mawar putih

mawar putih

Wednesday, 23 October 2013

CERPEN : BAIK , BOSS ....(PART 3)



CERPEN : BAIK , BOSS ...
PART 3
“ Fatin , jangan lupa datang ke majlis kenduri doa selamat saya nak ke Mekah . Hujung minggu ni , bawa Khal sekali . Rindu pula saya dengan dia , lagipun Tasha dah lama tak jumpa anak kamu tu … Asyik telefon saya tanya tentang Khal je …” Kata Dato Fahim . Ingatannya melayang ketika cucunya menelefon beberapa hari yang lalu .
“ Tok pa , Khal datang tak ? Tasha nak main dengan dia …” Soal cucunya di talian .
“ Tasha nak Khal datang ke ?”
“ Nak . Khal baik dengan Tasha . Comel … Tasha suka Khal .” Dato Fahim tersenyum . Kecil– kecil dah pandai bercinta . Dia menggelengkan kepalanya .
“ Dato , ada apa – apa lagi ?” Soal Fatin .
“ Kamu datang awal sikit . Isteri saya nak kamu buatkan kuih seri muka macam hari tu . Bahannya isteri saya dah belikan kelmarin . Boleh tak ?” Soal Dato Fahim . Kalau dia ada anak lelaki lagi , bolehlah di kenen- kenenkan .
“ Insyaallah .” Jawab Fatin .
“ Ambil fail ni , kamu pergi dapatkan tanda tangan Khal . Lepas tu suruh dia jumpa saya dalam pukul 11 . Saya nak bincang skop tugas dengan Khal .” Arah Dato Fahim .
“ Baik , Dato .” Fatin mengambil fail tersebut lalu keluar dari bilik tersebut . Pintu lif di tujunya . Perasaannya tidak tenteram . Takut , gementar pun ada …
                     ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TOK !! TOK !! TOK!! ( Pintu di ketuk oleh Fatin )
“ Masuk !!” Laung Khalish dari dalam . Fatin memulas tombol pintu sebelum meloloskan dirinya ke dalam .
“ Encik Khalish , Dato nak tanda tangan . And pukul 11 , Dato nak jumpa at his office . Fatin bersuara . Dia mendekati meja second bossnya . Khalish pula bingkas bangun , dia berjalan ke muka pintu sebelum menutupnya . Terkejut Fatin dengan tindakan Khalish itu .
“ Ehh … kenapa tutup pintu tu ?” Soal Fatin , dia cuak dengan tindakan Khalish .
I thought we have unsettled problems . Don’t we ? Or should I remind you , Miss Fatin Nabila ?” Khalish berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh . Matanya merenung Fatin , tajam .
“ Ya Allah … Calm down , Fatin …. Kau mesti berani .” Kata hati Fatin .
“ Encik Khalish . Sekarang waktu pejabat , tak sepatutnya kita bincang perkara lain . So , saya minta Encik committed dengan kerja Encik .”
“ Panggil aku , boss . Aku nak kita settledkan masalah ni hari ni juga . No more excuse .. faham ? Kalau tak, aku cakap dengan pak ngah . Kau lah orangnya yang sebabkan kereta kesayangan Reza tidur workshop . Ada bran ?” Khalish menjongketkan keningnya . Wajah Fatin berubah keruh . Khalish tertawa kecil , kemenangan di pihaknya .
“ Encik nak apa ?” Tanya Fatin . Khalish mendekatinya . Fatin sedar akan kesilapannya .
Sorry , boss . Ehh … apa pegang – pegang ni …” Fatin menepis tangan Khalish yang mengenggam tangannya tapi tak berdaya . Khalish mengheretnya ke sofa .
“ Duduk sini . Aku nak tahu , kenapa kau buat begitu dengan kereta Reza ? Kau tahu tak melayang duit aku…. Aku nak kau ganti balik duit aku …” Wajah Khalish beriak marah . Takut Fatin hendak memandang bossnya itu . Tangannya masih mengenggam tangan Fatin .
“ Saya peduli apa dengan duit boss . Boss yang cari pasal dengan saya dulu . Saya tak akan bayar ganti rugi. Fullstop .” Fatin bersuara . Geram dia dengan orang yang suka menindas ini.
Ok , fine . Kau jangan menyesal , aku tahulah apa aku nak buat dengan kau .” Ugut Khalish. Belum pernah dia melihat wanita yang berhati batu seperti Fatin . Dia teringatkan seseorang , seseorang yang di rinduinya saban hari … Khaira Zahnita .
“ Sakitlah …” Fatin mengadu . Sakit tangannya di genggam sebegitu oleh Khalish . Habis merah ….
“ Khal , pak ngah …” Mati kata – kata Dato Fahim apabila melihat tangan yang bertaut diantara anak saudaranya dan juga setiausahanya . Fatin menarik tangannya apabila terlihat kelibat Dato Fahim . Khalish melepaskan gengamannya .
“ Pak ngah … Ada apa datang sini ? Khal ingat kejap lagi nak jumpa pak ngah kat atas …” Khalish berkata. Nak coverlah tu …
“ Siap . Pak ngah nak bawa Khal pergi site . Fatin … as usual .”
“ Baik , Dato .” Fatin melangkah keluar . Dia ke tingkat atas mengambil tas tangannya .
“ Fail ni ?” Soal Khalish .
