mawar putih

mawar putih

Saturday, 26 October 2013

CERPEN : BAIK , BOSS .... (PART 5)



CERPEN : BAIK , BOSS ....
PART 5
Boss , terima kasih hantarkan saya ke sini .” Fatin berterima kasih kepada Khalish kerana sudi menghantarnya ke tabika anaknya . Keretanya rosak tadi , entah apa masalahnya enjin tidak boleh di hidupkan . Mujur Khalish menawarkan bantuan .
“ Jom , kita ambil Khal . Lewat karang menangis pulak . Lepas ni , saya hantarkan ke rumah . Hari nak hujan ni …” Khalish bersuara . Fatin menoleh .
“ Biar betul bapa singa ni ? Tertelan madu ke ?” Hairan Fatin dengan sikap Khalish yang baru ini . Sejak 2 hari yang lepas , bossnya ini tersenyum memanjang . Kata ganti diri pun berubah dari aku ke saya . Pelik …
“ Ehh … boss . Tak payahlah susah – susah . Boss baliklah . Saya boleh naik teksi je …” Fatin bersuara . Dia gusar , jika betul bossnya turun sekali . Habislah dia … Fatin teringatkan janjinya pada Khal .
                                  +++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama … bila papa nak balik ?” Soal Khal . Sudah acap kali soalan itu di soal Khalish Farhan . Setiap kali itu juga Fatin terpaksa berbohong .
“ Ok , mama janji . Nanti papa sampai sini , mama bawa papa datang ambil Khal di sekolah .” Janji Fatin . Khal menayangkan muka gembira sebelum bersuara .
“ Khal panggil papa . Mesti papa peluk Khal , dukung Khal and we live happily ever after….” Khal bercerita seperti cerita dongeng yang sering di dengarnya di sekolah . Dia memeluk Fatin erat . Fatin sebak .
                           +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin …. Awak ok ke ?” Suara Khalish mematikan lamunan Fatin .
Boss , tak payah turunlah .” Fatin sekali lagi menyuarakan pendapatnya .
“ Kenapa awak larang saya ? Ke awak takut boyfriend awak marah ? Maklumlah saya kan handsome , macho pulak tu …” Khalish memuji dirinya .
“ Bukan begitu . Saya cuma … cuma …” Tergagap – gagap ucapan Fatin . Patutkah dia memberitahu bossnya ?
“ Kamu , kenapa ?” Soal Khalish . Fatin serba – salah . Dia menceritakan harapan anak kecilnya itu kepada Khalish Zackry . Khalish tersenyum , dia tahu nilah peluangnya untuk menambat  hati si anak dan ibu . Peluang ini tidak akan di sia – siakannya .
“ Saya faham . Dan saya rela mempergunakan diri saya . Saya suka Khal sejak mula saya jumpa dia .” Khalish bersuara .
“ Tapi …” Fatin ragu – ragu .
“ Sudah , jom . Kesian Khal tunggu kita .” Arah Khalish . Mahu saja dia berterus –terang dengan Fatin tentang perasaannya . Tapi nampak sangat gelojohnya … Buatnya Fatin lari , lagi haru …. Khal tersenyum . Mereka beriringan ke tabika . Kelibat Khal yang sedang menunggu bersama rakan – rakannya di lambai Fatin sebelum memasuki kawasan tabika tersebut .
“ Sayang ….” Sapa Fatin . Wajah Khal kelihatan teruja . Pemuda di sebelah mamanya di perhatikan . Senyuman terukir di bibirnya .
“ Khal … papa dah balik . Come give me a hug .” Khalish membuka kaca mata hitamnya . Tubuh Khal di dukungnya . Senyuman mnis terukir di bibirnya .
“ Papa ? Papa …” Tangan Khal memaut leher Khalish . Kepalanya di lentokkan di bahu Khalish . Terharu Fatin melihatnya . Hampir saja air matanya tumpah . Tapi di tahannya . Beg Khalish yang di hulurkan Cikgu Liza di capainya .
