CERPEN : BAIK , BOSS …
PART 1
“ Hello , Nani . Kau boleh tolong aku pick-up
Khal , tak ?”
“ Kau dekat mana sekarang ?” Soal teman serumahnya ,
Rosnani .
“ Aku baru keluar dari JW Marriot , ni … Ada meeting
dengan klien tadi .”
“ Ok , aku ambil . Tapi ... kau cepat sikit . Aku nak
keluar dengan tunang aku ni . Kita orang dah janji nak beli barang hantaran
hari ni …” Nani berkata .
“ Baik , Cikgu Nani ….” Fatin Nabila berseloroh . Dia
tersenyum di hujung talian sebelum dia menamatkan panggilan itu . Dia bernyanyi
mengikut lagu yang berkumandang di radio . Tiba– tiba ada kereta yang membelok
secara melulu menyebabkan keretanya bergesel dengan kereta tersebut .
“ Ya Allah …” Fatin memberhentikan keretanya di bahu
jalan . Kereta tersebut turut berbuat demikian . Fatin turun dari keretanya ,
dia ingin berjumpa dengan pemandu Nissan putih tersebut . Bahagian keretanya
yang bercalar di perhatikannya .
“ Besar juga , ni . Terbang lagilah duit aku bulan ni
, dah la baru bulan lepas tukar tayar …” Omel Fatin di dalam hatinya . Matanya
memerhatikan pemandu kereta Nissan tersebut yang menuju ke arahnya , laju .
“ Ehh … kau dah buta ke ? Aku nak kau bayar ganti rugi
, sekarang !!” Tengking pemandu Nissan tersebut . Terpinga – pinga Fatin di
buatnya .
“ Dia yang salah , aku pula yang kena …. Nanti kejap
kau …” Kata hati Fatin . Mengelegak darahnya .
“ Excuse me . Kau yang salah , aku pula yang
kena . Sepatutnya kau yang bayar aku . Kau tak belajar undang – undang ke ?
Beri kanan jalan dahulu , faham? Sekarang kau bayar ..” Fatin memandang tajam
pemuda di depannya . Dasar anak orang kaya , berlagak ….
“ Aku tak kan bayar walaupun sesen pun . Kau nak buat
apa ?” Khalish tersenyum sinis . Fatin bertambah geram .
“ Kereta kau memang banyak , ekh ?” Tanya Fatin .
Otaknya telah merencanakan sesuatu . Fatin turut tersenyum .
“ Kereta aku ada 3 lagi dekat rumah . Kenapa ? Kau nak
pinjam ?” Kata Khalish dengan riak . Seronok pula dia melihat wajah gadis yang
semakin memerah di depannya itu . Fatin mengambil batu sebesar bata itu lalu di
balingnya ke cermin kereta hadapan pemuda tersebut . Terlopong Khalish dengan
tindakkan berani gadis bertudung tersebut . Tanpa rasa bersalah Fatin memandu
dari situ .
“ Padan muka . Kau cabar aku sangat ….” Fatin
tersenyum lebar meraikan kemenangannya . Keretanya memecut laju membelah jalan
.
“ Habislah …. Mesti Reza marah aku . Nak balik rumah
ke ,tak ? Baik aku pergi tukar cermin, kalau tak mahunya aku kena bebel dengan
dia .” Khalish berkata di dalam hati . Dia memandu kereta sepupunya itu ke
bengkel .
“ Punya besar batu aku baling tapi retak je … Kereta
mahal kot …” Fatin bermonolog sendirian .
“ Gila punya pompuan . Sekali lagi aku jumpa , siap
kau ….” Khalish menghentak stereng kereta . Gegaran yang berlaku menambahkan
keretakkan di cermin tersebut . Khalish menarik nafas , kelajuan kereta di
kurangkan . Takut cermin pecah …
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang …. Mama home ….” Laung Fatin dari luar
rumah . Nani berdiri di muka pintu , beg tangan di sangkutkan di bahu .
“ Aku pergi dulu . Kesian cik abang aku tunggu dah 20
minit . Kau pergi mana ?” Nani bertanya sambil menyarung kasut .