“ Kemudian . Khal , boleh pak ngah tanya sikit ?”
“ Tanyalah , pak ngah …”
“ Khal dengan Fatin ada apa – apa ke ?” Soal Dato Fahim .
“ Takdelah , pak ngah .” Jawab Khalish .
“ Kalau ada apa – apa pun tak pe . Tapi jangan mainkan Fatin , dia perempuan yang baik – baik . Pak ngah tak nak disebabkan Khal dia tinggalkan company ni …” Kata Dato Fahim . Dia tahu perangai anak saudaranya itu , serupalah dengan anaknya Reza . Kaki perempuan , nasib baiklah lepas kahwin tak jadi begitu . Insaf barangkali …
“ Jomlah , pak ngah . Nanti , lama pula Abang Rahman tunggu .” Tutur Khalish . Mereka melangkah ke lobi syarikat .
                                        ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama … cantik tak , Khal lukis …” Tutur anak kecil itu . Tangannya memegang sebuah lukisan . Fatin melihat lukisan tersebut . Senyuman terukir di bibirnya . Khalish Farhan mewarisi kehandalan arwah abangnya yang pandai melukis walaupun usianya baru 3 tahun .
“ Pandainya …anak mama …” Sebuah ciuman hinggap di pipi gebu Khalish .
“ Ni mama , ni Khal , ni pula papa …” Terang Khal dengan wajah teruja . Fatin tersentap .
“ Perlukah aku cari papa buat Khal ?” Desis hati Fatin apabila teringatkan kata – kata Nani . Fatin kasihankan anak kecilnya , saban hari bertanyakan papanya . Hendak berkata perkara sebenar , dia takut Khal tidak faham .
“ Sayang … hari Sabtu ni , kita pergi rumah tok pa . Nak , tak ?” Soal Fatin .
“ Mama … ada Tasha , tak ?” Khal menyoal kembali .
“ Mestilah ada . Tok pa cakap , Tasha nak main dengan Khal .” Fatin berkata .
“ Nak …” Jerit Khal . Excited
                               ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin , nah ambil ni . Reza belikan untuk Khal . Baju dari Disneyland , last week Reza bawa Tasha ke Hong Kong . Sedondon dengan Tasha bajunya … Budak – budak pun pandai berkawan . Kamu bila lagi nak cari papa buat Khal ?” Dato Fahim bersuara .
“ Tak sampai seru lagi , Dato . Lagipun siapa yang nak kan saya . Ada anak pula tu …” Fatin tersenyum . Huluran beg kertas tersebut di capainya .
“ Ada je yang nak . Kamu je jual mahal …” Dato Fahim mengusik .
“ Kalau Encik Kamal , tak mahulah saya . Kalau saya kahwin dengan dia alamatnya saya jadi nombor 4 lah , Dato .” Kata Fatin . Ketawa mereka meletus . Khalish memandang tajam kemesraan yang terjalin antara Fatin dan bapa saudaranyanya . Entah mengapa hatinya terasa berbahang . Pintu di ketuk sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabat bapa saudaranya .
“ Pak ngah , ini laporan projek semalam . Khal pergi dulu , nanti jammed pula jalan .” Kata Khalish sambil memerhatikan Fatin . Sepertinya dia tidak berpuas hati dengan Fatin .
“ Nanti dulu , Khal . Kita pergi sama – sama . Fatin .. kamu boleh balik . Saya bagi permission , esok datang awal .” Arah Dato Fahim .
“ Baik , Dato . Esok saya datang lepas Zohor . Majlisnya malam , kan?” Soal Fatin . Dato Fahim mengangguk . Khalish kehairanan . Fikirannya mula menebak yang bukan – bukan .
“ Jom , Khal . Nanti tak cukup saff pula …” Mereka berdua meninggalkan pejabat untuk bersolat Jumaat .
“ Jangan – jangan , pak ngah ada affair dengan si Fatin tu … Tapi , muda sangat kot … Muda dari aku pulak tu … Tapi tak mustahil sebabnya pak ngah kaya . Tapi , pak ngah bukannya orang tua miang . Kalau di goda tiap – tiap hari , mesti jalan jugak . Tambahan pula orangnya cantik , putih , kulit lembut pula tu … Sopan – santun . Bukan setakat orang tua terpikat , orang muda pun terpikat . Kesian mak ngah ….” Desis hati Khalish . Masih terasa kelembutan tangan kecil milik Fatin yang di genggamnya tempoh hari .
“ Kamu dah kenapa tergeleng – geleng ?” Soal Dato Fahim .
“ Sakit leher , pak ngah . Stress kot …” Jawab Khalish Zackry . Dato Fahim tersenyum . Orang muda … ada je alasan .

BERSAMBUNG ....

6 comments:

  1. best cerpen ni...tapi x ada ka n3 baru jodoh tak disengajakan?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks 4 reading ... pasal JTDS , maybe end of this week atau next week baru akak post ... busy sikit kawan2 nak kahwin .....

      Delete
    2. ok...boleh di tunggu x sabar nak baca n3 baru..thanks.

      Delete
  2. Akak sambunglah cepat best ceti ni!! :)

    ReplyDelete