CERPEN : BAIK , BOSS ....
PART 4
“ Fatin … mai masuk . Hai , handsome …” Datin
Rashidah bersuara dalam loghat utara . Pipi Khalish Farhan di ciumnya . Fatin
bersalaman dengan mereka .
“ Tok ma , Tasha mana ?” Khal bertanya .
“ Tasha dengan Daddy Reza dekat kolam . Tok pa
pun ada sana .” Tutur menantu Datin Rashidah , Jasmin sambil mengelus rambut
Khal .
“ Mama … Khal jumpa Tasha boleh ?” Khal memegang jari
– jemari Fatin .
“ Boleh …tapi jangan nakal – nakal .” Jawab Fatin .
“ Thanks , mama .” Tangan Fatin di ciumnya
sebelum berlalu .
“ Dah besar , Khal . Pandai cakap pulak tu … Raya
tahun lepas kurus sikit , sekarang semangat …” Ujar Datin Rashidah .
“ Mahu tak montel , Datin . Hari – hari nak makan nasi
ayam , hari minggu nak makan briani . Sampaikan saya yang tak cekap masak
briani dah jadi expert …”
“ Owh , patut pun telefon tanya resipi …” Datin
Rashidah berseloroh .
“ Bahannya mana , Datin ?” Soal Fatin . Kalau di layan
bersembang mahu tak jadi kerjanya . Datin Rashidah mengeluarkan bahan – bahan
untuk membut kuih seri muka .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Tok pa ….” Khal memanggil Dato Fahim . Tasha yang di
dukung Reza , minta di turunkan . Khal menghampiri mereka . Tangan Dato Fahim ,
Reza dan Khalish di salammya . Terpinga – pinga Khalish di buatnya .
“ Cucu , kawan pak ngah agaknya … Comel …” Desis hati
Khalish . Sekali pandang , dia dah sukakan si kecil Khalish Farhan . Namapun
sama …
“ Khal datang dengan siapa ?” Soal Reza .
“ Mama …” Jawab Khal . Reza mencium pipi gebu Khalish
Farhan . Dato Fahim juga berbuat demikian .
“ Khal , jom main .” Ajak Tasha yang tua setahun dari
Khalish Farhan .
“ Main ,elok – elok .” Pesan Reza . Tangan Tasha
mengenggam tangan Khal .
“ Siti , tengokkan budak – budak tu …” Arah Dato Fahim
.
“ Baik , tuan .” Jawab pembantu rumahnya .
“ Papa , masuk dulu . Nak tengok si Fatin buat kuih
seri muka .” Kata Dato Fahim sambil melangkah . Sengaja dia ingin menduga anak
saudaranya , Khalish . Padahal dia ingin menjenguk isterinya yang mahu belajar
buat kuih tersebut .
“ Fatin ?” Soal Khalish .
“ Yalah . Anaknya ada di sini , mestilah ibunya pun
ada .” Reza berkata .
“ Anak ? Aku tak fahamlah , apa kau cakap ni …” Soal
Khalish .
“ Khal tu , anak si Fatin . Dah Khal ada di sini ,
mestilah Fatin pun ada .” Jawab Reza .
“ Fatin ? Anak ? Jadi si Fatin tu , isteri orang ?”
Desis hati Khalish .
“ La … kau tak tahu lagi ke ?” Soal Reza . Khalish
mengeleng .
“ Sudah , jom tengok anak dara aku main dengan Khal .
Anak aku tu , ikut perangai siapa entah ? Kau tahu dia cakap , dia sukakan si
Khal tu … Hish … nak kiamat agaknya …” Keluh Reza . Khalish tersenyum .
“ Perangai kaulah . Suka mengorat , last – last
dapat anak pak imam . Sekali kena basuh , terus insaf …” Khalish tertawa kecil
. Reza menumbuk perlahan bahu Khalish . Dia turut tertawa .
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Fatin !! Aku nak kau reschedule balik semua meeting
. Macam mana kau buat kerja ni? Semua tak betul …” Marah Khalish . Dia sengaja
mahu menaikkan darah Fatin .
