MINI NOVEL : INSPEKTOR + PILOT = CHEMISTRY ?
PART 21
“ Alhamdulillah . Semua dah selesai . Kita tunggu
majlisnya aje . Tarikh nikah pun dah ada , tinggal persiapannya aje . Kita biar
pengantinlah uruskan . Takut nanti mereka dah ada pendapat sendiri , ye tak
Zahari ?” Soal Tan Sri Lokman . Datuk Kak Reen .
“ Betul tu , pakcik .” Jawab Encik Zahari .
“ Kalau gitu mari kita makan . Rin …panggil tunang
kamu tu …” Kata Tan Sri Lokman . Selesai sudah acara pertunangan Tareeq .
Asalnya mahu merisik saja , alih – alih datuk Kak Reen suruh bertunang terus .
Katanya mahu cepatkan proses sebabnya jauh nak bertandang ke negeri Cik Siti
Wan Kembang itu . Pasal hantaran … masa nikah pun boleh bawa …
“ Abang … Tia nak nasi kerabu . Tak nak nasi minyak ni
…” Tia bersuara , Fitri di sisinya di pandang dengan manja . Tareeq di sebelah
Fitri sudah memandang mereka . Pelik dengan tingkah keduanya . Rin perasan
dengan keadaan itu .
“ Abang pun …” Mereka seolah berbisik sesama sendiri .
Mengidam ke …..
“ Tia nak apa – apa ke ?” Tanya Rinzalisha . Tia
memandang bakal kak iparnya cepat – cepat apabila semua mata memandangnya .
“ Tia nak nasi kerabu , boleh ?” Tia bersuara . Rin
menghulurkan pinggan yang berisi nasi kerabu kepada Tia .
“ Fitri pun sama .” Tia bersuara lagi sebelum
memberikan nasi kerabunya kepada Fitri . Rin tersenyum melihat pasangan
tersebut . Satu lagi pinggan di hulurkan kepada Tia .
“ Maaflah pakcik , anak dan menantu saya ni tengah
mengidam . Anak sulunglah katakan …” Ujar Puan Talena . Tolong cover
malu . Beginikah adab bertandang ke rumah orang ? Siap demand lagi …
“ Tak apa .. Biasalah orang tengah mengandung …” Jawab
Tan Sri Lokman .
++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Baby … you tak rindu I ke ? You
pergi mana ? Hari – hari I rindu you …” Kata Erin . Dia memeluk Fitri
dari belakang . Pipinya di lekapkan ke pipi Fitri . Terkejut Fitri di buatnya.
“ Ehh … apa ni ? Erin !! behave yourself . Aku
dah kahwin .” Fitri menyinga , dia bangun dengan kadar segera . Erin
merungkaikan pautannya pada leher Fitri , dia hampir terjatuh dek tolakkan
Fitri pada kerusi tersebut .
“ Baby … you dah berubah . Sanggup you
buat I begini … I cintakan you ….” Erin kembali mendekati Fitri .
Misinya harus berjaya . Fitri merupakan bank masa depannya , dia tahu
kerjayanya akan terkubur apabila dia menjangkau usia lewat 30an . Sudah lama
dia membuat perancangan ini , tiba – tiba je Fitri berkahwin . Habis rosak
semuanya …
“ Aku tak perlukan cinta kau . Cinta isteri aku dah
cukup buat aku .” Fitri berterus – terang . Dia bahagia sekarang .
“ Tapi …I perlukan you …” Rayu Erin . Kali ini dia
memeluk Fitri dari hadapan . Kejap . Fitri menolak Erin hingga terpisah dengan
sekali tolakkan .
“ Aku tak perlukan kau . Selama ni aku buta menilai .
Kenapa kau tak pergi ayatkan dato – dato tua , tu ? Aku tak kan termakan pujuk
rayu kau lagi . Sekarang kau berambus , sebelum aku berkasar dengan kau !!”
Teriak Fitri sebelum beredar . Terang lagi bersuluh . Erin bukan perempuan yang
baik – baik .
“ Baby … you akan menyesal sebab tolak
cinta I !!” Laung Erin . Nampaknya plan B akan menyusul .Terkumat - kamit mulut
Erin menyumpah – seranah Fitri . Nombor Dato Farid di dailnya .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana suami aku ?” Soal Tia . Bergegas dia kemari
apabila mendapat panggilan dari Erin tadi .
“ Ada di atas … Tengah tidur lagi …” Jawab Erin dengan
suara gediknya .
“ Tidur ?” Soal Tia . Dia terkejut dengan bicara Erin
itu .
“ Tidur . Biasalah ... you fahamkan , apa I
maksudkan ? What a wonderful night we had … You memang tak pandai
layan suami you , ekh ?” Soal Erin sengaja mahu memancing marah Tia .
Wajah Tia semakin memerah menahan marah . Dia tidak percaya suaminya begitu .
Tia menggelengkan kepalanya berkali – kali .
“ Aku tak percaya . Aku kenal suami aku !” Tia berkata
. Erin tersenyum . Pancingnya mengena .
“ Percaya atau tidak bukan masalah I . Itu masalah you
, sebab I ada bukti . Kalau you tak percaya pergi tengok sendiri husband
you tu …” Erin tersenyum bangga , dia bangun melangkah ke lif . Tia
berbelah bagi . Hati wanitanya berjaya membeli curiganya terhadap Fitri . Dia
mengekori Erin .
Tareeq yang
sejak tadi berada di dalam kereta tidak senang duduk . Hatinya tidak tenteram .
Tambahan pula Fitri ada bercerita kepadanya mengenai anacaman bekas teman
wanita adik iparnya itu . Perbualan yang di dengarnya melalui telefon tadi
mengusarkan jiwanya . Macam ada yang tidak kena ? Dia lantas menelefon Dato
Hassan , bapa mertua adiknya . Sambil mengekori langkah adiknya dan juga Erin .
Setelah dapat di hubungi bapa mertua adiknya itu , dia menceritakan perkara
tersebut kepada Dato Hassan .
“ Tareeq … uncle akan bantu . Buat masa
sekarang kamu ikut mereka . Don’t loss track .” Ucap Dato Hassan . Dia
pun gusar kerana beberapa hari yang lalu Tia ada memberitahunya mengenai kes
pemerdagangan manusia yang di dalangi oleh VVIP . Talian di
matikan . Dato Hassan segera menghubungi unit D7.
BERSAMBUNG .....
Akak sibuk sikit lately ... so , buat masa skrg enjoy dulu entry ni .... Thanks 4 reading ...:)
ReplyDeletewaaaa.... minta2 dan selamat
ReplyDeletethank cause ada gak new n3
best kak nak lagi ,JTDS pun nak juga...
ReplyDeleteYeay....... akhirnya kerinduan ini terubat. mintak mintak, gagal la rancangan Erin jahat tuh. Saya pun sdg rindu pd JTDS, membuak buak nih.
ReplyDelete