“ Patutlah comel si Khal ni . Mama dengan papanya segak orangnya .” Puji Cikgu Liza . Khalish tersenyum lagi . Terbit rasa bangga di hatinya .
“ Saya Khalish Zackry . Maaflah selama ni tak pernah tunjuk muka . Saya di Scotland sebelum ni ….” Khalish berkata sekadar beramah mesra dengan guru tabika anaknya . Fatin memerhatikan wajah bossnya .
“ Baik aku minta diri dulu . Buatnya boss cerita yang bukan – bukan , malu aku .. Nampak gaya macam suka bercerita je …” Desis hati Fatin .
“ Cikgu , kami pergi dulu .” Ujar Fatin . Dia takut hendak berlama lagi . Takut bossnya merapu yang bukan – bukan .
“ Baiklah . Jumpa lagi next week , Khal … Bye ….” Cikgu Liza melambai Khal . Fatin tersenyum sebelum mengekori langkah bossnya ke kereta .
                           ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Papa , kenapa papa kerja lama sangat ? Khal dah lama tunggu papa …” Ujar Khal . Khalish pula sedang menyuap Khal makan . Mereka menikmati makan malam di Restoren Ayamas setelah pulang dari tabika . Soalan Khal itu menyebabkan Fatin memandang bossnya . Khalish hanya tersenyum .
“ Papa cari duit untuk Khal . Ok , papa minta maaf sebab tinggalkan Khal dengan mama . Mulai hari ni , papa akan sentiasa ada untuk Khal and mama . Papa janji ….” Khalish mencium pipi gebu Khal itu . Khalish Farhan tersenyum lebar .
“ Sudahlah senyumnya . Makan cepat . Kesian papa letih , nak rehat .” Fatin bersuara . Dia kurang senang dengan renungan bossnya .
“ Mama jealous , sebab papa kiss Khal saja …” Khalish mengusik Fatin . Seronok pula dia lihat wajah Fatin kemerah – merahan .
“ Mama … Khal nak syu …” Khal bersuara .
“ Jom , mama bawa . Boleh tahan tak ?” Soal Fatin . Khal mengangguk . Mereka mahu bergegas ke tandas .
“ Kenapa ni ? Nak pergi mana ?” Soal Khalish , hairan .
“ Khal nak kencing .” Jawab Fatin . Tangan Khal di genggamnya , dia mahu memulakan langkah tetapi Khalish terlebih dahulu mendukung Khal .
“ Awak tunggu di sini . Biar saya yang bawa .” Kata Khalish sebelum berlalu . Fatin kembali menjamah makanan . Beberapa minit kemudian , Khal dan bossnya tiba .
“ Sejak bila Khal tak pakai pampers ?” Soal Khalish sambil duduk di kerusi . Tubuh Khal di letakkannya di kerusi .
“ Masa umur dia 2 tahun lagi . Biasalah , dah pandai cakap .” Jawab Fatin . Khalish mengangguk sebelum meneruskan suapannya .
                    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Papa , masuk .” Pelawa Khal . Serentak itu , Khalish memandang Fatin . Fatin menggeleng .
“ Khal , papa kena balik tempat kerja . Next time , papa datang lagi .” Khalish bersuara .
“ Mama … nak papa …” Khal mula menangis .
“ Sayang … papa nak cari duit . Nanti papa belikan Khal mainan lagi , ye …” Pujuk Fatin . Itupun setelah ternampak beg yang berisi mainan . Bossnya sanggup menghabiskan duit untuk membeli mainan buat Khal . Samalah seperti anak majikannya , Reza .
“ Khal , jangan menangis . Orang laki mana menangis nanti girls tak suka .” Pujuk Khalish pula . Air mata Khal di usapnya sebelum sebuah ciuman hinggap di pipi tersebut .
“ Papa janji esok papa datang . Kita pergi picnic , mandi air terjun . Khal suka tak ?” Khalish memancing minat Khal . Wajah yang keruh tadi bertukar ceria . Khal tersenyum .
“ Nak …” Teriak Khal . Dia teruja .
