mawar putih

mawar putih

Tuesday, 12 November 2013

CERPEN : BAIK , BOSS ...(PART 6)


CERPEN : BAIK , BOSS ...
PART 6
“ Pak Ngah , Khal betul – betul cintakan Fatin . Khal janji tak akan sia – siakan dia …” Tutur Khalish . Dato Fahim mengeluh . Keputusan Khalish kali ini bakal mendatangkan kemarahan kakaknya , Fareeda .
“ Kamu dah kahwin . Pak Ngah suka kamu dengan Fatin , tapi kenapa kamu tergesa – gesa menikah ? Kamu dah membelakangkan mummy kamu . Pak Ngah tak nak pisang berbuah dua kali ….” Dato Fahim bersuara . Dia tahu perangai kakaknya yang mementingkan status . Kesian Fatin terpaksa berdepan dengan kerenah kakak sulungnya nanti .
“ Khal akan berdepan dengan mummy . Lagipun ada perkara yang mummy perlu tahu . Minggu depan Khal akan bawa mereka ke Dublin jumpa mummy .” Terang Khalish Zackry kepada Dato Fahim .
“ Pasal Khalish Farhan ?” Soal Dato Fahim . Khalish mengangguk .
“ Hemm … pak ngah harap mummy kamu dapat terima si Khal tu .”
                            +++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Abang … buat apa dekat luar tu ?” Sapa Fatin .
“ Takde apa . Teringatkan arwah kakak Za . Abang tak sangka dia pergi dulu ….” Nada Khalish berubah menjadi sayu .
“ Abang … Allah lebih sayangkan mereka . Kita doakan mereka aman di sana .” Fatin berkata sambil meraih tangan suaminya itu . Khalish lantas menarik Fatin ke dalam pelukannya . Sebak menguasai diri . Jikalau dia bertindak pantas mungkin dia dapat bersua dengan satu-satunya kakak kandungnya serta abang iparnya .
“ Sayang … kita jumpa mummy , nak ? Abang nak kenalkan sayang dengan Khal .” Pinta Khalish . Fatin memandang suaminya .
“ Tapi … how if mummy tak terima kami berdua ? Fatin takut sejarah lama berulang lagi ..” Fatin menyuarakan ke bimbangannya .
“ Sayang … mummy mesti terima . Khal tu bukan orang lain pun , cucunya juga .”
“ Tapi …” Fatin ragu dengan penerimaan ibu mertuanya nanti .
Don’t worry , abang ada …” Khalish berkata sebelum menutup pintu balkoni tersebut .
“ Bila kita nak melawat mummy ? Fatin nak draw cuti …” Kata Fatin selepas duduk di birai katil . Khalish turut berbuat demikian .
Maybe next week ? Nanti abang confirmkan lain . Sekarang kita tidur dulu , esok ada meeting antara jabatan .” Khalish membaringkan tubuhnya sebelum menutup lampu tidur .
                                       ++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Pak Ngah , Khal ingat minggu depan nak melawat mummy . Jadi , Khal nak minta cuti seminggu sekali dengan Fatin . Boleh tak , pak ngah ?” Khalish bertanya .
“ Baguslah begitu . Restu orang tua penting dalam rumahtangga . Pak Ngah doakan yang terbaik untuk kamu berdua . Pasal cuti bila-bila pun Pak Ngah boleh approve …”
“ Terima kasih , Pak Ngah . Mungkin hari Rabu minggu depan kami berangkat .” Khalish tersenyum .
“ Kamu bawa tak si comel , Khal tu ?” Tanya Dato Fahim .
“ Mestilah bawa Pak Ngah . Khal ingat nak kenalkan dengan mummy .”
“ Eloklah , biar mummy kamu sejuk hati sikit tengok si Khal tu …”
“ Harap-harap begitulah , Pak Ngah .”
“ Dah pukul 1 . Jom , teman pak ngah lunch . Ajak Fatin sekali .” Pelawa Dato Fahim setelah melihat angka di jam tangannya .
“ Baik , pak ngah …” Khalish menjawab .

BERSAMBUNG .....

3 comments:

  1. Ini je yg akak sempat post ... Bulan ni memang sibuk . Apa2 pun enjoy reading ... :)

    ReplyDelete
  2. Bab 6 & 5 mcm tak de related..tergantung..
    Dlm bab 5..dorang kawin..bila?...kenapa?...macam mana?
    Fatin nak cerita pada Nani...aper ceritanyer?
    - ila

    ReplyDelete