CERPEN : BAIK , BOSS ....
PART 2
“ Fatin , saya nak kamu pindah tingkat bawah . Jom ,
saya tunjukkan tempat baru kamu .” Arah Dato Fahim.
“ Saya turun pangkat ke Dato ?” Soal Fatin .
Terperanjat dengan kata –kata Dato Fahim .
“ Bukan . Saya nak kamu jadi setiausaha anak saudara
saya buat sementara waktu . Nanti saya balik dari Mekah , kamu kerja balik
dengan saya . Sekarang boss kamu , anak saudara saya .” Kata Dato Fahim
sambil melangkah ke pintu lif . Fatin mengekorinya .
“ Encik Reza ?”Tanya Fatin .
“ Reza ? Macam biasa , dia dekat Johor .” Jawab Dato
Fahim .
“ Owh , saya ingatkan Encik Reza gantikan Dato .”
Mereka melangkah ke dalam ruangan pejabat di tingkat 14 itu . Para pekerja di
bahagian itu berdiri , tanda hormatkan Dato Fahim . Dato Fahim hanya tersenyum
dan membuat isyarat tangan supaya mereka duduk .
“ Dato , anak saudara Dato garang tak ?”
“ Tak adalah ….” Tersenyum Dato Fahim dengan persoalan
Fatin itu . Mereka tiba di bilik tersebut . Pintu di ketuk .
“ Khal , pak ngah ni ….” Dato Fahim bersuara .
“ Masuklah , pak ngah ….” Khalish Iskandar bersuara .
Mereka melangkah masuk ke dalam pejabat itu .
“ Apa yang kamu buat di bawah tu , Khal ?” Soal Dato
Fahim apabila melihat anak saudaranya sedang tertunduk – tunduk di bawah meja
kerjanya .
“ Cari pin tie . Jatuh tadi . Haa… dah jumpa .
Ada apa pak ngah ?” Soal Khalish sambil berdiri . Tergamam seketika apabila
melihat gadis yang berada di sebelah bapa saudaranya . Matanya merenung Fatin ,
sehinggakan Fatin menundukkan pandangannya .
“ Ehem …sudah – sudahlah tenungnya … Ni , pak ngah kenalkan
. Fatin , setiausaha pak ngah merangkap setiausaha kamu . Fatin akan tolong
kamu handle company masa pak ngah takde .”
“ Fatin .. Ni , Khalish Zackry . Kamu panggil je Khal
. Bantulah dia apa yang patut , Khal kamu jangan malu pula nak bertanya . Fatin
ni walaupun muda tapi kerjanya semua tip-top . Mari saya tunjukkan tempat kamu
Fatin .” Dato Fahim bersuara sebelum melangkah keluar dari pejabat Khalish .
“ Ok , Dato .” Fatin menjawab sambil mengekori langkah
Dato Fahim . Wajah Khalish sempat di pandangnya sekilas .
“ Matilah aku … Kenapa mesti dia ….” Desis hati Fatin
.
“ Minggu depan kamu start kerja dengan boss
baru . Minggu ni kamu kerja dengan saya lagi.” Dato Fahim memberikan penerangan
. Meja di hadapan bilik Khalish menjadi tempat baru buat Fatin . Telefon bimbit
Fatin berbunyi . Telefonnya di renung .
“ Dato , we have a meeting in Putrajaya at 11am .
Should we go now ?” Tanya Fatin .
“ Terlupa pula . Kalau begitu , jom kita gerak
sekarang . Khal , pak ngah nak kamu ikut sekali. Kenal dengan supplier ,
nanti senang kamu nak kerja . Fatin , call Rahman . Lagi 10 minit kita
gerak .” Arah Dato Fahim . Fatin mengangguk .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Huh … penat .” Keluh Fatin .
“ Mama … Khal nak mandi …” Khalish bersuara .
“ Kejap ye , sayang ….” Fatin menepuk sofa di
sebelahnya supaya anaknya duduk di situ .
“ Khal … mari aunty mandikan . Kesian mama …”
Pelawa Nani . Biasalah cikgu , boleh balik awal . Hari ini gilirannya memasak ,
jadi dia telah menyediakan makan malam buat mereka bertiga .
“ Thanks , Nani .” Ucap Fatin .
“ No hal , lah kawan . Aku dah masak , nanti
kita makan .” Kata Nani .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Kau tahu , boss baru aku siapa ?” Fatin
menyoal . Nani menggeleng .
“ Mana aku tahu , kau tak cerita …” Nani bersuara .
Kain di lipatnya .
“ Mamat yang accident dengan aku dulu … Rupa –
rupanya dia anak saudara Dato Fahim .”
“ Hah … biar betul ?” Terkejut Nani . Tangannya
berhenti melipat kain .
“ Aku tak tahulah apa nasib aku lepas ni … Aku tengok
bukan main lagi dia jeling aku . Seram … nasib baik ada Dato . Tapi minggu ni
saja lah … minggu depan aku dah start kerja dengan anak saudara Dato .”
“ Handsome tak ? Ada macam hero novel tak ?”
Kata Nani dengan teruja .
“ Banyaklah kau hero novel … Nampak macam garang je …”
Tutur Fatin sambil mengusap rambut Khal yang sedang tidur di ribanya .
“ Aku tak rasa macam tu … Jangan – jangan dia jodoh
kau kot … Manalah tahu , gaduh – gaduh lepas tu bercinta pulak …” Nani mengusik
. Fatin mencebik .
“ Hish … kau ni . Kau ingat realiti ni serupa dengan
novel ke ?”
“ Kemungkinan akan jadi realiti kalau kau usahakan .
Aku nak tengok juga kau berumah tangga , tak kanlah kau nak membujang sampai ke
tua ….” Nani memberi pendapatnya .
“ Aku rasa lebih baik aku membujang . Aku dah serik
bercinta . Tahu je aku ada anak terus break , macamlah aku suruh
tanggung si Khal ni .” Omel Fatin . Sudah 2 orang memutuskan percintaan
dengannya . Sebabnya tidak masuk dek akal langsung , mereka tidak mahu Khal di
jaga oleh Fatin . Mana boleh , Khal adalah jantung hatinya . Dari kecil dia
menjaga anak kecil itu . Dia tunduk mencium dahi Khal . Comelnya….
“ Kalaulah aku ada abang lagi … Aku suruh je dia
kahwin dengan kau …” Tutur Nani . Kesian dengan nasib kawannya .
BERSAMBUNG ....
No comments:
Post a Comment