“ Ok , papa ambil pukul 8 pagi esok . Sekarang Khal pergi mandi , lepas tu tidur . Esok , papa datang ambil Khal dengan mama .” Rambut Khal di elusnya . Khal pula terus melangkah ke dalam rumah . Fatin merenung Khalish .
“ Ikut je . Reza dengan Jasmin pun ada .” Jawab Khalish . Fatin mengangguk . Terpaksa . Apa tidaknya , muka Khal happy sangat . Kalau di tolak , merajuk pula .
“ Kenapalah kereta mesti rosak ? Kalau tak semua ni tak kan terjadi . Kesian Khal … mesti dia kecewa kalau tahu perkara sebenar . Ni semua sebab PMS . Kalau tak , takdelah emosi tak stabil begini . Takdelah aku nak menerima cadangan boss ….” Desis hati Fatin .
“ Sayang … jumpa esok ….” Kata Khalish . Sempat dia mengerlipkan matanya kepada Fatin sebelum berlalu dari situ . Tergamam Fatin . Dia menoleh ke belakang , kelibat Khal di carinya . Tiada .
Boss kejit mata kat aku ke ?” Soal Fatin sendirian . Pelik ….dengan perangai bossnya .
                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin … buatkan saya Nescafe .” Bunyi interkom Fatin . Fatin bingkas bangun ke pantri . Khalish di dalam pejabat tersenyum . Peristiwa minggu lepas masih segar di ingatannya .
   Mereka berenam sedang bergembira . Reza mengawal si Tasha manakala dia mengawal Khal. Wajah Fatin di pandang sekilas . Jelas raut wajah itu kelihatan gembira . Jasmin pula rancak bersembang dengan Fatin . Mungkin berkongsi kisah perempuan . Kejadian itu berlaku apabila mereka sudah hendak pulang ke rumah . Fatin tergelincir dengan spontan dia meraih pinggang Fatin . Tubuh itu di peluknya erat . Pandangan mereka bertaut buat seketika . Deheman Reza mematikan lamunan mereka . Jasmin tersenyum . Wajah Fatin memerah . Dia tahu Fatin malu ….
Boss … ini Nescafenya …” Fatin bersuara . Minuman itu di letakkan di meja berdekatan sofa . Dia masih malu dek kejadian lalu . Fatin mahu berlalu namun Khalish menahannya .
“ Fatin , esok awak mesti ikut saya ke Penang . Kita ada kerja di sana .” Khalish memberitahu. Fatin memandang Khalish . Dia ada masalah .
“ Khal macam mana ? Nani takde , dia cuti kahwin …” Fatin bersuara . Selalunya kalau dia outstation , Khal di jaga oleh Nani . Masalahnya sekarang Nani cuti kahwin . Hujung minggu ini Nani bakal berkahwin .
“ Bawa je …” Khalish menjawab . Sebelum menghirup minumannya .
“ Tapi … tak ganggu ke ?” Soal Fatin . Khalish tersenyum .
“ Kenapa pula nak ganggu ? Kita pergi kerja , bukannya pergi honeymoon …” Selamba badak je jawab si Khalish . Matanya di kerlipkan .
“ Hish … boss orang cakap betul – betul . Malas layan boss .” Fatin berlalu . Semakin menjadi – jadi perangai bossnya . Macam nak mengorat pun ada …. Fatin kembali ke tempatnya . Usai menghirup minumannya , Khalish menapak ke ruangan Fatin .
“ Sudahlah merajuknya sayang …. Jom balik , kejap lagi Khal keluar . Kesian anak teruna saya tunggu lama . Hurry up , balik ni nak pack baju lagi …” Kata Khalish . Staffs yang lain memerhatikan gelagat boss mereka itu . Hairan .
“ Cakap esok baru meeting , kenapa nak pergi hari ni ?” Ayat cover Fatin . Dia malu apabila banyak mata memandang mereka . Macamlah dia ada affair dengan si Khalish Zackry ni …
