lebih tenang
kerana dia telah mengetahui prosedur yang di kuatkuasakan untuk kes tangkap
khalwat .
“ I left it at home .” Jawab Fitri perlahan .
“ What ?” Terkejut Tia mendengar ucapan suaminya itu . Di jeling wajah Fitri
menggambarkan dia marah dengan sikap cuai Fitri . Nampak gayanya mereka benar –
benar di tangkap khalwat bersama . Tia tersenyum di dalam hati .
“ Nak lari sangat dari kena tangkap basah tadi . Tup –
tup kena tangkap juga . Nasib baik kena tangkap dengan aku , kalau dengan si
rambut blonde tadi tak ke naya ?” Desis hati Tia . Tia menarik keluar
lencana polisnya sebelum menghulurkannya kepada salah seorang anggota tersebut
.
“ Kami minta maaf . Dokumen memang terlupa nak bawa .
Lagipun kami baru nikah . Kalau tak percaya , Sarjan boleh telefon Bukit Aman
.” Kata Tia tenang .
“ Ini Puan Zara ke ? Jabatan D7 , Bukit Aman ?” Tanya
anggota polis tersebut .
“ Ya , saya .”
“ Maaf , Puan . Nanti saya tanyakan Ustaz , boleh excuse
ke tidak ?” Anggota tersebut bergerak ke depan kereta untuk berbincang
bersama Ustaz .
“ Puan . Saya minta maaf . Saya kena amanah , prosedur
tetap prosedur . Puan boleh ikut kami ke balai dahulu sementara menunggu ahli
keluarga Puan hantarkan dokumen .” Tutur Ustaz .
“ Baiklah . Saya faham , Ustaz .” Jawab Tia . Kumpulan
anggota tersebut menuju ke kenderaan mereka . Tia menghidupkan enjin kereta
sebelum mengekori kenderaan tersebut .
“ Ni semua salah kau . Kalau tak mesti tak jadi macam
ni ? Malu tau tak ?” Fitri membebel di dalam kereta .
“ Encik Fitri , sepatutnya encik kena berterima kasih
kepada saya . Sebab saya dah hindarkan encik dari kena tangkap basah dengan
awek encik .” Kata Tia sambil mendail nombor telefon bapa mertuanya .
“ Apa maksud kau ?”
“ Tadi ada ambush dekat hotel .”
“ Mana kau tahu aku dekat situ ? Kau intip aku ?”
Fitri menuduh .
“ Takde
maknanya aku nak intip kau buat kerja tak senonoh tu . Kebetulan aku minum kopi
dekat Dome . Suddenly , aku ternampak kelibat kau dengan si blonde
tu . Then , baru aku teringat yang hari ni ada ambush . So
, dengan baik hatinya aku tolong selamatkan kau .” Talian sibuk pula . Tia
mencuba sekali lagi .
“ Bukan kau cuti ke hari ni ?” Tanya Fitri lagi . Dia
curiga dengan jawapan isterinya .
“ Memang cuti pun . Tadi aku ke pejabat sekejap . Release
tension . Dapat 12 bullet , kira ok lah . Aku tahu dari pejabat ,
masa aku nak keluar aku sempat tanya kawan aku .” Akhirnya berjaya juga
menghubungi bapa mertuanya . Ikon loud speaker di sentuh Tia .
“ Assalamualaikum , papa . Tia nak minta tolong sikit
. Tia dengan Fitri ada dekat Putrajaya . Boleh papa datang balai , bawa dokumen
nikah sekali .”
“ Balai ? Tia dengan Fitri tak apa – apa ke ?” Tanya
Dato Hassan .
“ Papa jangan risau . Kami kena tangkap basah je . Si
Fitri ni lah , tak bawa salinan …” Malu Tia . Gara – gara mereka Dato Hassan kena
turun padang .
“ Tunggu , nanti papa bawakan . Fitri letak di mana
Tia , dokumennya ?”
“ Dalam laci meja kerja , sebelah kanan .” Jawab Fitri
.
“ Tahu pulak nak bersuara . Nasib baik kena tangkap
dengan isteri sendiri . Kalau tak , papa suruh kamu berhenti kerja . Tolong daddy
kamu lagi bagus .” Bebel Dato Hassan .
BERSAMBUNG ....
No comments:
Post a Comment