“ Tapi … boss .” Fatin bersuara .
“ I said now !!”
“ Baik , boss .” Lemah langkah Fatin . Pintu
bilik Khalish di tutupnya .
Hampir 2
minggu mereka berkerja bersama . Namun hati Khalish sentiasa berdebar apabila
bersama Fatin. Dia tahu hatinya mula jatuh cinta kepada Fatin . Tapi mereka tak
mungkin bersama , Fatin isteri orang . Saban hari dia hanya mampu memarahi
Fatin agar perasaan cintanya berkurangan . Hanya itu yang mampu dia lakukan
untuk menjauhi rasa hatinya .
Terasa sakit
seluruh badannya apabila menidakkan rasa itu , inikah yang di namakan demam
cinta ? Selama ini dia hanya mendengarnya sahaja dari rakan handainya , tapi
kini baru dia dapat rasakan . Khalish mengeluh . Walaupun dia tahu status Fatin
tetapi dia tetap mahu menatap wajah itu . Wajah yang sering kali menemani
mimpinya . Angau ……
“ Kenapa saat aku jatuh cinta , orangnya salah ? Ya
Allah … bantulah aku lupakan dia …” Khalish meraup wajahnya , dia tahu
mencintai isteri orang adalah berdosa . Fikirannya sudah serupa orang tak betul
… Tiba – tiba ada ketukkan di pintunya .
“ Masuk !!” Laung Khalish .
“ Assalamulaikum , cik abang ….” Reza memberi salam . Pelik
dia melihat raut wajah sepupunya yang macho lagi bergaya menjadi kusut
begitu .
“ Waalaikumusalam . Kau rupanya , bro . Aku
ingatkan siapa tadi ?” Jawab Khalish . Dia melangkah ke sofa. Reza
mengekorinya .
“ Penat sangat ke ? Ataupun kau stress ? Rupa
macam orang mati bini je …” Reza menyuarakan rasa hatinya .
“ Entahlah … Sejak dua menjak ni , rasa tak sedap hati
je …. Huh …” Keluh Khalish .
“ Kau ada masalah ke ? Cuba kau cerita , mana tahu aku
boleh tolong …” Reza berbicara . Kesian dia dengan sepupunya itu , sudahlah family
jauh nun di Scotland .
“ Aku rasa aku dah jatuh cinta .” Keluar ayat penyata
dari mulut Khalish . Tergamam Reza di buatnya , kemudian dia tersenyum lebar .
“ Siapa gadis yang bertuah tu ? Aku nak berkenalan
sebab dia berjaya tawan hati pencinta wanita ni ….. Bila nak langsungnya ? Kau
pun bukan muda lagi …” Reza berkata sambil memerhatikan wajah Khalish .
“ Tapi …” Khalish bersuara .
“ Tapi apa pulak ? Kau jangan kata cinta kau terhalang
…” Tebak Reza .
“ Sort of …” Khalish menghelakan nafasnya .
Reza semakin berminat dengan kisah percintaan Khalish .
“ Siapa yang halang cinta kau ? Bapanya ? Abangnya ?
Atau dia kekasih orang ?” Reza bertanya . Rasa ingin tahunya semakin menebal .
“ Suami dia …” Lemah jawapan Khalish .
“ What !! Kau dah gila ke ? Isteri orang kot ,
berdosa kau tahu ?” Reza terkejut dengan jawapan Khalish itu.
“ Aku tahu . Tapi … aku tak boleh nafikan perasaan aku
ni . Bila dia dekat dengan aku , rasa macam nak peluk je ….” Khalish meluahkan
rasa hatinya . Reza menggelengkan kepala .
“ Parah … Dah tahap wajib kahwin ni . Khalish …
Khalish … dalam banyak – banyak pompuan , kenapa bini orang juga kau berkenan
?” Keluh hati Reza .
“ Don’t tell me , dia staff company kita
?” Tebak Reza lagi . Dari kata – kata yang keluar dari mulut Khalish , dia
dapat menebak siapa gerangan isteri orang tersebut .