“ Sayang … esok pagi pukul 9 kita mesti ada di sana . Mestilah kena bertolak dari hari ni …” Lembut tutur Khalish , matanya merenung wajah Fatin . Senyuman terukir di bibirnya . Bahagia dapat tatap wajah kekasih hati . Fatin akur , dia mengemaskan mejanya .
“ Siti , masa saya takde tolong ambil semua pesanan . I’m off this week , ada kerja di Penang . Lagi satu tolong kemas bilik saya . Semua dokumen yang perlu saya teliti letak atas meja .” Arah Khalish . Siti mengangguk tanda faham . Fatin membawa beg kerjanya dan juga handbag . Khalish yang memerhati Fatin dengan ekor matanya tersenyum . Kesian dengan Fatin ….
“ Bagi sini beg tu …” Khalish lantas mengambil beg itu dari pegangan Fatin . Tangan mereka bersentuhan . Terkejut Fatin , dia dapat rasakan ada satu aliran mengalir di segenap urat sarafnya . Serentak itu , jantungnya berdegup kencang . Tubuh Fatin kaku , Khalish menggengam tangan Fatin lalu mereka ke pintu lif. Fatin hanya mengikut langkah Khalish . Dia bingung . Khalish tersenyum lebar . Ada bau nasi minyak ni….
                      ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Khal !! rindunya … Fatin !! Nasib baik kau datang . Kalau tak ? Aku … Ehh … Boss handsome pun ada… Jemputlah masuk …” Pelawa Nani .
“ Terima kasih boss handsome sebab hantarkan sahabat saya ni … Kalau tak mahu mengamuk saya malam ni , nak akad nikah bestfriend takde ….” Nani berseloroh . Khalish tersenyum . Tubuh Khal yang di dukungnya di turunkan .
“ Tanggungjawab saya . Cikgu Nani , air takde ke ? Haus ni …” Khalish beramah mesra . Haus tu sekadar gimik je ….
“ Paan , pergi ambil air sirap satu jug .” Arah Nani kepada anak buahnya yang berlalu di ruang tamu itu .
Aunty … mana nenek ?” Soal Khal .
“ Nenek kat bawah pokok rambutan tu … Pergilah cari …” Nani memberitahu . Khal berlalu .
“ Nani sebenarnya aku ada something nak cakap dengan kau …” Tutur Fatin sebelum memandang wajah Khalish . Khalish pula mengenggam tangan Fatin , cuba menyalurkan kekuatan supaya Fatin dapat teruskan ucapannya .
“ Kau ni kenapa ? Kau ada buat salah ke ? Atau kau sembunyikan sesuatu dari aku …” Soal Nani .
“ Aku .. aku …” Tersekat – sekat tutur Fatin .
“ Kau apa ?” Sergahan Nani itu membuatkan Fatin terkejut lantas terkeluar juga ucapannya .
“ Aku dah nikah .”
Wait … kau apa ? Nak nikah ke dah nikah ?” Nani pula yang terkejut . Betulkah apa yang di dengarnya ?
“ Cikgu Nani . Saya dengan housemate awak dah nikah 2 hari lepas .” Khalish bersuara . Nani memandang mereka dengan riak tidak percaya . Fatin tahu perangai rakannya itu , mahukan penjelasanlah tu …
“ Hah !! Korang biar betul ? Aku tak percaya , mana bukti ?” Soal Nani . Khalish memandang Fatin , mengisyaratkan samada dia atau Fatin yang akan bercerita . Khalish menarik nafas sebelum bercerita A to Z selepas memahami lirikan isterinya itu . 

BERSAMBUNG .....

12 comments:

  1. Best sgt cerpen ni....next n3

    ReplyDelete
  2. Best sambunglah lagi!! :)

    ReplyDelete
  3. Omg...what happen???x sbr nk bce bab seterusnye..cik writer update bab seterusnye awl skit..nice story..luv it :-D

    ReplyDelete
  4. goshh..best cerpen ne,pls update lgi yer

    ReplyDelete
  5. Aduhhh cik writer tak leh tido sbb berdebar debar nk tau selanjutnya....
    Yanshi

    ReplyDelete
  6. Ble nak sbg ctelg ne

    ReplyDelete
  7. Ble nak smbg cete ne? Xsbr nak th cete

    ReplyDelete