“ Sorry kawan . Aku accident tadi …”
Mendatar jawab Fatin .
“ Kau ok tak ? Dah pergi klinik ?” Soal Nani . Risau
dengan sahabat baiknya itu .
“ Aku ok . Cuma kereta aku je , calar sikit … Ehh ,
kau pergilah nanti aku cerita . Kesian cik abang kau tu , bukan senang nak
dapat pelepasan …” Fatin tersenyum . Nani memboloskan dirinya ke dalam kereta
tunangnya , Kapten Kamal . Hon dibunyikan , Fatin melambai mereka sebelum
menapak ke dalam rumah .
“ Khal , where are you ? Mama dah balik ni ….”
Laung Fatin sekali lagi . Dia duduk di sofa . Penat . Namun tiada sahutan .
“ Sayang … mama minta maaf . Mama kerja jauh hari ni …
Khal … janganlah merajuk … Ok, kalau Khal cium pipi mama sekarang . Mama bawa
Khal makan McD malam ni …” Tutur Fatin . Tudung di bukanya .
“ Nak , nak , nak ….” Jerit Khal sambil menuruni anak
tangga . Pipi Fatin di ciumnya kiri dan kanan . Fatin tersenyum , menjadi juga
taktiknya .
“ Busyuknya anak mama ni …. Jom , mama mandikan .”
Fatin bersuara . Pipi gebu Khalish Farhan di ciumnya . Tubuh anak kecil itu di
dukungnya , mereka menuju ke atas .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mama … Khal nak papa … Semua kawan Khal ada papa .
Mana papa Khal ?” Soal anak kecil tersebut . Tergamam seketika Fatin dibuatnya
.
“ Mama …”
“ Ye , sayang ….” Rambut Khal di ciumnya sambil menepuk
peha anaknya itu .
“ Papa kan kerja … Sudah , Khal tidur dulu . Nanti ,
kalau papa dah balik mesti dia datang jumpa Khal .” Fatin sebak .
“ Good night , mama .” Ucap Khal sebelum
mencium pipi Fatin .
“ Nite , sayang .” Fatin membalas ciuman
tersebut . Dia turut berbaring di sebelah anaknya itu. Wajah putih bersih
tersebut di renungnya . Kenangan silam kembali tertayang di kotak fikirannya
satu – persatu .
Kejadian
tersebut berlaku 3 tahun yang lalu . Ketika itu dia baru berusia 23 tahun ,
malam kejadian dia menjaga Khalish yang baru berusia 3 bulan . Masih segar di
ingatannya apabila pihak hospital menelefonnya mengatakan bahawa abang dan
kakak iparnya terlibat dalam satu kemalangan . Terburu – buru dia menelefon
Nani supaya mengambilnya di rumah . Khalish di jaga ibu bapa Nani buat
sementara waktu . Sempat abangnya berpesan supaya menjaga dan mendidik Khalish
dengan baik seperti anaknya sendiri . Usai berjanji , abangnya menghembuskan
nafasnya . Bercucuran air matanya terbit tanpa henti .
Dengan
pertolongan ibu bapa Nani , mereka mengkebumikan arwah abang dan kakak iparnya
. Keluarga kakak iparnya tidak hadir kerana dia tidak tahu bagaimana hendak
menghubungi mereka . Abang dan kakak iparnya kahwin lari . Hal ini menyebabkan
keluarga kakak iparnya memutuskan
pertalian dengan kakak iparnya . Jadi dia mengambil alih tugas menjaga Khalish,
walaupun waktu itu dia baru setahun berkerja sebagai setiausaha . Kasihan
Khalish … sudah menjadi yatim piatu ….
“ Sayang anak mama ….” Sebuah ciuman hinggap di pipi
kiri Khalish yang sedang tidur itu . Fatin memeluk Khalish sambil memejamkan
matanya .
BERSAMBUNG ......
excited!! cepat sambung akak!! :D
ReplyDeleteBest..teruskan sambungan ;)
ReplyDeleteAkak sambunglah cepat best ceti ni!! :)
ReplyDelete