MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 22
“ Bilik mana ?” Tia bersuara lantang . Erin masih
dengan senyumannya .
“ Padan muka kau … baru kau tahu siapa aku ? Kejap
lagi suami kau akan jadi milik aku …” Desis hati Erin.
“ Bilik 508 . Meh , I tolong bukakan …” Erin membuka
pintu bilik tersebut dengan sekali leretkan kad di tangannya . Pintu di
tariknya supaya terbuka lantas tubuh Tia di tolaknya ke dalam bilik tersebut .
Terkejut Tia , nasib baik dia sempat berpaut pada tembok yang memisahkan kamar
tidur dan bilik air . Perutnya di usap , kandungannya kini telah berusia 3
bulan masih tidak kelihatan . Kalau jatuh tadi memang nahas … Tia melangkah ke
katil . Sekujur tubuh yang sedang berselimut hingga ke kepala terbias di
pandangannya .
“ Abang !!!” Laung Tia . Selimut ditariknya dari
melindungi muka suaminya itu . Alangkah terkejutnya dia apabila wajah yang
menerpa pandangannya bukan wajah suaminya .
“ Hai … darling …” Suara miang Dato Farid
meremangkan Tia . Tia ingin berlalu , tercemar pandangannya dengan susuk tubuh
itu . Nak muntah … Tetapi lengannya di tarik kuat oleh Dato Farid menyebabkan
Tia jatuh ke atas tilam empuk itu . Lantas tubuhnya di peluk Dato Farid dari
belakang .
“ Kurang ajar !!” Darah Tia menggelegak . Sesedap hati
je nak peluk orang … Tia menyiku perut Dato Farid. Pelukan terungkai . Tia
memanfaatkan kelekaan Dato Farid melayan senaknya . Kemudian Tia berpaling dan
menumbuk pipi kanan Dato Farid .
“ Sekali tumbuk pun dah tumbang … Jangan katakan energy
, stamina pun belum tentu ada ..” Tia tertawa sinis . Dia sudah menjangka
perkara ini akan berlaku kerana kebanyakan mangsa terdiri dari golongan cerdik
pandai . Tetapi terperangkap apabila wang ringgit di taburkan untuk mereka .
Ada yang sanggup menjadi perempuan simpanan gara-gara si Dato tua tersebut
sudah memiliki 4 isteri . Nombor telefon abangnya di dail .
“ Abang , pick me up . Pinggang Tia sakit . Tia
dekat bilik 508 . Tia nak ikat orang tua ni sekejap . Nanti terlepas pulak ….” Tia
berkata apabila panggilannya diangkat . Usai berkata, dia mematikan talian .
“ Ok , abang datang . Tia , Tia … Wait , orang
tua ?” Tareeq memanggil adiknya namun hampa , talian telah di matikan . Tia
menarik kain
cadar untuk mengikat Dato Farid .
“ Bunyi apa pula ?” Soal Tia di dalam hati . Dia
bingkas bangun apabila terdengar bunyi dari arah pintu berkembar . Bilik ini
merupakan bilik berkembar , dimana ada pintu yang menghubungkan bilik ini dan
bilik sebelahnya . Tia mengambil sehelai tuala sebelum mendekati pintu tersebut
. Itu je senjata yang ada …. Pintu di buka .
“ Astaqfirullah ….” Tia mengurut dadanya . Terkejut
dia apabila melihat beberapa orang gadis yang kelihatan tidak sempurna
pakaiannya . Salah seorang dari mereka meluru ke arahnya . Tia bersiap sedia takut
gadis itu mahu menyerangnya . Tiba – tiba gadis itu merayu agar di lepaskan .
“ Tolong lepaskan saya . Tolong lepaskan saya …” Gadis
itu menangis lagi .
“ Mangsa Dato Farid ke ? Kesian , muda lagi ni ….”
Desis hati Tia sambil matanya mengira beberapa orang gadis lagi yang seperti
berkhayal itu . Enam orang semuanya …
“ Adik , bertenang . Saya polis , cuba cerita satu
persatu kenapa adik ada di sini ?” Tia bertanya . Belum sempat gadis itu
bercerita , Tareeq melaung namanya dari muka pintu …
“ Kejap . Adik pergi rapikan pakaian adik dulu .
Jangan risau , adik dah selamat …” Ujar Tia sebelum berlalu untuk membuka pintu
buat abangnya . Dato Farid seperti mahu tersedar . Tia mengetuk belakang
tengkuk Dato Farid , dia kembali rebah .
“ Tia ok sayang ?” Tareeq memusingkan tubuh Tia mahu
melihat keadaan adiknya .
“ Tia ok , abang … Abang , telefon polis sekejap suruh
bawa van . Ada a few girls here , mangsa ….”
“ Pasal tu dah settle . Bapa mertua Tia dah
telefon tadi … Mana suami Tia ?” Tutur Tareeq sambil memanjangkan lehernya
untuk melihat tubuh dia atas katil tersebut .
“ Iz takde . Erin perangkap Tia , dia nak serah Tia
dekat Dato Farid …” Tia malas mahu bercerita , pinggangnya diusap perlahan .
Haih …sakit pula pinggang ni …
“ Tia kenapa ?” Tareeq menyoal apabila adiknya kerap
memicit pingangnya .
“ Lenguh …” Jawab Tia lemah . Dia bercuti hari ni
sebab sakitlah , tiba – tiba je si Erin gila talak dengan suaminya telefon pula
. Berasap telinganya mendengar cerita si Erin tu … Tak sihat pun terpaksalah
turun padang juga … Geram ….
“ Tia duduk dulu . Risau abang …” Tareeq menarik
lengan Tia supaya duduk di sofa . Tia menurut .
“ Puan polis …” Gadis tadi memanggilnya .
“ Adik , jangan risau . Sekejap lagi pasukan saya datang
.”
Beberapa
minit kemudian pasukan D7 memasuki kamar tersebut . Dato Farid di tangkap ,
tujuh orang gadis tersebut di bawa ke balai . Tia mendapatkan abangnya ,
perutnya terasa sakit . Wajah bapa mertuanya di pandang , tiba – tiba dia
rindukan Fitri . Tia sebak , air mata bergenang di tubir mata .
“ Abang ….” Air mata Tia jatuh ke pipi . Tareeq cemas
. Dato Hassan berhenti berbicara , menantunya di pandang .
“ Tia sayang , kenapa nangis ?” Tareeq menyoal lembut ,
air mata Tia di sapu dengan ibu jarinya .
“ Sakit . Perut Tia sakit ….” Ujar Tia . Lengan Tareeq
di cengkamnya sebelum pandangannya kelam .
“ Tia !! Ya Allah . Tareeq , jom bawa Tia ke hospital
. Cepat …” Arah Dato Hassan . Risau dengan keadaan menantu dan juga cucunya .
Tareeq mencempung tubuh Tia ke dalam kereta sebelum meluncur laju di jalan raya
.
BERSAMBUNG ....
smbng lagiiiiiii ♥
ReplyDeletejngn brlaku sesuatu dkt kandungan 2
best...
ReplyDeleteSuka suka suka. Thumbs up
ReplyDeleteBila nk sambung ceti yg lain?
ReplyDelete