“ Jangan – jangan si Melissa kot . Dia kan dah kahwin
, seksi lagi . Memang taste si Khalish ni pompuan seksi …” Hati reza
membuat kesimpulan .
“ Yes , she is . Aku tak tahu how to handle
this situation ? Kadang – kadang terasa macam nak balik Scotland je … Bila
berjauhan mungkin aku boleh lupakannya … Try an error walaupun aku tak
tahu outcomesnya …” Keluh Khalish lagi . Berat terasa kepalanya
memikirkan masalah ini . Dahinya di picit .
“ Boleh aku tahu siapa gerangannya yang bertakhta di
hati kau sekarang ?” Soal Reza .
“ Huh …” Keluh Khalish . Matanya mengisyaratkan
gerangan tersebut di sebalik cermin pejabatnya . Reza tidak mengerti .
“ Siapa ? Aku tak fahamlah …” Reza bertanya lagi . Khalish
yang malas hendak menjawab terpaksa bersuara .
“ Secretary pak ngah . Merangkap secretary
aku sekarang . Fatin .”
“ Fatin ? Maksud kau , Fatin Nabila ?” Soal Reza . Dia
tidak percaya selera Khalish sudah berubah .
“ Hemm … si Fatin lah . Siapa lagi setiausaha aku sekarang
? Dia sorang je …” Mendatar suara Khalish . Dia tahu Reza mahu memerlinya .
“ Kau tak tahu ke , si Fatin tu ….” Belum sempat ayat
Reza habis . Khalish bersuara .
“ Aku tahu dia isteri orang .”
“ Kau dengar dulu aku nak cakap .” Reza memandang Khalish
, tajam .
“ Aku tahulah kau nak perli aku …” Khalish menyedut
air mineral yang telah di sediakan di atas meja kecil itu .
“ Kalau si Fatin tu , aku tak nampak halangannya . Fatin
tu , solo lagi . Tak pernah kahwin. Dalam erti lain , masih anak dara .” Jelas
Reza . Khalish terkejut , kemudian dia tersenyum sinis .
“ Kau agak – agaklah , nak kelentong aku pun … Kalau
anak dara lagi , celah mana datangnya budak Khal tu …” Khalish tertawa kecil .
Reza menepuk dahinya perlahan , sebelum mengubah duduknya . Kini , dia duduk di
sebelah Khalish .
“ Budak Khal tu , anak saudara Fatin . Dia bela dari
kecil lagi . Tak salah aku , Khal baru lepas pantang masa tu . Anak abangnya
yang meninggal sebab accident . Budak Khal tu , anak yatim piatu . Dua –
dua parents dia dah meninggal .” Terang Reza . Cerita ni pun dia tahu
dari mamanya , Datin Rashidah .
“ Betul ? Kenapa mesra sangat , macam ibu dan anak je
…” Soal Khalish . Bingung sekejap dengan bicara Reza tadi .
“ Ya Allah … Khal …. Dah dia jaga dari kecil ,
mestilah dia anggap macam anak sendiri . Kau jealous ?” Soal Reza .
Khalish tidak menjawab , otaknya seolah – olah tidak dapat memproses fakta
tersebut .
“ Beginilah . Aku cadangkan kau tackle anaknya
dulu . Si Khalish Farhan tu … Kau mainkan peranan kau sebagai bapa .” Ujar Reza
.
“ Aku ? Papa ?” Soal Khalish .
“ Aku yakin kau boleh . Sesuailah … Namapun sama…”
Luah Reza .
“ Nanti kalau ada anak sendiri , aku pilih kasih macam
mana ?” Khalish mengusap dagunya . Reza yang kegeraman mengoncang bahu
sepupunya itu .
“ Woi … agak – agaklah nak berangannya . First move
pun tak buat lagi , ada hati nak anak…” Reza berkata . Khalish tersenyum .
BERSAMBUNG ......
Thank u cik writer..suka ;)
ReplyDeletetq nak lagi.
ReplyDeletesambung lagi akak.. :D
ReplyDeleteSambung cepat akak!! :)
ReplyDeleteSuka n teruja.... Ya sokong sambung laju laju. ...... he he he
ReplyDeleteYanshi